hai assalammualaikum

Menu Berbuka Puasa Ramadan ke Empat, Kelima dan Keenam - Hehehe, saja je letak dalam blog, kot la ramadan nanti boleh tengok blog ni semula bila dah mati kutu tak tau nak masak apa. Menu nad biasa-biasa je, takda la susah mana nak buat. Tapi Ramadan kelima, dah membeli, tu pun satu lauk je, sebab barang basah dah nak habis..hahaa..Ramadan keenam balik kampung berbuka dengan keluarga. Tapi nak tunjuk juga menu berbuka tu..hehee

Ramadan Ke Empat


Ok ni menu berbuka ke empat. Ni namanya nak sennag dan cepat ye. Masuk seklai sayur dalam satu lauk..hahaha. Nad masak ikan bawak campur sayuran masak paprik. sayur campur memnag banyak, sebab anak-anak un suka makan sayur campur ni..

Ramadan kelima


Ramadan kelima, menu berbuka sup daging. Ni suami beli, petang tu dah start masak, tapi suami dah beli, kita tak jadi masak..Kita masak sayur jela..tapi lupa nak ambil gambar

Ramadan Keenam





Hari Keenam pulak, ajak suami berbuka puasa dengan keluarga dekat Meru Klang. Ni pertama kali nad pergi Pasar Ramadan sebab mak teringin nak makan satay, So beli satay la. Lepas tu kita ada beli karipap dengan kawan blogger. Gorengla karipap tu, inti dia sardin, penuh dan padat ye. Rangup kulit dia. Korang nak rasa karipap frozen ni boleh roger Khairul Anuar. Buka haritu mak kita masak ayam sambal dengan sayur campur..hehee..
hai assalammualaikum

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Dan Kedua - Dah masuk ramadan ke 11, ni baru nak cerita menu berbuka dari ramadan pertama sampai ke harini..hahaha. Almaklumla, ramadan ni, macam lemah sikit je nak buat kerja..Bila dah nak menaip ni, hah, kejap lagi banyakla entry menu berbuka nak dibuatnya..Dari hari pertama sampai ke harini, belum pergi Pasar Ramadan lagi. Selagi ada barang dapur basah dekat rumah, selagi tu masak.

Biasalah, bila masuk bulan Ramadan, menu berbuka puasa la paling rumit nak fikir. Dah petang tu baru ada dapat ide. Untuk Ramadan pertama, nad masak ayam sambal dengan sayur. Masa ni tak ambil gambar sebab terlupa..ramadan kedua baru ambil gamabr..sebab tu tajuk sampai ramadan ketiga..haha..

Ramadan kedua




Untuk Ramadan kedua, nad buat ikan kerisi masak sambal, sotong goreng kunyit dan sayur kobis campur denagn lobak dan cendawan masak lemak. Lemak memang elok dimakan kalau ada sambal..aumm..

Ramadan Ketiga



Ramadan Ketiga pulak, nad masak ayam masak lemak denagan petai, telur goreng, sayur dan ayam goreng. Haritu memnag teringin makan ayam masak lemak dengan petai. Ayam goreng tu, untuk anak-anak.

Hah, nest, kita tunjuk pulak menu untuk ramadan keempat, kelima dan keenam.

AJAR FARIZA TAK PAKAI PAMPERS

in , , by Nadia Johari, 16:58:00
hai assalammualaikum

Ajar Fariza Tak Pakai Pampers - Semalam Hari Ibu kan, ok nad nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada diri ini dan ibu-ibu di luar sana. Bukan mudah jadi ibu ya. Masa belum kawin, tengok orang jadi ibu ni macam syok je, tapi hakikatnya, banyak dugaan..hahaha..Tapi sebenarnya tak susah pun, dan akan jadi lebih gembira bila kita buat benda bersama dengan anak. semua ni buat kita jadi matang. Pastikan nak jadi ibu tu kene siap sedia mental dan fizikal, sebba korang kene lalui, pengalaman mengandung, bersalin dan menjaga anak. Not exactly, macam kita main pondok-pondok ya..hahaa..


Semalam juga, nad ajar Fariza untuk tak pakai pampers.Wooo, ni bahagian rumit bagi seroang ibu ye..hahaa. Ada sesetengah orang ajar anak awal, nak senang. Ada budak senang nak diajar,ada masih belum mengerti. Mana yang senang tu, beruntung sangat. Ajar ni sebab nak kurangkan pembelanjaan dekat pampers..hehe. Lagi satu sebab dia dah besar, tahun depan nak sekolah dah, jadi ajar dulu sebelum masuk sekolah.

Bagi nad, 4 tahun dah boleh la kot untuk Fariza belajar tak pakai pampers. sebab dia dah mula faham sikit apa yang kita cuba sampaikan. Awal-awal sebelum ni pernah juga nak ajar, tapi soalan dia dasyat sangat..hahaha..


Mommy: fariza, takyah pakai pampers ye, nanti nak kencing bagtau ye.
Fariza: Mana mommy??
Mommy: Nanti nak kencing bgtau, kencing kat bilik mandi
Fariza: Mana mommy..
Mommy: kencing kat bawah ni.. Nanti bgtau tau kita p bilik mandi.
Fariza: taknak fariza dah mandii..

Mana mommy tu sebenarnya dia nak tau dekat mana kencing tu..hahaha..Nad siap tunjuk dekat bahagian mana kencing tu keluar..hahahhaa..jenuh haishh..

Tapi semalam buat, dia ok je.

Mula-mula pagi sampai ke petang ok je. Setiap minit cakap " fariza nak kencing tak".."Fariza nak kencing cakap tau"..dia pun jawab " taknak kencing".."ok mommy"..macam tu la..kita ni dah takut ni..hahaha..


Tiba-tiba..petang waktu nak berbuka, terbabas juga dia..kencing juga..hahaa..Takpela..biasalah kan..dengar pengalaman anak orang lain, terbabas juga naak-anak diaorang terkencing..lama-lama pandai la..

Ni ajar lagi..

Jangan putus asa..nak didik anak ni bukan senang..

Nampaknya kene cari lapik yang sesuai untuk budak tengah belajar tak pakai pampers ni..hahahaa..takleh bubuh karpet lagi uii...
hai assalammualaikum

Nak Ubah Hidup 2019 - Setiap tahun mesti kita akan berazam, nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Nak ubah hidup, nak capai lebih banyak kejayaan, kegembiraan dari kesedihan. Kalau boleh, taknak lagi ada masalah kewangan, taknak tertekan dengan pelbagai masalah. Semua orang boleh berjaya, semua orang boleh berubah, yain pada diri sendiri yang kita boleh buat.


Mungkin ada sesetengah memerlukan motivasi dari orang tertentu. Mungkin anda tertanya-tanya
- Bagaimana anda boleh ubah hidup anda menjadi jauh lebih baik dengan perniagaan anda yang berjaya?
- Bagaimana anda boleh kuasai potensi diri anda dan jadikannya kekuatan untuk anda capai lebih banyak kejayaan?
- Bagaimana anda boleh capai impian yang anda impikan dalam hidup?

Dan banyak lagi persoalan dalam diri kan..Kalau nak tau jawapannya, korang boleh datang  ke program KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.


Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Berniaga ni bukan sekadar ada barang, kemudian jual ilmu perniagaan yang betul, takda ilmu sebab tu la bisnes susah nak berkembang. Berniaga kena tau cara promote, tau cara berinteraksi dengan orang..semua tu cabaran berniaga. Semua ini boleh mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan  sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.



Tapi, lepas join beberapa program RichWorks, ramai yang mula berubah, menikmati hidup yang lebih baik. Kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Dr Azizan Osman Sebagai Master Coach RichWorks

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.


Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd.


Kini, Dr Azizan merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Program Nak Ubah Hidup

Sasaran Program Nak Ubah Hidup pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.


“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.


“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.



Apa tunggu lagi, korang rasa nak berjaya dalam hidup. Nak ubah hidup korang dari zero ke yang lebih berjaya, datang ke Program Nak Ubah Hidup 2019 ni. Cepat join, sebab nad pernah tengok mereka yang hadir ke program ni memang bersemangat tau. Korang boleh klik www.nakubahhidup.com ni  untuk daftar..Segera takut penuh je..

Untuk maklumat lanjut, layari:
Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com
Email: inquiries@richworks.com.my
Facebook :https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/
Twitter : https://twitter.com/azizanofficial
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw
Linked : https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial
RichWorks Hotline : 1300-88-2424
hai assalammualaikum



Sambal Hitam Penyelamat Ketika Lambat Sahur Atau Malas Masak - Baru 4 hari kita ber puasa, dan dah dua hari nad terlajak masa bangun sahur..Sebab tu setiap kali bulan puasa nad akan sediakan makanan yang ekspress, yang mudah di makan dengan nasi. salah satu makanan ekspress ialah sambal hitam ni. Hah!!, kadang kalau laki kerja tak buka puasa sama, makan ni dengan telur pun ok je..



Bila ada sambal hitam ni, kau terlambat bangun sahur ke, malas masak ke atau nak kena ada sambal dalam ketika nak makan, nah, siap..ada dah sambal hitam..hehee..



Tak cukup sambal hitam, nad tambah lagi sambal tempoyak petai dengan sambal daging pekasanm salai kau..hah!!!..Ni pertama kali nad rasa sambal daging. Dua-dua ni pedas ok..Sambal tempoyak petai tu semestinya ada petai dan rasa tempoyak..pergh marbeles ok.. Yang daging ni dalamnya ada daging..hah, not bad juga rasa dia..

Sambal ni boleh dimakan dengan nasi, roti bubur, apa cara laa..Senang..memang penyelamat nad, kalau lambat bangun sahur ni ha..hahaha..Tahan lama jugala..nad masukkan dalam bekas siap-siap..senang nak ambilnya..hehee

Korang nak rasa, boleh je contact Sue Izza,
Facebook: https://www.facebook.com/sue.izza
Instagram: https://www.instagram.com/sueizza/
Contact: 0179397536
hai assalammualaikum

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan - Haritu nad hadiri fashion show di GMBB Mall di Bukit Bintang. Kalau korang yang tengah nak cari baju raya tu, bolehlah datang ke GMBB Mall ni sebab ada banyak koleksi baju raya yang korang boleh pilih. Baju dari orang dewasa hingga kanak-kanak. GMBB Souk Raya 2019 ni akan diadakan sepanjang bulan Mei ni.

Lebih 30 jenama fesyen akan mempamerkan koleksi fesyen Raya terkini di Souk Raya bertempat di GMBB dari 1hb hingga 31hb Mei
Kreativiti menjadi tumpuan di pentas utama GMBB Bukit Bintang sepanjang bulan Ramadan Mei ini bersempena Souk Raya

GMBB, pusat membeli-belah pertama yang menjadi tuan rumah kepada acara Souk Raya 2019, pasar raya yang bertemakan konsep Maghribi pada sepanjang bulan Ramadan. GMBB sebagai penaja lokasi bekerjasama dengan AX Events and Communications sebagai penganjur. Souk Raya dilancarkan dengan pertunjukan fesyen yang menunjukkan lebih daripada 30 gaya menarik dari 9 pereka yang terkenal untuk pakaian wanita dan lelaki serta pakaian kanak-kanak.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear) dan couture dari pereka tempatan seperti Shanell Harun, Raya oleh Calvin Thoo, Koleksi De Bunga Raya oleh Ridzuan Bohari, Chic Cool Chica oleh Tom Signature untuk pakaian wanita manakala Goodman dan Dato Shah Reza untuk gaya lelaki.



Lain-lain jenama pereka Kids by ASLI untuk kanak-kanak, Najla Shoes, aksesori oleh Suzanna dan bunga-bungaan oleh Bunga Lab.

Pertunjukan fesyen Souk Raya ini turut menerima kunjungan dari Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Fazarinawati Datuk Mohd Din. Lebih 300 tetamu undangan diberi kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat setiap satu rekaan unggul yang dipamerkan pereka-pereka di pertunjukan fesyen Souk Raya ini. Peraga fesyen tempatan dan selebriti-selebriti seperti Datuk Tom Abang Saufi dan Iman Zulkarnain turut hadir memeriahkan acara tersebut.



Souk Raya adalah pasar trend dan fesyen urban unik yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. GMBB ialah lokasi yang dipilih secara khusus bagi menyediakan pengunjung dan pembeli untuk merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ini adalah tahun pertama GMBB menganjurkan acara seperti ini bagi membangkitkan cita rasa artisan serta pengalaman peruncitan bebas di mana daya kreativiti menjadi perhatian utama. Dari couture hingga rekaan siap dipakai (ready-to-wear) pada harga yang berpatutan, pembeli turut boleh dapati pelbagai variasi pilihan lain seperti pakaian, kasut, tudung dan aksesori.


Pengarah Urusan AX Event and Communications, Encik. Abdul Azeez Salleh berkata di majlis tersebut, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen tempatan yang berbakat untuk memperkenalkan koleksi Raya 2019 mereka kepada rakyat Malaysia. Melakar inspirasi menerusi elemen dan komponen setiap satu rekaan, setiap koleksi mempamerkan gabungan tekstur, warna dan corak unik yang mewakili maksud yang tersirat. Souk Raya bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti fesyen masing-masing, ia juga turut berkongsi pandangan mengenai reka cipta pereka-pereka fesyen kepada orang ramai, sambil memberi mereka peluang untuk menubuhkan jenama dalam industri perniagaan. Inilah kali pertama Souk Raya diadakan di GMBB. Kami yakin konsep GMBB bersesuaian dengan Souk Raya dan kami berharap agar dapat menjalinkan usaha ini setiap tahun - di mana trend fesyen menjadi satu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada GMBB atas sokongan yang diberikan. "


Souk Raya berpamerkan di tingkat 1 dan 2 di GMBB. Dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan bersempena sambutan Hari Raya, pengunjung dialu-alukan untuk melawat Souk Raya 2019 dari hari ini hingga 31 haribulan setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Souk Raya dan senarai aktiviti terkini di GMBB, sila ikuti kami di Facebook (https://www.facebook.com/gmbbkl/) atau Instagram kami di (https://www.instagram.com/gmbb.kl/).


hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Di BBQ Lamb KL Kemensah - Korang dapat bayangkan tak, berbuka puasa di dalam air pada waktu malam...hehee..korang nak rasa tak? Hah!!, tempat ni nad dah pergi beberapa kali dah, boleh baca makan dalam sungai.  Makan sambil menikmati pemandangan hijau, dalam suasana kampung di BBQ Lamb Kl Kemensah.

Memang awesome sangat, makanan bergrill dan semua sedap. Selama nad makan dekat sini, memang menu bbq dia tak pernah mengecewakan.
hai assalammualaikum


Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana

Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana - Harini nad nak kongsi tempat berbuka puasa di Melaka. Hah!!, orang Melaka, siap sedia, kalau tak tau nak berbuka dekat mana, meh baca entry ni..hehe. Dengan ketibaan bulan Ramadhan harini, yang ingin iftar ramadan atau berbuka puasa bersama keluarga, buffet ramadhan yang terbaik di Melaka yang korang boleh pergi ialah di Villa Istana Melaka.

Nama pun dah gempak kan, Villa Istana, semestinya rupa dia seperti Istana ye dak..hehee..Villa Istana Melaka yang bertaraf 5 bintang ni, terletak di Ayer Keroh Melaka, pernah dijadikan lokasi set penggambaran drama  ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Orang Melaka mesti tau tempat ni kan. Mana yang tengah bercuti di Melaka pun boleh pergi berbuka di sini. Tempat yang selesa, banyak kemudahan , harga semestinya jauh lebih murah.



Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019. Nad pasti, semua juadah yang disediakan  memenuhi citarasa ramai, layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik apabila tetamu menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 ni. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.






Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak
Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.

Kemudahan yang disediakan
- Dewan makan yang selesa dilengkapi penghawa dingin, mampu memuatkan 500 tetamu
- Wifi percuma
- Menyediakan ruang parking kereta yang luas
- Tandas yang selesa
- Bilik solat lengkap dengan sejadah, selipar serta tempat wudhuk


Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan.




Bagi mereka yang bercuti atau mempunyai urusan di Negeri Melaka, Bandar Bersejarah ni, korang boleh menginap di bilik penginapan eksklusif Villa Istana ni. Pergh, tengokla bilik dia, cantik, besar dan luas. 

Harga Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka
Dewasa : RM45.00
Kanak-kanak: RM29.90





Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang
sangat menarik. Boleh tengok gambar di atas.

Kalau nak berbuka Di Villa Istana, digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Boleh booking sekarang untuk berbuka bersama keluarga atau sahabat handai. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2