hai assalammualaikum

Jahit Luka Sebab Kena Kaca Lagi seram Dari Jahit Bersalin - Benda kalau nak jadi, jadi la dia..Kalau boleh nak elak, tapi tak siapa jangka..Dua hari lepas, orang India hantar gas, nak ganti gas yang dah habis. Lepas selesai pasang gas, dia nak ambil gas kosong satu lagi yang ada dekat rumah. Tak semena-mena, frame ayat Lailahaillallahmuhammadurrasullullah jatuh dan kaca dia tercabut. Pulak tu kaki kita berhampiran situ, papp..terus kene jari..arghhhh!!



Gambar di atas tunjukkan di mana gas tu berada dan frame tu berada di belakang gas yang diletak kayu tu. Masa ambil gambar ni, frame tu dah dibawa ke atas ye. Frame tu sebenarnya digantung atas pintu masuk rumah, tapi tiba-tiba dia jatuh. Waktu tu memang selamat, sebab takda siapa dekat pintu. Jatuh tiba-tiba kau..kalau kene kepala, nayaa..Tapi tak sangka, letak belakang gas kosong, kaki nad yang kena..Dah lama suruh mr mafia letak dekat tempat selamat, tak tau kenapa laki kita tu tak anagkat-angkat..


Mula ingat luka kecil je, tapi rupanya dalam..aiyorkk ( maaf korang nad letak gambar ni )..rasa macam nak terputus jari, tapi sebenarnya tak pun. Darah pulak keluar banyak..Lepas tu India hantar gas tu suruh letak kunyit. Laki kita pun ikut jela, dia letak kunyit yang dicampur air..Sekali dia letak, adoiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! pedih siuttt..nad dah nak pening, pitam dah..pulak tu muntah terus..hahaa..Mana tak nya, dah la tengok luka dalam macam tu, ngeri tau..lepas tu pedih menahan sakit..terus mr mafia angkat letak depan tv, baring terus..Luka dibalut dengan salonpas..eh yeke..ala pelekat luka tu..hahaa..

Dah rehat kejap, petang dalam pukul 4.30 petang tu, cuba buka dan tengok..Aiyorkk ngeri lagi..Cakap mr mafia, " jom la pergi klinik, takut la tengok luka "..mr mafia cakap " pergi klinik kena jahit ni"..dalam hati..ish laki aku ni.." takpela pergi jela"..nad cakap..dari biarkan..kang lagi melarat..

Sampai klinik, masuk bilik doktor, biasalah doktor cakap " kenapa "..nad " kene kaca "..Doktor " la macam mana boleh kena?..dah baring sana"..

Sebab salah satu kadang malas nak pergi klinik, dapat doktor yang tak friendly..hahaa..Kalau aku jadi doktor, mesti aku cakap nicely, mesti ramai pesakit datang..Tapi sebab kau takut tengok luka, darah semua, jadi sebab tu taknak jadi doktor..hahahhaa..

Doktor tengok luka, dia cakap apa ni? Nad cakap kunyit, ada orang india hantar gas suruh letak. Terus kena marah.." kenapa letak kunyit..ishh..apalaa..lain kali basuh je dengan air dan balut "..adalah ayat dia lagi rasa marah..huhuhu...Nad macam biasa hati tisu, dan dalam hati..mana la saya tau dok, saya dah menahan sakit je waktu tu..

Doktor tu macam bengang la..hahaa..Tapi lepas tu dia macam ok. Tanya dengan slow la, tanya macam-macam bagi nad taknak fikir sakit. Sebab dia bersihkan luka tu, dengan tekan-tekan..hasihh..pening datang semula..hahaha..

Lepas tu dia cakap, " sikit je  luka ni, tapi kena jahit..dua jahitan je "..Lagi kita serammmmmm..heyy luka bersalin pun kita tak takit sangat, tapi kena jahit luka ni, tak tau kenapa kita seram sampai nak pitam..hahahaa..Mungkin kita nampak luka tu..

Tapi syukur la dia bius jari kita masa kena jahit tu..Tapi kena cucuk untuk bius pun sakit..eee benci tau dengan jarum..hahhaha..benci gilaaaaa..Dua kali bius baru dia tak sakit dekat tempat luka tu. sebab dia cakap dia tekan kuat dekat tempat luka, tapi kita tak rasa apa pun..huhu..

Tak kuasa kita nak tengok masa dia jahit tu..Tapi dapat rasa la..kohkohkoh..Nad tarik nafas panjang-panjang jela..Lepas tu dia cakap dah siap..


Terus dia cakap, time macam ni, jangan gerak banyak, takut lambat baik..dalam hati nad cakap " doktor, saya takda maid, saya surirumah, tak dapat rehat selalu",..tapi depan doktor, " baik doktor "..


Dapat dua ubat, antibiotik dan tahan sakit. Harga dua ubat ni mahal betul RM70 lebih..hahaa..apo..terbang dah duit..


Dah disebabkan sakit jari, sudahnya kena pergi beli kasut yang sesuai..Pergi la BATA..hah dapatla kasut yang sesuai..hahahaha..Pulak tengah ada sale..lol!!..saja je tau..

Dua hari lepas tu dia suruh datang untuk periksa luka. Semalam nad pergi, seram lagi perasaan ni tau..haishhh..sebab kena buka balutan, kemudian kena cuci bahagian luka..Part ni ngeri sama je macam bersalin, tempat kau dijahit, kene cek semula...Arghhhhh tak sukaaa..hahahaha..

Pastu tunggu 14 hari suruh datang klinik lagi untuk buka jahitan..Haishh..lagi sekali..hahaa..Memang takut ya bila nak ke klinik..tapi tu la orng cakap, benda dah nak jadi..lepas ni kenala berhati-hati.

hai assalammualaikum


Makan Steak Sedap di Old School Steakhouse TTDI - Bila kau teringin nak makan steak, sekali kau dapat, ya ampun, gembira tak terkata..hehee..Dapat pulak makan steak yang bukan biasa-biasa, steak yang jenis premium kualiti punya, isi tebal, masak sempurna, lembut, perghh, memang terbaik.steak dekat Old School Steakhouse ni uiii...Restoran steak ni di di Jalan Datuk Sulaiman Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.


Masuk dalam restoran je, terus rasa terpukau dengan suasana dia. Rasa macam romantik-romantik gitu. Dengan lampu yang malap, suasanan yang senyap macam tu..Walaupun ada anak, kau tolak tepi jap, sebab nak rasa feeling macam waktu bercinta dengan suami ya..haahhhaha..






Tengok sahaja ruang tempat makan yang disusun cantik. Memang sesuai sangat bawak kekasih, isteri, suami, keluarga atau kawan la ke sini..ehhee..Pekerja dekat sini pun peramah. Antara kerusi biasa denagn kerusi merah, mestilah pilih untuk duduk di kerusi merah..hehee..lawa kan kerusi dia, besar pulak tu.

Ok dah, ni nad nak kongsi menu steak yang nad makan..hehee..Dekat sini, memang banyak menu pilihan steak yang ada. Kalau korang rasa tak tau nak pilih mana, bagitau je dekat pekerja yang ambil order tu, macam amna rupa steak tu..apa menu yang terbaik dekat restoran ni..mana la yang korang rasa nak tanya, pekerja jawab je..hehee..

Masa order ni, pelayan tu ada tanya, steak nak masak well done atau medium well..Masak well done tu masak penuh la, medium tu macam separuh masak. Nad mintak dua-dua, means order nad punya ada steak, nad mintak medium, husband punya well done..so kita boleh tau mana lagi ok..





Sebelum makan steak,  akan dihidangkan dengan appetizer dahulu iaitu semangkuk mixed salad dan roti. Untuk salad ada tiga jenis sos yang korang pilih iaitu thousand island, tartar sos dan olive oil. Semua sos ni buatan sendiri, katanya la..ehhee..

Settel appetizer, apa lagi, makan berat la pulak..hehee..steak dah sampai..yeahhhh..


Untuk steak nad order Surf & Turf Delight. Set ni ada separuh lobster, grilled fillet steak, kentang, jagung dan sayuran lobak, brokoli dan kobis. Nad pilih ni sebab ada lobster..hehee..Memang kitaorang ni gila seafood tau..kihkih..Memang set ni, portion dia besar dan nampak banyak..Grilled Fillet steak nad punya ni, nad mintak medium  punya masakan. Lobster tu dibakar dengan cheese dan mashroom. Kentang tu atasnya ada diletak serunding dengan sayur sup.


Lobster ni bukan dekat sini tau, tapi diimport dari Norwegian, beef pula dari Australia..Jauh dia terbang you alls..sebab tu sedap je bila makan. Lembut dan berjuicy tau..Lobster tu, walaupun separuh tapi macam banyak je..ehhee..Isi pun banyak..haishh teringat sampai sekarang.



Kentang tu memang lembut dimakan pulak dengan serunding, lain dari yang lain..hehee..Memang orang cakap puas hati dapat makan la..hehee..



Mr mafia pulak, dia order Ribeye Steak. Set ni ada steak, sayur lobak, brokoli dan kobis, jagung dan kentang yang diletak serunding dan daun sup. Yang ni kitaorang mintak masak Well Done. Beef ni tebal betul..Tapi tak liat dan lembut je masa dipotong. Bila masuk dalam mulut tu, memang sedap sangat " tutup mata sambil menikmatinya"..hehee..

Makanan ni kitaorang kongsi, belah separuh-separuh, jadi, nad dengan suami dapat rasa...hehee.. Antara masakan medium dengan well done, kitaorang suami isteri lebih suka masakan medium. Sebab lagi lembut..hehee..Anak pun suka makan yang medium cook punya..Steak dekat sini memang dimasak dengan sempurna, digrill dengan perfect. Nampak je hitam dekat luar tapi rasanya tak hangus, lagi sedap, juicy tau..




Untuk anak-anak, Fariza dan Farhanah, nad orderkan spageti..Memang makana kegemaran diaorang. Spageti ni kuah bukan kosong je, tapi kuah dia dicampur dengan seafood. Ada udang, mushroom apa lagi, alamak lupa pulak..hhaa..Siap ada brokoli, lobak dan kobis. Memang Fariza dan Farhanah layan sangat makan.


Untuk air, nad pilih air manggo, epal jus dan lychee.


Hidangan pencuci mulut, kitaorang pilih banana spilt..Paham jela makan dengan budak-budak mestilah mintak aiskrim. Selalu banana split ni hanya pisang dan aiskrim, tapi dekat sini ditambah dengan jelly..Memang layan makan.


Kalau korang datang dalam group yang besar, dekat sini, ada set untuk 4-5 pax orang makan..Tomawak set. Set tu ada Tomahawk steak Australia yang beratnya 1.2-1.3kg, 8 pieces buffolo wings dengan bino cheese..mixed salad, spageti olio, kentang goreng dan dinner rolls and butter..Hah, nampak tak..set ni kalau dikongsi memng best ye.


Untuk makan malam pulak, ada set special juga. Boleh tengok gambar di atas..Kira makan set sekali ada dessert. Boleh je order steak lain, tapi nad nak bagitau ade set dinner special ni..hehee.. elokla bawak pasangan ke sini, makan set dinner special ni..mesti orang tersayang suka tau..auchh..Nad pun dah terharu bila dapat makan steak ni..heheee..




Memang gembira perut ni dapat makan steak tau..hehee..Steak pulak yang diimport dari luar negara dan premium kualiti punya..memang terbaik. Puas hati dapat makan sini. Korang kalau nak cuba makan steak dekat Old School Steakhouse ni, boleh datang ke
Alamat Lokasi : No 14 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala lumpur
Waktu Operasi : 11 Pagi - 11.30 malam
Phone : 03- 7732 0336
Facebook; https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/




hai assalammualaikum

Santai Di Hotel CitizenM Kuala Lumpur, Dekorasi Modern Koleksi Seni Kontemporari dan Teknologi Inovatif - Walaupun kau orang KL, tak semestinya kau tak boleh stay hotel dekat KL kan..hahaha..Yela, kadang, jalan-jalan area KL, malas balik ke, atau nak jumpa kawan, lepak dengan kawan tempat yang selesa, apa salahnya stay dekat hotel.
hai assalammualaikum

Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru, Mujur Ada Bagasi.my -  Sekarang, kalau pergi bercuti, nad mesti fikirkan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga terutama untuk anak-anak. Yela, kalau tempat tu membosankan, anak-anak tak gembira, jadi pergila tempat yang anak-anak suka dan gembira, baru percutian tu, percutian yang manis sekali. Setiap negeri mempunyai tempat yang menarik, tapi tengah fikir nak bercuti ke Johor Bahru.

Pernah ke Johor, pergi ke Legoland sahaja. Tempat lain belum pernah pergi lagi. Jadi ni antara tempat yang and nak pergi untuk bawak anak-anak melihat haiwan di Zoo Johor, Angry Bird Park, Sanrio Hello Kitty Town, Kuso 3D Art Gallery,  Bersiar-siar di Taman Merdeka, Puteri Harbour Membeli-belah di Bazaar Karat, Kilang Bateri dan Johor Premium Outlet. Tak semua pun nak pergi dalam satu masa, ni antara senarai sahaja. Dalam cari tempat menarik untuk bawak anak-anak bercuti, mestilah kene fikir hotel juga. Part ni pun kalau boleh nak cari hotel yang mesra keluarga.
hai assalammualaikum


Usaha Tambahkan Susu Badan Untuk Fariza, Mommy Kunyah Mamom Milkbooster Je!!

Badan Kecil Tapi Susu Banyak? Ni Usaha Aku Tambahkan Susu Badan - Alhamdulillah, setakat ni, susu badan nad tak pernah berhenti. Dari susukan anak pertama, Fariza sampailah ke adik dia Farhanah. Fariza dapat susu badan dari dia lahir, lepas tu berkongsi susu badan dengan adik dia baru lahir sewaktu usia dia tiga tahun. Fariza dapat susu badan sehingga usia dia 4 tahun, lepastu terpaksa stop sebab dia dah besar, dan sekarang adik jela yang sambung susu badan. Memang belum berhenti lagi susu badan nad. Syukur sangat, walaupun badan kecil, tapi susu sentiasa ada. Memang selalu orang akan tanya, "ada lagi ke susu ko".."banyak lagi ek susu tu"..Nad jawab je dengan senyum, alhamdulillah ada. Mulalah ada yang nak tau, macam mana susu nad banyak.


Banyak cara nad buat untuk tambahkan susu badan. Makan kena selalu dan kerap, minum air banyak. Nad jarang pam, sebab kakak dan adik direct susu sahaja. Jadi dah macam konsep mengepam la kan..ahaha. Dan nad cari jalan lain juga dengan mengambil produk untuk tambahkan susu badan. Sekarang ada pelbagai jenis produk, ada jenis bancuh, jenis tablet dan macam-macam lagi la. Nak mudah nad ambil jenis tablet, kunyah sahaja. Nad ambil Mamom Milkbooster untuk tambahkan susu badan.


Ibu-ibu yang menyusu di luar sana,mesti pernah dengar Mamom Milkbooster ni. Mamom ni jenis tablet, dan cara makannya mudah sahaja.Hanya ambil 2 tablet semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Kalau nak lebih berkesan boleh makan 4 kali sekaligus pada bila-bila masa. Hanya kunyah sahaja,  sambil buat kerja lain.. Hehee.


Rasanya pun sangat sedap, rasa vanilla, kadang nak makan satu botol tu..hahaa..tapi kenala makan ikut cara arahan pemakanan yang disuruh ye. Bahan yang terkandung di dalam Mamom ni ialah susu, serbuk kaang soya, susu kambing, serbuk spirulina, vitamin dan mineral, ekstrak alfalfa, serbuk madu lebah, ekstrak kurma, serbuk kismis, ekstrak halba dan macam-macam lagi. Semua bahan ni memang memabntu penambahan susu badan ibu.


Botol ni sangat ringan, botol jenis plastik, memang mudah di bawa ke mana-mana saiz pun takda besar mana. . Mommy memang perlukan Mamom ni bila jalan jauh.

Alhamdulillah, nad memang serasi dengan Mamom ni. Susu makin bertambah,  Farhanah pun sentiasa kenyang je. Selalunya lepas dia susu,  memang lambat juga nak ada susu semula,  tapi lepas makan Mamom,  cepat je penuh.


Kalau sebelum ni,  nad tak pernah pam sebab direct terus bagi Farhanah susu. Lagipun Farhanah ni jenis nak melekat je. Tapi, lepas ambil Mamom, terpaksa pam  sebab kadang Farhanah dah kenyang jadi susu yang penuh ni perlu dipam buat stok dia juga. Boleh tahan juga bila nad pam susu,  dapatla lebih 10 plastik. Dah lama  tak pam tau. .Hahaha. .


5 Tips Semasa Untuk Ibu Yang Ambil Mamom Milkbooster ni
- minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter
- amalkan semasa perut kosong
- elakkan minum minuman berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan pil perancang kerana ia akan mengurangkan keberkesanan produk ini.
- amalkan secara konsisten dan setiap hari
- makan dua tablet waktu pagi dan malam

Mamom telah diiktiraf Halal dan Selamat dan telah mendapat kelulusan Halal JAKIM dan KKM. Jadi takyah rasa was-was ok..Ibu-ibu yang susu tengah merudum tu boleh cuba Mamom ni. Bawah ni nad tunjuk testimoni yang mengambil Mamom ni. alhamdulilah, semua feedback yang bagus, yang penting konsisten dan baca arahan di kotak.





Ibu-ibu yang nak mencuba Mamom, boleh tengok di
Website: www.mamom.my
Facebook; https://www.facebook.com/MaMomMilkBoosterHerbaworks/
Instagram: https://www.instagram.com/mamomhq/

hai assalammualaikum


Beli Satu Percuma Satu Di Food Delivery Shogun2u - Dah lama nak makan shushi, tapi malas betul nak keluar. Nak siapkan anak la, nak fikir parking la..eh semua la..hahaa. Anak pulak nak makan kek..Last-last kita tengok food delivery jela. Cari punya cari, nampak website shogun2u.com. Dekat sini makanan Jepun je. Jadi kita dah nampak shushi..dessert pun ada..hah!!, elok sangat la..Mula tu sign up dulu, then tengok lokasi ada tak dia ambil kawasan kita ni..Hah!!, nasib ada..terus pilih menu..



Tengah pilih menu, nampak makanan buy 1 free 1..Lagi syok..hahaa..Jimat dekat situ.Terus ambil yang buy1 free 1. Dia tak cakap pun expired sampai bila. Memnag ada selalu jela kot..Siap-siap pilih menu, masuk dalam cart. Dah ok semua, tulis alamat, sebab baru sign up kan, tulis semua details. Selesai, terus buat bayar sama ada nak bayar secara online atau cash..up to you la mana sennag kan. Kalau nad online jela. Oh waktu penghantaran pun ikut mana sesuai dengan korang. Dia ada letak waktu..Nad sebab nak makan petang, jadi letak pukul 4 petang.


Sekali dia datang setengah jam awal..hahaha..Takpela, ok la tu. Dari datang lewat kan..Apa lagi, makan petang di luar la kita..gituuuu..



Ni la menu yang nad order. Shushi, kek dan ramen. Ramen tu yang Buy1 Free !..jadi ada dua ramen..


Petang-petang makan simple macam ni memang layan ye..hehehe..Dapat juga makan shushi tanpa perlu keluar. Anak pun suka makan. Ramen tu not bad juga.



So korang kalau nak makan makanan Jepun, nak jimat masa dan tenaga, lagi nak jimat denagn buy1 free 1, boleh je ke website shogun2u.com ..Sign up dulu ye. Selamat menjamu makan Jepun..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2