hai assalamualaikum


Hadiah Berjumla $ 100,000 USD untuk dimenangi - Setiap kali kita mendengar perkataan kanser, kita berasa takut dan sedih ... Tetapi saya percaya pada satu ketika kita akan terinspirasi untuk melakukan sesuatu untuk mereka yang terkena kanser, bukan?

Bagaimana jika kita memberitahu anda sekarang bahawa setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk berbuat demikian?

Astellas Pharma Inc hari ini melancarkan 3rd annual Astellas Oncology C3 Prize (Mengubah Penjagaan Kanser), satu cabaran global yang bertujuan memberi inspirasi kepada idea-idea rawatan yang boleh meningkatkan penjagaan kanser bagi pesakit dan orang tersayang.

Hadiah wang berjumlah $ 100,000 USD untuk dimenangi!

IT’S YOUR TURN TO CHANGE CANCER CARE : WON $100,000 USD

The search for big ideas has begun! Join the third annual Astellas Oncology C3 Prize (Changing Cancer Care) by Astellas Pharma Inc., a global challenge aimed at inspiring non-treatment ideas that may improve cancer care for patients and their loved ones.

This year’s challenge will focus on solutions for cancer care in low- and middle-income countries, which bear a disproportionate burden of the global cancer epidemic within three categories: support tools, educational tools and technology.

Three category winners will present their ideas to a live panel of judges at the 2018 World Cancer Congress on October 3, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia, organized by the Union for International Cancer Control (UICC).

Three prizes totaling $100,000 USD (one $50,000 USD and two $25,000 USD grants) to be won. In addition to the prize money, winners will receive a one-year “nights and weekends” membership to MATTER, a Chicago-based healthcare innovation community, to help bring their ideas to life.

The Astellas Oncology C3 Prize is now open for submissions via www.C3Prize.com. Challenge ends 25th July 2015

Jom semua, join..
hai assalammualaikum

' Me Time " di Bondahaven Spa Massage Bangi - " Me Time ", waktu yang nad perlukan sangat untuk merehatkan badan dan minda. Hampir setiap hari, sibuk dengan menguruskan rumah, jaga anak, kerja depan laptop lagi, setiap hari, kerja sebagai surirumah memang takkan habis. Sebagai seorang mommy dan isteri yang sangat sibuk, dapat masa berehat, badan kena urut adalah satu perkara yang sangat dinantikan. Yela, badan dah sakit-sakit, sengal, sakit pinggang, buat kerja semua, mestilah nak ada waktu " Me Time "..waktu untuk kita relakskan minda, manjakan badan kita, bagi ringan sikit walaupun hanya dua jam. Jadi, waktu yang ada, nad pergi berspa dan berurut di Bondahaven Pusat Peyusuan dan Spa di Bangi.
hai assalammualaikum



Kemaskini Maklumat Pendapatan Untuk Penangguhan Bayaran PTPTN - Harini group whatsup kawan-kawan universiti borak pasal kemaskini maklumat PTPTN ni untuk siapa yang ingin buat penangguhan bayaran. Kan ada diperkatakan bahawa bayaran balik pinjaman boleh ditangguhkan jika gaji bawah RM4000. Jadi, PTPTn dah buat pengumuman, peminjam perlulah kemaskini maklumat pendapatan jika mahu penangguhan bayaran sehingga 25 Julai 2018 ni. Kalau tak buat, tak tau la macam mana...nak taknak, tadi nad buat juga. Tak susah pun.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN

Korang klik link yang nad bagi ni ( https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ ). Masukkan no IC dan no pinjaman. Macam nad, cek nombor pinjaman dekat emel yang  diaorang hantar berkenaan tunggakan. Kalau tak tau, boleh je call PTPTN, kalau nak mudah..hehee.

Lepas tu keluar la maklumat peribadi. Nad ingat banyakla nak kena isi, yela, kata kemaskini, rupanya satu page je berkenaan maklumat kita dan pendapatan kita. Tadi nad buat ok, yela, takut stuck kan, orang ramai nak kemaskini..huhu.Paham-paham jela, kalau kemaskini guna online.

Korang boleh tengok cara kemaskini maklumat pendapatan ni di gambar yang letak ni. Mudah sahaja.






Walaupun diberitahun boleh buat penangguhan bayaran, tapi nad tetap nak bayar sebab kita dah berhutang. Takut jawab dekat akhirat nanti..Setakat ni nad masih bayar lagi PTPTN tu. Tak kisahla bayar sikit-skit, asalkan kita bayar. Nanti lama-lama habisla kan. Nak sangat selesaikan hutang ni. Bolehlah guna duit tu untuk kegunaan sendiri kan. Insyallah.
hai assalammualaikum

Bila Fariza Dah Mula Banyak Tanya Soalan - Dah nak masuk tiga tahun Fariza ni. Syukur sangat bila tengok pembesaran dan perlakuan anak depan mata. Satu-satu kita nampak perubahan dia. Dari mula meniarapa, merangkak, duduk, berdiri, mula bercakap,dan sekarang dah mula bertanya pelbagai soalan. Kalau dulu, masa dia kecik, hanya keluar suara "bla,blabla",bahasa alien dia, nad tak sabar dia nak besar, nak tengok dia ni banyak cakap atau tak. Nah!!, sekali sekarang sikit-sikit " apa tu, apa tu, apa tu "..allahu, tak berhenti. Sampai kita tak terlayan dah dia berborak. Tapi nad tetap layan dia bercakap sebab masa ni la dia nak kenal semua benda.


Tanya la banyak kali " apa tu, apa tu "..nad tetap jawab walaupun benda tu sama. sebab budak ni bukan ingat sekali dia tanya sekali tu juga dia terus tau. Mungkin dia lupa, dan dia tanya lagi. Dalam satu masa dia tanya " apa tu " boleh kata dalam 10 kali. Tapi nad tak bosan menjawabnya. Lepas dia tau apa tu, nanti dia tak tanya lagi..hehee. Budak-budak ni, kalau dilayan apa dia cakap tu, sebenarnya dia nak kita pay attention dekat dia. Selagi dia belum pergi sekolah, takda kawan, mommy dan daddy dia jela kawan dia. Masa tu la kena letak segala gadjet kita dan fokus pada anak kita. Bagi reaksi sikit seperti mengangguk, atau sebut "ooo" sebagai tanda memahami apa yang anak cuba sampaikan.

Kalau anak2 suka bercakap ni dan suka bertanya ni, jangan sekali-kali kita abaikan,sebab suka bercakap dan suka bertanya ni sebenarnya satu proses yang baik untuk anak2 yang kreatif dan ada rasa ingin tau. Selagi jawapan tak memuaskan hati, selagi tulah soalan akan ditanya. Macam fariza, kalau benda tu namanya tangga, tapi dia akan tanya lagi " apa tu '..kita jawab tangga mesti dia marah, sebab bagi dia tu naik..hahaha..adoiila anak. Nak taknak kita kena jawab tangga juga. Kang pergi sekolah naya la, tangga disebut naik. Sekarang ni dia memang dah tau benda tu apa, benda ni apa.

Memang bijak Fariza sekarang ni. Lagu dah sikit-sikit boleh hafal, macam lagu " Tak tun Tuang' upiak tu "..Lagu dalam cerita kartun, tu sebab hari-hari tengok dan dia sebut. Pastu nad pun ikut sekali cakap, kadang tanya soalan dekat dia macam mana dia cakap " apa tu, apa tu"...hehee..




Sebut hari pun dah boleh. Sebab kadang dia nak main telefon, tapi hari dia boleh main telefon ialah hari Ahad, so kit abelajar sebut hari. Lama-lama dia ingat.

Jadi, kalau nak anak patuh cakap kita, nak jadi anak kita bijak dan petah berbicara, kita jawab je apa yang dia tanya. Untuk usia Fariza ni, memang cuma nak tau apa benda tu je, belum lagi tanya soalan, " kenapa,mengapa"..hah!! keluar soalan tu, siap sediala..hehee..


hai assalammualaikum


World Cup 2018, France Vs Croatia - Malam ni semua bersungguh tengok bola, final France vs Croatia. Dah tau dah kan siapa yang menang..hehhee.. Siapa sokong France, bolehla korang bersuka ria, sebab France menjuarai Piala World Cup 2018 kali ni. Tahniah...nad tak sokong mana-mana, tapi mr mafia sokong Croatia..hahahha..

Nad tengok masa gol je..Bila gol, mesti akan ditayangkan semula macam mana dia gol. Gol kali ni memang tak dijangka. Mula-mula gol je bukan yang nak gol tu gol kan, tapi pihak lawan yang gol kan tempat diri sendiri..Tapi bukan sengaja, yela, kita mana tau bila tanduk bola tu, ke mana bola tu pergi. Tak sangka pulak, tanduk bola masuk gol sendiri. Dah gol free dekat France.

Lagi gol masa kena penalti, sebab bola terkena tangan pemain Croatia. Jadi, France dapat tendangan percuma. Masuk lagi 1 gol.

Lagi satu gol masa bola sampai je penjaga gol France. Pemain Croatia kejar bola tu, penjaga gol tendang, tapi oemain Croatia tu sempat amik bola dan gol kan..hehehe..Nad tengok pun, eh..hahaha..memang luck..


Lain gol, nad tengok memang cara diaorang hebat-hebat belaka. Jauh pun leh masuk gol.




Ape-ape pun tahniah France. World Cup 2018, memang tak dijangka, pasukan yang masuk final pun pasukan yang tak dijangka hebatnya iaitu Croatia. Syabas la Croatia sekurangya dapat masuk final walaupun tempat kedua.

Empat tahun sekali, jadi kita jumpala World Cup empat tahun lagi ye..huhu.


hai assalammualaikum

Diskaun Dan Tawaran Hebat Di Lazada - Final dah!! Sedar tak sedar perlawanan akhir World Cup 2018 dah sampai ke penghujungnya. Empat tahun sekali, siapa yang bakal menjuarai World Cup tahun ni, kita tunggu sahaja keputusannya malam ni. Debar weii!!

" Match Day Sale " Lazada : Pelbagai Tawaran Dan Diskaun bagi Peminat Bola

Korang mesti sedih, pasukan yang mantap dan digeruni semua sudah kecundang. Tak mau sedih-sedih, murung-murung ye, meh nad gembirakan korang dengan " Match Day Sale " Lazada. Pelbagai tawaran hebat dan diskaun menanti korang. Lazada buat sale kaw-kaw punya sehingga potongan harga 90% dari pelbagai barangan. Lazada Match Day Sale bermula harini 15 Julai, masa ni la korang  yang minat bola ni berpeluang memiliki edisi world cup yang korang inginkan.


Lazada " Match Day Sale " termasuk tawaran eksklusif dari barangan sukan, barang dapur, aksesori elektronik, TV serta barang penjagaan lelaki dari jenama antarabangsa seperti Coca Cola, Puma, Senheng, Vivo,Tesco, Watsons, Sports Direct, Clear Men, Optimum Nutrition,Guardian, Blackmores dan banyak lagi. Nak tau apa lagi, korang boleh ke https://www.lazada.com.my/match-day?hybrid=1

Nak lagi bagi korang rasa gembira, Match Day Sale menawarkan 888 Vouchers, Flash Deals from RM1 dan Exclusive Partners Offers. Amboii..macam ni, memang orang tak akan murung la walaupun pasukan mereka kalah..heehe. Masa ni la sesuai untuk membeli. Jadi pengguna bijak.


Bukan sahaja diskaun barang, malah ada pelbagai aktiviti yang menarik, korang boleh sertai. Korang boleh sertai quiz. Siapa yang kata dia terer bab bola ni, bolehlah join  Match Day Quiz ni.Masa ni la, boleh uji pengetahuan korang berkenaan bola sepak, pandai ka tak pandai..hehee. Tapi bukanjawab kosong saja-saja je, kalau ok, dapatla voucher..hah!!, boleh shopping lagi. 


Cara nak sertai Match Day Quiz ni, mudah sahaja, 
1 - Download dan log in Lazada App 
2- Sertai quiz seperti yang dijadualkan dari 1pm pada 14 Julai dan 11 malam pada 15 Julai. 

Bagi 450 peserta yang awal menjawab semua soalan dengan tepat akan menang voucher !!

Nak tau lebih lanjut berkenaan Quiz ni, korang boleh layari https://www.lazada.com.my/wow/i/my/2018MatchDay/match-day-quiz?hybrid=1

Apa lagi, layari link yang nad bagi tu. Cepat ok..
hai assalammualaikum


Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Serendah 5K - Nad tau, ramai yang mempunyai impian nak menjadi usahawan, nak mempunyai produk jenama sendiri, nak jadi seperti Dato Seri Vida, Aliff Syukri dan usahawan lain yang dah berjaya tu. Terbayang korang jadi bos, gambar produk terpampang dekat billborad jalan raya, blogger review produk korang. Makin lama makin maju dan masyuk, income beribu setiap bulan. Mungkin, ada yang simpan hasrat tu, atau ada yang dah siap dengan modal, tapi tak tau nak buat macam mana? dan nak mulakan dari mana? sebab korang tak tau mana nak dituju. Lagi, korang mesti tak percaya dengan modal serendah 5K, dah boleh buat produk jenama sendiri..heehe.

Sebenarnya nak keluarkan produk tak payah ada kilang dan makmal sendiri pun!



ZY Phyto, King OF OEM - " One Stop Business Centre "

Mungkin kita fikir, bila nak keluarkan produk jenama sendiri ni kena keluarkan kos yang banyak, sebab perlu ada kilang sendiri, pekerja, lagi kena research tentang bahan dan ujian makmal. Tapi sebenarnya, semua tu tak perlu, sebab dah ada kilang yang buat semua tu dan kita hanya keluarkan modal sahaja. Ia dipanggil OEM.  OEM adalah ringkasan kepada “original equipment manufacturer.” Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut. Tapi korang masih tak tau nak pilih kilang yang mana? Tak pelu risau, korang boleh buat produk jenama sendiri tu dengan mendapatkan perkhidmatan dari kilang OEM seperti ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd ( ZY Phyto ). Nad dah selidik pasal ZY Phyto ni, tengok nampak bagus.


ZY Phyto dikendalikan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang telah beroperasi buat kali pertama pada tahun 2007 dan mula ditubuhkan pada tahun 2011 secara rasmi. ZY Phyto adalah jenama 100% syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan kontrak untuk kecantikan dan produk kesihatan. Ia menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan usahawan yang berpotensi untuk mencapai impian mereka untuk memiliki produk dengan jenama mereka sendiri.

ZY Phyto mempunyai 9 anak syarikat terdiri daripada
- ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.,
- ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
- ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
- ZY Academy Sdn Bhd,
- ZY Printpack Sdn Bhd,
- ZY Phyto Marketing Sdn Bhd,
- ZY Phyto East Coast Sdn Bhd,
- Yayasan Qaseh ZY Phyto
- Emily's Cattery.

Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Zy Phyto Impian Anda Pasti Tercapai

Buat produk dengan ZY Phyto ni korang hanya memerlukan kos pengeluaran produk permulaan yang rendah iaitu RM5K sahaja dan segala pembuatan dan perkhidmatan seperti rekabentuk, custom, KKM, R&D, packaging akan diuruskan oleh mereka. Mereka juga akan train korang yang kurang skill marketing. Mereka akan bantu korang sehingga korang bersemangat nak menjadi founder.



Ramai dah usahawan Malaysia menggunakan khidmat dengan ZY Phyto ni. Lagipun kilang mereka bertaraf GMP, mempunyai sistem pengurusan kualiti ISO9001, diiktiraf KKM, diiktiraf JAKIM & HALAL.



ZY Phyto diperkukuh oleh penyelidikan saintifik yang bekerjasama antara pasukan R & D dan Kawalan Mutu dengan universiti tempatan seperti UTM, UKM dan USM untuk penyelidikan dan pembangunan.


Langkah Untuk Mempunyai Produk Sendiri

Pertama sekali korang kena kaji atau buat penyelidikan pasaran  untuk mengetahui apa yang produk anda akan ingin lakukan yang akan dapat permintaan di pasaran atau tidak. Menyelidiki produk untuk memudahkan anda bersaing di pasaran.

Kedua, selepas dah tau produk apa yang korang nak keluarkan, datang ke kilang ZY Phyto untuk membuat sebutharga dan rundingan. Jika tidak puas hati, tak perlu buat bayaran lagi. Bayar setelah anda puashati apa yang anda mahu.

Ketiga, pensampelan dan rekabentuk produk. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan sebut harga kami, bayaran deposit diperlukan sebelum kami membuat sampel produk dan reka bentuk untuk anda.

Keempat, mendapatkan kelayakan KKM. Sebaik sahaja reka bentuk produk selesai, produk akan dihantar kepada bahagian pengawalseliaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pengeluaran produk dijalankan. Untuk pendaftaran TIDAK mengambil 2 - 4 minggu sahaja. Untuk pendaftaran MAL mengambil masa 3 - 6 bulan.

Seterusnya pembuatan dan penghantaran- Apabila semua langkah di atas selesai, pembuatan produk akan dimulakan dan dihantar kepada anda / anda mengambilnya di kilang kami sebaik produk siap.





Nampak mudah kan, korang hanya pilih produk apa yang korang nak seperti makanan tambahan, produk teh, produk kopi, kosmetik warna dan  produk penjagaan kulit, bagi duit modal dan beri idea macam mana produk korang nak, selepas itu korang hanya tunggu je produk korang siap.  Langkah selanjutnya, korang kena berusaha sendiri untuk memasarkan dan memperkenalkan produk korang tu tau, fokus sahaja kepada pemasaran.

Hah, dah tau macam mana nak buat produk jenama korang sendiri. Yang mempunyai impian, boleh kumpul modal sekarang, kalau tak mampu ambil modal RM5k, korang boleh ambil pakej Chomey RM3K. Nak tau lebih lanjut, korang boleh layari
Website : http://www.zyphyto.com/
Facebook : ZY Phyto Group
Email : info@zyphyto.com
Address : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

Setiap benda yang korang nak buat pasti akan ada halangan dan rintangannya. Tapi korang kena sabar dan harus mempunyai strategi untuk hadapinya, macam tu jugak yang dilalui oleh para pengusaha yang dah berjaya dan terkenal sekarang ni!So sebenarnya korang pun boleh je nak berjaya macam pengusaha-pengusaha kecantikan yang dah ada kat Malaysia sekarang ni. Yang penting korang ada modal dan tahu caranya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kat korang dan lebih memberi semangat serta motivasi kat korang yang tengah plan nak buat bisnes!





hai assalammualaikum

Lelaki Pun Kena Jaga Kulit Juga dengan Magic Jelly Men - Siapa kata lelaki tak perlu jaga kulit muka, lelaki pun kena jaga kulit muka. Takkan nak biar muka menggerutu je kan. Kebanyakan lelaki yang nad tengok, muka diaorang akan naik jerawat bila meningkat remaja. Lagi satu, kebanyakan lelaki ni jenis yang cuci muka sahaja, tapi tak pakai toner atau serum. Mungkin diaorang malas nak pakai banyak benda, yela nama pun lelaki kan..hehee..lainla lelaki yang memang jaga penampilan mereka. Ada satu produk ni, yang dapat buatkan lelaki di luar sana, rajin untuk menjaga kulit mereka. Produk dari Lovera. Produk khas untuk lelaki.


Magic Jelly Men Dari Lovera

Jangan tak tau pulak, Lovera ni bukan keluarkan untuk orang perempuan je, untuk lelaki pun ada juga. Nad suruh mr mafia pakai Magic Jelly Men Dari Lovera ni selepas cuci muka. Tapi sebenarnya Magic Jelly Men ni pelbagai fungsi, bukan untuk muka sahaja dan amat sesuai untuk orang lelaki. Yela, lelaki mana rajin pakai banyak benda, nah, satu botol tapi fungsinya banyak.

Multipurpose Skincare Magic Jelly untuk kaum Lelaki dapat:
1. Merawat jerawat
2. Memudarkan parut jerawat
3. Melembabkan kulit kering
4. Merawat sunburn
5. Sebelum mencukur
6. Selepas mencukur
7. Mempercepatkan persembuhan luka
8. Deodorant
9. Mengurangkan kelemumur & mengurangkan rambut gugur
10. Mengurangkan bibir kering & merekah


Magic Jelly Men ni, bentuknya gel, sama seperti Lovera Magic Jelly dan tidak melekit. Sangat sejuk apabila dipakai, dan teksturnya yang ringan. Amat sesuai untuk semua jenis kulit.


Bahan yang digunakan daripada bahan semulajadi iaitu Aloevera, Chamomile dan Witch Hazel. Pertama kali nad dengar berkenaan Witch Hazel ni. Tak sangka witch hazel ni bagus untuk kulit. Witch Hazel adalah sejenis tanaman dengan nama latin Hamamalis Virginiana, yang sering di gunakan sebagai bahan produk kecantikan.Tanaman yang berasal dari Amerika utara ini sangat berguna, mulai dari daun, kulit pohon dan sebagian ranting yang kering di olah dengan proses destilasi untuk menghasilkan air witch hazel atau yang di kenal dengan nama Hamamalis Water atau ekstra witch hazel


Ni la rupa witch hazel tu. Apa yang nad baca, witch hazel ni dijadikan bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan terutama sekali toner wajah, kerana ia dapat membantu dalam membersihkan wajah dan mengecilkan liang pori. Tapi Lovera telah jadikan dia sebagai pencuci. Bagus kan.

Magic Jelly men tiada bahan pewarna, tiada toxic dan tiada merkuri. Amat selamat digunakan.


Mr mafia tengah mencuba pakai Magic Jelly Men ni. Makin rajin dia jaga muka tau bila ada Magic Jelly Men Lovera ni..hehehee. Jaga kulit muka suami oiii, biar makin tua makin hensem..haahhaa. Tapi jangan ada yang kacau dahla..haahhaa..Hensem untuk isteri je ok, samalah macam isteri cantik untuk suami..hahaa.

Kalau korang berminat boleh dapatkan di
Instagram: https://www.instagram.com/loverabeautycenter/
Contact atau whatsup:  www.wasap.my/60196534221/hai!!!loverabeautycenter

Bolehla belikan untuk kekasih lelaki, tunang, suami atau ayah..kannn..hah!!, lelaki sendiri, yang muka tengah masalah tu, cubalah pakai Magic Jelly Men ni. 




hai assalammualaikum

#OOTD Raya 2018 : Lagi beberapa minggu dah nak habis raya, mood raya masih tetap on ok. Masih nak bercerita pasal raya ni..hehe. Selalunya, kalau raya, mestilah kita nak #ootd ( outfit of the day ) bagai, terutamanya perempuan..hahaa. Lagi-lagi raya pertama, mestilah nak tunjuk baju masing-masing kan. Tema mestilah berlainan daripada raya tahun-tahun sebelum ni. Design dan corak pun kena berlainan. Baru la nampak kelainan di situ. Raya kedua dan seterusnya, pakai baju lama je, tapi asalkan yang belum pernah ambil gamabr lagi..hahaa. Mungkin pernah ambil, tapi kita gayakan cara lain kan berbeza..hah!!..


Untuk raya pertama, memang mestilah baju baru..hahaa. Raya kali ni, nad beli pakai pakaian dari Jakel, Hanis Zalikha punya.Tahun ni memang Jakel la. semua anak beranak dapatkan baju dekat Jakel, senang, satu bumbung, dari lelaki, perempuan sampai ke anak. Hah, baju tema kali ni warna maroon, tapi nad punya warna merah, memang kena lain sikit ye dari suami dan anak-anak. Nad punya special sikit..hehee. Corak bersilang, memang simple, tapi masih nampak menawan.


Raya kedua, pakai baju lama, baju kepok-kepok ditangan. Dulu pakai tudung, yang ni pulak pakai shawl la..hheee. Nampak sesuai shal ni bila dipadankan dengan baju. Masa ni raya dekat kampung, memang banyak portla nak bergambar cantik-cantik..hahaa. Tempat bunga jiran pun boleh.


Raya ketiga, baju lama juga, baju dari zaman anak dara gitu. Baju kurung biasa berwarna hitam merah. Masih lagi cantik.


Malam tu, baju Batik Sarawak. Gambar agak kabur ye, sebab tukang amik gmbar tak reti pakai kamera phone kita..huhu


Yang ni, tak ingat raya ke berapa, pergi kenduri rumah orang kawin. Baju kurung moden.


Yang ni pulak pergi ke open house, baju jubah bercorak bulat-bulat dan berbunga dibawah. Shawl pun berbunga.

Lepas tu dah takde #ootd dah, sebab dah tak keluar beraya..hahaa. Tahun depan tak tau #ootd macam mana pulak..hehee. Tunggu jela tahun depan.


hai assalammualaikum




Merasa Juga Yogurt llaolao - Ingatkan aiskrim, rupanya yogurt..hahaha. Biasa nampak orang makan, tak tau pulak tu yogurt. Tapi sedap sebab dah campur dengan toping dan bahan campuran lain. Haritu puasa dah nampak kendai llaolao ni, tapi tak beli lagi. Lepas tu, haritu shopping dekat Tesco, apa lagi nak merasa la llaolao ni..Orang pun tak ramai yang beli, mungkin sebab harga dia..huhu..Dah kita nak merasa, tak salah sekali sekala kan.

Ada beberapa jenis bekas, satu kecil, sederhana dan besar. Harga pun berbeza. Macam and pilih yang sederhana, sebab kecik macam tak cukup je. Fariza mestilah nak kan. Ada macam-macam jenis yang korang boleh letak dekat yogurt tu. Nad dah pilih siap-siap masa, nad memang nak strawberry..hahaha..tambah dengan kacang. Sedap sikit.


Ada buah-buahan lain, seperti kiwi, tembikai, eh macam-macam lagi la. Kira bagus juga llaolao ni erk, dia punya bahan semua terbaik..hehee..


Untuk toping dia, ada coklat, karamel dan macam-macam lagi. Nad pilih coklat. Tak sahla kalau tak ambil gambar. Suka pulak tengok sudu dia tu..unik..Sampai bawak balik, nad basuh..haha..


Yogurt ni rasanya masam-masam sikit kan, tapi bila campur ni semua, jadi sedap. Tak rasala yogurt tu sangat. Fariza mula-mula rasa berkerut muka..hahaa. Lepas tu di anak lagi. Mr mafia tak berapa suka. Jadi nad la tukang habiskan..hahaa.. Thank you mr mafia belanja llaolao ni..Boleh rasa yang lain pulak..hahaa.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2