REAKSI FARIZA BILA MOMMY BUAT-BUAT PENGSAN

in , by Nadia Johari, 08:08:00
hai assalammualaikum

Reaksi Fariza, Bila Mommy Buat-Buat Pengsan - Pernah beberapa kali nad tertengok video kanak-kanak kecil menangis disisi ibunya yang sudah meninggal atau kemalangan. Sedih sangat tau tengok kanak-kanak tu menangis,  goyangkan ibunya dan panggil 'ibu, ibu, ibu'.. Masa tu juga nad terkeluar air mata.. Huhuhu.. Pastu mula la terfikir,  ' macam mana la kalau jadi kat aku ni '..

Tiba-tiba haritu saje la nad buat-buat pengsan,  nak tengok reaksi anak macam mana.

Masa tu Fariza dengan Farhanah tengah main. Pastu nad terus buat pengsan. Biasalah,  Fariza kalau tengah mmain mestilah nak panggil mommy dia juga. Bila dia panggil, mommy tak nyahut,  dia dah gelabah.

Fariza dok goyang-goyang badan nad..hahah. Masa tu dah nak gelak dah,  tapi tahan lagi. Dia goyang lagi kuat. Paling tak boleh blah,  dia tampar muka nad banyak kali.. Aiyoorkkk.. Sakit ooo... Dia goyang, goyang lagi... Picit-picit muka nad,  sambil nangis dan panggil mommy. Adik relaks sebab tak tau ape..hahaha..

Lepas tu, Fariza lari naik atas pergi bilik daddy dia. Tengok-tengok dia tarik daddy dia ke tempat nad.. Huishhh.. Nad terus bangun.. Hahaha.. Kang daddy dia fikir lain pulak..

Macam ni reaksi anak ye. Paling tak dijangka,  boleh dia nak panggil daddy dia. Bagus Fariza.. Anak yang pintar. Daddy cakap ' Fariza tarik-tarik abang, siap ckaap cepat la daddy,  cepatla. Mommy tu.. Mommy tu '..


Kakak memang pandai.. Mommy love you kakak dan adik. Harap mommy dapat jaga awak sampai bila bila,  sampau la mommy dan daddy dapat tengok cucu.. Gitu ye...

ANAK NOMBOR 2 SEORANG YANG COOL TAPI...

in , by Nadia Johari, 17:00:00
hai assalammualaikum

Anak Nombor 2 Seorang Yang Cool, Tapi..- Jarang sangat cerita pasal Farhanah ni. Farhanah, anak nombor dua, yang banyak perangai. Kebanyakannya dia akan tiru kakak dia. Tapi dia juga ada perangai tersendiri. Setiap hari, ada je benda baru yang dia buat dan mencuit hati. Tapi apa yang nad tengok, Farhanah ni seorang yang cool dan relaks je. Bukan seorang yang kuat menangis macam kakak dia. Paling tak boleh tahan, kuat pembuli ni..hehee..Selalu juga dia buli kakak dia.


Bila berebut benda, memang si adik ni takkan mengalah. Berebut juga sekuat hati nak dapatkan benda tu. Bila dah dapat, kakak semestinya akan nangis, tapi adik, akan pergi macam tiada apa yang berlaku..hahaha. Tapi sebagai mak, nad akan ajar, supaya main sama-sama dengan kakak, atau kalau dia buat salah, perlu mintak maaf dan sayang orang tu. Farhanah memnag akan buat apa yang disuruh.

Lagi perangai Farhanah ni, dia kuat memberontak dan cepat marah. Macam kakak usik sikit, atau nad usik atau daddy usik, mesti akan mendengus keluar suara marah dengan memek muka yang garang..Yang tu tak tau dari mana dia belajar marah macm tu..ahhaa..Lawak kadang-kadang dia ni..Kadang siap cakap "NO"...perghh tatut kita wak..

Farhanah ni cepat belajar. Dia cepat tangkap apa yang dia nampak. Apa kakak buat, mesti nak tiru, esok lusa , dia buatla sendiri..

Banyak juga la perangai dia ni, ada juga yang memang menghiburkan hati.

Tapi...hah, ada tapinya..


Farhanah ni takut dekat orang. Memang ni selalu menjadi masalah nad. Lari sikit dari dia terus melalak bagai nak rak. Orang nak sentuh pun masam mencuka je.

Farhanah ni juga kuat merajuk, dan kuat terasa hati. Kene tinggal sikit dah merajuk..hahaa..Mulut pula mencebik macam itik..hehee..


Tapi dalam peranagi pelik dan unik dia, Farhanah ni seorang yang manis sangat..hehee..Kalau senyum, adoii cair je..

Ni antara sifat anak nombor dua..
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian

Adalah sikit dekat Farhanah. Tunggu besar lagi muncul la perangai dia yang baru.seronok dapat tengok anak membesar depan mata.

TERHIBUR DENGAN SOALAN ANAK

in , , by Nadia Johari, 23:00:00
hai assalammualaikum

Terhibur Dengan Soalan Anak - Sekarang Fariza dah masuk 5 tahun. Kalau dulu kecik-kecik, memang jenis mulut nak bercakap je dalam bahasa alien dia. Sekarang, bila dah pandai bercakap, dah paham apa dia cakap, lagila banyak soalan yang dia tanya. Soalan yang ditanya, semestinya soalan yang dia nak tau kenapa itu, kenapa ini kan. Dan sebagai mak, nad memang akan layankan je soalan dia. Bukan sekadar nak bagi dia tau, walaupun jawapan nad ni memang tau dia takkan paham, tapi sekurangnya, nad bagitau, dan satu hari dia akan paham punya.

Sebagai mak, nad memang akan layan dua-dua anak dengan penuh sabar. Anak kita kan, dah dia nak tau, mestila kita jawab. Jangan sesekali cakap ' tak tau, tak tau dan tak tau'..Takut nanti anak-anak langsung taknak berborak dengan kita bila dah besar. Sebab dari kecil, parents dah tunjukkan taknak layan anak, nanti bila besar, mulala dia cari orang lain untuk berborak. Nad taknak macam tu. Nad kalau boleh dari kecil sampaila ke besar, nak berborak selalu dengan anak. Jadi, dari kecil ni la layankan je apa soalan dia tu.


Jangan anggap, bila anak tanya soalan tu, rimas dan merepek. Budak-budak, nak membesar, mestila dia nak tau kan. Mesti kita dulu kecik-kecik macam tu juga. Walaup sesibuk mana pun, mesti jawab soalan anak-anak ni. Memang diaorang akan tanya banyak kali, dan kalau korang bijak, kena la tutup bagi jawapan yang diaorang takkan tanya lagi.

Nad suka bila Fariza tanya soalan. Sebab soalan diaorang tu memang jauh dengan usia diaorang. Keinginan nak tau memang diluar jangkaan. Lagi satu, bila Fariza tanya soalan tu, nad akan terhibur, sebab soalan dia macam ' like serius la, dia tanya soalan ni '..hahaa..

Contoh soalan dia tanya

Kenapa Hujan?
Kenapa malam?
Kenapa taik hidung besar?

Banyak lagi..Soalan dia bila tengah berlaku atau dia tengah buat sesuatu atau nampak sesuatu..

And pun akan bagi jawapan yang betul la..kadang siap google lagi..hahaaa..

Tapi, dia akan tanya sampai dia dapat jawpaan yang dia rasa puas..kalau tak dapat, Fariza akan tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? lagi..

Mula nad akan jawab, lepas tu bila dia tanya banyak kali, nad akan fikir nak tutup ye soalan tu..

Selalunya kesudahannya, nad akan ketawa, maka tutupla soalan..haahaa..

Sebenarnya dari dia tanya soalan tu, nad tahan gelak, sebab kita tak jangka anak kita tiba-tiba tanya soalan tu..Jadi kita tahan dulu dan jawab soalan dia.

Bila dah tak tahan tu, kita gelak sekuat hati..hahahaha..

Nad kalau boleh nak layan anak sebaik mungkin. Kalau dulu, nad mungkin tak dapat dekat mak ayah nad. Mak ayah nad tak layan nad sangat. Takkan nak buat dekat anak macam tu kan. Budak sekarang lain..kena didik dengan elok..huhu..




SESI PERSEKOLAHAN BERMULA #BACKTOSCHOOL2020

in , by Nadia Johari, 23:52:00
hai assalammualaikum

Sesi Persekolahan Bermula #BackToSchool2020 - Bermula harini, Khamis 2/1/2020, sesi persekolahan telah bermula. Memang pagi ni ramai yang upload anak-anak pergi ke sekolah. Ada yang abru masuk tadika, darjah satu, dan tingkatan. Meriah timeline facebook, instagram, twitter harini dengan peersekolahan anak-anak yang pelbagai ragam. Tak terkecuali, Fariza, harini pergi sekolah macam biasa. Haritu orientasi, sekejap je, sampai pukul 11, sekolah biasa, dia masuk pukul 7.30 pagi dan balik pukul 12 tengahari.

Maafla, cerita pasal anak sekolah je. Almaklumla, excited sebab anak sulung. Nak dijadikan kenangan dalam blog ni.

Sejak sesi persekolahan dah bermula ni, memang malam tu diaorang dah tidur awal dah..hehe. Dengan nad-nad sekali kena tidur awal, sebab kena bangun awal..kihkih. Tapi sejak semalam Fariza tiba-tiba je batuk, selsema. Mula fikir, nak ke taknak bagi dia pergi sekolah. Tapi, kalau tak kejut, nanti dia mesti tanya ' mommy tak sekolah ke '..Nak taknak bagi la juga dia pergi sekolah.

Pukul 6.45 kejutkan dia, sebab dia masuk pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, bangunkan dia ok je, cuma kena sediakan air suam untuk mandi. Kalau tak, mau menjerit bila mandikan air sejuk. Mandi air suam, takda la terkejut.

Selesai mandi, pakai baju sekolah. Muka ceria je, tak endah dengan batuk dia, selsema dia. Yang dalam fikiran, nak pergi sekolah, jumpa kawan. Pagi tu memnag takda meragam langsung. Senang la nak siapkan dia. Siap tanya spender la, tudung, pakai bedak semua..

Dah siap, panggil daddy dia untuk hantar pergi sekolah. Dengan senyuman dia salam mommy. Waktu tu, adik pun dah bangun sebab kakak kejutkan. Boleh kata ' adik bangun dah petang'..hahaa..Adik cium tangan kakak, nak pergi sekolah. Perangai elok je. senang hati nad tengok dia nak pergi sekolah, walaupun risau dengan batuk dan selsema dia.

Mula sekolah ni, nad tak pergi hantar, sebab lepas ni pun, daddy je yang pergi hantar. Jadi pesan kat daddy, cakap cikgu Fariza tak sihat, kene tulis nama, bagi buku, kain bagi dia takut hingus keluar, batuk tutup mulut. Macam-macam la nad pesan. Sampai la daddy dan Fariza dah gerak. Tak sempat nak ambil gambar, takut anak hilang mood. Biasalah, mood anak kadang kejap nak bergamabr, kadang taknak..hahaa

Fariza balik pukul 12 tengahari, jadi lepas bangun tu memang tak tidur. Layan tv. Entah, hati macam risau je. Yela anak tak sihat. Walaupun dah bagi ubat yang beli dekat farmasi.

Setiap masa tengok jam dekat telefon je..Tak sabar tunggu pukul 12 tengahari.

Bila dah masa Fariza balik, terus cakap dengan mr mafia, suruh ambil cepat. Sebab nad tau, bila Fariza sakit, mesti dia tak sedap nak buat apa.

Bila dengar kereta, tau dah Fariza dah balik. Hah, dengar dah dia menangis. Dahla pakai tudung, panas, balik ngadu ' mommy sakit, sakit '..sambil tunjuk tekak dia. Nad paham dah, dia sakit tekak. Tak sedap tekak.


Time balik ni jela dapat ambil gamabr. Tu pun gegar.

Terus suruh dia buka tudung, baju semua. Urut dada dengan minyak. Hidung letak ubat. Urut-urut sampai dia tertidur.

Alahai, kesian anak mommy. Mommy ingat tak teruk sangat. Tapi daddy cakap, masa ambil Fariza , budak ni berlari-lari..hahaa..Macam mana tu..ermm..

Tadi, terus ajak mr mafia pergi klinik.


Kenala neb juga, sebab berbunyi.

Doktor bagila ubat batuk, selsema, kahak dan antibiotik. Memang lepas makan nasi terus makan ubat.

Alhamdulillah, malam ni kurang sikit..esok boleh sekolah lagi.

Kakak kuat..Esok mommy hantar , nak tengok ye..hehee

SELAMAT TAHUN BARU 2020

in , by Nadia Johari, 21:16:00
hai assalammualaikum


Selamat Tahun Baru 2020 - Lebih sehari baru nak menaip entry berkenaan Tahun Baru..hehee..Biasa la..mood bercuti macam masih ada je..hahaa..Memang tak bekerja pun, tapi kerja rumah ni banyak sangat. Lagi uruskan persekolahan anak-anak. Yeahh!!, dah masuk tahun 2020. Alhamdulillha, tak sangka, tahun yang ditunggu dah tiba. Alhamdulillah juga masih diberi usia yang panjang untuk menikmati dunia ini untuk sampai ke 2020. Jadi, apa yang ada 2020 ni? Kalau dulu kecil-kecil fikir ada kereta terbang, pembangunan yang sangat-sangat moden..hehee..Tapi sekarang negara pun dah banyak modennya. Takda kereta terbang, tapi dah ada perjalanan atas iaitu LRT, KTM, MRT dan seumpanaya..kan laluan atas tu..hehee.


Malam tahun baru, nad tak sambut dekat mana-mana pun. Pergi Tesco, beli blender baru..hahaa.Blender lama dah rosak, penat nak tumbuk guna lesung je. Ngadu dekat laki, nak blender, tapi cakap takda la nak cepat, bila ada duit baru beli. Tapi ntah, dia nak belikan juga malam tahun baru. Lepas tu balik, duduk rumah tengok rancangan sambutan tahun baru #konsertkitapunya dengan TV2. Tak perlu bersesak ke apa. Bergembira di dalam rumah je..hehee..

Setiap kali menjelang tahun baru, azam memang takda la. Tapi cuma nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Bila dah berkeluarga ni, cuma mengharapkan, kegembiraan lebih kepada anak-anak. Dan berharap moga bertambah rezeki kami sekeluarga.


Tahun Baru 2020

Tahun baru ni, nad memang lebihkan keluarga je. Lagi anak sulung , Fariza dah mula sekolah. Jadi, dia banyak guna duit. Harap 2020 ni beri sinar dan kegembiraan pada anak-anak. Harap rezeki melimpah ruah.

Untuk diri ni, tahun 2020, kene la buat yang terbaik. Mesti percaya pada diri sendiri kita mampu buat. Kalau tak percaya macam mana nak berubah hidupkan. Jauhkan diri dari mereka yang toxic, yang negatif, supaya kita sentiasa dapat aura positif sahaja.

Dekatkan diri kepada Allah supaya hati kita tenang dan tenteram sahaja. Kerja pun dapat dibuat dengan baik.

Azam tu takdalah sanagt, cuma nak pastikan duit dalam simpanan sentiasa ada dan bertambah demi masa depan.


hai assalammualaikum

Sesi Orientasi Sekolah Tadika Kemas Fariza - Lambat pulak nak kongsi cerita sesi orientasi Fariza ni. Almaklumla, kadang penat nak online..hahaa. Tapi tak kongsi rasa tak best juga kan..Kenangan dekat sini. Hari Khamis, bermulala Sesi Orientasi Fariza. Masuk pukul 9 pagi, jadi bangun 8 pagi..hahaa. Dah kejutkan dia, terus mandikan, pakai kan baju tshirt putih, tudung putih, seluar tracksuit hitam. Kasut dengan stokin siap-siap dah letak dekat luar. Fariza punya excited tu nampak dekat muka..hehee. Siap sarapan bagai pagi tu.


Dah siap semua, dalam 8.45 gerak keluar rumah. Tadika Kemas dia dekat je dengan rumah. sebelum tu semestinya tangkap gambar dulu..hehee..Ala, muka dia, dahla pipi terkeluar, pakai tudung nampak bambam pulak..kihkih.

Mommy Rasa baru mommy lahirkan awak Fariza. Sekarang dah msuk 5 tahun. Dah sekolah dah..memang masa begitu sekejap ye.

Sekarang ni mommy pulak yang gementar lebih. Yela, duk fikir macam-macam dalam kepala ni. Macam mana nanti dekat sekolah? Dapat jumpa kawan tak? Perangai sama tak macam dekat rumah? Menangis tak? fuh..

Sampai sekolah, ramai dah pelajar dan ibu bapa yang dah sampai. Nad tengok muka Fariza, cool je, steady je. Dia pulak yang teruja lebih. Fariza ni memang suka bila nampak ramai kawan. Yela, selama ni kawan dia, mommy nya je. Kalau pergi playground, dapat jumpa kawan sekejap je. Hah ni pergi sekolah, dapat jumpa kawan banyak, lama-lama, seronok la dia.




Masuk dalam kelas, duduk sebelah perempuan. Takdela nak malu berkenalan..hehee..

Muka dia pun malu-malu je. Senyap je..hehee.

Masa tu nad dah namapk ada sorang budak menangis teresak-esak. Biasalah drama macam tu mesti ada.

Lepas semua dah selesai, cikgu pun bagi penerangan tentang baju sekolah, buku harian yang perlu ditulis dan macam-macam lagi la.

Dalam pukul 10 pagi macam tu, cikgu suruh ibu bapa balik, jemput anak ke sekolah dalam pukul 11 pagi nanti. Terpaksala ibu bapa balik, sebab nanti anak-anak taknak belajar.

Lagipun cikgu dah biasa denagna nak-anak merengek ni..heheee. Jadi nak bagi biasakan dengan
sekolah, ibu bapa kene balik. Cikgu dah lama berpengalaman..

Masa nad cakap, 'mommy nak balik ni, Fariza duduk sini tau'..Siap cium, bila keluar siap lambai..Tu dia, tak menangis langsung bilamommy daddy nak pergi..hahaa. Mommy pulak yang nak nangis tau. Risau bukan main.

Waktu sebenar Fariza sekolah, pukul 7.30 pagi dah ada dekat sekolah, sebab ada sarapan. Kemudian belajar, makan lagi dalam pukul 10 pagi macam tu. Makanan berat macam nasi, mihun mee, hah macam tu la. Dekat sini ada belajar Iqra, tapi cikgu cakap dalam bulan 2 baru dibagitau.

Pukul 11 Pagi masa untuk ambil anak. mr mafia cakap, ni la pertama kali dalam hidup dia hantar dan ambil budak sekolah..hahaha..Ye wak, tak pernah-pernah sebelum, sekarang ada anak sendiri, kenala ambil dan hantar..kihkih..




Sampai sekolah dia, tengok dia dapat baju sukan sekolah. Siap pakai lagi. Masih steady, cool kau..hahaha..Tau mana dia letak kasut dia, ambil dan pakai.

Cikgu cakap, Fariza ni baik, dia la paling baik..kihkih. Ye cikgu memang Fariza anak yang baik, suka menolong tapi tu la, bila ada tak kena, menangis je..

Alhamdulillah, semuanya terkawal. Budak baik, budak tak nangis..budak cool, ni la dia Fariza. Tapi masa balik, terus cakap ' Fariza penatla '..hahhaa..baru orientasi dah penat ye sayang..alahaii kesiannya.

Balik buka semua tudung, habis berpeluh..hehe..Lepas tu bukan reti nak tidur ke apa, sambung mewarna la,main dekat rumah. Pulak tu ngadu lapar..Nasib mommy dah sempat masak.

Masa balik tu,ada cakap juga, ' Fariza belajar apa tadi '..' ada kenal dengan kawan tak '..Dia jawab 'entah je'..Tak minat nak bercerita.. mungkin penat..

Ok, nad bagi dia ada mood dulu, masa makan tanya lagi..hahaa..saja kan mak dia..Tanya benda sama. Dia jawab sikit, ' ada kawan '..' makan roti tadi, Fariza ambil sendiri'..pastu dia penat dah nak cerita..hehee..Jadi, kita pun dah tak tanya lagi..

Hari Khamis dah mula sekolah yang betul-betul. Maka bermulalah, peralihan waktu tidur. Selama ni tidur lewat. Kali ni memang kena tidurkan dia awal. Nad pun kena beralih masa juga nak buat kerja.. Selalu, lewat malam buat kerja. Budak-budka ni, kalau tak tutup lampu tak tidur la jawabnya..

hai assalammualaikum

Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah Bangi - Dah lama nad nak buat rawatan wajah. Bertahun juga la tak pernah buat rawatan muka ni, sampai muka pun ada macam-macam masalah. Tak pernah cek pun masalah kulit muka ni, hanya bergantung kepada skincare je. Haritu, entah, tergerak hati nak pergi buat rawatan wajah. Sebab bagi nad, dah sampai masa untuk nad tau keadaan muka nad ni. 

hai assalammualaikum


Esok Dah Orientasi Sekolah Tadika, Fariza Oii, Dah Sekolah Dah!! - Tadi pagi dapat whatsup dari cikgu, esok orientasi sekolah tadika Fariza. Cikgu pesan suruh pakai baju tshirt warna putih dan seluar hitam atau biru gelap. Kena berkasut juga, sama ada hitam atau putih. Tadi pagi cikgu whatsup, tadi juga baru beli, pergi cari segala. Mana la kita tau kan, sebab ingat dia datang pakai selipar je ke, sebba sekolah tadika kan. Pakai baju biasa..almaklumla, dah lama tak ke skolah, dulu nad masuk tadika pun rasa pakai baju biasa je..hahaa. Apa lagi bergegas lepas makan tengahari pergi kedai cari baju.

Nasib dekat dengan rumah ade kedai pakaian Baju Fashion. Dekat situ kelengkapan sekolah semua ada. Mujur baju putih, seluar, tudung, kasut ada dekat situ..dah senang. Takde kelam kabut. Siap dalam beberapa minit tadi..


Masa cari baju tadi, rasa seperti kita pulak yang nak sekolah. Gementarnya bukan main..hahaa. Lepas dia cuba baju, tudung, seluar tu, nad pulak yang cakap " Fariza dah besar, dah nak sekolah "..tengokla dia pakai tudung tu..haishh geram je rasa. Dah besar dah anak mommy..Anak sulung oii..tak sangka, ni anak kita tau, rasa kecil lagi..tapi dah nak sekolah..hahaa.. Perasaan mak-mak ye..

Tengok dia pun seronok je cakap ' esok fariza kena pergi sekolah tau. Jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu. pakai baju sekolah ni ye '..dia jawab ' ok mommy '..alaaa..nak..macam manala esok..

Kecil sangat anak nad ni..hahaa..



Tengok kawan sebaya dia, semua tinggi dan besar, dia comel je..Harap comel tapi berani ye kakak Fariza...hehee..risau pulak esok ye..

Rutin mak dah kene gosok baju..lol..ok esok kita cerita macam mana pulak keadaannya..
hai assalammualaikum

Resepi Sotong Sambal Bersantan, Mak Cakap Masak Gulai - Resepi kali ni memang dari mak nad sendiri la..hehee..Biasalah, macam-macam kita boleh buat ni, orang cakap 'be creatif'..hehe..Dalam masakn sememangnya kita kene kreatif, takdela jemu masak benda sama je kan. Menu ni, mak nad panggil masak gulai, tapi orang lain gulai tu kari. Tu kadang konfius..hahaa. Masak gulai mak ni, dari sambal cili, kemudian tamabh dengan santan, lain daripada yang lain kan. Cara masa pun mudah je. Masak gulai ni tak kisah guna ikan ke, sotong ke atau udang ke. Kalau ayam macam kurang sikit, sebab mak selalu guna ikan dengan sotong.


Ni nad buat dengan sotong. Jadi terhasil la Sotong masak gulai, atau sambal bersantan..hahaa..Takut korang yang baca pun pening.

Bahan-Bahan
- Cili kering( direbus )
- bawang besar satu biji
- bawang putih 5 ulas
- ikan bilis
- belacan sedikit
** kesemua bahan ni diblender menjadi sambal.

Bahan lain
- santan
- air
- garam dan perasa

Cara membuatnya
- Tumis sambal sehingga naik bau. Tumis sehingga masak.
- Tuangkan santan dan kacau.
- Masukkan sedikit air, garam dan perasa sedikit.
- Bila dah mendidih, air dah kurang sikit, masukkan sotong.
- Masak sotong tak perlu lama takut sotong kecut..hehee..
- Dah nampak masak tu, boleh angkat dan dihidangkan.
hai assalammualaikum

Dua Juara Gegarvaganza 2019 - Hari Ahad memang hari yang dinantikan untuk aku melihat cerita kegemaran, apa lagi Gegarvaganza la. Tak pernah tertinggal tengok cerita ni. Dan sedia maklum, malam ni adalah malam terakhir atau final untuk Gegarvagan 2019. Selepas bermingu tunggu, selepas ada lagi tambahan minggu dan akhirnya, Final menjelma jua. Untuk peserta akhir Gegarvaganza 2019 yang berjaya ialah Naqiu, One Nation Emcee, Jatt, Hady, Nur Fatima dan Sham Visa. Sebolehnya aku memang nak Naqiu Boboy menang, sebab suaranya yang power, memnag best kalau dia nyanyi. Memang berbeza waktu zaman dulu kanak-kanak riang dia..hahaa.

Malam ni, dua lagu bakal dinyanyikan setiap peserta, iaitu solo dan battle. Naqiu boboy mennyanyikan lagu Srikandi. Memang hebat, terpukau, dan semua yang tengok pun tepuk tangan. Siap ada yang menangis. Malas nak cerita pasal peserta lain sebab aku minat Naqiu je..hahahha..Masa battle, Naqiu berbattle bersama Hady Mirza. Nyanyian battle diaorang bawak lagu Hah Tepuk!!..No bad, memang mengancam..Aku pun ikut tepukk..hah Tpeukk..hahaa..

Masa yang dinantikan, keputusan pemenang untuk Gegarvagana 2019. Biasalah, pastinya semua akan dapat hadiah, cuma nombor yang menentukan..

Sampai pengumuman Juara, dup..dup..dup..


Keluar nama Naqiu dan Hady Mirza Juara..What!!!..Apakah ini semua Astro!! Berapa banyak drama kau nak buat hah!!..Tapi perlu ke aku salahkan Astro, sebab yang buat keputusan ni juri..kahkahkah..

Setelah berminggu-minggu persembahan, masih tak tau nak pilih mana satu pemenang..Halloooo!!..Dalam siap kiraan ada Naib Juara dan Juara ok..takde dua juara!!..

Tapi nak marah sangat pun tak boleh..haha..over nau aku ni. Kedua-dua, Naqiu dan Hady memang telah buat persembahan yang terbaik. Selama ni diaorang push semua dah. Bakat diaorang memang woww..Kekuatan diaorang memang kebabom..

Tahniah untuk Naqiu dan Hady Mirza, menang Gegarvaganza 2019...Ok adakah kumpulan Boboy akan comeback dalam dunia seni..kihkih..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2