hai assalammualaikum


Masa Mandi Lebih Menyoronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar : Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi

Sabun Mandi terbaru Carrie Junior Bubbly Bar - Memang budak-budak, kalau nampak sabun mandi Carrie Junior, laju je nak mandi. Yela, sabun dia dengan packaging yang comel, dan berwarna tu memang menarik anak-anak nak mandi. Carrie Junior ada keluarkan produk sabun mandian terbaru, jenis sabun buku. Hah, kalau sebelum ni jenis dalam botol kan, kali ni jenis bubbly bar. Carrie Junior mengeluarkan sabun mandi terbaru iaitu Carrie Junior Bubble Bar.


Kalau dekat botol ada mainan di bahagian belakang, dekat bubble bar ni pun ada mainan yang akan korang dapat. Fariza dapat puzzle tu.

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar bagi memberi keseronokan lagi mandian anak-anak. Sabun ni buakn biasa-baisa sahaja tau, tapi sabun ni ada lukisan Gajah..hehee. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun, anak tengok pun seronok. dapat pegang gambar gajah tu. Bau dahla wangi.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Sebagai ibu bapa, mestilah sentiasa memastikan kulit anak terhidrasi dan dapat melembapkan kulit anak sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.





CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan dengan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.



Bila ada sabun buku Bubbly Bar ni, anak-anak mesti lebih seronok di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

hai assalammualaikum

Jalan-jalan Taman Botani Shah Alam - Cuti Hari Raya Cina haritu, nad denagn adik beradik lain pergi jalan-jalan di Taman Botani Shah Alam. Lama gila tak pergi, dulu pergi masa zaman bercita kau..ahahhaa. Rancangnya nak pergi sini sebab nak pergi 4 musim tu, untuk February sepatutnya musim salji. 
hai assalammualaikum



Genap Setahun Usia Farhanah 5 February

Selamat Hari Lahir Farhana - Tarikh 5 February, genaplah setahun usia anak ku yang kedua, Farhanah Nasuha. Memang kitaorang suami isteri rancang nak anak kedua, untuk bagi Fariza kawan. Itu pun bila usia Fariza nak masuk dua tahun. Teringat masa nak lahirkan Farhanah, sakit dari rumah mak. Kejap sakit kejap tak. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lepas tu tengah malam, sakit sangat, mujur kakak masa tu dah masuk tidur. Malam tu call mr mafia suruh ambil bawa pergi hospital. Hospital pilihan kitaorang Hospital Shah Alam sebab dekat sikit dari rumah mak. Dalam perjalanan ke hospital memang dah sakit sangat, genggam tangan mr mafia ( dah macam dalam drama). Tarik nafasa, hembus, tarik nafas, hembus..hahaa. Mr mafia pulak bawa laju, tapi bila ada bonggol, ken aperlahan, takut terberanak pulak dalam kereta..kihkih. Cerita pengalaman bersalinkan Farhanah, korang baca la dekat link ni ( Farhanah Lahir Ke Dunia )

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah masuk setahun dah usia Farhanah..nampak tak sekejap betul. Alhamdulillah, dari dia lahir sampai sekarang, memang mudah nak jaga dia. Allah bagi nad anak yang mudah dijaga. Sepanjang jaga dia, takda la susah sangat, nad banyak juga berehat. Sampai sekarang, memang dia seorang budak yang baik dan mudah dijaga..hehee.

Orang cakap, anak kedua ni berbeza sikit, lebih lasak, lebih banyak buat hal la..hahaa..Tapi biasalah kan, setiap anak perangai mesti lain-lain, takkan sama. Sedangkan nad dengan adik beradik pun memang lain-lain perangai. Farhanah Nasuha, bukan setakat mudah dijaga, malah cepat belajar. Usia dia 10 bulan, macam-macam dah dia tunjuk perkembangan dia. Memang cepat dari kakak dia.


Adik masa kecik, dia jenis mengutip, sampai sekarang nampak apa mesti masuk mulut, pulak tu semua cepat buat. Jenis budak, kadang-kadang dia satu-satu ambil masa, mula meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi Farhanah, dia terus, dari meniarap memang mula-mula, lepas tu terus merangkak dan berdiri..hah, macam tu. Lepas dah berdiri terus berjalan. Dia tak ambil masa lama, laju dia ni. Bukan tu je, masuk 10 bulan dah pandai panjat tangga, panjat kerusi, naik atas meja..dasyat sangat..Nad yang pening..hahaa. Kalau dengan dia, memang tak boleh biarkan.



Farhanah, selalu usik kakak dia, kacau kakak dia, kakak marah mana pun dia akan kacau lagi..ahaha..Sebenarnya nak bermain denagn kakak, tapi tak tau lagi macam mana..Kakak kalau mood baik, layan adik baik, macam kaan, kalau mood tak baik, hah amiklaa..

Nad syukur, dapat anak-anak yang behave bila keluar..Dulu Fariza bawa keluar pergi event pun behave, sekarang adik pun bawa pergi event behave juga. Hah!!, senang keje mommy tau. Pergi berdua je pun takpe..hehe.

Banyak sebenarnya pasal Farhanah ni, hahaa..tapi nad boleh cakap, adik memang memudahkan dan tak banyak hal.



Mommy doakan Farhanah membesar dengan baik, jadi anak solehah dan sentiasa dengar cakap mommy dan daddy. Semoga apa yang mommy dan daddy ajar adik, adik akan ingat dan dengar. Love you..


hai assalammualaikum


Magnolia Mag-A-Cone Mangga , Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap 

Magnolia Mag-A-Cone Mangga, Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap - Sambil bersantai, penat bermain, kita layan asikrim Mangolia terbaru iaitu Magnolia Mag A Cone perisa mangga. Aiskrim kon atau nad panggil cornetto magnolio perisa mangga ni memang betul-betul ada rasa mangga. Perisa baharu ini pasti menyerlahkan keunikan perisa Mangga yang lazat. Pembungkusan kuning terang produk ini memberikan gambaran terhadap buah mangga dari segi keharuman dan kelazatan rasa. Magnolia Mag-A-Cone Mangga ini pasti dapat menawarkan hati penggemar aiskrim dengan sensasi mangga yang bermutu dalam satu kon.



Aiskrim berwarna kuning, diletakkan cebisan serat mangga dan taburan sirap mangga sebagai lapisan hiasan atas aiskrim yang cukup memangkinkan selera, terutamanya pada cuaca yang panas. Musim panas ni memang sedap bila makan aiskrim. Sejuk je tekak ni. Magnolia Mag-A-Cone Mangga
yang baharu ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM2.30 untuk satu kon dan dalam bentuk pek yang mengandungi 4 kon aiskrim (dua Magnolia Mag-A- Cone Mangga dan dua Magnolia Mag-A-Cone Coklat) pada harga yang RM8.55. Kedua-dua ini boleh diperolehi di pasaraya mulai Oktober 2018.






Makan aiskrim bukan sahaja masa bersantai, malah dekat rumah pun boleh. Makan dengan orang tersayang seperti kawan karib dan keluarga pada setiap masa.

MENGENAI F&N CREAMERIES
F&N Creameries, Bahagian Aiskrim merupakan sebahagian daripada kumpulan Fraser & Neave, menawarkan portfolio produk aiskrim untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi pengeluar aiskrim utama yang terkemuka di pasaran ASEAN yang kini sedang berkembang pesat dan mengeluarkan jenama aiskrim sendiri iaitu Magnolia dan King’s kerana kesemua ini mendapat banyak portfolio dan menjadi kegemaran ramai sepanjang zaman.
Untuk maklumat lanjut berkenaan F&N Creameries, sila layari www.fnncreameries.com

MENGENAI FRASER AND NEAVE, LIMITED
Ditubuhkan pada 1883, Fraser and Neave, Limited (“F&N”) sebagai peneraju Kumpulan Pengguna Asia Tenggara, dengan mempunyai kepakaran dan kedudukan utamanya di dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan. F&N menyediakan sumber utama dan menetapkan strategik untuk subsidiari dengan menggunakan kepakarannya dalam bidang pemasaran dan pengedaran; penyelidikan dan pembangunan; jenama dan pengurusan kewangan; serta pengalaman pengambilalihannya. Disenaraikan di bursa saham Singapura, F&N merupakan salah satu syarikat yang paling berjaya di rantau ini dengan jenama terkenal dan mempunyai kepimpinan pasaran yang kukuh. F&N wujud di 11 negara merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, dan mempunyai melebihi 7,700 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com
hai assalammualaikum

Gambar Canvas Baby FN Sebagai Kenangan, Reka Sendiri Di Printcious


Gambar Canvas, Reka Sendiri Di Printcious - Kalau korang pernah baca entry sebelum ni, nad pernah tunjukkan rekaan hadiah yang nad buat sendiri di Printcious. Korang boleh klik link ( Printcious Reka Hadiah Design Sendiri ) . Hadiah di Printcious bukan sahaja untuk beri kepada orang, untuk buat diri sendiri pun boleh sebagai kenangan. Yela, banyak gambar anak, gambar keluarga yang kita nak buat sebagai tatapan atau hiasan. Haritu nad design gamabr anak nad semasa bercuti di Cameron Highlands. Gambar tu memang menarik, jadi nad buat dalam bentuk canvas. Gambar tu pun dah selamat sampai ke nad..hehee. Sekarang baru nak cerita..hehee.


Masa sampai tu, tengok apa la besar sangat ni. Lepas tengok sender, baru tau dari siapa..ehhee. Bagus juga pembungkusan dia, sebab walaupun gambar canvas, tapi di bungkus dengan kotak dan dibalut dengan bubbles wrap setebal yang mungkin. Jadi gamabr tu sampai kepada nad dengan keadaan elok dan baik.



Tengokla gelagat anak-anak bila nampak muka diaorang dalam gambar..hehee..Teruja sangat tau..


Tengok, cantik sangat gambar canvas dari Printcious ni. Gambar tak pecah, warna sama, memang sebijik macam dalam gambar. Menarik sangat. Jenis canvas pun yang berkualiti dan tidak mudah rosak. Kayu pun jenis yang tahan lama ni.

Nad DIY sendiri dekat website Printcious. Harga pulak takda mahal mana, lagipun selalu Printcious ada buat diskaun. Memang murah!!

Kenangan gambar ni, nad letak dekat meja kerja nad. Hari-hari ngadap anak, masa buat kerja tengok muka anak..ehehe..Memang best buat hadiah atau abadikan kenangan dekat Printcious ni. Korang boleh usha
website: www.printcious.com
Facebook : https://www.facebook.com/printcious/
Instagram: https://www.instagram.com/printcious/

hai assalammualaikum

Pembersih Makeup safi Micellar Natural Cleansing Water - Sebelum bersihkan muka dengan pembersih muka, bila pakai makeup wajibla cuci makeup tu dengan pembersih makeup tau. Baru betul-betul bersih muka kita. Kalau terus cuci muka dengan pembersih muka, takut ada makeup yang tak hilang lagi, tu sebab boleh mendatangkan jerawat..hehee. Sekarang nad memang jaga muka, taknak jadi macm dulu. Untuk pembersih makeup, tak smeua kadang ok dengan kita, jadi pilihla mana yang bersesuaian. Ni nad nak bagitau, Safi ada keluarkan pembersih makeup uii..Nad dah cuba,memang best.
hai assalammualaikum


Anugerah Juara Lagu 33

Anugerah Juara Lagu 33, Ramai Tak Puas Hati Dengan keputusan Nombor 2 - Semalam, berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 33 di Axiata Arena Bukit Jalil. Rancangan yang ditunggu-tunggu, nak tengok persembahan artis masing-masing. Nak tengok pun sebab pengacaranya pun best..hehe..siapa lagi dua gandingan mantap Aliff Satar dan Sherry Al hadad, memang terbaik. Pembukaan dimulakan dengan persembahan otai kumpulan Amy Search dan Dj Fuzz. Dan bermulalah satu-satu peserta AJL 33 membuat persembahan.

Bagi nad, malam tu semua ok, menari, suara semua, cuma ada beberapa yang tak ok juga la.Part menari Haqiem rusli dengan De fam memang best. Menarik de Fam boleh bawak lagu bunga Altimet punya, memang terbaik.

AJL 33 diserikan persembahan Sarah Suhairi; Ismail Izzani dan Nabila Ali di pertengahan persembahan manakala; Nico; Juzzthin; Balan; Lil’ J; Zizi Kirana; Aman Ra; Joe Flizzow; Sonaone dan Alif diakhir persembahan, sebagao penutup sebelum dibuat keputusan.

Untuk Anugerah Juara Lagu 33 kali mereka yang bertanding ialah

• Khai Bahar - Luluh (komposer dan penulis lirik Khai Bahar)

• Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra - Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/Omar K/Ikhwan • Fatanna dan lirik Haqiem Rusli/Omar K/ Ikhwan Fatanna/Aman Ra)

• Syamel - Kau Pun Sama (Syamel, Kidd Santhe/DJ Biggie of Monster Sound dan lirik Syamel)

• Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang (Farouk Roman dan lirik Amylea)

• Hael Husaini - Hajat (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Siti Nordiana dan Jaclyn Victor - Nisan Cinta (Hael Husaini/Mike Chan/Ezra Kong dan lirik • Hael Husaini Mike Chan/Ezra Kong)

• Sufian Suhaimi - Di Matamu (Komposer dan lirik Sirkhan/Rinkarnaen)

• Altimet (digantikan DeFam) - Bunga (Omar K/John Jeevasingham dan lirik Altimet)

• Siti Sarah - Semakin (Komposer dan lirik Mera Utama)

• Ara Johari - Bunga (Hang Nadim/Laq/Kadok dan lirik Hang Nadim)

• Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah - Haram (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Misha Omar - Sampai Bila (Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya/Shah Shamshiri)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 33
Ya, ramai dah tau siapa yang  menang kan.


Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33. Lagu yang dinyanyikan oleh Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Masa diaorang nyanyi, perasan dayang apkai macam lagu hujan, rupanya memang hujan sungguh dia turun..bagus giler bawah hujan dekat atas pentas..perghh..

Naib juara dimenangi  lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000  dan trofi.

Misha juga memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Dekat sini ramai yang tak puas hati Ara johari menang tempat kedua, sebab ramai cakap dia nyanyi slow, lepas tu tema alahai..huhuhu..Tapi nak buat macam mana.Juri dah buat keputusan kan. Jadi kita tengok jela..

Tahniah kepada semua pemenang.

hai assalammualaikum

Kedai Dekko Melawati Mall, Barang Dekorasi Untuk Rumah - Semalam jalan-jalan dengan kawan UUM, kitaorang terjah tempat dekorasi-dekorasi ni. Salah satu tempat yang menarik ialah kedai Dekko ni. Ni pun kawan nad, Yaya( bergaun ) yang cakap, sebab dia pernah masuk sebelum ni. Apa yang bestnya, kedai Dekko ni ada barangan klasik tau..hehee. Kedai ni dekat tingkat Level 3, sama je dengan kawasan Kaison dan Mr Diy. Nad tengok pun berkenan sungguh. Meh nad tunjuk apa yang ada dekat kedai ni ye.
hai assalammualaikum


Jumpa Kawan UUM, Makan di Seoul Garden Melawati Mall - Dah lama juga tak jumpa dengan kawan-kawan study UUM ni. Selalu borak dekat group whatsup je. ada juga rancang nak jumpa, tapi waktu tak sesuai. Mana yang boleh jumpa, diaornang jumpa la, kadang ada yang bercuti bersama. Ada je kawan UUm yang tinggal dekat KL sama dengan nad, tapi disebabkan komitmen masing-masing, dengan kerja, dengan keluarga, jadi susah juga nak jumpa. Tapi haritu disebabkan ada seorang kawan Sue, dari Johor nak turun KL, jadinya kitaorang rancang nak jumpa. Cuma tiga orang termasuk nad, 4 ornag je boleh jumpa. Tu pun dah kira ok. Kitaornag rancang jumpa dekat Melawati Mall.

Masing-masing ada naik grab, ada orang hantarkan. Nad naik grab jela, mr mafia ada keje, tapi dia jaga Fariza..hehee. Nad keluar berdua dengan adik sahaja. Macam biasa, adik memang baik je..hehee..Senang nak bawa keluar. Kitaorang jumpa dekat depan pintu masuk Melawati Mall, dekat San Fransisco Coffee. Bila dah semua sampai, apa lagi cari tempat makan, sebab masing-masing dah lapar. Kitaorang memang dah rancang, nak makan dekat Seoul Garden. Nad pun tak pernah makan lagi..Jadi nad on je.


Seoul Garden steamboat, katanya tempat ni lebih kepada korea..Memang luas tempatnya. Okla takdela sesak sangat. Makanan dekat sini macam baisa, ada makanan bergoreng, sayuran, seafood, salad, air batu campur, aiskrim, air dan sos yang pelbagai. Tapi tak banyak pilihan. Harga untuk seorang paling rendah RM38, tapi kitaornag ada cas apa ntah, tambah RM10 seorang. Jadi seorang RM48. Takpela, kita cuba makan dekat sini ya.


Sambil makan, sambil berborak dan bergosip..hehee..Tukang masak baju purple tu..kihkih..Dia memang reti masak, dia ada jual sos perap daging, tapi tak beli-beli lagi..hahaha. Lagipun dia tengah diet, hah makan jela yang digrill dan sayur..hahaa..Kitaorang yang lain semestinya makan semua apa yang ada dekat situ..hehehe..

Mula la berborak macam-macam. yela, lama tak jumpa. Jumpa dulu pun masa Fariza setahun, lepas tu belum jumpa. Ni kali kedua jumpa lepas adik fariza keluar..hahaa..Punya la lama kan.


Lepas makan tu, kitaorang pergila ke tempat dekorasi-dekorasi ni, mana lagi aklau bukan Kaison, Mr Diy dengan SSF. Nad survey dulu, sebab pertama kali masuk dekat Melawati Mall ni. Sue la membeli, bukan setakat pandai masak, rumah pun pandai dekorasi..hah gitu. Memang tempat ajib pergi ni tau..hehee..



Salah seorang akan tamatkan hari bujang dia..heehe. Mula lasakat dia..ehhee.. Sebab dia jenis gabra, macam kelam kabut gitu..ehehe. Sampai dia terfikir, macam mana la dia nanti, dahla tak reti masak, jaga anak macam mana la pulak..ehehe.. Kelakar dia tu. Kitaorang sebagai kawan harap urusan dia dipermudahkan nanti. Bagi nasihat bila dah jadi isteri kena macam ni, macam tu..hhaa..ada anak macam ni..hahaa..

Nanti dapatla reunion masa dia kawin..hahaha..Macam tu la kitaorang..bila ada kawan kawin baru dapat jumpa semua..tak sabarrrr..


MAKAN MALAM KRABBY CHEESE PIZZA HUT

in , by Nadia Johari, 13:37:00
hai assalammualaikum

Menu Baru Pizza Krabby Cheese Pizza Hut - Balik dari playland kanak-kanak dekat Kiddomo, mr mafia pun ambil kitaorang terus pergi Tesco, nak beli telefon mr mafia. Lepas selesai hal telefon, perut berkeroncong, sebab lapar..hahaa. Kitaornag decide nak makan pizza hut. Nad tengok ada pizza baru dekat Pizza HUt, mula ingat taknak order, tapi order juga sebba nak rasa. Menu pizza baru Krabby Cheese Pizza Hut. Ada ketam dengan cheese.

Jadi nad order kombo dua, ada Krabby Pizza Cheese, ada sides dish dia, ada dua dessert boleh pilih sama ada asikrim atau kek, jadi nad pilih salah satu aiskrim dan kek dan air.


Ni la dia Krabby Cheese Pizza, menu pizza terbaru yang dikeluarkan Pizza Hut semepna Tahun Baru cina ni. Krabby Cheese Pizza ni dilengkapi dengan enam isi sepit ketam yang enak, dilimpahi keju cheddar serta mozarela cair bersama hirisan daging ayam, toping cili benggala dibakar dan hirisan nanas.

Masa nad makan, cheese memnag banyak tapi bahgian roti je, dekat ketam dia takdela sangat..hehee. Tapi okla rasa dia. ala rasa ketam tu, kornag mesti pernah makanketam ni. Pizza ni Fariza sukala, sebab ada ketam tu, bahagian cheese dekat roti ada hirisan ayam, hah tu pun dia suka.


Kalau amkan dekat pizza hut, kegemaran kitaorang sekarang tak pilih garlic bread tapi pilih ayam ni, Tasty Chicken Bites..sedap sangat. satu pinggan ni memnag tak cukup.



Ni antara dessert yang dapat sekali dalam kombo tu. Dua kek atau dua aiskrim, tapi nad amik dua-dua, satu kek dan satu aiskrim..hehee. Nasib boleh..


Kornag kalau nak rasa, datangla ke Pizza hut yang berdekatan ye..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2