hai assalammualaikum

Baby Fiesta 2018 Motherhood Di Starling Mall - Pantang dengar bila ada jualan murah untuk barang baby ni. Mesti nak kena pergi juga sebab masa ni la mommy rasa nak cari macam-macam barang anak. Nad tenagh nak cari untuk baby seat adik, blender adik dan macam-macam lagi la. Adik tengah nak makan, dah duduk, jadi banyak la nak cari..hahaa. Kalau usha dekat luar, harag mahai-mahai nor, jadinya kita usha dekat baby fiesta ni. Haritu juga, mommy hadir ke Baby Fiesta di Starling Mall sebab mommy dinominated antara yang tercalon untuk Ibuencer 2018 anjuran motherhood.com.my . Terharu bila terpilih antara 100 ibu-ibu yang lain.


Sebelum tu, jom nad tunjukkan, barang apa je yang ada dekat Baby Fiesta 2018 ni. Biasalah, Fariza la yang mesti over excited. Eh mommy pun excited..hehhehe..Barang-barang yang ada, semua nampak brand-brand, tapi harga dia memang murah gila-gila.

Masa tu pulak nad pergi tanpa baby carrier. memang dukung adik, jaga kakak..hahaa. Suami tak dapat ikut sebab dia terkehel lutut masa main futsal. Nad jadi powerpuff girl masa tu. Masa tengah usha, nampak baby carrier Ezbaby ni. Memnag lama aim, baby carrier ni sebab ada tempat duduk tu. Adik mesti selesa kalau pakai. Nad ada baby carrier dekat rumah tapi takde bahagian tempat duduk ni. Jadi, fikir Farhanah mesti tak selesa.


Nad pun usha la dan tanya harga. Selalu carrier macam ni boleh tahan mahalnya. Tapi masa dekat sini harga murah juga. Macam tak caya tau..hehee. Cuba pakai, terus rasa suka. Farhanah pun sedap je duduk. Masa ni pulak diaorang ada buat contest, ambil gambar dan share dekat facebook diaorang.



Bila dah rasa, eh rasa nak dapatkan terus. apa lagi, terus beli..hahaha..Memang senang Baby Carrier Ezbaby ni. Tak sakit pinggang, boleh handle Fariza dan Farhanah dalam satu masa. Nanti nad review penuh pasal baby carier ni ok. Korang boleh usha Ezbaby punya facebook dulu ( Ezbaby Malaysia ), kot nak beli kan. Terus mommy jalan usha barang lain dengan mudah..hehee..


Fariza tiba-tiba menjerit " mommy,mommy, Didi and Friends"..hahaa..Ada juga dijual dekat sini. Baju, beg, botol Didi and Friends ada.





Barang seeprti carseat, stroller, semua ada. Barang mandi , lotion baby.


Cute kan Set Botol Rock Star Baby ni..tema rock ok.




Lagi dia nampak tempat dia suka..apa lagi kalau bukan Papan gelongsor ni dengan kereta. Semua ni dari Coby House . Pagar ni pun nampak menarik untuk adik..ahhaa..kasi kurung..Lama Fariza dekat sini, nak sangat suruh mommy belikan untuk dia..


Beg simple dimple ni memnag best dan tahan lasak. sesuai la bawak isi barang anak masa pergi travel..besar pulak tu ruang dia.



Mommy nampak blender baby Philips ni. Memang berkenan sangat. ada dua jenis, satu 3 in 1 , satu lagi 4 in 1..senang kerja kan nak bagi makan anak.




Mainan lagi Fariza nampak. Datang Baby Sale macam ni, kalau takde mainan tak sahla kan..hehee




Yang ni nampak cool sangat. Untuk ibu mengandung atau tak, mesti kita akan rasa kurang selesa bila duduk atau penat buat kerja, atau cuaca panas, nak baring pun tak selesa bila cuaca panas. Ni la dia OCA Hot and Cool Waterpad. Boleh dipakai untuk baring, duduk..Boleh jadi sejuk dan panas. Best kan ada ni, waktu cuaca panas, boleh sejuk badan bila ada ni. Kalau nak panas, beli yang jenis kecik, masukkan dalam oven dan panaskan..best betul.




Memang usha kudapan untuk adik ni. Makanan daripada Bebedang..Farhanah suka sangat. Makan sampai habis. Makanan bebedang ni memnag buat baby kenyang sebab dibuat padat dan takda angin masuk. Bagus sangat. memnag nad grab terus.

Memang ada macam-macam lagi dekat sini. Harini last sampai pukul 10 malam di Starling Mall level 5..pergi ok mommy dan daddy.


Masa ni juga ada buat Ibuencer Award. Teruja tengok mereka yang terpilih sebab mereka ni kawan-kwan nad juga..hehee..



Tahniah korang sebab menang award Ibuencer. Korang memang layak. Dahla semuanya cantik-cantik belaka. Anak pulak kiut, hensem dan cantik..hehee..




Tengok mommy bawak balik apa semua, penuh tangan kiri kanan depan belakang..hahaha..Korang enjoy dan beli apa yang patut dekat Baby fiesta ni..Harga mur-mur je..

Follow instagram beberapa brand yang nad tag ni  di instagram. @cobyhous_malaysia @nubymalaysia @ezbaby_malaysia @babyorganix_official @kathnbelleofficial @luvablefriends_malaysia @philipsaventmy @playgromalaysia @bebedang_malaysia @nubymalaysia @bnbmykr #neogo #simple dimple



hai assalammualaikum

3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway - Sebelum ni nad fikir stroller liner ni tak perlu ada, sebab rasa membazir je beli. Tapi lepas fikir balik, banyak kebaikan pakai stroller liner ni. Yela, kadang stroller yang kita beli tu kain dia panas atau keras dan tak sesuai dengan anak kita. Jadi, letakkan stroller liner ni bagi keselesaan pada anak kita semasa di dalam stroller. Lagipun, Stroller liner sekarang lebih berinovasi mempunyai cooling gel yang membuat anak kita berasa sejuk. Pada amsa sama, bagi mengelakkan stroller daripada kotor.


Kalau cari dekat facebook, instagram atau mana-mana, memang banyak dah stroller liner sekarang ni. Tapi, nad pilih 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway. Sebelum membeli stroller pad, sebaiknya memahami beberapa aspek yang perlu diperhatikan. Pilihlah produk yang aman dan nyaman bagi bayi, serta mudah untuk dipasang. Melihat kepada ciri ciri Stroller Liner Mamaway ni, nad pasti ibu bapa semua pasti suka.


Boleh tengok video ini sekejap, tentang stroller liner Mamaway. Lepas tu boleh baca kenapa nad suka stroller liner ni.

Nad suka dengan 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway ni sebab bentuknya yang kiut tu. Ada bahagian kepala dan bahagian kaki. Lagi satu ada tali yang boleh diikat supaya stroller liner ni yang membuatkan liner ini terletak elok di dalam stroller dan tidak lari atau tergelincir. mekanisme menyerap kejutan memastikan bayi anda mendapat perjalanan yang selesa dan lancar.


Tengokla Farhanah, bukan main selesa lagi duduk dalam stroller ni. 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway mampu mengimbangi pengurusan haba dan kelembapan proaktif  suhu pada kulit bayi dengan menyerap dan menyimpan haba dan kelembapan dalam mikrokapsul untuk mengurangkan kepanasan dan berpeluh. Ini boleh membantu dengan pencegahan ekzema, ruam panas dan kerengsaan kulit. Kain yang dipakai sangat berkualiti, bukan biasa-biasa punya kain. Kainnya yang berkualitiber dan super lembut dipertingkatkan dengan teknologi outlast yang aktif mengimbangi tahap haba dan kelembapan dengan menyerap, menyimpan dan melepaskan haba, menjaga kulit bayi pada suhu optimum 28 c. Ini yang paling penting semasa memilih strolelr liner. Kulit anak kan sangat sensitif.


Korang mesti risau, stroller liner ni akan kotor sebab ia berwarna putih. Jangan risau, sebab stroller liner ni antibakteria, tahan debu dan mudah dibasuh dengan menggunakan mesin. Bahan berkualiti tinggi yang secara semula jadi tahan bakteria dan hama habuk. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh untuk persekitaran yang mudah dan bersih untuk kulit bayi.


Selain itu, stroller liner Mamaway sangat ventilasi dan menggalakkan peredaran udara. Sokongan 3d yang dipatenkan mampu menampung berat bayi, tidak kira berat berapa daripada kendur.


Paling best, 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway  ni sangat serbaguna. Boleh digunakan untuk  apa sahaja. Ringan dan mudah alih, pelantar kami direka bentuk agar sesuai dengan kebanyakan tempat seperti carseat, car basket dan semestinya stroller.


Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner menyediakan keselesaan termal optimum untuk bayi apabila mereka keluar. Tidak lagi berpeluh, dan berpanas. Diperkaya dengan teknologi yang disahkan NASA. Telah mendapat Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria serta Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). Jadi jangan ragu-ragu lagi ok. Korang boleh tengok stroller liner Mamaway ni di Mamaway website ( 3D Shock Proof Universal Stroller Liner )

Untuk tau lebih lanjut boleh layari
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
















hai assalammualaikum


Breast Pad Dan Perfect Seamless Nursing Bra Dari Mamaway - Menyusukan anak memang suatu perkara yang indah, tapi satu masa ia juga perkara yang amat menyusahkan jika tidak memakai dua benda yang nad nak kongsi ini. Sebelum tu, pernah tak ibu-ibu mengalami peristiwa, susah nak breastfeeding anak di luar kerana perlu menyelak atau baju dibasahi susu yang banyak kerana bra yang dipakai tidak sesuai atau tidak meletakkan lapik untuk  mengelakkan susu dari terkena baju. Nad tau, ramai yang pernah dengar berkenaan nursing bra dan breast pad ni kan. Banyak brand dekat luar sana, tapi pilihan nad ialah Breast Pad Instandry disposable dan Perfect Seamless Nursing Bra. Bagi nad, dua benda ni wajib dipakai untuk ibu yang menyusu bagi memudahkan kerja kita.


Perfect Seamless Nursing Bra

Bagi ibu yang menyusu, bra yang dipakai perlulah bersesuaian supaya memudahkan kita hendak menyusukan anak kita. Kalau boleh, semasa menyusukan anak, tak perlu nak selak baju semua, buka dibahagian tertentu sahaja dan terus menyusukan anak. Nursing bra dari Mamaway ni memang menetapi citarasa nad. Nad sangat selesa memakai Perfect Seamless Nursing Bra.


Kalau tengok pada kainnya, diperbuat daripada cotton yang sangat selesa apabila dipakai. Kainnya yang sangat elastik dan tahan lasak serta tidak mudah rosak. Kiranya, kainnya tidak mudak longgar atau kendur. Bra ini merupakan bra anti bakteria dan selamat untuk baby ketika menyusu.


Nursing bra ni dibuat bagi memudahkan ibu yang menyusu, jadi designnya yang mempunyai clip di bahagian bra. Kalau nak menyusu anak, hanya buka klip tersebut dan boleh terus menyusukan anak. Apa ibu-ibu nampak, dia hanya mendedahkan bahagian puting kita sahaja, jadi bahagian sekitar tu tertutup. Klip itu terbuka dengan mudah dengan satu tangan dan kemudian klip kembali dengan mudah dengan HANYA satu tangan. Ini seolah-olah ia akan menjadi satu ciri yang jelas


Bra ni mempunyai padding di bahagian dalam, bagi memastikan ia kekal ditempatnya dan tak lari sana sini. Padding tambahan ni kalau difikirkan ia merupakan satu halangan di antara payudara dan baju , jadi, tiada air susu yang akan terkena di baju.Bestnya, ia merupakan ultra yang boleh memberi pengudaraan pada bra kita dan anti peluh. Kalau korang berpeluh, takdala basah bara korang tu macam bra biasa kita pakai.


Kalau korang nampak, ia mempunyai 4 row extender, yang mana korang boleh adjust, mengikut kesesuian semasa memakainya. Yela, kadang kita nak rasa longgar sedikit, nak rasa ketat sedikit. Jadi kepit je ikut row yang mana. Nursing Bra Mamaway ni bukan sahaja boleh dipakai untuk ibu yang menyusu, malah pakai untuk ibu yang mengandung atau tidak pun boleh. Bahagian cup dia tu, boleh ditarik sehingga  2-3 saiz cawan, menampung payudara kita yang berbeza saiz untuk menyokong dan bentuk yang lebih baik.

Ciri-ciri lain Seamless Nursing Bra Mamaway ni ialah mengandungi Ag + besi perak, menghalang pertumbuhan bakteria, mengekalkan bentuk bra walaupun dibasuh dan paling bagus ia menglakkan kerengsaan atau kerengsaan kulit. Kalau korang nak tau, nusing bra dia Mamaway pernah mendapat Award Winning di Australia.

Korang boleh tengok pelbagai nursing bra yang ada di Mamaway di Nursing bra Mamaway.


Breast Pad Instandry Disposable

Lagi satu yang ibu mneyusu perlu pakai ialah Breast Pad. Sebagai ibu menyusu, korang pernah menghadapi salah satu masalah biasa seperti tidak selesa apabila basah akibat susu yang berlebihan, baju berbau kerana susu sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Sebab tu kita ibu menyusu perlu pakai breast pad. Breast Pad Instandry disposable dari Mamaway memang best.


Ni sebab mengapa Breast Pad Mamaway best:-

1) Gentle Touch & Premium Made - BARU & TERPAKAI! Pad penyelenggaraan boleh guna premium, 150% lebih penyerap berbanding sebelumnya. Lapisan atas bernafas tetap kering dan terpisah dari teras walaupun basah, jadi jika puting korang sakit, masih boleh disembuhkan. Inti penyerap super menarik kelembapan dari puting susu serta-merta. Penghalang anti-kebocoran, jalur pelekat yang lebih besar dan dibungkus dengan elok. Keluk yang lembut untuk bersentuhan dengan payudara anda.

2) SILKY SOFT & HYPOALLERGENIC - Sihat lembut, hipoalergenik, membantu menyembuhkan puting  & lembut pada kulit sensitif.

3) ULTRA BERBAGAI - Sokongan luar ultra-bernafas tidak akan memerangkap haba, menjadikan anda segar sepanjang hari. Satu keping mendistribusikan kelembapan secara sama rata, tidak akan rumpun dan tetap rata. Teknologi kering segera menarik susu dari permukaan untuk memastikan anda berasa segar dan sihat.


4) EXTRA WIDE ADHESIVE STRIP - Panel anti-slip yang lebih luas untuk memastikan pad selamat di tempatnya.


Breast pad ni memang penting sangat. Jadi takdela masalah bau susu dekat baju atau ada kesan susu dekat baju kan. Korang boleh tengok di Mamaway Breast Pad kalau korang berkenan.


Kedua-dua barang ni memang kena ada di list bakal ibu dan ibu menyusu semua..hehe..Untuk keterangan lanjut, taua nak usha barang lain, boleh layari
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
hai assalammualaikum


Menikmati Prego Buddies Bersama Keluarga - Rezeki Fariza, dapat sebakul Prego Buddies daripada Prego Malaysia. Nad ingat dapat 4 plastik Prego, 4 botol sos sahaja, tapi lebih dari 4..hahaha..Memang stok untuk tiga bulan tu.



Tengok banyak kan. Kalau kitaorang berdua je ni, lebih daripada tiga bulan ni. Sebabnya, mr mafia tak makan pasta-pasta ni. Cuma nad dengan Fariza je makan macam ni..hahaha. Prego ada bagi bekas bekalan, botol air dan apron Prego. Suka sangat Fariza.

Prego Buddies, pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak. Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli itu didatangkan dalam beraneka bentuk menarik bertemakan sukan serta angkasa, bagi memikat selera anak-anak.

Disebabkan banyak macam ni, nad pun bawak balik kampung separuh. Biasa, kalau nad ada lebih, nad memang kongsi dengan keluarga sekali. Barang yang nad tak pakai pun, nad akan bagi dekat kakak.


Haritu, masa majlis cukur jambul Farhanah, masa hari siang, kitaorang masak Prego Buddies ni. Pertama kali nad rasa Sos pasta Keju dan Herba ni. Jadi haritu masak Prego Buddies guna dua jenis sos iaitu Keju dan Cheese, satu lagi Bolognaise. Mudah je nak buat dia, ambil masa 10 minit je. Tengok dua jenis pasta berlainan sos siap..hehehe. sedap juga rasa sos keju dan Herba tu..


Prego Buddies ni bukan je boleh dimakan untuk budak-budak, tapi orang besar pun boleh makan. Boleh la tambah ayam ke, sosej, sayur, macam-macam la. Untuk anak-anak, Prego Buddies ni boleh dinikmati semasa waktu rehat di sekolah, sebagai hidangan rehat selepas waktu sekolah, atau sebagai hidangan tengah hari atau malam yang mudah lagi sedap di rumah untuk anak-anak.

Prego Buddies didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu bentuk bertemakan sukan dan angkasa.
Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Prego Buddies boleh didapati di
dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM2.35. Ia boleh didapati di bahagian pasta
kering di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Dapatkan beraneka pilihan resipi
yang enak serta mudah disediakan di www.pregobuddies.com dan ikuti kami di laman Facebook (  https://www.facebook.com/PregoMalaysia/ ) dan Instagram Prego Malaysia.




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2