hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan 2019 : Rasai Makanan Thailand di Chakri Palace Sky View - Tanpa kita sedar, hanya sebulan lebih sahaja lagi kita akan berpuasa. Begitu cepat ye masa berlalu. Selalunya bulan puasa, selain berbuka puasa di rumah, mesti akan teringin berbuka puasa dengan pelbagai menu makanan berbentuk buffet. Mudah dengan hidangan dari makanan berat sampai ke pencuci mulut, makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan di luar. Antara lokasi iftar yang korang boleh cuba nanti ialah di Chakri Palace. Untuk korang yang gemar dan teringin makan makanan Thailand ketika berbuka puasa nanti, boleh la makan di Chakri Palace Royal Thai Cuisine.


Ramadhan ini, Chakri Palace sekali lagi mengadakan hidangan buffet masakan Thai dan tempatan dengan bertemakan "Tastalizing Thailand" yang akan diadakan di Chakri Palace Sky View
Dorsett Hotel Hartamas, dan dua lagi cawangannya iaitu di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL dari 13hb Mei 2019 dan seterusnya.




Haritu, nad pertama kali datang ke Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas untuk merasai sendiri makanan buffet yang disediakan di bulan puasa nanti. Lokasinya berada di dalam hotel Dorsett Hartamas di tingkat 27, paling atas, memang buat nad teruja sangat melihat keindahan pemandangan dari atas dengan lampu-lampu di jalan dan bangunan.





Waktu tu, dipasang pula dengan lagu raya, memang buat kita terasa nak dekat dah dengan suasana dan persiapan raya..hehee..bayangkan korang berbuka puasa di sini, memang woww sangat tau. Di Chakri Palace, terdapat 50 jenis hidangan masakan yang akan disediakan dari makanan moden, local Thai dan makanan tempatan. Suasana dalam restoran memang sangat selesa, boleh makan di dalam atau di luar. Nad lebih suka makan di luar, sebab dapat tengok pemandangan sambil menikmati makanan.



Ok, untuk bulan puasa nanti, siapa yang teringin makan makanan Thailand atau penggemar makanan Thailand, masa ni la korang boleh rasa makanan tu, antaranya Mieng Kham, pembuka selera popular yang selalu orang nak cuba rasa. Ni la makanan yang pertama kali nad rasa. Selama ni tengok kawan makan, ingat pelik rasa dia, tapi sedap rupanya..Bahan yang ada seperti kacang, sayur, bawang, cili bagi pedas sikit, bahan lain ada juga dan diletak sambal. Kemudian bungkus daun tersebut dan terus makan. Woww, memang sedap ok..Takde rasa pelik..hahaa. Nad makan dalam 4 daun juga la tanpa sedar..hahaaa..



Selain itu, pembuka selera yang unik yang nad pernah tengok ialah  Pumpkin Custard, Tapioca Cake,.Nampak unik, tapi rasa dia memang sedap giler ok..










Lain makanan yang pernah rasa tapi tak boleh lepaskan pelaung untuk makan juga, ialah  Pulut Mangga, kerabu, Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad, Crispy Morning Glory, Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi pembuka selera Thai  ada kat sini.











Untuk hidangan utama, tetamu boleh menikmati hidangan lamb in Thai green curry. Ni pertama kali tengok kari berwarna hijau. Rasa dia macam masak lemak je..hehee., prawn with butter sauce topped with salted egg, stir fried squid with salted egg, Tomyam seafood, and beef with black pepper sauce and fish with sweet & spicy sauce. Tomyam seafood sedap..celur-celur dalam air panas bahan-bahan dia, kemudian tuang kuah Tomyam..perghh..


Disini juga ada pelbagai menu kegemaran Malaysia iaitu Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai
Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.




Pencuci mulut Red Ruby Waterchestnut, beras Thai mangga dan juga kegemaran tempatan seperti kuih-muih melayu, bubur jagung, buah-buahan, pisang dan banyak makanan lain. Jangan risau, memang disediakan makana melayu juga ye..heheh.


Bagi korang yang berminat nak berbuka di Imperial Chakri Palace KLCC & Imperial Chakri Palace Pavilion, menu "Tantalizing Tastes of Thailand" akan disediakan setiap hari bermula dari 9th May 2019. Menu hidangan buffet bertukar dari tiga menu yang berbeza yang disediakan khas untuk bulan Ramadhan dan buka dari jam 7.00 pagi seterusnya.

Harga Buffet Ramadhan Imperial Chakri Palace
Chakri Palace Sky View Dorset Hotel Hartamas
Dewasa : RM128 ++
Kanak-kanak ( > 6 tahun ) dan warga tua ( >60 Tahun ) : RM64 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Chakri Palace KLCC
Dewasa : RM108.80 ++
Kanak-kanak ( > 6 tahun ) dan warga tua ( >60 Tahun ) :  RM54.40 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Chakri Palace Pavilion
Dewasa : RM98.80 ++
Kanak-kanak ( >6 tahun) dan warga tua ( >60 Tahun ) :  RM49.40 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Korang boleh nikmati 20% off dengan dapatkan voucher sebelum 9 Mei.


Promosi Early Bird
Rancang dan menempah awal untuk penjimatan mewah yang hebat!
(Pesanan minimum 4 orang)

Muat turun App Chakri di http://bit.ly/20F3M34 pada telefon untuk menikmati pembelian awal  sebanyak 20% sebelum 9 Mei 2019. Harga adalah RM102.40 ++ Untuk Dewasa (Dorsett Hotel Hartamas) RM87 ++ Untuk Dewasa (KLCC) RM79 ++ Untuk Dewasa (Pavilion) Tawaran awal boleh digunakan untuk tempoh dari 11 Mac 2019 - 9 Mei 2019 sahaja.

Tempahan Kumpulan BELI 5 PERCUMA 1.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Imperial Chakri Palace
Dorsett Hotel Hartamas : 03 26021031
KLCC ; 03 23827788
Pavilion : 0321431141
Contact; 016 2277182
Email ; marketing@chakri.com.my atau kunjungi kami secara online di https://www.chakri.com.my/shop/

hai assalammualaikum

Shapee Lafee Nursing Bra, Selesa Dipakai Dan Mudah Menyusukan Anak - Sebagai ibu yang menyusukan anak, semestinya pemilihan bra yang sesuai amat penting untuk keselesaan diri dan ketika menyusukan anak. Ibu yang menyusu ni, saiz payudaranya akan berubah tau, pulak tu akan mengeluarkan susu, jadi kena ambil tau bra seperti mana yang sesuai untuk dipakai bagi memberi keselesaan ekstrak ketika menyusukan anak di mana sahaja dan memudahkan penyusuan tanpa bersusah payah. Nad masih menyusukan Farhanah, jadi bila nad dapat tau, Shapee ada keluarkan bra terbaru, terus rasa nak grab.



Nad memang pengguna nursing bra dari Shapee.  Nursing bra dari Shapee, memang sangat selesa dan tahan lasak. Kali ni, nad pakai pula Shapee Lafee Nursing Bra , keluaran terbaru mereka sempena Hari Wanita. Rekaannya yang mempunyai lace memang menambat hati dan warnanya yang lembut tu. Bila keluar design jenis lace ni nampak la macam pakai bra biasa dan nampak seksi gitu..kihkih..Buat mommy rasa makin cantik tau..hahaha.

Shapee Lafee Nursing Bra ni ada tiga jenis warna iaitu grey, pink dan beige. Nad memilih warna pink. Pink dia pun pink lembut dan tak pekat.

Pentingnya Memilih Nursing Bra

Pentingnya kita, ibu yang menyusu, memilih nursing bra, sebab perubahan saiz payudara kita.
- Memilih ukuran bra yang bersesuaian
- Jangan beli yang ada dawai tu lagi sebab boleh menyekat susu.
- Pilih bra yang jenis kain cotton
- Pilih rekaan yang mempunyai klip khas di bahagian depan yang mudah dibuka dan ditutup dengan satu tangan sahaja
- Mempunyai tali yang besar dan mudah regang
- Rekaan yang cantik..mak pun nak cantik walaupun hanya pakai baju dalam..hehee..


Semua ciri ni ada di nursing bra Shapee Lafee. Lafee nursing bra ada pelbagai jenis ukuran dari saiz M sehingga ke XXL.
M (32B; 32C; 32D; 32E)
L (34B; 34C; 34D; 34E)
XL (36B; 36C; 36D; 36E)
XXL (38B; 38C; 38D; 38E)


Nad suka pakai Lafee Nursing Bra ni sebab kainnya  diperbuat daripada 100% cotton. Keluar dalam keadaan cuaca panas pun rasa biasa je, tak panas dan serap peluh. Biasanya ibu yang menyusu atau pregnant ni badannya cepat merasa panas dan berpeluh, jadi kain kapas ni dapat beri ruang udara dalam breast kita dan kulit pun boleh bernafas dengan helok ..


Lafee nursing bra ni kain jenis strectable, boleh regang. Takde dawai yang boleh menyakitkan breast kita. Lagipun , kita mana sesuai pakai bra yang berdawai ni bila menyusukan anak, sakit ooo..Lagi aklau bengkak susu. Pulak tu kadang, kalau bra yang berdawai, bra rosak dan dawai terkeluar..bahaya oo..Jadi bra jenis boleh regang ni yang sesuai dan ia boleh muat sehingga tiga size cup.


Jangan risau, takut breast korang meleper ke apa, sebab bra ni jenis support breast kita dengan rekabentuk fully cup yang sangat selesa. Jadi bila pakai, breast nampak elok je, terletak elok je..hehee. Cup ni boleh dikeluarkan dan dimasukkan semula.


Paling penting bagi ibu menyusu memilih nursing bra ialah rekaan yang mempunyai klip khas di bahagian depan yang mudah dibuka dan ditutup dengan satu tangan sahaja. Paham-paham jela, anak ni bila dah nak menyusu, dia tau nangis dan meragam sekuat hati. Kita ni la yang kalut nak menarik bra semua. Bila ada klip ni, senang je, dengan satu tangan sahaja buka untuk menyusukan anak, dan klip semula untuk tutup bila anak dah selesai susu. Takdela kalut samapi kita angkat-angkat bra semua kan..hehee. 


Macam nad, breast takdela besar mana, tapi bila pakai nursing bra Lafee ni, memang selesa sangat, sebab dia mempunyai lebar kain yang sedap apabila di pakai. Bahagian cangkuk pula mempunyai 4 cangkuk yang mana korang boleh adjust ikut keselesaan ketika memakai. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah extension yang diberi.Ya, akan dapat cangkuk percuma tau untuk melebarkan lagi band size korang.


Tali yang sangat support dan tak mudah lari.


Kalau korang nak tau Lafee Nursing Bra ni didatangkn sekali dengan lace panties yang sangat cantik dan simple sahaja design dia. Memang selesa pakai panties ni, sebab kain pun daripada cotton. Boleh tengok design dia, yang berbentuk V, sebab panties ni direka juga untuk ibu mengandung bagi memberi keselesaan di bahagian bawah perut ketika dipakai. Kainnya pun sangat elastik dan boleh diregang.


Nad memang selesa pakai Lafee Nursing bra ni tak kira siang atau malam. Setiap kali nak menyusu anak memang takde masalah dan happy je..hehee..Korang yang ibu mengandung dan menyusukan anak dapatkan la Lafee Nursing Bra ni..nah code nad bagi " LNBNJ "..dapat diskaun guna code nad ni setiap pembelian di online Shapee. Klik link https://www.theshapee.com/shop/lafee-nursing-bra/


SAMBUT HARIJADI MEREKA BULAN 2

in , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum

Cousin, sama baya sama usia, lahir bulan yang sama bulan 2 dan tahun yang sama. Farhanah 5/2, Shauki seminggu lepas farhanah, asyraf akhir bulan 2

Sambut Harijadi Mereka Bulan 2 - Haritu awal bulan kitaorang sekeluarga rancang sambut birthday anak-anak bulan 2. Sebenarnya nak sambut birthday budak tiga orang tu je, Farhanah, Shauki dan Asyraf. Diaorang ni lahir bulan yang sama dan tahun yang sama. Jadi, mereka ni sebaya semua..hehee. Tapi rupanya ada dua lagi orang yang lahir bulan dua, jadi satukan jela. Malam tu masing-masing decide nak buat apa.

Makanan yang disediakan

Kek harijadi..satu beli..satu kak ipar buat

Macam nad, bawak sate, kakak buat spageti, adik beli kek, yang lain ada buat ayam dan kongsi duit je. Hah, macam tu la bila keluarga besar. Masing-masing kena ada kelaurkan duit ye, berkongsi membeli makanan..hahahaa. Ayah dengan mak tinggal makan je, bior anak-anak yang uruskan.

Bila dah ramai-ramai berkumpul, memang riuhla rumah tu. Huru hara jadinya. Dengan perangai anak buah yang tak menyabar masing-masing..hahhaa. Sebelum bermula, abang sebagai anak sulung , baca doa selamat.

nak ambil gmbar bertiga budak tu tak boleh, masing-masing dh tak keruan tengok kek

 Masa untuk tiup lilin, potong kek. Mula Farhanah senyap je, kemudian dia nangis sebab takde nad..Pulak tu bising dengan suara anak buah,jadi dia macam takut sikit. Jenis budak nak kepit denagn mak sahaja, macam ni la..hahaha..

Abang pasang lilin yang macam bunga api tu, tapi cepat betul mati..hahhaa..baru nak gebang, sekali mati cepat..Jadinya pakai la lilin kecik tu juga..Farhanah tak sudah menangis..halah, halah anak..baru nak ambil gamabr senyum, sekali dapat gambar nangis..hehee..

Selesai tu, masing-masing pun dah lapar. Jadi waktu makan..Semua yang ada mencukupi. Malam tu semua kenyang..Alhamdulillah. Memang meriah bila buat ramai-ramai macam ni walaupun kelam kabut..hehehe..

SEORANG WANITA BUKAN BIASA-BIASA

in , by Nadia Johari, 15:04:00
hai assalammualaikum


Seorang Wanita Bukan Biasa-Biasa - Ya, Hari Wanita dah lama lepas, tapi aku tetap nak cerita juga berkenaan wanita ni...hehehe. Sebab sekarang ni pun aku dalam fasa wanita. Aku dapat rasai semuanya, dari perit, sakit, pahit dan manis. Wanita sekarang bukan seperti dahulu,  wanita sekarang bukan biasa-biasa. Wanita kuat dari semua fizikal.

Kalau kita tengok, wanita ni banyak kerjanya. Semuanya berubah apabila ia berkahwin. Tanggungjawab tu lebih berbanding sebelum kahwin. Apabila kahwin, semua kerja di lakukan. Dari pagi sampai ke malam. Seterusnya apabila disahkan mengandung. Memang seronok bila dapat tau mengandung ye, tapi sebenarnya, ada juga penat dan sakitnya. Bawak anak dalam perut memang pengalaman yang manis tapi ada sakitnya..huhu..sakit belakang, sakit bawah, bengkak kaki, muntah, loya semuala. Dalam masa mengandung, boleh lagi dia buat kerja semua. Nampak tak wanita ni bukan biasa-biasa. Lainla kalau dia orang ada orang gaji, suami ambil berat, tu memang bertuahla..

Lepas tu pulak, waktu bersalin, sakitnya hanya Allah yang tau. Macam nak tercabut nyawa. Nafas tercungap-cungap menahan sakit. Nak meneran lagi. Semua ni untuk mu wahai lelaki bagi melahirkan zuriat yang kamu nak. Masa sakit mampu lagi buat kerja sedikit bagi taknak menyusahkan sesiapa. Ni la wanita sebenar, mereka bukan baisa-biasa ye. Dalam berpantang, masih lagi boleh bergerak, jaga anak.

Wanita sekarang bila dia nak buat, dia akan buat juga. Takde yang mampu menghalang mereka. Kerja mereka non stop. Memang bukan mudah jadi seorang wanita. dalam otak dia selalu sahaja berjalan. Macam tak pernah berehat. Bila dah masuk fasa wanita ni, memang kita jadi lebih matang. Jadi aku terfikir, macam mana la mereka yang " Tettt" tu boleh terfikir nak jadi wanita, mungkin dia tak merasa apa yang kita rasa..huhu..

Oh para lelaki, jangan terasa, kaun lelaki pun banyak tanggungjawab mereka. Tu nanti tunggu Hari Lelaki pulak la..eh ade ke..ehehee
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2