hai assalammualaikum


Hari Minggu Bersama Keluarga Kecilku,  Makan Di Nando's - Lama betul tak makan dekat Nandos. Last dulu pergi masa praktikal kot.  Pastu dah tak pergi. .Eh ke ade lagi,  masa bercinta. .Lupa pulak. Lepas tu memang tak pergi langsung. Selepas ada anak nombor,  hari Sabtu lepas,  baru pergi semula ke Nandos ni. .Hahahaa. Nad tau Nandos ni sebab ayam dia besar je.  Tapi lupa dah rupa dia macam mana..kahkahkah. .Sebab kan dah tak tau nak makam mana,  jadi Nandos jadi pilihan.

Kelakarnya,  nak order pun macam blur je. Sebab tak tau rupa dia macam mana. .Hahaha. Nasibla pelayan perempuan tu layan kitaorang ok je. .Hahhaa. Sampai nak tau ayam 1/4 tu besar ke,  1/2 tu besar mana pulak.. Hahhahahha. Sampai pelayan tu tunjuk rupa makanan yang nad nak order dekat orang sebelah yang tengah makan. .Hahaha. .Adoii. .Tapi lantakla,  dah memang kita tak tau.

Spesis nad dengan mr mafia, nak makan mesti ada nasi. Jadi orderla side dish nasi. Mr mafia punya memang siap complete dengan nasi.  Nak tengok kitaorang order ape.


Hah ni la dia. Ni nad punya. Ayam 1/2 dengan smoky sos berserta nasi spicy dan sayur yang digrill.  Mula-mula ingat nak ambil ayam 1/4, tapi fikirkan Fariza,  dia pun nak makan,  amikla ayam 1/2. Yang nad ambil ni dia ada 2 side dish boleh pilih. Ada macam-macamla, nasi, coselaw,  vege, corn tapi nad pilih spicy rice dengan sayur.

Sedap juga,  ayam dia lembut,  mr mafia ambil sedikit ayam nad terus tercabut tulang dengan mudahnya. .Hahaha. Nasi dia nama spicy rice tapi tak pedas pun. Rupa nasi oun macam nasi briyani. .Hahaha.

Tapi kalau nak pedas ada je dia sediakan sos pelbagai rasa,  dari tak pedas sampai la ke pedas.

Nad ada order nasi putih yang tak pedas untuk Fariza dengan adik, mediterranean rice nama dia. Nasi campur dengan sayur carrot dan beans.


Untuk adik,  mr mafia pillih mushroom soup dengan roti bread. Tapi kakak pun makan. Bila tak habis,mommy dia la tukang habiskan.


Hah yang ni pulak hidangan mr mafia. Masa pelayan datang bawa makanan dia,  pelayan tu cakap " en order "..dia pun tak tau sebab tak pernah tengok rupa hidangan tu..hahhahaa. Tapi pelayan tu mesti tau sebab dah ambil order kan. Terkejut bila dia bawak mangkuk bertutup ni. .Hahaha. Nama hidangan ni Cataplana Originale .
.

Sekali buka,  nah tu dia. Nasi dengan ayam sos hot spicy dengan ada sayur sikit-sikit. Boleh tahan jugala rasa dia. Hidangan dalam tembaga yang asli dengan PERI-PERI ayam, sayur-sayuran bermusim, Nasi Mediterranean dan Cataplana sos

Air pulak, nad pilih air bergas sebab boleh refill. Hah dah habis tambah lagi dan lagi.

Not bad la semua ni. .Sebab akhirnya nad juga yang tolong licinkan makanan ni. .Ahhaha. .Oii mahal oii. .Takleh membazir.


Adik dah kenyang. .Muka nak tidur.




hai assalammualaikum


Burger Biru Semakin Maju, Burger Keropok Lekor Menu Terbaru - Hah ingat tak, dulu nad pernah buat entry pasal Burger Biru ni. Dulu dia buka gerai macam orang lain jual burger tu, tapi bila semakin lama burger dia semakin mendapat sambutan, dah maju sekarang, dia buat truck pulak untuk burger biru ni. Jadi di mana-mana la diaorang jual burger biru ni. Kenapa nama dia burger biru, kelainan burger ni, mayonis dia berwarna biru,itu sahaja..ehehe. Okay kan, takda lagi orang guna nama Burger Biru, ni lain daripada yang lain.


Kalau sebelum ni gerai burger dia dekat Ampang, berdekatan dengan Restoran mamak Fatimah Ghous, tapi sejak ada truck, dia pindah di Ampang Waterfront 1. Kalau waze Burger Biru boleh je jumpa.



Haritu nad order oblong special, mr mafia punya lupa daa..hahaha..


Tengok la burger dia, besar, isi padat, memang kalau makan ni, terus kenyang ler.

Burger Keropok lekor Menu Terbaru Burger Biru

Oh, haritu nad diperkenalkan dengan menu baru mereka. Biasa makan keropok lekor kan. Selalu kita makan keropok lekor dengan sos je, hah yang ni dibuat burger. Keropok lekor bukan kecik, jenis yang ebsar, lepas tu dipotong dua.


Terfikir la, selalu kita goreng keropok lekor, yang ni dimasak macam daging dengan ayam tu atas tempat masak burger tu. Tak keras, lembut je rasa keropok lekor dia. Nor bad juga la. biasalah, orang mesti nak buat pembaharuan dan kelainan kan.


Korang mesti cuba burger biru ni. Sekarang and tengok diaorang macam jual merata. Kalau nak tau dekat mana diaorang jual, korang boleh contact owner burger biru ni di facebooknya.. https://www.facebook.com/saadkuidam.khan ..apa-apa contact dia dulu. Takut korang pergi Ampang nad pergi tu dia takda..hah..

RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

in , by Nadia Johari, 23:07:00
hai assalammualaikum

Resepi Pucuk Ubi Masak lemak - Bila dah teringin nak makan, mesti kena beli punya. Pulak tu haritu barang dapur dah habis. Jadi pergila pasar untuk topup barang dapur. Nampakla pucuk ubi. Mula terasa nak beli ke taknak. Teringin nak makan daun ubi masak lemak. Tengok satu ikat ni banyak bebenor. Dahla kita duduk dua orang je. Anak jarang makan sayur, memilih sayur  si Fariza tu. Nak beli, ermmm..Takpela ambil je la seikat pucuk ubi tu..haha..sebab memang teringin sangat nak makan.


Bahan-bahannya mudah je, ala sama je macam buat lemak lain tu..
- Pucuk ubi
- Dua Bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Sikit kunyit hidup
- Cili padi
- Serai
- Santan
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya:
- Rebus pucuk ubi sehingga ia lembut. Kemudian ketepikan dan toskan.
- Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi dipotong dna diblender bersama.
- Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau yang harum..ehhee.
- Masukkan santan dan air sedikit. Gaul dahulu bagi sama rata. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan garam dan gula, kasi kacau lagi.
- Lepas tu masukkan pucuk ubi yang dah direbus tadi.
- Kacau-kacau sampai la masak.

Senang je..hehee..Cuma masa rebus pucuk ubi tu kenala awal. Selamat mencuba dan menjamu selera.


RESEPI SAMBAL SOTONG MASAK CILI HIJAU

in , by Nadia Johari, 16:48:00
hai assalammualaikum

Resepi Sambal Sotong Masak Cili Hijau - Harini, hari Ahad, jadi kita duduk rumah sahajala. Semalam dah keluar pergi Mytown. Harini, hari fariza main phone, jadi kita kasi dia main phone sepuasnya. seminggu sekali main phone..Nad pulak habis buat kerja rumah, memasak , kita update blog pulak..hahaaa. Maka terhasil la entry resepi ni. Harini nad masak sotong. Fikir punya fikir, nak masak apa dengan sotong ni, kita masak sotong cili hijau.


Resepi mudah dan senang je. Bahan pun tak banyak. Yang penting pedas. Tapi tadi makan biasa je, tak pedas mana..hahaa, Mungkin mr mafia beli cili kecil yang jenis tak berapa pedas..haishh...Memang menu, mesti ada yang pedas, sebab mr mafia suka pedas. Sambal je pun boring.


Ni bahan-bahannya
- Sotong
- 1 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili hijau
- Halia


Kesemua bahan ni ditumbuk sampai halus. Kesemua bahan tumbuk tu, kita tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan garam dan gula. Masukkan air sedikit. Gaul-gaul sekejap. Lepas tu masukkan sotong. Gaul sekejap. Lepas tu biarkan sebentar.


Bila dah nampak masak tu, terusla matikan api. Dah boleh dihidangkan..siap..hehee.. Boleh tengok video resepi ni di aats ye..Selamat mencuba.

KEK LARVA PIZZA HUT..

in , by Nadia Johari, 16:22:00
hai assalammualaikum

Kek Larva Pizza Hut - Haritu adalah hari malam memasak.  Malam tu ingat nak makan dekat luar,  tapi malas ya amat nak keluar. Jadi,  penyelesainnya, orderla Pizza Hut.  Order macam biasalah,  sekali nampak part dessert. Teringin nak rasa kek larva dia.  Kita pun orderla.  Dah buat pembayaran semua,  tunggula orang pizza hantar.

Tunggu punya tunggu,  hah sampai juga. .Hahaha.  Sekejap je.  Tapi perut lapar punya pasal,  pizza hut tu macam datang lambat je. .kihkih. .Nad pun tercari-cari kek larva dia. Dia masukkan dalam bungkusan.

Haip,  dessert makan last. .Hahaha. .So kita kasi makan pizza dulu. .

Selesai makan,  masa untuk dessert.  Baru nak feling makan sorang-sorang,  tapi anak dah kacau. .hahaha. Tapi sebelum tu ambil gambar dan video. Yela kek larva kan. .nak tengok larva coklat dia mengalir keluar.


Kita pun potongla elok-elok. Lambatnya Larva coklat dia keluar.. Hahaha. .Lepastu,  terus makan.


Aduh, ,manis giler weii. .Nad memang suka makan kek coklat, tapi kalau manis macam ni,  tak termakan la. .tapi tetap habiskan. .Dah beli kan. Hah,  lagi sedap kek Larva yang nad beli dengan seroang akk ni..Boleh klik link Larva Cake, sedap dan meleleh.

Ok lepas ni dah tak beli la kek Larva Pizza Hut..hehee..Mungkin tekak lain-lain kan..

hai assalammualaikum

Alamak, Kotor Dah Baju, Macam Mana Nak Buat!!, MistBreeze Magic Stain Remover Selesaikan Masalah Anda!!

MistBreeze Magic Stain Remover, Hilangkan Kotoran Dengan Pantas - Pernah tak terjadi dekat korang, tengah makan, tiba-tiba kuah terkena baju atau tudung, tengah suap anak, tertumpah pulak makanan. Lepas tu risau, kotoran tak hilang walaupun dah cuci guna sabun. Makin buat baju belang adalah. Lagi-lagi baju putih weii!!.. Ada tu pulak, karpet atau sofa, haish masalah betul. Kalau boleh, nak je ada produk yang boleh hilangkan kotoran dengan pantas. Yeszaa!! ada je you alls, produk yang boleh hilangkan kotoran degil tu dekat baju, tudung, carpet, rugs dan sofa, asalkan fabrik ni. MistBreeze Magic Stain Remover teman setia korang lepas ni. Mesti korang puas hati dengan keberkesanan dia menghilangkan kotoran.
hai assalammualaikum

KK Florist : Servis Penghantaran Bunga Sekitar Kota Kinabalu - Sekarang senang je nak dapatkan bunga untuk orang tersayang, kalau malas pergi kedai, beli je secara online. Order bunga pilihan korang, dan hantar terus ke orang yang korang nak bagi tu. Yela, kadang kita takda masa, sekali sekala buat surprise dengan orang lain tolong hantarkan. Mestilah suka kan.


Sekarang ni, ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga, kekasih atau suami isteri demi tuntutan kerja dan belajar. Apabila tiba hari lahir, ulangtahun, hari ibu, hari bapa, atau hari kekasih mesti rasa sedih sebab tak dapat bagi apa-apa, lagi-lagi mereka yang duduk di Kota Kinabalu Sabah, nak bagi hadiah mesti jauh kan. Kalau dapat bagi bunga pun ok, siapa tak suka dapat bunga kan. Korang jangan risau, ada je website yang buat servis penghantaran bunga sekitar Kota Kinabalu. Ok untuk korang yang nak hantar bunga untuk orang tersayang di sekitar Kota Kinabalu, boleh je gunakan servis penghantaran bunga KK Florist ni.


Nad dah survey website dia, memang semua jambangan bunga di KK Florist nampak cantik dan segar. Dibuat pun dengan kemas dan tersusun. Jambangan bunga yang ada di KK Florist bukan sahaja untuk diberi pada hari istimewa malah ada untuk jambangan bunga Grand Opening dan Condelence. Antara kawasan yang dihantar ialah Likas / Damai / Luyang / Lintas / Lido / Bukit Padang / KK City / Sutera Harbour / Sembulan dan banyak lagi. kOrang boleh tengok area dia di link Delivery


Nad suka tengok bunga ni..nampak segar dan gebu macam tu..hahaa..tak tau nak tafsirkan macam mana. Pulak tu dibalut dengan guni..Memang lawa kan.


Yang ni pun lawa, sebab ada bentuk love..hehehe..





Dekat sini, bukan sahaja ada bunga, korang boleh add on macam coklat, belon dan bear. Jadi lagi terharulah orang yang menerima tu kan. Takde alasan kan korang tak sempat nak bagi hadiah dekat orang tersayang. Semuanya di hujung jari. KK Florist akan memenuhi apa yang korang tempah sampai ke orang tersayang dari harga serendah RM 38. Tempah awal ye suapay diaorang boleh arrange untuk penghantaran.

KK Florist, hanya deliver di sekitar Kota Kinabalu sahaja tau. Korang boleh terjah

KK Florist
Open Hours : Monday To Saturday
                       9 AM To 5 PM
Sunday & Public Holiday – Off

Contacts : Phone: +6016 840 8028
Adress: Taman Yakim Jaya (Opposite Kian Kok High School)

Website: https://www.kotakinabaluflorist.com/
Instagram: https://www.instagram.com/kotakinabaluflorist/





hai assalammualaikum

Printcious, Beri Hadiah Kepada orang Tersayang Dengan Rekaan Sendiri

Printcious, Reka Hadiah Design Sendiri Untuk Orang Tersayang - Sekarang ni tak susah nak cari hadiah untuk orang tersayang, banyak je tempat mana nak beli. Tapi nak lagi unik, nak lagi rasa dihargai, semestinya kita nak design sendiri hadiah tu untuk orang yang kita sayang kan. Baru ada rasa feel lain sikit..hehe. Hah, korang yang rasa teruja nak buat reka hadiah sendiri, pergila ke website Printcious. Memang sesuai sangat bagi hadiah ni dekat ibu ayah, adik beradik, kawan atau kekasih. Untuk hari istimewa, harijadi, hari perkahwinan, macam-macam lagi la..Kira semua sesuai la.


Printcious ni ada macam-macam jenis barang yang korang boleh hadiahkan dekat orang tersayang. Dari home living dan office. Antara barang dia ialah T-shirt, Mugs, Cushion, Canvas, Puzzles, Ceramic Tiles, Mousepad, Bag dan macam-macam lagi. Banyak pilihan kan, satu website ada pelbagai jenis hadiah yang korang boleh bagi.

Sebelum ni, nad pernah buat dekat hadiah dekat Printcious ni. Memang seronok dapat reka hadiah tu sendiri seperti letak gambar, letak perkataan , letak aya-ayat positif. Bayangkan kalau orang tersayang terima, namapk gambar dia, atau gamabr bersama, mesti dia akan kenang selalu kan.

Dekat sini ada je jual hadiah yang sedia ada, mungkin korang malas nak design sendiri, pilih je apa yang ada dekat sini, tapi nak kelainan, nak bagi seseorang terharu dengan hadiah kau, buatla sendiri kan..hehee.



Mudah je nak cutomize atau design hadiah tu, dengan hanya 4 langkah sahaja.
1) Pilih hadiah yang korang nak customize tu. Macam nad, nad ambil canvas ni. Ada dua pilihan, sama ada bentuk empat segi atau segiempat tepat. Nad ambil empat segi



2) Ok, seterusnya korang nampak ada create your own design and buy now. Kalau korang takda idea nak buat macam mana, korang ambil je buy now, then tekan start design dan dia keluar corak sahaja, gambar korang boleh bubuh gambar korang nak.


3) Macam nad, pilih " create own design ". Dia keluar kosong macam ni.


4) Dekat bahagian atas ada image dengan text, jadi masukkan gambar tekan image. lepas tu tekan text, nak buat perkataan.

5) Background korang boleh pilih warna sedia ada atau bubuh background lain.


6) Dah rasa puas hati dengan reka bentuk hadiah tu, tekan done. Lepas tu bubuh dekat add cart dan check out buat pembayaran.

Senang dan mudah kan.

Hadiah, tak kira mahal atau murah, jenama atau tidak, kalau dibuat dan diberi dengan ikhlas, mesti sangat memorable bagi seseorang. Untuk diri sendiri pun boleh sebagai kenangan..hehee. Korang apa tunggu lagi, create la hadiah untuk orang tersayang. Terjah https://www.printcious.com/my Setiap hari ada diberi code diskaun tau ..siap free shipping.

Website link
www.printcious.com/my,
www.printcious.com/au
www.printcious.com/sg.

hai assalammualaikum


Lunavie Home Travel Bottle Warmer, Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak 

Lunavie Home Travel Bottle Warmer, Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak - Nad selalu kalau nak panaskan makanan anak, atau panaskan susu anak, mestilah panaskan dengan periuk semua tu. Banyak kerja, dahla banyak benda nak kena buat..Rasa renyah je..hahaa. Kalau pergi jalan-jalan pun sama. Masalah mak-mak, bila anak menyusu botol, nak bagi panas, mestilah sentiasa bawak botol air panas tu. Dah banyak barang pulak nak bawak kan. Sampaila nad ternampak seorang kawan post berkenaan Lunavie Home Travel Bottle Warmer, memang nampak menarik, sebab ia dapat memanaskan susu, memanaskan makanan malah boleh buat juice sekali. Jadi nad pun cepat-cepat dapatkan di website Lunavie.


Benda bagus, benda elok, benda yang memudahkan kerja nad, memang nad akan kongsi dengan korang. Paham sangatla kerja mak-mak ni, kalau boleh semua nak yang mudah dan cepat. Barang sampai, budak-budak ni pun berebut nak pegang, sebab diaornag tau tu barang diaorang..hahaa.


Ni la antara barang yang ada. Ada tempat warmer, plug dua, satu untuk dekat rumah, satu untuk dalam kereta, bekas, penutup, tempat buat juice, dan buku manual. Produk ni ada Warranti selama setahun..


Home Travel Bottle Warmer ni bukan sahaja boleh digunakan di rumah, malah boleh digunakan di dalam kereta. Sebab tu disediakan plug untuk kereta. Syok kan bila ada pemanas yang boleh digunakan dalam kereta. Cucuk aje kat tempat cucuk api tu.

Selalunya, kita mesti nak bagi anak makan atau bagi susu, biar rasa suam atau panas sikit kan, baru rasa sedap je nak makan. Kalau sejuk kebanyakan anak dah tak suka. Samalah macam kita, dapat makanan yang panas, lagi sedap nak makan.




Memang mudah kerja panaskan makanan dan susu anak sekarang sejak ada Lunavie Home Travel Bottle Warmer ni. Kalau kita panaskan dekat dapur tu, allahu, kadang api besar la, kadang terlupa sampai kering air..haishh..bahaya..tapi dengan Home Travel Bottle Warmer semasa panaskan tu, ia masih mengekalkan nutrien dan vitamin makanan atau susu melalui proses pemanasan yang lembut. Penting untuk bagi makanan dan susu dengan kekalkan nutrien yang ada.


Ada bekas ni yang memudahkan kita nak ambil


Oh produk ni juga bukan sahaja boleh panaskan makan dn susu malah boleh sterilize barang baby.


Apa yang nad suka dengan Home Travel BottleWarmer ni:
1) Digunakan di mana -mana sahaja - Boleh digunakan di rumah serta di dalam kereta, pergi travel pun boleh.
2) Selamat: Pemanasan secara perlahan-lahan dan BPA Free
3) Mudah digunakan - Tambah air dan sesuaikan tetapan.


4) Menampung kebanyakan botol dan baldi makanan bayi - Sesuai untuk semua botol bayi dan botol konvensional.


Cara menggunakan Home Travel Bottle Warmer
Ni nad tunjukkan cara menggunakannya, semudah A, B C je..heehhe..
1) Jika pakai di rumah, gunakan plug rumah , jika pakai di dalam kereta, gunakan plug kereta.
2) Isi air dahulu di dalam bekas Lunavie warmer ni. Sukatan air ada dekat buku manual, boleh tengok atau korang boleh agak je.
3) On suis plug
4) Letakkan botol susu, atau makanan atau sterilize baby aksesori
5) Putar suhu. Ni suhu untuk setiap apa yang kita nak panaskan.
40 ° C - untuk memanaskan susu
70 ° C - untuk memanaskan makanan bayi
100 ° C - untuk mensterilkan aksesori makan
Dwi-fungsi - Panaskan & Simpan hangat

5) Bila dah letak suhu, lampu akan keluar warna merah. Warna akan menjadi merah apabila digunakan di rumah atau di dalam kereta.
6) Bila sampai suhu yang dikehendaki, lampu akan mati dengan sendirinya secara automatik semasa dalam suhu malar. Dekat situ keselamatan diutamakan.
7) Makanan atau susu akan siap hangat dalammasa 5 hingga ke 8 minit.


Operasi Penggunaan Rumah
Pemanasan: Makanan cepat / cepat makanan / minuman bayi dalam 5 hingga 8 minit.
Simpan hangat: Pastikan makanan / minuman sentiasa hangat. Lampu perintis akan dihidupkan semasa pemanasan. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar.

Operasi Penggunaan Kereta
Simpan hangat: Putarkan kunci ke kedudukan penggunaan kereta, pasangkan dengan cerut ringan. Letakkan botol di tempat yang lebih panas kemudian laraskan suhu supaya sentiasa hangat. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar.



Juicing
Masukkan juicer pada mangkuk makanan, kemudian tekan jus buah separuh pemotong. Untuk menyimpan jus, atau makanan dan minuman lain, letakkan penutup pada mangkuk makanan.


Cara Bersihkan dan penjagaan
- Setiap barang semestinya perlu dibersihkan dan dijaga dengan elok. Ni cara untuk bersihkan Home Travel Bottle Warmer Lunavie.
- Sentiasa cabut plag perkakas selepas menggunakan.
- Pastikan ia sejuk sebelum membersihkan sebarang bahagian.
- Lap bersih dengan kain lembap.
- Descale semakin hangat. setiap empat minggu


Tengok video nad gunakan Lunavie Home Travel Bottle Warmer ni. Hah!!, mudah dan senangkan panaskan makanan, susu dan sterilize aksesori barang anak ni. Tekan je plug, masukkan air, putar suhu dah tunggu panas. Bentuk dia pun comel dan tak berapa berat. Mudah kalau nak pergi bercuti bawak Home Travel Bottle Warmer ni je..Anak-anak pun takdala makan, makanan yang sejuk atau susu yang sejuk.

Korang kalau nak boleh je pergi ke
Website : www.lunavie.com
Facebook: https://www.facebook.com/mylunavie
Instagram: https://www.instagram.com/mylunavie/


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2