hai assalammualaikum


Esok Dah Orientasi Sekolah Tadika, Fariza Oii, Dah Sekolah Dah!! - Tadi pagi dapat whatsup dari cikgu, esok orientasi sekolah tadika Fariza. Cikgu pesan suruh pakai baju tshirt warna putih dan seluar hitam atau biru gelap. Kena berkasut juga, sama ada hitam atau putih. Tadi pagi cikgu whatsup, tadi juga baru beli, pergi cari segala. Mana la kita tau kan, sebab ingat dia datang pakai selipar je ke, sebba sekolah tadika kan. Pakai baju biasa..almaklumla, dah lama tak ke skolah, dulu nad masuk tadika pun rasa pakai baju biasa je..hahaa. Apa lagi bergegas lepas makan tengahari pergi kedai cari baju.

Nasib dekat dengan rumah ade kedai pakaian Baju Fashion. Dekat situ kelengkapan sekolah semua ada. Mujur baju putih, seluar, tudung, kasut ada dekat situ..dah senang. Takde kelam kabut. Siap dalam beberapa minit tadi..


Masa cari baju tadi, rasa seperti kita pulak yang nak sekolah. Gementarnya bukan main..hahaa. Lepas dia cuba baju, tudung, seluar tu, nad pulak yang cakap " Fariza dah besar, dah nak sekolah "..tengokla dia pakai tudung tu..haishh geram je rasa. Dah besar dah anak mommy..Anak sulung oii..tak sangka, ni anak kita tau, rasa kecil lagi..tapi dah nak sekolah..hahaa.. Perasaan mak-mak ye..

Tengok dia pun seronok je cakap ' esok fariza kena pergi sekolah tau. Jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu. pakai baju sekolah ni ye '..dia jawab ' ok mommy '..alaaa..nak..macam manala esok..

Kecil sangat anak nad ni..hahaa..



Tengok kawan sebaya dia, semua tinggi dan besar, dia comel je..Harap comel tapi berani ye kakak Fariza...hehee..risau pulak esok ye..

Rutin mak dah kene gosok baju..lol..ok esok kita cerita macam mana pulak keadaannya..
hai assalammualaikum

Resepi Sotong Sambal Bersantan, Mak Cakap Masak Gulai - Resepi kali ni memang dari mak nad sendiri la..hehee..Biasalah, macam-macam kita boleh buat ni, orang cakap 'be creatif'..hehe..Dalam masakn sememangnya kita kene kreatif, takdela jemu masak benda sama je kan. Menu ni, mak nad panggil masak gulai, tapi orang lain gulai tu kari. Tu kadang konfius..hahaa. Masak gulai mak ni, dari sambal cili, kemudian tamabh dengan santan, lain daripada yang lain kan. Cara masa pun mudah je. Masak gulai ni tak kisah guna ikan ke, sotong ke atau udang ke. Kalau ayam macam kurang sikit, sebab mak selalu guna ikan dengan sotong.


Ni nad buat dengan sotong. Jadi terhasil la Sotong masak gulai, atau sambal bersantan..hahaa..Takut korang yang baca pun pening.

Bahan-Bahan
- Cili kering( direbus )
- bawang besar satu biji
- bawang putih 5 ulas
- ikan bilis
- belacan sedikit
** kesemua bahan ni diblender menjadi sambal.

Bahan lain
- santan
- air
- garam dan perasa

Cara membuatnya
- Tumis sambal sehingga naik bau. Tumis sehingga masak.
- Tuangkan santan dan kacau.
- Masukkan sedikit air, garam dan perasa sedikit.
- Bila dah mendidih, air dah kurang sikit, masukkan sotong.
- Masak sotong tak perlu lama takut sotong kecut..hehee..
- Dah nampak masak tu, boleh angkat dan dihidangkan.
hai assalammualaikum

Dua Juara Gegarvaganza 2019 - Hari Ahad memang hari yang dinantikan untuk aku melihat cerita kegemaran, apa lagi Gegarvaganza la. Tak pernah tertinggal tengok cerita ni. Dan sedia maklum, malam ni adalah malam terakhir atau final untuk Gegarvagan 2019. Selepas bermingu tunggu, selepas ada lagi tambahan minggu dan akhirnya, Final menjelma jua. Untuk peserta akhir Gegarvaganza 2019 yang berjaya ialah Naqiu, One Nation Emcee, Jatt, Hady, Nur Fatima dan Sham Visa. Sebolehnya aku memang nak Naqiu Boboy menang, sebab suaranya yang power, memnag best kalau dia nyanyi. Memang berbeza waktu zaman dulu kanak-kanak riang dia..hahaa.

Malam ni, dua lagu bakal dinyanyikan setiap peserta, iaitu solo dan battle. Naqiu boboy mennyanyikan lagu Srikandi. Memang hebat, terpukau, dan semua yang tengok pun tepuk tangan. Siap ada yang menangis. Malas nak cerita pasal peserta lain sebab aku minat Naqiu je..hahahha..Masa battle, Naqiu berbattle bersama Hady Mirza. Nyanyian battle diaorang bawak lagu Hah Tepuk!!..No bad, memang mengancam..Aku pun ikut tepukk..hah Tpeukk..hahaa..

Masa yang dinantikan, keputusan pemenang untuk Gegarvagana 2019. Biasalah, pastinya semua akan dapat hadiah, cuma nombor yang menentukan..

Sampai pengumuman Juara, dup..dup..dup..


Keluar nama Naqiu dan Hady Mirza Juara..What!!!..Apakah ini semua Astro!! Berapa banyak drama kau nak buat hah!!..Tapi perlu ke aku salahkan Astro, sebab yang buat keputusan ni juri..kahkahkah..

Setelah berminggu-minggu persembahan, masih tak tau nak pilih mana satu pemenang..Halloooo!!..Dalam siap kiraan ada Naib Juara dan Juara ok..takde dua juara!!..

Tapi nak marah sangat pun tak boleh..haha..over nau aku ni. Kedua-dua, Naqiu dan Hady memang telah buat persembahan yang terbaik. Selama ni diaorang push semua dah. Bakat diaorang memang woww..Kekuatan diaorang memang kebabom..

Tahniah untuk Naqiu dan Hady Mirza, menang Gegarvaganza 2019...Ok adakah kumpulan Boboy akan comeback dalam dunia seni..kihkih..
hai assalammualaikum

Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik - Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang. Ada ke yang tengah merancang perkahwinan, dan masih mencari dimanakah lokasi terbaik yang boleh dijadikan tempat untuk mangadakan majlis resepsi? Ni ada satu tempat yang sesuai untuk bakal pengantin membuat majlis perkahwinan dan mengumpul kaum keluarga dan kenalan untuk sama-sama meraikan hari bahagia korang. Paling penting ia dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang datang.


Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik

Lagi best kalau tempat tu luas, cantik pemandangan dan persekitaran, yela, tetamu dan pengantin boleh bergambar, merakam detik indah untuk dikongsikan sesama sendiri di samping disimpan sebagai memori istimewa. Lokasi perkahwinan yang menarik yang nad maksudkan , ialah di Rinching Terrace Bangi. Terletak di lokasi yang paling strategik antara Bangi dan Kajang dihubungkan denagn Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit sahaja dari Bangi Golf Resort. Tempat ni masih baru sahaja dibina, dari kawasan hutan terbiar yang kosong telah dibangunkan menjadi lokasi yang menarik, eksklusif untuk majlis perkahwinan.

Tempat ni sangat menarik, sebab nad masuk je, keliling dia dipenuhi dengan landskap taman yang menghijau, indah dan unik. Kawasan yang dibangunkan ini dipenuhi dengan rumput asli dan pokok-pokok yang telah berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning ( orange jassamie ) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'tree man'. Di samping itu, terdapat pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. Memang sanagt menarik kan landskap dekat sini. Tempat ni hanya separuh  sahaja siap, lagi separuh akan siap awal bulan januari 2020. Kalau tengok tempatnya bertingkat  dan bercerun, memang sangat cantik dan takda di amna-mana lokasi.

Tiga Tempat Utama Di Rinching Terrace

Setakat ni ada 3 tempat yang ada di Rinching Terrace iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam ( Marquee Tent ) dan Taman Terbuka ( Garden ). Bagi mereka yang ingin menjalankan majlis di sini, boleh pilih sama ada ketiga-tiga tempat atau salah satu sahaja.

Meh nad cerita details setiap tempat

1) Rinching Terrace Glass House
Bila korang masuk ke pintu masuk Rinching Terrace, dah boleh nampak Glass House ni. Kalau korang nampak, Glass House ni seperti satu tingkat, tapi sebenarnya ia sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca sebagai dewan utama. Mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis.




Tengok dekorasi dalamnya sangat cantik, menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Ada lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas diseluruh siling. Bila ada Glass House ni takdelah risau tentang panas dan hujan, lagi dengan lantai kayu laminate memang tempat ni nampak eksklusif.



Bayangkan, bila anda membuat perkahwinan di sini, dengan pelamin tersergam indah di dalam Glass House. Masuk je, terus nampak pelamin yang direka mengikut citarasa sendiri, memang woww tau. Istimewanya, pelamin dengan latarbelakang kaca yang tidak ditutup dengan mengadap pemandangan alam semulajadi gitu.

Bahagian bawah banglo ini mempunyai dua bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin memang sangat luas, siap dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air. Bilik rehat juga lengkap dan selesa untuk keluarga pengantin.


Tandas dan surau pun ada, jadi memang lengkap semuanya.

2) Khemah Agam ( Marquee Tent )
Khemah Agam ni terletak di sebelah Glass house dan bertentangan dengan Taman terbuka. Khemah ni untuk tetamu yang datang menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung. Khemah ini mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.



Macam nad kata tadi, korang boleh pilih salah satu tempat untuk buat majlis. Kalau pengantin tak ambil Glass House, pengantin boleh ambil Khemah Agam ni sahaja. Dekat sini boleh dipasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej boleh dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace.

Jangan risau ok..hehee..Mana tau bajet korang cukup untuk dekat Khemah Agam je.

3) Taman Terbuka ( Garden )
Hah, tempat ni yang membuatakn nad rasa kawin semula je denagn suami..hahaaa. Cantik sangat denagn tempat terbuka dekat taman macam ni. Taman terbuka ni di sebelah Khemah Agam. Memang sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Buat majlis akad nikah pun best ni..hehee. Trend sekarang kan..


Ruang taman terbuka ni mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Boleh buat majlis tanpa mengira waktu, siang atau malam. kalau rasa ank pasang kanopi, boleh je, sebab pihak diaorang akan memasang khemah jenis lutsinar denagn lampu 'fairylights'..cantik giler kan, lagi kalau waktu malam.



Aduh!!, nad pulak yang terbayang..hahaa. Indah sangat majlis dengan konsep macam ni. Ada hiasa pokok yang menarik, kicauan unggas, desiran pancuran air, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia.

Boleh Buat Pelbagai Majlis di Rinching Terrace
Bestnya, dekat sini bukan majlis perkahwianan sahaja , malah boleh buat majlsi harijadi, atau majlis acra sosial dan korporat.

Eksklusif Untuk Majlis Anda, Satu Hari Satu Majlis
Bila dah tempah, tempat ni akan menjadi tempat anda sahaja, maksudnya seluruh kawasan ini akan menjadi eksklusif unruk majlis anda dan tak perlu berkongsi dengan tetamu lain. Hanya ada satu majlis pada satu masa sahaja!! Bagus kan macam ni, takperlu risau tentang keselamatan dan keselesaan.


Ruang Parkir Yang Sangat Luas
Tempat parking dekat sini memang luas dan tak perlu risau dengan jalan kotor ke apa. Sebab jalan dekat sini ditar. Jadi selamat untuk perempuan yang berkasut tumit tinggi, yang bawak stroller, warga emas dan orang kurang upaya.

Tawaran Pakej Menarik Rinching Terrace
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwianan denagn menawarkan pakej lengkap terdiri daripada lokasi, katerer, pelamin,persalinan pengantin dan fotografi. Senang cerita, semuanya ada disediakan oleh pihak Rinchiing Terrace dan tak perlu bersusah payah cari lain. Memang mudahkan pengantin. memnag elok dapatkan pakej terus.


Ada tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu
1) Pakej Silver - Marquee Tent only RM38,800 untuk 1000 tetamu
2) Pakej Gold - Glass house dan Marquee Tent ( 2 halls ) RM44,800 untuk 1000 tetamu
3) Pakej Platinum - Glass House dan Marquee tent (2 Halls ) RM51,800 untuk 1000 tetamu denagn lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.

Promosi Eksklusif
Berita baik sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 sekiranya, anda membuat tempahan pada hari ini. Cepat, cepat grab promo ni..Bakal pengantin di luar sana..



Rinching Terrace Bekerjasama Dengan Rakan Niaga Yang Terbaik Dan Professional
Bagi sesuatu majlis, kalau boleh, kita nak majlis kita berjalan denagn lancar dan apa yang kita kehendaki ditunaikan dengan baik. Korang jangan risau, rakan niaga yang dipilih Rinching Terrace sangat bagus dan sudah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara.

Tiga rakan niaga rasmi eksklusif yang dipilih Rinching Terrace iaitu Afkar Catering ( @afkar_katering ), Miezipro ( @miezipro ) dan SASES ( @sases.official )/

Mereka ini begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP.




Ini antara koleksi baju pengantin dari SASES. Mereka ialah Saiful dan Syukri. Apa yang nad terpegun, dua orang pereka ni, sebelum menajdi pereka baju pengantin, sorang adalah engineer dan sorang technology. Jadi disebabkan minat berniaga, mereka cuba menceburi bidang baju pengantin ni. Alhamdulillah, sudah 5 tahun mereka dalam industri ini. Mereka boleh membuat baju pengantin mengikut kehendak pelanggan atau jika pelanggan takda idea, mereka boleh bagi pendapat.





Ni pula antara gambar yang dan video yang diambil oleh Miezipro. Dalam perkahwinan atau apa sahaja majlis, mestilah nad ada kenangan kan. Wajib ambil photographer untuk mengambil gambar kawin kita. Kalau ada video lagi best kan. Hah, Miezipro ni ni terbaik.


Ni video yang mereka ambil. Smooth dan cantik je kan.

Korang akan dapat album dengan depannya jenis kaca. Semua ni dah masuk dalam pakej tadi.










Ni pulak antara menu yang dihidangkan oleh Afkar Katering. Nad dah rasa semua, memang sedap sangat. Ada nasi minyak, nasi daging, lauk pauk yang pelbagai, soto, mee kari, dessert, buah, dan air.



Kambing golek...yummy..



Makanan beradap dan tetamu vvip..



Untuk maklumat lanjut:
Rinching Terrace
Rinching Hilir, 43500 Kajang, Selangor.
Tel: 019 390 8527
Email: rinchingterrace@gmail.com
Instagram; https://www.instagram.com/rinching.terrace/
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events
hai assalammualaikum

Pencuci Muka Aqua Cacteen Dari Suchi Melembapkan Muka Dan Mengawal Jerawat - Dalam penjagaan muka, mencuci muka ni satu rutin yang wajib sama ada keluar rumah atau pun tak keluar rumah, sama ada makeup atau pun tak makeup. Kiranya , pencuci muka ni wajib kita pakai supaya muak kita sentiasa bersih dari segala kekotoran.  Dengan mencuci muka, ia dapat membantu anda mengatasi masalah jerawat, membuang sel kulit mati,melembapkan, mengawal minyak, dan juga melindungi kulit dari pencemaran.

Nad nak kongsi pencuci muka yang sangat best, yang nad dah cuba sendiri ni. Korang pernah nampak produk Suchi ni? Bagi yang pernah mengerjakan Umrah dan Haji, mesti ada yang pernah nampak dan pernah guna kan produk Suchi ni. Suchi ialah produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Mempunyai lebih dari 10 produk dan set, yang memberikan kemudahan dan keselesaan jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri.
hai assalammualaikum

Tampil Muda Dan Cerah Berseri Dengan Safi Youth Radiance - Wah, Safi keluarkan produk baru!! Ni yang seronok ni, mana taknya, nad memang ada menggunakan beberapa produk Safi. Setakat ni, nad pakai, alhamdulillah, elok je dekat muka. Korang tau kan, Safi ni jenama yang diyakini dan halal. Ni nad dapat tau, produk baru mereka ni merupakan rangkaian produk untuk korang yang ingin nampak sentiasa muda dan cerah berseri. Nad tau, ramai yang tidak mahu wajah kelihatan nampak tua walaupun usia dah meningkat, macam nad la..hahaa. Setiap hari mesti akan cari petua untuk kekal awet muda. Dah takyah risau-risau, guna je produk Safi ni, iaitu Safi Youth Radiance.

Pertama kali nad nampak produknya ni, terus cakap ' woww '..Mana taknya, dengan rupa botol yang berwarna merah menyala ni..Nampak eksklusif sanagt. Dengan packaging dia yang berwarna merah ni la menarik perhatian nad tau. Lagi dengan perkataan YOUTH tu, bermaksud muda..Lagi terus nak cuba.
hai assalammualaikum

Penutup Suis Schneider Elektrik AvatarOn Yang Sangat Cantik - Bab mencantikkan rumah ni memang menyeronokkan. Selalu kita dekorasi rumah fikir pasal sofa, carpet, lampu, dan mcam-macam lagi la. Tapi, ada tak korang fikir nak cantikkan suis? Ya, suis rumah yang kita gunakan untuk menghidupkan dan mematikan barangan elektrik kita. Selalu kita nampak suis rumah warna putih je, apa kata tukar suis rumah dengan bentuk yang sangat menarik dan tidak membosankan? Lagi best boleh dilakukan bersama dengan anak-anak. Mesti korang berfikir, macam mana aktivti tukar suis rumah boleh menarik minat anak-anak?..hah. Baca sampai bawah...


Menghasilkan Seni dan Aktiviti Menyeronokkan Dengan Anak-Anak Semasa Musim Cuti Sekolah Ni!!

Sekarang tengah cuti sekolah, apa aktiviti yang korang buat sebagai ibu bapa bersama dengan anak? Korang biarkan anak korang berehat sahaja ke? Sebagai ibu bapa, kita tidak mahu anak-anak kita terpaku pada alat-alat mereka seperti telefon pintar, tablet dan PSP. Aktiviti luar akan menjadi salah satu idea hebat untuk menghabiskan masa dengan anak-anak tetapi bagaimana kalau korang jenis hanya boleh tinggal di rumah dan bersenang-senang dalam rumah?

Nak suruh mereka bersihkan rumah, mungkin tu idea yang bagus, tapi adakala tak bagus juga, sebab ada anak-anak yang susah nak membantu, ibarat kau suruh diorang pergi berus gigi sambil makan Oreo..kah!! Rumah lagi bersepah ada la kan! Jadi, nad cadangkan, apa kata ibu bapa diluar sana, suruh anak-anak berfikiran kreatif dalam menukar penutup suis di rumah..

Pelik, cover/penutup suis baru? Bukankah ia sepatutnya warna putih je?

Dengar macam pelik, tapi sebenarnya aktiviti ni bukan sahaja buat anak gembira, sebab boleh berkongsi idea kreatif diorang malah boleh mencantikkan suis rumah. Kenapa nad cakap macam tu, sebab, design cover suis ni hanya perlu dilakukan di photobook sahaja. Senangkan!!


Beralih ke Art dengan AvatarOn

AvatarOn oleh Schneider Electric adalah jenis suis yang boleh didapati dengan pelbagai penutup! Penutup ini boleh diganti untuk penyesuaian suis tersebut dengan mana-mana jenis hiasan rumah. AvatarOn membolehkan korang mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan dan mencantikkan suis di rumah korang. Korang juga dapat mengubahnya pada bila-bila masa mengikut corak yang korang mahukan. Teknologi yang unik, dipatenkan dengan pembuatan cantik dan menarik ini memastikan operasi yang selesa. Reka bentuk yang mudah dipasang membolehkan korang mengubah faceplates (penutup suis) dengan cepat dan senang seperti yang korang inginkan.



AvatarOn oleh Schneider Electric boleh disesuaikan dengan mudah ke dalam gaya dalaman apa pun dengan pelbagai jenis material dinding termasuk plastik, kayu, logam atau marmar. AvatarOn yang unik dan mudah ini didatangkan dengan perlindungan yang boleh digunakan untuk semua suis dan soket dari Schneider Electric AvatarOn.

Reka bentuk penutup yang inovatif dalam AvatarOn memberikan korang fleksibiliti untuk mencorakkan suis dengan hanya menanggalkannya dengan satu tangan, semudah menukar casing telefon bimbit.


Reka bentuk yang tiada bandingan dan permukaan berkilat AvatarOn berfungsi sebagai kanvas yang sempurna untuk penyesuaian DIY. Kini korang boleh menghabiskan masa dengan anak-anak untuk mengubah reka bentuk penutup suis kegemaran korang dan mengintegrasikannya dengan mudah ke dalam hiasan rumah. Atau korang juga boleh mencetak watak superhero kegemaran mereka untuk mengembangkan lagi imaginasi mereka!

Hah, masa ni la korang dan boleh menggabungkan idea-idea anak-anak berkreatif, bersama-sama mencantikkan ruang dalam rumah dan menjadikan perspektif kreatif mereka kepada sekeping seni!!


Dapatkan Schneider Electric AvatarOn Di Jualan Lazada 12.12!

So, korang mesti excited dah kan nak tukar suis di rumah ke Schneider Electric AvatarOn. Lepas ni boleh la dapatkan idea-idea dengan anak-anak untuk rekaan penutup suis yang baru. Tapi macam mana nak dapatkan?




Korang hanya boleh membuat reka bentuk AvatarOn Schneider Electric yang unik melalui Photobook Malaysia di sini: https://www.photobook.com.my/home-decor/schneider-avataron-switch-cover, tetapi pastikan suis di rumah korang adalah suis AvatarOn dari Schneider Electric. Kalau bukan, korang kena call eletrician untuk install dulu. 

Kalau korang berminat, korang boleh ke https://www.se.com/my/en/home/campaign/avataron.jsp atau belilah dari Lazada semasa Flash Sale 12.12! Korang boleh mendapatkan AvatarOn dengan banyak dan penghantaran PERCUMA! mesti korang tidak mahu ketinggalan ini!

Cepat rebut..jom cantikkan rumah dengan anak-anak..

NENAS MASAK LEMAK..SEDAP SANGAT

in , by Nadia Johari, 14:45:00
hai assalammualaikum

Nenas Masak Lemak - Balik kampung, request jela nak makan apa..mesti akan dapat punya..hehee. Lagipun bahan yang kita nak mudah nak cari dekat kampung. Kedai pun banyak yang berdekatan. Naik basikal pun boleh..hehee..Tu yang syok balik kampung. Mau tak buncit perut sebab pagi, tengahari, petang sampai ke malam, kadang tengah malam, ada je makanan depan mata. Haritu nad mintak nak makan nenas masak lemak. Pulak tu, masa tu mak nak pergi pasar jumaat. Mak pun belikan la nenas yang kecik je. Sebab budak-budak pun bukan makan lauk nenas ni. Bila mak cakap dah beli ennas, terus nad buat nenas masak lemak. Tapi mak yang tunjukkan..hahahaa..Ni cara nad yang mudah dan ringkas je..

Bahan-bahan
- 1 biji nenas dipotong kecil-kecil
- 2 biji bawang merah (dihiris )
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- santan
- serbuk kunyit
- kiub pati ikan bilis, separuh sahaja
- garam

Cara membuatnya
- Masukkan santan ditambah dengan air sedikit beserta bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan kiub pati ikan bilis kemudian gaul..
- Kemudian, masukkan nenas.
- Masukkan sedikit garam dan perasa
- Biarkan sekejap sehingga nenas masak.


Siap dah...boleh makan bersmaa sambal belacan..aummm...sebeanrnay lagi sedap kalau masukkan ikan masin...perghh..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2