hai assalammualaikum

Motherhood Baby Warehouse Sale - Bila ada anak ni, asyik fikir barang dia je..hahaa. Barang diri sendiri dah rasa taknak beli dah..hahaa. Seronok bila tengok baju budak-budak, mainan dia semua. Nampak benda comel ni, rasa geram je. Paham-paham jela, barang budak-budak ni, ada yang mahal kan. Sebab tu nad suka tunggu expo, warehouse sale baby ni. Kebanyakan barang semua murah-murah. Bila dapat tau motherhood.com.my buat baby warehouse sale, terus ajak suami nak cari barang anak-anak ni.

Harini last Motherhood Baby Warehouse Sale ni di Viva Home Cheras. Nad pergi hari jumaat haritu. Memang semua ada la, dari pakaian, barang keperluan baby, keperluan mak, mainan, stroller, tilam, pampers, eh semua ada la. Nad ni pun rambang mata tengok..haha. Harga semua memang mur, mur je..Haishh, rugi la siapa tak pergi..


Tengokla semua barang-barang ni, rasa nak beli je semua. Nad datang sini, sebenarnya nak cari tempat food processor untuk Farhanah. Yela, dia kan baru mula belajar makan. Nad tengok ramai pakai yang jenis steam terus, lepas tu blend. Senang kerja. Memang ada banyak jenis. Tapi nad nampak yang warna hijau ni..hahaa. Comel je. Harga pun not bad.



Farhanah, syok pulak dia landing dekat baby punya hayunan ni. Lupa pulak apa nama dia..hahaa..Almaklumla, orang kampung, jarang pakai benda macam ni..








Hah!!, part ni, Fariza la paling suka. Syurga mainan buat dia..hahaa. Harga tu, ya ampun murah sangat tu. Ada bawah RM10. Memang beli untuk dia la..


Tengok, apa dia dapat..syokla dia. Sakan dia nampak apa yang ada dekat Baby warehouse sale ni..Dia yang lebih teruja pula.












Korang boleh tengok apa yang ada dekat Baby Warehouse Sale ni, nad ambil gambar sebahagian sahaja.



Masa ni korang dapat juga freegift dan ada mainan Spin and Win. Tu pun kalau korang belanjakan RM500 ke atas..



Balik rumah, Fariza tak sabar main mainan dia yang dibeli tu. Mainan doktor-doktor dan muzik..haha..tengokla tu..cantik sangat doktor..

Kalau anak dah besar pun, memang best beli barang budak-budak ni..hahaa..


hai assalammualaikum

Prego  Buddies,  Pasta  Kering  Berbentuk  Menarik Yang  Pertama  Untuk  Kanak- Kanak  Oleh  PREGO  

Prego Buddies Untuk Anak-anak - Fariza suka sangat makan makanan western macam pasta tu. Kalau makan dekat luar, mesti order pasta untuk dia. Sebelum ni pasta rupa dia biasa je, yela orang dewasa sekali makan. arna pun suram je. Tapi sekarang, ada pasta yang berbentuk menarik untuk anak-anak. Prego Buddies, Pasta kering untuk anak-anak berbentuk angkasawan dan sukan. Buddies dikeluarkan oleh Prego yang merupakan pakar  hidangan  pasta. Makin sukala Fariza makanan kegemaran dia ada bentuk menarik sekarang.



Haritu nad ada pergi ke pelancaran Prego Buddies di Sunway Pyramid. Meriah sangat event ni. Ramai parents datang, sebab nak dapatkan Prego Buddies ni.  Kalau korang nak tau, Prego  Buddies  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli. Jadi kalau anak jenis tak makan sayur tu, bolehla bagi makan Prego Buddies ni..hehee. Mesti diaorang suka. Dengan macam-macam bentuk ada, mesti mereka hidangan dengan penuh berkhasiat dan menyeronokkan.

Turut  hadir  pada  majlis  pelancaran  yang  diadakan  di  Sunway  Pyramid  itu  ialah  selebriti  serta  pelakon  wanita  terkenal,  Scha  Alyahya  dan  anaknya  Lara  Alana;  pengacara  radio  dan  TV,  Gan  Mei  Yan  dan  anaknya  Jo;  tukang  masak  cilik,  Danish  Harraz;  maskot  Prego  Buddies,  Buddies  dan  watak  siri  animasi  popular  Malaysia,  BoBoiBoy.    



Pada  majlis  itu,  Danish  Harraz  yang  baru  berusia  sebelas tahun  turut  mempamerkan  bakatnya  dalam  bidang  masakan  dengan  menyediakan  salah  satu  daripada  dua  resipi  ciptaannya  yang  menggunakan  Prego  Buddies  dan  sos  pasta  Prego. Apa  yang  pasti,  hidangan  Buddies  Ayam  Keju  hasil  air  tangannya  itu  telah  mendapat  sambutan  hangat  dari  kalangan  para  selebriti  serta  media  yang  dijemput  ke  majlis  berkenaan. 


 Para  penggemar  pasta  boleh  mendapatkan  resipi  istimewa  hasil  ciptaan  Danish  iaitu  Buddies  Ayam  Keju  dan  Cucur  Ayam  Buddies  di  www.pregobuddies.com.  Para  ibu  dan  anak-anak  boleh  mendapatkan  inspirasi  untuk  mencipta  resipi  mereka  sendiri  di  laman  sesawang  berkenaan  sementara anak-anak  menerokai  aktiviti  menyeronokkan  bersama-sama  dengan  Buddies.    





Nad sebelum-sebelum ni pun buat pasta guna Prego. Lagi-lagi sos pasta dia. Sedap dan mudah disediakan. Prego  kini  teruja  untuk  mengembangkan  lagi  rangkaian  pasta  kering  keluarannya    dengan  memperkenalkan  Prego  Buddies,  khas  untuk  si  cilik  yang  menggemari  pasta. Haritu juga nad join masak-masak dekat situ. Masak Prego Buddies bersama anak..hehe. Seronok je rasanya. Semua bahan dah ada, tinggal pilih dan masak je. Hasilnya tengok jela dalam gambar tu. Masak dalam masa 10 minit je, dah siap..hehee..memang cepat. 

Dengan  adanya  Prego  Buddies,  para  ibu  hanya  memerlukan  10  minit  sahaja  untuk  menyediakan  beraneka  jenis  hidangan  pasta  dengan  penuh  kasih  sayang  dan  boleh  disediakan  pada  bila-bila  masa  sahaja  dengan  menggunakan  sos  pasta  Prego  atau  menambah  beberapa  ramuan  tambahan,  memastikan  si  cilik  sentiasa  gembira. 




Haritu, Fariza mintak masak Prego Buddies ni. Nad cuma rebus je Buddies ni sebab sos pasta takda. Dia suka je..makan juga. Lepastu bubuh sup daging sikit. Lagi dia suka sampai tak bagi nad rasa..hehe..

Prego  Buddies  didatangkan  dalam  dua  varian  berbeza  iaitu  pasta  bertemakan  bentuk  sukan  dan  angkasa,  sesuai  untuk  kanak-kanak  berusia  tiga  tahun  ke  atas.  Ia  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli  serta  boleh  didapati  dalam  pek  200g,  pada  harga  runcit  yang  dicadangkan  RM  2.35.  Pengenalan  pasta  untuk  kanak-kanak  itu  ke  dalam  rangkaian  produk  sos  pasta  dan  pasta  kering  Prego  bakal  memenuhi  kehendak  serta  citarasa  pengguna  yang  lebih  luas.  Semua  produk  tersebut  boleh  didapati  dengan  mudah  di  seluruh  negara.  Dapatkan  beraneka  resepi  yang  mudah  serta  enak  untuk  disediakan  di  www.pregobuddies.com.
hai assalammualaikum

Tunjukkan Semangat Kebangsaan Dengan Nyanyi “ Negaraku “ Dan Muatnaik di NegaraUmmph TV –  Bulan 8 sudah tiba, dan kita tau, apa istimewanya bulan 8 ialah Hari Kebangsaan.  Jadi, apa perasaan korang sekarang?  Semangat atau biasa-biasa sahaja? Bagi nad, tahun ni, nad rasa kelainan sedikit. Semangat nak sambut Hari Kebangsaan. Semangat nak menyanyikan lagu Negaraku. Tahun ni akan menjadi sejarah dengan sesuatu yang baru dan lebih Ummph.

BOH Tea Memperkenalkan E- Channel  NegaraUmmph TV

TERIMA KASIH, negaraku Malaysia! kerana diberi ruang dan peluang untuk hidup dan menetap di bumi bertuah yang sungguh unik dan istimewa. Justeru kita wajar berterima kasih atas keunikan yang telah negara ini anugerahkan kepada kita. Percayalah tidak semua negara memiliki keunikan seperti kita. Realitinya kita adalah insan terpilih yang diberi peluang untuk menikmatinya. Ada pelbagai cara untuk rakyat Malaysia melahirkan rasa cinta mereka kepada Negara, dan BOH Tea telah membuat sesuatu yang berlainan, yang ingin menarik rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik dan cintakan Negara.

NegaraUmmph TV, menyiarkan nyanyian Lagu Negaraku Rakyat Malaysia 24 jam


BOH Tea mengajak rakyat Malaysia sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat,  kuat ,bertenaga dan Ummph. Boh Tea akan membuat satu channel khas iaitu NegaraUmmph TV. Channel ni adalah e-channel yang akan menyiarkan rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku selama 24 jam pada 31 Ogos 2018 nanti.

Semua Rakyat Malaysia Boleh Sertai NegaraUmmph TV

Malaysia merupakan satu negara yang unik di mana pelbagai kaum hidup dalam suasana aman harmoni. Bayangkan, berjuta rakyat Malaysia, menyanyikan lagu Negaraku, dan akan disiarkan 24 jam pada Hari Kebangsaan nanti, memang sangat mengagumkan. Tak kira bangsa, tua, muda, semua boleh nyanyi.  Macam mana, bersemangat tak?? Nak join sekali, semestinya boleh, korang boleh buat video menyanyikan lagu Negaraku, sama ada secara solo atau beramai-ramai. Ikut gaya masing-masing atau nak buat macam mana pun.  Suara tak sedap tolak tepi, yang penting, semangat korang nak Nyanyikan lagu Negaraku. Pastikan nyanyi dengan kuat dan lantang ya. Bawah ni cara korang nak submit video tu.

Simple je caranya

Cara sertai BOH Tea NegaraUmmph TV
- Pergi ke link http://negaraummph.tv/
- Rakam gaya tersendiri sama ada secara solo atau berkumpulan menyanyikan lagu Negaraku
- Klik submit untuk menghantar video yang telah korang rakam
- Dah settle, lepas tu tunggu video korang tu disiarkan pada 31 Ogos 2018 bersama rakyat Malaysia yang lain secara live

Dah nampak semangat tu nak Nyanyi lagu Negaraku. ..hehee..Nak bukan ajak-ajak ayam tau, nad ajak betul-betul ni. Nad pun join tau. Malaysia Baru, suasana baru. Mestila semangat lain sikit. Justeru sebagai tanda syukur dan berterima kasih sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama nyanyi lagu Negaraku.

Semangat nad nyanyi dengan anak tau..

Tengok, nad nyanyi lagu Negaraku bersama anak, nak bagi dia pun rasa semangat Patriotik..hehee. Nak tengok video ni, korang kena tunggu 31 Ogos 2018 nanti. Sebab nad pun nak tengok video korang juga. Cepat-cepat buat video nyanyi lagu Negaraku. Hantar video korang tu dekat http://negaraummph.tv tau. Nyanyi la dekat mana-mana pun, dekat rumah ke, depan orang ramai ke, eh dekat mana-mana la..Lagi best kalau dekat luar Negara tu. Nampak semangat nyanyi lagu Kebangsaan kan. Masa nak rakam tu, boleh je guna tripod atau pegang telefon tu seperti selfie..Hah!, yang penting semangat korang nyanyi lagu Negaraku.

Cepat-cepat, nanti kita boleh tengok muka kita semua dekat BOH Tea e-channel NegaraUmmph TV..hehee
hai assalammualaikum''


Gubahan Indah Jambangan Bunga Flower Chimp - Nad ingat lagi, pertama kali dapat jambangan bunga dari mr mafia masa nad punya konvokesyen. Hati berbunga-bunga bila dapat gubahan bunga yang menarik ni. Sekarang, hadiah jambangan bunga,bukan sahaja bagi kepada kekasih, malah kepada rakan dan keluarga pun boleh bagi bunga untuk meraikan sesuatu atau sebagai " ucapan ".

Sekali sekala nak juga tunjukkan betapa kita menyayangi, mencintai dan ingat akan mereka. Setiap orang ada cara berbeza untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Kadang ada bagi barang mahal, tapi sebenarnya bunga tetap menjadi pilihan.


Flower Chimp Malaysia

Salah satu kedai bunga yang korang kena tahu ialah Flower Chimp. Nad tengok, cantik-cantik jambangan bunga dia ada. Ada macam-macam jenis bunga dan sesuai untuk apa sahaja. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu,




Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan mengikut kehendak kita. Harga bunga di Flower Chimp serendah RM89 sahaja.

Perkhidmatan Penghantaran Bunga Secara Percuma Ke Seluruh Negara

Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sesetengah orang sanggup ke kedai bunga dan beli bunga serta hantar sendiri kepada orang tersayang. Ada juga yang suka buat kejutan, jadi, dia suruh orang kedai bunga tu deliver kepada orang yang dia nak beri tu. Hah!!..Lagi bagus buat kejutan kan. Lagi satu, kot takde masa, tapi nak orang tersayang tu gembira masa hari istimewa dia, hantar je bunga..mesti tersenyum. Lagipun boleh hantar jauh sampai Sabah dan Sarawak..terbaik la..





Walaupun jauh tapi “Ucapkan dengan bunga!” sahaja, mampu menyemai kasih sayang lagi. Perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pelanggan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya kerja korang, hanya memilih jambangan bunga kegemaran dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Ya, korang boleh order online je.

Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara PERCUMA ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Flower Chimp Menerima Pelaburan RM 6 Juta Dan Ingin Meluaskan Perniagaan

Flower Chimp menerima pelaburan berjumlah RM 6 Juta berikutan prestasi cemerlang di Asia Tenggara. Pengasas berhasrat meluaskan perniagaan ke Singapura menjelang pertengahan Ogos 2018.

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.

“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Hah!!, macam mana, dah tengok website Flower Chimp, menarik kan..Kalau korang berminat dengan bunga-bunga dekat situ atau nak tau apa perkhidmatan, jenis bunga atau apa sahaja untuk hadiah bunga bagi orang tersayang, korang boleh layari

Flower Chimp di Malaysia
Website: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Website: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Website: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.


Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa
terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura
dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari
Website : www.flowerchimp.com.
Emel: pr@flowerchimp.com
Contact: +6013-886 9948

ORANG LELAKI PUN SUKA SMIGGLE

in , , by Nadia Johari, 16:42:00
hai assalammualaikum

Tengah tengok barang Smiggle

Mr Mafia Pun Suka Smiggle - Semua mesti tahu kan pasal kedai Smiggle ni. Siap ada isu lagi, siapa tak ada barang Smiggle ni dia miskin..Rasanya la isu macam tu..hahaha. Tak kisah pun pasal tu semua. Biarla orang nak cakap ape, miskin ka, apa ka, asalkan kita tau kenapa kita tak beli. Nak beli pun tak salah, hak masing-masing kan. Siapa masuk kedai Smiggle ni, memang tak keruan la, mana taknya, barang dia semua comel-comel, kiut, cantik, lip lap, lip lap gitu..hahaa..

Nad pernah masuk dua kali sebelum ni, memang bila masuk kedai Smiggle ni, terus cakap woww!!...haahha..Mana taknya, barang dia warna warni, memang menarik untuk orang masuk lagi-lagi perempuan. Barang dia pun macam-macam bentuk dan kebanyakannya adalah alat-alat stationary. Tapi sebenarnya, bukan orang perempuan je suka masuk dalam ni, sekali suami kita pun suka weii..hahahhaa.

Kotak pensil dia berkenan

disuruhnya anak pilih. Belinya tidak..

Haritu, lepas habis event Laurier, kitaorang jalan-jalan dalam Sunway Velocity Mall tu. Dah satu-satu masuk, sekali mr mafia masuk kedai Smiggle ni..hahaa. Nad ingat dia taknak masuk, tapi masa dekat luar kedai, dia cakap " cantikla barang-barang dia "..Terkjut kejap..hahaha..weeii barang-barang kiut macam ni, selalu perempuan je suka..hahaa. Sekali dia ternampak kotak pensil bentuk kereta. Dia dah suka dah, tapi bila dia tengok harga, kahkahkah!, nad gelakkan je. Paham-paham jela, mahal sangat..hehee. Tapi dia cakap, " takpe, nanti kumpul duit, boleh datang dan beli "..hahaha..Suka sangat dia dengan bentuk kereta tu.

Pensel box bentuk Bola pulak

Lepastu ada bentuk bola, ada cakap dekat Fariza " nah bola ni, suka tak "..adehla..anak kita gegirl bang oii..

Barang-barang beg sekolah yang cantik

Pensel box, cantiknya lahai

Banyak barang stationary dekat sini

Kitaorang jalan-jalan masuk je. Tak beli pun. Takde duit masa tu nak beli. Fariza pun memang jenis, kalau kita cakap taknak, dia takkan amik. Sebab tu, berani je masukkan dia dalam kedai mainan atau kedai macam Smiggle ni. Tapi tak tau la dah besar nanti kan..hahaha..Mungkin dah besar, kita cakap slowtalk, kita takda duit. Nak boleh, kita kumpul ye..hah!!, gituu..hehehe..

Nad tengok, walaupun harga barang Smiggle ni mahal, tapi dia tahan lasak. Yela, dibuat dengan jenis kain yang berkualiti, tahan lasak ni. Kalau tak, takkanla harga dia mahal bebenor macam tu. Kedai Smiggle ada banyak tempat dalam shopping mall. Kalau rasa nak beli, belilah..sebab nad pun rasa nak beli..haaha..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2