hai assalammualaikum

Laurier Muncul Dengan Packaging Baru - Memang banyak tuala wanita dekat luar, dan macam biasa mestila cuba semua nak tau mana yang bagus kan. Dalam banyak-banyak tuala wanita, nad suka dengan Laurier, sebab selesa, senang dibasuh dan tak bocor. Sebelum ni, Laurier satu warna je, sekarang mucul dengan packaging baru you alls..cantik pulak tu. Warna pink, ungu kebiruan gitu. Dari jauh dah nampak tau, meyerlah bungkusan dia.


Kao Malysia Lancar Laurier Serba Baharu Dengan Penampilan Dan Gaya Lebih Segar

Bungkusan baharu yang ‘Diperbuat dengan Penuh Perhatian’ (Made with Love) hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan golongan wanita, tuala wanita serba baharu Laurier mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”.



Cantik kan bungkusan baru dia. Ada dua warna setiap bungkusan, warna pink ungu untuk Perfect Comfort (Maxi & Slim) dan warna biru hitam untuk Night Safe. Nad pakai baju pun dah sampai ikut tema bungkusan ni..hehee..Semestinya nad suka warna biru pink macam ni. Warna yang ceria gitu, takdela suram. Nampakla, kita wanita yang aktif yang boleh menjalankan aktiviti harian dengan penuh yakin dan selesa!


Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara pada majlis pelancaran berkata,
“Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan.

“Menerusi produk yang inovatif ini, kami berusaha untuk memberi kepuasan dan memperkayakan kehidupan manusia dengan menawarkan pengalaman baharu kepada wanita dari segi keselesaan, keyakinan dan kemudahan.”

Laurier serba baharu direka berdasarkan kepada nilai “Yoki-Monozukuri” Kao, Laurier kini hadir dengan rupa dan ciri-ciri inovatif yang menawarkan rangkaian lengkap produk tuala wanita demi memenuhi keperluan yang berbeza. Reka bentuk Laurier serba baharu diberi perhatian khusus dan perincian teliti demi memastikan wanita sentiasa selesa sepanjang waktu datang bulan. 


Menerangkan tentang di sebalik reka bentuk bungkusan baru itu, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, 
" Kao Laurier “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”. Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam kalangan wanita muda berusia 18 hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warni dan segar. Ultra Absorbent Core yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita, memastikan kulit kekal kering. Sekali gus memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita, walaupun pada dua malam pertama kitaran haid mereka." 

Selalunya bila datang period atau datang bulan atau lampu merah ni, perempuan mesti resah. Resah bila pakai pad atau tuala wanita, lepastu bocor. Rasa dalam seumur hidup seorang wanita… mesti at least ada sekali kita akan mengalami peristiwa malang macam ni yang konfem konfem lah memang boleh bikin malu giler! ..hahaha..Tapi dengan Laurier, masalah tu tiada. Teknologi Jepun yang inovatif pada Laurier serba baharu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan, walaupun pada dua hari pertama datang haid.

Quick Lock System – dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini. Diamond Surface pada Laurier serba baharu (kecuali Maxi Non Wing) menawarkan rasa kering yang mengagumkan dengan penyerapan dua kali (2x) lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali (5x) lebih kering. Tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.

Laurier Night Safe Serba Baharu menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak. Menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocora pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Antara Produk Laurier:


Laurier Perfect Comfort Maxi
Maximum Absorbent 360°All Round Leak Guard
Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah.
Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.
Laurier Perfect Comfort Slim
 

Laurier Perfect Comfort Slim
Maximum Absorbent Hyper Absorption
Menyerap cecair 2x lebih cepat dan nikmati 5x tahap kekeringan yang tinggi
Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama. 
Laurier Night Safe 
 






Susah kan, bila tidur malam, esok pagi bangun tengok bocor, lagi parah bila kena cadar atau tilam..hurmm.. Tapi bila pakai All-New Laurier Night Safe ni, tidur malam ku dengan lena. Tidak risau bangun pagi tentang kebocoran apabila datang bulan.

Bebas tidur dengan apa sahaja posisi..hehehe. Pad ni panjang tau,
memang dia tutup bahagian belakang kita, supaya bila datang haid tak bocor dekat pakaian atau tilam.

Direka dengan Ultra Absorbent Core baru dari Jepun, ia mampu menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
• Menyerap darah haid dengan pantas
• Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa
jua posisi tidur
• Senang dicuci

#LaurierMadeWithLove #AllNewLaurier #LaurierNewStyle
#NoLeaksNoWorries

Laurier Night Safe with Safety Gather
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berar anda. 
Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur. 

Suasana Pelancaran Packaging Baru Laurier





Hah, korang bolehla datang ke Sunway Velocity Mall di Ground Floor, sebab diaorang ade dekat situ sehingga 12 August, hari Ahad. Kalau dah takde port bergambar, dekat situ ada banyak tempat gamabr korang boleh ambil, seeprti Magazine Frame, buaian, Photo Frame, dan tempat nad bergamabr dekat bantal tu..hah!!..


Emma Maembong dan Elfira Loy kongsi tentang Laurier terbaru ni. Cantik, kecik,molek diaorg ni tau.




Korang boleh dapatkan Laurier, dan join contest yang mereka anjurkan. Baca bawah ni tentang peraduan tersebut. Datang jangan tak datang..



Peraduan " Made With Love "

Hah!!, kepada wanita di luar sana, kepada semua pembaca nad, yang bekerja, tak bekerja, yang aktif , yang datang period tu..heehe..Ni ada peraduan best untuk korang. Hadiah best oo, pergi bercuti ke Japan dengan teman korang siap dengan jurugambar peribadi..Syok gilerr..

Sempena pembungkusan baru Laurier ni, Kao Malaysia menganjurkan peraduan ‘Made with Love’ di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5D4N ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi!

Caranya:
- Beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20,
- Rakam idea ‘Made with Love’ anda dalam sekeping gambar dan muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove.
- Gambar yang menerima paling banyak Likes akan dipilih sebagai pemenang.*

Maklumat lanjut, sila layari Kao Laurier Facebook https://www.facebook.com/kaolaurier/ atau laman web rasmi Kao Malaysia di https://web.kao.com/my/laurier/index.html#1



hai assalammualaikum

Durian Crepe Gebu Dan Sedap Dari Khaisyadelite - Apa jenis kek yang dibuat Khaisyadelite memnag tak pernah mengecewakan. Sebelum ni pernah beli cheese tart dengan brownies, memnag sedap dan kena dengan tekak. Brownies dia takda manis sangat, ngam-ngam gitu. Bila Khaisya delite post segala kek yang dia buat, memang akan buat aku terliur. Tapi tu la jauh, dekat putrajaya..hahaa..Kalau nak, memang kena tunggu la bila owner tu nak datang KL.

Durian Crepe

Haritu pulak, musim buah durian. Mestilah orang akan buat durian crepe yang sebelum ni nad pun pernah makan. Masa tu pulak, memang teringin nak makan, yela nak jumpa durian crepe susah. Nak buat, memang nad tau, takkan menjadi, sebab tangan nad bukan berseni sangat, tangan bukan untuk buat kuih, kek segala ni..hahahaa. Bila Khaisyadelite post durian crepe dibuka untuk order, mulalah kita sedih, sebab konfirm tak dapat punya. Nad komen dekat post tu, dan tiba-tiba ada orang offer nak tolong ambilkan dan bagi dekat nad ni..

Masa tu, hati dah gembira dah, sebab orang yang offerkan diri ni, kawan blogger yang baru je kenal, tapi macam dah lama kenal..hehee..Jumpa pun dekat beberapa event je. Suka sangat bila dia nak tolong ambilkan. Nama dia Racheal, chinese friend..

Hari Ahad dia ambil dekat abang Khoiri, owner Khaisyadelite dekat Putrajaya, lepas tu dia datang KL bagi kat nad. Waktu tu pening juga sebenarnya, sebab dia tak tau nak jumpa dekat mana. Nad pun terfikir-fikir, mana nak jumpa ni. Sampaila dia cakap bagi alamat rumah. Dah sampai rumah terus dapat durian crepe ni..ahhaa..kesian pulak dia kena datang rumah kita..hehehe..Terima kasih Racheal, tolong ambikkan dan datang rumah..terharu..Lupa nak amik gambar, sebab dah nampak durian crepe tu..hahhaa..

Bon Chili

Racheal siap bagi Bon Chili dekat kita. Produk baru ni, sebab pertama kali nampak. Boleh dimakan dengan maggi atau apa sahaja. Ok nanti nak cuba.

Ambil gambar dulu dengan durian crepe

Dah dapat terus amik gambar dulu lepastu ngap. Biasala, nak share dapat dah durian crepe, jadi amikla gamabr makanan tu..hehee..

Krim dan durian..sedap

Memang sedap..isinya padat, krim banyak, durian banyak. Katanya durian D24..entahla..tapi memang sedap..hehe.

Dah makan satu mesti nak makan lagi. Last-last habis sebekas, sebekas lagi simpan. Tapi masa taip entry ni, sebekas tu dah habis..hahaa..

Korang boleh tengok dekat instagram Khaisyadelite atau facebook mereka Khaisyadelite..memang kek-kek diaorng mengiurkan.
hai assalammualaikum

Mytoys, Kedai mainan Murah - Tesco Ampang, tempat nad sekeluarga shopping barang keperluan, tak kisah, shopping barang anak, shopping barang dapur, dan macam-macam la. Ibarat Tesco macam rumah kedua..hahhaa, sebabnya nad kan surirumah, Tesco ampang la paling dekat dengan rumah, dan tak perlu nak tempuh jem bagai. Dah tau dah apa yang ada dekat Tesco tu, kedai apa yang ada dekat dalam tu. Bila buka kedai baru ni, kita perasan, dan nak tau apa dalam kedai tu. Salah satu kedai, mungkin baru buka, sebab tengok-tengok dah ada dah kedai mainan Mytoys ni. Sebelum ni kedai sofa, kerusi, pastu kedai dekorasi party, sekarang kedai mainan.


Bila kedai mainan ni, siapa lagi suka masuk, mestilah Fariza. Tapi bukan dia je, daddy dia pun masuk sana. Daddy dia yang ajak masuk. Kalau kedai mainan ni, selalu mak bapak takut nak masuk, ni mr mafia masuk siap ajak Fariza lagi..untung sangat budak tu. Mestila Fariza suka habis. Tapi dia ni jenis, takkan pilih yang mahal, murah-murah je dia amik..hahaa.

Selalunya mr mafia yang belikan mainan ni untuk Fariza. Pilih mana yang sesuai. Masa masuk dalam ni, memang macam-macam jenis mainan ada. Dari kecik sampaila ke besar. Dah banyak juga kitaorang belikan mainan Fariza dekat sini.







Ni, karpet jalan ni beli dekat Mytows, pastu keretapi, keretapi murah dalam RM8 lebih, tapi kualiti bukan untuk jangka masa panjang. Untuk Fariza ok lagi. Ada juga kenderaan lain. Ada lagi mainan dia yang beli dekat sini.











Korang boleh tengok, macam-macam jenis mainan ada ni ha..Nad pun boleh terpengaruh nak beli semua..hahaa..


Fariza pun dah dapat barang dia..hah ape lagi..bayarla..hehee..


Layan video dia bayar part last sekali..heehe
hai guys


Affordable Prices And Deals Of Flowers From A Better Florist Malaysia

If you have a deep passion for flowers, or even if you just love gifting flowers on all the special occasions in your life, you have to check out A Better Florist, the best florist in Malaysia. This florist is fresh and new, and know exactly how the minds of today’s customer works. This Malaysia flower delivery will give you those gorgeous flowers you see online and on Instagram, affordable prices and deals throughout the entire year, and an incredible reliable flower delivery.
hai assalammualaikum

Asianic Kids Mandian Kanak - Kanak - Seronok dengar bila Asianic ada keluarkan produk baru khas untuk anak-anak. Produk mandian bukan sahaja kanak-kanak boleh pakai, malah seisi keluarga. Malah boleh digunakan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jimat sangat macam ni. Nad sendiri pernah gunakan scrub, sabun badan dan lotion dari Asianic, memang best, bila keluar produk baru untuk anak-anak iaitu Asianic Kids, lagi nad suka...huhu..

Asianic Kids Mandian dari Kepala Hingga Hujung kaki

Asianic Kids didatangkan dengan dua jenis pilihan bau iaitu Milk dan Peach. Bau haruman akan dapat memberi kesegaran dan aroma yang menyenangkan selepas mandi. Nad dah bau kedua-kedua produk ni, memang wangi..Baguslah produk ni sesuai untuk seisi keluarga, sebab nad pun rasa nak pakai bila bau dia ni.

Bungkusan dia pun nampak menarik, dengan gambar kartun dan warna yang cerah dan ceria.

Asianic Kids, produk mandian sesuai untuka anak-anak dan seisi keluarga

Sekarang, banyak produk khas untuk anak-anak kita kan. Memang bagus, sebab anak-anak ni kulitnya sangat sensitif. Lagi pun, produk orang dewasa, tak sesuai untuk dipakai oleh anak-anak kita. Lagi tak elok, bila produk tu mempunyai bahan kimia, yang dikatakan boleh menjadi punca kepada kanser. Macam Asianic Kids ni ia diformulasikan dari bahan-bahan yang sesuai untuk kulit bermasalah sehingga yang biasa. Diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut.

Dan paling bagus produk ni bebas daripada SLES dan Paraben. SLES ni punca kegatalan pada kulit mata manakala Paraben menyebabkan kerengsaan pada kulit. Sebagai seorang ibu, nad mesti taknak anak-anak nad terkena penyakit yang tak diingini. Sebab tu produk untuk anak-anak ni mesti bebas dari bahan kimia. Kalau korang nak tau, buih yang sedikit adalah lagi bagus dari buih yang banyak.

Asianic Kids dapatkan sekarang

Koleksi ini, korang boleh dapatkan di semua pasar raya berdekatan dengan harga RM16.90. Buat masa sekarang, untuk produk kanak-kanak Asianic ni, korang boleh beli melalui online di www.wonderlandprimary.com, atau di Facebook Asianic Halal dan juga kedai 24 jam KK Mart.

Asianic Kids Travel Pack

Asianic Kids Travel Pack

Buat masa sekarang, Asianic baru keluarkan dua produk tu sahaja, tapi akan keluar lagi dua bauan iaitu Berries dan Fruity Candy, dan juga bentuk kecik berbentuk travel pack, yang sesuai dibawa ke mana sahaja.

Nak jadi pengedar Asianic Kids

Untuk anda yang ingin menjadi pengedar atau nak tahu maklumat dengan lebih lanjut mengenai produk Asianic, sila hantarkan pertanyaan anda pada Nurul Fadila Yazirman +6012-2598815 atau emelkan ke dila@wonderlandprimary.com

hai assalammualaikum

Menangi Tiket Percuma Bangi Wonderland - Bulan 8 ni bulan Kemerdekaan, korang dah rancang nak bercuti dan rehatkan minda dekat mana-mana tak..Hah!1, nad cadangkan korang pergi je Bangi Wonderland, mandi manda dan main permainan dekat situ. Nad pergi ke sini dua kali dah, memang best. Sesuai untuk keluarga bersantai, sesuai untuk korang dengan kawan-kawan enjoy ok. Ada 16 permainan yang ada di sini. Korang boleh baca pasal Bangi Wonderland ni di link enjoy mandi manda di Bangi Wonderland . Lepas korang baca, mesti best kan, tengok tempat dia, hah, ni ada berita gembira, korang nak tiket masuk Bangi Wonderland secara percuma tak, siap package makan percuma dan boleh santai dengan artis kegemaran korang? Mestilah nak kan..haaaa..meh rapat, meh baca entry ni macam mana nak menangi tiket percuma Bangi Wonderland ni.

Gempak Merdeka Bangi Wonderland

Tiket Percuma Bangi Wonderland Bersama Artis

Sebelum ni nad pernah pergi untuk Gempak Giler Promosi Sekolah, memang tiket murah habis, ada artis lagi menyanyi dekat pentas, dan sekarang sempena Gempak Merdeka, Bangi Wonderland ada membuat contest dengan hadiah tiket masuk percuma dan makan tengahari untuk korang. Mudah sahaja contest ni weii..

Pihak Bangi Wonderland akan memilih secara rawak 5 peminat bertuah untuk bersantai secara eksklusif bersama artis pilihan anda di Bangi Wonderland. Tiket masuk dan makan tengahari anda adalah PERCUMA! hanya 1 penyertaan untuk satu orang sahaja tau!

Langkah yang sangat mudah:




1. Cepat-cepat Share/ Repost video ini di page facebook Bangi Wonderland Theme Park atau instagram Bangi Wonderland ( officialbangiwonderland ) dan beritahu “saya nak bersantai Gempak Merdeka bersama (Nama Artis) di Bangi Wonderland!'

2. Tag Facebook: Bangi Wonderland Themepark & Resort atau tag IG: officialbangiwonderland
Sertakan #GempakMerdeka2018

3. PM di Facebook: Bangi Wonderland Themepark & Resort atau IG : officialbangiwonderland maklumat penyertaan anda:
i. ‘Screenshot post yang anda telah share/repost’
ii. Nama Penuh, No IC, Nama Facebook/IG, No Telefon


Eksklusif untuk 5 orang peminat sahaja bersama setiap artis. Nyatakan hanya satu nama artis sahaja. Berikut adalah tarikh artis akan ada.
- 18 Ogos (Sabtu): Ella & Aishah
- 19 Ogos (Ahad): Achey Bocey & Tomok
- 25 Ogos (Sabtu): Nabila Razali & Sufian Suhaimi
- 26 Ogos (Ahad): Black Hanifah & Hazama

Cepatlah join contest ni, KONGSI video , mana tahu korang  yang bertuah! Cepat-cepat!
Kempen ini bermula pada 3 Ogos dan tamat pada 9 Ogos 2018, Khamis, jam 4 petang.

Cabutan dan pengumuman akan dibuat pada 10 Ogos 2018 dan disiarkan melalui FB Live Bangi Wonderland Themepark & Resort
hai assalammualaikum

Drama Jangan Benci Cintaku - Tak tengok pun drama Jangan Benci Cintaku dari episod mula-mula..sebab masa tengok episod 1 macam tak best je..huhuhu.. Sekali , bila orang update selalu pasal cerita ni, tetiba pulak nak layan..hahaa. Alkisahnya selepas munculnya Husna..siapa Husna??..tertanya-tanya cerita apa diaorang tengok. Sekali tanya oh Jangan Benci Cintaku. Dari cerita yang membosankan, terus jadi best pulak ye, tu pun lepas orang update dengan nada yang marah-marah gitu..hahaa..Adala tu yang mengacau..hahah


Nad baru tengok minggu lepas, separuh cerita dah, rasa dah nak habis dah..hahaha.. Tapi dah boleh tau jalan ceritanya walau dah nak habis..hahaa..Semalam pun baru tau, kenapa Fika tinggalkan Syah, rupanya dia pergi study. Tapi kenapa Syah nak marah bebenor..gitu sekali..Lepas baca sinopsis, ok paham, perkahwinan keluarga yang tentukan, Fika pulak masih muda, dan rasa terbeban denagn perkahwinan ni. Bila dia tinggalkan suami, Syah pun ada perempuan lain. Masa tu la Fika merindui suaminya pulak. Cerita ni macam drama sebelum ni, apa ye, yang isteri tinggalkan, lepas tu kawin dengan perempuan lain..oh ye Kekasih Paksa Rela..hahaha..

Sebenarnya nad tengok kisah Jangan Benci Cintaku ni kucar kacir rumahtangga Syah dan Fika gara-gara diri sendiri yang salah dan orang luar sampai orang yang takda hubungan pun..hahaha..Nampak perangai Nek Pah yang sibuk tak sudah, bila hubungan Syah dengan Fika kucar kacir, mak Fika pun campur tangan, ye memang kesian dengan anak, tapi too much ler..Siap suruh lelaki aisng ikut anaknya ke Perth..aiyaakk..Husna Syah, Irwan pulak suka Fika, sekali denagn Syazwi tu..Lagi hebat, kawan-kawan Syah dengan Fika, yang katanya nak tolong hubungan Fika..hahaah..dasyat sangat hal rumahtangga Syah dengan Fika ni..Fika pulak, kerap la jumpa lelaki..

Memang ramai geram dengan Husna, waktak bertudung tapi nak rampas laki orang. Beria-ia suruh Syah ceraikan bini dia. Muka nampak cantik, lembut tapi perangai macam lahanat..hahaa..Ok tau ni hanya lakonan sahaja ok..hahaa..

WATAK PELAKON 
- Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
- Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
- Niena Baharun sebagai Husna
- Luqman Hafidz sebagai Faris
- Izzue Islam sebagai Syazwi
- Amelia Henderson sebagai Damia
- Daler Yusuf sebagai Irwan
- Dilla Ahmad sebagai Zaida
- Esma Dainal as Tuan Shariman
- Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
- Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin
- Laila Nasir sebagai Puan Julia
- Zul Edward sebagai Uncle Jay
- Meor Mohd sebagai Hazri
- Emelie Hanif sebagai Nelly

Nad yang tengok pun, rasa stressnyaa..hahaa..memang teruk sangat ni..Cerita dari Novel katanya ye..Katanya harini last..Jadinya siap-siap depan tv ok..hehee
hai assalammualaikum

Ais Kepal Milo - Minuman yang dah lama viral, minuman yang dah lama orang rasa, minuman yang orang dah buat sendiri, tapi nad baru rasa..hahaha..takpela, asalkan dapat rasa kan..kihkih. Ais Kepal Milo viral nad tengok dekat Majalah 3,  memang beratur panjang orang nak beli Ais Kepal Milo Tok Abah ni. Makcik tu tak kedekut letak milo tu. Tapi takkanla nad nak pergi Kuala Kangsar semata nak minum ais kepal Milo ni kan..huhu..

Pastu ramaila orang buka kedai ais kepal Milo ni, tapi mungkin rasa masing-masing berbeza. Masa viral memang tak sempat beli langsung, sebab kat KL ni tak jumpa. Mungkin ada tapi tak tau lokasi..huhu..

Ais Kepal Milo

Haritu baru nad dapat rasa Ais Kepal Milo ni dekat parking berdekatan Dataran Masjid Negara..haha. Nampak lori ni ada signboard Ais Kepal Milo, terus rasa nak beli. Waktu ni misi mencari durian sebenarnya..hahaha..

Makan Tengahari, tauhu bergeil, Ais Kepal Milo dan Durian..haha

Siapa suka makan serbuk milo macam tu je, kita geng..hehehe..sep sikit!!..Masa ais kepal Milo ni viral, ramai kata manisla, apalah, salahkan Milo la..haaha..macam diaorang tak pernah makan atau minum benda manis. Biorla orang nak jual, dah sedap. jangan makan selalu ye udah.

Ada macam-macam dibubuhnya dalam Ais Kepal milo ni

Ais Kepal Milo nad beli, bukan ais dan milo semata, ada kacang, ada marsmallow, ada cocokrunch..hehehe. Mula-mula rasa memang manis sebab milo kan. Tapi, lepas dicampur dengan ais, dan ais cair sikit, jadi tak manis sangat pun..sedap je minum. Lagi masa cuaca panas..pergh..masuk tekak, memang terbaikk..

Boleh je buat sendiri. Ikut kerajinan korang la..hahahha..Kena cari alat nak kisar ais tu je. Milo cair tu cuma letak serbuk milo dan susu je. Nad tengok resepi orang buat. Lepas tu tambahla apa-apa..hehehe..Kita dah beli dan rasa okla, cukup..hahaha..lepas ni kalau ada orang belanja kita, kita ok je..hahaha..


hai assalammualaikum

Teochew Chendul Penang Road Famous Ada di Tesco Ampang - Alhamdulillah, hujan dah mula turun dan membasahi bumi. Sejuk sikit cuaca. Sebelum ni, cuaca memang panas dan berbahang kan. Masa cuaca panas tu, nad teringin sangat makan air batu campur ( ABC ). Fikir mana nak pergi makan ye. Lepas tu haritu masuk dalam Tesco Ampang. Biasalah, tempat port pergi beli barang dapur, barang anak, barang kita, kadang saja pergi Tesco jalan-jalan..hahah. Biasalah surirumah.
Masa jalan-jalan tu nampak kedai ni. Ada cendol la..ape lagi, kita cuba makan sini. Kedai makan Penang Road Famous Teochew Chendul.

Order ABC dan Mee Kari Teochew Chendul

Masa tu tengok menu, nampak  chendul je. Jadi kita order jela, nak sejukkan tekak kan,. Ingat nak makan chendul je, tapi rasa lapar pulak. Orderla mee kari dengan mee udang. Mee kari tu nad punya, mee udang pulak suami punya.

Tak pasti chendul ke ABC, dah nama kedai chendul..hahaa..

Ni la chendul yang kitaorang order. Rupa macam ABC, ahhahaha..Tak tau la, sebab yang order suami kita, resit pulak hilang. Nampak sedap kan..tapi memang sedap..hahaa..Yang panjang-panjang tu nad rasa macam cincau. Ada letak buah, kacang merah, warna hijau tu. Pergh terbaik..

Nad rasa Penang Road Famous Teochew Chendul ni ada di Penang. Yang ni merupakan franchise dia. Sebab nad tengok dekat tv yang dia letak dekat kedai tu, menceritakan salah silah tentang Teochew Chendul ni. Pernigaan turun temurun ahli keluarga. Dah berkembang sekarang. Korang boleh je pergi tengok di https://www.chendul.my/html/ourstory.html

Mee kari

Mee udang kuah putih dengan sambal

Mee kari nad punya pekat dan sedap. Memang rasa terbaikla. Tapi Mee udang suami punya yang kuah warna putih tu lagi sedap. Tak pasti tu santan ke kot, tapi bila dicampur dengan sambal yang diletak dekat sudu tu, memang sedapppp gilerrrrrr..seriusssss..Tak pernah tengok mee kuah warna putih ni, mungkin santan ni..hahaa..Tak sangka sedap sangatt..

Give 5 star..hahah

Anak kita pun suka mee kari sini..dengan ABC dia..sedapp..hehee..

Teochew Chendul di Tesco Ampang

Sedap sangat..

Korang boleh cuba rasa, banyak lokasi francise dia ada..korang boleh tengok link http://www.chendul.my/html/location.html


MR DIY BOLEH SHOPPING ONLINE DAH

in , by Nadia Johari, 23:29:00
hai assalammualaikum

Mr Diy Boleh Shopping Online dah - Hah!!, tempat yang selalu nad pergi kalau nak cari barang atau dekorasi rumah dengan barang murah, mana lagi kalau bukan Mr Diy. Salah satu tempat yang memang akan masuk selain Kaison. Macam-macam ada dekat situ, dari barang perkakasan rumah, dekorasi, perlatan kereta,eh macam-macam la. Kalau masuk dalam tu, memang akan lama, sebab tengok macam banyak yang berkenan kan..hahaha.


Hah!!, lepas ni, korang boleh duduk berjam-jam depan laptop..hahaa..Takdela suami, kawan atau sesiapa sahaja bising, korang duduk lama dekat kedai Mr Diy tu. Sekarang Mr Diy dah boleh beli barang shopping secara online..yuhu..Nad pun teruja ok!..Tak perlu susah payah pergi kedai lagi, boleh pilih barang mana korang nak lama-lama. Dah pilih bayar lepas tu tunggu jela barang korang sampai depan rumah..hehee. Tak pun kalau nak keluar juga pergi kedai Mr Diy pun boleh, tapi lepas korang dah order siap-siap dekat online. Datang kedai, tinggal ambil je..senang weii..

Buat pengetahuan korang setiap kedai MR. DIY mempunyai lebih daripada 20,000 jenis produk yang terdiri daripada Perkakas, Barangan Rumah, Barangan Elektrik,  Aksesori Kereta,Alat Tulis,Mainan,Hadiah,Sukan, Perhiasan & Kosmetik. Banyak kan!!, lengkap ok..


Slogan mereka, “Always Low Prices“, memang murah pun..hahaha. MR.D.I.Y., sebuah syarikat perkakas rumah yang mempunyai lebih dari 550 kedai di seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, terus berkembang pesat di Asia-Pasifik.


Dari bulan July hingga Ogos, beli banyak mana oiii..penghantaran percuma,..Bestnya lagi, korang shopping, ada hadiah menanti..malas nak cakap banyak, korang boleh terjah www.mrdiy.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u
Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2