hai assalammualaikum


Tollyjoy Baby Day 2018 - Haritu nad pergi ke event Tollyjoy Baby Day 2018. Kali kedua nad turut serta dan ia lagi meriah. Nad tak pernah lepaskan peluang untuk turut serta event ini sebab banyak info dan topik yang menarik untuk dibincangkan. Kali ni topik tentang Kesihatan Mental Anak dan Kemurungan Selepas Bersalin . Nad sendiri pernah hampir mengalami tekanan masa berpantang, pertama kali jadi ibu, pertama kali ada anak, dapat pula anak yang selalu menangis. Hampir rasa nak campak je, tapi syukur, iman masih kuat dan takda buat benda tu semua.

Sekarang banyak kes dera baby, bunuh baby disebabkan tertekan. Bukan senang ye nak jadi ibu ni. Memang seronok bila ada anak ni, lagi-lagi mereka yang pertama kali menjadi ibu, tapi kalau jiwa tak kental, tak tau nak buat apa, dapat pulak jenis anak nangis je. Bila penat dan tak cukup tidur, maka jadilah tekanan dan kemurungan. Sebab tu orang berpantang ni kena ada orang jaga dan bantu, atau ibu tu sendiri boleh pergi ke mana-mana untuk belajar tentang cara mengendalikan situasi bersama anak.

Disebabkan banyak dah kes yang berlaku, Tollyjoy Corporation dengan kerjasama OrphanCARE Foundation telah menganjurkan sebuah sesi interaksi bagi para ibu-bapa bagi memahami kepentingan dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental ibu dan anak. Perbincangan menarik ini disampaikan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS tentang cara menangani kemurungan selepas bersalin dan kepentingan kesihatan mental bayi. Sebagai seorang ibu, nad rasa, topik ini sangat perlu ditekankan supaya kita, sebagai ibu bapa dapat muhasabah diri atau membantu orang lain yang dalam kemurungan ni.

Tollyjoy Baby Day 2018

Dilancarkan sebagai initiatif khusus bersama OrphanCARE Foundation pada Jun 2015, Hari Bayi Tollyjoy ditujukan khas untuk menghargai si kecil dan mengiktiraf kepentingan perjalanan yang dilalui oleh para ibu-bapa dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ia turut merupakan sebuah hari untuk meraikan kepentingan kasih sayang sesama ahli keluarga dan penjagaan bagi setiap orang anak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.

Seterusnya ucapan daripada Pengurus Tollyjoy. Sejak 1971, Tollyjoy telah menyokong para ibu dan anak-anak dan Hari Bayi Tollyjoy merupakan bukti bagi sokongan ini, dan ia akan kekal komited untuk memberikan yang terbaik bagi menangani keperluan para ibu-bapa dan anak-anak mereka.


“Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik,” kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation.


Sheerin Khan, Advocacy, Communications and Fundraising Manager of OrphanCARE Foundation  berkata, “OrphanCARE turut berasa gembira turut serta dalam Hari Bayi Tollyjoy kerana ia sejajar dengan pendirian mereka – untuk meraikan bayi-bayi dalam pelbagai cara yang mungkin dan menyokong perjalanan para ibu-bapa.

"Acara tahun ini adalah sangat penting kerana kami meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental para bayi dan ibu. Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria. Selain itu, para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik.”

Topik: Kemurungan Selepas Bersalin

Meh nad kongsi info topik yang dbincangkan pada waktu itu. Topik tentang Kesihatan Mental Baby dan kemurungan selepas bersalin. Topik ini telah disampaikan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS.


Kemurungan selepas bersalin, ia adalah sebuah keadaan yang dikaitkan dengan perubahan kimia, sosial dan psikologi berikutan kelahiran bayi atau bahasa mudah yang kita boleh paham ialah meroyan. Jangan dibuat main dengan meroyan ni. Yela, ibu lepas bersalin, semestinya penat, sakit luka jahitan, anak pulak menangis siang malam, bukan mudah jadi ibu kalau tiada ilmu tentang parenting.


Walaupun punca sebenarnya masih tidak diketahui, keadaan tersebut boleh muncul dalam pelbagai simptom termasuk berasa sedih, mudah marah, cemas dan bimbang, berasa tidak mampu, merasa ganas atau agresif, mengasingkan diri dari orang-orang tersayang, berasa terputus dari bayi, meragui kebolehan diri untuk menjaga bayi dan/atau berasa bersalah kerana tidak menjadi seorang ibu yang baik dan pemikiran untuk membunuh diri.


Disebabkan inilah terjadinya tekanan dalam perasaan sehingga ibu yang baru bersalin akan terdengar-dengar suara, atau delusi atau halusinasi sehingga menyebabkan kecederaan pada baby dan diri sendiri. Sangat takut kan bila ni terjadi.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Malaysia 2016, 12.7% dari 850 orang responden telah didapati positif mengalami kemurungan selepas bersalin. Kemurungan selepas bersalin tidak semestinya berlaku sebaik selepas bersalin mahupun dengan kelahiran anak sulung. Simptom-simptom boleh muncul secara beransur-ansur dalam tempoh tahun pertama, atau selepas melahirkan anak kedua atau ketiga. Kita kaum ibu ni banyak kerjanya, bukan fokus satu sahaja, sebab tu kemurungan boleh terjadi.

Apa yang ibu-ibu perlu buat jika simptom meroyan tersebut ada pada diri??
- Pastikan keperluan asas anda dipenuhi
- Dapatkan bantuan di sekitar rumah
- Bercakap dengan ibu baru yang lain
- Dapatkan bantuan profesional

Bila diri rasa tak larat, penat, mintalah bantuan daripada keluarga. Luahkan apa yang dirasa. Paling penting adalah suami. Tugas suami sama-sama buat anak, sama-sama kena jaga..hehee. Suami jangan anggap perkara ni sambil lewa, kerana ia akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri. Kesian si isteri, terabai tanpa teman pada waktu-waktu yang amat kritikal dalam tempoh pemulihan si isteri (biasanya sewaktu tempoh berpantang). Suami perlu memahami kepayahan dan kesakitan isteri waktu berpantang.

Percayalah sikap suami masa merawat isteri dalam pantanglah yang akan menentukan tahap meroyan si isteri. Suami yang tak abaikan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dahsyat ni.


Sebenarnya, kemurungan selepas bersalin bukan sahaja terjadi pada para ibu, tetapi juga pada para bapa..huish terkejutkan..seram kalau dua-dua kemurungan..Sebab tu suami isteri kena saling tolong menolong. Bila tertekan, buat sesuatu yang boleh tenangkan diri dan rawat segera.

Topik : Kesihatan Mental Anak

Kemurungan selepas bersalin akan menjadi lebih teruk sehingga mengganggu kebolehan si ibu untuk berfungsi dengan betul, lalu mengakibatkan pengabaian dan menyebabkan tekanan pada anak.  Anak akan berasa terabai, lantas menyebabkan tangisan berpanjangan dan hubungan fizikal yang berkurangan di antara ibu dan anak.


“Tekanan pada peringkat bayi dan permulaan zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada pembesaran anak sehingga mereka dewasa. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara ikatan ibu-anak yang penuh kasih sayang dan perkembangan sihat emosi, sosial dan kognitif anak, terutamanya ketika dua tahun pertama kehidupannya . Oleh itu, persekitaran selamat, stabil dan penuh kasih sayang yang dibentuk sejak dari kecil akan banyak membantu dalam membentuk masa depan si kecil anda dan membuka peluang untuk kejayaan kemudian dalam hidup,” kata Foo.

Kesihatan Mental Anak amat penting dalam membentuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat. Anak dapat membantu mengawal tekanan, membantu mengawal emosi. Kesihatan mental ni juga memberi kesan kepada perkembangan kognitif, menjejaskan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain dan mempengaruhi pembangunan harga diri & keyakinan diri.


Sebab tu kita kena ada ilmu parenting, supaya tidak terjadi perkara yang boleh mengundang kepada masalah kesihatan mental anak. Kita tak sedar bahawa tekanan kita akan membuatkan kita mengabaikan anak-anak, sedangkan anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang kita dari baby lagi.

Ni adalah cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menggalakkan kesihatan mental bayi yang baik:
- Luangkan masa untuk berhubung dan berkomunikasi dengan bayi (senyuman, sentuh, bercakap, bernyanyi, urut)
- Ambil masa untuk memahami tingkah laku dan isyarat bayi anda
- Respons terhadap keperluan bayi anda
- Apabila mereka takut, marah atau cedera, peluk dan yakinkan mereka.
- Mengelilingi kanak-kanak dengan hubungan memupuk
- Membuat penjaga harian yang rutin, stabil, dan konsisten di rumah dan penjagaan kanak-kanak
- Menjaga kesihatan anda sendiri
- Model hubungan yang baik dan cara yang sihat untuk menguruskan konflik

Semoga ibu-ibu semua dijauhkan dari simptom meroyan ini dan berpantang dengan sihat. Jaga diri betul-betul semasa berpantang supaya semua gejala yang tidak baik dapat dielakkan. Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat kita akan rasakan apabila sudah mendapat bayi 


Bagi memeriahkan majlis lagi, mereka ada kan satu aktiviti yang menyeronokkan iaitu" Sketch The Baby " melukis gambar baby di atas piring kertas yang diletakkan  di atas kepala. Jadi pandai-pandaila korang lukis ye..hahaha..Nad punya entah jadi apa, takda rupa baby pun. Muka kemana, mata ke mana, telinga ke mana, rambut ke mana..hahaa.. Walaupun tak menang tapi nad seronok, sebab macam-macam ragam kita boleh tengok..hahaa.


Selain itu, pertandingan " Make your Baby Smile "..nad bawa Fariza ke depan, join sekali..Dia pun macam blur je apa yang mommy cuba buat..hahaha..Memang enjoy habis masa tu..nak bawak masuk adik, adik tidur pula.


Dan paling best, waktu event tu ada diberi seorang satu plant dalam pasu. Jadi kita kene jaga sampai dia tumbuh. Nama game ni " Grow a Plant"..tengok jela nad mampu ke tidak jaga pokok ni. Tumbuh ke tidak. Selalunya mati sahaja kalau tanam pokok..hahaa..





Memang enjoy habis kalau datang ke Tollyjoy Baby Day ni. Bukan sahaja dapat berkongsi dengan ibu-ibu tentang masalah yang dihadapi, malah dapat info yang menarik tentang parenting ni. Harap dapat join lagi nanti.
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - 18 Julai, Selamat Hari Lahir Nadia Johari. Ting, tong...30 tahun...yes..sekarang kita dah 30 tahun weiii..Kejapnya masa berlalu..Dengan umur ni, aku dah ada dua orang anak perempuan. Tak pernah terfikir, tapi ni la sesuatu yang berharga bagi diriku. Walaupun dulu mempunyai keinginan yang berbeza, dengan apa yang diperolehi sekarang, masih tetap manis dan bahagia. Walaupun tak kaya, masih mampu perolehi apa yang aku mahu. Allah dah tulis apa yang terbaik untuk kita.


Usia adalah nombor semata. Masih ada harapan untuk capai apa yang diinginkan. Terima kasih yang doakan kita, semoga korang pun dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia serta diberi kesihatan yang baik. Apa yang berlaku selepas ni, harap semuanya baik-baik sahaja. Mengharapkan dapat melihat anak-anak membesar.


Keluarga kecilku. Terima kasih suami, selalu sabar dan tahan dengan perangai aku..hahaha.

Malam harijadi kita, mr mafia belanja makan. Dia suruh pilih tempat, dan dua tempat dalam kepala iaitu Cheese banjir atau Shushi king. Tapi, last-last, makan Burger Bakar Abang Burn je..hahaha. Sebab??..adalah sebabnya .hehee..dua tempat tu boleh pergi lain kali.


Nad makan Burger Bakar Abang Burn dekat Dagang Avenue Food Court Ampang, depan Balai Polis Pandan Indah. Suka, sebab tempat tu belum pernah pergi lagi. Ya, nad ni simple, kalau belum pernah pergi, memang nad suka. Bila datang, tengok banyak menu lain ada dekat situ, tapi dah cakap nak makan burger bakar, kita order burger bakar. Makanan lain boleh cuba lain kali.



Nad nak rasa yang cheese Algot tu..hehehe. Jadi orderla Burger Daging campur cheese algot. Lepas tu order meatball dan satay.




Burger boleh tahan, algot dia rasa kenyal-kenyal gitu. Sedapla juga. Kenyangg..


Tempat yang ok, sebab ramai orang, macam-macam ragam orang boleh tengok..hehheh. Lepas ni boleh datang lagi Dagang Avenue Food Court Ampang ni cuba makanan lain..
hai assalammualaikum


Rak Simpan Mainan - Dalam tak sedar, banyak juga mainan Fariza ni. Rasanya beli sikit-sikit je, sekali satu kotak besar mainan dia penuh..Takpela, mainan dia boleh diturunkan ke adiknya dan main sama-sama nanti. Takyah beli dah..pening mommy..hahaha. Ni daddy punya kerja la asyik beli mainan je. Bila dah banyak mainan tu, mana la nak letak kalau bukan kat kotak besar tu. Tengok kesian pulak dekat Fariza, nak ambil mainan dia sampai tertonggeng-tonggeng, kadang sampai nak masuk dalam kotak, hahaa, sebab nak mencari mainan dia yang tertindih-tindih tu. Nad fikirla nak beli rak simpan mainan, biar senang dia capai mainan dia, dan mianan pun terusun ikut kotak.

Mulanya nad nak beli ikea punya. Tapi satu baris je dah RM120 lebih macam tu la. Cantik memang cantik, kemas, kayu pulak tu, tarik tolak, mainan tertutup, tak nampak, tapi disebabkan mahal, tergendala nak beli. Kalau tambah kayu dan kotak, maka tambahla duit..huhu..

Jadi nad terfikir untuk cari dekat shopee. Tempat kegemaran untuk shopping online..hahaha. Setakat ni beli dekat shopee, takda masalah lagi, kalau ada masalah pun, dapat diselesaikan. Jadi nad taipla Storage rack toys, atau rak simpanan mainan, yang seangkatan dengannyala, nanti keluar la dia semua rack. Apa lagi, pilihla, tengok harga dan jenis rak mana korang nak.

Macam nad, pilih barang yang murah..huhu. Dah tengok semua, nampakla rak mainan ni yang berkenan di hati. Harga memang beratus tapi berbaloi sebab banyak kotak. Tak macam ikea, sebab dia terbuka, boleh nampak mainan.


Ni la yang nad pilih. Ada macam-macam sebenarnya, tapi ni yang paling murah. Ada yang bentuk zirafah, bentuk hello kitty, mickey mouse, semuala, tapi nad taknak jenis macam tu, sebab macam budak-budak. Nad pilih yang jenis simple, yang boleh pakai lama. Kalau jenis kayu macam ni, bila fariza dah besar, boleh isi barang apa-apa yang  perlu kan.

Ada macam-macam jenis, macam nad punya 12 bakul, ada yang bakul besar campur bakul kecil..korang boleh tengok dekat link https://shopee.com.my/product/29131342/1201039333/



Sampai je, terus pasang, dan susun mainan dia..Bagi dia pasang sendiri..hehee. Pandai pulak ye..hahaha..



Siap je, terus letak tempat khas posisi tempat mainan dia. Terus dia main. Mainan pun tersusun ikut sama, macam lego dekat lego, masak tempat masak, patung dekat patung, hah!!, macam tula..dah siap main, dia kemas sendiri letak tempat sama..hah..senang..dah tak tertonggeng-tonggeng lagi..ehhee..
hai assalammualaikum


Misi Mencari Buah Durian - Masa pregnant dapat makan dua ulas je, kali ni nak balas dendam, nak makan berbiji-biji buah durian..haaha. Orang lain asyik post je dekat media sosial, sampai terliur, entah bila akan dapat makan. Sekarang tengah musim buah durian. Sampaila, malam hari jumaat, masa tengah makan mr mafia cakap ada karnival buah dekat Masjid Negara. Apa lagi tengokla dekat facebook, betul ke ada karnival ni. Tengok-tengok, yup memang ada, dan hari Sabtu adalah hari last karnival tu ada. Biasalah, buah durian bukan seringgit, dua ringgit, bila ada duit lebih baru dapat makan..huhu..


Karnival Mini Jom Makan Buah Dataran Masjid Negara

Bila suami dah cakap, memang nad gembira betul..ahhaa. Yela, nak tunggu dia ajak makan, pergi cari buah durian memang susah..huhu. Hari sabtu tu juga kitaorang pergi Masjid Negara. Lama juga tak jalan belah sana. Kitaorang pergi dalam pukul 11 pagi macam tu. Jalan lenggang habis..hahaa..syok betul berjalan, tak sesak macam ni. Sampai je Masjid Negara, parking jauh sikit. Biar berjalan sikit asalkan ada parking, dari tunggu lama nak cari parking, kang lagi ramai orang dekat Dataran Masjid Negara tu.


Orang ramai dah berpusu-pusu pilih buah. Memang port datang sini, cari buah durian je..hehee. Terus ke bahagian durian musang king. Dekat situ ada juga durian kampung.



Masa memilih. mestilah lelaki kita..hahaha. Kita tau makan je..Lepas pilih, bayar dan boleh suruh mereka kupaskan buah durian tu nak tengok elok ke tidak. Kalau tak elok boleh tukar dengan buah durian yang lain.




Sambil-sambil tu, nad jalan-jalan tengok buah apa je ade dekat situ..Ada macam-macam buah, buah manggis, buah rambutan.

Ada cempedak, tapi cempedak habis..hahaha..tunggu diaorang restock, macam lama je..huhu..



Ada juga jual durian crepe, nak beli sebab teringin nak makan, tapi durian crepe habis..nak tunggu datang semula, lamabt..hurmm..sedih betul..Ada juga aiskrim durian.



Lagi, ada jual ikan patin tempoyak, sambal tempoyak,..hah semua berkaitan durian ada dijual..Nad beli sambal tempoyak..sedap betul..rugi beli satu je..huhu..yela ingat satu bekas ni dah cukup..rupanya tak..huhu

Kat sini pun ada jual pokok...hehee..Mr mafia beli pokok limau nipis. Nak bagi bau sikit rumah ni ha..hahaa. Lantakla dia..membesar elok ye bagus.



Hah, selesai kupas buah durian tu, orang tu akan ada bagi bekas untuk kita masukkan buah dalam bekas tu. Hah!,apa lagi pergi ke meja yang disediakan, dan kupas buah yang dah dipotong..perghh, semua kuning cantik kau..bau pun dah sedap..

Buah durian musang king yang mr mafia ambik ni memang manis dan sedap..haritu juga satu bekas habis...hahahha..weiii, mana taknya lama dah tak makan durian..Dapat banyak dan sedap macam ni, mau tak habis sebekas dalam masa sehari.

Mr mafia beli banyak sebab nak bagi isteri dia puas..hahaa. Hari-hari asyik cakap pasal durian, nah amik kau!!, sekali banyak..terima kasih en suami..hehee..Lepas kempunan makan durian dah..kalau orang pos takdela terjejer air liur kan..hahaha. Puas!!!..




hai assalamualaikum


Hadiah Berjumla $ 100,000 USD untuk dimenangi - Setiap kali kita mendengar perkataan kanser, kita berasa takut dan sedih ... Tetapi saya percaya pada satu ketika kita akan terinspirasi untuk melakukan sesuatu untuk mereka yang terkena kanser, bukan?

Bagaimana jika kita memberitahu anda sekarang bahawa setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk berbuat demikian?

Astellas Pharma Inc hari ini melancarkan 3rd annual Astellas Oncology C3 Prize (Mengubah Penjagaan Kanser), satu cabaran global yang bertujuan memberi inspirasi kepada idea-idea rawatan yang boleh meningkatkan penjagaan kanser bagi pesakit dan orang tersayang.

Hadiah wang berjumlah $ 100,000 USD untuk dimenangi!

IT’S YOUR TURN TO CHANGE CANCER CARE : WON $100,000 USD

The search for big ideas has begun! Join the third annual Astellas Oncology C3 Prize (Changing Cancer Care) by Astellas Pharma Inc., a global challenge aimed at inspiring non-treatment ideas that may improve cancer care for patients and their loved ones.

This year’s challenge will focus on solutions for cancer care in low- and middle-income countries, which bear a disproportionate burden of the global cancer epidemic within three categories: support tools, educational tools and technology.

Three category winners will present their ideas to a live panel of judges at the 2018 World Cancer Congress on October 3, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia, organized by the Union for International Cancer Control (UICC).

Three prizes totaling $100,000 USD (one $50,000 USD and two $25,000 USD grants) to be won. In addition to the prize money, winners will receive a one-year “nights and weekends” membership to MATTER, a Chicago-based healthcare innovation community, to help bring their ideas to life.

The Astellas Oncology C3 Prize is now open for submissions via www.C3Prize.com. Challenge ends 25th July 2015

Jom semua, join..
hai assalammualaikum

' Me Time " di Bondahaven Spa Massage Bangi - " Me Time ", waktu yang nad perlukan sangat untuk merehatkan badan dan minda. Hampir setiap hari, sibuk dengan menguruskan rumah, jaga anak, kerja depan laptop lagi, setiap hari, kerja sebagai surirumah memang takkan habis. Sebagai seorang mommy dan isteri yang sangat sibuk, dapat masa berehat, badan kena urut adalah satu perkara yang sangat dinantikan. Yela, badan dah sakit-sakit, sengal, sakit pinggang, buat kerja semua, mestilah nak ada waktu " Me Time "..waktu untuk kita relakskan minda, manjakan badan kita, bagi ringan sikit walaupun hanya dua jam. Jadi, waktu yang ada, nad pergi berspa dan berurut di Bondahaven Pusat Peyusuan dan Spa di Bangi.
hai assalammualaikum



Kemaskini Maklumat Pendapatan Untuk Penangguhan Bayaran PTPTN - Harini group whatsup kawan-kawan universiti borak pasal kemaskini maklumat PTPTN ni untuk siapa yang ingin buat penangguhan bayaran. Kan ada diperkatakan bahawa bayaran balik pinjaman boleh ditangguhkan jika gaji bawah RM4000. Jadi, PTPTn dah buat pengumuman, peminjam perlulah kemaskini maklumat pendapatan jika mahu penangguhan bayaran sehingga 25 Julai 2018 ni. Kalau tak buat, tak tau la macam mana...nak taknak, tadi nad buat juga. Tak susah pun.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN

Korang klik link yang nad bagi ni ( https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ ). Masukkan no IC dan no pinjaman. Macam nad, cek nombor pinjaman dekat emel yang  diaorang hantar berkenaan tunggakan. Kalau tak tau, boleh je call PTPTN, kalau nak mudah..hehee.

Lepas tu keluar la maklumat peribadi. Nad ingat banyakla nak kena isi, yela, kata kemaskini, rupanya satu page je berkenaan maklumat kita dan pendapatan kita. Tadi nad buat ok, yela, takut stuck kan, orang ramai nak kemaskini..huhu.Paham-paham jela, kalau kemaskini guna online.

Korang boleh tengok cara kemaskini maklumat pendapatan ni di gambar yang letak ni. Mudah sahaja.






Walaupun diberitahun boleh buat penangguhan bayaran, tapi nad tetap nak bayar sebab kita dah berhutang. Takut jawab dekat akhirat nanti..Setakat ni nad masih bayar lagi PTPTN tu. Tak kisahla bayar sikit-skit, asalkan kita bayar. Nanti lama-lama habisla kan. Nak sangat selesaikan hutang ni. Bolehlah guna duit tu untuk kegunaan sendiri kan. Insyallah.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2