hai assalammualaikum

Minuman Awwa, Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat ,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga - Memang tak dinafikan,  kita boleh tengok,  di pasaran sekarang, pelbagai jenis minuman berperisa dan juga berkhasiat yang ada dijadikan sebagai minuman tambahan seharian. Nad sendiri sebagai pengguna, nad dah cuba pelbagai jenis minuman tambahan yang ada, tapi setiap minuman yang nad ambil berbeza dari segi bahan-bahan yang digunakan. Paling nad suka, minuman itu boleh diminum dan dikongsi bersama seisi keluarga dan mempunyai kebaikan, bukan hanya sekadar minuman.


Minuman Awwa Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga

Baru-baru ni,  ada kawan kenalkan produk minuman Awwa keluaran Imanni Skinz. Minuman Awwa ni keluaran produk terbaru Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan. Awwa ni ada maksud dia, iaitu memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi, menyenangkan.


Bila nad tengok packaging dia memang terus tertarik, dengan gambar air macam tu,  terus cakap " nampak sedap air ni ".. Hahaha.. Belum rasa lagi tu. Minuman Awwa mempunyai tiga perisa yang memang menjadi kesukaan iaitu perisa coklat kurma,  strawberi dan mocha. Selalu sangat nampak coklat kurma kan, tapi strawberry dan mocha kurang,  bila ada ni,  nad cuba semua perisa.. Hehe. Lagi anak kita memang suka air pink ( strawberi).

Bagusnya minuman Awwa ni ia mengandungi bahan istimewa yang yang boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga. Beza minuman Awwa dengan minuman lain ialah bahan-bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai di dalam satu sajian. Penggunaan bahan yang berasaskan makanan sunnah seperti Madu, Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Kismis, Zaitun, Al-Manna dan Kurma ini benar-benar telah menjadikan minuman AWWA lain daripada yang lain.


Bila dapat je, terus nad minum.. Hahhhaa.. Sebab tengok kotak dah nampak sedap..hehhe..Nad cuba dulu minum Awwa perisa coklat kurma.


Cara penyediaan minuman Awwa

Nak sediakan pun senang sahaja. Tuangkan satu paket minuman Coklat Kurma Awwa atau Strawberi atau Coklat Mocha ke dalam secawan ( 150 ml ) air panas. Kemudian kacau dan boleh minum.


Minuman Awwa Tanpa Gula, Tanpa Maltodekstrin Dan Rendah Kalori

Sedap rasa Awwa Coklat Kurma ni, sebab dia tak terlalu manis, dan sedap. Serius, nad tak tau nak cakap macam mana, sebab selalu nad minum air coklat yang ada kurma ni manis sangat. Tapi yang ni, memang lain sangat. Apa yang nad tau, minuman Awwa Coklat Kurma ni tanpa gula dan tanpa maltodekstrin, tu yang rasa dia tak manis sangat, macam nice je la..ishh susah sangat nak tafsirkan..hahaa.. Tapi memang sedap gila..




Sama juga minuman Awwa Strawberi dan Coklat Mocha, tiada gula dan tiada Maltodekstrin. Rasa pun memang rasa asli, yang sedap diminum setiap hari. Macam air Mocha, ia bukan sahaja takda gula dan maltodekstrin malah tiada kafein..jadi elok sangat ambil. Semua minuman Awwa ni juga rendah kalori dan selamat diminum.

Minuman Awwa, Sesuai Diminum Oleh Kanak-Kanak


Hah, anak nad seorang ni kalau nampak warna pink memang pantang ye. Asal warna pink semua dia nak. Bila dia nampak minuman Awwa Strawberi ni, terus dia cakap ' mommy, air Strawberry, Fariza punya, nak mommy, please mommy "..oh my..budak ni kan.


Rasa air Strawberry ni pun sedap..bau dia pun bau strawberi. Rasa dia light je tak manis, rasa macam buah strawberi segar dipetik dari pokok kemudian kita blend dengan susu..memang yummy.. Tengok anak kita, kemain suka ye.


Minuman Awwa ni memang kanak-kanak boleh minum terutama Coklat Kurma dan Strawberry. Ia sesuai untuk di minum seisi keluarga bermula dari usia 10 bulan dan ke atas. Untuk kanak-kanak dengan usia yang masih kecil , disarankan hanya beri ½ sachet.


Untuk Mocha, nad bagi suami minum. Mocha ni ada bahan yang sesuai untuk mereka untuk kempis kan perut atau melawaskan perut. Suami ada juga minum coklat kurma, dia kata semua sedap. Nad ada rasa-rasa sikit, memang sedap. Tak sama Mocha macam kat luar. Dia punya rasa tak terlalu kuat, tapi masih sedap..


Khasiat Minuman Awwa Bukan Sahaja Sekadar Minuman Malah Mempunyai Banyak Kebaikan

Macam nad cakap, minuman Awwa ni bukan sahaja minuman biasa tapi mempunyai kebaikan lain kerana mempunyai bahan istimewa, yang membolehkan ia merawat, mencantikkan dan menambah susu badan.


Untuk Awwa Coklat bukan susu coklat biasa biasa tapi ianya minuman coklat yang di ekstrak dari Buah Koko dengan di tambah dengan 8 makanan sunnah, dimana ia dapat membantu ibu menyusu menambahkan susu badan ( milkbooster ), memberi tenaga, melegakan sembelit, membantu merawat ekzema dan gatal-gatal dan sesuai diambil ibu yang sedang hamil. Awwa Coklat Kurma juga dapat bantu memulihkan pesakit ekzema terutama di kalangan kanak-kanak.









Jadi, kalau sesiapa yang anak dia mempunyai masalah ekzema boleh cuba ambil Arwa Coklat ni. InshaAllah dgn izin Allah. Setidaknya anak akan minum dengan sedap dan semakin sihat dalam satu masa. Kalau boleh kita ikhtiar dan usaha. Atas antara testimoni yang diambil pengguna untuk merawat ekzema.


Awwa Strawberi mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah yang membantu mencerahkan kulit, mengurangakn jerawat dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Awwa Strawberi ni sebenarnya susu kambing berperisa starwberi, tidak hamis dan tak berbau. Elok untuk anti penuaan, imunisasi badan, memberi tenaga, menaikkan hemoglobin dan membantu masalah penghadaman antioksidan. Susu Kurma Strawberi juga turut boleh bantu untuk tambahkan susu ibu (milk booster)


Awwa Coklat Mocha pula terkandung bahan aktif Garnicia Cambogia dan makanan sunnah sangat elok untuk mereka yang kempiskan perut dimana ia dapat melawaskan perut bagi mereka yang ada masalah kurang lawas hingga perut nampak buncit dan sebagainya. Terkandung Asid Hidroksi Sitrik ( HCA ) yang bertindak sebagai bahan yang merencat nafsu makan dan mengurangkan berat badan. HCA mengurangkan aktiviti penting enzim ATP-Citrate Lyase yang terlibat dalam metabolisme lemak. Garnicia Cambogia dipercayai boleh mempercepatkan pengecutan rahim semasa proses berpantang. Ia juga dapat meningkatkan hormon sorotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga. Awwa Coklat Mocha Ia tidak sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak. Ia lebih sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu.

Testimoni Nad Sendiri

Lepas je nad amalkan minuman Awwa ni, memang ada perbezaan sikit. Macam susu makin bertambah, badan tak terlalu letih, fikiran tenang je. Lagi waktu malam sebelum tidur, nad minum, rasa nyaman je badan ni..hehe..

Anak pulak, nad tengok macam makin cergas..hehee..Lagipun dia minum sebab sedap..Elok je diambil sebab ada kandungan makanan sunnah tu. Tu yang bagi dia minum setiap hari.

Suami pun cakap sedap..Dia kata setiap pagi mesti perut dia lawas je. Membuang dengan jayanya..ehhee..

Resepi Minuman Menggunakan Minuman Awwa

Minuman Awwa ni boleh dibuat pelbagai resepi minuman tau..kalau korang rajin..nah ni antara cadangan sajian yang korang boleh buat menggunakan minuman Awwa.




Tengok pun sedap kan. Bukan orang besar je suka, budak-budak lagi suka.

Bagus kan dapat minum minuman yang sedap tapi dalam masa yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau nak buat minuman sebagai minuman harian memang boleh sangat, kalau nak minum sebab nak hilangkan sakit pun boleh. Ikut mana yang korang rasa la kan.




Produk ni pun dalam bentuk sachet. Jadi senang nak bawak pergi mana-mana. Pergi travel ke, pergi berkelah ke..kan..hehee..

Harga sekotak RM35 mempunyai 10 sachet. Sekarang tengah ada promosi, harga RM28. Murah je harga dia dengan  kandungan yang mempunyai bahan-bahan yang berkhasiat dan elok untuk tubuh badan, mampu merawat dan mencantikkan, harga kita tolak tepi..kann..

Minuman ni memang menjadi pilihan tau, sebab kawan cakap, minuman ni ramai orang beli, dan nad pun terjebak. Memang nad rekomen sangat korang yang tengah mencari minuman untuk cantik, tambahkan susu, untuk kempiskan perut,cuba minuman Awwa ni. Lagi-lagi Coklat Kurma tu, sedap ya amat. Minuman ni pun sesuai untuk mereka yang tengah ikhtiar hamil.

Jom sokong produk muslim yang diusahakan oleh anak tempatan.

Kalau korang nak beli, tengok packaging nampak sedap je kan, hehee..korang boleh dapatkan di
Facebook : Awwa Minuman No 1 Untuk Kulit
Instagram : https://www.instagram.com/arwa.hq/
Whatsapp : wasap.my/60136699892/NakTanyaArwa
hai assalammualaikum

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama Akademi SwimRush - Nad tau, mesti ramai yang ingin belajar berenang. Siapa yang tak suka berenang kan? Nad sendiri, ada keinginan nak belajar berenang, nak buat gaya kuak lentang, belajar pernafasan dan macam-macam lagi. Seronok tengok orang yang pandai berenang tu. Kita kalau mandi dekat swimming pool, mandi kaki dekat bawah je..hahaa. Bila cuba berenang, naya tenggelam..hahaa. Sebab tu keinginan nak belajar berenang tu ada. Bukan untuk nad je seorang, untuk anak nad si Fariza tu, nad kalau boleh nak bagi dia pandai berenang. Senang kan, bila budak kecil tau berenang. Takda kita risau sangat bila dia main dekat air.
hai assalammualaikum

Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur - Arghh!!, gatalnya rambut. Tergaru-garu kepala sampai keluar benda putih mekelat dekat baju. Mesti korang pernah rasa kan, bila korang ada masalah rambut kelemumur. Macam tu la jadi dekat nad. Lagi nad jenis yang bertudung, rambut bertutup je. Bila berpeluh lagila haru, dengan bau kepam dia..adoiii.. Takkan selesa kalau rambut tidak dalam keadaan yang baik. Nak buat sesuatu kerja pun terganggu. Siapa yang taknak rambut sihat dan bermaya kan. Jadi ni tips yang nad nak kongsi dekat korang yang ada masalah rambut kelemumur.

Banyak tips untuk atasi masalah rambut ni..Ada cara tradisional, cara rutin harian, dan cara mudah dengan menggunakan beberapa produk sedia ada di pasaran.
hai assalammualaikum

Daging Kunyit Masakan Paling Mudah Dan Disukai Ramai - Lepas habis cuti AidilAdha, balik KL, memang malas nak buat kerja..haha..Yela mood cuti lagi katanya. Nak kemas malas, nak masak malas, tapi kena masak juga. Jadi fikir menu apa yang mudah je nak buat. Nampak daging, keluarkan daging, fikir punya fikir, hah masak daging goreng kunyit jela..hahaa.Bahan tu tak banyak mana, cuma bawang dengan daging je. Patutnya bubuh sayur kacang panjang, tapi kacang panjang takda..

Mungkin rupa biasa je, tapi sedap..hahahaa..Gila la kalau tak sedp..makan pulak dengan nasi panas-panas sekali dengan sambal belacan..hehee..


Masa post dekat facebook, semua cakap menu ni paling mudah dibuat dan sedap..ehhee..Nad belajar makan daging goreng kunyit ni pun bila kawin dengan mr mafia. Kalau tak sebelum ni memng tak pernah makanla daging goreng kunyit ni. Kalau makan dekat kedai Thailand, mesti mr mafia order daging goreng kunyit ni..

Sejak tu nad pun buat. Banyak cara la buat daging goreng kunyit. Memang nampak simple dan mudah, tapi kalau salah cara masak, mesti tak kena tekak. Macam baisalah, tengok youtube macam mana cara buat walaupun senang..hahahaha..

Mulanya nad potong daging nipis-nipis. Jadi, takyahla rebus sangat. Kemudian bubuh serbuk kunyit dengan garam. Masukkan minyak sedikit sahaja dalam 1 sudu besar. Kemudian goreng daging yang dah siap bubuh kunyit tu sehingga garing.

Nampak daging dah garing sikit, masukkan potongan bawang merah ke dalam dan gaul sekali. Gaul bagi sama rata. Dah nampak daging garing bebetul, baru angkat.

Ada orang letak cili padi nak bagi pedas. Nad sebab anak-anak nak makan, jadi tak letak..setel..boleh makan.
hai assalammualaikum

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha, Menu Kari Daging, Ayam Berempah dan Sayur Campur - Seronok bila masing-masing berkumpul dekat rumah mak. Bila semua ada, part masak memasak, sorang ambil satu menu..hahaa. Tu yang nad suka bila balik. Masak sama-sama, takdela penat sorang-sorang. Bila dah sornag masak daging, yang sorang masak ayam. Sorang lagi masak sayur..Dapatla tiga masakan..Haritu, nad masak kari daging, kakak pulak ayam berempah, kakak ipar masak sayur campur. Kita masak senang-senang je, janji sedap..hehee..


Juadah macam ni, cukup untuk kami. Nampak sikit tapi sebenarnya banyak.Kadang orang mana ada makan banyak pu..ambil sikit-sikit..

Ni resepi nad sediakan sekali..


Resepi Kari Daging
Bahan Blender
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/3 inci halia
- 2 batang serai

- bunga lawang
- kayu cengkih
- buah pelaga
- daun kari
- serbuk kari
- santan
- air
- garam dan gula
- Daging korban

Cara memasaknya
- Blender kesemua bahan dan tumiskan sekali dengan bunga lawang, kayu cengkih, buah pelaga dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Bila dah bau sedap, masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Tumis lagi sampai naik bau.
- Masukkan daging yang telah direbus. Daging tak tau banyak mana, sebab mak nad yang sediakan..hahaa..
- Kemudian masukkan air sedikit dna biarkan..
- Bila air dah surut sikit, masukkan santan dan gaul lagi..
- Masukkan garam dan gula.
- Dah rasa agak-agak masak, boleh matikan api dan hidangkan..


Resepi Ayam Berempah..
- Ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai
- Daun kari
- Jintan putih
- Serbuk kunyit

Cara memasaknya
- Blender ke semua bahan
- Gaulkan bersama ayam dan perap sebentar
- Dah perap lama boleh goreng sehingga garing..
- Siap..


Resepi Sayur Campur
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah besar
- Kacang panjang
- Kobis
- Lobak
-Garam dan gula
- Kiub ikan bilis

Cara memasaknya'
- Potong ke semua bahan
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili besar dan kiub ikan bilis.
- Masukkan sayur dan gaul.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan air sedikit bagi berkuah..
- Dah lama sikit, gaul dan siap..

Hah mudah semua..hehee..korang masak lagi sedap kan..
hai assalammualaikum


Sup Tulang, Menu Pertama Selepas Dapat Daging Korban - Hari Raya Aidiladha, tempat nad biasa je. Lepas solat AidilAdha, tengok orang sembelih lembu. Lepas tu duduk la dalam rumah senyap-senyap..hahaa..Bestnya sebab adik beradik semua balik rumah mak, riuhnya dengan anak buah semua la dengan makanan..Lepas je dapat daging korban, mesti mak akan buat sup tulang. Tu la menu pertama selepas dapat daging korban.

Mak masak guna periuk biasa je. Takde pakai noxxa ke apa..Tapi pakai periuk ni memang lama la. Sebab tu lepas dapat terus mak bersihkan dan masuk dalam periuk, terus masak. Petang tu dah siap, kitaorang pun ratah je..hahaaa. Sup tulang ni memang sedap ratah je. Isi tak banyak pun, tapi tu la sedap juga. Nak resepi sup tulang ni, nad ada kongsi sebelum ni, boleh klik Resepi Sup Daging Mudah Dan Sedap.

Sebab menu ni menu pertama, sebab dia mudah nak buat..Tinggal rebus je..Bahan pun takdelah susah mana..Campak-campak dah siap. Mak tak letak banyak sayur pun. Uniknya sup ni tak pakai sup bunjut atau sup kiut ayam tu..ehehehe..hah nak tau macam mana mak nad buat, pergi klik link resepi nad bagi tu..

Sup tulang ni kalau dapat memng sikit. Jadi , kalau dah ramai-rami dekat rumah, kene la kongsi-kongsi ye. Kalau tak, ada yang merajuk tak dapat..hahha..

Banyak daging korban dekat rumah ni. Memang minggu ni makan daging jela..hehee.
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban - Selamat Hari Raya AidilAdha korang.. Harini baru balik kampung..heheh.. Tak sesak Kuala Lumpur, orang dah balik sebelum raya lagi.. Kita  balik Klang je.. Meriah kawan-kawan sambut AidilAdha,  lagi kawan dekat Kelantan.. Seronok tengok.. Raya ni, makanan dekat rumah pun meriah,  ada lontong, ayam masak kicap,  sayur lodeh dan kuah kacang. Semua adik beradik balik kampung..

Tahun ni, bawa anak-anak tengok sembelih lembu. Tahun-tahun sebelum ni tak tengok.. Biasalah ada sepupu dia,  sepupu yang ajak tengok.. Jadi kita biarkan jela dia pergi. Boleh juga, nad pun pergi tengok.
hai assalammualaikum


Meletup Drama Sweet Dreams Gara-Gara Ben Amir Ya!! - Wah, sana sini sebut nama Ben Amir ya. Dekat Facebook, Instagram, sekali whatsup group kau..dasyatt..Macam tu la bila ada pelakon yang handsome, nak pulak heroin yang cantik dan kiut, lembut bagai, memang nama akan disebut-sebut dan drama tu akan meletup, sebab semua orang nak tau siapa dia Ben Amir tu..hahhaa..

Nad ni memang jenis tak kenal sangat nama pelakon, kadang kurang layan drama. Mana yang best, memang layan la. Tapi pelakon Ben Amir ni, nad rasa dia memang pelakon sebelum ni. Sebelum ni rambut dia pendek, tapi dalam drama Sweet Dreams, rambut dia panjang. Ingatkan pelakon baru kan..huhuhu..Ben Amir mula melonjak naik selepas dia berlakon dalam drama Suri Hari Mr Pilot.


Biodata Ben Amir

Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012.

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di UiTM kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.



Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.



Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang dijangka akan bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

( credit :wikipedia )


Katanya, nama dia Ben Amir sebab nama kucing dia yang dah mati..

Sinopsis Sweet Dreams

Siapa layan drama  Sweet Dreams ni..setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam..Selepas habis drama Setelah Terlafaznya Akad, Sweet Dreams ni la pulak cerita dia..Tengok jalan cerita, macam sweet, romantik, kelakar pun ada..hehee..Drama ni didaptasi dari novel..


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.


Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Sama-samalah kita tonton ya..memang aku tengok Mira ni clumsy betul..Part kelakar yang kawan dia tu..hehee..

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa
hai asslammualaikum

Minggu Keusahawanan & PKS Di Pahang Berlangsung Dengan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti - Ingat tak, sebelum ni, nad ada war-warkan Karnival Minggu Keusahawanan & PKS akan berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dan karnival itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pada 26 hingga 28 Julai lepas. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dan PKS Wilayah Timur dan Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) 2019.



Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 zon Pantai Timur telah disempurnakan oleh YB Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Bin Ngah

Karnival ni dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara dan ini  memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan.

Nad tengok karnival ni mendapat sambutan ramai, dan berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu pagi acara MB Fun Run & Ride 2.0, tengokla ramai betul yang join ye. Flag Off  dilakukan oleh YB Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kerajaan Negeri Pahang & Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia..Seronok tengok aktiviti macam ni.








Ada juga pertandingan E sport yang memang mendapat sambutan hangat..Bab ni ramai yang hebat..hehee..Nampak tak ramai anak muda yang join. Bagus kan program macam ni..




Pada waktu malam, ada pula sesi ilmiah TC Berselawat bersama  Shamsul Ghau Ghau, Ejam Medicine dan Maulana Zawawi.





Paling menarik, ada juga aktiviti untuk pelajar . Business Proposal Challenge Kolej Vokasional.. sekarang ramai pelajar dah minat untuk berniaga, jadi masa ni la diaorang boleh sertai, untuk tunjukkan kebolehan mereka. Nad ingat lagi dulu nad belajar keusahawanan, tunjuk proposal dekat Pensyarah, macam kau ni seorang peniaga yang nak menjadi seorang usahawan, kena tau semua perkara bab perniagaan.






Tengok pelajar ni semua ada muka suka berbisnes ni..hehe..Semoga terus berjaya ye dik..

Acara paling menarik, semestinya CEO Talk session. Yang bagi talk ni pun bukan biasa-biasa punya orang, mereka adalah usahawan yang berjaya. Siapa yang pergi dan dengar talk ni memang beruntung. Dapat ilmu percuma dari sini.


Kerajaan Bantu PKS Tembusi Pasaraya Tempatan

SME Corp. Malaysia melalui Program Jejak PKS Pantai Timur 2019 melawat syarikat PJ Food Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan projek pembungkusan produk, pensijilan dan pembelian mesin. Syarikat ini telah bertahan selama lebih dua (2) dekad dan kini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Melalui bantuan yang telah diterima ini, syarikat yang berpengalaman dalam aktiviti pembuatan rempah ratus dan tepung goreng ayam ini telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produknya dan seterusnya berjaya menembusi pasaraya tempatan seperti Pasaraya Darul Makmur (PDM), Tunas Manja Group (TMG) dan Pasaraya Nirwana.




Program Jejak PKS Wilayah Pantai Timur disempurnakan oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia

Boleh nampak kepentingan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, dan karnival ini merupakan salah satu platform kepada PKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka selain memberi peluang dan akses yang lebih besar dalam membantu PKS tempatan mengembangkan pasaran.

Kerajaan telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi pembangunan PKS di Malaysia termasuk melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2020-2030 pada 11 Julai 2019 yang lalu. Selari dengan matlamat DKN, Minggu Keusahawanan & PKS 2019 telah dianjurkan di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS, selain menjadi platform penyebaran maklumat mengenai program Kerajaan dalam membantu pembangunan PKS tempatan.

Diharap, program ni akan dilaksanakan setiap tahun.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2