hai assalammualaikum

Ais Kepal Milo - Minuman yang dah lama viral, minuman yang dah lama orang rasa, minuman yang orang dah buat sendiri, tapi nad baru rasa..hahaha..takpela, asalkan dapat rasa kan..kihkih. Ais Kepal Milo viral nad tengok dekat Majalah 3,  memang beratur panjang orang nak beli Ais Kepal Milo Tok Abah ni. Makcik tu tak kedekut letak milo tu. Tapi takkanla nad nak pergi Kuala Kangsar semata nak minum ais kepal Milo ni kan..huhu..

Pastu ramaila orang buka kedai ais kepal Milo ni, tapi mungkin rasa masing-masing berbeza. Masa viral memang tak sempat beli langsung, sebab kat KL ni tak jumpa. Mungkin ada tapi tak tau lokasi..huhu..

Ais Kepal Milo

Haritu baru nad dapat rasa Ais Kepal Milo ni dekat parking berdekatan Dataran Masjid Negara..haha. Nampak lori ni ada signboard Ais Kepal Milo, terus rasa nak beli. Waktu ni misi mencari durian sebenarnya..hahaha..

Makan Tengahari, tauhu bergeil, Ais Kepal Milo dan Durian..haha

Siapa suka makan serbuk milo macam tu je, kita geng..hehehe..sep sikit!!..Masa ais kepal Milo ni viral, ramai kata manisla, apalah, salahkan Milo la..haaha..macam diaorang tak pernah makan atau minum benda manis. Biorla orang nak jual, dah sedap. jangan makan selalu ye udah.

Ada macam-macam dibubuhnya dalam Ais Kepal milo ni

Ais Kepal Milo nad beli, bukan ais dan milo semata, ada kacang, ada marsmallow, ada cocokrunch..hehehe. Mula-mula rasa memang manis sebab milo kan. Tapi, lepas dicampur dengan ais, dan ais cair sikit, jadi tak manis sangat pun..sedap je minum. Lagi masa cuaca panas..pergh..masuk tekak, memang terbaikk..

Boleh je buat sendiri. Ikut kerajinan korang la..hahahha..Kena cari alat nak kisar ais tu je. Milo cair tu cuma letak serbuk milo dan susu je. Nad tengok resepi orang buat. Lepas tu tambahla apa-apa..hehehe..Kita dah beli dan rasa okla, cukup..hahaha..lepas ni kalau ada orang belanja kita, kita ok je..hahaha..


hai assalammualaikum

Teochew Chendul Penang Road Famous Ada di Tesco Ampang - Alhamdulillah, hujan dah mula turun dan membasahi bumi. Sejuk sikit cuaca. Sebelum ni, cuaca memang panas dan berbahang kan. Masa cuaca panas tu, nad teringin sangat makan air batu campur ( ABC ). Fikir mana nak pergi makan ye. Lepas tu haritu masuk dalam Tesco Ampang. Biasalah, tempat port pergi beli barang dapur, barang anak, barang kita, kadang saja pergi Tesco jalan-jalan..hahah. Biasalah surirumah.
Masa jalan-jalan tu nampak kedai ni. Ada cendol la..ape lagi, kita cuba makan sini. Kedai makan Penang Road Famous Teochew Chendul.

Order ABC dan Mee Kari Teochew Chendul

Masa tu tengok menu, nampak  chendul je. Jadi kita order jela, nak sejukkan tekak kan,. Ingat nak makan chendul je, tapi rasa lapar pulak. Orderla mee kari dengan mee udang. Mee kari tu nad punya, mee udang pulak suami punya.

Tak pasti chendul ke ABC, dah nama kedai chendul..hahaa..

Ni la chendul yang kitaorang order. Rupa macam ABC, ahhahaha..Tak tau la, sebab yang order suami kita, resit pulak hilang. Nampak sedap kan..tapi memang sedap..hahaa..Yang panjang-panjang tu nad rasa macam cincau. Ada letak buah, kacang merah, warna hijau tu. Pergh terbaik..

Nad rasa Penang Road Famous Teochew Chendul ni ada di Penang. Yang ni merupakan franchise dia. Sebab nad tengok dekat tv yang dia letak dekat kedai tu, menceritakan salah silah tentang Teochew Chendul ni. Pernigaan turun temurun ahli keluarga. Dah berkembang sekarang. Korang boleh je pergi tengok di https://www.chendul.my/html/ourstory.html

Mee kari

Mee udang kuah putih dengan sambal

Mee kari nad punya pekat dan sedap. Memang rasa terbaikla. Tapi Mee udang suami punya yang kuah warna putih tu lagi sedap. Tak pasti tu santan ke kot, tapi bila dicampur dengan sambal yang diletak dekat sudu tu, memang sedapppp gilerrrrrr..seriusssss..Tak pernah tengok mee kuah warna putih ni, mungkin santan ni..hahaa..Tak sangka sedap sangatt..

Give 5 star..hahah

Anak kita pun suka mee kari sini..dengan ABC dia..sedapp..hehee..

Teochew Chendul di Tesco Ampang

Sedap sangat..

Korang boleh cuba rasa, banyak lokasi francise dia ada..korang boleh tengok link http://www.chendul.my/html/location.html


MR DIY BOLEH SHOPPING ONLINE DAH

in , by Nadia Johari, 23:29:00
hai assalammualaikum

Mr Diy Boleh Shopping Online dah - Hah!!, tempat yang selalu nad pergi kalau nak cari barang atau dekorasi rumah dengan barang murah, mana lagi kalau bukan Mr Diy. Salah satu tempat yang memang akan masuk selain Kaison. Macam-macam ada dekat situ, dari barang perkakasan rumah, dekorasi, perlatan kereta,eh macam-macam la. Kalau masuk dalam tu, memang akan lama, sebab tengok macam banyak yang berkenan kan..hahaha.


Hah!!, lepas ni, korang boleh duduk berjam-jam depan laptop..hahaa..Takdela suami, kawan atau sesiapa sahaja bising, korang duduk lama dekat kedai Mr Diy tu. Sekarang Mr Diy dah boleh beli barang shopping secara online..yuhu..Nad pun teruja ok!..Tak perlu susah payah pergi kedai lagi, boleh pilih barang mana korang nak lama-lama. Dah pilih bayar lepas tu tunggu jela barang korang sampai depan rumah..hehee. Tak pun kalau nak keluar juga pergi kedai Mr Diy pun boleh, tapi lepas korang dah order siap-siap dekat online. Datang kedai, tinggal ambil je..senang weii..

Buat pengetahuan korang setiap kedai MR. DIY mempunyai lebih daripada 20,000 jenis produk yang terdiri daripada Perkakas, Barangan Rumah, Barangan Elektrik,  Aksesori Kereta,Alat Tulis,Mainan,Hadiah,Sukan, Perhiasan & Kosmetik. Banyak kan!!, lengkap ok..


Slogan mereka, “Always Low Prices“, memang murah pun..hahaha. MR.D.I.Y., sebuah syarikat perkakas rumah yang mempunyai lebih dari 550 kedai di seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, terus berkembang pesat di Asia-Pasifik.


Dari bulan July hingga Ogos, beli banyak mana oiii..penghantaran percuma,..Bestnya lagi, korang shopping, ada hadiah menanti..malas nak cakap banyak, korang boleh terjah www.mrdiy.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u
Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u

FARHANAH 5 BULAN

in , , by Nadia Johari, 22:57:00
hai assalammualaikum

Dua Tilam Pun Dia Mampu Lepas Sampai ke Lantai - Budak bertuah ni dah start maju ke depan. Kadang baru letak je dah sampai ke lantai. Adik Farhanah, hang melompat ka!!..hhhaaha..adoyai anak. Farhanah start 4 bulan dia dah meniarap, dan 5 bulan terus maju ke depan. Mula letak satu tilam, tapi tengok asyik jatuh ke lantai je, masalahnya, bila dah sampai lantai, takdela dia nak nangis macam kakaknya dulu..hahaa..Farhanah jenis cool dan relaks je..jatuh pun masih boleh sambung main..hahaa..Nad yang terkejut tengok..


Disebabkan kerap dia sampai ke lantai, nad letak tilam lagi satu. Tapi tetap sama boleh dia sampai ke lantai. Anak aku sorang ni, lain pulak perangainya..hahaa. Jarang cerita pasal Farhanah ni, sebab dia cool sangat..hahaha.. Tak tau la dah besar macam mana nanti..Kalau menjerit, dia la paling kuat. Tengah malam pukul 3 pagi memang dia bangun, lepas tu ajak borak..ni yang pening. Cakap sorang-sorang, nad dah tak larat nak layan.

Farhanah ni dengan kakaknya je dia nak gelak sakan,,dengan mommy daddy dia kurang sikit. Nampak mommy dia, cuma nak susu je. Tu la nampak dia senyum berkobar..hahaa


Ramai cakap, Farhanah sama muka dengan Fariza. Dah adik beradik kan, tapi nad sendiri tak nampak mana muka dia yang serupa..hahaa..Nad kalau nak tengok, tengok balik gambar Fariza masa kecik..hah!!, taula sama ke tidak..hahaha.

Farhanah ni lahir lagi besar dari kakak dia. Memang kalau angkat dia, keras badan dia, kaki berketul-ketul macam ayam KFC. Orang cakap muka dia manis..hahaha..entahla..Yang Nad tau Farhanah
lagi putih dari kakak dia..hahaa.. Nad minum Kitsui Whitening masa pregnant..hahaha..Jatuh ke anak. Bulan depan dah mula makan. Cepat je..ahaha..mulut dia sekarang dah terkumat kamit bila nampak orang makan..hehee

Sejak ada Farhanah, Fariza mainla dengan adiknya ni sekali. Motif pun sebab nak bagi kawan dekat Fariza..hahaa. Lepas ni kita berehat sekejap ye..hahaa..Stabilkan kewangan dulu, besarkan diaorang dulu. Nak tambah kemudian..hehee..
hai assalammuaikum


Pakcik Aiskrim Wak Selamat, Semoga Panjang Umur Dan Sihat Selalu - "Assalammualaikum, Wak Selamat, nak aiskrim "..macam tu la kitaorang selalu kalau nak beli aiskrim denagn pakcik ni. Nama pakcik ni Selamat. Kitaorang panggil wak la kan. Dari abang, kakak kecik lagi, pakcik aiskrim ni jual aiskrim sampaila sekarang, aku dah ada anak dua, masih lagi jual aiskrim. Kalau dulu, pakcik ni jual aiskrim dekat moto, depan sekolah Meru, sekarang, pakcik ni jual dekat rumah je. Dah turun temurun, dari kitaorang sampai ke anak-anak kitaorang beli dekat aiskrim dekat Wak Selamat ni.

Aiskrim dia dulu ramai budak-budak suka masa time sekolah. Asal balik sekolah, mesti terus ke moto dia. Sebab, kalau beli aiskrim dia, kitaorang suka bubuh asam atas aiskrim tu. Kalau mintak lebih, dia bagi je. Lagipun pakcik ni pandai layan budak-budak..hahaha. Legend sangat Wak Selamat ni. Semua budak Meru kenal dengan Wak ni..


Dia pakai moto lama je bawak aiskrim. Sekarang moto tu masih ada. Wak Selamat pun masih sihat dan kuat je nengoknya. Masih menjual asikrim, tapi jenis aiskrim pop tu yang warna warni dengan jajan. Tengahari atau petang, rumah tu mesti diserbu dengan anak-anak buah kita..hahhaa. Rumah dah dekat, kalau panas tekak, mestila cari aiskrim. Sampai anak kita pun terikut dah pergi beli dekat rumahnya, beli aiskrim..haishh..

Kenangan semua tu. Sekarang yang jual aiskrim orang biasa je. Semoga Wak Selamat sihat selalu dan panjang umur.
hai assalammualaikum

Tauhu Bergedil Mrszakitchen Terbaik - Bila ada makanan baru, makanan viral mesti nak cuba. Tauhu bergedil, yang hangat diperkatakan. lalu dekat timeline facebook dan instagram. Nak buat, tak taula macam mana..hahaa. Pernah buat Tauhu Ayam je..hahhaa..Boleh tengok resepi dekat SINI. Memang dah lama nak order, tapi sebab dia tak hantar dekat tempat terdekat dengan rumah, jadinya pendam jela..hahaa.

Tauhu Bergedil Mrszakitchen

Akhirnya rezeki nad, dapat rasa tauhu bergedil ni. Haritu kelab KBBA9 ada buat event dekat Matic, nad tak dapat join, tapi ada sponsor makan haritu, iaitu Mrszakitchen, dia sponsor sandwich, dan dia ada jual tauhu bergedil ni sekali. Apa lagi, mintak selit orderla dan hantar dekat Matic. Nad pulak waktu tu nak keluar cari durian..hehee. Alang-alang tu dapatlah singgah Matic ambil tauhu bergedil tu. and beli sebekas dulu, nak rasa, sedap ke tidak. Harga RM6 sahaja untuk sebekas, dalam ada 6 ketul.

Isi yang padat, gebu gebas

Nad biasa makan daging bergedil semua tu, tapi ni pertama kali rasa tauhu bergedil. Tak berapa suka tauhu ni, sebab tu tak beli banyak. Tapi disebabkan dia sumbat dengan ayam rasanya dalam tu, tu yang teringin nak makan. Tauhu bergedil ni siap dengan kuah kicap dia. Aumm...Tauhu bergedil, makanan diperbuat daripada bergedil ayam yang disumbat ke dalam tauhu kering. Tauhu bergedil sedap dimakan waktu petang.

Serius, memang sedap. Cicah dengan kicap tu, aumm..memang terbaik lollss..tapi kicap waktu tu tak berapa pedas. Tapi boleh request kalau nak pedas gegiler..hahaa..Jangan korang makan sampai terbakar telinga sudahla..hhahah..

adik pun nak gak

Kakak pun tak sabar nak makan

Sandwich

Tortilla..

Kalau korang nak tau, Mrszakitchen ni ada buat sandwich dan tortilla jugak..huish, nad tengok tak boleh tahan..huhu..Nak order tortilla pulak lepas ni, sekali selit tauhu bergedil tu, sebab tak cukup.Mr mafia suka makan tauhu..haha.

Sedap..murah je

Korang nak rasa, boleh la order dengan Mrszakitchen di
Facebook: https://www.facebook.com/mrszakitchen/
Instagram: https://www.instagram.com/mrszakitchen/
Contact: www.wassap.my/60136244192/MrsZaKitchen
hai assalammualaikum

Biskut Cheezy Cadbury / Cheezy Cadbury Cookies

Cheezy Cadbury Cookies, Sedap Yang Amat - Nad ni bukanla penggemar coklat cadbury..sebab rasa dia yang kosong..kalau ada kacang pun, tak suka sangat..tak tau kenapa..hahaa. Coklat lain nad makanla..hahaa. Tapi, masa Si Neyra ni post biskut dia buat masa puasa, nampak " eheh sedap pulak biskut ni, nak rasa pulak". Tapi waktu tu tak sempat nak order. lepas raya dia open order lagi. Tengok ramai dah beli dan cakap sedap. Masa ni la kita nak rasa juga weii..Kawan dok post je, kita pun dah meleleh air liur tengok. Jadi bagitau Si Neyra ni, kita nak order. Mula-mula, sebalang, tapi fikri balik, ramai kata tak cukup sebalang, kita order dua balang la.

Ni la Syahirah..panggilan NeyNey, penjual Biskut Cheezy Cadbury

Hari berkenaan, kitaorang jumpa dekat Stesen Lrt Kerinchi. Sampai je terus jumpa. Borak-borak kejap, amik gambar, bayar, balik..haaha..Mata tumpu dekat biskut Cheezy Cadbury tu je. Si Neyra ni nak kawin dah, tapi dia relaks lagi..haaha..biskut ni dia buat untuk tampung kawin dia juga. Jadi kita support la kan.

lepas dia dapat biskut tu..terus nak makan

Dia berjaya amik biskut tu

Muka dia dapat makan biskut tu..selepas bergaduh dengan mommy

khusyuk dia makan

Masuk dalam kereta, terus buka. Anak kita dah nampak juga. Sibuk nak juga..Kami berdua memang suka makn kek, biskut coklat ni semua. sebab tu beli dua balang, sebab sebalang konfirm tak cukup. Dalam kereta, sorang amik satu, tapi bila dia ambil lebih, kita pun ambil lebih..hahaha..Pastu tutup cepat-cepat. Kang habis..Memang tak berhenti makan.

Masuk sikit-sikit tak cukup..masuk semua sekali..hehee

Nad boleh makan coklat Cadbury ni bila ada tepung bawah dia tu. Sebab takde manis sangat bila makan coklat tu sekali dengan tepung tu. Kalau sebelum i, makan coklat cadbury ni pun sikit je, tapi Biskut Coklat Cadbury ni boleh masuk sekali terus dalam mulut..hahaa.

sedap..order cepat Biskut Cheezy Cadburi

Coklat ni tak cair tau. Letak luar je pun ok je..Tapi, nad rasa, orang yang makan ni, sehari dah habis kot..hahaa..Ok korang kalau nak rasa biskut Cheezy Cadbury Cookies ni bolehla contact Syahirah 0179070384 ..
hai assalammualaikum

Susunatur : Susunan Lebih Kemas Dengan Tupperware - Kalau dulu, tak suka sangat pun dengan tupperware ni, tapi sejak nad tengok youtube, orang putih punya, tengok part diaorang kemas pantry diaorang, nampak tersusun dan teratur . Bekas-bekas diaorang guna seragam dan nampak kemas. Orang perempuan dengan tuppaware memang tak dapat dipisahkan. Memang banyak tupperware dekat luar tu, tapi nak makanan berkualiti, mestilah pakai tupperware yang bagus. Nad dah terjebak dengan Tupperware Brands ni. Dahla cantik, ada warna dan corak yang menarik. Ikut kitala nak susun dan nak pilih yang macam mana.
hai assalammualaikum

Shapee Disposable Nursing Pads - Perkara biasa akan terjadi kepad ibu yang menyusu anak ialah apabila susu banyak dan keluar akan menyebabkan basah di bra atau baju sehingga boleh mendatangkan bau. Lagi teruk, ada kesan tompok dekat baju akibat susu tu. Memang tak selesa, lagi kalau pergi keluar jalan lama-lama..adoiii..pening kan..

Shapee Disosable Nursing Pads

Kalau sebelum ni, nad guna je kain biasa atau napkin baby tu, bagi lap susu yang berlebihan, memang tak selesa la, sebab nampak besar dekat breast, lepas tu kene tanggalkan, masukkan balik, haishh banyak kerja. Jadi, nad survey pasal nursing pads yang best. Letak dekat breast, pastu dia serap susu berlebihan..senang kerja. Banyak jenis nursing pads ni, tapi nad pilih Shapee Disposable Nursing Pads. Kenapa???..hah!! Banyak kelebihannya..


Ni la dia Disposable Nursing Pads yang nad dapatkan dari Shapee. Satu kotak ada 30 pad. Pad buatan dari Korea, sangat bagus untuk ibu yang menyusu sama ada di luar atau di rumah.


Kelebihan Disposable Nursing Pad

Antara kelebihan Disposable Nursing pads ni ialah

1) Reka Bentuk Ultra-Tip - Boleh tengok, nursing pad ni tak tebal, nipis je. Ketebalan hanya 1mm. Masa pakai memang sedap je, rasa macam tak pakai nursing pad. Selesa je. Takde rasa rimas ke apa.

2) Teknologi Dri-Comfy - Disposable nursing pad ni mampu memastikan kekeringan dengan lebih lama. Walaupun nampak nipis tapi dia ada beberapa lapisan sebenarnya.

3) Ultra-Air Absorber - Mampu menyerap susu ibu sehingga 55ml. Hebat tak hebatla kan..hahaha. Takdela nak tukar nursing pad dengan kerap.

4) Reka bentuk  3D - boleh mengekalkan kedudukan yang terletak dan bentuk asal walaupun dalam keadaan basah.

5) Leak Proof Coverage -tidak mudah bocor walaupun selama tempoh lama.

6) Double Strip Adhesive Slip - slip tidak mudah gerak atau beralih tempat walaupun ada banyak pergerakkan.

7) Lembut dan memberi ruang udara - Kainnya yang sangat lembut dan sedap dipakai.

Banyak kan kelebihan dia. Cara nak pakai pun senang je. Tanggalkan pita pelekat dan pasangkan pelekat anti-slip ke kedudukan atas bra.



Masukkan Disposable Nursing pad secara lembut ke nipple, antara bra dan payudara. Pastikan Disposable Nursing Pad  diselaraskan dengan nipple bagi mencegah pakaian basah, kebocoran dan kerengsaan


Nad ingat nursing pad ni tak perlu sangat, tapi memang kena ada..wajib masukkan dalam list untuk bakal ibu tau. Lagi ibu yang menyusukan anak, memang kena ada. Saiz kecik, mudah di bawa kemana-mana. Korang boleh tengok dekat www.theshapee.com/disposable-nursing-pad-(30pcs) ni.

Diskaun 10%

Ok, kalau korang nak beli, jangan lupa pakai code yang nad bagi ni, untum dapatkan 10% diskaun setiap pembelian Disposable Nursing pad ni. Code dia ialah 10dnpblogger10 . Jangan lupa guna code ni.

Banyak lagi barang ibu dan anak dekat Sgapee, korang boleh tengok di
Website: https://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram: https://www.instagram.com/shapeemy/

hai assalammualaikum

Kartun Cam & Leon dan Larva, Anak-anak Suka, Mommy Pun Suka - Bila nak bagi anak diam, mestilah buka channel astro 611. Tak danla kau nak tengok cerita lain. Malam je kau boleh layan cerita kau..hahha. Sebab cerita kartun anak-ana, siang semua best-best, sampai mommy pun terlayan. Dua cerita kartun ni sejak muncul, amboii, best pulak tengoknya. Cerita kartun Cam & Leon, sesumpah rasanya dan Larva iaitu ulat.

Cerita ni bukan kakak Fariza je suka, adik 5 bulan pun suka. Bila dengar lagu dia, terus bangun merangkak tengok. Mommy pun dah terikut dah. Pantang dengar lagu, terus joget ikut gaya diaorang..hahaha..weii..gilerla..walaupun cerita entah apa-apa, tapi lawak siot..Kadang sedih pun boleh..hahaa..giler betul.


Cerita larva, cerita yang lawak, sedih semua ada. Dua larva yang berbeza karektor. Macam manala orang yang buat tu boleh berfikir nak buat cerita ni erk..hahaha. Boleh dibezakan dengan warna yang berbeza iaitu Merah dan Kuning. Larva Merah yang kecik tu ganas sikit, emo lebih. yang kuning, dahla suka kentot, pastu macam pandai macam ngek juga. Dahla pengotor.. Dahla takde tangan kaki, pakai lidah semua..huhu.. Cerita ni siap ada binatang lain,macam siput, kumbang perkasa, kumbang kecik, dan macam-macamla, tikus, burung. Boleh nampakla kisah kehidupan larva..haha

Nanananaan

Yang Cam & Leon pulak, rasa tu sesumpah kot. Sorang warna biru, sorang warna oren. Cam dan Leon berkawan. Setiap aktiviti mereka sentiasa bersama. Apa sahaja yang berlaku, mereka sentiasa berdua. Bermula dari makanan untuk diminum. Untuk mendapatkan makanan dan minuman, banyak perkara yang mereka lakukan. Mula dari membantu satu sama lain untuk jatuh, kadang-kadang mereka bernasib baik untuk mendapatkan makanan dan minuman, kadang-kadang tak bertuah. Tapi suka dengar lagu dia je..hahaha..

Kartun sekarang macam-macam kan..ada yang seronok ada yang biasa je.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2