hai assalammualaikum

Kids World Tempat Permainan Kanak-Kanak Bertukar Baru Di Tesco Ampang - Macam biasalah, kalau ada masa terluang, mesti pergi Tesco Ampang dan bawak budak-budak ni pergi bermain dekat tempat permainan kanak-kanak. Tak jemu datang sini, sebab Tesco ni ada macam-macam yang boleh tengok..hahaa. Asal datang je mesti ada benda baru. Selalunya, hujung minggu akan bawak anak-anak pergi ke taman permainan, tapi disebabkan jerebu, kitaorang bawak main dekat dalam Tesco ampang. Ada tempat mainan anak-anak nama dia Kids World. Sampai je, tengok, pergh dah lain. Tempat permainan dia dah bertukar. 

Kalau sebelum ni, hanya ade permainan jenis aingin besar tu, kemudian ade tempat bola jaring dan tempat gelongsor..Lain, ada rumah, macam biasa je la. Tapi sekrang, tempat dia dah macm tama permainan dekat playland kids shopping mall besar tu..huhuhu..Siap kena pakai stokin nak masuk, yela tempat macam ni memang kena pakai stokin, untuk jaga kebersihan..Dasyat Tesco Ampang ni.

Bab harga takyah cakap la..Kalau sebelum ni harga bawah RM10, sekarang harga lebih RM10..kalau hari weedays, harga RM12, kalau weekend harga RM15..hahaha..gitu kau..Udahnya kalau nak masuk, tunggu mak kau gaji masyuklaa..Kalau dah dua orang mau puluh ringgit dah..hahaha..Kalau tak bawak stokin, diaornag ada je jual stokin, RM2..




Haritu dapatla gaji, ada la duit lebih. Bawakla anak-anak masuk Kids World Tesco Ampang ni. Masa tu nak beli barang sekali. Ok juga la permainan baru ni. Ada bola kecil, gelongsor, pastu ade buaian, ade lompat-lompat..Takdela bosan mana..Anak-anak lagi gembira..

Dekat luar pun ada permainan baru ditambah.

Tesco Ampang dah macam tempat shopping mall dah..


Nah layan video adik dan kakak enjoy dekat Kids World Tesco Ampang.
hai assalammualaikum

Prego Sos Pasta Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap - Asyik makan nasi je,  bosan juga kadang-kadang. Bila dah bosan,  cari makanan yang tak melibatkan nasi tapi mengenyangkan. Selalunya pilihan nad mestilah western macam pasta,  macaroni tu semua. Sebab tu nad selalu simpan stok Prego ni dekat rumah. Wajib ada ok.. Kadang anak nak makan tak kira masa. Lagi pun Prego ni mudah disediakan, campak-campak dah siap. Apa nad suka dengan Prego sebab semua sos dia sedap..Terbaru,  Prego ada keluarkan sos Makaroni dan Keju.. Perghh.. keju guyss.. kejuu..Apa lagi terus nad dapatkan sos terbaru ni.


Sos Terbaharu Prego, Sos Pasta Makaroni Dan Keju 

Selalunya kalau buat pasta atau macaroni ni, memang akan letak keju. Siapa yang gila keju macam nad, kita geng, lagi sedap kan bila ada keju ni..Bila Prego buat sos Mac n Cheese ni, senang..tak perlu beli cheese lain dah..cukup sos ni je yang ada.

Makaroni dan keju atau Mac n cheese, atau Maccheroni al formaggio!!, hah gitu nama dia. Tak kisahla apa sahaja nama dia, kalau dah namanya keju meleleh dan sos putih digabung dengan makaroni atau pasta memang menjadi kegilaan ok.



Prego Penyelamat Ketika Lapar Atau Pening Nak Fikir Menu

Selalunya yang masak dalam rumah ni memang nad la, siapa lagi. Selalunya, nak kenyang , memang masak nasi dan beberapa lauk. Memang banyak habiskan masa dalam satu jam juga untuk siapkan beberapa hidangan. Lagipun takkan hari-hari menu yang sama je kan, mesti nak cuba pelbagai resipi, asalkan dapat memuaskan hati dan mengenyangkan orang tersayang.

Bagi wanita yang bekerja , mesti ada yang tak sempat masak disebabkan kehidupan yang terlalu sibuk, dan pelu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, apatah lagi tugas menjadi ibu, kawan, isteri, anak perempuan, kakak, atau adik dan pekerja pada masa yang sama. Jadi, mereka tidak ada masa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang mudah, terutamanya apabila perlu menyediakan makanan buat keluarga atau diri sendiri. Takkan nak beli makanan dekat luar je selalu kan. Sekali sekala nak masak sendiri juga kan.


Jadi, nak mudah dan senang, Prego la penyelamat ketika lapar, sebab senang dan cepat dimasak.

May Lim selaku Pengarah Urusan Campbell Sounth East Asia Sdn Bhd berkata " Para ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di rumah. Merak sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan, namun senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat "

Lagi satu masalah surirumah ni macam nad, setiap hari  memang pening nak fikir menu apa untuk dimakan. Sebab tu, bila dah jemu makan nasi, atau dah tak tau nak masak lauk apa, nad masak pasta dari Prego ni. Anak-anak dan suami makan je, sebab memang sedap dan mengenyangkan.




Bagusnya, sebab ia mudah disediakan,hanya 10 minit sahaja dah siap. Cuma, kadang kita kene kreatif, tambah banyak bahan, seperti daging, sosej, cendawan atau apa sahaja yang nampak kelainan. Kalau malas sangat, buat je rebus makaroni atau spaghetti dan tambah sahaja sos Prego dah cukup dan sedap dimakan.


Bila masak Prego ni, nad suka masak dengan anak. Fariza memang suka memasak ni. Sebab masak Prego senang dan tak susah, tak renyah, memang seronok dapat masak bersama dengan anak.





Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap

Lagi nak mudah, bila Prego dah keluarkan sos baru Makaroni dan Keju ni, sebab tak perlu beli cheese lain. Cukup satu botol ni buat korang tak keruan nak makan..hehee..Cheese banyak oii..pekat giler..




Korang cubalah rasa..memang terbaik!! Prego Sos Pasta Makaroni & keju baharu ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara dengan harga RM 6.49 setin.
hai assalammualaikum

Sabun Manjabath, Sabun Homemade Yang Natural - Korang mesti suka kan guna barang yang natural, takde chemical atau sebarang bahan lain dalam sesuatu produk. Kalau boleh nak natural je, lagi sihat dan elok digunakan, serta selamat untuk kulit kita. Pertama kali nad tengok sabun handmade ni, iaitu sabun dari Manjabath. Comel sangat bentuk sabun ni.


Nampak tak bentuk dia, macam kuih pun ada..ehhee.. Tapi sebenarnya sabun. Seni kan diaorang buat bentuk macam ni. Cara mereka memanipulasi warna, bentuk dan wangian untuk menghasilkan bar yang kelihatan cantik untuk digunakan dan dipamerkan amat mengagumkan.


Meh tengok dekat, apa yang korang nampak..Ya, ada nampak oat kan. Yang ni Lavender Oat Soap. Bau dia wangi sangat. Tau kan oat memnag elok dekat kulit kita. Kreatif kan diaorang buat sabun homemade macam ni. Nampak sangat oat dia. Nad dah guna yang ni..memang best. Lembut je kulit nad pakai sabun ni.


Yang ni pulak Calendula dan Charcoal Soap. Yang ni nad tak guna lagi, tapi tau mesti best juga ni..

Banyak kelebihan pakai sabun homemade ni. Wangian yg digunakan utk sabun homemade adalah dari minyak esensial . Ini memberikan kesan aromaterapi yang besar dan santai untuk minda dan tubuh. Minyak esensial juga memiliki sifat antibakteri yang baik untuk tubuh, dan juga bagi mereka yg mempunyai masalah penyakit kulit

Sabun biasa menggunakan warna sintetik yang berbahaya bagi kulit dalam jangka masa panjang. Manakala sabun homemade mengandung warna-warna semulajadi yg diperoleh dari sumber aslinya dan bertaraf "food gred". Contohnya, sabun biru karena telah dibuat dari ekstrak lavender.

Buih yang banyak bila menggunakan sabun biasa boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kerana mengandung beberapa bahan kimia berbahaya. Sabun organik bila digunakan buihnya halus dan sedikit , tidak memedihkan mata dan kulit rasa segar , lembab dan halus jika diguna berterusan.

Pemilihan sabun organik/ homemade adalah TERBAIK kerana tidak mengadungi bahan chemicals terlarang dan berlebihan yg boleh merosakan kulit dlm jangka masa panjang.

Kornag nak cuba sabun homemade ni, boleh ke
Facebook; https://www.facebook.com/manjabath/
Instagram: https://www.instagram.com/manjabath/

JEREBU SEMAKIN TERUK..

in , by Nadia Johari, 00:29:00
hai assalammualaikum

Jerebu Semakin Teruk - Adakah jerebu ni berlaku setiap tahun? Kalau ditengokkan, setiap tahun mesti ada jerebu. Mesti ada pembakaran di negara jiran. Mula-mula sikit je, lama-lama teruk sampai tak nampak dah bangunan yang tinggi. Bacaan IPU pun semakin tinggi. Banyak dah sekolah tutup disebabkan jerebu ni. Bagusla, yela anak-anak mudah sakit bila cuaca tak elok ni.


Nad pun dah jarang keluar rumah disebabkan jerebu. Mata macam sakit je tengok asap-asap ni..Kalau kabus takpe, tapi ni bukan kabus..hahaha..Keluar pun atas sebab kerja atau urusan lain. Anak-anak lakadang kesian terperap je dekat rumah, tapi kita taknak diaornag skit kan. Takpela, duduk je dalam rumah. Main mainan yang beratus korang ada ni ha..hahhaa..

Dah beberapa hari juga dekat area rumah nad Pandan Jaya ni hujan. Kawasan lain tak pasti. Tapi hujan pun takde apa yang berubah. Jerebu masih ada.

Bukan Kuala Lumpur je, semua negara terjejas dek kerana asap tu.

Kalau bacaan IPU dah ke 200 ke atas tu maknanya tak sihat dan ditahap bahaya..

Allahu, semoga hilanglah jerebu ni denagn cepat. Dahla sekarang macam-macam asap ada, dari kilang la, kenderaan la..Susah nak bernafas dah..

Lagi mereka yang tak berakal, dah tau jerebu, buat pembakaran pulak..adoyaii...

Lagi kelakar, jerebu ni bagi menyedarkan mereka yang merokok..hehee..Tengok sakit ke tak hidu asap jerebu ni. Tapi rasanya, perokok tegar ni peduli apa..huh...

Kesianya, nad baca dekat twitter, banyak binatang mati dekat sana Indonesia tu, macam burung, ular..habis semua binatang..

Harap cepat la seelsai masalah jerebu ni...
hai assalammualaikum

Selepas menjadi ibu bapa, semestinya kita ingin menjalani kehidupan terbaik bersama anak kita dan jadikan ia sungguh bermakna dan mencipta kenangan indah bersama anak kita. Mungkin persekitarn dulu berlainan dengan sekarang. Jadi, sentiasa lindungi kulit supaya kekal terus sihat dengan Aveeno.
hai assalammualaikum

Eatz @ Hong Kong The Garden Mall - Selalu sangat dah makan makanan Korea, Thailand,  Jepun,  apa kata tukar pulak,  sesekali makan makanan Hong Kong pulak. Yes, Hong Kong ye guyss.. tak terfikir macam mana makanan diaorang kan,  sebab jarang nampak. Nak pergi Hong Kong entah tak tau bila,  jadi, kita cuba dulu makanan mereka ni di Eatz Hong Kong dekat The Garden Mall. Kedai ni berada di LG Floor,  dan bangunan ni bersebelahan dengan Mid Valley Mall. Kedai ni baru dibuka, ia halal dan muslim friendly.
hai assalammualaikum

Keputusan Darah Tiroid - Sebelum ni nad ada cerita berkenaan bengkak leher yang nad alami, dan ujian darah pun dah dapat. Masa diaorang call kata keputusan ujian darah dah keluar,  memang malam tu tak keruan. Diaorang call lun dah petang,  jafi nad cadang nak pergi esoknya. Semalam nad pergi klinik nak tau apa keputusan darah tiroid nad,  adakah serius atau tidak.

Sampai je,  pekerja situ,  senang citer panggil nurse jela..hehhe,  dia panggil nama dan berikan keputusan ujian darah tu. Jantung laju takyah cakapla.. Huhu..


Lepas dipanggil,  dan dia bagitau,  " ok puan,  keputusan darah normal "..nad macam,  " normal, makna takda apa-apa ke?  ".. Nurse pun macam tak tau nak jawab apa.. Dia cakap ok je puan.. Huhu..

Nad yang tak puas hati cakap,  " habis, kalau normal,  bengkak dekat leher ni macam mna?.. Ok ke tak?? ".. Nurse tu macam blur,  mungkin sebab dia jaga kaunter bukan doktor.. Hahaha.. Nad pun cakap dengan nada lembut je.  Surely nad nak tau,  walaupun darah normal,  kenap leher ni nmapak bengkak.

Nurse tu cakap " nak jumpa doktor ke? "..nad terus cakap " boleh "..ofkos nak jumpa,  nak tai kenapa kan..

Masa tu pulak ada seorang makcik ada masalah jantung,  jadi doktor uruakan makcik tu dulu. Maka lambatla sikit nak jumpa doktor. Paham-paham jela anak kita dua orang tu. Dah jenis tak duduk diam.. Huhu..

Dah selesai semua,  baru dapat jumpa doktor. Doktor lelaki,  lembut je dia cakap.. Hahahhaa..

Doktor " ye puan Nadia,  ikut keputusan darah,  semuanya normal. Maksudnya tak serius.  Kalau tak normal,  dia lebih dari nombor ni. "..

" Tapi kita nak kene cek juga la kenapa leher awak bengkak.  Kita akan guna ultrasound "..nad pun iyakan je..

Doktor cakap nak tengokla kenapa bengkak leher tu,  kalau betul tiroid,  nak tengok besar mana.. Apa perlu buat seterusnya,  nak perlu makan ubat ke macam mana.. Hah macam tu la..


Tapi doktor cakap bukan dia yang tengok,  kene jumpa doktor pakar. Kena pergi Hospital Ampang. Doktor tu buat temujanji semua untuk dibawa ke Hospital Ampang.

Selesai semua. Jadi, hari selasa kita pergila Hospital Ampang. Tengok pulak apa yang akan dibuat. Nak tau juga bengkak leher ni kenapa. Kalau Tiroid nak tau juga rupa macam mana.. Seram pun ada sebenarnya ni.. Tak keruan dah.. Huhu. Tapi tetap buat macam biasa..

Jadi tunggu next entry.. Hehhe..
hai assalammualaikum

Kitkat Chocolatory, Tebus Dua Set Kitkat Chef Creation Di Pop Up Store Di Sunway Pyramid - Coklat yang nad suka makan ketika penat, stress atau nak rehat lepas buat kerja, semestinya Kitkat. Korang mesti tau kan, Kitkat ni sukala keluarkan bermacam-macam jenis perisa. Dah banyak jenis perisa nad pernah makan, seperti Kitkat Rose Bandung, Teh Tarik, popcorn. Semua rasa hampir sama..Kali ni, Kitkat Chocolatory denagn pelbagai perisa daripada makanan Malaysia.


Kitkat Chocolatory, Perisa Makanan Malaysia, Tebus Dua Set Kitkat Cgef Creation Di Pop Up Store Sunway Pyramid.


Kali ni, Kikat Chocolatroy, inspired by Kitkat, menghasilkan coklat Kitkat dengan perisa yang diinpirasikan daripada makanan tempatan seperti Roti Canai, Kari, Nasi Lemak, Kopi , Kaya dan cendol durian. Perghh!!, hebat kan diaorang dapat semu perisa ni. Dan ia dibuat dengan buatan tangan.


Kadang terfikir, macam mana la diaornag boleh buat pelbagai perisa ni, sebab, rasa dia hampir sama denagn makanan tu sendiri.






Nad dah dapatkan Kitkat Chocolatory ni. Dalam satu kotak nad ada Kitkat Durian, Kitkat Apam Balik, Kitkat Nasi Lemak dan Kitkat Bandung. Semuanya sedap dan hampir sama dengan rasa makanan tu. Cuma Nasi Lemak jela, dia macam letak coklat dengan chili flakes. Cuma rasa pedas sikit macam tu. Yang lain semua rasa sama..

Apam Balik tu memang sama, durian pun sama, sampai anak nad pun tau, "mmmpphh mommy rasa durian la"..nampak tak..heheee..sama juga dengan bandung..


Korang pun boleh rasa Kitkat Chocolatory ni. Ada banyak lagi perisa yang ada. Korang boleh tebus dua set Kitkat Chef Creation ni di Pop up Sunway Pyramid dari tarikh 26 August sehingga 6 Oktober 2019. Pergila dan rasa..

Oh, Kitkat Chocolatory ni juga boleh didapati di Mid Valley Megamall, Lazada dan Shopee.
hai assalammualaikum

Jalan Ke Beryl's Chocolate History Dan Makan Aiskrim Whey Chillin Di Jalan Panggong - Tak sangka banyak juga kedai menarik dekat Jalan Panggong Kuala Lumpur ni. Selepas nad makan di Luckin Kopi, dah kenyang perut, apa lagi, jalan-jalan la tengok kedai apa yang menarik dekat sini.


Beryl's Chocolate Jalan Panggong

Selang satu atau dua kedai dari Luckin Kopi, nad masuk ke kedai coklat Beryls. Biasalah, bila nampak kedai coklat mesti nak masuk punya. Lagi, coklat Beryl's memang nad jarang makan. Tapi tak sangka, rupanya coklat Beryl's ni digemari ramai, sebab bila nad post gamabr dekat media sosial, ramai cakap suka coklat ni.





Memang macam-macam jenis coklat ada dekat kedai Beryl's ni. Yang atas meja ni, coklat koko dari pelbagai negara. Setiap coklat berbeza rasa. Ada yang pahit dan ada yang manis.

Ada juga coklat durian..Tak tau pulak rasa dia macam mana..ehehe..

Kedai coklat Beryl's ni ada di beberapa outlet dia, dan kedai di Jalan Panggong ni baru sahaja dibuka. Korang boleh google mana outlet kedai Beryl's ni.


Whey Chillin Aiskrim 

Lepas tu, pergi pulak ke kedai aiskrim Whey Chillin..Kedai kecil-kecil je. Perlu naik atas untuk makan aiskrim ni.




Macam-macam jenis aiskrim ada, Vanila, coklat, strawberry, tiramisu dan macam-macam lagi..


Harga dia ikut saiz aiskrim..


Bagusnya aiskrim ni, low fat, no sugar, low kalori, low carb dan high protein. Rasa dia memang unik la..hehee..Memang aiskrim yang sihat..hehee


Layan sangat makan aiskrim ni, lagi bila cuaca panas ni.

Kalau korang jalan-jalan area Jalan Panggong, boleh singgah kedai aiskrim ni.


Nak senang, ni alamat kedai, 5, Jalan Balai Polis 50000 Kuala Lumpur Malaysia Untuk tau lebih lanjut, korang boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/WheyChillin-KL-104673660901084/
Instagram: https://www.instagram.com/wheychillin/

BENGKAK LEHER, DISYAKI TIROID

in , , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid - Bila kakak kau seorang nurse, dan dia boleh nampak bengkak dekat leher kau, terus dia cakap


" diah, leher ko nampak besar la, pergi klinik cek, takut ko kene tiroid ke"..tu kata-kata sebelum raya haji, tapi aku tak pergi juga klinik.

Masa raya haji, aku balik kampung, kakak tegur lagi " ko tak pergi klinik lagi ke? , pergi la..nampak sangakt leher ko besar, bengkak ni "..aku dah mula cuak..sejak dia cakap tu memnag aku google je la pasal tiroid ni. Kakak sorang je perasa, aku, mak, atau suami, langsung tak perasan pasal bengkak dekat leher ni..huhu..


Kakak cakap, antara sebab tiroid, kurus badan tak naik, mata hampir terkeluar. Aku tengok diri aku, memang ada semua tu, tapi ni sejak dari sekolah lagi..mana la nak terfikir semua tu. Aku tengok leher sebelum ni biasa je ( yela tak tau lagi pasal penyakit tiroid ni ).

Dan, dalam beberapa hari tu, kadang-kadang, aku susah bernafas, aku fikir, rumah ni sempit. Tapi kalau balikkampung, ok je..Yela rumah kampung boleh keluar, udara lain sikit. Lepas tu aku cepat marah. Aku fikir, sebab aku banyak kerja. Kerja tak siap, anak kacau, memang la marah..huhu. Haritu susah nak tidur. Cepat debar, jantung laju. Tapi tu bukan selalu. Tu bila waktu aku macam banyak kerja, dengan perangai anak lagi..dengan keadaan rumah..sebab tu aku tak fikir lain.

Ada terbaca pasal tiroid, apa yang aku alami ni salah satu punca juga simptom tiroid.

Tapi dah kakak pesan, pergi jela klinik, dia ambil darah, je, nak tau ade tiroid ke tak..ok la aku pun pergi. Risau juga.

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid

Pergila klinik kerajaan. Jumpa doktor, bgtau diapasal bengkak leher ni. Dia tengok, dia syaki aku macam kena tiroid. Dah cakap macam-macam, dia google terus, pemakanan apa yang tak boleh aku makan.

Antaranya, brokoli, kobis, pasta,..ada lagi dia sebut, aku lupa. Dan kalau nak tau, makanan ni semuala yang aku suka makan..oh my..

Lepas tu dia suruh pergi cek jantung. Ya, jantung aku laju..ni pun salah satu antara simptom tiroid. Tapi dia masa tu tak kene ambil darah. Dia suruh datang bulan 10. Pergh!!, lambat..aku nak tau cepat.

Whatsup kakak aku, kemudian dia cakap, " cek jela dekat klinik biasa, cepat sikit. ambil darah sekejap je "..

Esoknya pergi klinik biasa, sebab aku sendiri dah risau, dan nak tau pasal penyakit aku ni. Macam biasa bgtau dekat doktor, kenapa. Dia cek, dia ambil pernafasan, tekanan darah semua.


Doktor ni cek, tengok leher, kemudian belakang, dia cakap ada bengkak sikit di bahagian leher belakang belah kiri. Dia cakap lagi, ada rasa mudah lupa tak, aku cakap tak..hhahaha..sebab setiap kali barang laki aku dia lupa letak mana, aku yang ingat atau jumpa. Melainkan aku buat kerja ruamh banyak, then aku lupa nak buat ape lepas tu..ahhaa..tapi tu biasalah mak-mak, dah buat tu nak buat ini..kihkih..

Pastu dia cakap ada rasa debar tak?, hah, tu aku cakap sekali sekala, nafas laju. Kemudian doktor suruh aku angkat tangan. Sebab salah satu simptom tiroid lagi, bila ko angkat tangan ke depan, akan goyang, macam mengeletar. Aku buat ok je..hahaa..

Weii doktor cakap, rambut gugu rpun punca tiroid..hahaa..aku memnag la ade rambut gugur, duk fikir sebab anak je..hehee..


Dia kata takpe, ambil darah nanti tau keputusan dekat situ. Doktor tu suruh nurse ambil jarum, untuk ambil darah tiroid. Macam baisalah, dah nampak jarum, aku paling ke tempat lain la. Darah pun dah ambil. Dah selesai, balikla..tunggu jele keputusan darah tu.

Dan semalam, klinik tu call, kata keputusan darah dah keluar. Harini aku pergi. Harap takde perkara yang membimbangkan..Risau memang risau, dan macam biasa, aku akan buat perkara macam tiada apa berlaku..

Ni antara info sedikit berkenaan Tiroid..

Tiroid ni ada dua tau satu hypotiroid dan satu lagi hypertiroid.

Apa itu kelenjar tiroid?
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan. Semua orang ada tiroid ni, tapi akan jadi maslaah jika

Hipotiroidisme: Apabila thyroid anda tidak mencukupi hormon tiroid. Ia juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Ini melambatkan banyak fungsi tubuh anda, seperti metabolisme anda.

Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
- Lesu
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
- Kulit kering
- Sembelit
- Sentiasa berasa sejuk
- Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

Hipertiroidsime: Atau tiroid terlalu aktif, menyebabkan tiroid anda membuat lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan anda. Ini mempercepatkan banyak fungsi badan anda, seperti metabolisme dan kadar jantung anda.

Gejala atau simptom Tiroid
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar
- Degupan jantung yang laju
- Mudah berpeluh dan panas
- Susut berat badan
- Lesu dan cepat berasa letih

Ni jela..nnati aku cerita lagi lepas dapat keputusan darah. Doakan kesihatan aku baik-baik sahaja ok.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2