Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit - Sana sini nad nampak kawan-kawan nad pakai aqua whitening cream produk dari Korea ni. Memang bila tengok video diaorang pakai produk ni, nad jadi tertarik, sebab produk ni ada magic. Bukan magic terus pakai jadi cantik, magic produk ni bila pakai, ia mengeluarkan titisan air.
Mula tertanya-tanya juga, apa bagusnya produk ni dengan titisan air? Nad baca feedback diaorang, produk ni bukan sahaja melembap, malah dapat merawat kulit wajah. Titisan air yang keluar tu la yang dapat menyegarkan dan melembapkan kulit kita sebab ia serap terus ke dalam kulit. Muka sunburn pun boleh hilang dengan produk ni. Apa lagi, terus nad dapatkan Aqua Whitening Cream ni di Hansaegee Nature punya website.
Kalau bab pelembap, nad memang memilih, sebab tak semua pelembap sesuai dengan kulit. Pernah sebelum ni, pelembap nad beli, bukan makin melembap, malah makin buat muka nad berminyak dan tumbuh jerawat..Semenjak tu, nad takut nak pakai pelembap. Jadi, bila kawan-kawan ramai pakai Aqua Whitening Cream ni, terus nad dapatkan. Nak cuba, betul ke dia boleh melembapkan kulit? Nad dapatkan waktu ada promosi. Siap sekali dapat freegift daripada Hansaegee Nature seperti pouch bag,paper beg, pen, coupon discount.
Cuaca dekat Malaysia sekarang, tak menentu, kejap sejuk kejap panas je. Jadi taknak muka jadi kering, carila pelembap muka yang sesuai.
Aqua Whitening Cream, ia dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.
Bila sampai je, terus rasa nak pakai..hahaa..Tak menyabar kan. Yela, nak tengok keajaiban titisan air tu.
Tekturnya yang jenis krim, ringan dan tidak melekit. Selepas beberapa sapuan, akan keluar titisan air daripada situ dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat, Magic kan!!.Hah, bila titisan air ni keluar, korang jangan lap dengan kain, tapi korang dap-dap je water drop tu dekat muka sampai dia serap ke dalam muka. Titisan air ni la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas. Nad pakai, rasa sejuk dan dingin je dekat muka..hehee
Cara menggunakan Aqua Whitening Cream
- Bersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka. Then, korang boleh sapu Aqua Whitening Cream ni. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai. Sapu di bahagian muka dan leher. Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.
Korang boleh cuba dulu dekat tangan, nak tengok sama ada sesuai atau tidak dengan kulit korang. Tengok sama ada, ia beri kesan iritasi atau tidak. Kalau takda, bolehla pakai terus dekat muka. Biasalah, kulit kita ni lain-lain.
Nad tak rasa was-was pilih Aqua Whitening Cream ni sebagai pelembap, sebab nad tau produk korea ni kebanyakannya diperbuat daripada bahan semulajadi. Ia mengandungi Minyak Benih Camellia Japonica yang membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan menghalang daripada jerawat. Ia juga dapat mencerah, dan merawat kulit daripada kering dan sunburn.
Ia juga mempunyai Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3, yang mana kita tau ia sangat bermanfaat untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif.
Bahan semulajadi seperti Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.
Testimoni Nad Menggunakan Aqua Whitening Cream
Nad dah gunakan selama dua minggu Aqua whitening Cream ni, dan ia memang sesuai dan serasi dengan muka nad. hari demi har, nad boleh rasa muka nad semakin lembap dan tidak kering. Nad guna pada waktu pagi dan malam. Setiap kali keluar, nad tak lupa pakai, untuk elak muka daripada cahaya matahari. Bila nad pakai Aqua ni pun, makeup nad nampak smooth je. Oh produk ni pun boleh memutihkan kulit, kan nama dia whitening cream..ehehe. Muka pun makin berseri lepas pakai ni. Muka nad pun dah kurang berminyak sejak pakai Aqua Whitening Cream ni.
Sesuai Semua Jenis Kulit Untuk Wanita Dan Lelaki
Nad sarankan, mereka yang ada masalah kulit sensitif, kulit mudah terkena sunburn, kulit kering, kulit berminyak dan apa sahaja, baik pakai Aqua Whitening Cream ni. Memang best. Memang sesuai untuk semua jenis kulit dan bukan sahaja orang perempaun boleh guna, orang lelaki pun boleh. Yang suka travel, yang kerja dekat luar, yang kerja dekat aircond, lagi memerlukan pelembap.
Kalau korang nak, korang boleh je terjah
Aqua Whitening Cream, Krim Berasaskan Water drop (50ml)
Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia