hai assalammualaikum


Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher Shopee 9.9 Super Instagram Contest Starts Now! - Be the lucky winner to win RM1,000 Shopee Cash Voucher when you join the Shopee 9.9 Super Instagram Contest. Just follow @shopee_my on Instagram and repost the Instagram post (https://www.instagram.com/p/B2BlJ-1Hs7A/) with the caption "Buy everything at Shopee! #Shopee99SuperShoppingDay #Shopee99SuperContest".

The highest number of repost will win RM1,000 Shopee Cash Voucher. Fifty (50) winners will also win the consolation prize of RM50 Shopee Cash Voucher each. Contest starts now and ends on 9 September 2019, 11:59PM. Winners will be announced on Shopee MY's IG. Terms and conditions apply.

The contest is part of Shopee’s signature annual shopping event, 9.9 Super Shopping Day. Taking place from now until 9 September 2019, the campaign offers greater deals and discounts across categories from brands such as Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, MR DIY and Nestle. To enjoy further savings, Shopee is bringing down the minimum spend for free shipping to RM9.

Shopee also recently revealed its newest brand ambassador, Cristiano Ronaldo and he will be working with Shopee across its seven markets in a wide range of activities to engage and inspire people in the region.

Find out more about 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/m/99

hai assalamualaikum

McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka - Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 dan sempena Bulan Merdeka ini, restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia iaitu McDonald's meraikan  37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya," Mekdi " sebutan rakyat Malaysia bagi " McD " di samping memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Nasi Lemak McD.


McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka

Nampak tak perkataan " Mekdi " di belakang nad. Hah!, jangan terkejut, McDonald's tak tukar nama, tapi mereka hanya mengunakan nama samaran itu sempena Hari Merdeka. Macam mana terjadinya perkataan " Mekdi " tu ? Datang dari sebutan orang Malaysia juga la..Selalu kita sebut McDonald's dengan nama pendek sahaja iaitu " McD "..Jadi, McDonald's Malaysia menukar perkataan tu kepada perkataan Malaysia, maka terjadilah " Mekdi "..


Papan Tanda perkataan " Mekdi " ni hanya terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang. Nak tau sebab apa? Sebab McDonalds Bukit Bintang, merupakan McDonald's pertama yang di buka di Malaysia pada tahun 1982. Jadi kalau korang yang lalu lalang dekat sana, bolehla bergambar depan perkataan " Mekdi " tu sebagai kenangan..hehee..

Tak sangka, McDonald's Malaysia dah berusia 37 tahun, dari satu outlet di Bukit Bintang, sekarang dah banyak outlet di seluruh Malaysia. Makanan segera yang menjadi kesukaan orang ramai apabila waktu malas memasak, dan nak cepat..hehee..


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai



Nasi Lemak McD Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia

Siapa sini suka makan Nasi Lemak? Nad pasti semua orang suka makan Nasi Lemak. Kalau ada orang tanya soalan " apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? "..pasti ramai yang jawab, " Nasi Lemak "..Nasi lemak ni memang dah jadi makanan yang disukai, tidak kira makan waktu pagi, siang atau malam. Nad sendiri, suka makan nasi lemak, dengan sambal yang pedas dan sedap, dengan ada timun, ikan bilis, telur..tengah taip ni pun boleh terliur..hehee.


Disebabkan Nasi Lemak ni, makanan yang  rakyat Malaysia memang makan dan cari, tidak kira di mana pun,  McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Nasi Lemak McD, versi hidangan sendiri yang dicintai oleh ramai rakyat Malaysia. Lebih lagi, Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada.


Nasi Lemak McD datang lengkap dengan beras kelapa wangi, ikan bilis yang rangup , timun segar, dan telur goreng, dihiasi dengan sambal pedas. Korang juga boleh tambah sekali dengan  Ayam Goreng McD dan secawan Ais Limau.


Nad dah rasa sendiri Nasi Lemak McD ni, memang sedap sangat. Bagi nad, Nasi Lemak sedap kerana sambal dia, jadi sambal Nasi Lemak McD memang kena sangat. Semua orang cakap sambal Nasi Lemak McD ni sedap. Rasa pedas tapi tak terlalu pedas. Lagi meriah kalau makan Nasi Lemak McD ni bersama keluarga dan kawan-kawan.



Menyertai Petisyen Di Change.org Untuk Menjadikan Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia

Jadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.

Nasi Lemak adalah makanan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi, McDonald’s Malaysia memerlukan 1 Juta tandatangan daripada anda semua untuk menjadikan inisiatif ini suatu kenyataan sebelum Hari Malaysia (16 September 2019).



McDonald's Malaysia telah memulakan petisyen di seluruh negara di Change.org untuk mengadakan perhimpunan untuk Nasi Lemak untuk diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jom korang,  beramai-ramai menandatangani petisyen ini demi menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia!


Pakat ajak keluarga, kawan-kawan, sedara mara, pakwa makwa, semua la untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ni. Korang boleh klik bit.ly/nasilemakmalaysia


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.



- Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

- Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

- Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia ( hanya untuk restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd ): McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

- Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

- Aktiviti akar umbi setempat: Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

- Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia: Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Melati menambah, "Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald's Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami."

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

hai assalammualaikum

Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Korang pernah dengar produk Himalaya tak. Nad tau pun dari kawan-kawan nad yang ambil produk Himalaya ni. Selalu juga nad nampak kedai Himalaya ni dalam shopping mall, tapi jarang masuk. Selepas baca  maklumbalas dari kawan-kwan, diaorang cakap produk Himalaya ni bagus. Sejak tu, nad terus cuba pakai produk Himalaya ni. Sebelum ni, beli produk untuk anak-anak ( bonnisan untuk tambah selera anak ) dengan skincare je, sekarang nad ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness untuk kesihatan tubuh badan nad.

Kalau dulu muda remaja, tak risau sangat badan ni, tak risau kesihatan langsung, yela, muda kan, kuat katanya. Dah dewasa, beranak pinak ni, macam-macam pulak tak kena dengan kesihatan, dengan badan ni. Dah paham la, kita ni makin berusia..hahaha..Jadi, sakit sana sini..Hormon badan tak stabil, penat, tekanan. Mudah sangat badan ni lenguh, sakit sendi la, package denagn sembelit..perut tak lawas...haishh, macam-macam la...Sebab tu nad cuba ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowell Wellnes Triphala dan Women Wellness Shatavari.


Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Ok nad cerita satu-satu produk ya..



Women Wellness Shatavari

Women Wellness Shatavari ialah produk untuk menyokong kesihatan wanita, mengawal haid dan untuk wanita selepas melahirkan anak.


Mesti korang tertanya, Shatavari tu apa? Hah Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular dengan tepat dipanggil "Formula Kesihatan Perempuan". Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'dia yang memiliki 100 suami', yang menunjukkan peranan penting herba dalam kesihatan dan daya hidup keseluruhan wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.

Bahan-bahan lain: Mikrosial Selulosa, Kalsium Hidrogen Phosphate Dihydrate, Silica Colloidal Anydrous, Magnesium Stearate.


Antara kelebihan Women Wellness Shatavari ni ialah:
- Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
- Membantu merawat gejala PMS dgn melegakan kesakitan
- Meremajakan kesihatan dalaman
- Mengurangkan simptom menopause
- Meningkatkan kesuburan
- membantu ibu baru untuk menyusu
- membantu dengan memulih badan ibu selepas pelahiran
- membantu mengatasi keletihan

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang sedang menopaus.
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
4. Ibu menyusu dengan susu ibu yang rendah


Cara nak mengambilnya:
- Ambil 2 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Dalam satu botol ada 60 biji kapsul.

Selepas nad ambil Women Wellness Shatavari ni, badan nad rasa lain je. Rasa lebih bertenaga. Paling ketara, bila haid datang lepas ambil Shatavari ni. Nad memang jarang kena period ( haid )..orang kata biasa, tapi nad taknak la. Kalau boleh nak keluarkan darah kotor tu. Dan ambil ni, alhamdulillah, ok. Pada masa sama, susu pun bertambah. sebab tu adik nak melekat je..

Untuk mereka yang ada Diabetes / Hipertensif disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakan produk ini.

Ok, produk kedua pulak



Bowell Wellness Triphala

Dekat kotak dia cakap Bowell Wellness Triphala ni dapat bantu penghadaman dan masalah sembelit. Hah!!,masalah nad bab perut tak lawas memang dah lama terjadi. Lepas dua atau tiga hari baru nak membuang. Bila dapat buang tu perit giler..Dulu tak tau apa ubat perlu ambil. Biarkan jela. Lepas kenal Himalaya Wellness, ada ubat untuk masalah sembelit, hah terus cuba.

Triphala (Tiga buah ) adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Perumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen yang unik untuk kesan yang dapat memberikan kesihatan.


Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.

Bahan yang ada Ekstrak Triphala (buah Amla (Emblica officinalis), buah myrobalan belleric (Terminalia bellirica), cherobic myrobalan buah (Terminalia chebula) - 250 mg. , Koloid silikon dioksida, magnesium stearate.

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1) Orang yang mengalami sembelit kronik.
2) Orang yang senak, perut kembung dan belching.


Cara ambilnya;
Ambil 2 kapsul selepas makan dua kali sehari.

Gembira gila lepas ambil Bowell Wellness Triphala ni. Nad dah tak sembelit, lancar je usus ni. Makan malam tu, esok paginya mesti membuang..hehee..Badan pun rasa ringan, dan ok je.

Sebenarnya bukan ubat ni sahaja kita kena ambil, dari segi pemakanan dan senaman pun kita kena titiberatkan. Paling penting minum banyak cecair: Air dan cecair yang mencukupi akan membantu melembutkan najis.



No Added
Apa yang nad suka dengan produk Himalaya Wellness ni, sebab produk dia tiada gula tambahan, warna tiruan, perisa tiruan, bahan pengawet, bahan soya dan tenusu. Bahan-bahan yang digunakan berasaskan herba.



Dua produk ni boleh diambil secara serentak selepas makan..


Produk Himalaya Wellness semestinya Halal..

Lagi satu, kesemua produk Himalaya Wellness ni perlu dapatkan nasihat doktor, yang ada penyakit, ibu mengandung tu..ok..


Korang kalau nak cuba, boleh dapatkan produk Himalaya Wellness ni di kedai Himalaya sendiri, sellaunya di dalam shopping mall, banyak sekarang ada. Kalau susah sangat, dekat Watson pun ada jual. Hah nak lagi senang, beli online je..hehe..

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Website: http://www.himalayainasia.com/index.php
Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/?hl=en
hai assalammualaikum

Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak - Besarkan anak-anak bukan la perkara yang mudah, banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit. Apabila anak makin membesar dan mula terdedah kepada penyakit, secara tidak langsung tubuhnya akan memberi isyarat kepada sistem imun badan.
hai assalammualaikum

Sambutan Ulang Tahun Ke - 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM - Khamis semalam, nad sama-sama sambut ulang tahun ke - 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Bagi korang yang tak tau, Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan keluarga pesakit dan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni merupakan rumah penginapan dalam hospital pertama di rantau ASEAN bagi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik.


Pertama kali nad tengok sendiri depan-depan rumah Ronald McDonald ni. Nad tengok luar sahaja, tak masuk dalam pun. Rumah ni telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dan  hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:
Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa)
Bilangan katil: 57 katil
Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan



Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Pada haritu, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi sama-sama meraikan ulangtahun Rumah Ronald McDonald ni.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”

Rumah Ronald McDonald ( RRM ) di HCTM-UKM dibina hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Kalau korang perasan, masa korang beli makanan dekat restoran McDonalds, ada tabung sumbangan RMHC Malaysia dekat kaunter order tu. Tu la salah satu cara, Rumah Ronald McDonal ni terbina, hasil sumbangan dari orang awam yang prihatin. Lepas ni korang nampak tabung tu, bolehlah masukkan sedikit duit ke dalam.

Awal pembinaan, RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM2 juta. Sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”


Kerjasama rapat pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga dan pesakit kanak-kanak yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.”


Pada haritu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada adik-adik NASOM Maestro Choir dan anak autisme dari PPKI SMK Sentul Utama iaitu adik Muhammad Irfan Bin Makmur.


Ada juga sesi perkongsian ibu bapa dan pesakit yang menginap di Ronald McDonald. Sedih bila dengar kisah mereka. Anak menghidapi penyakit dari kecil sampai sekarang. Masih mendapatkan rawatan di HUKM. Dalam kesedihan ada kegembiraan, di mana ibu bapa dapat duduk bersama anak, teman anak membuat rawatan, dengan adanya Rumah Ronald McDonald ni. Sebab ada sebahagian pesakit yang datang dari jauh. Bagus sangat RMHC buat rumah ni demi keselesaan ibu bapa dan pesakit.


RMHC memberi tumpuan kepada 4 Program Utama

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu
- Rumah Ronald McDonald ( menyediakan kemudahan asas penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga )
- Bilik Sensori Ronald McDonald ( khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran,penglihatan, rasa dan bau )
-‘Gift of Smile’ ( membiayai kos pembedahan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak )
- Pek Kembali ke Sekolah ( meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg sekolah, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah )

Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sebab tu sumbangan yang diberikan di tabung derma restoran McDonald's begitu bermakna bagi memberi peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.


Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Korang boleh hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

hai assalammualaikum

BioXcellent Colla W.Diamond, Rahsia Kulit Wajah Cantik, Cerah Dan Kekal Sihat - Pernah dengar kan, nak cantik luaran, mestilah dari dalaman. Selalu, kita ambil berat luaran, tapi dalaman diabaikan. Sebab tu la muka nampak makin kurang berseri, kurang anjal, disebabkan kolagen dalam badan tiada. Bila tengok usia, belum tua lagi, tapi muka dah kendur,..huishh, dasyat sangat tu. Jangan biarkan,kalau boleh, biar muka nampak muda bergetah berbanding usia sebenar .

Jadi, cepat-cepat cari makanan tambahan untuk dalaman bagi menaikkan seri wajah, kekal cerah dan sihat. Salah satu produk yang nad dah cuba dan nad nak kongsi dengan korang ialah BioXcellent Colla W.Diamond.

hai assalammualaikum

BloomingWithIlly : Beach Clean Di Pantai Bagan Lalang - Hari Sabtu haritu, nad join satu event under Illy. Event yang sangat menyeronokkan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga. Nad memang suka event macam ni, yang bukan kita seorang je seronok, tapi anka-anak seronok juga, event bersama keluarga. 
hai assalammualaikum


Nikmati "Street Food" Vietnam Di Pho Street Dengan Harga Promosi Sempena Merdeka - Siapa yang pernah pergi Vietnam, dan rindu makanan Vietnam atau yang belum pernah pergi tapi nak cuba makanan Vietnam, hah!! nad ada jumpa satu port makanan "Street Food" Vietnam ni iaitu di Pho Street di L3 Mytown berdekatan dengan panggung wayang. Pho Street ni ada 6 outlet dan ini adalah salah satu tempatnya dan ia adalah makanan halal dan muslim friendly. Pho Street ni restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan " Street Food"  Vietnam.



Masa sampai ni, nad terus tengok ruang tempat dia, dekorasi tempat ni. Nad suka dengan dekorasi dia, nampak traditional, dengan hiasan lampu yang ditutup dengan basket, lampu ala-ala romantik gitu. Dah macam dekat Vietnam je..hehehe..Tempat luas, dan selesa, memang best lepak dengan kawan-kawan atau keluarga makan sini.

Makanan Vietnam yang nad pernah makan cuma Spring Roll je, yang ada sayuran dan udang tu. Tu pun order dengan orang. Kali ni nad dapat rasa menu Vietnam lain.

Sempena Bulan Merdeka yang ke 62 bakal tiba ini, pelbagai hidangan yang ditawarkan di Pho Street sempena kempen " We Are Pho Everyone " dan mereka juga ada membuat promosi hidangan yang cukup hebat dengan harga hanya serendah 62 sen..woww..mesti korang teruja kan..hehee..Nad pun teruja, sebab nad pun akan terjah waktu promosi tu ajak keluarga..hehee..Promosi ini bagi meraikan Bulan Merdeka bersama rakyat Malaysia dengan hidangan yang hebat yang pasti disukai terutama penggemar makanan Vietnam.


Nikmati Pho Beef Combination Di Pho Street Dengan Harga Serendah RM 0.62 sen Semangkuk Sempena Merdeka Promosi

Sempena Bulan Merdeka yang bakal tiba ni, Pho Street ada membuat kempen " We Are Pho Everyone " di mana, mereka membuat promosi menu mereka yang super duper sedap yang korang mesti cuba. iaitu Pho Beef Combination.



Pho Beef combination akan dijual dengan harga serendah RM0.62 pada 8 September, bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang di ke semua 6 outlet Pho Street. Hanya dua jam sahaja guys..mangkuk besar, harga semurah tu..fuh..memang korang kene cepat.

Pada 9 September sehingga 16 September, Pho Beef Combination ni akan dijual dengan harga diskaun sebanyak RM6.20 daripada harga sebenar. Harga sebenar dalam RM19.90 jadi diskaun dia jadi RM 13 lebih..masih murah!!


Menu ni memang korang wajib cuba bila datang ke Pho Street. Pho Beef Combination yang diisi dalam mangkuk yang besar. Bukan kecik ye, tapi mangkuk besar. Pho Beef Combination ni sup campuran macam kuew teow tapi lain sikit, kemudian ada pelbagai jenis beef  iaitu beef balls, beef slices, beef shank, beef tandons dan beef tripe. Memnag mantap, puas hati dapat makan. Portion mangkuk tu boleh kongsi dua orang, tapi waktu tu nad lapar gila, nad habiskan sorang..hahaha..kenyang wei..sup tu sampai nad hirup, sebab sup dia memang "nice " je..senang cerita sedappp..

Nak lagi sedap, selalu sup kita makan dengan sambal kan, hah dekat sini ia ada sambal tersendiri. Boleh tahan pedas sambal tu, tapi nad lupa ambil gamabr sambal tu..hehe..

Menariknya menu ini yang turut dikenali sebagai “Beef Noodle” mengambil masa 8 jam hanya untuk menghasilkan air rebusan daging istimewa. Mee berasnya pula khas dari Vietnam dengan kualiti daging yang disahkan halal dan semua dibuat dengan homemade reseipi mereka sendiri.Patutla sedap, tengokla, rebus dia lama betul.


"Street Food" Vietnam Di Pho Street Yang Super Duper Sedap

Selain Pho Beef Combination, ada pelbagai jenis menu lagi yang dihidangkan, antaranya snacks, noodles and nasi dan juga trending banh mi ( Vietnamese Sandwinch ).

Vietnamese Spring roll, tapi nama dekat sini ialah Fresh Summer Roll With Prawn and Fresh Herbs, menu yang nad dah biasa makan. Satu lagi ialah crispy spring roll. Fresh Summer Roll,  nad memang suka isi udang, saiz dia besar dan bahan-bahan dalam tu memang segar. Cecah dengan sos dia...aummm..




Crispy Spring Roll, pertama kali rasa. Tengok macam keropok lekor je..hahaa..tapi lain sikit. Sedap giler, sebab dia rangup dekat luar, lembut di dalam.


Yang ni pulak Nasi dengan Roasted Lemongrass Chicken. Ayam dia lembut dan memang sedap.


Kopi Ais Vietnam memang terbaik. Patut la orang ramai cakap kopi Vietnam ni sedap. Memang kaw bila nad rasa. Datang sini lepak dengan kawan sambil minum kopi Vietnam memang syok oo..


Air lain, korang boleh cuba ialah Passionfruit & Basil Mojito.

Dessert pulak yang tengah-tengah tu, Vietnamese Three Colour. Rasa dia macam cendol..bawah sekali warna kuning tu sweet corn yang diblender..jadi dessert ni di letak dalam cawan, minum terus macam tu.

Kesemua bahan masakan di Pho Street hanya menggunakan bahan-bahan segar, dipilih dengan teliti untuk rasa unik mereka yang melengkapkan hidangan aromatik.


Ms Sow Keng Foo berkata, hidangan mereka menggunakan bahan-bahan segar. Mereka sangat berhati-hati dalam memilih bahan bagi mencapai rasa dan aroma sentiasa mencapai tahap yang terbaik. Ditambah lagi, di dapur, diketuai oleh seorang Chef Eksekutif yang memastikan makanan di Pho Street menetapi citarasa dan rasa menyerupai makanan di Vietnam.


Hah, apa lagi, bawak keluarga, kawan-kawan merasai dan menikmati makanan Vietnam dengan harga promosi Bulan Merdeka di 6 outlet mereka. Pastikan order Pho Beef Combination dan kopi vietnam mereka..hehe.

Untuk info lebih lanjut berkenaan " We Are Pho Everyone " promosi ni korang boleh layari https://www.facebook.com/photostreetMY/

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2