hai assalammualaikum

Rangkaian Produk Baby Ku.Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh - Kalau bab barangan anak ni, mommy memang suka ye. Yela, barang untuk anak ni sekarang semua comel-comel belaka. Bukan setakat comel, malah pembuatannya lebih kepada keselamatan untuk baby. Tu yang nad suka. Sebagai seorang mak, walaupun barang anak dah banyak, tapi bila kita tengok jenama tu macam wow, berkualiti, bagus untuk baby kita, mesti nad akan beli punya..hehhee. Dan salah satu jenama rangkaian produk baby yang menambat hati nad ialah Ku.Ku Duckbill.


Rangkaian Produk Baby Ku.Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh

Sebelum ni, nad macam pernah nampak produk mereka tapi di ekspo baby macam tu. Baru-baru ni, nad pergi ke pelancaran Ku.Ku Duckbill di Ampang Glass House, dan berita gembira yang semua barang kelengkapan bayi dari Ku.Ku duckbill dah ada di Malaysia...yeahhh..Dekat mana? Mana lagi kalau bukan di Butik Tateh..Biasa dengar kan Butik Tateh, yang menjual kelengkapan ibu dan anak. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, semestinya nad teruja bila barangan Ku.Ku Duckbill ni senang nak dicari sekarang..yeahhh..





Untuk pengetahuan korang, produk Ku.Ku Duckbill ni daripada Taiwan. Jenama Ku.Ku Duckbill telah diasaskan oleh pengurus besar Jini Baby, Guan Lin Li. Kalau korang tengok dia punya ikon tu comel je kan. Rupa nampak macam itik tapi platipus..hehee..Macam-macam jenis rangkaian produk di bawah jenama Ku.ku duckbill dari makanan bayi, penjagaan kesihatan mulut bayi, produk tekstil kapas dan mainan bayi. Terdapat 1200 jenis produk di bawh jenama Ku.Ku Duckbill.


Pelancaran haritu, memperkenalkan beberapa jenis produk Ku.Ku Duckbil yang memang sesuai untuk anak. Barang tersebut ialah botol susu PPSU ( Polyphenylene Sulfone ) and Glass Wide Nick Bottle, milk powder container, Pacifier Bandana bib, Scissors food, Swaddle and Sleeping Bag, serta Baby Pacifier. Meh nad terangkan satu-satu kelebihan setiap produk ni.

Kelebihan Produk Ku.Ku Duckbill


PPSU Standard Feeding Bottle -240ml
- Diperbuat dari FDA Compliant food- contact grade dan medical grade material. (bahan gred yang berkaitan dengan makanan). PPSU (polyphenylene sulfone) tidak mempunyai kimia berhormon (Bisphenol A), selamat untuk bayi dan PPSU ni boleh tahan panas sehingga 200 darjah selsius untuk pensterilan dan mencegah bau dan penyerapan warna.Plastik yang ringan dan bebas BPA. Puting diperbuat daripada cecair silikon gred makanan yang lembut, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mudah kotor. Pengaliran udara yang unik membantu dari bayi tersedak dan bentuknya sama seakan-akan payudara untuk menggalakkan penyusuaan susu ibu secara semulajadi.

The Dream Of You Glass Wide-Nick Feeding Bottle-240ml
- Bentuk botol ni kiut sangta. Nak aim yang ni tau..hehee.. Bentuknya yang kecil dan slim tu. Rekaannya yang lebih ringan dan mudah dipegang berbeza dengan botol lain. Botol ni merupakan 'anti-colic air system' dan ada BS EN 1400: 2013 European Safety Standards. Jadi kualiti dia memang bagus. Walaupun nampak macam cawan kaca, tapi bila jatuh, insyallah tak pecah..hehe.. Botol ni selamat untuk dimasukkan dalam peti ais atau di dalam air panas untuk memanaskan susu. Puting dia pun diperbuat daripada food grade liwuid silicone, dan terbentuk seperti payudara. Jadi anak takdela rasa pelik bila hisap botol.



Milk Powder Container
- Sebelum ni nad ada bekas serupa macam ni, tapi jenis kecil dan hanya ada satu tutup je. Yang ni nad tengok memang berguna sangat untuk nad dan memudahkan kerja mak. Lagi-lagi kalau nak pergi travel atau jalan-jalan. Nampak tak bekas dia bercantum tapi setiap bekas sebenarnya ada penutup masing-masing. Ada penutup kecik dan penutup bawah. Bekas ni nama je milk powder tapi boleh je isi benda lain, macam snack ke, makanan baby ke. Memamng mudah kan...Tengok bekasnya pun besar sikit.


Take-Apart Food Scissors 
- Mempunyai penutup bebas habuk, single-blade, menggunakan stainless steel, BPA free dan anti-karat.


Swaddle & Sleeping Bag ni 
- Berfungsi untuk membalut bayi dengan langkah mudah hanya 3 saat. Mengurangkan bayi dari terkejut dari tidur, 2 cara Zip yang direka khas untuk membantu ibubapa menukar lampin. Pertama kali nampak swaddle yang bukan sahaja balut bayi malah banyak kegunaanya iaitu boleh bertukar menjadi anti-kicking sleep bag atau wearable blanket mengikut keperluaan..hahaa..weii sukanya tengok..jimat habis ni..

Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 month +
- Direka khas untuk mengurangkan tangisan bayi, bebas phtalate, sangat mudah dibersikan, mempunyai pelindungan yang selamat dan orthodontic untuk mengelakkan gigi bayi jadi jonggang, heh.

Ku.ku Duck Bill sangat menitikberatkan pembangunan produknya dengan melakukan penyelidikan dan pemahaman tentang keperluan di Malaysia. sebab tu kita tengok barang dia unik sikit ye..hehee.




Hah korang kalau nak dapatkan barang Ku.Ku Duckbill ni bolehla dapatkan di Butik Tateh yang berdekatan dengan korang. Butik Tateh sudah mempunyai 17 cawangan seluruh Malaysia..

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Website : www.tateh.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ButikTateh

Suasana sekitar Majlis dan Sesi bergambar..














Meriah sebab majlis untuk ibu bapa dana nak..rasa taknak balik pulak..ehhee..Tempat best, dekorasi menarik..Tahniah Ku.Ku Duckbill untuk pelancaran ini. Terima kasih Butik Tateh sebab jemput kami semua.
hai assalammualaikum

Produk Inovatif Taiwan Buat Aku Terpegun Di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex 2019 KL Convention Centre - Hari Rabu haritu, nad meluangkan masa pergi ke KL Convention Centre untuk melihat sendiri pelbagai keunikan, kecanggihan produk di Pameran Archidex 2019 . Pameran terbesar untuk tahun ini menonjolkan peningkatan integrasi di antara pelbagai bidang termasuk seni bina, tekologi dan teknologi pintar yang penting untuk memenuhi keperluan di masa hadapan. Paling menarik perhatian adalah di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex KL Convention Centre Hall 8. Sebelum tu, mestilah kene daftar dahulu. Bila dah daftar, masuk dan tengok je, woww, sangat kagum dengan produk mereka. Kalau dulu, rasa tak pandang langsung produk Taiwan ni, tapi lepas ke sini, memang terpegun tengok produk mereka. Ni la dikatakan mengikut peredaran masa.


Taiwan Excellence, produk inovatif dan berkualiti tinggi dari Taiwan yang dipilih berdasarkan pelbagai kriteria ketat termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, kualiti produk dan model pemasaran. Taiwan Excellence memasuki sesi ke-27 tahun ini dan telah membina reputasi kukuh dan label yang dipercayai seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 1992. Sebanyak 21 pengilang dari Taiwan yang mengambil bahagian di Archidex 2019 ni.


Pameran ni bertujuan untuk mempromosikan imej perindustrian Taiwan dan meneroka peluang perniagaan dengan peniaga atau pengguna di Malaysia. Memang semua produk berteknologi tinggi dan sangat selamat penggunaannya. Setiap produk ada kelebihan yang lain daripada lain dan Paling penting setiap produk memudahkan pengguna.

Produk Inovatif Taiwan Buat Aku Terpegun Di Pameran Taiwan Excellence Pavillion @ Archidex 2019

Pameran ini mempamerkan 60 jenis produk  dari 4 kategori iaitu sistem keselamatan, kelengkapan rumah, peralatan rumah, teknologi pintar dan bahan binaan.


Wah Dr. Eric Leong, pereka bentuk terkenal dari Malaysia, jadi duta untuk Taiwan Excellence ni. Eric Leong akan menjadi hos beberapa diskusi mengenai lima produk terpilih dari Taiwan. Idea untuk menyatukan pelbagai jenama di bawah Taiwan Excellence adalah suatu konsep yang menakjubkan. Ia telah berjaya meningkatkan pengiktirafan produk-produk dari Taiwan dan menambahkan daya saing mereka.

Memang semua produk yang ada semua best. Tapi nad lebih tertumpu kepada dua produk ni  yang nad rasa memang elok digunakan di Malaysia iaitu Kunci pintu pintar WiFi dari Tanmo dan Aver Video Sounbar


Tanmo Smart Lock Door

Ni merupakan kunci pintu tanpa menggunakan kunci atau kad untuk masuk ke dalam rumah. Ia hanya menggunakan nombor yang diberi melalui wifi. Memang sangat sesuai digunakan kepada mereka yang mempunyai Airbnb, Hostel, Warehouse atau rental property.


Tanmo Smart Lock Door atau Kunci Pintu Pintar TANMO membolehkan korang mengemas kini kod ping kunci dari jauh. Yela, nak masuk rumah mesti ade kunci kan, jadi kalau pakai kunci biasa, orang yang nak stay tu kene jumpa owner dia. So kalau nak memudahkan orang, Kunci Pintu Pintar Tanmo ni memang sangat sesuai digunakan. Dengan pengurusan menggunakan cloud-based management platform, anda boleh membuka pintu dari jauh, tambah / padam kod dengan jadual yang berbeza dan lawati kod satu kali kepada tetamu melalui telefon bimbit atau komputer anda

Boleh bagi melalui phone sahaja nombor pintu tu. Maksudnya, korang hanya menguruskan semuanya melalui PC, komputer riba, tablet atau telefon bimbit anda, bila-bila masa dan di mana sahaja. Tidak perlu memasang APP atau perisian ke peranti korang. Korang boleh menggunakan borang plat Tanmo untuk menguruskan akses pada harta anda. Kunci Tanmo bersambung dengan AP WiFi korang yang sedia ada. Anda tidak memerlukan jambatan tambahan atau peralatan untuk menyambungkan kunci ke WiFi anda. Simple dan mudah kan.




Tengok design dia pun menarik kan, bentuk bulat beserta dengan pemegang pintu. Body material zinc alloy yang tidak mudah karat dan rosak.

Lagi satu, kadang rumah ni ada orang nak ceroboh, kalau guna kunci atau card senang orang nak buka kunci tu. Tapi dekat Tanmo Kunci pintu ni, dia tak tau nombor tu, dan kalau dia cuba 5 kali nombor dan tak berjaya, pintu tu akan stuck selama 10 minit. Memang selamat sangat. Nad ada letak video dalam instagram cara penggunaan Tanmo Wifi Smart Lock ni. Korang boleh tekan link SINI untuk tengok ye.


Ni antara kelebihan dia
- Multiple Access Code Scheduling
- Auto-generated One-time Access Code
- Remote Unlock
- Cloud Access Record
- Scalability – Add new locks to the cloud in minutes.
- Manage your locks anytime & anywhere

Nak tau lebih details lagi pasal produk ni, boleh ke https://www.tanmolock.com


Aver Video Soundbar VB342

Hah yang ni nad tertarik sangat. Di amacam video cam, tapi yang ni lebih canggih tau. Kalau dulu, memang rajin la skype dengan suami, waktu zaman bercinta. Tu guna kamera laptop yang tak berapa nak ummphh..Kurang jelas, dan pecah. Tapi Aver Video Sounbar VB342 ni video sangat terang sebab ia menggunakan 4k PTZ camera dan juga mempunyai speaker yang jelas dan kuat. Nad dah tengok sendiri depan-depan, memnag puas hati. Kalau korang zoom pun, video takkan pecah.


Aver Video Soundbar memang sangat bagus digunakan lagi-lagi dekat mesyuarat. Tak perlu pakai projector, pakai ni je..hehee... Ada kamera, speaker dan mikrofon. Dua mikrofon uni-arahnya meliputi pelbagai 4m, yang cukup untuk didengar dalam satu bilik. Pembesar suara stereo menawarkan rangkaian penuh 5W. Tidak kira sejauh mana semua orang, ia akan terdengar seperti mereka berada di dalam bilik yang sama.



Bila  korang live bermesyaurat dengan orang luar atau bervideo dengan orang luar, memang ia akan tunjuk penuh satu mensyuarat.

Produk ni pun mudah sangat dipasang. Wayar dia dah siap dekat tempat masing-masing.



Memang suka sebab dia 4K PTZ camera. 4K VB342 kamera menyediakan resolusi yang hebat, keseimbangan warna, dan terperinci walaupun korang zoom atas bawah atau depan. Lagi mudah ia dicontrol dengan remote. Jadi hanya dengan remote control korang boleh gerakakn kamera atas bawah kiri dan kanan, besarkan suara, dan macam-macam lagi.


Mudah digunakan, hanya pasang dan install software dia. Korang boleh tengok lebih lanjut di http://communication.aver.com/model/vb342 mesti korang rasa kagum juga dan rasa nak beli..hehehe..

Ada banyak lagi barang inovatif Taiwan yang ada, seperti penukar udara segar dengan penapis dalaman Flow2 One Plus dari TUMÄ;  Sistem interkom pengkomputeran awan (cloud) untuk komuniti pintar dari Tonnet; Sistem laci keselamatan dengan penolak buka, penutup lembut SIMLEAD dan VSD dari King Slide; kepala paip berhias yang berfungsi dari Justime, dan
banyak lagi.


Kalau korang nak tengok depan-depan, korang boleh datang ke Archidex 2019  KL Convention Centre. Pameran ini bermula 3 July sehingga 6 July..Esok sahaja. Waktu dari 10 pagi sehingga 7 malam. Untuk Taiwan Excellence ni dia dekat Hall 8 ok. Untuk lebih lanjut boleh layari  https://archidex.com.my/ .Untuk register bolek klik https://archidex.com.my/registration/


Taiwan Excellence juga akan bekerjasama dengan The One Academy untuk memajukan bidang pendidikan pengeluaran menggunakan produk di bawah naungan Taiwan Excellence. Pelajar-pelajar boleh mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan wawasan mereka mengenai reka bentuk gaya hidup moden menggunakan produk Taiwan Excellence. Ini adalah peluang yang baik untuk para pelajar memperoleh pengalaman di dunia sebenar yang berhubung kait dengan pendidikan mereka.



















KFC GOLDEN EGG CRUNH BIASA-BIASA JE!!

in , by Nadia Johari, 20:38:00
hai assalammualaikum

KFC Golden Egg Crunch, Biasa-Biasa Je - Hahaha, orang lain dah lama makan, nad baru nak merasa. Almaklumla, kadang keinginan nak makan tu ada, tapi nak pergikadang malas..hahaa..sampai la masa dah betul-betul malas masak, nak makan dekat luar, baru kita pergi..hehee. Haritu tengok ramai kawan post KFC Golden Egg Crunch ni,  terliur la rasa. Jadi jakla mr mafia pergi KFC semata nak cuba rasa KFC Golden Egg Crunch ni.


Order set tiga ketul ayam punya. Harga dalam RM18.90 lebih macam tula. Sekali dengan kentang putar, sayur coselaw dan air.



Tengok rupa memang nampak sedap. Sekali rasa yes memang rangup. Kulit ayam yang disaluti dengan telur masin, daun kari dan sweet basil memang sedap. Tapi mungkin nak dapat kesedapan diluar dan kerangupan dia, dengan sekali dalam dia terlebih masak. Jadi ayam tu isinya dari selalu makan lembut ni jadi keras weii..hahahaa. Terus rasa ermmm...


Tapi ramai kata sedap..mungkin waktu tu nad punya tak berapa lucky. Sebab tempat nad selalu pergi ni memang selalu dia buat ayam KFC sedap..Laki kita pun cakap kureng..tapi takpelah dah rasa kan..hehee..

Korang yang nak rasa tu bolehla pergi ke KFC yang berdekatan..
hai assalammualaikum

Cara Buat Duit Dengan Hanya Membaca Sahaja - Sekarang, macam-macam cara boleh dapat income. Kalau sebelum ni, nad cuma tau, nak cari duit dengan hanya berniaga atau jadi agent dan dropship. Tapi rupanya, ada cara lain kita boleh dapat duit tanpa keluarkan modal pun. Tapi income takda la lumayan macam berniaga tu. Bolehla untuk kumpul sikit-sikit, buat income tersembunyi..hahaha. Cara ni nad dapat tau dari twitter. Ramai orang post, jadi nad cubalah..Not bad juga..sebab dengan hanya membaca je kita dapat duit.

Cashzine, tu la apps yang korang boleh dapat duit dengan hanya membaca sahaja. Sambail boring-boring tak tau nak buat apa, bolehla baca dekat apps cashzine ni. Ada macam-macam cerita, dari isu semasa, dunia, kesihatan, makanan dan siapa yang suka gosip artis tu ada juga cerita, hiburan..hah kotla mana yang tak sempat nak tengok dekat berita,a da je dekat cashzine ni. Cashzine ni ia macam suratkhabar tapi boleh dapat duit bila membaca, sebab tu nama dia Cashzine.


Tapi sebelum tu, korang kenela install dulu apps Cashzine ni. Dah install, macam biasa, perlu sign up. Ala sign up simple je..


Siap, korang dah ada akaun Cashzine korang..bila dah ada akaun, Cashzine akan bagi code. Macam code nad 1433098. Code ni korang boleh masukkan dekat kod jemputan. Dengan ni korang akan dapat 800 koin. Jemput ornag lain banyak-banyak, korang dapatla banyak koin..

Untuk Cashzine 1000 koin = RM1 ..memang tengok mak aih sikitnya. Tapi bila korang baca cerita dalam ni, korang akan ralat, dan tak sedar duit akan bertambah.



Nak cepat tinggi lagi koin, korang boleh share artikel yang korang baca tu, yang korang rasa best tu dekat media sosial, tak kisah dekat facebook, atau twitter atau mana-mana yang korang rasa orang akan tekan. Setiap kali orang tekan, korang akan dapat 20 koin.


Dan setiap hari, korang akan dapat check in ni.. So dapatla 20 koin..senang je..


Ni sesiapa je boleh join..Surirumah, budak sekolah, yang dah bekerja pun boleh. Sebab dia bukan sahaja dapat duit malah menggalakkan kita membaca. Banyak cerita dalam tu, kadang nad pun ralat baca, sampai 200 koin dapat..hahaa..Cerita tak bosan pun.

Hah, apa tunggu lagi download la Cashzine ni..Jangan lupa masukkan code 1433098 dengan kod jemputan ye..


hai assalammualaikum

Fariza dan Farhanah Tak Berkesempatan Nak Kenal Dengan Nenek Timah - Untuk pengetahuan korang,  nenek timah ni ialah mak kepada suami iaitu mak mertua nad. Dia meninggal selepas 4 bulan kami berdua bertunang. Hint arwah mak mertua bagi, suami cerita " senang la lepas ni dah ada orang jaga kau,  mommy dah tak risau "..( inagt-ingat lupa suami cakp,  tapi lebih kurang macam tu la).. Suami pernah cerita,  kalau dapat cucu ( dari aku dan suami) ,  dia nak jaga cucunya tu, taknak kerja dah. Arwah mak mertua memamg jenis suka buat kerja, dia tak suka berehat. Dia ada niaga air dekat pasar. Tu la kata-kata dia yang dia cakap dengan suami.

Dari cerita jiran,  arwah mak mertua memang bagus dan baik orangnya. Bab agama bagus,  mengaji bagus.  Jiran belajar mengaji dengan arwah mak mertua la. Mengurut pun pandai. Kira semua ok la. Takde yang tak ok. Nad berkesempatan berborak dengan arwah sekejap je. Teringat lagi masa pergi beli barang hantaran dekat nilai, arwah mak mertua pandai nego.. Sehabis daya dia nego harga.. Hahaha. Ada je nad pernah cerita pasal arwah. Boleh klik
- TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(
KENANGAN BERSAMA ARWAH MAMI
JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH

Bila kitaorang dah dapat anak, anak tak dapat jumpa nenek Timah. Hanya gambar je boleh ditunjuk. Seperti biasa, Fariza sekarang dah banyak bertanya. Jadi,  bila kita cakap pasal nenek Timah,  mulalah dia tanya banyak soalan.


Haritu,  masa bulan Ramadan,  bawakla adik dengan kakak ni pergi kubur nenek Timah. Fariza cuma tau nenek Tipah je, ( mak nad )..Bila cakap " Fariza siap,  kita nak pergi rumah nenek "..seronok dia sebab ingat pergi rumah nenek Tipah. Bila sampai kubur terus cakap " mana rumah nenek mommy"..nad jawab jela " ni la rumah nenek"..Ni nenek Timah,  dia dah takde.



Budak dah makin banyak tanya,  akan tanya dan tanya. " Mana nenek mommy".."kenapa dia sakit mommy".." sakit apa mommy"..dan banyak lagi la.. Nak bagi faham,  nad akan layankan je apa dia cakap. Walaupun nad tau dia masih tak faham lagi.


Muka Fariza,  hampir sama dengan arwah mak mertua. Ramai cakap,  kalau arwah ada lagi,  mesti dia sayang sangat dekat cucu dia ni. Nad boleh bayangkan.. Tapi semua tu tak dapat.. Setiap hari nad akan ajar anak doa untuk nenek mereka. Nanti dah besar,  dia pahamla. Al-fatihah untuk arwah mak. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.
hai assalammualaikum

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik - Kalau kita ni berduit, barang tu nampak buruk atau dah lama, atau dah tak lawa, mesti kita buang dan beli baru kan. Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit, jadinya tak dapatla nak beli lain. Barang tu masih boleh dipakai, cuma rupanya yang dah tak cantik atau nampak biasa je. Sejak nad masuk kelab dekorasi ni, adala diaorang ajar cara nak cantikkan barang lama yang tak nampak lawa tu, menjadi lawa atau nampak cantik. Hanya dengan menggunakan wallpaper sahaja you alls.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2