hai assalammualaikum

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan Dan McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah- Haritu, nad dijemput ke Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan dan majlis pembukaan McDonald's pertama di Kuala Pilah.

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan

Program Komuniti McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s dengan kerjasama badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan, menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang dijalankan di seluruh negara.


Sumbangan sebanyak RM637,200 telah diberikan  kepada kerajaan Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia – Peringkat Negeri Sembilan, yang berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga Disember.
     
Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan ini adalah untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan menerusi:
1) Agihan zakat perniagaan McDonald’s untuk Negeri Sembilan
2) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s
3) Program “Kembali ke Sekolah”

"Saya sangat sukacita dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh McDonald's Malaysia. Kerjasama erat melibatkan sektor korporat dan kerajaan negeri sentiasa dialu-alukan di sini, seiring dengan matlamat kami untuk mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi negeri," kata Dato' Seri Aminuddin.

"Belanjawan 2020 baru-baru ini telah dirangka dengan memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, di samping memacu pertumbuhan ekonomi negara. Ini hanya boleh dicapai jika sektor korporat, pihak kerajaan, dan komuniti sama-sama berganding bahu. Saya gembira kerana McDonald's Malaysia membawa inisiatif ini ke Negeri Sembilan, yang secara langsung memberikan impak positif kepada masyarakat di sini," tambah Dato' Seri Aminuddin.

Ok, jom tengok Program Komuniti McDonald's Malaysia Peringakat Negeri Sembilan ini.

1) Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s
McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Kalau korang nak tau, McDonald's Malaysia merupakan sebuah perniagaan yang 100 peratus milik umat Islam. Sejak diambil alih, Zakat menjadi komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk di tunaikan pada setiap tahun, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.




Pada hari itu, McDonald’s Malaysia menjalankan kewajipan zakatnya kepada Negeri Sembilan dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017," kata Azmir.

McDonald's Malaysia baru-baru ini menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima pengiktirafan ini.

2) Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 
Program seterusnya adalah peluang pekerjaan untuk golongan belia yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk mengenal pasti belia daripada golongan Asnaf yang berminat menyertai program SLDN ini.


Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Alhamdulillah, dengan inisiatif seperti ini, anak-anak ini dapat memulakan karier dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan.


Melalui program latihan ini, setiap pelatih diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program latihan McDonald’s Malaysia yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi. 70 peratus daripada program ini meliputi latihan praktikal di restoran McDonald's, manakala 30 peratus lagi merupakan kelas teori di bilik darjah. Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

3) Program Kembali ke Sekolah
Pada hari itu juga, pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar telah menerima pek "Kembali Ke Sekolah". Program "Kembali ke Sekolah" adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Lebih 1,700 kanak-kanak dari 53 sekolah di seluruh Negeri Sembilan telah menerima pek "Kembali ke Sekolah" tahun ini. Pek "Kembali ke Sekolah" ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Sebelum ni, nad saksikan sendiri, pelancaran dan penyampaian pek "Kembali ke Sekolah" di Kuala Lumpur. Kali ni di Negeri Sembilan pulak. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, McDonald’s berhasrat membantu 30,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM3 juta.


Pek "Kembali ke Sekolah" ini bertujuan memberi semangat dan motivasi untuk pelajar sekolah rendah memasuki alam persekolahan tahun 2020 nanti. Ia juga dapat meringankan beban ibu bapa dalam membelikan keperluan sekolah anak.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's Malaysia dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

"Membantu golongan yang kurang berkemampuan adalah nilai teras McDonald's Malaysia, dan kami gembira rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja, dan pelanggan kami turut serta menghulurkan sumbangan ikhlas. Kami berharap ia dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga  kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan  tahun persekolahan baharu dengan keyakinan dan kegembiraan," kata Azmir, yang juga Presiden RMHC Malaysia.

Pek "Kembali ke Sekolah" akan disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri lain di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia yang terdiri daripada pelbagai inisiatif komuniti bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Program Komuniti McDonald’s merupakan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.


Sumbangan Orang Ramai Digalakkan!!

Sebenarnya, sumbangan untuk kanak-kanak ini turut diperolehi dari orang ramai. Jom sumbang korang!! Boleh sumbang di tabung merah dekat depan kaunter di setiap restoran McDonald's. Jadi, bila ada duit lebih tu, boleh sumbang sedikit bagi sama-sama membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kalau nak buat transaksi online pun boleh. Korang boleh sumbang secara online di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/. Jom korang, setiap sumbangan memberi sinar bahagia kepada mereka yang memerlukan.

RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.




Kalau lalu jalan Kuala Pilah ni, terasa penat atau lapar, boleh singgah McDonald's ni.

McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah 
Siapa orang Kuala Pilah dekat sini, korang mesti tau kan dah ada restoran McDonald's baru dibuka di sana. Hah, lepas ni bolehla makan McD selalu..hehee. Kalau dulu, Kuala Pilah merupakan pekan kecil yang tiada apa-apa, kini, Kuala Pilah telah membangun.

Restoran McDonald's Kuala Pilah ini merupakan restoran terbaharu di Negeri Sembilan yang terletak di daerah tersebut. Ini juga merupakan restoran ke-13 di Negeri Sembilan.



"Kami teruja berada di sini hari ini bagi meraikan pembukaan rasmi restoran pertama McDonald's di Kuala Pilah. Kami melihat Kuala Pilah sebagai lokasi yang amat baik dimana ia membolehkan kami melayani lebih ramai rakyat Malaysia dan memberi mereka pengalaman manis atau ‘feel good moments’," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.


Restoran McDonald’s Pandu-Lalu di Kuala Pilah merupakan sebahagian daripada usaha perkembangan syarikat itu di Malaysia. Dengan lebih 290 restoran setakat ini, McDonald's Malaysia merancang untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan pembukaan 450 restoran di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Masa nad sampai sini, memang ramai yang datang singgah ke McDonald’s Kuala Pilah. Penuh sampai tak cukup ruang. Kuala Pilah merupakan lokasi yang sangat strategik, terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan dan ia merupakan laluan ke Pantai Timur, memang sangat sesuai McDonald's dibina di sini untuk orang ramai singgah, berehat dan makan, bagi yang menggunakan laluan berkenaan. McDonald's Malaysia melihat banyak potensi bukan sahaja di Kuala Pilah, malah di Negeri Sembilan secara keseluruhan.









Boleh tengok keadaan di dalam McDonald's Kuala Pilah. Dekat sini lengkap ada McCafe, kiosk order sendiri, taman permainan kanak-kanak, tandas, drive-thru dan lain-lain lagi.

McDonald's Malaysia ada membuat perancangan untuk membuka beberapa lagi restoran di Negeri Sembilan dan berharap dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat.

"Selain potensi yang terdapat di negeri ini, perkembangan perniagaan kami di sini turut melibatkan komitmen kami kepada masyarakat di Negeri Sembilan. Memberi kembali kepada masyarakat di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami," tambah Azmir.
hai assalammualaikum


Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady: 50,000 Set Sarapan Pagi Susu Dutch Lady Dan Sereal Kellogg's Percuma Untuk Warga Malaysia  - Haritu awal pagi, bergegas ke Lrt Ampang Park, sebab nak pergi event sampai lupa nak sarapan pagi. Sekali, nampak ada orang edar susu Dutch Lady kepada pengguna Lrt. Macam tau -tau je perut tengah lapar, dapat pulak percuma susu Dutch Lady dan sereal Kellog's. Bila ada pek On-The-Go ni memang mudah nak sarapan dekat mana-mana. Susu dan sereal memang sarapan yang mudah dan mengenyangkan, dan ia merupakan sarapan gabungan nutrisi lengkap waktu pagi kita.

Nad tau, ramai yang mengetahui kebaikan mengambil sarapan pagi, tapi disebabkan terlalu sibuk, nak cepat, ramai yang memilih untuk mengabaikannya.

Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Macam nad la, kalau dah nak cepat, memang tak dapat nak sarapan sebab nak kejar masa. Sebab tu tak sempat nak buat sarapan pagi. Bila dah sampai tempat yang dituju, lagi tak sempat sarapan sebab dah banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Kebanyakannya, mereka lebih suka makan tengahari terus, lagi mudah. Tapi sebenarnya banyak keburukan bila mengabaikan sarapan pagi.

Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady: 50,000 Set Sarapan Pagi Susu Dutch Lady Dan Sereal Kellogg's Percuma Untuk Warga Malaysia

Jadi, bagi memperingati sarapan pagi itu penting, susu Dutch Lady telah bekerjasama dengan Kellogg's untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang bermula 21 hingga 31 Oktober.

Antara stesen LRT terpilih ialah LRT Hang Tuah, Plaza Rakyat, Bandaraya, Maluri , Bandar Tasik Selatan, KL sentral, Masjid Jamek, Asia Jaya, Ampang Park dan Wangsa Maju.



Haritu, kira nad orang yang bertuah dapat susu Dutch Lady dan sereal Kellogg's ni, sebab waktu nad dapat tu, hari terakhir diaorang buat.



Pada hari itu, set sarapan telah diagihkan sendiri oleh Encik Tarang Gupta,Managing Director Dutch Lady Milk Industries dan Encik Anoop Abraham, Managing Director of Kellog's South East Asia.

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. "Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian" kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan  kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.


Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Selain itu, perut terisi serta membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.

Ok, yang ni nad baru tau..korang pun kene tau. Bagi yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Ok ni rupanya salah satu punca dia yang kita tak jangka. Lepas ni sarapan denagn susu dan sereal pun ok.

Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 - 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan .


Sarapan pagi yang biasa kita makan seperti nasi lemak atau sandwic sahaja, sebenarnya tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Tapi, kalau diambil dengan segelas susu bersama dengan sarapan pagi kita , nutrien yang diperlukan pada waktu pagi sangat lengkap.

Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.

Susu mengandungi protein, Vitamin A, Vitamin B2, Vitamin D3 dan juga kalsium yang dapat memberi nutrisi lengkap pada badan kita. Kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

Susu amat disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita.


Jangan sesekali skip sarapan pagi tau. Sarapan pagi tu sangatla penting. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita. Sarapan pagi juga dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari
Website : https://www.dutchlady.com.my.

hai assalammualaikum

Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya - Shopping time!!..Haritu, nad pergi shopping dekat kedai barangan Jepun yang baru sahaja dibuka iaitu kedai J-hunt Mottainai Store di Aeon Big Subang Jaya yang berada di tingkat 2. Kedai ni, dengan rasminya telah dibuka pada 25 Oktober haritu. 

Dekat sini, macam-macam jenis barang dari Jepun ada, preloved item, brand new item, premium item dan collectors item. Yang suka kumpul patung animasi tu, boleh terjah dekat sini. Memang rambang mata tengok semua item, lagi-lagi bila nampak harga yang tak masuk akal. Semua nak diambilnya..


Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya

Mula, tengok dari luar, tengok patung tuu, woww sangat, pastu tengok harga, mak aihh mahalnya harga barang tu. memang agak rare juga la patung dan samurai helmet ni kan. Bila fikir balik harga dia macam tu, mesti barang ni dibuat dengan teliti, ada sejarah dia tersendiri. Semestinya ada peminat yang menyukai barang sebegini, kalau tak, takkan la dia nak jual kan..hehee. Nad kalau banyak duit, semestinya beli juga ni.







Tengok bahagian vintage ni memang suka gila. Mempamerkan sejarah, budaya dan bentuk seni tradisional Jepun berasal dari Tokugawa Shogunate semasa Edo priod ( 1600-1868 )

Tapi, jangan fikir, tengok harga dekat luar mahal, dekat dalam pun mahal..Oh no!!..sila masuk dan tengok ya. Dalam ni ada macam-macam barang ada seperti pakaian, beg, barangan kanak-kanak, muzik, kasut, sukan, pinggan mangkuk, mainan, jam, kamera, patung animasi, patung koleksi, dan macam-macam lagi la..

















Harga Serendah RM1

Teruja haishh tengok semua barang. Satu-satu nad belek. Bila tengah-tengah belek, tengok harga, murah gila..serius!!..Harga yang tak masuk akal ialah RM1 untuk baju..hah, terkejut tak..Nad sendiri terkejut, tapi kenalah pandai cari, sebab bukan semua baju harga RM1..

Walaupun ia barangan preloved, tapi semua barang ni masih dalam keadaan elok dan nampak baru. Takde nampak buruk ke, rosak ke. Semua cantik belaka..Tu cakap, nad rambang mata tengok semua barang dalam ni.

Masuk sini, kalau boleh, dari pagi sampaila kedai tutup tau..hahaa. sebab nak memilih tu bukan perlu sekejap, kena lama tau. Lagi kalau dah masuk bahagian pakaian..hahaa..Memang teruja bila kau dapat baju yang harga RM1, terus nak cari dan cari. Tapi kalau tak dapat ada juga harga RM3, RM5, hah macm tu la..

Haritu datang masa harijadi Fariza. Memang haritu, kebanyakan barang semua untuk dia. Biarlah dia nak pilih apa, nad ambil je. Masuk tempat pakaian kanak-kanak, memang rasa semua nak ambil. Tengah cari, sekali Fariza tunjuk baju dia nampak. Ye, dia pilih sendiri. Baju frozen, baah gaun sikit,. Dia memang suka baju macam tu, macam princess ok. Pergi pulak tempat kasut, dia pilih kasut dia..Kita layankan je. Birthday girl kan.



Pergi tempat mainan, hah, pilih, pilih..Dia ambil Minnie Mouse, harga RM10 je..Puas dah dia dapat ape dia nak..Belikan adik dia juga, tak boleh sorang-sorang.

Giliran nad pulak la..hahaa. Pergi bahagian baju. Nampak tshirt harga RM5. Nampak pulak seluar putih. Memang dah lama nak seluar putih. Nampak harga RM10, tengok macam muat dan elok. Terus ambil..kihkih..Nad pun nak kasut. Nampak satu kasut ni, cantik..ok terus ambil juga..hahaa.


Paling geram, bahagian beg ni. Mula-mula masuk, tak nampak beg ni, lepas tu pusing lagi sekali, nampak dua beg cantik ni. Beg rotan warna biru dengan beg purple sling. Mula pening nak pilih mana satu, tapi nanti balik kang menyesal pilih satu je. Last-last ambil dua-dua..hahaa. Beg rotan harga RM20, beg purple sling RM10. Puas ok..

Dekat sini korang boleh bayar menggunakan cash, kad kredit/kad debit, E-Wallets, GrabPay, Boost, Alipay, WeChat Pay, Ipay88, Touch'nGo eWallet, mCash dan UnionPay.


Korang boleh layan video nad shopping dekat Jhunt. Tengok la gelagat kakak Fariza.


Ni la hasil barang yang dibeli, beg dua, topi, kasut tiga ( mommy, Fariza dan Farhanah ), patung dua, seluar putih, tshirt lelaki, tshirt perempuan ( mommy ), seluar anak tiga, baju anak tiga. Semua item 17 item, dan harga semua RM202..

Memang kena datang semula ni..hehehee..

Outfit Of The Day Kami untuk J-Hunt...



Tengok adik dan kakak pakai kasut , seluar dan baju dari J-Hunt..mujur muat you alls..Kasut kakak tu bukan ye, cuma baju dan seluar je..hehee


Kakak dapat lebih sikit sebab birthday dia kan..Baju, kasut dan minnie mouse dari J-Hunt..


Dan nad punya..hahaa..Tshirt, seluar, beg, dan topi pergi pantai..kihkih..



Serba Sedikit Berkenaan J-hunt The Mottainai Store

J-HUNT mempraktikkan penggunaan ayat 'Mottainai' iaitu menghormati sumber dengan tidak membazir serta menggunakan dengan sebaiknya. Ayat ini berkait rapat dengan konsep pemuliharaan ekologi dan konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) | Kurangkan , guna semula dan kitar semula | dan tambahan 2 R - Respect + Recondition | Hormat dan pemulihan |

Reuse - Guna Semula
Sampah bagi kita tapi orang lain memerlukan

Recondition - Pemulihan 
Barangan yang telah dibersihkan dan dipulihkan

Respect - Hormat
Barangan yang tidak dibuang tapi ditambah dengan nilai

Maknanya walaupun mereka mengumpul barangan terpakai tetapi mereka akan membersihkan dan membaikpulih apa yang patut untuk menjadikan barangan tersebut bernilai semula.

Berikutan Projek Sukarelawan Motainai, J-HUNT menyokong golongan kurang bernasib baik, minoriti, dan memberikan kembali kepada masyarakat. Sebagai sebahagian daripada program CSR, syarikat itu merekrut kakitangan dari masyarakat Orang Asli dan melatih merekauntuk bekerja.


Nak Menang RM3000

Anda berpeluang untuk anda memenangi Hadiah Utama RM3000! Mudah sahaja, hanya shopping di J-Hunt, dan buat video kemudian upload di media sosial. Mudah..cepat terjah J-Hunt di Aeon Big Subang Jaya...


Untuk maklumat lanjut boleh layari:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2, AEON Big Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Telefon: 0102026273
Website: www.jhunt.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore/
Instagram: https://www.instagram.com/jhuntmottainaistore/

hai assalammualaikum

Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak - Rasa bertuah dapat sama-sama menyambut Tollyjoy Baby Day 2019 yang ke-5 pada tahun ni sejak pelancarannya pada 2015. Ini kali ketiga nad turut serta bersama Tollyjoy Baby Day, banyak ilmu, pelajaran berkenaan parenting nad dapat. 

Ya, menjadi seorang ibu bapa memang suatu pengalaman yang manis, tapi pada masa yang sama ia mendebarkan dan bukan mudah, lagi sekarang, sangat mencabar membesarkan anak. Sebab itu, kita perlukan ilmu supaya dapat mengendalikan tanggungjawab dengan betul. Banyak dah isu yang dikupaskan semasa Tollyjoy Baby Day, seperti Nutrisi Ibu Menyusu dan Mengandung, Kesihatan Mental Ibu dan Anak, kali ni, berkenaan Partners in Parenting.


Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak

Tollyjoy Corporation bekerjasama dengan PPAS ( Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ) Jaya One dan OrphanCare Foundation ( OrphanCare ) bagi melancarkan ' Partners in Parenting ', sebuah platform pendidikan yang menemukan para pakar dan ibu bapa untuk saling berkongsi sudut pandang, pengalaman dan pengetahuan sambil membina ' rangkaian sokongan ibu bapa ' bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka.



Pada hari itu, turut sama merasmikan ' Partners in Parenting ' ialah Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mr Mark Tan berkata " Sejak mula lagi, kami telah bekerjasama dengan Orphancare dan sehingga kini kami terus berkongsi visi yang sama, iaitu ' setiap kanak-kanak perlukan keluarga '. saban tahun, Hari Bayi mencetuskan perbincangan dan mendidik para ibu bapa menerusi topik keibubapaan. Kini, melalui inisiatif " Partnera in Parenting ' bersama PPAS, kami yakin dapat memberi kesan yang lebih lagi dalam kehidupan ibu bapa muda dengan membantu mereka membina asas yang kuat dalam membesarkan bayi mereka ".


Event diadakan di PPAS Jaya One Mall. Pertama kali nad datang ke sini, dan baru tau ada perpustakaan di sini. PPAS Jaya One merupakan satu-satunya perpustakaan yang terletak di pusat membeli-belah di Selangor. Ditubuhkan setahun yang lepas, PPAS sering dikunjungi oleh golongan bekerja, pelajar, freelancer, pesara, guru, kanak-kanak dan ibu bapa bekerja yang berkunjung bersama bayi mereka. Menarik sangat tempat ni. Fariza suka, sebab banyak buku, adik pulak suka sebab ada mainan lego. Semasa hujung minggu, perpustakaan ini penuh dengan ibu bapa dan anak-anak, terutamanya apabila storytelling diadakan.


"Selain menyediakan buku tentang keibubapaan, PPAS berharap untuk menyokong Tollyjoy dalam menjalankan 'Human Library' untuk bertukar maklumat dan pengalaman menjaga anak. Ini adalah sejajar dengan tujuan PPAS untuk mempromosikan perpustakaan kami sebagai rumah kedua, pusat pembelajaran, titik pertemuan, pusat rekrut dan pusat pembangunan manusia " Kata Puan Suzliana Abdul Hamid, Deputy director of PPAS.

Ok, topik kali ni memnag sangat best sebab melibatkan suami, bapa..hehee..

Perkongsian Suami , Bapa Membantu Isteri Menjaga Dan Membesarkan  Anak-Anak Dalam ' Partners in Parenting '

Nad join kali ni, sebab topik ni memang sangat menarik kerana melibatkan pasangan kita. Masa nak pergi ni pun, nad memang suruh suami sekali ikut..hhee. Saje nak bagi dia dengar talk, perkongsian dari golongan yang sama denagn dia, iaitu suami, bapa..hahaa..Yela, benda penting dan dia perlu tau juga tanggungjawab dia. Sebenarnya, tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak ni bukan isteri atau ibu sahaja, tetapi perlu bersama-sama.

Bapa juga memainkan peranan penting dalam mebentuk perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak. Suami menjadi tonggak sokongan yang penting kepada isteri. Isteri akan jadi kuat bila suami ada di sisi, turut sama membantu meringankan kerja isteri. Masa isteri berpantang pun, suami perlu memainkan peranan dalam menjaga isteri dan mengamalkan pendekatan 'serba boleh' dalam menjaga bayi mereka.

Dua orang suami yang berkongsi dalam menjaga dan membesarkan mereka. Seorang digelar ' Mr Mama' , bapa sepenuh masa, iaitu Ben Ashaari dan seorang lagi ialah ' bapa berpantang ', Alan Oh yang menjaga isteri ketika waktu berpantang.


Ben Ashaari, nad memang kenal dengan dia, dalam industri blogger ni. Nad kenal dia masa dia menjaga anak pertamanya, sehingga sekarang dia memilih untuk menjaga anaknya yang dah masuk 3 orang sementara isterinya pula bekerja. Beliau memilih untuk menjadi ayah sepenuh masa kerana baginya menjaga anak sendiri lebih puas dan seronok. Rutin harian dibuat dengan teratur dari mandikan anak, hantar anak ke sekolah, dan kerjanya sendiri iaitu menulis blog.

Beliau bimbang meletakkan ketiga-tiga anaknya di bawah bantuan penjagaan kanak-kanak. “Diri saya ini merupakan bukti bahawa ia tidak mustahil untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk memberikan kesan positif terhadap masa hadapan anak-anak kita.

Selain itu, sebagai seorang bapa, ia amat penting untuk menyokong bukan sahaja si anak, malah pasangan anda juga. Saya betul-betul percaya bahawa si bapa penyayang ialah asas yang penting untuk menjamin kukuhnya sebuah keluarga,”


Buat Alan Oh pula, beliau memainkan peranan yang sedikit unik berbanding para bapa di luar sana.

Komited selaku seorang bapa ‘berpantang’, beliau mempelajari amalan berpantang dan menjaga si isteri sehingga kembali sihat, justeru membolehkan isteri beliau fokus sepenuhnya untuk menjaga anak mereka yang baru lahir.

“Menyambut bayi yang baru lahir ialah waktu yang paling susah untuk ibu bapa, terutamanya buat mereka yang masih baharu di alam keibubapaan.

Walaubagaimanapun, ia ialah masa yang paling berharga sekiranya si ibu dan bayi diberikan ruang secukupnya. Ini masa yang bagus untuk mencipta kenangan indah antara ibu dan anak, seterusnya merapatkan lagi ikatan antara ibu dan bapa dan bayi baru lahir,”

Nad kagum dengan suami seperti ini, sebab beliau sanggup belajar bagaimana nak menjaga isteri berpantang. Belajar berkenaan herba, masak orang berpantang dan semuala. Beliaun belajar pun melalui youtube dan google. Jadi para suami di luar sana, takda la alasan cakap tak tau buat semua tu. Sekarang semua di hujung jari.


Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan.

Untuk maklumat lanjut tentang sesi ‘Partners in Parenting’, anda boleh ikuti
Facebook : https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/tollyjoymalaysia/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2