hai assalammualaikum

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort - Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluarga ialah Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Korang pun bawalah keluarga, teman, untuk iftar bersama di Bangi Golf resort sebab harganya yang sangat murah dan mempunyai pelbagai buffet dengan lebih 200 jenis makanan yang dihidangkan dari makanan tradisional Melayu sehingga ke hidangan Barat.



Kelainan sedikit kali ini ialah, berkonsepkan " Kebun Dalam bandar " kebanyakan ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang merupakan sayuran yang ditanam sendiri oleh pihak Bangi Golf Resort. Bagus kan, bila ulaman segar dipetik terus dari pokok. Bagi menambah keterujaan, tahun ini bahagian ualman dan kerabu, pengunjung diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut, terus dari pokoknya.





Ni la Nasi Kerabu yang dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis,keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman organik beserta budu dengan hirisan limau nipis dan cili yang datang dari kebun Bangi Golf Resort. Malah bunga Telang yang menjadikan nasi berwarna biru itu juga datang dari kebun Bangi Golf Resort. Baru tau nasi ni biru disebabkan dari Bunag Telang ingat dari pewarna..hehee.. Memang beratur panjang masa nak ambil nasi kerabu ni..hehee. Memang sedap..Nad pulak lama dah tak makan nasi kerabu. Bila ada depan mata, memang pertama makan Nasi Kerabu dulu.

 


Setiap kali Bulan Ramadhan, Kambing Bakar merupakan menu yang mesti ada di Bangi Golf Resort. Aroma daging Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api memang menusuk kalbu tau, mr mafia laju beratur dekat Kambing Bakar ni sebab takut habis..hehee.


Ya laku keras kambing bakar ni..hehee..





Sup kambing mamak yang boleh dimakan bersama roti atau nasi. Makan macam tu je pun sedap.Hirup kuah dia. Daging pun lembut je.




Di situ juga ada satay ayam dan daging, Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak depan mata kita. Dapat panas-panas memang sedap ye.


Ada juga Nasi Ayam di Bangi Golf Resort. Tengok ayamnya pun dah nampak sedap. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala oriental, sebab tu bila makan ayam dia rasa empuk dan berjus sahaja. Nasi pun dimasak elok je. Semua cukup rasa bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Sos cili tu memang buat kita nak menambah je.






Makanan nasi dan beraneka lauk yang dihidangkan.



Dah makanan Melayu, kita tengok pula makanan barat ye. Menu paling utama yang wajib korang amik mestilah Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak depan mata kita ya. Telur ni memang tak boleh tak makan, mesti kena makan..hehee..



Selain itu, sajian pasta kegemaran, Spaghetti dan Penne bersama sos bolognese ayam dan carbonara. Ni anak-anak paling suka.



Ada juga Ipoh Hor fun. Pertama kali rasa.





Makanan berat dah tunjuk, hah ni pulak makanan ringan, pencuci mulut yang semuanya nampak sedap belaka. Warna warni kalau pergi ke dessert ni. Memang kalau boleh nak ambil semua, taknak miss satu pun..hahaa..Antara dessert yang ada Churros sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, Bandung Lychee Cheesecake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake,Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Pandan Gula Melaka dan banyak lagi.







Selalunya dah buka puasa tu mestila makan kuih dulu, antara kuih yang ada, Kuih Lapis, Talam Koko, Kasui Pandan, Apam, Koci, Seri, Kuih Bakar dan banyak lagi. Dekat sini ada Pulut Kuning Rendang Daging, memang sedap.


Dah makan takut tercekik pulak kang, jangan risau, ada air disediakan..hahaaa..Dah makan sedap-sedap, nak minum air, pilih je air yang disediakan, ada air panas dan sejuk. Ada air Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh.

Kemudahan Untuk Pengunjung
- Surau lebih luas dan selesa disediakan
-Tandasdaripada 5 kubikel ditambah kepada 16 kubikel bagi mengelakkan berbaris panjang
- Parkir lebih 800 lot

Iftar Sesama : Berbuka sambil Membuat Amal kebajikan

Untuk pengetahuan korang, setiap tempahan yang dibuat di Bangi Golf Resort, mereka akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang bulan Ramadhan ni kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ). Sumbangan tu daripada kita juga, jadi bualn puasa ni molekla beramal jariah.

Selain itu, Restoran BGR juga bekerjasama denagn Food Aid Foundation, menyumbangkan mana-mana lebihan makanan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Jadi takdala berlaku pembaziran.

Ada lagi, sepanjang Bulan Ramdhan, Restoran BGR dengan kerjasama portal FBBuzz.com akan mewujudkan kotak sumbangan iftar yang mana pengunjung ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang bernasib baik. Hah, carila baju mana yang dah taknak pakai, tapi masih elok, boleh letak dekat kotak ni.

Bagus apa yang dilakukan Bangi Golf resort ni, memang takda hotel lain yang buat. Jadi kita dapat gembirakan orang lain juga kan.



Haritu, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan lagi syok dapat makan buah durian..hehee..Banyak gila makan waktu tu..fuh..lega rasa sebab dah lama tak makan durian oii..Terima kasih Durian Hill sajikan durian kepada blogger dan media. (http://www.durian-hill.com).


Waktu tu ada juga Photobooth- Feteandfiesta (instagram:@photobombkl) dan Cotton Candy- Nilai cotton Candy (Instagram: @nilaicottoncandy)

Bagi nad, kali ni, memang dia susun elok je, dan luas untuk pengunjung. Beratur nak mengambil makanan tu biasa lah..ehhehe..Setiap tempat ada station masing-masing. Masak live depan mata kita. Mereka memang jaga kebersihan sepenuhnya ya dan buat persiapan untuk keselesaan pengunjung. Memang wajib korang datang berbuak puasa dekat sini.




Harga berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Dewasa : RM 59.00nett
Kanak-kanak: RM 29.00nett

Korang boleh booking awal ya. Kalau nak booking boleh layari
Website: https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Alamat: No 1 Persiaran bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Tempahan dan pertanyaan: 1 700 81 8557
Email: enquiry@bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial

PUTU BAMBU WORLD

in , by Nadia Johari, 20:18:00
hai assalammualaikum


Putu Bambu World - Selalunya makan putu bambu warna putih tu, memang sedapla, lagi kalau inti dia penuh. Lepastu pergi Tesco, namapk lori Putu Bambu World, sebab dah lama tak makan putu bambu, jadi kita cubala Putu Bambu World ni. Sekali makan, eh sedap pulak. Walaupun rupa dia beza, jenis gulung, tapi sedap. Lagi senang makan sebab dia gulung, ada disediakan sudu, takde bersepah nak makan. Bukan nad je suka, Fariza pun suka. Asal pergi Tesco, dia nampak lori Putu Bambu world ni mesti dia suruh beli.



Kalau sebelum ni ada beberapa jenis je Putu Bambu, ni siap ada ada dah cheese, strawberry..haaha. Biasalah trend sekarang makan tambah perisa lain. Ala dia tambah dekat bahagian atas je, dalam masih inti yang sama. Bukannya perisa tu ditambah dalam inti dia..hehee..Fariza pulak suka warna pink, asal suruh beli mesti suruh ambil aran pink, perisa Strawberry ler..hahahaa..Nak tak nak beli jela..

Balik dia makan seorang Putu Bambu World perisa strawberry tu. Nad beli yang biasa je. Haritu mr mafia beli yang ada cheese, alahai pelik pulak rasa cheese dengan putu bambu..hahhaa. Ada juga perisa coklat..


Dapat yang biasa pun dah ok, sedap..Lori Putu Bambu World ni dah banyak dekat mana-mana kan. Rasa kalau perhentian tu mesti ada lori dia..hehee..Putu Bambu ni makan panas-panas, sedap ooo..kalau dah sejuk kureng sikit.
hai assalammualaikum

Plastik Sampah Ada Bauan Sedap, Semut , Lalat Pun Dah Tak Hinggap - Selalunya untuk plastik sampah, beli yang biasa dan murah je, yela nak buang sampah kan, bukan nak buat apa. Plastik tu juga nak dibuangnya nanti. Haritu nampak Sis Lin, dia post pasal plastik sampah yang siap ada bauan sedap. Macam bau lemon, epal semua tu la. Pergh macam best pulak tengoknya. Yela selalunya kalau buang sisa makanan, bau makanan, busuk kan, kalau guna plastik sampah yang ada bau sedap ni, best juga ya. Tapi Sis Lin beli dekat kedai Eco. Kat KL ni takde lagi kedai Eco rasanya, ada pun dekat jauh dengan rumah nad. Takkanla nak perginya.


Lepas tu, semalam pergi ke Tesco, pergi ke bahagian tisu. Tiba-tiba nampak plastik sampah yang ada bauan sedap ni. Tengok harga, mak aih boleh tahan, RM5 lebih. Kalau kedai Eco RM2 lebih je. Mula fikri, nak ke taknak, nak ke taknak..hahaa..lama juga fikir sebab plastik sampah, nanti nak buang juga, harga dahla mahal. Tapi, ada suara-suara suruh ambil..hahaa. Jadinya kita ambil la. Pejamkan mata dengan harga dia, sebab nak tau elok ke tak. Dari luar plastik dah bau sedap. Yang ada plastik sampah bau epal dan lemon. Nad ambil dua-dua tu.


Plastik dia kecik je. Jadi nad buat untuk buang sisa makanan. Memang dekat sinki, ada bekas Ikea untuk buang sisa makanan. Bekas tu pulak dekat dengan tingkap. sebelum ni, pakai plastik biasa, esoknya pasti ada semut, lalat atau cicak sekali datang dekat sisa makanan tu wlaaupun plastik dah ditutup. Naik geram je. Tapi lepas pakai plastik sampah bauan sedap ni ( nad buka yang bau epal, warna hijau )..esoknya tengok takda semut atau lalat atau cicak pun. Wah berguna juga plastik sampah ni.

Lagi, takda bau busuk dari sisa makanan tu. Bau epal adalah..hahahaa..Best sangat, kira bagus beli plastik ni walaupun harga dia mahal dan plastik akan dibuang. Takpela, yang penting, binatang tak datang. Tadi tag Sis Lin , sekali dia cakap ada bau kopi. Tapi tu dekat Eco la. Tesco takde lagi..huhuu..Bila la dapat pergi ke Eco agaknya ye..hahaha..Nak borong plastik sampah bauan sedap ni.

Korang cubala guna plastik ni. Segar juga bau epal dan lemon ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2