SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DAN PETAI

in , by Nadia Johari, 12:46:00
hai assalammulaikum

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai - Lama sangat tak makan tempoyak ni. Nad kalau dah mengidam, sebolehnya nak cari juga tempoyak ni. kebetulan, barang dapur pulak dah habis, pergi pasar, nampak tempoyak, terus beli satu bekas. Nad teringin sebab masa kat kampung, nad buat sambal tempoyak..hahaa..Tau-tau jela, kat kampung semua ada bahan..kihkih. Jadi, bila dapat tempoyak ni, aummm, rasa hati gembira..balik dengan senyuman..dalam kepala dah tau nak masak apa dengan tempoyak ni.



Jadi, denagn tempoyak ni, nad buat sambal tempoyak ikan bilis dan petai..aummm..


Bahan-bahanya
- 4 sudu besar tempoyak
- bawang merah
- cili padi, ikut korang nak pedas mana.
- kunyit hidup
- ikan bilis
- petai

Cara membuatnya
- Goreng ikan bilis sehingga ranggup, dan asingkan
- Tumbuk cili padi, kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian masukkan 4 sudu tempoyak dan tumbuk sekali.
- Tumis bawang yang dihiris, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan air sedikit dan gaul sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan petai
- Masukkan garam dan perasa
- Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
- Gaul bagi rata..
- Dah siap dihidangkan..

Sambal tempoyak ikan bilis dan petai ni sedapla dimakan denagn nasi..aduhh..tengah taip entry ni pun kecur liur..hahaa..


hai assalammualaikum

Senikan Suis Rumah Dengan AvatarOn Oleh Schneider Electric - Bila kita berada dalam rumah yang cantik dan tersusun rapi, ia ibarat " Rumahku Syurgaku ". Rumah bukan sahaja sebuah tempat tinggal, malah rumah ni adalah tempat cinta, tempat kenangan tercipta, tempat bergembira dan ketawa bersama tidak kira bersama orang tersayang, saudara dan rakan-rakan. Rumah juga boleh dijadikan sebagai tempat seni untuk kita menjadi kreatif dalam menghias dan mendekorasi rumah menjadi indah.

SCAN TYROID, TAK SERIUS TAPI KENE BERJAGA

in , by Nadia Johari, 16:25:00
hai assalammualaikum

Scan Tyroid, Tak Serius Tapi Kene Berjaga - Lupa pulak nak story berkenaan tyroid nad ni. Kisah nad pergi scan tahun lepas, nak tau serius ke tak tyroid nad ni. Kena ambil ubat atau macam mana. Tahun lepas juga dapat berita kawan blogger, abang Korie meninggal dunia. Sedih sangat sebab masa jumpa dia memang kurus, ingat kurus sebab dia diet ke apa, tak tau pulak dia ada sakit. Baru nad tau, yang banag Korie ada sakit tyroid yang serius. Sampai arwah pernah cakap dekat kawan blogger lain  ' tyroid dia boleh buat sesak nafas '. Nad pernah cerita simptom yang nad alami, tapi tak tau sebab sakit tyroid ni atau sebab stress.  Nad kalau orang sebut tyroid je mesti cuak. Yela, nad sendiri ada sakit tu, takut, memang sangat takut. Sebab tu, tahun lepas, pergi cek semua dan pergi scan.

Lepas je dapat surat pemeriksaan scan tyroid denagn tarikh dan waktu yang ditetapkan, memang terus pergi. Appoitment pun pukul pagi, jadi pagi-pagi dalam pukul 7 pagi dah keluar. Scan dekat Hospital Kuala Lumpur. Pertama kali pergi hospital sini, sebab tu keluar pagi sebab takut takda parking. Sampai hospital, Fariza yang temankan mommy, mr mafia dan adik pergi cari parking.

Tunjuk surat yang dibagi klinik kerajaan, lepas tu tunggu giliran. Masa tunggu tu memang jantung laju la. Takut semua ada. Hospital yang sejuk tu, nad rasa panas je..hahaha..Nad ni kalau dah takut sangat, semua tak kena haishh..

Sampai masa nombor dipanggil, terus masuk dalam bilik scan. Sebelum pergi hospital, nad memang dah google macam mana scan tyroid ni. Nasib bukan yang masuk dalam mulut. Pakai alat scan yang macam nak cek baby dalam perut je..hehee..

Masuk dalam, memang buka tudung jela, sebab nak scan bahagian leher tu.

Doktor pun scan la letak gel semua tu. Habis dia tekan-tekan dekat bahagain leher ni, nak tengok tyroid tu. Takde sakit pun. Memang nad baring jela, tak dapat tengok tyroid tu dekat screen. Ni bukan nak tengok baby ye..huhuhu..Jadi tunggula sampai doktor bagitau.

Dalam setengah jam juga la..yeke..lupa pulak..

Dah selesai tu, doktor cakap, tyroid nad takda serius sangat. Ada tyroid tu, tapi kecik. Kemudian, doktor cakap, kalau boleh follow up nak tengok macam mana..

Nad pulak macam blur masa tu. Tak tau nak cakap apa. Cuma cakap ' ooo'..Aiyokkk..apo ni nad..Patut tanya ' follow macam mana? ' ' kena makan ubat ke? '..ni blank..sedihhhh..

Keluar, doktor suruh tunggu depan kaunter. Lepas tu nama nad dipanggil, dan diberi gamabr scan tadi,

Add caption

Nah ni la dia, kalau korang perasan, bahagian kiri tu la tyroid yanga da dekat leher nad. Kecil, tapi nad tetap risau. Walaupun doktor cakap tak serius, tapi masih takut..Sekarang makan semua jaga..huhu..Tapi kadang teringin, makan juga..

Pastu balik kampung haritu, kakak cakap macam mana kes tyroid nad. Nad cakap sekian, sekian sekian. PAstu cakap pasl follow up. Kakak macam nak marah tak marah..hahaa..dia cakap ' kenaap ko tak cakap, apa daaa '..Pastu dia cakap, nanti tiga bulan lagi, ko pergi hospital lagi, cakap macam mana. Nak follow up ke apa '...

Nad pun, baiklaaaa..Nanti pergi..huhu.

Kakak nad nurse, diala yang perasan leher nad bengkak, dia juga suruh pergi cek..

Tunggu la nanti, nad pergi follow up lagi..
hai assalammualaikum

Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020 - Hari Isnin haritu, semua ibu bapa yang anaknya sekolah tabika, area Pandan Mewah, Pandan Jaya dan Pandan Indah hadir ke Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020. Majlis ni adalah untuk menerangkan apa pembelajaran, rutin harian di Tabika. Juga apa aktiviti yang dijalankan sepanjang 2020 ni di sekolah tabika anak masing-masing. Pertama kali nad datang majlis ibu bapa ni..hahaa..Rasa macam janggal pun ada. Like serius, nad datang majlis ibu bapa, serius ke nad dah jadi ibu..hahaha.


Majlis ni macam PIBG la gitu. Kiranya ni permulaan menunjukkan komitmen ibu bapa datang ke majlis seperti ini. Nad kalau bab anak memang bagi komitmen ye..kihkih. Nak jadi ibu yang terbaik..agitchuu..Masa mr mafia cakap " sayang pergi la sendiri, abang hantar je "..terus nad cakap ' ni anak siapa? dari benih siapa? Anak punya takkan malas kot ?'..hahaaha.,Lagipun mr mafia tak ada kerja pun. Nad kalau boleh kalau bab persekolahan anak, nad nak ada suami turut serta sekali. Biar dia tau apa yang disampaikan cikgu tu. Haihh..kata nak jadi bapa, hah macm ni la kerja bapa. Lainla ada komitmen lain tak dapat hadir..kannnn..

Sekolah Tabika yang terlibat hanya tiga sekolah je iaitu Tabika Pandan Mewah, Tabika Pandan Jaya dan Tabika Pandan Indah.

Cikgu setiap tabika masa tu ada. Anak-anak memang sekolah,pembantu tabika yang tolong jaga. Masa ni la diaorang terangkan apa itu Tabika, visi dan misi serta objektif Tabika ni. Baru nad tau Tabika ni ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak. Berbeza dengan Tadika, ia adalah Taman Didikan Anak-Anak. Leas jadi ibu baru tau maknan Tabika ni, sebelum ni langsung tak ambil tau..kah..


Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah.

Adalah cikgu cerita bab anak belajar, memegang pensel dan kelakuan, sepatutnya ibu bapa yang ajar dahulu. Sampai sekolah cikgu cuma bantu lagi supaya terus pandai. Cikgu cerita, ada anak murid langsung tak reti menulis, ada tu pegang pensel salah. Cikgu la kena ajar semula, lembutkan jari bagi elok pegang pensel tu semua. Bagi nad, apa cikgu cakap memnag betul, ibu bapa la sepatutnya ambil langkah untuk membantu anak-anak ni. Jangan harapkan cikgu sangat. Masa dia dah masuk sekolah, balik rumah, bagi beljar sama-sama.

Berkenaan yuran pun cikgu dah terangkan. Lepas tu, cikgu bagitau tentang masa, pembelajaran di sekolah Tabika. Macam Tabika Fariza bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Buat masani, nanti akan ada kelas agama macam tu, waktu sehingga 1 petang. Nad memang akan masukkan dia kelas agama tu. Kelas tu katanya bulan 2 baru bermula,

Kemudian, aktiviti bersama ibu bapa bersama cikgu dan anak-anak di sekolah. Hah!!, part ni macam nad pulak tak sabar..hahaa. Biasalah, macam lama tak masuk sekolah kan. Masuk Tabika pun dah teruja..Aktiviti seperti mencantikkan sekolah, atau aktiviti lain lagi. Cikgu cakap, aktiviti melibtakan ibu bapa la penting, buat anak gembira.




Kemudian, satu-satu sekolah tunjukkan aktiviti yang mereka buat tahun lepas. Mungkin tahun ni sama la juga. Aktiviti seperti sambut hari lahir, perarakan merdeka, sukaneka, rombongan sambil belajar dan banyak lagi. Part ni pun nad suka. Tak sabar nak tengok Fariza buat semua aktiviti tu. Part hari lahir tu, rasa nak buat je juga. Selama ni tengok kawan-kawan buat hari lahir anak dekat sekolah. ANd pun rasa nak buat bagi dia seronok dapat raikan bersama kawan. Cikgu dah pesan awal, hari lahir jangan bagi goodies jajan..hehee..

Itu jela antara yang dibincangkan. Ada lagi lain, takkan nak cerita semua kan..hehee..Sekarang, nampaknya mommy pun kene aktif ye..hahaa..






hai assalammualaikum

Australia Summerfruits : Kempen " Celebration Of Flavours ", Nikmati Buah-Buahan Musim Panas Australia Mengikut Citarasa Anda - Yeahh!!, musim buah-buahan musim panas Australia kembali!!..Siapa suka makan buah peach, plum, nectarines dan aprikot? Hah !!, korang boleh rasai summer fruits dari Australia ni sekarang. Lagi best, dapat menikmati buah ini bersama orang tersayang, terutama waktu perayaan. Disebabkan itu, Taste Autralia melancarkan kempen " Celebration Of Flavours " untuk semua orang merasai buah musim panas Australia ni dinikmati mengikut citarasa korang atau dijadikan hadiah di musim perayaan.



Nampak tak ada pelbagai warna buah-buahan ni. Dia punya bentuk pun menarik, bulat cantik je. Summer fruit Australia ni banyak khasiat dan nutrisi dia. Ia kaya denga Vitamin A, C dan E, sumber serat dan potassium. Dengan iklim dan musim panasa di Australia, yang berbeza, terhasil buah yang sangat segar, manis dan juicy. Nad sendiri dah merasai buah summer fruits ni, memang sedap. Rugi kalau korang tak cuba. Antara buah ni nad suka bah plum dan peach.

Makan buah ni ada banyak cara untuk dinikmati. Ada makan macam tu je, ada juga yang dihiris dalam buah-buahan atau salad , lazat dalam pencuci mulut yang dibakar dan segar, di rebus panggang, atau tumis, dan membuat jams,jeruk  dan macm-macm lagi. Buat puree untuk anak kita pun boleh. Nak galakkan anak makan buah, hah, mestila dari baby kan..heee..






Ni antara dessert yang menggunakan summer fruits. Semua nad dah rasa. Paling nad suka creampuff warna merah..sedap..




Hah, tak lama lagi, Chinese New Year akan tiba, korang tau tak, Australia Summer Fruits ni boleh dijadikan hidangan dalam Yee Sang. Haritu selebriti Masterchef, Abang Brian, telah membuat Yee Sang menggunakan summer fruits ni. Nampak menarik sangat rupa hidangan apabila menggunakan summer fruits ni. Bagus kan, makan makana sihat dalam Yee Sang beramai-ramai.

Resepi Celebration of Colours Yee Sang

Components of Yee Sang
1/2 packet popiah skin, cut into strips and fried
50g White nectarine, sliced
50g Yellow nectarine, sliced
50g Black plum, sliced
50g White peach, sliced
50g Yellow peach, sliced
100g taro, peeled, cut into cubes and fried
100g sengkuang (jicama), shredded
80g daikon, peeled and shredded
1 carrot, peeled and shredded
1/4 cup cilantro, chopped
10 slices picked ginger, sliced

To serve
1/2 tsp five spice powder
1 tbsp toasted sesame seeds
50g smoked salmon
1 tbsp lime juice

Dressing
80ml hoisin sauce
80ml apricot + red plum compote
2 tbsp honey
2 tbsp water
1 tsp sesame oil
1 pinch of salt



Pada haritu juga, Abang Brian berkongsi resepi kek iaitu Romantic Peach and Chocolate Trifle Layered dengan peach yang berjuicy dan white coklat cream. Dihias dengan buah-buahan musim panas Australia.

Resepi Romantic Peach and Chocolate Trifle

Jelly
2 cups water
1 cup fresh white nectarine juice
3 tbsp gelatine
2 tbsp caster sugar
4-6 peaches, each cut into 8 wedges

Almond Crumble
1 cup all-purpose flour
3 tbsp sugar
1/4 teaspoon freshly grated nutmeg
1/2 cup sliced almonds
6 tbsp unsalted butter, cut into cubes
1 tsp of salt

White Chocolate Cream
100g white chocolate, chopped
75ml thickened cream
250ml thickened cream, whipped

500g of chocolate swiss roll
red plums pitted, and cut into half

For topping
350g topping cream, whipped
2 peaches, cut into wedges and slightly bruleed
Red plums and black plums, to decorate
Mint leaves

Nampak kan kek yang sangat menarik untuk Valentine's Day atau Chinese New Year, atau harijadi, atau apa sahaja. Dah la sedap, berkhasiat dan lebih sihat untuk dimakan.





Ni antara khasiat Summer Fruits Australia




Buah-buahan ini boleh dijadikan hadiah yang sempurna dengan bentuk bulat dan warna merah keemasan dikatakan simbol kesejahteraan dan membawa nasib baik sepanjang tahun ini.

Nak dapatkan buah ni tak [erlu pergi Australia, boleh pergi ke Jaya Grocer, Village Grocer dan smeua Aeon Supermarkets. Dapatkan ye korang..


hai assalammualaikum

Balut Buku Sekolah Tabika Anak - Hah,  bertahun jugala nad tinggalkan kerja balut-balut buku ni. Tahun 2020 ni juga kerja membalut buku kembali semula.. Hahaha. Memang dari zaman sekolah,  balut buku ni la paling tak suka. Tangan nad bukan berseni,  kalaut balut buku tu,  aduhaii memang tak kemas langsung. Lagi la pembalut dulu bukn macam sekarang,  pembalut dulu semua kena buat sendiri. Kena gunting sendiri,  kene ukur dekat buku sendiri,  bila tersalah,  tersenget rasa nak marah je.. Hahaha.. Kenangan betul.
hai assalammualaikum


Selamat Ulangtahun KBBA9 Ke 10 - Pejam celik pejam celik,  tak sangka dah 10 tahun KBBA ni. Nad mula masuk kelab ni 2014, dan sekarang dah tahun 2020.  Sebelum nad masuk dalam kelab ni, memang dah lama wujudnya KBBA ni. Nad baru 6 tahun dengan KBBA. Banyak sangat kenangan dalam kelab ni.


KBBA bermaksud Kelab Blogger Ben Ashaari. Founder semestinya abang sado Ben Ashaari. Orangnya nampak garang,  sekali dia cakap, macam tak boleh dibantah.. Hahaha.. Tapi,  sebenarnya dia happy go lucky. Nampak badan dia yang sado tu yang tatutttt kita.. Kahkahkah..









Kelab ni bukan sekadar kelab blogger,  tapi kelab yang lebih dari kawan blogger. Ibarat keluarga, tempat bila kau rasa nak luah,  luah je. Kelab ni juga banyak kongs ilmu berkenaan blog boleh dapat. Sekarang bukan setakat blog,  kadang diaorang share macam mana nak youtubers pulak.. Hahaha.

Macam nad, takde group ni,  hidup macam sunyi. Sebab group ni,  mesti ade je borak yang diceritanya.

Sempena Ulangtahun KBBA yang ke 10 ni, kitaorang buat gathering ahli KBBA. Tahun 2020, ni semoga KBBA9 terus maju dan maju. Walaupun ahli yang datang tak ramai,  tapi tetap meriah. Sepatutnya 40 orang tapi sekarang musim demam,  ada anak yang tak sihat,  jadi diaorang tak dapat datang.

Sepatutnya, ada acara lain,  tapi plan dah jadi lain. Tapi tetap teruskan,  sebab dah lama tak gathering macam ni ramai-ramai.


Alhamdulillah, KBBA dapat bertahan sehingga 10 tahun. Harap,  dapat bertahan lagi dan lagi. Semoga ukhuwah ikatan kita semua berpanjangan. Semoga Kelab Blogger Ben Ashaari terus maju ke hadapan.



Terima kasih juga kepada Khaisyadelite untuk kek pandan dan tart yang sedap ni.. Memang sedap.. Nad dah pernah beli beberapa kali dah. Memang taak pernah mengecewakan. Ni pun bawak balik sebab ade lebih kan.. Hehee.

Sesiapa nak order kek sedap ni,  boleh order di instagram khaisyadelite.


Terima kasih juga kepada MacDonalds Malaysia sebab sponsor makanan dan minuman untuk kami.



hai assalammualaikum

Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba - Nad tau ramai penggemar air kopi ni. Haritu nad cuba minum air kopi dekat Qulu Qulu. Nama pun unik kan, lain dari yang lain. Kedai pun warna warni dan ceria je. Tu terus rasa nak cuba minum. Air kopi dekat sini bukan kopi semata, tapi home-grown kopi-based yang telah ditranformasi untuk menjadikan minuman tu menarik.



Suka tengok design kedai ni..simple dan ceria je..Kalau rasa tengah mood tak elok tu, datang minum kedai ni confirm ceria terus..hahahaha..


Kau tengok, nama minuman dia pun comel je..Bagusnya siap dia bagitau air tu campuran denagn apa dan apa. Jadi masa nak order tu takdela rasa tertanya air ni campuran apa dan apa kan.

Harga minuman ni pun sangat murah. Harga kebanyakan bawah RM10.


Tengok dekat setiap cawan,ada gambar monster yang berlainan.

Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba

Haritu nad cuba minum Chokado, campuran Kopi, Avokado, Coklat, Susu ,Gula Melaka dan Kopi Boba. Not bad juga rasa dia. Walaupun ada campur avokado tapi masih rasa kopi. Kopi pulak tak kuat, tak manis, orang cakap ' just nice '. Ngam sangat rasa dia, memang diblend dengan elok tau.


Air lain nad order Kopisilk, BiruTea dan Cornella. Cornella ni pun unik sebab campuran Kopi, Corn, Caramel, Milk, Gula Melaka dan Kopi Boba. Nampak tak jagung dengan kopi..Rasa macam gilerlaahh..tapi bila dah rasa, ok je..sedap..


Macam Birutea tu, memang sangat segar, sebab ia campuran Matcha, Butterfly Blue Pea dan Lemon. Ada lagi satu Lemona. Hah dua air ni memang segar dan sesuai la diminum waktu panas atau nak segarkan tekak.


Qulu Qulu menggunakan biji kopi Nusantara yang terbaik dan semua bahan adalah dari bahan asli bukan pewarna punya. Tengokla bahan yang digunakan, halia, jagung dan gula melaka, mununjukkan hint Malaysia.



Sempena Tahun Baru Cina ni, Qulu Qulu mengeluarkan menu istimewa iaitu Mandarin Oranges. Hah kene cuba ni nanti..hehee..

Kalau korang yang gemar minum air kopi, boleh cuba Qulu Qulu Kopi Monster ni. Mana nak suka minum air macam ni, hah cepat terjah..

Qulu telah membuka tiga cawangan di Dataran Cascades, Kota Damansara; MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, dan yang paling baru mendarat di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Website: www.quluqulu.com
Facebook : www.facebook.com/MYquluqulu
Instagram : www.instagram.com/myquluqulu
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2