hai assalammualaikum

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort - Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluarga ialah Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Korang pun bawalah keluarga, teman, untuk iftar bersama di Bangi Golf resort sebab harganya yang sangat murah dan mempunyai pelbagai buffet dengan lebih 200 jenis makanan yang dihidangkan dari makanan tradisional Melayu sehingga ke hidangan Barat.



Kelainan sedikit kali ini ialah, berkonsepkan " Kebun Dalam bandar " kebanyakan ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang merupakan sayuran yang ditanam sendiri oleh pihak Bangi Golf Resort. Bagus kan, bila ulaman segar dipetik terus dari pokok. Bagi menambah keterujaan, tahun ini bahagian ualman dan kerabu, pengunjung diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut, terus dari pokoknya.





Ni la Nasi Kerabu yang dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis,keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman organik beserta budu dengan hirisan limau nipis dan cili yang datang dari kebun Bangi Golf Resort. Malah bunga Telang yang menjadikan nasi berwarna biru itu juga datang dari kebun Bangi Golf Resort. Baru tau nasi ni biru disebabkan dari Bunag Telang ingat dari pewarna..hehee.. Memang beratur panjang masa nak ambil nasi kerabu ni..hehee. Memang sedap..Nad pulak lama dah tak makan nasi kerabu. Bila ada depan mata, memang pertama makan Nasi Kerabu dulu.

 


Setiap kali Bulan Ramadhan, Kambing Bakar merupakan menu yang mesti ada di Bangi Golf Resort. Aroma daging Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api memang menusuk kalbu tau, mr mafia laju beratur dekat Kambing Bakar ni sebab takut habis..hehee.


Ya laku keras kambing bakar ni..hehee..





Sup kambing mamak yang boleh dimakan bersama roti atau nasi. Makan macam tu je pun sedap.Hirup kuah dia. Daging pun lembut je.




Di situ juga ada satay ayam dan daging, Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak depan mata kita. Dapat panas-panas memang sedap ye.


Ada juga Nasi Ayam di Bangi Golf Resort. Tengok ayamnya pun dah nampak sedap. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala oriental, sebab tu bila makan ayam dia rasa empuk dan berjus sahaja. Nasi pun dimasak elok je. Semua cukup rasa bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Sos cili tu memang buat kita nak menambah je.






Makanan nasi dan beraneka lauk yang dihidangkan.



Dah makanan Melayu, kita tengok pula makanan barat ye. Menu paling utama yang wajib korang amik mestilah Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak depan mata kita ya. Telur ni memang tak boleh tak makan, mesti kena makan..hehee..



Selain itu, sajian pasta kegemaran, Spaghetti dan Penne bersama sos bolognese ayam dan carbonara. Ni anak-anak paling suka.



Ada juga Ipoh Hor fun. Pertama kali rasa.





Makanan berat dah tunjuk, hah ni pulak makanan ringan, pencuci mulut yang semuanya nampak sedap belaka. Warna warni kalau pergi ke dessert ni. Memang kalau boleh nak ambil semua, taknak miss satu pun..hahaa..Antara dessert yang ada Churros sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, Bandung Lychee Cheesecake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake,Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Pandan Gula Melaka dan banyak lagi.







Selalunya dah buka puasa tu mestila makan kuih dulu, antara kuih yang ada, Kuih Lapis, Talam Koko, Kasui Pandan, Apam, Koci, Seri, Kuih Bakar dan banyak lagi. Dekat sini ada Pulut Kuning Rendang Daging, memang sedap.


Dah makan takut tercekik pulak kang, jangan risau, ada air disediakan..hahaaa..Dah makan sedap-sedap, nak minum air, pilih je air yang disediakan, ada air panas dan sejuk. Ada air Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh.

Kemudahan Untuk Pengunjung
- Surau lebih luas dan selesa disediakan
-Tandasdaripada 5 kubikel ditambah kepada 16 kubikel bagi mengelakkan berbaris panjang
- Parkir lebih 800 lot

Iftar Sesama : Berbuka sambil Membuat Amal kebajikan

Untuk pengetahuan korang, setiap tempahan yang dibuat di Bangi Golf Resort, mereka akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang bulan Ramadhan ni kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ). Sumbangan tu daripada kita juga, jadi bualn puasa ni molekla beramal jariah.

Selain itu, Restoran BGR juga bekerjasama denagn Food Aid Foundation, menyumbangkan mana-mana lebihan makanan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Jadi takdala berlaku pembaziran.

Ada lagi, sepanjang Bulan Ramdhan, Restoran BGR dengan kerjasama portal FBBuzz.com akan mewujudkan kotak sumbangan iftar yang mana pengunjung ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang bernasib baik. Hah, carila baju mana yang dah taknak pakai, tapi masih elok, boleh letak dekat kotak ni.

Bagus apa yang dilakukan Bangi Golf resort ni, memang takda hotel lain yang buat. Jadi kita dapat gembirakan orang lain juga kan.



Haritu, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan lagi syok dapat makan buah durian..hehee..Banyak gila makan waktu tu..fuh..lega rasa sebab dah lama tak makan durian oii..Terima kasih Durian Hill sajikan durian kepada blogger dan media. (http://www.durian-hill.com).


Waktu tu ada juga Photobooth- Feteandfiesta (instagram:@photobombkl) dan Cotton Candy- Nilai cotton Candy (Instagram: @nilaicottoncandy)

Bagi nad, kali ni, memang dia susun elok je, dan luas untuk pengunjung. Beratur nak mengambil makanan tu biasa lah..ehhehe..Setiap tempat ada station masing-masing. Masak live depan mata kita. Mereka memang jaga kebersihan sepenuhnya ya dan buat persiapan untuk keselesaan pengunjung. Memang wajib korang datang berbuak puasa dekat sini.




Harga berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Dewasa : RM 59.00nett
Kanak-kanak: RM 29.00nett

Korang boleh booking awal ya. Kalau nak booking boleh layari
Website: https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Alamat: No 1 Persiaran bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Tempahan dan pertanyaan: 1 700 81 8557
Email: enquiry@bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial

PUTU BAMBU WORLD

in , by Nadia Johari, 20:18:00
hai assalammualaikum


Putu Bambu World - Selalunya makan putu bambu warna putih tu, memang sedapla, lagi kalau inti dia penuh. Lepastu pergi Tesco, namapk lori Putu Bambu World, sebab dah lama tak makan putu bambu, jadi kita cubala Putu Bambu World ni. Sekali makan, eh sedap pulak. Walaupun rupa dia beza, jenis gulung, tapi sedap. Lagi senang makan sebab dia gulung, ada disediakan sudu, takde bersepah nak makan. Bukan nad je suka, Fariza pun suka. Asal pergi Tesco, dia nampak lori Putu Bambu world ni mesti dia suruh beli.



Kalau sebelum ni ada beberapa jenis je Putu Bambu, ni siap ada ada dah cheese, strawberry..haaha. Biasalah trend sekarang makan tambah perisa lain. Ala dia tambah dekat bahagian atas je, dalam masih inti yang sama. Bukannya perisa tu ditambah dalam inti dia..hehee..Fariza pulak suka warna pink, asal suruh beli mesti suruh ambil aran pink, perisa Strawberry ler..hahahaa..Nak tak nak beli jela..

Balik dia makan seorang Putu Bambu World perisa strawberry tu. Nad beli yang biasa je. Haritu mr mafia beli yang ada cheese, alahai pelik pulak rasa cheese dengan putu bambu..hahhaa. Ada juga perisa coklat..


Dapat yang biasa pun dah ok, sedap..Lori Putu Bambu World ni dah banyak dekat mana-mana kan. Rasa kalau perhentian tu mesti ada lori dia..hehee..Putu Bambu ni makan panas-panas, sedap ooo..kalau dah sejuk kureng sikit.
hai assalammualaikum

Plastik Sampah Ada Bauan Sedap, Semut , Lalat Pun Dah Tak Hinggap - Selalunya untuk plastik sampah, beli yang biasa dan murah je, yela nak buang sampah kan, bukan nak buat apa. Plastik tu juga nak dibuangnya nanti. Haritu nampak Sis Lin, dia post pasal plastik sampah yang siap ada bauan sedap. Macam bau lemon, epal semua tu la. Pergh macam best pulak tengoknya. Yela selalunya kalau buang sisa makanan, bau makanan, busuk kan, kalau guna plastik sampah yang ada bau sedap ni, best juga ya. Tapi Sis Lin beli dekat kedai Eco. Kat KL ni takde lagi kedai Eco rasanya, ada pun dekat jauh dengan rumah nad. Takkanla nak perginya.


Lepas tu, semalam pergi ke Tesco, pergi ke bahagian tisu. Tiba-tiba nampak plastik sampah yang ada bauan sedap ni. Tengok harga, mak aih boleh tahan, RM5 lebih. Kalau kedai Eco RM2 lebih je. Mula fikri, nak ke taknak, nak ke taknak..hahaa..lama juga fikir sebab plastik sampah, nanti nak buang juga, harga dahla mahal. Tapi, ada suara-suara suruh ambil..hahaa. Jadinya kita ambil la. Pejamkan mata dengan harga dia, sebab nak tau elok ke tak. Dari luar plastik dah bau sedap. Yang ada plastik sampah bau epal dan lemon. Nad ambil dua-dua tu.


Plastik dia kecik je. Jadi nad buat untuk buang sisa makanan. Memang dekat sinki, ada bekas Ikea untuk buang sisa makanan. Bekas tu pulak dekat dengan tingkap. sebelum ni, pakai plastik biasa, esoknya pasti ada semut, lalat atau cicak sekali datang dekat sisa makanan tu wlaaupun plastik dah ditutup. Naik geram je. Tapi lepas pakai plastik sampah bauan sedap ni ( nad buka yang bau epal, warna hijau )..esoknya tengok takda semut atau lalat atau cicak pun. Wah berguna juga plastik sampah ni.

Lagi, takda bau busuk dari sisa makanan tu. Bau epal adalah..hahahaa..Best sangat, kira bagus beli plastik ni walaupun harga dia mahal dan plastik akan dibuang. Takpela, yang penting, binatang tak datang. Tadi tag Sis Lin , sekali dia cakap ada bau kopi. Tapi tu dekat Eco la. Tesco takde lagi..huhuu..Bila la dapat pergi ke Eco agaknya ye..hahaha..Nak borong plastik sampah bauan sedap ni.

Korang cubala guna plastik ni. Segar juga bau epal dan lemon ni.

NASI GORENG BERLADA KUNYIT CIPTAAN MR MAFIA

in , by Nadia Johari, 23:53:00
hai assalammualaikum..

Nasi Goreng Berlada Kunyit Ciptaan Mr Mafia - Malam semalam, mood malas memasak. Dah penat nak fikir menu apa nak masak. Bagitau mr mafia,  " abang tolong masak boleh. ."..hahaha. .Lepastu dia turun dari bilik dia, cakap,  " sayang masak nasi,  abang buat nasi goreng"..dalam hati " horeyyy"..Memang teramatla suka.. Hahahha..

Memang susah ya nak suruh laki kita masak.  Orang laki ni pandai masak,  tapi kadang sifat malas diaorang tu ye. Selalunya kalau nad cakap mals masak,  mr mafia beli je. Boleh dikira,  dia masak berapa kali je....mungkin malam ni dia malas nak keluar.. Jadi nak taknak,  masak jela. Masak simple pun ok,  isteri dia tak memilih pun. .Kihkihkih..

Dia masuk dapur,  takda pulak bunyi pung pang pung pang. .Nad dekat bilik atas,  tengah mengemas. Tengok-tengok dia panggil cakap " sayang jom makan sekarang"..kita pun turunla makan. .

Nasi goreng berlada kunyit

Tengok nasi gorengnya merah. Tanyala dia,  nasi goreng apa ni.  Dia cakap " nasi goreng berlada kunyit "..terus kita buat muka berkerut. .Hahaaha.. Pelik,  nasi goreng letak kunyit. Rasa dia bolehla. .

Kita ingat warna merah dia blend cili besar, rupanya dia pakai cili giling. Tanyala lagi macam mana buat? Apa bahan dia? Ni nak bagitau ni.

Bahan-bahannya
- Bawang besar
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Cili giling
- Nasi
- Kunyit
- Garam
- Cili besar

Cara membuatnya
- Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis bersama dengan ikan bilis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili giling, masak sehingga sekata.
- Dah agak kering sikit,  masukkan nasi dan gaul sama rata.
- Bubuh garam sedikit.
- Masukkan cili besar merah.
- Last sekali masukkan kunyit sedikit. Gaul nasi dengan rata.

Nasi goreng ni memang simple,  nak lagi sedap letak sayur, bebsbol ke, apa-apa la. Laki kita tak letak sebab dia cakap cari sayur tak jumpa. Kita pun cakapla,  kenapa tak panggil, cakap bagitau. Dia kata sayang kat atas,  malas nak panggil. .Lol!!! !

yang ni makan nasi goreng dengan sayur..hehee

Asyik mintak je, peluh kat dahi tu..hahahaa

Malam tu, anak-anak berselera makan. Menambah makan. Lagi si kecik,  nak, nak je.. Nak kata ledas,  pedas sikit je,  tapi bolehla rasa pedas dia. Sampai berpeluh. .Hehehe. .Sebb kipas tak sampai ke tempat meja. Sedap sangat la tu daddy masak. .

Lepas ni entah bila dapat merasa masakan daddy lagi ye. .Ahhahha. .
hai assalammualaikum

Krup Krap Krup Krap Makan Jeruk Mangga Asam Boi Ni - Haritu nad nampak kawan nad post gamabr mangga muda dengan colek dia. Alahai meleleh kita tengok tau. Lepas tu, instagram ni macam baca je fikiran kita..hahaha. Nampakla orang jual jeruk mangga asam boi ni. Nad tengok mangga dia hijau, muda,..memang yang ni nad cari selama ni. Kalau tak, susah betul nak jumpa mangga muda  macam ni. Selalunya nad nampak yang dah masak sedikit. Nad tak suka macam tu. Bila nampak jeruk mangga asam boi ni, terus nad whatssap cakap nak beli.

Jeruk mangga asam boi

Nad ambil jambu satu dengan mangga satu. Jambu nak bagi dekat anak, tapi nad pun suka jambu juga..ehhee. memang tak cukup sebotol, mestilah beli lebih sebotol. Jadi dia cakap kalau nak jambu ada hari minggu je. Nad kata ok, takpe, hari minggu pun ok. Masih boleh sabar ya nak dapatkan jeruk mangga asam boi ni..hahaa..Dan harini dah dapat dah jeruk mangga asam boi tu. Dah dapat dalam kereta juag kita rasa ya.

Asam diasingkan, mangga segar..terbaikk

Selalunya, kalau kita beli jeruk mangga asam boi dalam botol ni, dia dah siap-siap letak asam dia. Tapi yang ni tak, dia asingkan asam, cuma letak cili dan limau je dalam tu. Bagus macam ni, sebab kesegaran mangga tu masih ada. Bagus diaornag buat macam ni. Jadi kita boleh tuang seberapa banyak asam nak dibubuh dalam tu. Nad tuang semua je. Dah tuang goncang-goncang bagi sama rata.

senyum masing-masing bial dapat

memang tak sabar nak amkan. dalam kereta dah makan

Sedapnya oiii..Dia punya mangga masih segar. Gigit je dah rangup. Bunyi Krup krap krup krap kau..hahahhaa. Suka sebab mangga dia, mangga yang masih hijau bukan kekuningan. Bila dapat tu, arghh, why beli sebotol je mangga ni. Patut dua botol..hahaa. Sebab sebotol lagi jambu..

Adik pun layan makan mangga

Tengok, anak kita pun layan makan mangga ni..hahaa..Ikut mommy dia apa je nak makan. Mak tak larang pun, mommy belasah je bagi anak makan. Selagi mereka takde allergic atau takde apa yang memudaratkan, ok je.

Lepas ni boleh order lagi..memang puas hati makan ni..Korang kalau nak juga boleh ke instagram diaorang @jeruk_mangga_asam_boi .


HAPPY ANNIVERSARY YANG KE LIMA

in , by Nadia Johari, 01:31:00
hai assalammualaikum

Happy Anniversary Yang ke Lima - Alhamdulillah, dah 5 tahun hidup bersama dan harap hubungan ni sampai bila-bila hendaknya. Walaupun kehidupan ada yang manis, ada yang pahit, lumrah ye. Yang dah kawin tau la ..hahaa. Mana yang berangan macam dalam drama, almost sweet tu memang takdela..hahahaa. Lepas kawin la macam-macam kau nampak pasangan hidup kau ni macam mana..kohkohkoh!!..Adik-adik mana yang nak kawin tu sila persiapkan mental dan fizikal ya..eh bukan takutkan suruh kawin. Kawin tu memang best sebab dah halal..hehe..Kawin bila betul-betul bersedia. Kena kuat walau dugaan yang mendatang. Cewahh..poyo betul nad berbicara ya..hahaa..Kawin je bila dah bersedia ye..


Dah 5 tahun, apa yang nak dikongsi dekat blog ye..hahhaa. Pasal cerita mana jumpa dah cerita dah. Korang carila sendiri ya dalam blog ni..hehehe. Okla kita cerita perubahan ketara kami ye..hahaa..Ada perubahan ke, macam sama je..Masing-masing masih kurus ya, cuma perut je membuncit..hahaha..Bertambah la ahli keluarga kami dari berdua sekarang berempat. Setakat ni baru dua orang anak perempuan yang ada. Syukur, Allah dah bagi kami zuriat. Yang tak percaya mr mafia la, sebab dia dapat juga merasa jadi daddy. Doa semoga dia dapat tengok anak-anak membesar sampai la diaorang kawin..huhuhu..


Setakat ni memang dua orang dulu la. Nak tambah lain, kemudian la, sebab sekarang kewangan masih belum stabil..Kejap lagi si kakak nak sekolah, jadi guna duit lagi..heehe. Tunggu masing-masing pandai uruskan diri, baru boleh menambah keluarga ya. Letih mommy nak jaga kang kecik-kecik..Mommy pun kene bagi badan berehat, supaya nanti dapat terus dua kembar..eh..hahaha..

Ya, setiap pasangan memang tak perfect, tapi masing-masing cuba cari kelemahan masing-masing dan cuba perbaiki. Walaupun kadang-kadang mr mafia ni selalu buat aku marah je, tapi dia banyak bantu aku dalam dalam blog. Theme blog ni pun dia yang buatkan. Kadang tolong ambilkan gambar. Dan baru-baru ni dia bagi aku apps video untuk aku buat kerja edit video. Apps video tu berbayar. Ada la lagi perkara dia buat bantu aku dalam kerja blog.


Masing-masing cuba support antara satu sama lain. Macam and pun ada kelemahan sendiri. Apa nad boleh bantu, nad cuba bantu. Alam perkahwinan ni buat kita fikir macam mana kita nak jadi suami dan isteri yang bertanggungjawab. Memang banyak benda kau kene fikir ya. Okla, tak tau nak cakap apa lagi..hahahha..Terima kasih doakan kami di facebook dan instagram, twitter sekali..semoga korang pun hidup bahagia.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2