hai assalammualaikum

Pengalaman Memetik Strawberry Di Abang Strawberry Taman Sedia - Tahun lepas, nad ada pergi ke Cameron Highlands sempena Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Dapat juga stay di hotel tersebut. Kalau nak tau berkenaan hotel tersebut korang boleh klik ( Hotel Avillion Cameron Highlands Selesa dan Mesra Kanak-Kanak). Dah sampai Cameron, mestilah nak terjah tempat menarik dekat Cameron ni kan. Takkan nak terus balik..hey rugi..dahla lama tak berjalan, lama giler tak jejak Cameron Highlands. Bila sampai sini, kena manfaat apa yang ada.


Seronok Memetik Buah Strawberry di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron Highlands

Pertama sekali, lepas habis pelancaran, terus cari tempat strawberry. Disebabkan dah lama tak datang Cameron, jadi tak tau nak pergi ladang strawberry yang mana. Nak pergi yang popular tu, jauh dari hotel kita. Pulak tu, tak buka waze..ahhaa..Masa kitaorang jalan, nampak papan tanda besar Taman Sedia di bahagian kanan. Nasib mr mafia nak masuk. Dekat situ ada banyak kedai strawberry, dan bila kitaorang pergi hujung lagi nampak salah satu kedai yang memang kawan nad cadangkan suruh pergi iaitu Abang Strawberry. Fuh nasib masuk dalam Taman Sedia ni..hehee. Abang Strawberry ni yang popular sebab Nasi lemak dia yang berwarna pink dengan sambal dia. Tapi nad datang sini tak makan pun, nad nak merasai pengalaman memetik buah strawberry di ladang strawberry..hehee. Lain kali bercuti rasalah Nasi Lemak dekat sini ye.


Masa tengok restoran ni, memang cantikla sebab dihiasi dekorasi menarik, moden, bersih dan susun atur kerusi cukup padan dengan warna asas buah strawberi. Hiasan bunga tiruan dan lampu diatas siling restoran mengamit dan menarik perhatian pengunjung.

Masa datang sini, hujan nak turun, tapi alhamdulillah, hujan berhenti. Kalau tak nangis tak dapat eprgi petik strawberry tau..hehee. Mula tu nlur sikit, nak tanya siapa la ni. Tengok ramai orang duduk makan dekat sini. Tapi kitaorang nak petik buah strawberry je. Mula tengok dulu, apa yang ada dekat sini. Lepas tu, tanya kaunter depan, cakapla, " nak petik buah strawberry macam mana? "..pekerja situ cakap nak petik buah strawberry bayar RM7 untuk 100gram strawberry yang dipetik. Dia bagila bakul dengan gunting. Dah teruja nak petik ni, lagi- lagi Fariza..suka sangat dia.



Mula tu, kitaorang salah pergi ke ladang strawberry, hahaa..ladang tu baru nak dibina rupanya. Ladang sebenar ada dekat kawasan tu juga tapi depan sikit dari lokasi Abang Strawberry..hehe.Malu giler. Pergi ke sana. Tengok je ladang dia, terus "wahh". Best sangat bila tengok strawberry segar dari pokok. Masih tergantung elok je. Fariza dah taks abar nak petik buah strawberry tu..hehee.


Nad tunjuk mana je nak dipetik. Kalau bagi Fariza petik, mestilah dia nak petik semua. Terlebih 100gram memang kena bayar lebihla..ehhehe..Jadi tunjuk dia strawberry yang merah dan besar untuk dipetik. Masa tu buah strawberry takda banyak sangat, belum musim dia kot, tapi adala sikit-sikit. Kitaornag jalan dan cari satu ladang tu..ehehe. Seronok rasanya, sebab tak pernah langsung ada penglaman memetik buah strawberry ni. Dah ada anak dua, baru dapat rasa. Seronok sebab buat dengan anak.



Tengokla budak tu, beria sanagt nak petik. Sampai daddy ambil gambar pun dia sanggup posing..halah-halah..halah..hehehe..Semua dia nak petik, asyik cakap "nak ni ".."ni mommy"..





Besar ladang dia ni..Dah selesai petik, patah balik pergi kedai, dia timbang berapa buah strawberry dalam bakul. Memang terlebih dari yang dijangka..hahaa. Daddy la bayar...hahaa..Takpe, sekali sekala kan.

Buah tu bawak balik, makan dekat bilik hotel ler..hehee..


Video Fariza petik buah Strawberry di Ladang Abang Starwberry Cameron Highlands.

Banyak lagi tempat nad pergi, nanti nad sambung cerita lagi ok.




RESEPI IKAN BAWAL PAPRIK MUDAH DAN SENANG

in , by Nadia Johari, 01:11:00
hai assalammualaikum

Resepi Ikan Bawal Paprik - Tiba-tiba teringin nak masak paprik. Selalunya orang masak ayam paprik, tapi nad tukar pulak ke Ikan..hahaa. Lantakla, ikut tekak kita kan. Ala tak kisah nak buat macam mana pun, asalkan rasa sama kaaannnn..Sebab semalam dah makan ayam, so harini ikan pulak la. Nasib ada semua bahan dan sayuran dalam peti ais, dapat la buat paprik. Mudah je buat paprik.


Untuk ikan, nad guna ikan bawal, sebba isinya manis. Kalau ikan lain, tak tau la kan. Hah, ni la rupa dia bila dah siap masak. Banyak sayur tu yang best..hehee. Memang suka makan sayur kacang, kubis, jagung kecil ni semua. Jom tengok bahan dan cara buat dia pulak.


Bahan-bahan
- Ikan bawal
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api
- Serai
- Sos cili
-Sos tomato
- Sos Tiram
- Sayuran ( kacang panjang, jagung, kubis bunga, lobak )
- Air
-Garam

Cara membuatnya
- goreng ikan terlebih dahulu sehingga garing dan diketepikan.
- bahan bawang merah, bawang putih dan cili padi di potong dan serai ketuk. Tumis bahan-bahan ini sehingga naik bau.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, semua satu sudu besar. Gaul sama rata.
- Masukkan sedikit air dan gaul.
- Masukkan sayuran semua sekali. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gaul semua.
- Tengok kuah pekat dan sayur nampak dah masak. Takyah lama, sebab taknak sayur lembik. Agak-agakla kan..ehehe.
-Leps tu tuangkan kuah ke ikan yang digoreng tadi. Ok siapp....


Nah ada video nad buat..Selamat mencuba.

hai assalammualaikum

Beli Mesin Basuh Baru, Mesin Basuh Samsung 10 kg - Sebenarnya dari mula kawin, nad basuh baju dekat dobi. Dekat rumah mr mafia ni ada mesin basuh arwah mommy, tapi disimpan dekat belakang rumah, dan tak tau mesin basuh tu diguna atau tak selepas arwah mommy meninggal. 

Nad pernah tengok mesin basuh tu, masa mula-mula kawin, tapi dia siap dikunci dan disimpan dalam satu peti simpanan yang dibuat khas untuk simpan mesin basuh tu. Pulak tu diletak dekat belakang rumah, yang bila waktu malam memang la gelap..huhu. Jadi, memang tak pernah gunala mesin basuh. Lagipun mesin basuh tu guna manual. Satu hal pulak. Sebab terfikir, kalau nak membasuh waktu malam, mestilah tak boleh. Seram oii nak keluar, gelap-gelap macam tu.

hai assalammualaikum


Alamak Muka Berkedut, Jangan Bimbang, Murad Dew A Little, Bentuk Kecik Tapi Mampu Atasi Masalah Kedut Dan Garis Halus

Murad Dew A little Travel Pack - Kita ni kalau boleh nak kekal cantik, nak nampak muda walaupun usia semakin meningkat ni. Biar orang cakap, " cantiknya muka ko, licinnya kulit, takda kedut pun dekat muka ye walaupun usia ko dah meningkat ni "..hah gituu..Siapa tak kembang kan, kalau kawan cakap macam tu..hahaha. Cuba korang belek-belek muka korang tu dekat cermin, ada tak kedut atau garis halus dekat muka tu. Kalau ada, cepat-cepatla cari produk yang mampu atasi masalah kedut dan garis halus ni. Hah!!, jangan risau, nad nak kenalkan korang dengan produk Murad Dew A Little Mini Pack ni. Kecik molek je, tapi fungsinya wow!!!..

Biasalah, umur dah meningkat, mula la garis-garis halus, kedutan kesan penuaan di wajah ni akan muncul. Itu menandakan kita kurang ambil berat tentang penjagaan wajah. Dengan penggunaan Murad Dew A Little ni, insyallah, ia mampu atasi masalah mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah dalam masa 1 minggu jika digunakan secara berterusan.


Murad Dew A Little ni jenis krim warna putih. Teksturnya ringan dan tidak melekit. Bila sapu je dekat muka, terus je meresap ke dalam kulit. Ia mampu memberi penghidratan 24 jam untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedut di muka. Keistimewaan Murad ni ia menggunakan teknologi asid hyaluronik meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air untuk penghidratan yang tahan lama. Jadi ia bukan sahaja mengatasi masalah kedutan malah melembapkan muka korang.

Murad Dew A Little ni takda bau wangi ke apa. Bau dia macam ubat gatal warna putih tu..Kalau korang biasa pakai ubat gatal tu la..ehehe..

Cara memakainya:
- Urut secara merata ke muka, leher dan dada secara lembut. Nak lagi bagus, lepas guna Murad A Dew Little ni, boleh gunakan Murad sunscreen di siang hari sahaja untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Ia boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.

Kandungan Utama :
- Ekstrak Kelapa : Mengekalkan kelembapan dengan lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan menjadikan tekstur kulit lebih licin serta kelihatan lebih muda
- Asid Hyaluronik : Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh kedalam permukaan kulit bagi tujuan penghidratan yang lebih baik dan tahan lama
- Mentega Shea, Alpukat, Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun : Membantu memulihkan kelembutan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

Produk ni juga bebas daripada paraben, sulfat , gluten dan phthalates. Jadi selamat nak digunakan. Lagipun , produk Murad ni dibuat oleh Howard Murad iaitu ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, ahli farmasi terlatih dan Profesor Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan Geffen, UCLA. Sebab tu nama produk ni Murad..hehee.

Murad Dew A little sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira kulit jenis
- Kering
- Kombinasi
- Normal
- Sensitif.


Dalam gambar, nampak je macam besar, tapi sebenarnya ia didatangkan dengan saiz mini edisi terhad yang ringan, comel sangat. Saiz kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja. Jadi peneman setia bila keluar bercuti. Memang boleh je sumbat dalam beg.

Nad tau pasal Murad ni pun daripada kawan. Kawan cakap produk skincare Murad ni memang bagus. Ada kawan nad memang pengguna Murad ni. Nad tengok muka dia pun cantik je, takde kedutan di muka. Muka maintain awek muda je walaupun anak dah tiga..fuh..


Murad Dew A Little Saiz Mini ni merupakan " Bestselling Hydro-Dynamic Ultimate Moisture " dengan harganya hanya RM88. Nampak je macam mahal, tapi bagus.

Selain Murad Dew A little ni, jenama Murad ada pelbagai skincare lain..korang kalau rasa nak cuba, boleh je ke
Website https://www.murad.com.my/
                https://www.murad.com.my/dew-a-little
Instagram: https://www.instagram.com/muradmalaysia
hai assalammualaikum


Hari Minggu Bersama Keluarga Kecilku,  Makan Di Nando's - Lama betul tak makan dekat Nandos. Last dulu pergi masa praktikal kot.  Pastu dah tak pergi. .Eh ke ade lagi,  masa bercinta. .Lupa pulak. Lepas tu memang tak pergi langsung. Selepas ada anak nombor,  hari Sabtu lepas,  baru pergi semula ke Nandos ni. .Hahahaa. Nad tau Nandos ni sebab ayam dia besar je.  Tapi lupa dah rupa dia macam mana..kahkahkah. .Sebab kan dah tak tau nak makam mana,  jadi Nandos jadi pilihan.

Kelakarnya,  nak order pun macam blur je. Sebab tak tau rupa dia macam mana. .Hahaha. Nasibla pelayan perempuan tu layan kitaorang ok je. .Hahhaa. Sampai nak tau ayam 1/4 tu besar ke,  1/2 tu besar mana pulak.. Hahhahahha. Sampai pelayan tu tunjuk rupa makanan yang nad nak order dekat orang sebelah yang tengah makan. .Hahaha. .Adoii. .Tapi lantakla,  dah memang kita tak tau.

Spesis nad dengan mr mafia, nak makan mesti ada nasi. Jadi orderla side dish nasi. Mr mafia punya memang siap complete dengan nasi.  Nak tengok kitaorang order ape.


Hah ni la dia. Ni nad punya. Ayam 1/2 dengan smoky sos berserta nasi spicy dan sayur yang digrill.  Mula-mula ingat nak ambil ayam 1/4, tapi fikirkan Fariza,  dia pun nak makan,  amikla ayam 1/2. Yang nad ambil ni dia ada 2 side dish boleh pilih. Ada macam-macamla, nasi, coselaw,  vege, corn tapi nad pilih spicy rice dengan sayur.

Sedap juga,  ayam dia lembut,  mr mafia ambil sedikit ayam nad terus tercabut tulang dengan mudahnya. .Hahaha. Nasi dia nama spicy rice tapi tak pedas pun. Rupa nasi oun macam nasi briyani. .Hahaha.

Tapi kalau nak pedas ada je dia sediakan sos pelbagai rasa,  dari tak pedas sampai la ke pedas.

Nad ada order nasi putih yang tak pedas untuk Fariza dengan adik, mediterranean rice nama dia. Nasi campur dengan sayur carrot dan beans.


Untuk adik,  mr mafia pillih mushroom soup dengan roti bread. Tapi kakak pun makan. Bila tak habis,mommy dia la tukang habiskan.


Hah yang ni pulak hidangan mr mafia. Masa pelayan datang bawa makanan dia,  pelayan tu cakap " en order "..dia pun tak tau sebab tak pernah tengok rupa hidangan tu..hahhahaa. Tapi pelayan tu mesti tau sebab dah ambil order kan. Terkejut bila dia bawak mangkuk bertutup ni. .Hahaha. Nama hidangan ni Cataplana Originale .
.

Sekali buka,  nah tu dia. Nasi dengan ayam sos hot spicy dengan ada sayur sikit-sikit. Boleh tahan jugala rasa dia. Hidangan dalam tembaga yang asli dengan PERI-PERI ayam, sayur-sayuran bermusim, Nasi Mediterranean dan Cataplana sos

Air pulak, nad pilih air bergas sebab boleh refill. Hah dah habis tambah lagi dan lagi.

Not bad la semua ni. .Sebab akhirnya nad juga yang tolong licinkan makanan ni. .Ahhaha. .Oii mahal oii. .Takleh membazir.


Adik dah kenyang. .Muka nak tidur.




hai assalammualaikum


Burger Biru Semakin Maju, Burger Keropok Lekor Menu Terbaru - Hah ingat tak, dulu nad pernah buat entry pasal Burger Biru ni. Dulu dia buka gerai macam orang lain jual burger tu, tapi bila semakin lama burger dia semakin mendapat sambutan, dah maju sekarang, dia buat truck pulak untuk burger biru ni. Jadi di mana-mana la diaorang jual burger biru ni. Kenapa nama dia burger biru, kelainan burger ni, mayonis dia berwarna biru,itu sahaja..ehehe. Okay kan, takda lagi orang guna nama Burger Biru, ni lain daripada yang lain.


Kalau sebelum ni gerai burger dia dekat Ampang, berdekatan dengan Restoran mamak Fatimah Ghous, tapi sejak ada truck, dia pindah di Ampang Waterfront 1. Kalau waze Burger Biru boleh je jumpa.



Haritu nad order oblong special, mr mafia punya lupa daa..hahaha..


Tengok la burger dia, besar, isi padat, memang kalau makan ni, terus kenyang ler.

Burger Keropok lekor Menu Terbaru Burger Biru

Oh, haritu nad diperkenalkan dengan menu baru mereka. Biasa makan keropok lekor kan. Selalu kita makan keropok lekor dengan sos je, hah yang ni dibuat burger. Keropok lekor bukan kecik, jenis yang ebsar, lepas tu dipotong dua.


Terfikir la, selalu kita goreng keropok lekor, yang ni dimasak macam daging dengan ayam tu atas tempat masak burger tu. Tak keras, lembut je rasa keropok lekor dia. Nor bad juga la. biasalah, orang mesti nak buat pembaharuan dan kelainan kan.


Korang mesti cuba burger biru ni. Sekarang and tengok diaorang macam jual merata. Kalau nak tau dekat mana diaorang jual, korang boleh contact owner burger biru ni di facebooknya.. https://www.facebook.com/saadkuidam.khan ..apa-apa contact dia dulu. Takut korang pergi Ampang nad pergi tu dia takda..hah..

RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

in , by Nadia Johari, 23:07:00
hai assalammualaikum

Resepi Pucuk Ubi Masak lemak - Bila dah teringin nak makan, mesti kena beli punya. Pulak tu haritu barang dapur dah habis. Jadi pergila pasar untuk topup barang dapur. Nampakla pucuk ubi. Mula terasa nak beli ke taknak. Teringin nak makan daun ubi masak lemak. Tengok satu ikat ni banyak bebenor. Dahla kita duduk dua orang je. Anak jarang makan sayur, memilih sayur  si Fariza tu. Nak beli, ermmm..Takpela ambil je la seikat pucuk ubi tu..haha..sebab memang teringin sangat nak makan.


Bahan-bahannya mudah je, ala sama je macam buat lemak lain tu..
- Pucuk ubi
- Dua Bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Sikit kunyit hidup
- Cili padi
- Serai
- Santan
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya:
- Rebus pucuk ubi sehingga ia lembut. Kemudian ketepikan dan toskan.
- Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi dipotong dna diblender bersama.
- Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau yang harum..ehhee.
- Masukkan santan dan air sedikit. Gaul dahulu bagi sama rata. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan garam dan gula, kasi kacau lagi.
- Lepas tu masukkan pucuk ubi yang dah direbus tadi.
- Kacau-kacau sampai la masak.

Senang je..hehee..Cuma masa rebus pucuk ubi tu kenala awal. Selamat mencuba dan menjamu selera.


RESEPI SAMBAL SOTONG MASAK CILI HIJAU

in , by Nadia Johari, 16:48:00
hai assalammualaikum

Resepi Sambal Sotong Masak Cili Hijau - Harini, hari Ahad, jadi kita duduk rumah sahajala. Semalam dah keluar pergi Mytown. Harini, hari fariza main phone, jadi kita kasi dia main phone sepuasnya. seminggu sekali main phone..Nad pulak habis buat kerja rumah, memasak , kita update blog pulak..hahaaa. Maka terhasil la entry resepi ni. Harini nad masak sotong. Fikir punya fikir, nak masak apa dengan sotong ni, kita masak sotong cili hijau.


Resepi mudah dan senang je. Bahan pun tak banyak. Yang penting pedas. Tapi tadi makan biasa je, tak pedas mana..hahaa, Mungkin mr mafia beli cili kecil yang jenis tak berapa pedas..haishh...Memang menu, mesti ada yang pedas, sebab mr mafia suka pedas. Sambal je pun boring.


Ni bahan-bahannya
- Sotong
- 1 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili hijau
- Halia


Kesemua bahan ni ditumbuk sampai halus. Kesemua bahan tumbuk tu, kita tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan garam dan gula. Masukkan air sedikit. Gaul-gaul sekejap. Lepas tu masukkan sotong. Gaul sekejap. Lepas tu biarkan sebentar.


Bila dah nampak masak tu, terusla matikan api. Dah boleh dihidangkan..siap..hehee.. Boleh tengok video resepi ni di aats ye..Selamat mencuba.

KEK LARVA PIZZA HUT..

in , by Nadia Johari, 16:22:00
hai assalammualaikum

Kek Larva Pizza Hut - Haritu adalah hari malam memasak.  Malam tu ingat nak makan dekat luar,  tapi malas ya amat nak keluar. Jadi,  penyelesainnya, orderla Pizza Hut.  Order macam biasalah,  sekali nampak part dessert. Teringin nak rasa kek larva dia.  Kita pun orderla.  Dah buat pembayaran semua,  tunggula orang pizza hantar.

Tunggu punya tunggu,  hah sampai juga. .Hahaha.  Sekejap je.  Tapi perut lapar punya pasal,  pizza hut tu macam datang lambat je. .kihkih. .Nad pun tercari-cari kek larva dia. Dia masukkan dalam bungkusan.

Haip,  dessert makan last. .Hahaha. .So kita kasi makan pizza dulu. .

Selesai makan,  masa untuk dessert.  Baru nak feling makan sorang-sorang,  tapi anak dah kacau. .hahaha. Tapi sebelum tu ambil gambar dan video. Yela kek larva kan. .nak tengok larva coklat dia mengalir keluar.


Kita pun potongla elok-elok. Lambatnya Larva coklat dia keluar.. Hahaha. .Lepastu,  terus makan.


Aduh, ,manis giler weii. .Nad memang suka makan kek coklat, tapi kalau manis macam ni,  tak termakan la. .tapi tetap habiskan. .Dah beli kan. Hah,  lagi sedap kek Larva yang nad beli dengan seroang akk ni..Boleh klik link Larva Cake, sedap dan meleleh.

Ok lepas ni dah tak beli la kek Larva Pizza Hut..hehee..Mungkin tekak lain-lain kan..

hai assalammualaikum

Alamak, Kotor Dah Baju, Macam Mana Nak Buat!!, MistBreeze Magic Stain Remover Selesaikan Masalah Anda!!

MistBreeze Magic Stain Remover, Hilangkan Kotoran Dengan Pantas - Pernah tak terjadi dekat korang, tengah makan, tiba-tiba kuah terkena baju atau tudung, tengah suap anak, tertumpah pulak makanan. Lepas tu risau, kotoran tak hilang walaupun dah cuci guna sabun. Makin buat baju belang adalah. Lagi-lagi baju putih weii!!.. Ada tu pulak, karpet atau sofa, haish masalah betul. Kalau boleh, nak je ada produk yang boleh hilangkan kotoran dengan pantas. Yeszaa!! ada je you alls, produk yang boleh hilangkan kotoran degil tu dekat baju, tudung, carpet, rugs dan sofa, asalkan fabrik ni. MistBreeze Magic Stain Remover teman setia korang lepas ni. Mesti korang puas hati dengan keberkesanan dia menghilangkan kotoran.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2