hai assalammualaikum

Clay Body Wash Azyma Care - Kita tau tanah liat ni memang elok untuk kulit. Dulu ingat lagi suka main tanah liat, tepek dekat muka. Tapi tu tanah liat yang dikorek dekat tepi parit.. Hahaha. Tapi sekarang tanah liat banyak digunakan dalam bahan kecantikan. Selalunya,  kita dengar penggunaan tanah liat ada dalam produk kosmetik tapi yang nad jumpa ni, tanah liat dalam sabun mandi. Teruja kot, jadi,  nad pun nak cuba pakai. Clay Body Wash keluaran Azyma Care ni merupakan gel mandian yang mengandungi tanah liat dikatakan mampu menghilangkan bau badan dan masalah kulit.

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Clay Body Wash Azyma Care

Produk ni nampak eksklusif,  sebab satu-satunya sabun badan yang mengandungi tanah liat. Tanah liat pulak tanah liat Koalin Clay...yg sangat baik untuk kulit manusia. Tanah liat ini, adalah dari dasar dalam tanah yg di lombong di Tapah, Negeri Perak. Tanah liat kaolin mempunyai sifat penyerapan semula jadi yang mengurangkan kulit berminyak ke liang-liang.

Azymacare mengandungi tanah liat kaolin asli yg bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit. Di samping itu bahan bahan utama lain spt extract  Aloe Vera, Chamomile, cucumber dan lavender oil adalah semuanya natural.

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Chamomile - Chamomile secara semulajadi mempromosikan kulit yang terasa lembut, bersih, dan sihat, dan ia juga boleh melegakan keradangan pada kulit.

Lavendar Oil - Aroma kesegaran lavender adalah kesan yang menyenangkan pada tubuh dan secara semula jadi melegakan ketegangan tekanan.

Timun - Mengekalkan penghidratan air dalam kulit dan membantu badan anda membuang toksin secara semulajadi dan mengekalkan kulit yang sihat.

Lidah Buaya - Termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang boleh membantu meningkatkan ketegasan semula jadi kulit dan mengekalkan kulit terhidrat.

Body Odour Remover - Clay Bodywash Azymacare mengkhususkan diri dalam menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan kulit berminyak tanpa menggosok kulit sensitif dengan kuat.

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Suka tengok botol dia yang cantik dengan warna oren. Botol pulak jenis pump,  jadi senang nak digunakan. Satu pump sahaja dah boleh digunakan untuk satu mandian.

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Bau Badan,  Gatal-Gatal, dan Eczema

Nad dah pakai,  memang best. Badan rasa segar je. Disebabkan bahan ada lavender,  bau dia sedap dan wangi. Bau yang menyenangkan. Ada seharian nad tak pakai deodoran semua,  badan, ketiak tak berbau pun.. Huhu..

Memang elok siapa yang ada masalah bau badan,  atau yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak, korang pakai Clay Body Wash Azyma Care.

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Nad ada baca feedback orang,  katanya bukan sahaja untuk menghilangkan bau badan, mamlah dapat menyelesaikan masalah gatal2 dan penyakit eczema dan menghilangkan parut-parut lama. Clay Body Wash sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit sensitif. Bagusnya ia boleh digunakan sebagai shampoo. Paham jela kalau orang lelaki,  suka pakai produk yang all in one.. Hahaha..

MISZROCKERSDOTCOM CLAY BODY WASH AZYMA CARE, GEL MANDIAN DARI TANAH LIAT SESUAI UNTUK MASALAH KULIT BADAN

Produk Diyakini, Selamat Dan Halal

Jangan risau,  nad pakai sangat selamat. Jadi produk ni memang selamat. Azymacare clay body wash dikilangkan oleh Kilang yg mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ada GMP, pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia), dan mendapat U.S. Food and Drug Adminnistration (US FDA)

Azyma clay body wash juga tidak memgandungi bahan2 kimia berbahaya spt paraben, diethanolamin, pewarna tiruan dan lyral.

Paling penting ianya disahkan halal Jakim, dan didaftarkan dengan KKM (NPRA).




Mandian Tanah Liat sudah mendapat pengiktirafan pakar kulit dan mendapat " Dermatologist Tested" , "Mild and Gentle" dan " Suitable For Sensitive Skin".

Azyma Care Clay body wash boleh dipakai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit super sensitif, termasuk kanak2 yg berumur 2 tahun ke atas. Ianya lembut dan PHnya adalah neutral.

Harga RM68/pax (300ml) 
Harga Promosi RM100/ 2 pax (sehingga stok masih ada) 

Korang kalau nak beli,  boleh hubungi 
+6019 776 0647/ +603 6732 0647 

atau layari 

atau wasap terus 

Pembeli juga boleh dapatkan melalui associate atau laman web terus

Senarai Associate Azyma

*Azyma Lembah Kelang/ Wilayah Persekutuan*

1. Associate Azyma (AA - Putrajaya) Norshidawati

2. EA Putrajaya Syikin

2. Associate Azyma (AA - Setapak KL) Salasiyah Hassim. 

3. Associate Azyma (AA - Kuala Lumpur) Fitrah Al Hajj. 

4. Associate Azyma (AA - Ampang) Khairi


*Azyma Associates Lembah Kelang (Selangor)*

5. Associate Azyma (AA - Subang, Selangor) Ariffin Hijjaz. 

6. Associate Azyma (AA Rawang, Selangor) - Faris

7. EA Semenyih Ishak

8. Associate Azyma (AA Shah Alam, Selangor) - Sasana Gateaway


*Azyma Negeri Perlis, Kedah & Pulau Pinang)*

9. Stokis Azyma (SA - Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Rauhaz Global. 


*Azyma Negeri Perak.*

10.Stokis Azyma (SA - Negeri Perak) Feiza. 

10. EA Kamunting Azah


*Azyma Negeri Kelantan*

11. Associate Azyma (AA - Kota Bharu Kelantan) NoorulAklima. 

12. Associate Azyma (AA Pengkalan Chepa, Kelantan) - Haminah


*Azyma Negeri Terengganu*

13. Associate Azyma (AA Besut, Terengganu) - Mohd Noor Muda


*Azyma Negeri Johor*

14. Associate Azyma (AA Johor Bahru) Syamsul


*Azyma Negeri Sabah*

15. Associate Azyma (AA Kota Kinabalu) Muhashibi


hai assalammualaikum

Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impia Yang Menarik Untuk Dimiliki - Semua orang inginkan rumah sendiri, begitu juga dengan nad. Memang plan nak cari rumah sebiji. Rumah ni satu aset penting tau untuk kita sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang. Ciri yang nad selalu tengok untuk beli sesebuah rumah ialah selesa,  dekorasi menarik dan paling penting lokasi yang strategik. Salah satu rumah yang menarik bagi nad untuk dijadikan rumah impian ialah Glomac 121 Residences.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Jadi sebelum nak beli tu,  nad usha dulu pameran rumah yang ada. Biasalah,  kita nak tengok berapa anggaran,  macam mana luas rumah tu,  sesuai ke tidak. Baru-baru ni nad pergi ke Menara Glomac,  untuk melihat sendiri projek perumahan yang mereka sedang jalankan. Ada dua projek mereka jalankan iaitu 121 Residences dan Plaza Kelana Jaya. Yang menarik perhatian nad ialah 121 Residences ni.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impian Yang Menarik Untuk Dimiliki


Glomac 121 Residences merupakan SOHO service apartment, mempunyai dua Tower iaitu tower A dan Tower B, memiliki 34 tingkat dan 834 unit rumah. Apartment ni bakal siap pada 2023. Lokasi apartment di Kayu Ara Petaling Jaya. Misi mencari rumah impian,  masa ni la nad kene survey semua. Apartment ni jenis leasehold.

Rumah ni ada dua pilihan, rumah memiliki
- 2 bilik dan 1 bilik mandi
- 3 bilik dan 2 bilik mandi

Hah jom kita tengok contoh dalam rumah 121 Residences ni. Part ni la nad paling suka. Boleh bayanngkan macam mana bila dah masuk rumah.. Hehee.. Tengok dekorasi semua.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Yang nad tengok ni untuk 3 bilik dan 2 bilik mandi. Rumah ni luasa takde la luas sangat dan takde kecil sangat. Sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai keluarga kecil macam nad la.  Ok sangat dapat rumah macam ni.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Untuk rumah 3 bilik dan dua bilik air ni ia berkeluasan 750sgft, harga bermula dari RM450k. Manakala untuk 2 bilik luasnya 450sqft dan harga bermula RM318k.

Untuk fee penyelenggaraan hanya RM0.38sqft.

Nad tertarik dengan rumah ni sebab ia lokasi yang strategik mempunyai pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada di sini.

Dengan menggunakan konsep 3 " CO " iaitu Comfort,  Commmunity dan Connect.
COMFORT - digunakan untuk menggambarkan bahagian dalam pembangunan
CONNECT - merujuk kepada sambungan luaran - mudah ke bandar
COMMUNITY - merujuk kepada ruang dan kemudahan bersama yang akan menggalakkan interaksi dan kedekatan sosial dalam 121 Residences.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Kawasan rumah ada swimming pool, taman yang cantik, gym dan macam-macam lagi.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Kemudahan yang ada banyak betul,  hanya 400meter sahaja dengan stesen LRT Kayu Ara. Lagi berdekatan dengan pusat beli belah utama seperti 1Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan juga The Curve. Nak pergi shopping senang la.. Hahaha. Tak perlu jalan jauh. Selain itu,  berhampiran dengan hospital dan sekolah seperti Hospital Pakar KPJ Damansara dan Thomson Hospital Kota Damansara. Manakala institut pendidik yang berhampiran seperti Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur dan Kolej Universiti First City.

Nampak tak.. Banyak kan kemudahan yang ada. Hah,  kalau korang berminat boleh buat tempahan sekarang serendah RM5000 sahaja. Kemudian dapat lagi MOT, Stamp Duty serta Yuran Pengeluaran Undang-undang SPA secara PERCUMA. Tengah bincang dengan suami ni.. Hehehe.. 

Plaza Kelana Jaya

Oh, ada satu tempat lagi yang mereka tengah jalankan iaitu Plaza Kelana Jaya, merupakan pejabat dan serviced apartment. Banyak pilihan korang boleh pilih. Plaza Kelana Jaya terletak di SS7, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Untuk ini dijangka siap pada 2022.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Yang ni pun 2 bangunan, mempunyai 31 tingkat dan 696 unit rumah. Ada dua pilihan juga 2 bilik dan 1 bilik mandi dengan keluasan 450 kaki persegi, harga dari 380k, manakala 3 bilik dengan 2 bilik mandi dengan keuasan 750 kaki persegi, harga dari RM580k. Untuk maintenance Fees RM0.40 per sqft.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Bila korang buat tempahan akan dapat
- HOC 2019 (Free MOT & Loan Stamp Duty)
- Free SPA Legal Fees & Disbursements
- RM1000 booking fee (bumi-lot) RM5000 booking fee (non bumi-lot)

Hah bolehla tambah aset untuk jangka masa panjang ni bagi yang berkemampuan. Tengok fee dia pun murah juga.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Jom ke Triple Boost Year-End Bonanza

Hah, nak lagi meriah, apa kata korang pergi ke Triple Boost Year-End Bonanza Glomac Anniversary pada 8 December di Main Councourse Manara Glomac. Banyak aktiviti menarik yang dijalankan dan pelbagai hadiah untuk dimenangi. 

Antara aktiviti waktu itu
a) Jadilah antara yang pertama memiliki 121 Residences dan Pelancaran New Tower B
b) Peluang Terakhir untuk menikmati faedah HOC2019
c) Jangan lepaskan Diskaun Istimewa, Pulangan & Pemberian Hadiah Ulang Tahun ke-30 Glomac
d) Kerjasama dengan BOOST e-wallet, RM50 cashback segera semasa membuat tempahan dengan menggunakan e-wallet

Ada juga penceramah yang akan datang bagi berkongsi ilmu iaitu
- Khalil Adis, Perunding Harta Antarabangsa @ 12noon
- Jason Lu, Ketua Strategi - The Makeover Guys @ 3pm

Selain itu Refreshments Light, Teh Bubble Percuma, Ais Krim Percuma, Permainan & Aktiviti dengan Banyak Hadiah yang akan dimenangi. Kalau korang berminat nak datang,  korang boleh klik link https://bit.ly/33ymw7N.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Untuk lebih lanjut boleh layari http://www.glomac.com.my

RESEPI BETIK TUMIS, SEDAP DAN MENYELERAKAN

in , by Nadia Johari, 10:43:00
hai assalammualaikum

Resepi Betik Tumis, Sedap Dan Menyelerakan - Balik kampung,  request je nak apa,  mesti dapat punya.. Hehehe. Haritu cakap mak " mak teringin nak makan betik tumis. Lama tak makan,  kat KL tak jumpa langsung ". Esoknya mak pergi pasar cari betik.  Ni yang sayang mak ni.  Mak pergi pasar pun hantar jualan kuih masalodeh dia dekat saudara yang jual kat pasar tu. Alang-alang mak beli la betik.

Memang dah lama tak makan betik masak tumis ni. Nad sendiri tak tau betik macam mana yang sesuai buat masak ni. Sebab mak beli dah dipotong dah. Mak kata sedap buat betik bila dah masak. Macam biasa la,  nad tetap blur.. Hahahaa..


Buat Betik Tumis ni senang je. Nad kalau sayur pelik memang senang masak tumis je. Ok ni bahan dia..

- satu biji bawang besar
- dua ulas bawang putih
- cili padi tiga biji
- cili besar merah sebiji
- kiub ikan bilis..guna separuh je
- belacan sedikit
- garam dan perasa

Cara membuatnya
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi yang dah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kiub ikan bilis dan belacan. Gaul sekejap
- Masukkan betik. Gaul lagi.
- Masukkan air,  garam dan perasa. Gaul dan biarkan.
- Biarkan sehingga betik masak.

Ok siap. Boleh makan dengan nasi bersama sambal belacan.. Nyumnyum.

hai assalammualaikum

Pukul 1 pagi Fariza Kejut Atuk,  Sebab Kipas Siling - Semimggu ni,  nad dengan anak-anak balik kampung. Dah lama tak balik kamlumg,  jadi kita rehat sekejap,  ambil angin kampung. Bagi anak-anak main dengan sepupu diaorang. Lagipun sekarang, tengah cuti sekolah. Elok sangat la tu diaorang main sama-sama.


Kisahnya, malam tadi,  masa nak tidur,  Fariza dengar kipas siling, kipas tergantung tu berbunyi. Biasalah,  budak nakntau semua benda, mulalah tanya kita " mommy unyi (bunyi)  apa tu??

" bunyi kipas tu Fariza. Kipas dah rosak.  Dah tidur "

" Fariza tatut (takut).. Nanti ipas (kipas) jatuh "

" Takdela,  esok suruh atuk betulkan "

Tiba-tiba dia keluar bilik. Nad ingat dia saja turin, nak main ke ape ke. Fariza ni selagi taknak tidur, memang ada je benda dia nak buat.

Rupanya,  dia pergi kejutkan atuk. Nad dengar Fariza cakap,  " atuk,  jok,  jom,  ipas (kipas)  rosak.. Jom engok (tengok)  "..

Dia paksa atuknya bangun, datang dekat bilik suruh tengok kipas ni weii..

Weii atuk yang terpinga, pukul 1 pagi kot,  kene kejut dengan cucu. Atuk cakap " mommy mana,  kenapa,  pergila tidur "

" momm tidur. Atul jom,  jommmm "

Hahahahaa.. Nasib nad tak tidur lagi.. Bagitau la benda betul.. Boleh pulak dia kejut atuk suruh tengok kipas berbunyi ni.

Ya ampun...

Nad dah gelak.. Tak caya dia boleh buat tindakan macam tu.. Prihatin.. Sebab takkut kipas jatuh..

Masa atuk nak masuk bilik,  Fariza cakap lagi " atuk ipas (kipas)  goyang-goyang ( sambil pinggang goyang).. "..hahhaa.. Weii mommy gelak je..

Malam tu risau nak tidur,  takut kipas jatuh.. Hahaha.. Adoiii.. Dah kena tenangkan dia.. Sabor jela..

PEMBAYARAN YURAN TABIKA KEMAS ANAK

in , , by Nadia Johari, 09:38:00
hai assalammualaikum

Pembayaran Yuran Tabika Kemas Anak - Ingat lagi bulan 10 kot, nad dengan suami pergi sekolah Tabika kemas yang berdekatan dengan rumah. Pergi sebab nak tanya berkenaan pengambilan pelajar baru, bila boleh daftar. Disebabkan tahun depan Fariza dah 5 tahun, memang dah kena pergi sekolah la kan. Kitaorang tak hantar 4 tahun sebab nak cari sekolah untuk budak 4 tahun dekat sini macam jauh dari rumah. Jadi, tunggu je usia dia 5 tahun. Jadi, 4 tahun tu memang dia belajar dekat rumah jela, mommy la cikgu dia..hehee. Alhamdulillah, sekarang sikit-sikit dah  kenal huruf, dah tau nama dia, dah tau nombor lebih dari 10. Senang masuk sekolah dah tau sikit-sikit. Takda la cikgu pening..huhu.

Masa pergi tanya tu, alhamdulillah, Tabika Kemas tu masih kosong dan tak ramai lagi parents yang datang dan tanya. Dapatla Fariza dekat sekolah Tabika ni. Takda dah pening dah..semua dah selesai..hehee. Terus bayar deposit sebab memang kitaorang nak sekolah tu juga..hehee..

Pertengahan bulan 12, cikgu dah mula masukkan nombor dalam group whatsup..hahaa. Sellau tengok mak-mak lain cerita pasal group whatsup. Nah sekarang nad pulak. Tapi cikgu tu buat only admin can chat . Bagus cikgu, takdela parents tanya merepek-merepek nanti..kihkihkih.

Hari Isnin, Cikgu hantar whatsup tanya berkenaan pembayaran yuran sekolah anak. Kena datang semalam untuk buat pembayaran dengan waktu sekian-sekian. Mana yang ibu bapa tak dapat datang, boleh buat pada hari lain.

Nad memang free la semalam. Memang kalau boleh nak bagi selesai semua dengan cepat. Duit pun d ada untuk yuran anak.


Masa kitaorang datang, cikgu pun terangkan apa yang termasuk dalam yuran.

Jadi ni antaranya,
- pendaftaran
- insuran kanak-kank ( incase berlaku apa-apa kat anak )..Tak sangka ada insuran segala..huhu
- yuran bulanan
- baju sukan (wajib)'
- baju uniform sekolah
- yuran aktiviti

 Tadi ada bayar yang lain sekali, macam baju hari jumaat, alat tulis, dan lain nad lupa..hahaa..Baru tau alat tulis pun semua disediakan pihak sekolah..Dulu nad sekolah semua sediakan sendiri..hahaa. Jadi, bila anak nak sekolah memang kita pun beria la belikan dan sediakan. Sekali, lol..Tapi takpela, yang nad belikan boleh guna untuk darjah 1..hah..tak yah beli dah..hahaa..

Cikgu siap cakap pasal waktu makan, dan hari datang sekolah bulan 12 nanti.

Masa datang tabika, nad pulak yang gementar. Mana taknya, duk fikri macam mana la Fariza nanti bila masuk sekolah. Ada tak kawan? Macam mana dia nak borak dengan kawan? Dapat tangkap tak apa yang cikgu ajar? Alahai macam-macamla..

Tapi Fariza ni jenis memang tak sabar nak berkawan dan nak menulis. Harap nanti semuanya ok la..huhu..Fariza ni selagi orang tu tak tegur, dia pun malu nak tegur. huhu..ok nanti kita tengok macam mana..Nervous ya..hehee
hai assalammualaikum

Banyak Manfaat Vitamin C Bio-Life Nat C 1000 Untuk Tubuh Badan Dan Kulit Kita - Nad pasti, ramai yang tau kebaikan Vitamin C ni untuk tubuh badan dan kulit kita, bukan sahaja untuk kecantikan dalaman dan luaran malah untuk kesihatan tubuh badan kita. Nad hari itu ada buat research sikit tentang Vitamin C.. Nad nak share apa yang Nad jumpa.

Apa itu  Vitamin C ?
Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral. Vitamin C ni boleh didapati dari sumber pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah-buahan seperti Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
Sayur-sayuran pula seperti brokoli dan tomato.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/

Jadi, badan kita tak boleh produce vitamin c sendiri, perlu ada support dari makanan/supplemen lah kan? Kenapa kena ambil Vitamin C? Ini yang penting..

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan.

Okay, ini sangat penting! Kita kena cari cara untuk sentiasa topup Vitamin c dalam badan. So Nad mula buat research produk Vitamin c yang ada dipasaran (especially yang dah dapat kelulusan dari kerajaan). So far Nad recommend Bio-Life Nat C 1000mg kat korang…

Sekarang memang ada macam-macam jenis Vitamin C, ada bentuk tablet dan cecair. Nad pilih tablet sebab senang, telan je terus.

Banyak Manfaat Vitamin C Bio-Life Nat C 1000 Untuk Tubuh Badan Dan Kulit Kita 

Kalau korang nak tau, sebenarnya kita perlu makan sekurang-kurangnya 32 biji oren sehari untuk mendapatkan manfaat 1000mg Vitamin C. Tapi, takkanla nak beli oren banyak-banyak kan. Lagipun, nad ni kadang-kadang jarang makan buah. Jadi, senangnya, kita beli suplement Vitamin C yang memang cukup sama zat yang kita perlukan. Bio-Life Nat C 1000 ni, sudah mempunyai kadar dos yang diperlukan.

Kelebihan BiO-LiFE Nat C ni  mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi.

Satu tablet sudah memadai sehari untuk kita ambil dan kita sudah dapat 1000mg Vitamin C dalam tubuh badan kita. Tak perlu makan oren banyak-banyak kan atau tak perlu nak suntik vitamin tu..huishh ngeri..

Kalau nampak badan tak sihat, kulit kusam, tak bermaya tu, maknanya badan kita kekurangan Vitamin C. Banyak faktor yang menyebabkan imuniti kita lemah, iaitu pencemaran, pemakanan, dan gaya hidup tidak sihat.


Uniknya Vitamin C ni, ianya 'buffered-form' dan bebas dari asid, menyebabkan tidak merengsakan perut. Oleh itu, yang ada gastrik ke, boleh makan dengan selamat.

NAT C mengandungi 1000 mg vitamin C dan kombinasi bioflavonoid lemon, hesperidin dan rutin. 'Rutin & Hespiridin' bertindakbalas dengan Vitamin C untuk membina struktur kolagen dan tisu secara semulajadi. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan tidak mudah demam selsema. Selain itu, ia mengandungi ekstrak rosehip dan acerola yang merupakan sumber semula jadi vitamin C. Bioflavonoid meningkatkan keberkesanan dan antioksida vitamin C. dalam tubuh kita. Di samping itu, NAT C membantu meningkatkan imuniti dan menguatkan kapilari darah.

Kebaikan Bio-Life Nat C 1000
- membantu penyerapan zat besi
- membantu sistem immunisasi
- menguatkan pertahanan badan
- menghindari jangkitan kuman
- Wajah akan kelihatan cantik berseri
- Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut



Cara pengambilan
- Ambil satu tablet setiap hari selepas makan

Satu botol besar ni dalamnya ada 150 tablet. Cukupla untuk beberapa bulan kan, sebab ambil sebiji sehari.


Disebabkan Vitamin C ni elok untuk penghasilan kolagen untuk memberi kulit yang cantik dan membantu meningkat imuniti badan, nad pun ambil Bio-Life Nat C 1000 ni. Kalau sebelum ni, rasa kulit tak bermaya, kusam, lemah badan. Sejak nad ambil Nat C 1000 selama seminggu lebih ni, alhamdulillah, nad rasa sedikit perubahan pada kulit ni Lagipun badan nad ni jenis kurus, jadi kulit tu macam menipis. Tambah Vitamin C dalam badan, bagi kulit nampak cantik dan badan bertenaga. Baru seminggu dah ada perubahan sedikit. Macam ni, memang nad akan teruskan ambil Bio-Life Nat C 1000 ni..hehee. Lagipun perut selesa makan Biolife Nat C ni, takde meragam ke apa atau sensitif.

Nat C 1000 ni boleh diambil oleh sesiapa pun, sama ada lelaki atau perempuan. Tapi bagi ibu mengandung dan ibu menyusu atau yang mempunyai penyakit dinasihatkan supaya untuk merujuk kepada doktor.

Nad, yakin dengan produk Bio-Life sebab semua produknya telah mendapat kelulusan daripada kerajaan. Bio-Life sendiri telah lama dipasaran selama 29 tahun dan ianya halal. Boleh makan tanpa risau dan was-was.

Nak dapatkan Mega Bio-Life Nat C 1000 ni pun senang. Korang boleh dapatkan di mana-mana farmasi seperti Caring, Guardian, dan Watsons.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari:
Website: http://Biolife.2.vu/natc
Facebook: https://www.facebook.com/biolifemarketing/
Instagram: https://www.instagram.com/biolifemy/
hai assalammualaikum

Purrfect Eyes Eyeliner Dan Mascara Dari Breena Beauty - Korang pernah dengar produk kecantikan Breena Beauty? Produk kecantikan tempatan dari Malaysia tau. Nad pernah guna makeup sponge dia tau, best gila, lembut sangat sponge Breena Beauty. Baru-baru ni Breena Beauty keluarkan produk baru lagi iaitu Purrfect Eyes Collection yang terdiri daripada 2 produk iaitu Volumizing Mascara dan Eyeliner Precision.


Ni katanya, kalau korang nak dapat mata Cat-Eye, hah gitu, boleh guna ni..hehehe..


Ni la bentuk eyeliner tu. saiz dia sangat besar dan bentuknya yang tajam. Nad memang suka yang jenis tajam, sebab senang pakai. Eyeliner berasaskan air dan sangat berpigmen yang boleh bertahan sehingga 8 jam dan mudah dibasuh dengan air suam, tidak ada alkohol di dalamnya supaya ia tidak akan merengsakan mata anda.

Tengok tajam kan. Ia mempunyai tip berus yang fleksibel untuk aplikasi yang tepat. Nad suka aplikator kerana ia benar-benar membantu untuk mendapatkan mCat-Eye dengan mudah.

Kalau yang tak tau guna eyeliner, pakai ni, mesti terus pandai punya..hehee.serius, seklai lukis je dah jadi..memang tahan lama nad pakai, walaupun dalam cuaca yang panas, dan and berpeluh, eyeliner ni masih terletak elok.


Tengok pembungkusan maskara ni. Menarik kan dengan warna merah jambu perak macam tu. Saiznya pun lebih kecil dan mudah dipegang berbanding mana-mana maskara biasa di pasaran. Purrfect Volumizing Maskara, dapat memebri kesan yang panjang pada bulu mata dan bertahan selama 8 jam. Mudah dibasuh dengan menggunakan air hangat. Maskara ini diformulasikan dengan Collagen, Vitamin E & Argan Oil.

Kolagen: meningkatkan ketebalan sebatan anda
Vitamin E: melindungi dan meluruskan bulu mata
Minyak Argan: Minyak Semulajadi untuk membuat bulu mata anda berkembang

Bagi nad maskara ni memng mudah dipegang kerana ia kecil. Yela, tangan nad pun kecik je..heehee. Lagipun ia ringan dan mudah di bawa kemana-mana. Kesan nad pakai, beberapa kali juga nak apply, maskara ni melentikkan dan memanjangkan bulu mata. Bukan sekali apply, tapi dalam tiga kali apply macam tu. Nampak juga bulu mata ni, tak perlu pakai bulu mata palsu. Lagi pun nak basuh pun senang, takda tinggalkan mata hitam dekat mata. Memang sanagt elok.



Secara keseluruhannya, nad menyukai kedua-dua produk ni. Purrfect Eyes Lash Eyeliner dan Maskaara Breena Beauty memang best. Korang boleh dapatkan produk mereka ni di www.breenabeauty.com .
hai assalammulaikum

Bestnya, Mainan Ikonik McDonald's Muncul Semula, Edisi Terhad Sempena Ulang tahun 40 Happy Meal - Siapa biasa beli kotak Happy Meal!! Selalu beli Happy Meal sebab nak kumpul mainan yang ada dalam tu Banyak dah mainan yang dikeluarkan McDonald's dalam kotak Happy Meal. Kebanyakan mainan yang ada semua best. Hah, korang ingat lagi tak mainan ikonik McDonald's dahulu, Hamburglar, Furbey, Space Jam dan banyak lagi. Kalau korang nak tau, mainan ikonik McDonalds muncul semula dalam set Happy Meal sempena ulang tahun 40 Happy Meal. Yeahh..best kan..Mengimbas semula nostalgia mainan ni tau..


Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Bila dapat beli Happy Meal memang gembira sebab nak dapatkan mainan yang ada.


Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald's Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan 14 mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.

"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.








Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad. Ni la antara mainan ikonik McDonalds yang koranga kan dapat.
Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
Fireman McNugget (McDonald's): 1988
McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
Grimace (McDonald's): 1990
Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
Hamburglar (McDonald's): 1995
Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
Tamagotchi (Bandai): 1998
My Little Pony (Hasbro): 1998
Furby (Hasbro): 1999
Hello Kitty (Sanrio): 2013


Memang Surprise!!!

Hah, teruja tak. Semestinya teruja kan. Nad pun teruja..hehee.. Bezanya kali ni, setiap pembelian Surprise Happy Meal, korang tak boleh mintak mainan tu atau nampak mainan tu. Kerana ia di masukkan dalam plastik yang bukan lutsinar seperti selalu. Begitu juga pekerja McDonald's, mereka tidak akan tahu, mainan apa yang diberikan kepada pelanggan. Semuanya ada surprise!!!..


Selalunya, kalau kita dapat hadiah, mestila kita teruja apa nak tau dalam tu kan. Hah, samalah konsep McDonald's buat ni..hehee..

"Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.



Pelbagai Parti Boleh Dibuat Di McDonald's

Sebut pasal parti, mesti korang terfikir, hanya parti harijadi je boleh buat dekat McDonald's. Oopss..bukan ye, sebenarnya, pelbagai jenis party korang boleh buat dekat McDonald's ni seperti majlis perjumpaan semula, majlis perpisahan, bengkel photographi, office meeting, apa-apa sahaja. Bukan harijadi je tau!!..

Merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar daripada budaya McDonald’s. Melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat.

Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my.

Banyakkan kelebihan McDonald's ni, bukan sahaja tempat makan, tapi tempat untuk mengeratkan silaturrahim, merapatkan hubungan dan memberi keceriaan kepada orang ramai.
hai assalammualaikum

Cantiknya Lavender Garden Cameron Highland, Memang Port Bergambar - Bila datang Cameron Highlands, tempat yang nak sangat pergi ialah Lavender Garden. Nad dah cerita percutian Cameron Highlands, dan Lavender Garden adalah lokasi terakhir tempat menarik yang nad pergi di Cameron Highlands.  

Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Nasib masa nad sampai sempat lagi nak singgha..hehee.
hai assalammualaikum

Percutian Yang Menyeronokkan Di Best Western I-City, Dapat Unlimited Masuk Percuma Ke I-City Waterworld - Bila ada hari dapat rehatkan diri, terus cadangkan suami, jomla kita pergi bercuti, dekat pun takpe, asalkan dapat rehat minda dan tenangkan hati ni. Anak-anak pun dah tepu duduk dalam rumah je. Kalau keluar pun pergi tempat sama je..hahaa. Jadi, kali ni kita pergi duduk hotel dan mandi manda. Lama tak main air ni. Jadi, percutian kali ni, memang dekat je, tapi seronok sebab tempat nad pilih berdekatan dengan Waterworld dan Theme Park. Pilihan staycation kali ni, nad pilih Best Western I-City Shah Alam selama 3 hari 2 malam.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2