hai assalammualaikum

Lindugi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Set Petal Velvet Althea - Sebelum ni nad ada bagitau nad terpilih sebagai New Althea Angels dan dapat gift box daripada Althea. Korang boleh tekan link ( i am new althea angels) untuk baca lebih lanjut.

Harini, nad nak review dua barang yang nad dapat tu selepas beberapa minggu nad pakai. Mestila kena cuba lama dulu baru review kan. Barula nad kongsi dengan pembaca semua, supaya apa yang nad rasa sampai ke hati pembaca,  gituh...Barang yang nad nak kongsi ialah Petal Velvet Sunaway dari Althea dan Petal Velvet Powder. Produk ni adalah produk terbaik untuk lindungi kulit daripada cahaya matahari.


Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Petal Velvet Sunaway

Pendedahan matahari yang berlebihan boleh menyebabkan kulit muka dan tubuh rosak. Cuaca dekat Malaysia, kalau dah panas, fuh habis kering kulit. Bila cuaca panas, kulit mesti akan terkena sunburn, muka kemerahan, tak pun berbelang di muka. Efek negatif palong teruk menyebabkan kanser. Bahaya juga kan. Jadi, untuk lindungi kulit dari sinaran UV,  nad pakai product dari Althea iaitu Petal Velvet Sunaway.

Sebelum-sebelum ni, nad memang jarang pakai sunscreen sebab kebanyakannya buat muka nad jadi bertambah minyak dan melekit. Lepas tu muka jadi berbelang. Bila Althea keluarkan produk terbaru ni, mestilah nad nak cuba. Nad suka dengan produk Althea sebab sesuai dengan muka nad. Sebab tu tak rasa was-was nak cuba Petal Velvet Sunaway ni.


Lepas nad cuba Petal Velvet Sunaway ni beberapa hari,  rasa selesa je. Nad tak rasa melekit atau berminyak. Tekstur dia yang ringan,lembut dan transparent tu,  terus meresap ke dalam kulit. Memang lain daripada yang lain tau. Seriusss...

Sebenarnya untuk sunscreen,  paling bagus kita tengok SPF dia, lagi tinggi SPF,  lagi bagus untuk perlindungan kulit. Althea Petal Velvet Sunaway mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. Sebagai sebahagian daripada jalur Petal Velvet, ia juga mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit yang licin, seperti kelopak. Ia bukan sahaja melindungi malah buat muka kita jadi lembap. Takde kesan tompikan pada muka selepas guna.

Selalunya sunscreen ni takda bau langsung,  tapi berbeza dengan Petal Velvet Sunaway,  bau wangi,  iaitu bau rose. Tapi bau dia sekejap je,  lama-lama hilang. Kenapa ia bau rose??  Hah kalau nak tau ia dirumuskan dengan asid hyaluronik dan ekstrak Damask meningkat, memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari.



BAHAN-BAHAN UTAMA
Damask rose ekstrak - Menghidrasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menjadikan kulit berasa sihat

Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat


Bagaimana nak menggunakannya??
Mudah sahaja, goncang dahulu, tuang sedikit dan sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia menyerap ke dalam kulit. Wajib pakai ketika hendak keluar rumah. Amat sesuai untuk semua jenis kulit. Petal Velvet Sunaway merupakan sunscreen paling bagus setakat ni yang nad guna.

Harga pun murah je, hanya RM43 untuk 55ml


Althea Petal Velvet Powder

Lepas pakai sunscreen Petal Velvet Sunaway,nad sapu pula muka dengan Petal Velvet Powder. Petal Velvet powder ni ada tiga jenis iaitu # 0 Translucent dan # 23 Warm Beige Colors. Manakala terbaru ialah #pink lavender.



Best sangat pakai Petal Velvet Powder ni, terus buat muka jadi shining tau.  Muka pun tak berminyak,  lagi-lagi bahagian zon T tu. Petal Velvel Powder,  berfungsi untuk mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit untuk kelihatan segar, sambil memberikan bau lembut. Pastikan solekan kelihatan hebat sepanjang hari.


BAHAN-BAHAN UTAMA
Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.

Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV

Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit.


Petal Velvet Pink Lavender powder merupakan rangkaian terbaru Althea. Warna menarik dengan bauan lavender yang menyenangkan. Mencerahkan dan melicinkan kulit anda dengan formula khas ini yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Zarah-zarah halusnya membantu mengekalkan sebum di luar tanpa mengeringkan kulit yang segar


BAHAN-BAHAN UTAMA
Ekstrak Lavender - Kerengsaan merengsakan membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri aromaterapi untuk menenangkan deria

Lecithin terhidrogenasi - Keadaan dan melembapkan kulit

Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi



Setiap kali nak keluar,  akan ganti-ganti pakai powder ni,  kadang pakai dua jenis sekali powder. .Ehhee.


Kedua-dua produk iaitu Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder mudah dibawa ke mana sahaja kerana bentuknya yang ringan dan comel. Boleh dapatkan Petal Velvet Powder dengan mendapatkan 10% apabila beli sekali dengan Petal Velvet Sunaway.

Korang kalau nak boleh dapatkan di website https://my.althea.kr/petal-velvet-set
hai assalammualaikum


Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collaboration - Sebenarnya nad ada beli dua produk detoxer skin Althea ni,  tapi tak sampai lagi. Tak sabar nak tunggu produk ni sampai dan rasai sendiri kelebihan skin detoxers ni pada kulit.  Nad baca feedback daripada kawan-kawan, semua kata best. Skin Detoxers yang nad maksudkan ialah Real Fresh Skin Detoxers. Nad dapat tau, Althea Korea bekerjasama dengan program beauty TV Korea, iaitu Get It Beauty, untuk produk Real Fresh Skin Detoxer ni.

Bintang K-pop Jeonghwa dari kumpulan EXID mencuba produk Real Fresh Skin Detoxer.  Lihat video di bawah! 🤩


Wah terbaikla,  artis korea pun teruja bila pakai produk ni. Tengokla muka diaorang dah la cantik. Jeles sangat. Jadi,  harusla cuba juga kan.



Real Fresh Skin Detoxers ada dua jenis iaitu Rose dan Green Tea. Skin detoxers ni merupakan produk penjagaan muka 2 dalam 1, iaitu mask dan pembersih muka yang mampu membersih sebum, kotoran, dan pori-pori terhadap secara mendalam. Ia mengambil masa 10 saat sahaja untuk memberikan kulit yang segar dan sihat. Bila ada pembersih muka macam ni,  memang takda alasan tak dapat jaga kulit muka.

Selalunya kita ambil masa 20 minit nak bermasker muka kan,  tapi ini hanya ambil masa 10 saat kemudian bilas.

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang segar yang dapat memberikan nutrien dan kebaikan pada kulit.


Untuk Real Fresh Skin Detoxer Rose ia dibuat dengan kelopak mawar Perancis dan ekstrak rose untuk memperbaiki kulit. Disarankan yang Rose dipakai pada waktu pagi.

Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah :

Kelopak bunga ros segar - Lembut pada kulit dan memberikan aroma segar, ringan dan menyenangkan.

Ekstrak Rose - Menenangkam kulit rengsa dengan lebih mendalam, menghaluskan kulit dan memperbaiki tekstur kulit.

Glycerin - Memberikan kelembapan pada kulit,  serta mencegah dehidrasi.


Teh Hijau ia mengandungi daun teh hijau Jeju dan ekstrak teh untuk membersihkan kulit. Dipakai pada waktu malam.

Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah :

Daun teh hijau asli - Merawat kulit dan memberikan wangian yang menyegarkan.

Ekstrak teh hijau - Mengandungi vitamin C dan asid amino untuk membersihkan dan menganjalkan kulit.

Glycerin - Memberi kelembapan pada kulit, serta mencegah dehidrasi.

Sesuai untuk semua jenis kulit.


Cara gunakan pun senang sahaja. Hanya sapu di muka yang kering. Tambah pada sedikit air dan urut dengan perlahan-lahan perlahan dalam gerakan bulat sebelum dibilas dengan air. Biarkan 10 saat,  kemudian bilas.

Tak sabar nak tunggu nad punya sampai. Korang boleh juga dapatkan Real Freah Skin Detoxer ni di website Althea Korea. Klik link https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
hai assalammualaikum

Ulangtahun Mak Dan Ayah - Macam biasa,  kitaorang akan plan harijadi atau ulangtahun sesiap dalam group family. Hari Rabu semalam, kami sekeluarga sambut Ulangtahun ayah dan mak beserta harijadi anak buah,  anak adik yang sulung. Tapi ni bukan plan,  ni adik yang cadang nak sambut birthday anak dia mulanya,  sekali abang suruh sambut ulangtahun mak ayah sekali.

Adik bagitau dalam group,  hari Selasa, nak buat makan-makan ,nak sambut birthday anaknya hari Rabu..haaha. Nad dari Kuala Lumpur duk fkir nak balik ke taknak balik. Tengok hari berkenaan takda event. Terus tanya mr mafia pasal sambut birthday da ulangtahun ni. Mulanya nad cadang nak naik grab,  sebab taknak susahkan dia hantar. Mr mafia ada kerja waktu tu nak edit gambar kerja yang dia ambil. Okla, dia dah bagi kebenaran nad balik.


Esoknya nad ajak pergi kedai Toysrus, nak beli Didi untuk anak buah,  yela harijadi dia. Selesai beli hadiah,  terus balik nk booking grab. Sekali bila nak booking,  tengok harga, mak aihh RM117. Dah macam jalan jauh. Mungkin watu tu,  waktu peak atau jem.  Ters tunjuk mr mafia harga dia. Sedih sebab ingat tak dapat balik sambut sama-sama. Kebetulan watu tu mr mafia ada kerja nak jumpa orang.  Tapi dia cakap,  dia boleh hantar, tapi tunggu dia balik. So plan bertukar balik malam la jawabnya.  Takpela,  asalkan dia nak hantar.


Lepas maghrib terus gerak. Sampai kampung pukul 8.30 malam. Alhamdulillah,  dapatla sabut ulangtahun ayah dan mak yang ke 41 tahun. Syukur sangat. Semoga mak dan ayah berbahagia sampai bila-bila. Semoga hubungan keluarga ni baik dan ceria selalu.


Untuk anak buah,  Jannah,  selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang baik,  solehah dan denga cakap mak ayah. Fariza jaga Didi sampai ke tangan tuannya...hehee..


Malam tu, diaorang masak lauk, mkan nasi putih. Tak sempat nak tolong sebab balik lewat. Makanla beramai-ramai.

Seronok dapat berkumpul dengan keluarga. Cadang esoknya nak balik,  tapi last-last stay deka kampung sampai hari ahad.. Hehee... Fariza happy,  mommy pun happy. .Hahaa.. Bukan balik kampung selalu.
hai assalammualaikum

Fariza Dah Mula Petah Bercakap - Fariza dah masuk usia tiga tahun, mula la mulut dia macam mak nenek. Bercakap tak henti, makin petah bercerita dan bercakap. Tapi nad suka, sebab nad suka dengar dia bercerita, dengar dia cakap, nad pun layankan je. Dia dah kenal huruf, dah kenal warna, dah pandai bergaya..hehehe..


Tapi tiga tahun ni, perangai dia lagi banyak songeh..hahha. Nak pakai baju, dia pilih sendiri. Tak suka koto-kotor, macam selipar kotor,dah geli. Naik kereta, buka tingkap, rambut kena angin, dah rimas, siap cakap " daddy, ambut, ambut (rambut) .ishh"..hahaha..sampai macam tu sekali. Orang jawa cakap mentel ( ngada-ngada).

Tapi Fariza ni pembersih orangnya. Sebab daddynya dah ajar dari kecik, masa makan jangan lap baju, guna tisu. Sekarang ada kain lap dia sendiri. Kalau kotor sikit tangan tu, mesti nak lap..hahaha. Sekarang dah pandai, lepas makan basuh tangan.Dia pergi basuh tangan sendiri, siap sabun.


Bila buat salah pandai cakap " sorry mommy ". Bila disuruh buat kerja, " ok mommy"..Dah pandai bergaya, pandai amik gambar.


Bestnya sebab masa dia bercerita, berborak..Kadang faham apa dia cerita kadang buat-buat faham je..hahaha. Bila tengok cerita dia, dia cerita balik kat nad. Bila dah kenal warna, setiap kali mainan dia, semua disebut warna. Memang usia dia tiga tahun ni memang mengelikan hati nad.

Nampak tumbesaran dia depan mata sendiri. Memang seronok.
hai assalammualaikum

Photoshoot Dan Makan Dalam Air BBQ Lamb KL Kemensah - Tempat paling best untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Suasana yang dikelilingi hutan, nature, sejuk dan nyaman je. Mana lagi kalau bukan tempat yang dah popular ni, BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ni nad pernah datang untuk berbuka puasa tahun lepas 

Memang best dengan makanan bbq yang sangat sedap. Bestnya dekat sini, boleh makan dalam air..tu yang best..hehee. Sambil makan, sambil rendam dalam air. Tempat ni pun sesuai untuk buat event apa-apa tau, seperti sambut hari lahir, candle light diner, photoshoot ataupun shooting.
hai assalammualaikum

Makeup Simple Oleh MUA Hayati Hashim - Dah lama muka ni tak dimakeupkan dengan makeup artis ( MUA ) ni. Haritu nad ada photoshoot untuk satu produk. Wajib ok muka ni perlu dimakeupkan, barula masa nak ambil gambar muka ni cantik je..hahaa. Lagi muka nad jenis yang ada bekas jerawat sikit, haruslah kena tutup bagi hilang segala cela dekat muka ni. Kalau makeup sendiri mesti hancur..hahaa..Sebab tu suka dimakeupkan dengan jurumekap MUA ni. Tangan berseni diaorang ni boleh buat muka kita jadi cantik seperti artis gitu..hahaa. Makeup kali ni nad guna sis Hayati Hashim dari Lamar.




Make Up Artis Hayati Hashim Dari Lamar

Memang tak sabar nak tengok hasil dia macam mana kan. Mula-mula dia bersihkan muka kita dari segala kekotoran ni. Leps tu start pakai foundation, buat kening, sampaila ke gincu. Hey nad rasa sekejap je dia buat tau, takda lama macam MUA selalu buat..hahaa. Tepek, tepek dah siap. Masa ni dia yang tentukan, makeup simple je la ye, barulah natural. Yup nad setuju, sebab nad pun taknak over sangat makeup. Masa photoshoot ni pun nad tak pakai bulu mata palsu tu, sakitla nak gam dan cabut semua. Sis Hayati ni tau la macam mana nak bagi nampak hasilnya cantik walaupun makeup simple dan bulu mata tu melentik.


Hasilnyaa..tadaaa..Makeup simple tapi hasilnya hebat kan. Suka sangat nad tengok hasil makeup dia. Sis ni makeup nad macam nad nak pergi jalan-jalan je, tapi tengok la, macam ni pun dah woww!!. Muka ringan je tak berat dan tak tebal. Sis ni tak bubuh banyak foundation pun, letak sikit je. Suka giler ok kita dengan makeup dia ni. Yang penting dia tau macam mana nak jadikan muka kita nampak cantik, MUA kan.


Dari muka tak siap macam tongkang pecah, tiba-tiba muka nad berubah jadi seperti Mira Filzah..kihkih. Banyak lahai nad ambil gamabr sebab makeup dia,..haha..sayang nak tanggalkan. Makeup tak pecah pun..muka ni macam licin je..habis tutup cacat cela semua..hehee.



Oh, photoshoot masa tu ada masuk dalam air tau..hahaa. Jangan terkejut ok, dah macam model internantional masuk dalam air segala..hehee. Jangan tak caya, makeup ni tak cair dan tak hilang pun bila kena air, memang waterproof. Tengok jela gamabr, kena air pun masih kekal cantik. Ya ampun..jujur cakap berbaloi amik Sis Hayati Hashim ni sebagai jurumekap haritu.


Ni gambar masa balik, tetap elok lagi makeup ok..walaupun dah masuk air beberapa kali.


Model lelaki yang ditouchup kan oleh sis ni juga..hehee.


Akak ni ada bridal tau. Nama bridal dia Lamar. Dia ada buat package untuk perkahwinan. Sesiapa nak kawin tu, bolehla ambik package akak ni..memang terbaik.

Kalau korang nak jurumekap, untuk majlis kawin, majlis event apa-apa yang memerlukan MUA, korang ambil Hayati Hashim
Facebook: Hayati Hashim
Facebook: Mak Andam Kiri
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/


hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall - Dah lama tak makan steamboat ni oii. Bila nampak ramai kawan makan dekat Pak John Steamboat & BBQ, mulalah terliur. Lama dah tak pergi Pak John ni. Dulu makan, masa dia buka dekat Ecurve, lama dah. Teringat dengan daging slice dia yang lembut dan sedap tu. Dan haritu, nad ajak suami makan dekat Pak John Steamboat & BBQ ni dekat IOI City Mall. Saja pergi jauh sikit nak ajlan-jalan sekali kan..hehee.
hai assalammualaikum


Popia Simpul Kasih Razhani - Mesti ramai yang pernah makan popia simpul ni kan. Bila dapat makan, sekali kunyah memang payah nak berhenti kan. Lagi ralit kunyah bila tengah menonton TV. Tengok-tengok dah tinggal separuh. Dah namanya popia simpul, semestinya ia diperbuat dari kulit popia, mempunyai inti dan diikat berbentuk simpul. Nampak senang, tapi sebenarnya renyah juga nak buat dia ni.

Nak cari Popia Simpul ni selalunya banyak masa waktu hari raya macam tu, nak jumpa waktu biasa susah sikit. Nasib baik haritu nampak kawan post pasal Popia Simpul ni, tengok nampak best je. Yang jualnya pun kawan juga, tapi jarang lalu timeline facebook, tu yang tak tau sangat..hehee. Bila dah tau,terus je order. Terus beli yang balang besar punya. Kau ingat kalau beli balang kecik, cukup je dekat rumah walaupun nad keluarga cuma ada suami dan dua anak je, tapi bab makanan, anak dengan mak memang kuat makan..hahaa.


Nad dapatkan Popia Simpul Kasih Razhani ni dengan Kak Hanim. Kawan blogger juga. Rumah dia pun dekat dengan rumah nad. So tak jadi masalah nak ambil sendiri.

Harga bagi Popia Simpul  Kak Hanim ni,
1kg - RM35
½kg - RM23

Self-Pickup (500gm-3kg)
🌟Weekdays - A&W Petaling Jaya
🌟Weekend & night - TESCO Ampang .
COD 4KG dan keatas - KL & SELANGOR
Tidak termasuk caj penghantaran


Nad ambil yang 1kg punya harga RM35. Popia simpul ni kak hanim dengan suami yang buat sendiri. Memang sedap. Rangup pulak tu. Balik je terus nad makan dengan anak..hehee. Inti dia serunding ikan tau, dibuat daripada ikan sardin/selayang. Inti ni memang kak hanim yang buat sendiri.


Memang syok buat snek kudapan ni..hahaa..Selain tu boleh je buat untuk kenduri kawin, cenderahati, majlis jamuan, buah tangan, waktu travel pun boleh. Tengah jem dekat jalan, boring, makan la ni..haha apa lagi..hehe. Makan popia simpul ni bila-bila pun boleh. Hari Raya lagi la boleh..

100% HOMEMADE
100% BUMIPUTERA
100% HALAL

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh kirimkan pesanan WhatsApp ke 019-2514574 @ 010-5673525

Penghantaran bergantung kepada tempat dan lokasi anda. Tempahan berskala besar (lebih dari 4kg) perlu dibuat 3 minggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan. Pembayaran 50% perlu dibuat terlebih dahulu untuk menunjukkan komitmen anda menempah dengan mereka.

Apa tunggu lagi, orderla cepatt..



hai assalammualaikum


I Am New Althea Angels - Seronok bila dapat tau ramai yang jadi Althea Angels ni. Mulanya sedih sebab kita ingat tak terpilih, tapi, bila dapat email pada bulan Oktober yang mengatakan nad terpilih sebagai Althea Angels, aarghhh so excited ok. Terus senyum dan menjerit..Anak tengok pelik je mommy dia ni dah kenapa kan..hehee..Takda perkataan yang dapat dijelaskan betapa seronoknya bila menjadi sebahagian daripada komuniti Althea Angels ni. Nak kat anad ni cantik takdela sangat, kahkahkah, tapi nad berusaha untuk menjadi cantik dan belajar tentang kecantikan.

Nad memang suka produk yang ada dekat Althea. Kebanyakan barang Althea ni merupakan barangan Korea, K beauty. Nad tau berkenaan Althea ni pun, daripada kawan. Memang bertuah dapat tau pasal barangan kecantikan Althea ni. Kalau dulu, ingat susah nak cari dan guna barangan kecantikan Korea ni, tapi semenjak tau pasal Althea, senang dah. Nak cantik macam orang Korea, cari je Althea..hehe.

Terima kasih diucapkan kepada Team Althea dan juga Mamasan Tammy Lim, yang sudi menerima ku sebagai sebahagian Althea Angels. Masuk dalam komuniti Althea Angels ni buat aku nak belajar dan berkongsi tentang kecantikan. And more important, nad kenal ramai Althea Angela yang bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara. Woww!!..Tak tau macam mana nak ucap dekat Althea, sebab tak lupakan nad untuk menjadi Angels mereka.


Bila dapat tau akan dapat Welcome Gift Box, memang setiap hari tak sabar tunggu box tu sampai di rumah. Tunggu puny atunggu dan akhirnya sampai. Nampak kotak pink dan nad tau itu daripada Althea..Arghhh so excited untuk buka. Kotak Althea memang buat hati ini gumbira..hehee..



Tadaaa..ni la gift daripada Althea untuk New Althea Angels. Really love it..love it..love it..So cute. Apa yang nad terima ni, hah ni la dia
- Althea Korea's Petal Velvet Sunaway *NEW LAUNCH*
- Althea Korea's Milk Peel Cream Mask *NEW LAUNCH*
- Althea Korea's Petal Velvet Powder in #0 Translucent
- Althea Korea's Petal Velvet Powder in #23 Warm Beige
- Althea Korea's Petal Velvet Powder in #Pink Lavender
- Althea Angel's Pink Pouch
- Althea Angel's Beauty Mirror

Oiitt bukan itu sahaja, malah nad dapat mata ganjaran Althea sebanyak USD30 sebagai sebahagian daripada Hadiah Selamat Datang. Dah dah shopping dah..hehee..Nak ta barang apa, tunggu ye..Nad akan review hadiah elcome gift ni ok.

Barang yang nad dapat tu, ko rang pun boleh cuba juga, pergi je ke https://my.althea.kr


Thank you Althea sekali lagi..Thank you so much.

hai assalammualaikum


Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier - Haritu nad pergi ke Baby Fest di Starling Mall, pusing puny spusing nampak la baby carrier ni. Hah!!, memang dah lama nad cari baby carrier yang ada tempat duduk ni. Bagi anak selesa duduk dalam baby carrier dengan punggung dan bahagian peha tak sakit. Jadi, terus grab Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier ni. Masa tu tengah ada diskaun, ofkosla tak lepaskan kan..hehe..Ada macam-macam jenis dan warna, tapi nad ambil warna pink. Almaklumla, anak perempuan, jadi ambil la warna yang sesuai dengan mereka..hehe.

Baby Carrier, salah satu barang yang wajib ada dalam list bila ada baby ni. Tapi, baby carrier macam mana yang elok sebenarnya kan? Kadang orang main beli je sebab murah. Dia ingat masukkan baby dalam tu, baby selesa, tapi sebenarnya tak. Itu kadang anak meronta nak keluar. Ramai yang cadangkan, nak pilih baby carrier biar yang ergonomik bentuknya. Pastikan tulang belakang anak dalam keadaan lurus dan bukan bengkok. Ni la ciri-ciri yang ada pada Ezbaby ni. Baby Carrier ni memang menyenangkan mak nak buat apa sahaja aktiviti.


Selesa Farhanah Dengan Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier Ni

Bagi nad, baby carrier yang ada hipseat ni lebih selesa untuk baby. Yela kita buat aktiviti bukan sekejap, kadang lama. Jadi, bila dah ada tempat duduk ni, baby pun takdela meragam. Duduk tenang je dengan posisi dia tu.


Ezbaby Hipseat Carrier ni boleh digunakan dengan pelbagai posisi, sama ada pakai bahagian hadapan, bahagian belakang atau bahagian tepi dan sangat ergonomik.


Cara nak pakainya pun mudah, korang boleh tengok dekat video ni.

Farhanah memang suka duduk dalam Ezbaby ni. Masuk je mesti terus tidur..hahaa. Kadang Ezbaby ni boleh jadi penyelamat, kadang malam susah nak tidur, masukkan dalam Ezbaby, dodoi sekejap dia terus tidur..hahaa.


Ezbaby ni boleh menampung berat sehingga 20kg tau, jadi boleh pakai Ezbaby ni dari usia anak kita dari 3 bulan sehingga la 2 tahun macam tu. Yela, kadang ada anak jenis nak mendukung je. Bila dah penat berjalan, nak mintak dukung. Lenguh oo kalau dukung dengan tangan. Kalau ada pembantu macam baby carrier ni senang.


Lagipun Ezbaby ni mempunyai keselamatan yang kuat dan sangat berkualiti. Apa yang nad rasa bila pakai Ezbaby ni memang sangat selesa. Tak sakit walaupun pakai beberapa jam. Antara sebabnya tali dibahagian bahu yang sangat tebal dan lembut. Jadi bahu kita takkan sakit dan lenguh. Dibahagian pinggang pula, tali sangat lebar, kain yang sangat lembut dan bukan sahaja ada klip malah mempunyai pelekat. Jadi keselamatan tu memang terjamin sebab sekali dua dia ada pelekat dan klip. Tak menyakitkan pinggang sebab kainnya yang lembut.

Di bahagian bahu dan pinggang, tali boleh diselaraskan mengikut kesesuaian masing-masing ketika memakai. Macam nad, dah la kurus gila, haha..nad rasa pinggang pun 34 kot..hahaa..tapi masih boleh pakai Ezbaby ni dengan selaraskan sampai ketat betul dekat pinggang ni..Lepastu klip, memang boleh je..hehe..Tak ketat dan selesa.


Bahagian atas, mempunyai peletak kepala baby yang lembut. Jadi anak selesa dengan ada tempat kepala tu. Bahagian tengah pulak, ada dua penutup, di mana korang boleh buka bahagian depan bagi udara masuk. Anak takdela rasa panas dalam carrier tu.



Bahagian hipseat dengan bahagian atas pula ada butang kunci double dan zip mencantumkan dua ni. Pelekat dan zip ni boleh dibuka dengan mudah untuk korang nak pakai hipseat sahaja. Nak pasang balik pun senang. Memang selamat sangat bila ada double macam ni. Takda rasa eh tertanggal ke, kuat ke tak bila dukung anak ni kan.



Apa yang nad sangat suka dengan Ezbaby ni, ia boleh dipakai secara full wearing atau bahagian hipseat sahaja. Bahagian atas boleh dibuka dengan mudah.  Lagipun kadang anak tak suka belakang tertutup, jadi guna hipseat je. Mak pulak taknak tangan lenguh, hipseat sangat membantu dukung anak tanpa lenguh..hehee..Hipseat ni sangat kukuh dan besar.


Hipseat pula boleh dibuka dan dibasuh dengan mesin basuh. Hah senang..eehhe..Nak basuh Baby Carrier Ezbaby ni masukkan dalam net sarung tu, lepas tu baru basuh dalam mesin basuh. Takdela rosak kan.



Paling best, carrier ni ada poket di bahagian depan dan bahgian tepi tali pinggang. Macam nad kadang malas bawak dompet, selit la duit ke, apa la nak diselit dekat poket tu..hahaa. Bagus kan.



Bila keluar, memang wajib la bawak Ezbaby Ergonomik Hipseat ni. Kau tengokla, barang ditangan, kadang fariza pun nak mengendeng maknya, dah bila ada dua anak mengendeng mak ni memang payah oo..Jadi mujur ada Ezbaby. kadang pergi event bertiga tanpa suami, Ezbaby Carrier ni la penyelamatnya..hehee..


Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan Ezbaby ni, taua nak beli korang boleh rujuk di
website ; http://www.ezbaby.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ezbaby.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/ezbaby_malaysia/


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2