hai assalammualaikum

Meriah Sungguh Suasana Perkahwinan Kawan Nad Ni - Bulan lepas, 13/10, kawan satu Universiti telah menamatkan zaman bujang dia. Tahniah kepada Sanawiyah. dia ni kawan seuniversiti, UUM. Walaupun dia duduk area Gombak, nad duduk Pandan Jaya, tapi jarang sangat berjumpa sebab komitmen masing-masing. Macam biasa, bila rakan nak kawin la baru dapat berjumpa. Bestnya, dapat berkumpul dengan kawan seuniversiti yang lain, yang datang dari jauh macam Pahang, Kedah, Seremban, Perak, Kelantan...hah mana yang boleh turun memang dapat turunla..Ya semua kawan jauh-jauh, tapi ada yang bekerja di KL.

Bila Sanawiyah ni nak kawin, kami dalam group dah decide, baju macam mana, stay dekat mana. Perancangan kena awal, supaya tak kelam kabut. Jadi, masa dia kawin, kami decide, kain batik baju bebas. Sorang kawan, ain namanya dah dapat homestay yang dekat dengan rumah Sanawiyah untuk diaorang duduk. Masa tu, nad pun nak menyibuk duduk homesaty sekali..hahaa..Yela, bila lagi dapat berkumpul dan berborak kan.

Kawan nad ni, sebenarnya orang Indon dari masyarakat Bawean. Orang panggil Boyan. Jadi ada keunikan sikit perkahwinan dia ni.

Sabtu malam tu, terus pergi homestay dulu, letak barang, kemudian terus ke rumah Sanawiyah. Macam nad dulu kawin, sabtu malam ada, ahad siang pun ada. Ana pun buat macam tu. Malam sabtu pakai baju biasa jela, tshirt dan seluar..hahaa..Orang cakap datang selamba je..hehe..


Homestay ke rumah Ana, 5 minit je. Meriah juga kenduri kawin dia waktu Sabtu malam tu. Kami sampai, Ana dekat pelamin. Masa tu pulak ada ceramah dekat kenduri dia..hehee..Terkjut juga..lain sikit ye siap ada kenduri..Mak dan kakak Sanawiyah memang dah kenal kami, sebab sebelum ni, kami pernah datang rumah dia. Kakak dia cakap, sebenarnya nak panggil orang kompang, tapi kenapa ntah, tu yang panggil orang ceramah. Tapi bagus juga dipanggil orang ceramah ni, banyak ingatkan kita tentang alam perkahwinan ni..ehhee..Dengarla sampai habis..hehee..Pengantinla kena dengar..kami pergi makan dulu..hehe

Makanan diaornag buat bukan biasa-biasa..hahaa..Selalu kenduri kawin makanan, ayam, sayur, yang baisa-biasa tu. Tapi dekat sini, makanan, ayam, udang, ikan keli, ulaman, sayur dan macam lagi..hahaha..Siap ikan keli dan udang kau..pergh!!..



Apa lagi, ambil semua je..hehee..dah macam food review..

Masa ni tak sempat nak ambil gambar, sebab nad bawa dua orang anak sekaligus. Nak layan diaorang, sush nak ambil gambar semua.

Selesai makan, selesai ceramah habis, terus kitaorang masuk dalam rumah Sanawiyah.

Lainnya lagi bila ada orang kawin dekat kampung diaorang ni, semua jiran pakat bagi hadiah. Hadiah berasla, hamper la..pergh penuh rumah. Kalau kita kawan je yang bagi..kalau ada saudara nak bagi tu mana yang nak bagi jela. Tapi, kampung dia, semua jiran bagi..meriah gila..hahaa..


Hah yang ni, kitaorang sempat ambil gambar dalam rumah..hahaa. Masa ni Sanawiyah tukar baju. Biasalh, kadang ada tukar-tukar baju tu kan..hah macm tu.

Lepas tu kitaorang balik homestay. Lepak duduk sama-sama. Membawang tu biasala..hahaha..Lam a tak jumpa uii..




Esoknya Ahad, kitaorang pakai yang dijanjikan. Pagi-pagi siap sarapan semua. Lepas tu tak lupa bergambar dekat homestay dulu. Masa ni dah keluar terus dari homestay.


Hah beg pink tu la hadiah untuk Sanawiyah..dia memang suka pink..hahaa..Ni kawan-kawan yang pilih, diaorang pergi ke Melawati Mall. Masa tu nad tak dapat pergi sana. Jadi kongsi hadiah jela. Siap ada banyak barg lain lagi dalam beg tu..


Sampai rumah Sanawiyah, meriah habis. Makanan sama macam malam tu. Kami sampai Sanawiyah belum berarak lagi. Sempat la ambil gambar. Lepas tu, baru dipanggil untuk berarak sebab pihak lelaki dah sampai.




Suami Ana ni satu kampung juga dengan dia. Jadi senang la rumah dekat-dekat..hehee..

Bila tengok yang membawa dulang bukan 10, tapi macam lebih 10..hahaha..siap hamper berapa belas dah..kihkih..dekat kampung diaorang dah biasa buat macam tu. Kena sediakan hamper untuk diberi kepada pihak perempaun dan lelaki..Jiran pun akan bagi..Siap beras, dan minyak masak kau..hahaa..

Bagi duit tu biasa juga la..

Kalau macam kita, ada jugala hantaran manisan, coklat , tapi tak banyak kan..ehhee..diaorang lain sikit,.

Tapi kata Ana, hanya dekat kawasan kampung dia sahaja, kalau kawin dengan orang lain, pihak laki takda buat macam ni. Hantaran macam biasa jela..ehhee..

Suami nad, datang pun dia cakap " kawan sayang orang apa?" nad cakap la " Kenapa? "..Sebab dia nampak tetamu yang datang tu pakai kot hensem-hensem..Jadi dia fikir mesti bukan masayrakat Melayu ni..hahaa.. Nad cakapla dia orang Indon.

Masa kitaornag selesai makan, pengantin tengah atas pelamin. Kitaorang pun macam biasa duduk dalam rumah nak tunggu Sanawiyah. Sekali dengar Sanawiyah pengsan, muntah..Kata kakaknya dia tak makan pagi..alahai Sanawiyah..dia ingat boleh tahan sampai makan tengahari. Ana ni ada penyakit gastrik, kalau datang sakit hah macam ni la..Kesian dia..


Ni hadiah yang dia dapat..




Jadi, dah tengok keadaan dia macam tu, kitaorang cadang balik je. Ambil jela gambar dekat pelamin tanpa pengantin lelaki dan perempuan..hahaha..Nasib dah ambil awal-awal dengan pegantin perempuan.



Balik tu, kakak dia sediakan kitaorang macam-macam jenis makanan, jajan, siap bagi satu hamper..hahaa..ni Sanawiyah suruh bagi la ni..hahaa..memnag penuh la balik tu..Terima kasih Sanawiyah..

Dalam group, Sanawiyah cakap sedih tak dapat potong kek, tukar baju, ambil gambar outdorr. Kitaornag cakap, takpe, boleh ambil lain..hehee..kesian dia..yang penting selamat dah semuanya..

Kitaorang ada plan pergi bercuti ke tempat lain lepas ni..So nantikan tahun depan..hahaha...
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Anakku Fariza Sayang - Lambat pulak buat buat kenangan Hari Lahir anak pertama kita ni..ehhee..maafkan mommy ya, mommy terlalu sibuk.  Tu pun sebab cari duit untuk beli hadiah awak tau..Tanggal 23 Oktober, lahir seorang puteri yang comel. Senang je mommy nak lahirkan awak Fariza, walaupun awak dah lebih due date. Tapi, nak menjaga awak bukan senang..hahaa. Takpe semua tu pengalaman bagi mommy. Akhirnya awak membesar dengan baik dan sihat sampai sekarang. Usia Fariza sekarang 4 tahun..tahun depan 5 tahun


Dari kecil mengomel, dah besar astagfirullah, lagi banyak ye ngomelnya..hahhaa..24 jam bercakap, kalau boleh taknak berhenti..Mood baik mommy, mommy akan layan. Bila mood mommy tengah fikir caption job, janganla awak bercakap ye nak..hahaha..

Makin besar. makin banyak akal dia. Makin nampak dia nak tau sesuatu. Bila dia bangun tidur, memang mommy siapkan mental dan fizikal..hahaa..

Pernah dia tanya pasal macam mana jadi hujan, fuh jenuh mommy google..hahaha..Pernah tanya pasal matahari la..hahaha..dasyat..

Sekarang, dah pandai mengira nombor selepas nombor 10. Dah pandai ABC. Tapi tu la, kenal huruf besar je, huruf kecil belum sangat.ehehe..

Mommy tau, kakak anak yang baik sangat. Setiap hari ada je nak tolong mommy. Dengan ayat dia " Mommy, Fariza nak tolong boyeh " " Mommy buat apa tu, Fariza nak buat juga boyeh "..Ya, tu la dia..memang suka sangat membantu. Mana yang rasa dia boleh buat, nad akan bagi buat. Mana yang tak boleh memang takkan la..


Mommy tau,kakak tak pernah mintak apa-apa. Tapi mommy suka belikan, mana yang jarang Fariza dapat. Tapi sekarang mainan dan buku dah macam banyak je, mommy stop beli ye..hehhee..




Hadiah kali ni, memang banyak mommy bagi, sebab kakak dan adik susah nak keluar berjalan kan. Asyik tempat sama je. Biar mommy buat kerja, asalkan mommy dapat habuan untuk anak-anak. Mommy bawak kakak dan adik pergi main di Waka-Waka Playland. Beli baju dan kasut dekat Jhunt dan banyak lagi job mommy ambil untuk beli hadiah kakak.


Mommy tau, kakak suka Poney, jadi mommy belikan hadiah Beg, pensil box dan baju Poney. Nampak kakak gembira sangat. Ya ni la hadiah yang mommy pulun ambil job untuk kakak tau. Tahun depan kakak nak sekolah, mommy belikan hadiah ni.



Mommy doakan, kakak terus jadi anak yang baik, suka bantu mommy dan daddy ye. Selalu dengar cakap mommy dan daddy. Semoga akak membesar dengan sihat dan baik. Selalu tolong mommy dan daddy. Selalu sayang dan jaga adik ye.


hai assalammualaikum

GoMini Elektrik Double Breastpump Pigeon ber Keselesaan Kepada Ibu Menyusu - Bagi mereka yang bergelar ibu, semestinya tau bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik sekali untuk anak. Susu ibu sememangnya susu yang lengkap dengan nutrisi dalam memberi antibodi yang kuat kepada anak. Breastpump ni memang salah satu barang yang patut ada dalam senarai keperluan setelah menjadi ibu.

Bagi mommy yang duduk di rumah, tiada masalah untuk pam susu tu, tapi yang menjadi masalah ialah mommy yang bekerja. Ramai nad dengar masalah mereka yang bekerja ni, sukar untuk mengepam susu kerana tiada tempat yang specific dan terpaksa menyorok-nyorok. Lagi satu brastpump tu sendiri yang sangat besar dan memerlukan beg lain untuk membawanya.



GoMini Elektrik Double Breastpump Pigeon ber Keselesaan Kepada Ibu Menyusu

Disebabkan memahami situasi mommy yang bekerja, yang memilih untuk bekerja dan menjadi ibu, Pigeon telah mencipta GoMini Electric Double Breast Pump, alat susu ekspres susu yang disesuaikan untuk menjadikan penyusuan susu lebih mudah dan lebih mudah. Nad sendiri tertarik dengan produk terbaru Pigeon breastpump GoMini ni sebab ia sangat padat, ringan, dan mudah alih. Dengan bentuknya yang kecil, GoMini mudah dimasukkan ke dalam apa jenis beg seperti beg tote dan beg tangan dan juga mudah dibawa ke mana sahaja walaupun dalam penerbangan.


Memang kecil GoMini ni, bentuknya seperti powerbank..hehee... Berat hanya 145g 9 bersamaan dengan 8 biji buah strawberi ), GoMini membenarkan ibu-ibu yang menyusu yang bekerja untuk pergi kesesuatu tempat sambil mengepam dengan selesa. GoMini mudah beralih antara Mod Stimulasi dan Expression dan mempunyai operasi satu tangan intuitif untuk kebolehgunaan yang lebih besar.


Walaupun kecil, tapi GoMini boleh digunakan sama ada untuk satu pam atau dua pam sekaligus.

GoMini Electric Double Breast Pump ini telah memenangi 3 anugerah cemerlang diatas inovasi produk breast pump. Antara Red Dot Design Award (dianugerahkan di German), Good Design Award (Japan) dan Good Design Award (Singapura).


Menurut Mr. Gouichi Koizumi. Pengarah Urusan Pigeon Malaysia:
'Established in Japan since 1957, Pigeon has constantly been a forerunner in the production of innovative, high quality products to help mothers enjoy every step of motherhood. GoMini is the result of Pigeon's efforts to enhance a mother's milk expressing experience while helping her to achieve better work life balance'

'Pigeon is constantly innovating to develop better and more efficient ways to help nursing mothers enjoy their breastfeeding journey. GoMini is a multi-award winning product that will play a critical role in helping working mums on the go sustain breastfeeding beyond six months'Jed Chow, Marketing Manager of Pigeon Malaysia.


Event dimeriahkan dengan dua orang mommy yang bekerja dan menyusu ibu. Nad kenal seorang je, iaitu Sarah, seorang pelakon. Tak sangka dah nak masuk empat orang anak..huhu. Dua orang mommy ni telah menggunakan GoMini Electric Double Breast Pump dan berkongsi tentang kehebatan breast pump ni. Mereka berkata dengan menggunakan GoMini, mereka dapat pam susu dengan cepat dan pam di mana sahaja walaupun di dalam kereta.

Lawak diaorang ni, berlawanan masing-masing, bercerita betaap bagusnya GoMini ni.


Program diteruskan dengan perbincangan antara Puan Indra Balaratnam (Diet Konsultansi) dan Mr Paul Jambunathan (Consultant Clinical Psychologist - Maternal Mental Health).




Seterusnya, demo masakan dari Puan Indra Balaratnam. Makanan sesuai untuk ibu menyusu. Makanan yang sangat berkhasiat. Makanan yang dibuat ialah Bircher Mule, Wholegrain Salmon Casserole dan Avocado & Bean Dip With Tempeh Chips.


GoMini Electric Double Breast Pump ini dijual pada harga RM429 seunit. Ianya boleh didapati di semua Outlet Happikiddo, kedai barangan bayi serta kanak-kanak dan juga farmasi.




Pigeon menawarkan kedua-dua elektrik (GoMini Double Breast Pump, Pro Breast Pump Pro & Electric Portable Breast Pump) dan pam payudara manual untuk memenuhi keperluan ekspresi ibu yang berbeza. Untuk memastikan tidak ada susu yang membazir, Milk Saver Pump yang baru dilancarkan supaya susu ibu yang berlebihan dapat ditampung supaya tiada pembaziran susu.


Nikmati kemudahan menyimpan susu ibu yang dinyatakan dalam Pigeon's Storage bags, Slim and Wide-Neck Storage Bottles, or Cooler Bag hich acts as a portable fridge. Apabila masanya untuk memberi makan bayi anda, ambil kesempatan daripada Pigeon's Bottle dan Food Warmer Pigeon untuk memanaskan susu dan makanan bayi. Pigeon juga menjaga puting anda dengan Krim Perawatan Nipples yang dibuat dari lanolin tulen 100% untuk melegakan kulit retak, Niplle Puller mengeluarkan puting beliung rata atau terbalik, Nipple Shield untuk melegakan puting beliung, dan Honeycomb Breast Pads yang memenangi anugerah untuk mencegah kebocoran.
hai assalammualiakum

Pynocare Bio-Life Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal - Tona kulit tak sekata sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Kulit bukan sahaja nampak suram,bahkan akan membuatkan kita nampak seperti orang yang kepenatan, tidak bermaya, nampak lebih tua dan tidak sihat. Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu. salah satu produk yang dapat kembalikan tona kulit sekata ialah Pynocare dari Bio-Life.

Ada banyak faktor penyebab tona kulit tak sekata, antaranya
- Cahaya matahari merupakan faktor utama terjadinya kulit tak sekata.
- Perubahan hormon seperti kehamilan, pil kontraseptif
- Masalah endokrin seperti tiroid, ovari
- Kosmetik juga menjadi punca terjadinya kulit tak sekata. Kosmetik yang bertoksik pada cahaya, merkuri, asid salisilik
- Ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya: antibiotik, ubat anti keradangan


Pynocare Bio-Life Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal

Hah ni la produk dari Bio-Life yang korang boleh cuba. Pynocare, penyelesaian masalah melalui oral dengan antioksidan untuk mengembalikan kesekataan kulit. Pynocare merupakan kapsul oral semulajadi dengan MSCC Complex Actisome™ iaitu satu formula khas dan ia menggabungkan tumbuhan semulajadi dan ekstrak rumpai laut.


MSCC Complex Actisome meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik. Ia dapat mempertahankan kulit dari radikal bebas dimana ia membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama kepada masalah tona kulit tak sekata.


Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung UV. Antioksidan yang ada dapat meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

Bagaimanakah Pynocare membantu dalam kesihatan kulit?

Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis - Kaya dengan procyanidinoligomerik ( OPCs ) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas. Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula Vitamin C dan menghasilkan Vitamin E.

Vitamin C - Merupakan antioksodan semulajadi dan melindungi kulit daripada UVA,UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Ia turut menghalang penghasilan dan pembentukan melanin  dan bekerjasama dengan Vitamin E.


Ekstrak D.Salina - Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena. Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan kipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

Vitamin E - Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Memberikan perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto-penuaan.

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil Pynocare?
- Individu yang mengambil berat terhadap masalah kulit
- Individu yang sering terdedah kepada pancaran matahari
- Individu yang gemarkan aktiviti luar


Berapakah dos yang disarankan?
 DUA kapsul sehari selepas makan

Menarik kan produk ni. Lagipun produk dari Bio-Life ni memnag diyakini dan sangat bagus untuk diambil. Pynocare kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi yang dapat melindungi kulit daripada penuaan pra-matang, tona kulit yang tidak sekata.


Kalau korang nak cuba produk Pynocar Bio-Life ni, boleh dapatkan di
Lazada : http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare
CARiNG : http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare
Watsons : http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare

SURAT PEMERIKSAAN SCAN TYROID DAH DAPAT..

in , by Nadia Johari, 12:19:00
hai assalammualaikum

Surat Pemeriksaan Scan Tyroid Dah Dapat - Ingat tak, sebelum ni nad ada pergi ke klinik sebab nak tukar surat refer dari klinik swasta kepada klinik kerajaan. Cerita ada nad tulis dekat SINI. Sila lah baca..Kalau nak tau cerita berkenaan tiroid nad ni, boleh search je Tiroid dekat blog nad ni. Alhamdulilllah, surat refer yang nad nak tukar tu dah dapat hari jumaat haritu.

Nad hantar memang dah lama, tapi Jumaat haritu baru dapat. Ingatkan dah lupa dah dengan surat refer tu. Nad punyala risau, sebab takda panggilan telefon dari pihak klinik kerajaan. Nad fikir positif jela, mungkin diaorang sibuk buat hal lain. Biasalah, klinik kerajaan, kalau tak lama tak sah..Bila dapat panggilan tu, rasa lega!!..

Dalam panggilan, nurse cakap, surat tu dah siap dan boleh datang ambil. Dia cakap, tarikh temujanji untuk scan pada 8 November 2019. Terus nad pening kepala..adoii..Mana taknya, sebab 8 November bersamaan hari Jumaat, minggu ni, nad dah book hotel untuk bercuti. Tapi check in hotel tu pukul 3 petang. Jadi, nad fikir, scan dekat hospital tu waktu pagi..Okla, takde kelam kabut..harapnya la..


Bila ambil surat dekat klinik kerajaan, tengok waktu, ok temujanji pukul 10 pagi, tapi dekat Hospital Kuala Lumpur. Aduh..Kenapa la bukan Hospital Ampang sahaja. Nak taknak kena la ikut apa yang ditulis. Sebab dah risau dengan bengkak dekat leher ni.

Harap 8 November tu, takda la lama sangat. Harap tak kelam kabut nak pergi scan, lepas tu bertolak terus ke hotel tu. Walaupun hotel dekat je, tapi kalau kene buat benda lain waktu tu, macam kelam kabut je. Tak tau keadaan macam mana kan..huhu..harap semua berjalan dengan lancar.
hai assalammualaikum

What is Temaki and Which Restaurant Makes the Best Temaki?

Gone are the days when people used to stick to the same old regional diet. Today, more and more people are trying new and exciting recipes. Some of these recipes are truly international in nature. The entry of multinational restaurant chains has also introduced the common man to more variety of food choices. In this article, we will discuss Temaki. If you are unfamiliar with Temaki then let us inform you that it's a sushi dish. So let us get started and see what Temaki actually is and from where you can order the best Temaki in town.


Temaki is a Japanese word. In Japan, it means hand-rolled sushi. Temaki is amongst the most popular sushi dishes all around the world. It's easy to make and tastes delicious. Since these are handmade rolls, there is no requirement of any special kind of equipment. Most of the sushi dishes require special equipment such as a sushi mat and special knives, but temaki is an exception in this case. All you need to make temaki is a sheet of nori, sushi rice, your favorite fillings, and some handwork. It is rolled like a bouquet of flowers. Some people even call it a sushi bouquet.

If you meet anyone from Japan, ask them how often do they make sushi at home. They would say that mostly we order it from our favorite restaurants. Now ask them how often do they make temaki at home and they would say quite often. Its because most of the sushi dishes not only require special equipment to prepare but also a high level of skill. But temaki is quite easy to prepare. Consider it the Japanese version of Tacos. The tradition is that the final assembly of temaki is done by the one who wants to have it. It is so because everyone has a different taste. You add what you like, you leave what you don't.


Unlike most sushi dishes, temaki is also free from any strict rules. You can fill up your sushi bouquet with almost anything you want. However, most of the temaki rolls have salmon in them. You can even find radish sprouts to be quite common in temakis. I would advise you that if you have never had temaki in your life before then you should try different kinds of temakis. Since these rolls are really easy to eat, you will be able to finish an entire roll in three bites. One person can easily eat four to five temaki rolls in one sitting. Try to have different kinds of rolls so that you can finally decide which one is your favorite roll.

Of course, it won't be easy for you to prepare so many different rolls at home. So the best idea would be to order five or six rolls from a good restaurant. The next question would be which restaurant serves the best Japanese or sushi food in Malaysia. The answer is simple, its sushi king. It's one of the most popular and in-demand sushi restaurants in Malaysia. 



To order for sushi king delivery, You can check on your FoodPanda Malaysia App search for Sushi King ala carte temaki. They use fresh and high-quality ingredients to prepare temaki. Their choice of fillings is also quite diverse. From salmon to crab, from an omelet to boiled eggs, from fish bones to prawns, from wheat to soy, you can find temaki rolls in various combinations on their website.


What's even better is that temaki from Sushi King is not just good in taste, but it's also very healthy. They proudly display the low-calorie count of their food products on their website.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2