hai assalammualaikum

Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue Champions - Semua orang kenal buah blueberi kan. Buahnya kecil, kiut, warna biru. Selalu orang buat buah ni dalam resepi kek atau minuman. Rasa US Highbush Blueberi sedap je, segar dan berjuicy. Boleh makan macam tu je. Takda rasa masam tapi memang sedap..hahaa. Anak nad pun makan sedap je, sampai dia suka blueberrie ni tau..hehee..


Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue Champions

Buah ni walaupun kecil tapi banyak manfaat dia. Dibekalkan padat dengan nutrien yang dapat mengelakkan dari penyakit jantung, kanser dan penuaan. Sebab tu blueberi ni di anggap " The Little Champions ". Kempen yang dijalankan oleh US HIGHBUSH BLUEBERRY COUNCIL untuk memberitahu manfaat, kelebihan yang ada pada buah blueberi ni pada kesihatan tubuh badan kita.


US Hisghbush Blueberi berasal dari North America dan buah ini mula berbuah dari bulan April hingga akhir bulan September. Masa nad makan buah blueberi ni, memang rasa segar dan tak lembik. Kalau korang nak tau, blueberi ni dibekukan terus dari ladang, maksudnya, selepas petik terus dia bekukan dan pek, tanpa buat apa-apa proses lain dan sebab tu US Highbush Blueberi ni masih ada lagi kesegaran dan rasanya yang sedap tanpa menghilangkan nutrisi yang ada pada buah ini. Yela, kadang ada blueberi yang dibiarkan lama akan lembik dan tak elok rupanya. Blueberi ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 10 bulan .



AS adalah pengeluar blueberi terbesar di dunia. Dengan cuaca iklim yang sangat bagus, mereka dapat menghasilkan blueberries yang berkualiti tinggi dan dihantar segar ke seluruh dunia.


Manfaat lain buah blueberi ni memang luar biasa untuk kesihatan tubuh badan kita - Buah ini penuh dengan Vitamin C dan setiap per cup menyediakan 25% daripada keperluan vitamin harian, 5% vitamin B6 dan 36% daripada pengambilan vitamin K. Mengamalkan pemakanan buah blueberi dari peringkat awal,  usia muda dapat mengurangkan tahap kolestrol, melambatkan penuaan dan mencegah kerosakan DNA yang secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser.


Buah blueberi ni boleh jadi makanan snek harian korang. Kalau kita nak hidup kita sihat, mestilah amalkan pemakanan yang berkhasiat kan. Blueberi ni korang boleh jadikan makanan ringan, makan macam tu sahaja. Buah-buahan la elok kita ambil sebagai penganti snek dari ambil makanan snek yang tak berkhasiat tu kan...mungkin korang tak terfikir, hah sekarang dah tau, jomlah ubah cara pemakanan kita..hehee..





Nak lagi sedap, buat kek dan minuman blueberi...nyum..


Masa tu, ada juga demo masakan menggunakan US Highbush Blueberi yang dibuat oleh Malaysian Fitness Icon and Health advocate, Linora Low. Linora Low sendiri berkata " Bagi mereka yang berpengalaman dalam gaya hidup aktif, ia adalah makanan ringan yang membuat rasa kenyang, dapat mengurangkan keradangan dan menurunkan tekanan darah. Ia juga mempunyai hanya 80 kalori per cup, hampir tiada lemak dan rendah natrium"..






Resepi yang dikongsi olehnya sangat bagus untuk mereka yang ingin menjalankan gaya hidup sihat, paling penting sesuai untuk semua. Dua resepi yang dibuat ialah Cauliflower Blueberry Muffin dan Blueberry Flovoured Milk. Dengan menggunakan buah blueberi makanan dan minuman menjadi lebih menarik dengan rasa yang manis dan warna yang menarik. Buat cara kreatif ni dapat mengalakkan anak-anak kita untuk menyukai buah-buahan dan digantikan sebagai makanan snek. Resepi blueberi ni nad dah kongsi, boleh klik ( Resepi Muffin dan Air smoothie Menggunakan Buah blueberi ).



Tak sangka nad bawak balik sebungkus, anak-anak suka makan..hehee..So bolehla lepas ni buah Blueberi ni wajib ada dalam peti sejuk..hehee..korang boleh dapatkan bluberi ni di pasaraya berdekatan..

Untuk keterangan lanjut oleh layari:-
Website: www.blueberrycouncil.org
Facebook: www.facebook.com/usblueberries
Instagarm : www.instagram.com/ushighbushblueberries
hai assalammualaikum

Serum Terbaik Rawat Jerawat Dan Jeragat : Dr Beau Pure Natural Skin Oil - Dalam rutin penjagaan kulit, serum mestilah ada dalam senarai ye. Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka, sebab ia meresap terus ke dalam kulit. Langkah memakai serum ialah selepas membersihkan muka, pemakaian toner, kemudian serum dan diakhiri dengan moisturiser. Sejak tau serum ni sebenarnya dapat merawat kulit kita, terus nad cari serum yang sesuai.
hai assalammualaikum

Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang - Sekarang nad tengok ramai dah Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia ni. Kebanyakan orang kita memang suka buka bisnes secara kecil-kecilan. Kadang dengan berniaga ni, dapat puas kan hati diri sendiri dan orang lain. Kebanyakan orang kita ni memang kreatif, ada sahaja nak dijualnya, tak kira la dari segi makanan, minuman, kecantikan, kesihatan ataupun kraftangan. Tapi kadang, bila dah berniaga tak tau macam mana nak pasarkan produk mereka, atau yang nak berniaga tapi tak tau macam mana cara yang betul.


Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Hah!!, ni nad nak kongsi dengan korang, bagi orang Pahang yang ada perniagaan atau ingin menjadi usahawan, korang boleh datang ke Karnival Minggu Keusahawanan & PKS Di Kuantan. Karnival ini akan berlangsung pada 26-28 Julai 2019 bertempat di Teluk Cempedak. Tak rugi kalau korang datang sini. Banyak ilmu yang korang akan dapat. Karnival Minggu Keusahawanan & PKS ni dah ada dijalankan di Sarawak dan Kedah. Kali ni khas untuk orang Pahang pulak.

Antara objektif utama Minggu Keusahawanan & PKS ni ialah untuk :
● Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
● Membudayakan keusahawanan
● Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
● Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS




Karnival yang berlangsung ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan produk Keusahawanan PKS, menyertai aktiviti yang dijalankan dan mendapatkan informasi daripada sesi taklimat daripada agensi kerajaan dan ushawan yang terlibat. Paling best ada sharing session bersama usahawan berjaya. Masa ni la korang boleh korek rahsia mereka berjaya dan bagaimana mereka memasarkan produk mereka sehingga dikenali. Masa ni pun korang boleh beramah mesra dengan usahawan di situ dan mana tau, boleh bekerjasama sekali..Hah!!, pandai bercakap, banyaklah korang akan dapat.

Banyak lagi aktiviti yang dijalankan semasa karnival ini.  Tak nak nampak bosan, ada je aktiviti jualan, zumba, mewarna untuk anak-anak dan memasak. Sesuai untuk semua peringkat usia datang ke sini.





Baru-baru ni, program Business Matching telah berlangsung. Tengok ramai betul yang hadir. Bersungguh mereka datang sebab nak jadi usahawan yang berjaya..

Aktiviti seperti ni memang bagus bagi mereka untuk belajar bagaimana cara mempromosikan barangan dan memberi peluang perniagaan untuk mereka yang berminat menjadi usahawan. Masa ni la korang kene pergi..Pergi sini pun percuma je..tak perlu bayar apa-apa..

Pengusaha perlu mempunyai motivasi yang kuat dan berani dalam melakukan perubahan sekiranya ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Pengusaha harus beranikan diri melangkah keluar dari kedudukan sekarang agar dapat meningkatkan lagi ekonomi serta perniagaan yang sedang diusahakan. Korang harus bijak menggunakan peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta pandai membuat keputusan dalam membangunkan perniagaan yang korang dah bangunkan.






Nad suka ke tempat macam ni, sebab nad sendiri sebenarnya minat berniaga. Dulu pun nad belajar dalam bidang keusahawanan. Pernah menjual, pernah buat macam-macam di universiti. Memang bukan senang ye, sebab tu kena ada ilmu dan orang yang bimbing kita untuk berniaga ni. Jadi, untuk orang Pahang, korang save date tu, dan jangan lupa pergi ya...tak rugi pun..


hai assalammualaikum

Bersihkan Muka Dan Makeup Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water - Seharian muka kita ni terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang tidak bersih. Kalau boleh nak cuci muka je setiap masa. Tapi, cuci muka kerap pun tak elok. Kenala cuci dua kali sehari. Kalau cuci sahaja pun belum tentu bersih tau. Jadi, kalau nak kulit muka kita nampak bersih,  elok dan terjaga, dari sebarang kekotoran dan makeup,  wajib bersihkan muka dahulu dengan remover makeup. 
hai assalammualaikum

Farhanah Buat Aksi Stunt Pulak Dekat Kampung - Kalau sebelum ni, balik kampung malu-malu kucing, taknak dekat denagn orang, tapi kali ni lain macam pulak. Nampak budak-budak main dekat kerusi dia pun ikut main..Tak sedar diri tu masih kecik lagi oo..Kakak dengan sepupu dia dah la main lompat-lompat dekat kerusi, dia pun nak juga..

Dijadikan cerita, waktu tegahari, memang nad akan pergi lepak rumah kakak, sebelh rumah mak je. Almaklumla, bila tengahari, rumah mak panas sikit, kita pergi rumah beraircond..hahaa. Mas tu pulak nad tertidur sebab dah nyaman sangat dengan aircond yang dipasang tu..Masa tu sedar yang si Farhanah ni masih dekat sebelah tengah menyusu. Entah macam mana, tiba-tiba dengar suara dia menangis. Teru stersedar dari tidur, tengok dia dah jatuh tertiarap. Terus angkat, nampak dah bulat bengkak dekat dahi..besarrr ooooo...Masa ni tak sempat nak ambil gambar..

Terus balik rumah mak, cari ais. Ambil sapu tangan bubuh ais, tuam dekat dahi dia. Tuam pelan, pelan. Nasib Farhanah ni jenis nangis sekejap je. Dapat ais sukala dia, terus senyap.



Esoknya dah surut sikit bengkak kat kepala tu. Nampak la lebam tu..Muncul pulak lembam sikit dekat dengan mata..alahaii..kesian anak mommy. Entah aksi stunt macam mana ntah dia buat. Mungkin dia duduk dekat bahagian tepi kerusi, lepas tu terjatuh ke bawah. Tertiarap pulak. Muka ke lantai dulu..ermm..


Ni kita cakap nak ambil gambar, pandai pulak dia buat peace..Dah dapat sebenjol macam tu, masih tak sedar lagi, nak juga main lompat-lompat dekat kerusi..haishh anak perempuan aku seorang ni..
hai assalammualaikum



Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga


Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga - Minggu ni,  nad memang bercadang nak duduk kampung seminggu. Bila dah duduk lama tu,  mesti dalam sehari tu nak jalan-jalan keluar pergi shopping mall.  Shopping mall yang selalu kitaorang pergi dan dekat dengan rumah mestila Setia City Mall. Pulak tu,  minggu ni nad tau ada event food fiesta dekat situ. Apa lagi,  ajak kakak, anak buah pergi situ, nak makan sambil tu boleh lepak. Lama juga tak lepak dekat padang Setia City Mall tu.


Sampai sana,  kita jalan-jalan Setia City Mall dulu,  dah lapar baru pergi ke Food Fiesta di Ground Floor hujung sekali berdekatan dengan pintu keluar ke padang Setia City Mall Food Fiesta ni bermula semalam 19 Julai - 21 Julai dan minggu depannya lagi iaitu 26 Julai - 28 Julai dari jam 4 petang sehingga 10 malam.


Food Fiesta ni ada makanan Halal dan Non Halal. Tapi korang jangan risau, ia di letakkan di zon berbeza. Boleh tengok gambar seperti di atas.Dah bagitau siap-siap.







Tempat Food Fiesta ni ada dua tempat, Indoor dan Outdoor . Indoor ni dalam mall,  betul-betul depan pintu nak keluar ke padang. Dalam Indoor ni makanan Thai ada,  kek lapis ada,  kerepek,  warisan opah,  skinny bakers,  dan snek jepun..

Di bahagian outdoor pulak makanan lebih sedap sedikit.. Hehehe.. Ada di bahagian khemah dan foodtruck.




Bahagian luar ni ada makanan Boat Noodle,  Shabu X,  Row Six, Shushi King,  Char Kuew Teow dan banyak lagi..






Ada makanan yang nad pernah rasa dan belum pernah rasa seperti Shabu X yang menjual ondeh dan Row Six menjual Lemongrass Drum Stick.. Yang penting semua sedap.. Nyumnyum..


Dekat sini pun ada durian tau.. Tapi semalam tak sempat..



Hah ni la antara makanan yang nad dengan keluarga dapatkan. Layan la semua..


Ingat nak lepak dekat luar,  tapi entah kenapa malam tu lampu dekat padang takda,  air pancut takda. Jadinya kita makan di meja yang disediakan. Okla ada meja kerusi ni. Dekat luar pun ade meja kerusi.

Semua gembira je dapat makan. Kenyang..


Karnival ni ada macam-macam aktiviti.. Boleh tengok seperti dalam gambar.


Hah!!,  korang yang takda buat apa hujung minggu,  bolehlah datang ke Setia City Mall Food Fiesta ni. Untuk ketahui lebih lanjut,  boleh layari
Website: www.setiacitymall.com
Facebook: https://www.facebook.com/setiacitymall/
Instagram:
https://instagram.com/setiacity.mall/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2