hai assalammualaikum

Blossoming Raya Di IPC Shopping Centre

Blossoming Raya Di IPC Shopping Centre - Hari minggu haritu, nad ajak suami jalan-jalan pergi IPC Shopping Centre terletak di Mutiara Damansara. Jalan sana nak shopping raya, lagipun dah lama tak pergi Mutiara Damansara ni. Pertama kali jejak ke IPC, saja nak tengok apa yang menarik dekat sini. Pusingla dari satu ke dai ke satu kedai, memang cantik dan selesa tempat dia. Banyak tempat untuk membeli belah dekat sini. Bila dah pusing-pusing tu, ternampak la satu dekorasi cantik dekat Main Concourse Area. Kita ni memang pantang ye nampak tempat cantik. Apa lagi terus pergi..heheee..Dekorasi " Blossoming Raya " di IPC Shopping Centre berkolaborasi dengan Ecoworld sempena musim raya dah nak dekat ni.


Wah!!, tengok la style dekorasi ni, ala-ala kampung gitu. Dah tak sabar nak raya rasanya ni..hehee. Alang-alang nad dengan anak dah siap pakai baju berkebaya, apa lagi bergambar la..hehee..Ada 3 Gazebo ala-ala Mediterranean Garden dekat sini. Siap dengan lampu raya, lampu liplap, lagi dipasang lagu raya..memang makin semangat nak raya ni..hahaa..





Kalau korang memang suka bergambar, datang la sini. Walaupun tempat takda besar mana, tapi kalau nak #OOTD Raya setiap tempat korang boleh ambil gambar tengok la nad ambil gambar banyak-banyak dekat sini..ehhee..

Tempat ni memang sesuai untuk seisi keluarga. Datang sini bukan bergambar sahaja, malah ada banyak aktiviti yang anak-anak pun boleh join tau.

Pelbagai Aktiviti Disediakan Di IPC Blossoming Raya

Masa kitaorang datang, ada pulak workshop buat kad raya..Apa lagi, terus ajak Fariza buat. Fariza memang suka buat benda-benda kreatif macam ni.






Seronok dia dapat buat. Ada contoh kad yang dah siap. Jadi, Fariza tinggal tengok jela, bagi sama. Mommy pun bantu dia buat, macam kena tampal guna gam tu. Yang lain dia buat sendiri..hehee.






Selain tu, ada juga permainan congkak dalam pukul 2 petang sehingga 4 petang. Lama dah tak main congkak ni, jadi dah alang-alang tu main sekali la. Menarik gila! Seronok dapat tunjuk Fariza old-school Malaysian games macam mommy main time kecik kecik. Fariza pun dapat main..

Ada banyak lagi aktiviti dekat sini tau. Semuanya best. Korang boleh tekan link IPC BLOSSOMING SYAWAL


Adik, tengok je kakak buat aktiviti dekat sini. Dia nak buat tak tau lagi..ehehe..Tapi adik enjoy juga, sebab ada kuda dekat sini. Adik paling suka kuda tu, sampai taknak balik..hahaa..Dia pegang kuat kuda tu taknak lepas..hahaha..Kalau boleh nak bawak balik..ahhaa..

Kalau korang datang waktu Ramadan, nak berbuka, boleh je berbuka dekat sini, sebab ada disediakan untuk korang berbuka. Beli makanan dan duduk dekat gazebo yang cantik ni.

Dapatkan Voucher Dan Double Rewards Bila Shopping di IPC



Best IPC Shopping Centre ni, banyak kedai makan, ada macam-macam kedai boleh shopping raya atau just jalan jalan je. Tapi, lagi bagus shopping, sebab bila korang spend RM 200 dalam satu resit korang akan dapat voucher, boleh guna untuk shopping lagi..ehhee.. Lagi bagus kalau shopping hari Selasa dan Rabu, dapat double rewards ok..huhu..Haritu memang nad shopping raya..


By the Way, Blossoming Raya ni bermula 16 May sehingga 16 June 2019 ni. Datang bawak keluarga dan kawan-kawan ke sini. Kalau dengan kawan-kawan lagi syok ni, mesti meriah dengan kekecohan kawan-kawan kan. Sebelum balik raya, boleh bergambar dekat sini. Salam bersalaman, maaf bermaafan sebelum balik raya gitu..hehee..Selepas raya pun boleh lepak sini..


Memang banyak aktiviti dan rewards korang akan dapat bila pergi ke IPC Shopping Center ni. Korang boleh tekan link IPC BLOSSOMING SYAWAL .

hai assalammualaikum


Buka Puasa Di BBQ Chicken Faber Towers Rasa Set Ayam Percik - Bila dapat gantung kaulai, takyah masak ni memang perempuan suka tau..hahaa. Yela, kadang penat masak ni..sesekali makan dekat luar, apa salahnya kan..huhu. Haritu suami ada pergi jumpa kawan dia dekat Faber Towers, kemudian terus pergi cari tempat berbuka. Ternampak satu restoran Korea tapi nama dia dia BBQ Chicken. Tapi tengok tempat kebanyakan makanan Korea. Tapi masa tu nad tak makan makanan korea, nad ambil set Ramadan dia, Set Ayam Percik.





Tempat dia cantik, luas. Deko kedai pun biasa. suka denagn kerusi meja makan dia. Ada satu tempat makan dalam tuktuk gitu..hehee.. Disebakan nad datang awal, jadi nad cop tempat makan dekat tuktuk ni..hehee..



Kalau korang taknak makan dekat dalam, boleh je makan dekat luar.

Tadi nad cakap, nad makan Set Ayam Percik dia kan. Hah, ni la dia, Ayam percik dengan menu side dish yang berbeza. Set ni dihidangkan sekali dengan air Teh Lemon atau 100 Plus.



Ni nad punya. Ayam percik dengan side dish, nad pilih spageti, sayur dan jagung.


Ni suami punya, Ayam Percik dengan side dish dia, nasi, kentang goreng dan onion ring.

Air sebab dua orang salah seorang ambil air satu Teh lemon, satu lagi 100 plus..

Bagi nad, ayam percik dia besar. Kuah percik tu memang sedap dan rasa dia takde lemak sangat. Ayam pulak berjuicy dan lembut. Memang samapi habis nad makan.


Untuk menu Ayam percik ni bulan Ramadan je ada. Nad ada ternamapk ayam mala chicken dia, macam sedap dan pedas je..boleh cuba nanti..


Dekat sini, ada pelbagai menu Korea yang ada.


Korang bolehla datang.
BBQ Chicken Faber Towers.
11, Level G, Tower 1, Faber Towers,, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Hours:
Open ⋅ Closes 10PM
Phone: 03-7972 9282

INSTAGRAM HAMPIR KENE HACK

in , by Nadia Johari, 15:17:00
hai assalammulaikum

Instagram Hampir Kene Hack - Haritu macam biasa nak buka instagram. Tiba-tiba instagram bagtau ada someone cuba buka ig nad. Then kita kene pilih la sama ada " That wasnot me" or " That was Me"..yela kadang kita dekat satu tempat buka instagram kita yang memerlukan log in dan pasword. Tapi instagram tunjuk kawasan tu area Cheras. Huishh..nad dekat Ampang, celah mana pergi Cheras. Hah!!, terus cuak..apa ni..siapa ni nak masuk instagram kita. Terus tekan " That Was Not Me"..lepas tu instagram suruh tukar pasword. Oii, bukan sekali, tapi 3 kali dia cuba tau..ya ampun seramm...Maka 3 kali tukar pasword.

Selama ni tengok orang kena tau, sekali kita hampir kena..Allahu..tolongla, dahla instagram ni tempat nad buat kerja. Bukan senang nak dapat follower, nad usaha sendiri..Sellau tengok orang punya, artis punya kene hack..Sebelum ni ada kawan nad seorang kene hack instagram dia. Sedih sangat tengok tau. Yela, semua gambar dalam tu dia letak sebagai kenangan. Lagi, tu la tempat kerja dia. Nak buat instagram baru memang boleh, tapi tak sama yang dah lama kita buat.

Sumber Instagram

Lepas peristiwa kawan kena hack, dia ada bagitau, untuk langkah berjaga-jaga, buka two-factor authentication dekat setting instagram. Lepas jadi dekat kawan, dan dia bagtau, terus nad buat. Kita tak tau bila kita akan kena. Tak sangka hampir terkena bulan puasa ni..Masa tu memang tak keruan..jantung laju je..Ya Allah, puasa-puasa janganla buat dajal dekat orang..tolonglaaa..

Fungsi Two-Factor Authentication:
Pengesahan dua faktor ialah ciri keselamatan. Jika anda menyediakan pengesahan dua faktor, anda akan diminta untuk memasukkan kod log masuk khas atau mengesahkan percubaan log masuk anda setiap kali seseorang mencuba untuk mengakses Instagram daripada peranti yang kami tidak kenali.

Terdapat beberapa kaedah pengesahan dua faktor yang anda boleh gunakan dengan akaun Instagram anda. Untuk memulakan pengesahan dua faktor, pilih sama ada:

Kod mesej teks (SMS) daripada telefon mudah alih anda.
Kod log masuk daripada apl pengesahan pihak ketiga (seperti Duo Mobile atau Google Authenticator).

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada persediaan berikut untuk menggunakan pengesahan dua faktor.

Disebabkan takut, nad terus buat untuk facebook juga..two-factor authentication,.Korang pun setla ye..

Nak buat banyak akaun macam tak mampu je..Harap tak terjadi lagi..
hai assalammualaikum

Persiapan Raya Untuk Tahun 2019, Semua dah Siap Awal - Alhamdulillah, pejam celik, dah 25 hari kita berpuasa. Lagi beberapa hari lagi nak raya. Tahun ni, semua persiapan, memang nad buat awal, takda lewat-lewat dah. Apa yang nad nak beli untuk dipakai waktu raya, memang nad dah beli sebelum Ramadan lagi..Beli online je..hehee..Mana lagi kalau online dekat shopee. Tahun ni, nak suasana lain sikit dekat rumah. Dah 5 tahun asyik sama je, jadi kita tukar la.






Macam baju raya, memang nad dah cari awal sebelum Ramadan. sebab tau, kalau masa beli bulan puasa, takut harga dia mencekik darah pulak..hahaa. Baju nad, nad beli online je. Harga baju pun murah RM69 je. Alhamdulillah, dapat warna pilihan tahun ni, dengan harga yang murah. Baju pun cantik. Simple je. Baju untuk anak-anak, beli dekat Tesco. Nampak warna tu, baju pun cantik, terus beli. Harga pun murah RM45 sepasang. Baju lelaki, alhamdullilah, dapatla sponsor..



Untuk hiasan dekat rumah pulak, tahun ni memang tukar dan tambah mana yang patut..Nad ada la beli pokok tiruan dekat shopee. saja nak bagi namapk hijau sikit dalam rumah. Ada la nampak segar walaupun pokok tipu je..hehee..



Karpet pun tukar lain. Carila karpet yang bentuk trend sekarang, takda dah bunga-bunga lagi..hehee. Karpet pun beli dekat shopee..RM80 je..sekali postage.


Langsir pun dah siap pasang..Selama ni memang pasang langsir yang arwah mak mertua buat. Ya nad tak berkesempatan nak tengok dia buat langsir raya. Tahun ni pakai langsir yang dia tak sempat nak siapkan. Bahagian cangkuk langsir dia tak sempat pasang, jadi nad bawak kedai yang berdekatan dekat rumah



Kedai ni, kedai kasut..Dia jual barang-barang langsir, manik semua la..barang hiasan untuk hantaran macam tu la.Kasut pun ada. Lepas tu cuab tanya, ada ke jahit langsir tempat bahagian cangkuk. Rasa lega bila chinese laki tu cakap ada. Kalau tak, tak tau nak buat dekat mana. Nad, memang tak la menjahit..hahaha. Kedai ni dekat Pandan Jaya. Langsir pun dah siap pasang.

Setakat ni semua dah siap..Tinggal kemas mana yang belum kemas jela..Kalau boleh malam raya nak rehat terus..taknak buat apa dah..huhuhu..Tahun ni raya balik kampung Meru Klang..
hai assalammualaikum

Buka Puasa Bersama Kawan UNI Di Lazeez Hadhramout Danau Kota - Bertahun juga tak jumpa kawan-.kawan kolej belajar sama di UUM. Selalu berhubung dalam whatsup je. Jadi haritu, kitaorang plan nak buka puasa sama. Mulanya tak tau nak berbuka dekat mana, lepas tu ada kawan seorang ni tag satu tempat dekat facebook. Tempat tu nad baca viral dekat twitter. Nasi arab Lazeez Hadramout Danau Kota. Kitaorang pun pilih tempat tu untuk berbuka.


Ok, nad memang rindu gila dengan kawan-kawan UUM ni..sebab dulu dengan diaorang menggila masa zaman belajar. Bila dah habis belajar, masing-masing dengan hal masing-masing. Masa ni la berborak sakan, nak tau perkembangan masing-masing. Sampai tak sedar dah nak waktu berbuka.




Tempat kitaorang makan ni, nasi arab yang disediakan secara buffet. Jadi, makanan disediakan di luar, kena la ambil sendiri. Kedai restoran kecik macam tu, pulak tu ramai orang, kenalah beratur masa nak ambil makanan. Boleh dikatakan murah la buffet nasi arab dekat sini. Harga dewasa RM25, kanak-kanak RM15. Makanlah sampai puas.

Dekat sini ada Nasi Arab ,mandy , kabsa & maqlubah, Lamb, chicken mandy, manisan & buah buahan. air pun disediakan. Diaorang akan refil bila dah habis.

Memang kena bersabarla ye, masa nak ambil makanan..hehee..



Masing-masing penuh meja..

Habis je makan, solat, sambung borak lagi. Tapi tu pun macam tak lama..Biasalah, macam ni la bila jarang jumpa, kalau boleh nak borak tu bior lama, tapi tak dapat. Masing-masing esoknya kerja. Masing-masing kawan nad ni lain-lain tempat, macam nad dari Pandan Jaya, ada yang dari Rawang, Saujana Utama, Putrajaya, ada pulak tu dari Pahang..hah sanggup dia turun nak buka dekat sini nak jumpa kawan-kawan tau..hehee..Tapi dia turun KL pun pergi rumah abang dia dulu..



Nanti kawan kitaorang seorang ni yang tak dapat ikut berbuka ni ada yang nak kawin. Jadi waktu tu la boleh reunion lagi. Macam tu la bila kitaorang nak jumpa. Ada tu diaorang pergi bercuti. Macam nad, sebelum ni tak dapat pergi bercuti sebab ada si kecik tu. Lepas ni bolehla kot..hahaa..Dalam semua ni, nad jela seroang yang dah kawin..lain masih single..hehee..semoga mereka dipertemukan jodoh..amin..


Oh korang kalau nak cuba nasi Arab ni, korang boleh je Waze : Lazeez Hadhramaout Restaurant ( berhampiran Hospital Colombia Setapak depan PV15 kondominium )
For reservation can call : 018 6691323

BILA FARIZA DAH TAU NAK RAYA!!

in , , by Nadia Johari, 16:01:00
hai assalammualaikum

Bila Fariza Dah Tau Nak Raya!!- Kalau dah nak tibanya bulan Syawal, memang nak selalu teruja sorang-rosang jela..hahaa. Orang lelaki, biasalah, dia teruja tak tunjuk..hahaha. Tahun ni, best la sikit, sebab Fariza dah tau nak raya dah..hehee..Seronok bila ada geng yang teruja sama nak raya..Macam mana dia tau pun, nad tak berapa apsti. Sebab nad jarang cerita pasal raya dekat dia. Cuma, bila cari baju tu, cakapla, "nak raya, kene pakai baju cantik-cantik"..Yang lain takda sangat..Sampailah, haritu Ramadan dah masuk pertengahan tak silap, dia masuk bilik daddy dia, buka youtube, dan cakap nak lagu raya..


Macam tak percaya, yela, sikit-sikit kita tengok dia boleh paham itu ini. Fariza dah 4 tahun, jadi umur macam ni la dia dapat tau banyak. Ni dah tau nak raya, apa dia nampak semua dia akan cakap "mommy nak raala".."mommy nak raya la"..hahha..Mommy nya pun excited la..sebab ada geng yang teruja nak raya ni..kalau tak sebelum ni siap la sorang-sorang.

Dapat main bunga api bukan main seronok lagi. Lepas tu tak sabar nak main dengan sepupu dia..hehee..Baju raya denagn kasut raya dia pun dah siap semua. Bila nampak je, "mommy ni nak buat raya kan"..Kasut pun dia taknak pakai dulu, nak tunggu raya ok..Haritu beli baju dengan kasut pun, kita tanya dia dulu "ni cantik tak". Dia jawap "cantik"..kalau dah dia cakap cantik kita pun proceed pergi beli. Tahun ni dapatla tema yang kita nak tahun lepas..ahahha..


Bila dah besar ni, nak mintak tolong pun dah senang..Mintak tolong kemas. Bila dah kemas pesan jangan sepahkan. Hah , nasib dia jenis mendengar arahan. Kalau adik buat sepah, adik kena marah dengan dia..heehe..

Lagi beberapa hari nak raya. Mommy teruja sebab Fariza pun tak sabar nak raya..yeahh...




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2