PESTA MAKANAN THAI DI TESCO AMPANG

in , by Nadia Johari, 10:28:00
hai assalammualaikum

Pesta Makanan Thai Di Tesco Ampang - Akhirnya, dapat juga nad rasa makanan Thailand. Pesta makanan Thailand ni mesti ada, tapi kena tau la lokasi. Macam nad tau dari instagram, nampak seorang kenalan instagram post gambar aiskrim gulung, lepas tu dia bubuh lokasi. Bila tengok lokasi, terus senyum dan happy sebab dah dekat sangt dengan rumah. Tempat tu pulak memang kerap pergi,mana lagu kalau bukan Tesco Ampang..hehehe..

Bila tau, terus cakap dengan mr mafia. Nad bagitau dia ada Pesta Makanan Thailand dekat Tesco Ampang. Mula tu tengok macam takde, esoknya, jiran cakap, ada makanan Thailand dekat Tesco. Dia pun bagitau lokasi dekat mana. Memang kena pergila. Dah dua kali melepas Pesta Makanan Thailand ni. Pertama masa dia.buat dekat depan Sogo, tak dapat pergi. Kedua,buat dekat Meru Klang, pergi tapi tak dapat makan sebab baru sebulan habis pantang..hahaha. Kali ni dapat, memang akan rasa mana yang kita rasa unik.


Suka nad dapat terjah Pesta Makanan Thailand ni. Macam-macam ada dekat sini. Semua bau makanan memang sedapla..hahaha.


Pertama kali nad rasa Kerabu Maggi ni. Nampak post kawan sebelum ni, nad pun tertanya apa rasa kerabu maggi ni. Selalu rasa kerabu sayur je kan, tak pernah pulak makan kerabu maggi. Apa lagi, cubalah makan. Tak sangka rasa dia sedap betul. Dahla macam-macam dia letak. Rasa macam tomyam sikit, masam-masam sikit, dan best sebab pedas..perghh!! buat teringat balik la..sedap ya amat.



Pastu nad makan cucuk-cucum ni. Teringat dulu makanan ni masa belajar dekat UUM. Nad paling suka empat segi tu. Bila makan, teringat UUM..eh..hehehe..Kuah dia pun sedap sangat..pedas..




Makanan yang teringin nak, cuba juga, aiskrim gulung ni. Walaupun rasa macam aiskrim biasa kita makan, tapi sebab cara buat dia unik sangat, kita pun nak makan..hehehe.


Lagi satu aiskrim kelapa. Dulu pernah makan, masa pergi expo baby anak pertama. Sedap betul.


Pulut mangga oiiii...nyumnyum..




Nampak sotong, macam sedap. Takleh tahan, kena rasa ni. Harga ikut saiz sotong. Sotong ni dibakar, dan diletak kuah. Memang tak menyesal beli..sedap..hahaha







Memang pergi Pesta Makanan Thai ni buat rambang mata. Rasa nak makan semua je. Tapi dut tak cukup..hahha. Makan mana teringin je, nak maka. Memang semuanya sedap. Okla dah dapat merasa. Lepas ni, jomla kita travel ke Thailand..hahahha.
hai assalammualaikum

Seronok Pergi Farm In The City Di Seri Kembangan - Ni kali kedua nad datang ke Farm In The City, masa kali pertama datang, nad mengandungkan anak pertama, Fariza. Masa tu kandungan baru 4 bulan. Kali ni, nad datang lagi bawak Fariza yang sekarang dah berusia 3 tahun. Memang rezeki dia, bila KBBA9 nak buat Family Day di sini pada Hari Malaysia haritu, terus nad nak join sekali. Memang sesuai sangat datang ke sini sebab Fariza pun dah kenal haiwan dan nampak keterujaan dia datang ke Farm In The City ni.

Farm In The City Seri Kembangan

Farm In The City

Orang cakap, tiket masuk ke Farm In The City mahal. Tapi bagi nad, harganya sama je macam tempat binatang lain. Nad rasa lagi berbaloi mak ayah bawak anak ke sini. Sebab apa, banyak sebabnya tau, antaranya
- Kebanyakan haiwan dekat sini dilepaskan dan kita boleh dekat dengan mereka. Haiwan yang lembut dan comel bukan berbisa dan ganas..hehee..
- Kita boleh pegang dan rasa haiwan tersebut.
- Dapat bagi haiwan makan.
- Haiwan pulak, ada jenis kita selalu nampak dan jarang nampak.

Hah!!, best kan..nanti tengok gambar pulak..mesti korang terus nak ajak anak-anak ke sini..hehee..

Harga Tiket masuk Ke Farm In The City.

Dengan Mykad
Dewasa ( Age 12 years old and above ) : RM 37
Kanak-kanak ( Age 11 years old and below ) : RM 30
Free admission if children height below 90cm
Senior Citizen ( Age 60 years old and above ) : RM 30

Tanpa Mykad
Dewasa ( Age 12 years old and above ) : RM 55
Kanak-kanak ( Age 11 years old and below ) : RM 45
Free admission if children height below 90cm
Senior Citizen ( Age 60 years old and above ) : RM 45

Family KBBA9
Credit Pic :
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Masuk sini je dah terus ada kedai mainan dan cenderahati..hahaa. Masa ni staff tengah bagi taklimat dekat kitaorang..dipecah kepada dua group. Mana taknya, ramai kot family KBBA9 yang pergi haritu..campur anak-anak semua..memang meriah..hehee..

Makanan untuk binatang
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Masuk je, dah nampak orang jual makanan untuk haiwan ni. Datang sini memang wajibla beli makanan ni, sebab nak rasai sendiri bagi haiwan makan, dan pegang haiwan tu..sambil bagi makan sambil belai..Harga makanan ni RM10.

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Kambing kelaparan

Tempat pertama pergi, kita tempat rumah kambing, kuda dan burung unta..Haiwan dekat sini semua boleh masuk satu kandang tau..hahaha..bermesara pulak tu, bagus..hahaa..Semua haiwan ni kelaparan, jadi semua tak sabar nak makan yang kornag beli tu untuk diaorang sampai keluar kepala hah..dasyat..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Burung ada sarung kaki..hehe
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Ada macam-macm jenis burung ada dekat sini..spesis ada yang lawa, ada garang ada yang pandai bercakap.

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/


Pertunjukan burung

Pertunjukan haiwan
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Dekat sini pun ada pertunjukan burung kakak tua. Best sangat..kita pulak yang teruja tengok..hehee..Pelatih yang melatih burung-burung ni pandai berinteraksi dengan orang dan buat jenaka, jadi takdela bosan. Burung kakak tua ni pun dah dilatih lama untuk melakukan pelbagai aksi. Burung-burung ni dilatih ambil masa 6 bulan juga baru diaorang pandai..lama tu..ehhe..

Tom si pelakon hebat
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Burung ni namanya " TOM "..dia pandai berlakon..kalau korang tembak terus, dia berlakon mati..tapi masa tu, orang dah habis berlakon, dia masih tak bangun-bangun..ahhaa..ngada tau..berlakon lebih..korang boleh tengok video tu dekat instagram nad di www.instagram.com/nadiasamjohari

Moh ler bergambor..jangan lepaskan peluang

Burung ni kalau dipegang dia marah..tak suka..agaknya dah kerap kene pegang kot..ahhaa..Takkan terbang pun. Jadi bolehla ambil gambar.

Pony Ride

Naik kuda
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Ni pengalaman pertama Fariza naik kuda. Nad cakap " Fariza nak naik kuda "..terus dia cakap " nak "..hehe..seronok dia..Bila ada peluang macam ni, baik kita naikkan je dia..Fariza ingat mommy nak ikut sekali naik, bila dia tengok mommynya tak naik sama, nad ingat dia akan nangis, tapi tak..yeahh..Fariza dah besar..dia dah berani..hehee..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Harga untuk naik Pony ni, RM7 je..ada ketinggian yang boleh naik kuda ni...

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Salah satu binatang yang gebu gebas bulu dia..Dahla comel..Ni la Raccoon..Bila kita hulur makanan, terus dia datang tau..Dapatla pegang bulu-bulu dia yang gebu tu. Usap dan belai dia.. Rasa disayangi dia..hehee..Terlampau kenyang, tengok perut la..haha..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Budak yang berani

Ni pula kawasan binatang yang kecik-kecik je..Ada yang boleh diambil dan pegang..ada yang tak..Hah ni ada ular yang boleh dipegang..Agak-agak berani sentih jela kulit dia tu..Dekat situ pun ada cicak dengan sesumpah kot..hahaa..Nad geli oii, tapi adik, selamba je angkat ekor..mujurla muka dia tak hadap kau dik..haha..Farhanah apa tau..haha..dia nampak macam mainan je semua..hahha..Kalau dilepaskan, mau di makan ular tu. Farhanah ganti mommy tolong pegangkan..haha..Fariza pun pegang..Berani sungguh anak-anak mommy..bagus..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Masa ni biasalah Fariza, mesti akan kata " apa tu mommy, apa tu "..Nad mestilah jawab pertanyaan dia..Biar dia kenal haiwan tu, walaupun nama pelik..hahaa..Adik pun nak tau haiwan tu, khusyuk dia tengok..

Anak ayam

Happy dia
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Masa balik kampung, budak ni pernah penyekkan anak ayam..hahaa..Mommy pun cuak dia penyekkan anak ayam tu..Tapi nasib tak..haha. Dia pegang elok, suka je..Sampai taknak lepas. Walaupun kampung ada, tapi jarang dia dapat pegang anak ayam. Hah!!, kat sini boleh pegang lama-lama. Boleh ambil sendiri..hehe..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Ni Skunk nama dia..Ni pun gebu macam kucing je tengoknya..hahaa..Tak lari pun..lagi dia suka orang pegang dia adalah..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Lepas tu kita pergi ke kawasan " Giant Turtle ". Besar-besar kura-kura ni. Fariza masuk je terus " mommy, tu ura-ura "..Beria dia tau nak bagi makan dekat kura-kura ni. Sampai dia paksa kura-kura ni buka mulut suruh makan. Sampai dah ke batang dia nak bagi. Mommy yang takut nak oii..Kang dia ngap jari awak, hilang jari tu..haishh..Fariza pedulik apa..hahaa..Mommy yang tengokkan..

Masa bagi makan ni, ibu bapa kene pantau. Binatang mana kenal jari kan..Dia tau nak makan je..haha.. Jadi jaga anak masing-amsing walaupun binatang ni jinak..

Ni la telur kura-kura

Telur kura-kura tu..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Walaupun tadi dah nampak burung, tapi ni kawasan burung yang kita boleh bagi makan. Memang banyak jenis burung dalam ni. Ada penjaga yang akan bagi makanan burung. Kau ambil, lepas tu pergi je dekat burung dan tadah. Nanti dia datang..hehe.." Good job Fariza "..tak takut dia masa burung tu makan makanan dekat tangan dia. Takda rasa geli ke apa..haha..lagi dia tersenyum..Lagi dia kejar burung tu..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Ni kawasan Savannah. Dulu pertama kali nad pergi, tak tau pulak semua binatang ni rakus sangat nak dekat dengan kita. Memang cuak..hahaa.. Kali ni aku beranikan diri. harap dia takde sondol-sondol kita..haha. Sebenanrnya kalau korang tak pegang makanan, takdela dia datang dekat. Dia akan datang dekat orang yang ada makanan. Lapar kot diaorang ni. Tapi kali ni nad masuk pun cuak..haha..Tapi sebenarnya diaorang ni jinak..hehe.

Fariza selamba dia je la masuk dan pegang rusa, kambing ni semua. Tengok dia bagi makan binatang tu, bukan main lagi. Dah macam pengembala rusa dah..hehee..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Kawasan arnab..best sangat..macam nak bela je..hahaa..

Tangkap jangan tak tangkap ikan tu bang oii

Boleh pancing ikan dekat sini..

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Duduk diam je, tak bergerak pun

Memang banyak jenis haiwan ada dekat sini..Takda rasa boring bila datang sini, sebab jensi zoo ni jenis Petting Zoo, boleh dekat dengan haiwan, bagi haiwan makan, memang seronok.

Kemudahan Di Farm In The City

Temapt makan

Kedai makan..

Masuk sini, makanan luar tidak boleh bawa masuk, tapi jangan risau, ada tempat istirehat, ada kedai makanan dekat sini. Agak-agak penat, lapar, boleh beli dekat sini.

Token machine

Ni machine untuk naik kuda Pony. Machine macam ni pun ada bekalkan makanan haiwan. Jadi, korang boleh dapatkan makanan haiwan tu di machine seperti ini.

Waktu bagi binatang makan dan pertunjukan binatang

Aktiviti di Farm In The City


Pesanan Penting;
Datang sini memang kena datang awal, sebab orang memang ramai datang ke sini. Parking akan cepat penuh. Datang awal juga sebab, setiap tempat mesti nak lama. Yela, nak tengok haiwan, pegang dan bagi makan. Takkan datang satu tempat haiwan dah tengok terus pergi..tak kan..

I Love Farm In The City..ala anak dara
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Kereta pink
Credit Pic : 
http://facebook.com/kerex.studio
http://kerex.zenfolio.com/

Jom ke Farm In The City Seri Kembangan

Hah!!, macam mana, best tak tengok gambar kitaorang ni..Anak-anak pun happy je. ( Fariza je, Farhanah buat tak tau..hahaa..adik belum besar..dia tengok semua benda nampak macam mainan, nak makan masuk mulut je )..Jadi, bila ada masa terluang bawakla anak-anak ke sini..berbaloi-baloii..

Farm In The City
Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Website: www.farminthecity.my
Facebook: FarmInTheCityMalaysia
Instagram: FarmInTheCityMalaysia
No. Tel: 03-89412099

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2