hai assalammualaikum

Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai - Suka sangat tengok orang main cube sampai terleka dibuatnya. Terfikir macam mana la diaornag boleh selesaikan cube tu dari warna bercampur sehingga dapat warna yang sama. Baru-baru ni, nad pergi ke pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa yang diadakan di Beaconhouse Sri Inai International School. Ramai pemain " cube " termasuk ibu bapa yang memberi sokongan pada anak-anak yang hadir pada waktu tu. Nampak satu keluarga duduk sebelah nad, tengok anaknya masih kecil, dah pro dengan permainan cube. Laju tangan dia selesaikan cube tu menjadi warna yang sama. Tak kelip mata tengok cara budak tu buat..hehee.



Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa ( The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 ) Di Beaconhouse Sri Inai

Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai ini disertai seramai 116 peserta dari seluruh negara, bukan sahaja Malaysia, malah ada Singapore, Indonesia, Thailand, India, The Philippines, Bangladesh, Taiwan, Korea dan The United States. Mereka semua datang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menyelesaikan cube.

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Dunia Cube - organisasi pengawalseliaan di seluruh dunia dan Persatuan Cube Malaysia - badan organisasi serantau. Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 memandang untuk memberi inspirasi semangat persaingan dan menggalakkan peserta dan penonton sama-sama untuk berfikir secara strategik dan penyelesaian dengan berfikir.


Menurut Nicki Coombs (Executive Vice Principal Beaconhouse Sri Inai International School);
"Beaconhouse is proud to have hosted this epic cube competition drawing in participation from enthusiasts across the globe. We have always been focused on holistic development and this was a great opportunity to empower children to continue to pursue their passion".


Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 pada haritu mempunyai beberapa kategori cube iaitu 2x2x2 cube, 3x3x3 cube, 3x3x3 one handed, 4x4x4 cube, 5x5x5 cube, Pyramix, Skewb, Megaminx and Clock. Pergh baru tau ada banyak jenis.

Tiga pemenang teratas dari setiap kategori akan mendapat pingat dan sijil rasmi pencapaian.



Banyak pemain cube yang muda-muda. Kagum pulak kita. Bagus ibu bapa turut sokong apa yang anak mereka lakukan..


Sebelum masuk bertanding, cube mereka akan dicek dahulu.

Kemudian masuk dan duduk di tempat yang disediakan mengikut nombor mereka.



Nad tengok je cara diaorang buat. Tak berapa paham, tapi masih nak tengok..hehee. Setiap kali mereka selesaikan cube, akan diganti dengan cube lain. Ada masa di setiap meja. Ramai yang menyelesaikan cube dengan pantas. Tengok depan-depan, pergh!!.. Nad tanya seorang ibu pemain cube di situ, dia cakap ada 5 cube kene selesaikan..hah macam tu la..


Pada haritu, ada juga seorang pemain cube yang merupakan pelajar Beaconhouse Sri Inai, Lim Hung turut hadir pada pertandingan itu. Kerjaya cubing Lim Hung semakin meningkat, merangkul hadiah top prizes at the World Cube Association Asian Championship 2018 dan memenangi anugerah teratas di rantau ini.


Pada hari tu, The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 telah ditaja oleh Mission Foods, JPearly, Good Morning, Global Nature World dan Arristo Italy.


Bagus juga pertandingan cubic ni. Anak-anak yang berbakat mdenagn permainan cube ni dapat sertai dan berjumpa kawan baru. Selain itu, apa yang nad tengok cubic ni memerlukan teknik dan penajaman otak untuk selesaikan cubic ni. Ia juga dapat melatih anak-anak untuk fokus dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Good Job Beaconhouse Sri Inai International School.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sekolah Beaconhouse, boleh layari www.beaconhouse.edu.my 

hai assalammualaikum

Oniey Beauty Treatment Rawat Masalah Kulit Sensitif - Tanya la pada sesiapa pun tak kira lelaki atau perempuan, pasti mereka inginkan kulit yang cantik, sihat dan flawless. Wajah yang sempurna menjadi dambakan semua orang. Sebab itu kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dalam diri kita, demi untuk keyakinan diri. Tapi, kita juga tak lari daripada masalah kulit, disebabkan persekitaran yang kotor, faktor pemakanan dan tekanan, salah pakai produk atau apa sahaja.

Nad juga pernah mengalami masalah muka yang teruk. Tiba-tiba je muka naik jerawat, dan kulit makin sensitif. Lagi kalau tersalah pakai produk atau kulit muka tak sesuai dengan produk tu, memang lagi bertambah teruk. Sejak tu nad berhati-hati memilih produk. Kalau sebelum ni, nad cuma pakai pencuci muka sahaja, takda pakai produk lain. Tapi, bila nad baca mengenai kecantikan, baru tau, bahawa kita patut pakai produk mengikut langkah yang betul dan antara produk yang patut ada dalam senarai ialah serum dan pelembap.

IKAN MASAK KICAP MUDAH DAN SENANG

in , by Nadia Johari, 00:49:00
hai assalammualaikum

Ikan Masak Kicap Mudah Dan Senang - Lauk paling suka dengan anak-anak ialah masak kicap. Sebab anak-anak suka la makan nasi dengan kicap, sebab tu kalau buat kuah kicap, laju je diaornag makan. Kadang masak ikan kicap pedas, letak sambal, tapi kali ni tak letak sambal, buat biasa je. Bahan pun tak banyak guna. Orang lain cara masaknya ya..Yang ni dah malas sangat, jadi masak ikan kicap yang mudah dan senang sahaja..



Bahan-bahan
- Ikan kembung
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili merah sebagai hiasan
- Ketumbar
- Jintan putih
- Lada hitam sedikit
- Kicap kipas udang
- Sos tiram
- Sos cili

Cara membuatnya
- Goreng ikan kembung kemudian ketepikan..
- Blender bawnag merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih, dan lada hitam
- Tumiskan bahan yang telah diblender sehingga naik bau
- Masukkan kicap kipas udang tiga sudu, sos tiram satu sudu dan sos cili satu sudu. Sos cili bagi kuah pekat.
- Masukkan air sedikit.
- Kemudian letak garam dan perasa sedikit.
- Masuk ikan yang dah digoreng dan cili merah.
- Gaul-gaul dah siap..

Ok, selamat mencuba..
hai assalammualiakum

Ganjaran Makanan dan Minuman Percuma di Paradigm Mall PJ Sempena The Taste Of Paradigm - Spend and Be Rewarded - Korang, kalau lapar tak tau nak pergi mana, nad cadangkan korang pergi ke Paradigm Mall. Sebab apa nad suruh ke situ? Sebab sekarang Paradigm Mall Petaling Jaya tengah berlangsung kempen The Taste Of Paradigm - Spend and Be Rewarded . Mesti korang suka kan, setiap kali korang berberbelanja, lepas tu dapat sesuatu percuma. Giler tak suka kan!!!


Ganjaran Makanan dan Minuman Percuma di Paradigm Mall PJ Sempena The Taste Of Paradigm - Spend and Be Rewarded 

Best kan, belanja makan dan minum, lepas tu dapat pulak makanan dan minuman percuma sebagai ganjaran korang berbelanja di Paradigm Mall Petaling Jaya...Kempen ini bermula dari 19 Ogos - 17 November, 2019.

Hampir 100 Kedai Makanan di Paradigm Mall PJ

Ya wak, bukan 10 kedai makanan dan minuman, tapi 100 kedai makanan dan minuman yang ada di Paradigm Mall PJ ni. Jadi jangan tanya takda apa dekat Paradigm Mall ni ok. Pilih sahaja ikut selera tekak korang, nak makan semua tempat pun boleh..hehehe..

Ok meh nad tunjuk beberapa makanan yang ada.






Nampak sedap kan semuanyaa...perghh..Tengok air dia, terus telan air liur..


Ada juga cendol dekat Paradigm Mall..adoiii..lama dah ni tak pekena cendol..




Dekat si pun ada dessert you alls macam coklat dan roti ni..perghh!!..Semua lengkap ada je dekat sini.

Antara kedai makanan adalah dari Melayu, Itali, Timur Tengah, Thai, Jawa, dan Hong Kong yang sahih kepada makanan Taiwan seperti Nene Chicken, Waffuru Café, Sedap Sedap, T Bun, SRK Noodle House dan Farmers Street. Terdapat penyewa baru yang akan segera disertai oleh Mr. Chizu, An View, Harum Manis, Daboba, GinGer Thai and Salad Atelier.

Belanja la apa jenis makanan sahaja, dan korang diberi ganjaran dengan makanan dan minuman secara PERCUMA sebaik sahaja korang  berjaya mengumpul jumlah setem yang diperlukan pada kad pasport apabila anda membeli-belah di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ). Jadi yang jenis food hunting, yang pencinta makanan tu, bolehla ke sini.

Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls berkata, “We are excited to offer our loyal customers an opportunity to be rewarded with free food and beverages at our mall. As a friendly neighborhood mall, we not only offer unmatched shopping and leisure experiences to our customers but also provide them with a wide array of food preferences that promises to tantalize their taste buds. With close to hundred F&B outlets at Paradigm PJ, our shoppers are spoilt for choice. The ‘Taste of Paradigm’ is the perfect platform to directly engage with our loyal patrons and reward them with delicious prizes ".


Bagaimana Nak Sertai Kempen  The Taste Of Paradigm - Spend and Be Rewarded ni..Senang je..

1. Pergi Concierge Counter dekat Level G dan mintak Taste Of Paradigm Passport (untuk korang collect stamp)
2. Belanja RM30 dalam satu resit dekat mana mana outlet F&B dan dapatkan 1 stamp. Makin banyak stamp korang, makin banyak ganjaran.
3. Tebus FREE FOOD/DRINK dari Sepiring, Kedai Beras Ayam, Waffuru Café, Kelab Rumpai Laut, Kelab Tenaga, Ikan & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe dan Papparoti dari kedai-kedai di Paradigm Mall PJ setelah berjaya mengumpulkan bilangan setem pada pasport tersebut.

Maklumat peraduan penuh boleh didapati di: http://www.paradigmmall.com.my/

Jom kita ke Paradigm Mall. .Bawak rakan-rakan, keluarga sekali. .Sharing is caring. .

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila lawati pusat membeli-belah:
Laman web: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/
Instagram: https://www.instagram.com/paradigmpj/
hai assalammualaikum

Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan - Belanjawan 2020 telah berlangsung tadi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,  pada hari Jumaat, 11 Oktober pada pukul 4 petang,  yang telah dibentangkan oleh menteri Kewangan  YAB Lim Guan Eng dan telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan radio di seluruh Malaysia. Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia, terutama anak muda menanti dengan penuh debaran akan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan ini. Mengenai Belanjawan 2020 ni, nad nak cerita lebih kepada Bajet Kementerian Belia & Sukan, kerana ia melibat generasi muda belia ni pada masa hadapan.

Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Mendengar pembentangan Belanjawan 2020 tadi, kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1.2 billion untuk Belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan, dimana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 10.9% berbanding sebelum ini.

Selepas dibacakan satu-satu, banyak penambaikan yang diberikan untuk golongan muda dan belia ni. Jom tengok intipati atau ringkasan bagi Belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia dan Sukan ni.


Ringkasan Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan ( KBS )

Perbelanjaan Pembangunan Belia.


Pembangunan belia telah diperuntukkan sebanyak RM138 juta melalui program-program seperti Youth Power Club (YP), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dam Volunterism Initiatives .

MALAYSIA @ KERJA /#malaysiakerja
Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan 350,000 pekerjaan sebagai sokongan kepada pembangunan belia Malaysia. Ini adalah satu cara bagi mengurangkan pengambilan pekerja warga asing.

Antara insentif dan bajet yang dicadangkan untuk menyokong 4 program ini adalah seperti berikut:-
- Graduates@Works
- Apprentice@Works (TVET)
- Locals@Works
- Women@Works

Graduates@Works
- Bagi graduan yang menganggur selama atau lebih 12 bulan, satu insentif gaji dicadangkan iaitu RM500 diberikan selama 2 tahun (sebagai tambahan gaji yang terima).
- Bagi pihak majikan pula insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.

Apprentice@Works
- Ini adalah satu program insentif  di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) . Bagi melahirkan pelatih berkualiti dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),
- Kerajaan telah menyediakan elaun tambahan RM100 kepada semua pelatih TVET. Ianya juga bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET
- Kerajaan juga akan melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi tempoh dua tahun lagi.
- Potongan cukai dua kali yang telah diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Program Internship Berstruktur (SIP) yang diluluskan oleh TalentCorp bagi pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan dan teknologi akan diperluaskan kepada semua bidang akademik yang lain.

Locals@Works
- Satu insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM350 / RM500) selama 2 tahun mengikut sektor.
- Untuk majikan  diberi insentif sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun.
- Selain itu, gaji minimum dipertingkatkan kepada RM200 bandar-bandar utama dan RM100 di luar bandar.

Program #MalaysiaKerja dijangkakan akan menjadikan rakyat Malaysia yang menganggur dapat menguasai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan.

Women@Works
- Khas untuk pekerja wanita yang telah berhenti dan kembali bekerja setelah setahun atau lebih dan juga berumur diantara 30 hingga 50 tahun akan mendapat iniastif seperti mendapat insiatif upah RM500 setiap bulan sehingga 2 tahun.
- Pengecualian cukai pendapatan juga diberikan kepada wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.
- Dan juga insentif RM300 sebulan sehingga 2 tahun untuk majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan ini. .

Melalui inisiatif ini secara tidak langsung dapat mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun kepada golongan wanita untuk kembali bekerja.

Mengarus Perdana TVET
- Peningkatan peruntukan untuk program TVET adalah dari RM5.7 bilion iaitu peningkatan sehingga RM5.9 bilion.
- Ini termasuklah peruntukan RM50 juta kepada menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membiayai kursus TVET.
- Bagi Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA) disediaka dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri. Ianya juga meliputi tambah baik peralatan serta upah untuk tenaga pengajar industri.
- Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) juga akan menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.
- Dan melalui HRDF, Kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah


Perbelanjaan Pembangunan Sukan

Peruntukan Pembaikan Kemudahan dan Fasiliti 
- Peruntukan pemulihan kemudahan sukan sebanyak RM299 juta. Merangkumi membina fasiliti dan menaikkan taraf kemudahan Kompleks Belia dan Sukan serta pusat-pusat sukan di setiap negeri.

Sukan Untuk Wanita
- Begitu juga ke arah meningkatkan program sukan wanita sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan. Ini bagi mengalakkan lebih ramai golongan wanita terlibat secara aktif di dalam sukan samada peringkat kelab dan pasukan dengan menyediakan lebih banyak program untuk mereka.

Program Sukan Antarabangsa
- Peruntukan diberikan sebanyak RM179 Juta .

- Sukan olimpik Tokyo 2020, Sukan Sea Hano 2021, juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara


E-Sport/E-Sukan
- Dengan mengambil kira permintaan yang tingi untuk sukan eSports / eSukan maka Kerajaan telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta.


Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
- Peningkatan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) .
- Pihak Kerajaan juga menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 juta pada tahun 2019 kepada RM45 juta bagi tahun 2020 melalui Kementerian Belia dan Sukan.


Hah, macam mana dengan pembentangan Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan ni..ok tak bagi korang. Ini adalah satu langkah yang amat baik untuk menampakkan bahawa golongan belia ni merupakan tunggak kepada negara.


Untuk info dan matlumat lanjut :
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570
Website : www.kbs.gov.my
Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia
hai assalammualaikum

Belajar Ilmu Pelaburan Saham Bersama Asri Ahmad Academy - Seumur hidup nad,  tak pernah nak ambil tau pasal saham.  Memang zero pasal saham. Tengok dekat tv atau suratkhabar berkenaan bursa saham, terus  blur, apa benda la ni. Lagi satu, nad selalu anggap kalau nak melabur saham kena ada duit banyak, takut rugi, dan banyak lagi negatifnya. Yela biasa tengok dalam drama, orang melabur sana sini kene tipu..seramm..Sampai la kawan ajak untuk join dia dengar satu Seminar Labur Saham bersama Asri Ahmad Academy di Tenera Hotel Bangi.


Mula terfikir,  buat ape nak join seminar ni, bukannya boleh buat apa,  nak labur saham perlukan duit. Lepas tu asyik dengar saham jatuhla, lagipun, nad ni surirumah je, boleh ke melabur? Tapi fikir punya fikir,  kenapa aku mesti tolak ajakan kawan tu kan. Sesekali pergi majlis yang diluar zon selesa kita. Sekurangnya dapat ilmu baru,  dapat belajar apa tu Saham sebenar dari dengar dari mulut orang tak berpengalaman, macam bajet bagus, baik ikut kelas yang memang diyakini dengan mentor berpengalaman.


Belajar Ilmu Pelaburan Saham Bersama Asri Ahmad Academy

Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan nad seperti biasa datang awal takut lambat..hehee. Sampai sana, nad tengok  bukan orang tua atau orang kaya je datang, tapi orang biasa, mereka yang muda remaja pun ada..perghh!!..Kira nad ni ketinggalan juga la kan..huhuhu..Memang ramai yang datang masa tu, penuh dewan. Kagum sangat guyss..Kira nad ni buat keputusan yang betul untuk datang ke Seminar Labur Saham ni dan belajar Ilmu Pelaburan saham


Kalau korang nak tau, nad join Seminar Labur Saham yang dianjurkan oleh Tuan Haji Asri Ahmad. Siapa beliau, meh baca nad kenalkan sedikit.


Berkaitan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad
- Berkelulusan dalam Diploma Analisa Pelaburan.
- Pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UITM oleh Bursa Malaysia pada 1997.
- Melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) dalam Kewangan di UITM dan seterusnya Ijazah Sarjana dalam bidang kewangan di UPM
- Merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts ( MSTA ) dan banyak lagi
- Baru-baru ni beliau telah memeterai usahama dengan Pusat Pungutan Zakat dan Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia sebagai ikon bagi program-program pendidik berkaitan pelaburan saham patuh syariah dan penyucian pendapatan melalui zakat.
- Beliau memiliki 11 buah buku tentang saham.

Anugerah & Penghargaan
- The One Awards 2018 (Outstanding National Entrepreneurs)
- Bumiptera Dealer Representatives Education Fund
- Bursa Marketplace Social Influencer of The Year 2018
- Ikon Uitm
- Top Remisier & Top Performer Dari Hong Leong Investment
- The Most Influential Young Entrepreneurs 2019


Ni merupakan pengalaman pertama nad mengikuti kelas belajar ilmu pelaburan saham ni. Ingatkan, seminar ni boring, tapi salah. Mula je seminar terus cergas mata dengar. Talk diberi sendiri oleh Tuan Haji Asri Ahmad.

Seperti yang Tuan Haji Mohd Asri Ahmad kata, sebenarnya, kalau kita nak tau sesuatu, kita perlu ada ilmu, itulah yang dititikberatkan Haji Asri dalam seminar. Ya betul, ilmu tersangat la penting, kalau takde ilmu, tu senang kene tipu masa nak melabur. sebab tu kene datang seminar seperti ni untuk dapat ilmu. Yang penting cari seminar yang dibuat oleh orang yang betul berpengalaman dalam dunia saham. Bukan yang duduk dekat kedai kopi, dok sembang kencang tu.

Lagi satu, berkenaan rugi. Rugi itu pasti, kalau tengok, mereka yang berniaga tu pasti akan rugi, takda yang untung selalu. Tapi bila kita ada ilmu dan teruskan belajar pasti dapat mengurangkan risiko kerugian itu.

Paling penting, bila Tuan Haji Asri Ahmad memberi penerangan bagaimana terjadinya halal dan haram saham tu. Ni pun punca salah satu sebab kita takut nak melabur saham, sebab fikir saham tu haram tapi sebenarnya tidak jika kita ikut jalan yang betul.

Banyak lagi Tuan Haji Asri Ahmad beri penerangan mengenai sahamni. Bayangakn dia bagi pencerahan tentang saham dari oukul 8.30 ehingga 2.30 petang tanpa berhenti. Kami yang hadir ni pun tak bosan mendengarnya, lagi tekun adala..hahaha. Tak tau kenapa, walaupun pertama kali datang, tapi jadi semangat bila join Seminar Labur Saham Tuan Haji Asri ni. Mungkin tengok ramai dah berjaya mendapatkan saham mereka selepas mengikuti seminar Tuan Haji Asri ni. Lebih dipercayai kerana cara dia sampaikan ilmu bukan biasa-biasa.

Ada satu tu, Tuan Haji Asri Ahmad berkongsi cerita dengan mereka yang dulunya susah, kurang bersemangat, dan apabila mereka join seminar ni, mereka terus bersemangat dan buat pelaburan, dan kini lehidupan mereka telah berubah. Antara yang nad rasa kagum ialah seorang surirumah. Memang sedih dengar kisahnya, tapi tak disangka, duduk rumah sahaja boleh labur saham. Semuanya dihujung jari. Perghh!!, hebat tak hebat la..Terus nad rasa, " kenapa aku tak boleh cuba kan. Kenapa aku tak boleh melabur "..Nad sendiri teringin rasa nak buat pelaburan dah..hahaa.

Jadi, jangan salah sangka, yang melabur ni hanya untuk orang yang berduit atau orang kaya sahaja. Habis semua benda negatif tentang saham, terus jadi positif lepas nad join seminar ni.

Pada nad, selagi boleh bercakap dan berkongsi, Tuan Haji Asri Ahmad, akan terus berkongsi, kalau boleh sampai malam pun takpa..ehehe..Bagi beliau, beliau ingin memartabatkan ekonomi ummah dengan melahirkan 1 rumah 1 pelabur berlandaskan syariah. Beliau akan berikan yang terbaik demi memastikan kepuasan pelanggannya.

Bagus tau korang join Seminar Labur Saham Tuan Haji Asri Ahmad ni, sebab selagi orang tu tak paham, selagi tu dia akan ajar sampai mereka berjaya. Akan ada kelas-kelas lain yang disediakan. Bila nad join seminar ni, baru nad tau, kita kene ada akaun CDS untuk melabur, tau macam mana pilih saham yang bagus dan banyak lagi.


Nad tau mesti ramai yang teringin nak belajar tentang saham. Nak tau apa itu saham, bagaimana nak pilih saham, nak jual saham, nak labur saham secara sah, selamat, mudah serta patuh syariah? Nad cadangkan korang join seminar Tuan Haji Asri Ahmad ni. Pasti korang rasa nak melabur juga. Takde dah alasan " aku ni ada gaji tetap, tapi takde masa macam orang lain. Modal nak melabur pun ikan bilis je..paling takut bila melabur, lebur pulak jadinyaa"..


Kalau takut, join seminar ni. Cepat-cepat korang daftar ke Seminar Labur Saham 2019. Sentiasa penuh seminar Tuan Haji Asri ni oii..

Maklumat lanjut boleh layari
https://www.asriahmadacademy.com/
hai assalammulaikum

Pelbagai Makanan Inspirasi Dari Jepun " Ready To Eat " Ada Di myNEWS - Biasa nampak kedai myNEWS tak? Kedai serbaneka atau kedai runcit yang menjual pelbagai makanan, minuman, barang keperluan dan macam-macam lagi la. Macam nad, suka masuk kedai myNEWS, lagi-lagi bila perut lapar atau nak cepat, ambil sandwich atau onigiri, terus makan. Teralas la sikit perut ni, dan harga pun berpatutan.

Suka bila ada kedai serbaneka yang sediakan makanan yang siap untuk dimakan atau "Ready To Eat " ni. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih, antaranya makanan inspirasi dari Jepun. Manalah tau, tiba-tiba perut lapar, pulak tu tengah sibu k atau tengah "rushing ", perut pulak mengada nak makan  makanan Jepun, pergi je ke myNEWS. Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery...tak caya..baca sampai bawah..ehhee..


Pelbagai Makanan Inspirasi Dari Jepun " Ready To Eat " Ada Di myNEWS

Baru-baru ni, nad dijemput ke satu majlis pelancaran di Kota Damansara dimana myNEWS melancarkan makanan inspirasi dari Jepun yang siap untuk dimakan atau " ready-to-eat ". Rantaian kedai runcit di Malaysia, myNews Holdings Berhad, dengan bangga melancarkan pusat pengeluaran makanan yang diilhami oleh Jepun (FPC). Pusat pengeluaran, yang beroperasi di bawah anak syarikatnya, myNews Ryoyupan Sdn Bhd dan myNews Kineya Sdn Bhd akan membekalkan di kesemua kedai myNews dengan pelbagai makanan siap sedia yang berkualiti tinggi.


Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.





Mana tau nak makan makanan Jepun, korang boleh menikmati pilihan makanan ringan yang dihidangkan dengan citarasa Malaysia antaranya, sandwinch, onigiri, bento, spaghetti dan macam-macam lagi yang ada di myNEWS.

Hah, jangan terkejut, ada juga kari laksa dan nasi lemak..sedap sangat..Nad dah rasa Kari Laksa dia, memang padu..kuah dia lain dari yang lain..Korang kene cuba..




Selain itu, ada juga roti yang baru dibakar, "fresh" punya dari kilang mereka sendiri, iaitu Maru Bakes.



Tak lupa, ada juga disediakan minuman panas dan sejuk yang menyegarkan dari myNEWS Maru Kafe. Sedap tau air Maru Kafe ni, nad suka Maru Coklat dia. Ada juga asikrim Maru Cream..so yummy..tak manis sangat..


"Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand, di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu," kata Mr Dang Tai Luk, Group CEO of myNEWS Holdings Berhad.

Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk siap pakai yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS.

Info sedikit tentang myNEWS Ryoyupan dan myNEWS Kineya

myNEWS Ryoyupan
salah satu daripada lima pemain utama dalam industri roti Jepun dan yang terbesar di Pulau Kyushu.

myNEWS Kineya
mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan makanan sejuk beku , pembekal makanan dalam kapal terbang termasuk (MAS). Nama syarikat ini sudah dikenali di Jepun, kini dengan pembukaan kilang pembuatan makanan myNEWS (FPC) , tidak dinafikan mereka mempunyai perancangan lebih besar pada masa akan datang.
- Operasi rantai restoran yang mempunyai lebih daripada empat ratus (400) kedai (menjual udon mi dan masakan Jepun) di Jepun dan di luar Jepun termasuk Hong KOng, Indonesia dan Amerika Syarikat
- Pembuatan produk beku
- Operasi pasaran borong daerah
- Pengangkutan penumpang kereta api dan bas
- Pemborong dan peruncitan beras




Perkhidmatan myNEWS Dash Delivery

Bestnya, myNEWS ada membuat perkhidmatan penghantaran makanan. Jadi korang yang malas atau tak rajin nak keluar boleh suruh mereka hantarkan. Perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH  disediakan untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan makanan yang diingini terus dihantar ke pintu. Jimat masa, dan tenaga kan..korang pun dapat menikmati makanan denagn gembira..hehee..

Banyak rupanya kemudahan myNEWS buat untuk pelanggan dia, bukan sahaja delivery malah ada truck myNEWS, aplikasi dan card member.


Trak mudah alih myNEWS memang suatu idea yang eksklusif. Dah lama trak ni wujud, 5 tahun sejak September 2013. Trak ni bukan semua tempat ada. JAdi aklau nak tau mana lokasi boleh ke laman web myNEWS http://www.mynews.com.my/explore-more.php.


myNEWS Malaysia juga ada apps dia guys..App yang memudahkan korang untuk  membuat pembayaran tanpa tunai dengan cepat dan mudah menggunakan. Denagn apps ni, myNEWS dapat menghargai pelanggan mereka denagn loyalty programe di mana pelanggan akan mendapat POINTS yang diperoleh dan menerima ganjaran. Untuk yang menjadi ahli sahaja yang eksklusif dengan mendaftar sebagai ahli dalam App. Muat turun dan daftarkan sekarang! Boleh didapati di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.


Selain itu, myNEWS mempunyai kad membership. Banyak kegunaan kad ni..Nad dah ada..hehee.. Lawati mana-mana kedai myNEWS dan Dapatkan satu sekarang!


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mynews.com.my/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2