hai assalammualaikum

Althea Makeup Box

Althea Makeup Box, Penuh Kotak Dengan Barang Makeup Althea - Yeahhh..again, and again, and again, Althea box come to my house..yihaaaa!! Siapa yang tak seronok bila box warna pink datang ke rumah. Barang datang jauh dari Korea tau. Hah, kali ni apa pulak barang yang and terima ye daripada Althea..hehe..Sebagai Althea Angels, memang sangat bertuah sebab nad dapat cuba product yang terbaru atau yang sedia ada di website Althea. Kali ni nad dapat barang yang penuh dengan barang makeup. Ni bukan dibagi saja-sajaj tau, tapi Althea Makeup ni ada task dia, kena buat tutorial makeup you alls..Hah!!, nad sahut cabaran ni, walaupun tak berapa reti makeup, tapi akan tunjukan skill kita juga..hehee..Sebelum tu, meh nad tunjuk dulu barang apa nad dapat


Korang boleh tengok video nad unboxing Althea Makeup Box ni

Hah!! ni antara barang-barang yang nad dapat untuk buat tutorial makeup ni.


Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise BCLx Althea

Buka je nampak eyeshadow pallete ni, terus woww..hahaha. Kotak je dah nampak menarik. Tengok warna dia lagila woww sangat. Mempunyai 8 warna yang cantik, yang glitter, boleh dipakai waktu siang dan malam. Memang cantikla kalau pakai ni, sukala kalau glitter-glitter ni. Berkelip-kelip mata. Dalam ni ada shimmers, mattes dan glitters yang akan buat wajah kita dengan pelbagai tekstur seperti mutiara, glitter dan kemasan matte. Kombinasi warna yang mudah digunakan dan sesuai dipakai dari siang sampai ke malam.

Sunrise & Moonrise! merupakan kerjasama Bunga Citra Lestari. Bunga Citra Lestari adalah penyanyi Indonesia yang telah menghiasi layar di seluruh Asia Tenggara. Dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan.

Nak bagitau, baik korang dapatkan segera sebab sekaranga da diskaun 30% OFF + PENGHANTARAN PERCUMA. Pergi ke link Eye Pallete Sunrise Moonrise ,masukkan cart lepas tu
gunakan kod: BCL30. Kuantiti adalah terhad you alls..cepat, cepat, cepat...



Watercolor Cream Tint

Exclusive dari Althea Watercolor Cream Tint. Memnag nampak ekslusif dengan bentuk botol dia macam tu. Warna yang mempersona, mampu menyerlahkan bibir kita dengan formula pelembap gloss. Bold, berpigmen dan dilengkapi dengan kilauan yang cantik, liptik ini mengandungi asid hyaluronik dan squalene untuk mengelakkan bibir kering dari mengelupas, sesuai untuk membentuk di bahagian bibir dengan berus yang berbentuk tajam. Sangat padan dengan mana-mana jenis pakaian. Lipstik yang tahan lama.


Mempunyai 4 warna yang berbeza untuk memenuhi mood anda!
#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Marron Cream

Dapatkan OFF 10% pada Tint Set Krim Watercolor yang dilengkapi dengan kotak hadiah istimewa! Boleh bagi hadiah  untuk rakan-rakan, keluarga, atau diri sendiri!



Flawless Creamy Concealer

Selalunya concealer ni pakai untuk bahagian mata, bahagian muka yang ada jerawat atau tompok hitam nak bagi hilangkan dekat muka. Ni merupakan produk eksklusif Althea makeup produk iaitu Flawless Creamy Concealer. Formula concealer ini dibuat dengan Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, sementara sifatnya yang tahan lama memastikan ia tetap di wajah anda sepanjang hari

Dengan formula yang berkrim, mewah, concealer ini meninggalkan kulit yang kelihatan secara semula jadi tanpa cacat. Formula pelembap, berkrim, panjang memakai yang licin di atas kulit dengan kemasan lembut dan separuh matte.  Pakai sahaja nipis dan boleh tutup cela dekat muka.

Melembapkan dan meningkatkan kesihatan kulit dengan asid amino dan mineral.Dengan formula pelembap, concealer ini membuatkan kulit berasa kenyal dan terhidrasi sambil memberikan kulit dengan kemasan segar dan separa matte.

Aquaxyl diekstraksi dari birch sap, juga dikenali sebagai "ratu hutan". Ekstrak ini menghalang kelembapan daripada menguap pada kulit, meninggalkan kulit yang terasa terhidrasi dan selesa walaupun selepas beberapa jam.

Ada 4 warna iaitu
- A brightening pink beige #21 shade
- A warm ivory #21 shade for natural coverage
- A warm peach shade to suit skin tones between #23-#25
- A deeper yellow-based shade best suited for over #30


Spotlight Eyes Glitter

wah, makeup yang nad idam-idamkan sangat..Selalu tengok makeup tutorial orang buat glitter ni tau. Akhirnya dapat juga. Thank you Althea..Suka giler tau..Spotlight eye Glitter pakai di bahagian mata dan bawah mata, means dekat bahagian garis bawah mata. Jadi nampak so glitter gitu.

Kelebihan Eyes Glitter
- Produk glitter mata berkilauan
- Mudah dicampur untuk digunakan sebagai eyeshadow, datang dengan berus tepat untuk eyeliner
- Mengeringkan ke kemasan panjang

Mempunyai dua warna iaitu
- Gold Light
- Pink Light

COMPLEX MOISTURIZING NATURAL
Menghidrat di mata, formula ini dibuat dengan matriks gel pelembab yang memberikan sentuhan mata yang berkilauan.

SISTEM FITTING SUPER
Ia boleh dipakai lebih lama, takkan comot atau hilang apabila terkena peluh atau air.

Cara menggunakannya
- Sapukan pada penutup menggunakan aplikator
- Sapu perlahan-lahan untuk mengadun dan tunggu selama 3-5 saat untuk kering
- Sapukan ke garisan bulu mata bawah untuk solek gaya Aegyosal
- Campurkan dengan jari atau tunas kapas dan tunggu selama 3-5 saat untuk kering

Hah!!, murah je,


Skin Relief Spot Film Gel

Skin Relief Spot Fil Gel ni, pertama kali nad tengok. Apa yang nad baca, ia untuk merawat muka yang ada cacat cela. Rawatan zit-zapping ini adalah formula revolusioner yang digunakan secara tipis pada kulit sebelum mengeringkan ke kulit muka menjadikan ia licin, melindungi kawasan tersebut dan membolehkan solekan  diterapkan tanpa kesan. Formula anti-pencemaran Althea menawarkan perlindungan dan menenangkan kulit yang bermasalah yang disebabkan oleh alam sekitar

Ia mengandungi minyak pokok teh untuk merawat jerawat dengan cepat dan berkesan, sementara campuran Centella dan daun pinus mengekstrak kemerahan yang tenang, merawat jerawat semasa anda keluar. Katakan selamat tinggal kepada tompok-tompok jerawat yang sangat hambar dan hello untuk kulit tanpa cacat!

Berbentuk gel dan sangat ringan.

Kelebihan 
- Rawatan tempat jerawat yang kering ke lapisan nipis ke kulit
- Mengandungi minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinus
- Meninggalkan kulit licin dan dilindungi, sesuai ketika memakai solekan.

Cara menggunakannya.
Memastikan kawasan kulit bersih sebelum permohonan. Picit dengan lembut untuk mengeluarkan sedikit produk, kemudian sapukan lapisan yang nipis ke kawasan yang disasarkan menggunakan jari atau aplikator anda. Biarkan kering sepenuhnya sebelum meneruskan dengan aplikasi solek.

Bahan-bahan utama
Minyak pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria untuk merawat bintik-bintik jerawat
Ekstrak Centella asiatica - Melegakan kemerahan dan menguatkan kulit
Ekstrak daun pine - Kaya dengan antioksidan untuk memperbaiki dan menenangkan kerengsaan


Hah, nad dah terangkan semua produk ni, nanti nad buat tutorial makeup ye. Stay tune..hehee.Subscribed youtube kita www.youtube.com/nadiajohari , nad pun akan post dekat instaram www.instagram.com/nadiasamjohari

Kornag kalau nak usha barang apa dekat Althea, boleh ke website dia https://my.althea.kr/

hai assalammualaikum


Review Food Fish Prosperity Burger Mcdonalds Sempena Chinese New Year Bakal Tiba 


Rasai Fish Prosperity Burger Mcdonalds - Haritu mr mafia bawa balik burger Mcdonalds. Tak tau pulak dia nak bawak balik burger prosperity ni. Dia tau, isteri dia mesti nak rasa punya dan kongsi dengan pembaca blog dia, kawan-kawan facebook dan instagarm dia..kihkihkih. Nad pernah rasa beef dan chicken prosperity dan paling sedap semestinya beef prosperity. Ditambah dengan sos blackpepper dia, memang menyengat rasa dia. Prosperity burger ni akan dikeluarkan Mcdonalds bila Chinese New year akan tiba. Menu terbaru prosperity burger yang Mcdonalds keluarkan ialah Burger Fis Prosperity. Eh, macam mana pulak rasa dia tu kan?

Mr mafia beli Beef Prosperity dengan Fish Prosperity burger. Jadi potong dua setiap satu burger, supaya kami berdua boleh rasa dua-dua..hahaa. Sebut je fish, dalam fikiran macam mana la rasa dia, sebab nad sendiri tak suka makan fish fillet tu, tak tau kenapa tak boleh masuk tekak..hahaa. Dahla lembik dan entahla, tak tau nak cakap. Adakah Fish Prosperity Burger ni sama denagn fish fillet tu?


Fish Prosperity burger di goreng rangup dan disalut dengan sos blackpepper. Kemudian ditabur dengan hirisan bawang dan diapit dengan roti bun yang sangat lembut. Ia didatangkan set dengan kentang Twister dan air Mcfizz. Apa yang and tengok, fish prosperity burger ni tak hancur, masih elok je dalam roti tu. Jom la kita rasa macam mana ye.


Sebelum makan, baca bismillah dahulu..hehee. Satu suapan, ermm ok, selepas tu masuk dua dan tiga suapan, sampaila habis..eh habis juga....hhahahaa..Hey, rasa dia sedap juga, tapi bukan sesedap beef tu. Rasa ikan tu masih ada, tapi tak kuat macam fish fillet. Mungkin sebab dia dah  disalut dengan sos blackpepper, tu yang buat arsa dia sedap. Lagi dengan kepedasan sos dan bawang, dan roti yang elmbut, memang gabungan yang terbaik. Bagi nad fish ni rasa baisa-biasa je, tapi masih boleh diterima tekak nad dan masih sedap..ye wak masih sedap tapi bukan sedap sangat..ehhee..Lembut tu biasa, sebab ikan kan..Ikan campur dengan sos blackpepper memang ok sangat!!..

Mungkin tekak kita lain-lain. Korang cubala rasa. Pedas tu semestinya..kita suka sos blackpper dia. Ala kan ada air Mcfizz dia..hilangla pedas tu..ehhee..Boleh dapatkan seegra dekat Mcdonalds berdekatan korang..Promosi tak lama pun, habis Chinese New Year, takda dah nanti.
hai assalammualaikum


Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) Fasa Pertama Dah Masuk Dalam Maybank Semalam 28 Januari 2019

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Fasa Pertama - Dah dua hari tak cek maybank2u, sekali harini nad cek untuk tengok ada duit masuk ke tidak..huhu..Biasalah surirumah, duit masuk melalui  job partime, bukan masuk sebulan-sebulan, kadang ambil masa berbulan-bulan. Harini nad cek maybank2u, eh namapk duit bertambah. Tengok transaksi, eh duit Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) untuk fasa pertama masukla. Nad ada baca sebelum ni berkenaan BSHR ni, tapi tu bagitau berkenaan status cek, dan permohonan. Nad tak ambil tau sangat pun sebenarnya, tapi dalam hati berharap dapat. Sebab nad dengan suami kerja sendiri, duit pun bukan bulan-bulan dapat. Memang memerlukan sangat. Alhamdulillah, syukur, dapat juga.

Nad tak cek pun, nad ni lulus ke tidak untuk BSHR kali ni. Bersyukur la sebab terpilih untuk menrima BSHR ni. Membantu sangat sekarang..huhu..Untuk fasa pertama pertama dapat bayaran sebanyak RM300.

Tapi nad dapat tau, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk  pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat. Agaknya macm mana la ye..

Kerajaan telah  meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama telah dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

Bayaran BSH 2019 seperti di bawah ini:
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2 ribu ke bawah : RM1 Ribu
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2,001 hingga RM3 ribu : RM750
Yang isi rumah bawah RM4 ribu : RM500

Sesiapa yang ada anak anda akan dapat tambahan RM120 untuk setiap seorang (maksimum 4 orang sahaja tetapi tida had jikalau anda ada anak oku)

Kategori yang layak menerima BSHR 2019
- Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
Warga emas sebatang kara

 Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
Bujang yang mempunyai tanggungan

 Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: https://bsh.hasil.gov.my/
Semakan : https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

hai assalammualaikum

Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland , Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged 3D Art Buat Anak Teruja

Bergembira Di Kiddomo Universe Kids Playland - Hari minggu, selalunya nad akan bawak anak-anak keluar berseronok tidak kira pergi taman permainan atau tempat-tempat menarik untuk diaorang bergembira. Jadi, plan haritu, nad bawak diaorang pergi ke Kiddomo Universe Kids Playland, indoor playground di The Starling Mall. Kiddomo playland ni di tingkat tiga. Haritu nad pergi dengan anak-anak sahaja, suami tak ikut sebab dia ada kerja. Bila pergi tempat permainan macam ni, nad masih boleh uruskan lagi budak berdua ni, lagipun diaorang memang dah selalu dengan nad, dan jenis " behave"..hehee. Haritu pulak datang, nad ternampak ada Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged, lagi suka la diaorang, sebab budak berdua ni memang suka tengok cerita Mickey Mouse dekat tv channel astro 613. Paling teruja si kakak la, Fariza..hehee..Apa yang menarik dengan Disney Mickey ni, hah, meh baca dan tengok ni..


Ni pertama kali nad datang ke sini, nad tau apa yang menarik ada dekat sini. Adakah sama seperti playland indoor tempat lain? Kiddomo Universe ni bukan tempat mainan saja-saja je tau, tapi ia merupakan tempat untuk anak-anak berimaginasi, yang dapat merangsang semua deria mereka dan menjalankan imaginasi kreatif mereka dengan cara yang baru. Maksudnya dekat sini, ada permainan yang boleh buat mereka untuk rekabentuk, berkreatif dan berimaginasi.


Harga Kiddomo Universe

Harga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120

Harga untuk Cuti Sekolah, Sabtu dan Ahad, Cuti Umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140


Special untuk VIP

Macam biasa, seperti tempat playland indoor lain, perlu pakai stokin untuk keselamatan. Jadi bawa siap-siap dekat rumah. Kalau tak bawa, dekat sini puna ada jual.


Masuk sini kena pakai wristband dahulu. Lepas tu, kena register nama dengan ambil gambar dan pilih watak apa, sama ada binatang atau orang. Sebab setiap permainan yang ada dekat sini, wristband atau gelang yang dipakai tu akan digunakan untuk scan dan akan muncul muka kita. Kalau wrist band tu hilang, jangan risau, sebab boleh minta semula di kaunter. Selalu kita risau bila gelang hilangkan..hahaa.



Fariza excited tengok muka dia dekat badan harimau..hahaha. Mommy pulak ahli sihir..ofkos mommy taknak ketinggalan..hahaa.

Dalam ni boleh bawak stroller. Mujur boleh bawak, si adik ni kadang malas berjalan. Nad pun tak larat la nak dukung..hehhe




Bebudak ni kalau dah nampak bola-bola ni, mesti tak sabar nak masuk..Mak pun teruja, sebab dekat sini bola dia banyak gila..luas..hahahaha..Masa tu pulak pergi tak ramai orang..Memang best la..Cantik pulak warna dia hijau kuning..


Dekat sini, bukan main bola saja-saja, tapi kena cari telur dinosaur. Lepas tu letak dekat tempat scan, nak tau telur dinasour ape tu. Hah!!, nampak tak anak-anak boleh belajar sekali.

Kiddomo Kolaborasi Dengan Disney Mickey & The Roadster Racer- Supercharged

Ok, sebelum nad explore tempat lain, apa yang menarik dekat sini ialah Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged. Kiddomo telah berkolaborasi dengan Disney Mickey Racer bagi kanak-kanak berkreatif dan memberi keseronokan bila diaorang lihat kereta racer diaorang "hidup"..hah menarik sangat. Ia bermula dari 21 January sehingaa 28 February 2019 ni sahaja.


Korang boleh nampak kan, screen besar di dinding tu dengan adanya banyak kereta geng Mickey Mouse. Ada Mickey, Minnie, Goofy dan macam-macam lagi. Mulanya nad ingat tu hiasan sahaja bagi memeriahkan tempat dia, tapi rupanya itu adalah kereta bergerak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Kereta mereka dalam bentuk 3D art..fuh..menarik giler. Kereta tu boleh disentuh dan digerakkan.




Sebelum tu, kena la warnakan dulu kereta pilihan anak-anak. Fariza pilih Mickey Mouse. Lepas tu dia warna sendiri, ikut macam mana dia sukala..hehee. Nad biarkan je dia. Teruja dia bila tengok Mickey Mouse ni. Cerita kesukaan dia. Dengan mewarna, ia dapat menyerlahkan bakat mereka mewarna, kreatif mana mereka berwarna.



Lepas warna, kertas tu perlu discan di mesin scan yang disediakan. Scan juga wristband yang korang guna tu. Baru la keluar kereta 3D art tu dekat mesin. Hah!!, nampak kereta Fariza tu..hehee.

Lepas tu terus dia ke screen besar, di dinding tu nak tengok kereta dia keluar. Fariza paham rupanya, kereta dia akan muncul..ehehe..Nad cuma cakap " hah mana kereta fariza, mana? "..hehe..Dia pun tercari-cari kereta dia. Lepas dia kenal kereta dia, terus dia tunjuk " tu kereta Fariza "..seronok dia. Dia sentuh kereta dia, zoomm laju jalan..hehee..


Hasil warna lukisan diaorang juga boleh transform ke Papaercarft 3D. Kena pergi print dekat tempat yang disediakan. Jadi bolehla reka kereta anak-anak tu. Best dan menarik kan. Fokus bila diaorang dapat buat macam ni.

Permainan Lain Yang Ada Di Kiddomo Universe





Taman Permainan Yang comel ni..hehee


Dalam ni ada pelbagai tempat lagi yang menarik tau. Ada Karaoke Kid. Dah lama rupanya nad tak berkaraoke, dapat masuk tempat kanak-akank pun bolehla..hehee..Lepas gian walaupun lagu anak-anak. Anak-anak pun enjoy.




Ada Magic Academy. Pakai tongkat nak lawan raksasa. Macam cerita Harry Potter pulak dahh..hehhee.


Gelongsor tinggi uiii.. Tak naik nampak macam seram je..hahaa..Tapi mestilah best dan selamat.



Bilik Gym Untuk Kanak- kanak pun ada..Alahai depa dua orang ni..Masuk sini, adik dengan kakak main dengan seronok sangat.




Kalau korang perasan, dekat dinding ada macam tv kecik tu semua. Semua tu adalah permainan tau. Nak main kene scan dahulu dengan wristband yang kita pakai. Bukan saja-saja dia tampal..hehee.

Workshop Untuk Anak-Anak






Haritu, Fariza sempat join workshop yang disediakan di Kiddomo ni. Setiap minggu akan ada workshop di sini bagi aktiviti anak-anak bertambah seronok. Haritu aktiviti yang Fariza buat ialah buat craft Welt God Keychain sempenan Chinese New year yang akan tiba tak lama lagi. Cuma lekat-lekat je. Fariza memang suka join-join ni semua. Dia akan fokus apa yang perlu dibuat. Kita suruh je, dia buat sendiri. Dalam masa tengah membuat craft tu, ada la soal jawab.Jadi budak takda bosan sangat. Memang bagus sangat..

Adik pun suka juga join workshop..hehee..

Kemudahan Yang ada di Kiddomo







Banyak kemudahan yang ada dekat Kiddomo ni yang memudahkan ibu bapa. Ada tempat makan, ada tandas, ada  tempat menyusu, kira semua lengkap la. Tak perlu nak terkejar-kejar keluar cari kan.


Jadi, korang rasa macam mana. Ok tak tempat ni. Bagi nad ok je. Tempat dia takdala besar mana, tapi permainan dia semua bagus. Permainan yang menggunakan teknologi canggih, buat anak bermain sambil belajar. Hari minggu, atau cuti sekolah, nak bawak main permainan indoor, boleh cuba datang ke sini..Dekat sini pun boleh buat birthday party tau..

Kiddomo Universe Starling Mall
Lot T-328, Level 3, The Starling, No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Operation Hours : 10:00 AM - 10:00 PM
Website : www.kiddomo.com
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969


Meh layan, kegembiraan dua beradik ni berseronok di Kiddomo Universe Kids Playland Starling Mall.



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2