hai assalammualaikum

Kitkat Chocolatory, Tebus Dua Set Kitkat Chef Creation Di Pop Up Store Di Sunway Pyramid - Coklat yang nad suka makan ketika penat, stress atau nak rehat lepas buat kerja, semestinya Kitkat. Korang mesti tau kan, Kitkat ni sukala keluarkan bermacam-macam jenis perisa. Dah banyak jenis perisa nad pernah makan, seperti Kitkat Rose Bandung, Teh Tarik, popcorn. Semua rasa hampir sama..Kali ni, Kitkat Chocolatory denagn pelbagai perisa daripada makanan Malaysia.


Kitkat Chocolatory, Perisa Makanan Malaysia, Tebus Dua Set Kitkat Cgef Creation Di Pop Up Store Sunway Pyramid.


Kali ni, Kikat Chocolatroy, inspired by Kitkat, menghasilkan coklat Kitkat dengan perisa yang diinpirasikan daripada makanan tempatan seperti Roti Canai, Kari, Nasi Lemak, Kopi , Kaya dan cendol durian. Perghh!!, hebat kan diaorang dapat semu perisa ni. Dan ia dibuat dengan buatan tangan.


Kadang terfikir, macam mana la diaornag boleh buat pelbagai perisa ni, sebab, rasa dia hampir sama denagn makanan tu sendiri.






Nad dah dapatkan Kitkat Chocolatory ni. Dalam satu kotak nad ada Kitkat Durian, Kitkat Apam Balik, Kitkat Nasi Lemak dan Kitkat Bandung. Semuanya sedap dan hampir sama dengan rasa makanan tu. Cuma Nasi Lemak jela, dia macam letak coklat dengan chili flakes. Cuma rasa pedas sikit macam tu. Yang lain semua rasa sama..

Apam Balik tu memang sama, durian pun sama, sampai anak nad pun tau, "mmmpphh mommy rasa durian la"..nampak tak..heheee..sama juga dengan bandung..


Korang pun boleh rasa Kitkat Chocolatory ni. Ada banyak lagi perisa yang ada. Korang boleh tebus dua set Kitkat Chef Creation ni di Pop up Sunway Pyramid dari tarikh 26 August sehingga 6 Oktober 2019. Pergila dan rasa..

Oh, Kitkat Chocolatory ni juga boleh didapati di Mid Valley Megamall, Lazada dan Shopee.
hai assalammualaikum

Jalan Ke Beryl's Chocolate History Dan Makan Aiskrim Whey Chillin Di Jalan Panggong - Tak sangka banyak juga kedai menarik dekat Jalan Panggong Kuala Lumpur ni. Selepas nad makan di Luckin Kopi, dah kenyang perut, apa lagi, jalan-jalan la tengok kedai apa yang menarik dekat sini.


Beryl's Chocolate Jalan Panggong

Selang satu atau dua kedai dari Luckin Kopi, nad masuk ke kedai coklat Beryls. Biasalah, bila nampak kedai coklat mesti nak masuk punya. Lagi, coklat Beryl's memang nad jarang makan. Tapi tak sangka, rupanya coklat Beryl's ni digemari ramai, sebab bila nad post gamabr dekat media sosial, ramai cakap suka coklat ni.





Memang macam-macam jenis coklat ada dekat kedai Beryl's ni. Yang atas meja ni, coklat koko dari pelbagai negara. Setiap coklat berbeza rasa. Ada yang pahit dan ada yang manis.

Ada juga coklat durian..Tak tau pulak rasa dia macam mana..ehehe..

Kedai coklat Beryl's ni ada di beberapa outlet dia, dan kedai di Jalan Panggong ni baru sahaja dibuka. Korang boleh google mana outlet kedai Beryl's ni.


Whey Chillin Aiskrim 

Lepas tu, pergi pulak ke kedai aiskrim Whey Chillin..Kedai kecil-kecil je. Perlu naik atas untuk makan aiskrim ni.




Macam-macam jenis aiskrim ada, Vanila, coklat, strawberry, tiramisu dan macam-macam lagi..


Harga dia ikut saiz aiskrim..


Bagusnya aiskrim ni, low fat, no sugar, low kalori, low carb dan high protein. Rasa dia memang unik la..hehee..Memang aiskrim yang sihat..hehee


Layan sangat makan aiskrim ni, lagi bila cuaca panas ni.

Kalau korang jalan-jalan area Jalan Panggong, boleh singgah kedai aiskrim ni.


Nak senang, ni alamat kedai, 5, Jalan Balai Polis 50000 Kuala Lumpur Malaysia Untuk tau lebih lanjut, korang boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/WheyChillin-KL-104673660901084/
Instagram: https://www.instagram.com/wheychillin/

BENGKAK LEHER, DISYAKI TIROID

in , , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid - Bila kakak kau seorang nurse, dan dia boleh nampak bengkak dekat leher kau, terus dia cakap


" diah, leher ko nampak besar la, pergi klinik cek, takut ko kene tiroid ke"..tu kata-kata sebelum raya haji, tapi aku tak pergi juga klinik.

Masa raya haji, aku balik kampung, kakak tegur lagi " ko tak pergi klinik lagi ke? , pergi la..nampak sangakt leher ko besar, bengkak ni "..aku dah mula cuak..sejak dia cakap tu memnag aku google je la pasal tiroid ni. Kakak sorang je perasa, aku, mak, atau suami, langsung tak perasan pasal bengkak dekat leher ni..huhu..


Kakak cakap, antara sebab tiroid, kurus badan tak naik, mata hampir terkeluar. Aku tengok diri aku, memang ada semua tu, tapi ni sejak dari sekolah lagi..mana la nak terfikir semua tu. Aku tengok leher sebelum ni biasa je ( yela tak tau lagi pasal penyakit tiroid ni ).

Dan, dalam beberapa hari tu, kadang-kadang, aku susah bernafas, aku fikir, rumah ni sempit. Tapi kalau balikkampung, ok je..Yela rumah kampung boleh keluar, udara lain sikit. Lepas tu aku cepat marah. Aku fikir, sebab aku banyak kerja. Kerja tak siap, anak kacau, memang la marah..huhu. Haritu susah nak tidur. Cepat debar, jantung laju. Tapi tu bukan selalu. Tu bila waktu aku macam banyak kerja, dengan perangai anak lagi..dengan keadaan rumah..sebab tu aku tak fikir lain.

Ada terbaca pasal tiroid, apa yang aku alami ni salah satu punca juga simptom tiroid.

Tapi dah kakak pesan, pergi jela klinik, dia ambil darah, je, nak tau ade tiroid ke tak..ok la aku pun pergi. Risau juga.

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid

Pergila klinik kerajaan. Jumpa doktor, bgtau diapasal bengkak leher ni. Dia tengok, dia syaki aku macam kena tiroid. Dah cakap macam-macam, dia google terus, pemakanan apa yang tak boleh aku makan.

Antaranya, brokoli, kobis, pasta,..ada lagi dia sebut, aku lupa. Dan kalau nak tau, makanan ni semuala yang aku suka makan..oh my..

Lepas tu dia suruh pergi cek jantung. Ya, jantung aku laju..ni pun salah satu antara simptom tiroid. Tapi dia masa tu tak kene ambil darah. Dia suruh datang bulan 10. Pergh!!, lambat..aku nak tau cepat.

Whatsup kakak aku, kemudian dia cakap, " cek jela dekat klinik biasa, cepat sikit. ambil darah sekejap je "..

Esoknya pergi klinik biasa, sebab aku sendiri dah risau, dan nak tau pasal penyakit aku ni. Macam biasa bgtau dekat doktor, kenapa. Dia cek, dia ambil pernafasan, tekanan darah semua.


Doktor ni cek, tengok leher, kemudian belakang, dia cakap ada bengkak sikit di bahagian leher belakang belah kiri. Dia cakap lagi, ada rasa mudah lupa tak, aku cakap tak..hhahaha..sebab setiap kali barang laki aku dia lupa letak mana, aku yang ingat atau jumpa. Melainkan aku buat kerja ruamh banyak, then aku lupa nak buat ape lepas tu..ahhaa..tapi tu biasalah mak-mak, dah buat tu nak buat ini..kihkih..

Pastu dia cakap ada rasa debar tak?, hah, tu aku cakap sekali sekala, nafas laju. Kemudian doktor suruh aku angkat tangan. Sebab salah satu simptom tiroid lagi, bila ko angkat tangan ke depan, akan goyang, macam mengeletar. Aku buat ok je..hahaa..

Weii doktor cakap, rambut gugu rpun punca tiroid..hahaa..aku memnag la ade rambut gugur, duk fikir sebab anak je..hehee..


Dia kata takpe, ambil darah nanti tau keputusan dekat situ. Doktor tu suruh nurse ambil jarum, untuk ambil darah tiroid. Macam baisalah, dah nampak jarum, aku paling ke tempat lain la. Darah pun dah ambil. Dah selesai, balikla..tunggu jele keputusan darah tu.

Dan semalam, klinik tu call, kata keputusan darah dah keluar. Harini aku pergi. Harap takde perkara yang membimbangkan..Risau memang risau, dan macam biasa, aku akan buat perkara macam tiada apa berlaku..

Ni antara info sedikit berkenaan Tiroid..

Tiroid ni ada dua tau satu hypotiroid dan satu lagi hypertiroid.

Apa itu kelenjar tiroid?
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan. Semua orang ada tiroid ni, tapi akan jadi maslaah jika

Hipotiroidisme: Apabila thyroid anda tidak mencukupi hormon tiroid. Ia juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Ini melambatkan banyak fungsi tubuh anda, seperti metabolisme anda.

Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
- Lesu
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
- Kulit kering
- Sembelit
- Sentiasa berasa sejuk
- Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

Hipertiroidsime: Atau tiroid terlalu aktif, menyebabkan tiroid anda membuat lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan anda. Ini mempercepatkan banyak fungsi badan anda, seperti metabolisme dan kadar jantung anda.

Gejala atau simptom Tiroid
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar
- Degupan jantung yang laju
- Mudah berpeluh dan panas
- Susut berat badan
- Lesu dan cepat berasa letih

Ni jela..nnati aku cerita lagi lepas dapat keputusan darah. Doakan kesihatan aku baik-baik sahaja ok.
hai assalammualaikum

Teh Boh Digemari Ramai Walaupun Sudah 90 Tahun - Teringat dulu, zaman kanak-kanak, mak selalu sediakan sarapan pagi atau minum malam dengan air teh BOH. Kitaorang adik beradik, cepat-cepat duduk, dengan cawan masing-masing. Lepas tu, ambil biskut dan cicah. Sambil makan, sambil berborak...rindu sangat waktu tu. Sebenarnya sampai sekarang nad masih buat pun, dengan anak sendiri la..hehee..Teh BOH memang digemari walaupun sudah 90 tahun lamanya. Minuman teh yang menyegarkan dan sedap dinikmati dengan apa sahaja makanan, seperti nasi lemak, kuih, pencuci mulut dan macam-macam lagi.


Teh Boh Digemari Ramai Walaupun Sudah 90 Tahun, Ada BOH Ada Ummph!!

Teh BOH minuman teh popular sejak 1929 lagi. BOH telah wujud selama 90 tahun dan masih kukuh "Experteas" dan merupakan jenama untuk setiap generasi. Teh BOH ni telah menjadi air minuman ruji masyarakat Malaysia, tidak kira Melayu, China dan India. Ia telah menjadi sebahagian daripada keluarga sejak zaman nenek moyang lagi. Nad pasti, air teh BOH ni ada di simpan di setiap rumah di Malaysia.


Minuman ini digemari kerana aromanya yang memikat. Aroma teh BOH sememangnya menjanjikan kelainan rasa dan keunikan tersendiri. Rasanya yang sedap, masih tidak berubah, warnanya yang menarik, dan ketika menikmati air ini, memang dapat melegakan tekak dan menghangatkan badan. Sekali minum, memang rasa Ummph!!!!..


Teh BOH dihasilkan di Cameron Highlands

Korang mesti tau dari mana teh BOH ni dihasilkan. Semestinya tempat percutian yang digemari ramai iaitu Cameron Highlands. Salah satu tempat yang wajib pergi apabila bercuti di Cameron Highlands ialah Ladang Teh Sungai Palas. Teruja sangat kan melihat ladang teh yang menghijau, landskap yang menakjubkan dan pemandangan panorama yang menakjubkan, ladang teh benar-benar indah.

Cameron Highlands adalah salah satu tempat pertanian yang paling subur di negara ini, yang mempunyai semua ciri-ciri yang sesuai untuk meningkatkan teh yang luar biasa. Dengan persekitaran tanah tinggi beriklim nyaman dan tanah yang subur serta kepakaran yang diwarisi turun temurun telah menghasilkan teh BOH yang cukup istimewa dengan aroma dan ciri-ciri tersendiri.


Teh BOH diproses dengan teliti untuk mendapatkan kualiti teh yang bagus. BOH menggunakan gabungan kaedah tradisional dan moden untuk menuai dan menghasilkan teh asli yang asli, rasa dan aroma tersendiri.


Dengan Potbag BOH, Minuman Teh Mudah Disediakan

Kalau dulu, teh BOH keluar dalam bentuk serbuk, kemudian dikeluarkan dalam bentuk uncang atau potbag. Minuman teh jadi bertambah mudah disediakan dengan hanya memasukkan teabag ke dalam sebuah teko, dan rendamkan dengan air panas. Kemudian ditambah sedikit gula bagi menambah kemanisan air teh, Siap!!..Dah boleh dihidangkan. Satu potbag BOH cukup untuk satu teko dan diminum beramai-ramai. Potbag nampak sahaja kecil tetapi ia membawa kehangatan dan
kebahagiaan untuk semua generasi.



BOH Menjadi Sebahagian Isi Rumah 

Sampai sekarang, nad dah bekeluarga pun masih minum air teh BOH ni. Suami nad memang gila kan air teh lagi-lagi teh BOH ni. Stok dekat rumah memang sentiasa ada, tak pernah tak ada. Pada nad, BOH dapat menyatukan keluarga dan memberi ikatan yang kuat sebab semua orang suka dengan teh BOH. Sampai anak-anak sendiri suka minum air teh ni. Anak-anak ikut cara mak waktu kecik. Minum air teh dengan biskut..hehee..


Kemana-mana sahaja, pasti akan ada minuman teh ni. Kepekatan, keunikan dan perisanya, telah menghasilkan teh keemasan kepada mereka yang ingin menikmati masa-masa yang teristimewa bersama keluarga dan sahabat handai. Yang pastinya, Ummph dikongsi bersama. Tanpa teh BOH, rasa tak lengkap je. Bila tetamu datang ke rumah, pasti minuman teh BOH ni akan dihidangkan. Sambil minum, sambil berborak menghabiskan masa bersama.


Ketika buat kerja pun, nad menikmati dengan secawan teh BOH..Masa tu, rasa dapat pulak banyak idea, dan kerja dengan keadaan yang tenang.

BOH telah menjadi sebahagian daripada isi rumah dan menjadi kegemaran semua orang, bukan sahaja orang tua, dewasa, malah anak-anak dapat menikmati air teh ini. BOH dapat memupuk perpaduan dan mewujudkan keseragaman di kalangan orang yang tersayang.


Teh BOH Boleh Dinikmati Pelbagai Cara

Sebenarnya, air teh ni bukan diminum sebagai  air teh biasa sahaja, malah boleh dinikmati dengan banyak cara. Antaranya, air yang nad buat ni, air teh BOH ditambah dengan halia dan madu. Cara ni bagi membuang angin dalam badan.

Banyak lagi cara, seperti teh ais lemon, teh susu, dan macam-macam lagi.


Teh BOH memang digemari walaupun sudah 90 tahun lamanya. Tidak sah bagi masyarakat Malaysia jika tidak menikmati teh tarik dalam sehari. Ia seperti minuman wajib bagi rakyat Malaysia. Minuman teh yang menyegarkan dan sedap dinikmati pada bila-bila masa sahaja, sama ada pagi,petang atau malam. Teh BOH sudah terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.


Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan BOH boleh layari
Website: https://bohtea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/bohteamalaysia/
hai assalammualaikum


Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap - Pertama kali rasa kopi yang betul-betul KAW!! Tak manis, rasa kopi tu memang asli. Makanan pulak sedap dengan suasana yang santai. Hah, tu la kedai makanan yang nad pergi di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur. Lokasi kedai ni berdekatan dengan MRT Pasar seni. Jangan risau, ada tempat parking untuk kereta, tapi kalau malas nak bawak kereta, boleh je naik MRT..senang..


Hari cuti haritu, Sempena Hari Keputeraan Agong, nad dan keluarga  pergi jalan-jalan ke Pasar Seni. Disebabkan dah lama tak jalan area situ, jadi kami pun menghabiskan masa dalam Kuala Lumpur sahaja, duduk rumah pun bosan. Lagipun, ia berdekatan juga dengan Petaling Street. Sebelum jalan tu, mestilah kene isi perut dulu. Dah kenyang baru syok jalan-jalan kan..ehehe.

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap

Luckin Kopi ni, dari luar tengok kedai macam Chinese punya je, sebab dia macam kawasan China Town, tapi jangan risau, kedai ni Halal dan makanan yang dihidangkan pun makanan Malaysia yang biasa kita makan. Harga sangatla berpatutan.




Kedai pun macam rumah je..hehee..Tu baru luar, belum tengok dalam. Masuk je dalam, wah!!, dekorasi memang santai dan kampung gitu. Memang unik sangat. Kedai ni ada dua bahagian tau. Dan ditengah-tengah kedai ni, ada kawasan menarik untuk bergambar dan bersantai sekejap.



Hah, ni la tempat dia..cantik kan..Ada kerusi, pokok, air..Memang menarik..Sangat sesuai makan sini dengan keluarga atau rakan-rakan. Oh dekat sini ada juga disediakan WIFI free..hehee..


Menu Luckin Kopi, Asian Cuisine

Ok jom tengok apa yang nad makan waktu tu.



Kalau dah namanya kedai kopi, mestilah minuman dia kopi. Kopi dia bukan baisa-biasa, kopi dia memang KAW punya..Kopi yang diproses sendiri dari bji kopi segar yang memberi aroma kopi yang menyenangkan. Memang syok dapat layan kopi dengan keluarga atau rakan-rakan.

Untuk air nad pilih kopi Luckin Kopi Kaw Peng dan Luckin Cham Peng. Siapa pengemar kopi memang patut cuba datang minum kopi dekat sini.

Banyak pilihan makanan yang ada dekat sini, iaitu Nasi Lemak, Pasta, Chicken Chop, Hotpot dan Dessert.

Sebab dah lama tak makan Chicken Chop, nad pun order Chicken Chop with Sos Salted Egg. Set ni sekali ada kentang dan timun. Nampak je simple, tapi sos tu yang menarik kan. Selalu makan balckpepper je, hah sekarang kita cuba Chicken Chop dengan Salted Egg.


Perghh, memang tak salah pilih order, sedap sangat. Ingat pelik ke rasa dia..hehee..Cicah sos tu banyak-banyak, memang tak berhenti makan. Ayam pun digoreng sempurna je, garing diluar lembut di dalam. Memang terbaik.

Chicken Chop ni ada tiga jenis, Chicken Chop Salted Egg, Buttermilk Sauce dan Hainanese.

Mr Mafia pulak, pilih Nasi Lemak, tambah dengan side dish Buttermilk Prawn. Dia kalau tak makan nasi, tak boleh. Mujur ada Nasi Lemak. Sambal dia sedap, dia cakap. Nad rasa pun, sedap, pedas dan memang kena dengan tekak. Buttermilk prawn dia pun not bad.


Nasi Lemak biasalah, ada timun, ikan bilis, kacang, dan yang ni ditambah dengan keropok. Side Dish ada macam-macam, selain Butermilk Prawn, ada juga ayam berempah, ayam goreng, kari ayam, rendang ayam, sambal udang, sambal petai dan sambal sotong.


Kitaorang ada juga order makanan dalam Hotpot. Hotpot untuk yang ada cheese. ada dua menu pilihan, Cheese Chicken dan Fries dan Indomee Cheese dan Egg. Siapa yang suka cheese, boleh order. Nad pilih Cheese Indomee ni. Yummy..Makan dekat sini, ringan-ringan je. Memang kenyang. Indomee dengan cheese, memang sedap..Telur pulak jenis tengah kuning cair..pergh memang marbelous.

Snack untuk anak-anak, pilih kentang goreng. Banyak lagi snack yang ada.


Masa kitaorang pergi cuaca panas, dengan jerebu segala. Jadi nak sejukkan badan, kitaorang order ABC untuk dessert.

Selain makanan dekat atas nad order ni, ada lagi lain, seperti Toast, rojak, baos, dan macam-macam lagi la. Memang semua makanan Asian punya.


Petai Pasta Menu Rare Di Luckin Kopi

Dan menu paling rare yang mesti korang tak pernah jumpa, ialah Petai Pasta..hehee..Rare kan..Mana ada tempat lain, buat pasta dengan petai. Nak order, tapi dah habis..nampak sangat tinggi permintaan tu. Nad ni dahla giler petai..ehhee..Nampaknya kene datang lagi untuk rasa Petai Pasta tu..

Hah, korang pun kene cuba rasa ok. Tempat best, makanan pun sedap. Kalau boleh nak je makan semua apa yang ada, tapi perut tak muat..makan yang di pesan ni pun dah kenyang giler..Puas hati sangat..Kena cuba kopi dia..kaw sangat..


Korang kalau nak datang sini cuba, boleh
Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
( berdekatan dengan MRT Pasar Seni )
Tel : 016 – 3976898
Facebook: https://www.facebook.com/luckinkopi/
Instagram: https://www.instagram.com/luckinkopi/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2