hai assalammualaikum

Sup Sayur Petola Bersama Suhun - Nak masak sayur ni, lagi banyak kuah lagi sedap, sebab kalau boleh nak makan mestila ada kuah. Lagi anak-anak, nak kuah lebih, kalau boleh sampai banjir. Lepas makan hirup kuah tu dekat pinggan..hahahaa. Sayur yang mudah dan senang dibuat, membangkitkan selera anak-anak, sayur petola bersama suhun. Sedapnya lagi kalau letak kentang sikit tapi masa tu kentang takda, kita masak ape je yang ada.




Sayur digemari anak-anak, sebab ade suhun, ada kuah banyak..Eh orang dewasa pun suka la..hehee..Dulu nad ada masalah bezakan petola dan peria..hahaa..Biasalah, remaja, baru nak belajar memasak..habis hancur nad kerjakan sayur petola tu jadi macam keria..hahaha..Paham tak..paham tak..ada nad cerita dalam blog..Boleh baca Kisah Petola dan Peria..

Lepas kejadian tu, nad dah tau dah macam mana nak masak sayur petola ni..hahaa..Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.


Bahan-bahan
- Sayur petola
- Bawang putih 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- suhun
- Kiub Pati ikan bilis
- Garam
- Air

Cara membuatnya
- Isi air separuh dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih
- Masukkan bawang merah dan bawang puti bersama kiub ikan bilis dan gaul. Ada orang tumis bawnag merah dan putih tu dulu, tapi nad nak cepat. Campak je dalam air. Lepas tu biarkan sekejap
- Masukkan garam dan gula
- Lama sikit, masukkan sayur petola dan gaul sehingga nampak petola empuk.
- Kemudian last sekali masukkan suhun. Masak suhun tak boleh lama, mak yang cakap. sebab suhun serap air, tak pun nanti suhun jadi kembang. Jadi masak sekejap dah boleh angkat.

Masak sup petola ni boleh letak kentang atau telur ke..hah ikut citarasa sendiri. Boleh masak tumis juga petola ni. Nanti nad nak buat tumis pulak.
hai assalammualaikum

Meja Lipat Mudah Dibawa Ke Mana-Mana - Meja ni dah lama nad beli, tahun lepas lagi. Harini baru nak share berkenaan meja lipat ni. Tempat baisa nad shopping online mestila dekat Shopee. Nad cari meja, sebab nak buat untuk photoshoot gambar, nak shoot produk, ambil video dengan meja, macam-macam la. Cari punya cari, nampak meja lipat Aluminium Foldable Picnic Table Easy Carry Camping Table ni.

Meja Lipat Aluminium Foldable Picnic Table Easy Carry Camping Table

saiz meja panjang dan besar

Ingat sedang-sedang je, walaupun dekat description, dekat gambar dah tunjuk ukuran, tapi kita tak fikir besar mana kan. sekali dapat, boleh tahan bagus. Besar, panjang, boleh adjust ketinggian, boleh lipat. Elok sangat la beli..huhu. Boleh bawa pergi mana-mana, ringan je tak berat pun.

Ni nad beli dekat Shopee

Ada banyak jensi warna, tapi macam biasalah, pilih warna putih. Bukan putih sangat, ada corak sikit. Warna lain ada warna biru, hijau , coklat dan oren. Harga nad beli meja ni, RM49.87. Memang nampak mahal, tapi nad guna untuk kerja. Jadi berbaloi beli.

Ada tangkai, nak bawak senang

Kunci, bila tutup dan bila buka, so takde terbuka

Ni lepas dibuka dari lipatan. Tarik-tarik kaki dia sahaja. Buat sorang je pun boleh

Tolak sini, supaya kaki tegak elok

Ketinggian yang boleh diadjust

Kalau nak bercamping, atau bercuti dekat air terjun, buat majlis, atau kenduri, nak letak makanan, meja ni sanagt berguna. Tengah-tengah meja ada bulat, boleh letak payung besar tu. Boleh je buat meja untuk anak menulis semua.

Ni produk dekripsinya
Tables Dimensions: 120 x 60 (L x W)
Height adjustable: 55cm - 62cm - 71cm
Packing size: 62x 63x7.2cm
High density aluminium alloy andfire board
Tube: High-strength aluminium alloy silver; rounded aluminium tube
Capacity: Tables 60KG
Portable & folded as a suitcase and convenient to carry out
Usage: outdoor furniture, outdoor picnic, etc.
It has an aluminium alloy frame for durability
Folds compactly for easy storage or transport
Lightweight and quick to set up
Easy to Carry and Portable
Table has a hole in middle to fit in umbrella

Product Specification:
Material: aluminium alloy
Table load: 60kg
Tables Dimensions: 120 x 60 (L x W)
Height adjustable: 55cm - 62cm - 71cm
Packing size: 62x 63x7.2cm
Rust-resistant
Portable & folded as a suitcase and convenient to carry out
Usage: outdoor furniture, outdoor picnic, etc.
It has an aluminium alloy frame for durability
Folds compactly for easy storage or transport
Lightweight and quick to set up

BARU BERJINAK SIMPAN DUIT RM5 DAN RM1

in , by Nadia Johari, 06:30:00
hai assalammualaikum

Baru Berjinak Simpan Duit RM5 Dan RM1 - Trending orang sekarang simpan duit RM10, RM5 dan RM1. Antara duit ni, dua yang paling popular orang suka kumpul iaitu RM5 dan RM1. Ada juga yang simpan RM 20 dan RM50, itu ikut kemampuan la kan. Kalau nad memang tak boleh la..hahaha. Mesti kena guna duit untuk beli sesuatu.


Baru Berjinak Simpan Duit RM5 Dan RM1

Nad baru berjinak, bermula tahun ni. Tahun sebelum-sebelum, masa trending kumpul duit macam ni, memnag nad tak buat. Sebab tak pernah nak jadi. Mesti habis duit tu beli keperluan. Lagipun nad bukan guna duit hari-hari. Nad tak kerja, duduk rumah je. Nad cucuk duit pun bila perlu je. Tu payah sikit.

Tapi tahun ni nekad nak simpan duit RM5 dan RM1 setiap kali belanjakan duit. Mula tu memang susah sikit la, sebab simpan duit ni dekat tabung, ada depan mata kita. Tapi memnag cekalkan hati, cakap dalam hati ' jangan sentuh duit tu. Itu untuk simpan. Orang lain boleh buat, takkan kau tak boleh '..hahaha..Sabar sehingga habis tahun ni.

Memnag tak dapat selalu nak simpan duit ni. Macam nad cakap, nad tak belanjakan hari-hari duit. Bila perlu je. Alhamdulillah, walaupun nampak tak banyak, tapi sekurangnya kita menyimpan kan. Banyak kebaikannya ni.

Nad memang jarang makan kat luar, masak je selalu dekat rumah. Kalau tengok blog, banyak la resepi tahun ni..hahahaha..

Dari dulu nad memang simpan duit, tapi duit syiling je. Tahun ni nak simpan sekali duit kertas RM5 dan RM1.

Sebelum ni simapn duit dalam ASB dan Tabung Haji je. Tu untuk bulan-bulan. Tapi yang ni bila ada duit RM5 dan RM1 cepat-cepat masuk tabung.


Yang penting kene istikomah. Kita tunggu akhir bulan nanti berapa hasilnya ya..hahaa..Dui yang dikumpul ni bolelah guna untuk travel ke, simpan dalam asb dan tabung haji ke, nak beli motor ke, atau untuk anak sekolah..hah..kannn...

Jadi, jom kita buat sama-sama..
hai assalammualaikum

Mesti Buat Sarapan Untuk Fariza Setiap Kali Pergi Sekolah - Dari Fariza mula sekolah, nad dah mula buat sarapan pagi untuk dia. Sebelum ni, dia tak sekolah, memang nad jarang buat sarapan..hahaa. Tapi sejak dia dah sekolah ni, tak tau kenapa, mesti buat sarapan untuk dia setiap kali dia nak ke sekolah. Walaupun haritu, nad dah pergi ke penerangan untuk Tabika ni, mengatakan setiap pagi dekat Tabika akan disediakan sarapan pagi, tapi sebab nad kenal anak nad sendiri, perut cepat lapar, jadi nad tetap buat sarapan untuk dia. Jadi, Fariza pun dah terbiasa dengan sarapan mommy dia.

Pernah, nad buat sarapan, kadang Fariza tak makan sebab dia terlalu mengantuk nak bangun. Ngantuk sebab tidur lewat. Bila dah siap pakai baju sekolah semua, dia akan baring tunggu daddy dia. Bila suruh makan dia taknak. Tapi esoknya tetap nad buat sarapan dan hari seterusnya sebab adang dia makan kadang tak.

Haritu, tiba-tiba nad terbangun lewat. Bangun dah pukul 7 pagi. Kelam kabut nad, denagn gosok baju dia semua. Jadi, tak sempat nak buat sarapan. Macam biasa lepas siapkan dia, nad panggil daddy dia, suruh hantar anak. Tiba-tiba Fariza nangis, dia cakap ' mommy, mommy tak buat makan Fariza ke '..nad pun cakap ' mommy bangunlambat, tak sempat buat..

Menangis-nangis dia. Melalak sampai jiran dengar, ingat dia taknak pergi sekolah..hahaha..

Pujuk la, cakap ' esok mommy buat ok. Kat sekolah kan ada sarapan, cikgu bagi '..Dia dengan nangisnya ' ala sikit je mommy, sikit je. Cepatla buat '..Mommy pun cakap ' kadang mommy buat Fariza tak amkan kan ..ok ayat dia ni buat mommy cair..dia tau dia salah ' cowy (sorry ) mommy..buatla..buatla '...Pulak tu masa tu dah lambat nak ke sekolah. Pujuk cakap esok mommy buat, esok mommy buat..meraung dia sampai masuk kereta..huhu..



Sejak tu,memang takkan skip buat sarapan. Mesti ye kena buat..tak kisahla masak apa pun. Hotdog ke, jemput-jemput je. Kalau rajin sikit buat nasi goreng ke..Buat spageti ke..Sejak tu juga, dia tak pernah tak makan, mestimakan dengan muka ceria..hehehehe..
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Farhanah, Anak Kedua Mommy - Tarikh 5 February, lahirlah anak keduaku yang diberi nama Farhanah Nasuha. Cerita pengalaman bersalinkan adik mommy dah cerita dekat SINI. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Haritu genap usia dia dua tahun. semoga Farhanah menjadi anak yang solehah, insan yang baik hati dan sentiasa dirahmati baik duniawi mahupun ukrawi.


Anak kedua ni lain sikit ye perangai. Boleh baca ciri-ciri anak kedua ni ni ye dekat entry sebelum ni nad pernah buat. memang lain dan unik sikit perangai dia. Akalnya panjang, dan suka berdikari. Anggap diri dah besar, padahal, awak masih baby lagi pada mommy tau..

Dari kecil tak banyak ragam, sampai la ke besar. Cuma ragam nak susu mommy je la. Masa baby nampak macam pendiam je. Bila dah besar, terus bertukar...hhaaha. Semua benda nak buat sendiri dah sekarang. Taknak mommy tolong melainkan dia tak boleh buat..hebatt budak ni. Tak kisah kalau mommy tinggal, duduk dengan daddy pun ok. Tapi tak boleh lama, masalah bila dia bangun tidur, mesti mencari..hehee..

Ada perangai Farhanah ni suka buat lawak. Reaksi dia, perangai dia..lain maciam ye..terhibur je setiap hari. Tak kisahla macam mana pun, asalkan Farhanah enjoy buat apa yang Farhanah suka. Yang penting bila salah mommy tetap marah ok..ahahhaa..Ajar dari kecil biar sedar. Tapi kadang tak dengar ye ni budak..Bila tak suka, dia takkan buat. Bila paksa suruh buat, mendengus ye..garang betul..seram sanagt kita wak..hahaha..

Mommy cuma doa, anak-anak mommy semua jadi anak yang mendengar kata ibu bapa. Tau mana baik mana yang tak baik. taat pada perintah Allah. Mommy akan didik sepenuhnya dengan baik. Kita tak cukup kaya, tapi biar kita kaya denagn ilmu, budi bahasa.

Setiap detik bersama, saat paling berharga buat mommy dan daddy. Jadi adik yang baik dan dengar cakap kakak ok..

Mommy, daddy dan kakak love you Farhanah..



Hadiah dapat kasut sport warna hijau..


RESEPI AYAM KAPITAN

in , by Nadia Johari, 10:44:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Kapitan - Haritu ada tengok dekat tv, dia masak ayam. orang tu namakan ayam kapitan. Tengok mudah je, tapi ada sesetengah bahan takda. Tapi, nak buat juga la sebab dah tak tau nak masak ape. Lauk ulang-ulang bosan juga..huhu..Walaupun bahan tak cukup, ala ada bahan yang kalau takda tu rasa dia boleh sama kot..hahaha..memandai je ko kan nad. Aslkan rupa tu ada ok la kan..hahaa..



Ni la dia ayam kapitan yang nad buat..Warna kuning, dengan kuah dia yang aummm...Nampak macam rendang tapi bukan..hehee..Ayam kapitan nad buat ni tak pedas, sebab nak bagi anak-anak makan juga. Jom tengok bahan dia dan cara buatnya..


Bahan-bahan
- Ayam, ikut berapa orang nak makan. Macam nad 4 orang, tapi anak-anak tak makan banyak pun.
- Bawang merah 1 biji
- Bawang putih seulas
- Halia
- Kunyit sikit
- Cili merah sebatang
- Serai sebatang
- Daun limau purut
- Garam
- Air

Cara membuatnya
- Blender kesemua bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah, serai dan daun limau. Sepatutny ada satu bahan lengkuas tak silap. Nad takda..so kita ambil je apa yang ada ok..hehee..
- Siap blender, tumiskan bahan tersebut sehingga naik bau..Fuh menusuk sungguh..hehehe..
- Bubuh air sedikit, masukkan garam dan gula.
- Masukkan ayam, gaul bagi bahan tadi emresap dalam ayam.
- Masukkan air sehingga ayam tenggelam sedikit.
- Biarkan sehingga ayam masak..siap..

P/s: rupanya ada letak serbuk kari dan santan..hahaha..Nad tak letak pun...tapi macam nad buat ni pun sedap juga ye..boleh dikira sebagai ayam kapitan ke..ahhaaa...




hai assalammualaikum

Syairah's Homemade Soap, Sabun Aromaterapi Yang Best Dan Selamat - Terbaru, sabun buatan sendiri atau homemade menggunakan kaedah lebih mudah semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana tidak memerlukan perkakasan atau bahan yang banyak. Sabun homemade pula dihasilkan dengan kreativiti sendiri dengan bahan semulajadi. Nad suka sebab sabun homemade sabun natural, takda bahan kimia semua berbanding sabun yang dijual di pasaran.

Sebelum ni nad pernah pakai sabun homemade, nad guna sabun homemade oat dan calendula. Kemudian kawan kenalkan nad dengan Syairah's homemade soap ni. Nad pun cuba relaxing lavender dan blue peepy seeds lavender scrub dia. Sebelum ni nad pakai sabun homemade takda bau, tapi relaxing lavender Syairah's sabun homemade ni ada bau dan sedap pulak bau lavender dia.


Syairah's Homemade Soap, Sabun Aromaterapi Yang Best Dan Selamat

Sebagai surirumah,  memang kerja tak pernah berhenti,  dengan menghadap rumah,  menghadap anak lagi,  takda masa nak pergi spa, nak tenangkan fikiran. Kalau dapat pergi tu boleh dikira la dengan jari. Kalau boleh nak pergi spa hari-hari..hahaha. Jadi Syairah's sabun homemade relaxing lavender ni membantu sangat. Bau dia yang sedap, beri aroma yang menenangkan. Rasa hilang terus penat lelah seharian bekerja, dah macam dekat spa je rasanya bila pakai sabun homemade relaxing lavender Syairah's ni. Bau bukan bau pewangi tu, tapi bau natural lavender tu.



Sebab tu nad suka bila waktu nak mandi. Lepas penat buat kerja, memasak, badan melekit, rasa kotor, cepat-cepat pergi mandi, bagi badan segar dan bersih. Walaupun rumah takde bathtub, rumah ada pancuran air je, lepas pakai pulak sabun homemade Syairah's relaxing lavender ni, aduh..lagi rasa terus segar. dan rehat otak. Bau-bauan wangi yang menenangkan ni kan orang cakap, memang dapat buat fikiran kita tenang, dan merehatkan badan kita.


Bila pakai Blue Peppy Seeds Lavender Scrub, badan rasa bersih je. Sabun diperbuat daripada biji poppy biru dan lavender kaya dengan asid lemak berkhasiat kulit, yang melembutkan kulit.

Lavender merupakan herba yang terkenal dan digunakan dalam pelbagai barangan harian. Lavender mengandungi minyak yang mampu menenangkan dan membantu otot-otot untuk relaks. Lavender juga mempunyai kesan antibakteria dan antifungal. Selain itu, ia juga membantu untuk mengurangkan masalah anxiety dan depression. Lavender juga dikatakan membantu untuk mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti!


Syairah's homemade soap ni lain daripada yang lain dengan sabun di apsaran. Sabun yang berada di pasaran telah ditambah dengan detergen sintetik, bahan kimia, dan penambah buih sintetik. Bahan-bahan tersebut sebenarnya merengsa dan mengeringkan kulit. Sabun homemade diperbuat dengan minyak sayuran semulajadi dan kaya dengan pelembap semulajadi, iaitu gliserin. Sabun homemade juga tidak mempunyai bahan kimia tambahan.

Sabun Syairah's Homemade merupakan sabun semulajadi yang kaya dengan gliserin dan tidak ditambah dengan bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Seperti yang diketahui, gliserin mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit anda kekal mulus selepas mandi. Ia juga bebas daripada paraben dan sulfat. Syairah's Homemade Soap diperkayakan dengan essential oil yang telah diuji di makmal dan diiktiragf ketulenannya. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit, tiada lagi rasa kulit tegang selepas mandi.


 Kenapa korang perlu pakai Syairah's Homemade Soap
- Tidak perlu mencari masa untuk ke spa, nikmati mandian seperti di spa setiap hari di rumah.
- Aromaterapi essential oil dengan pelbagai manfaat.
- Diperbuat dengan minyak sayuran yang sustainable dan boleh terbiodegrasi
- Sabun semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya
- Tiada paraben atau sulfat
- Eco friendly
- Produk Muslim dijamin kebersihan dan kredibiliti
- Sesuai untuk dijadikan hadiah yang bermakna


Menarik kan sabun ni. Lagi menarik kalau sabun homemade syairah's ni dijadikan hadiah, atau goodies..Mesti diaorang suka.

Korang boleh gunakan .sabun Syairah's Homemade Soap yang mesra pengguna dan mesra alam tanpa was was!

Korang boleh beli secara online di Shopee. Klik link Shopee: https://shopee.com.my/syairahsyassakii

Korang juga boleh lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/syairahshomemade/
Instagram: https://instagram.com/syairahshomemade
Contact: No tel 013-6494929
hai assalammualaikum

Perabot Flexihaus : Tahun 2020, Cantikkan Bilik Kerja Mr Mafia - Tahun baru, mestilah nak semangat baru. Jadi, bila nak naikkan semangat tu, mestilah cantikkan suasana rumah kan. Nak cantikkan rumah ni bukan boleh berdesup terus cantik. Kumpul duit dulu, dah cukup baru boleh kemas dan dekorasi rumah. Tahun 2020 ni, kita bagi kemas sikit bilik mr mafia a.k.a bilik kerja suami kita.
hai assalammualaikum

ETunai Rakyat, RM30 Kredit E-Wallet : Belanjakan Dengan Berhemah - Haritu ramai pakat share, dah boleh tebus E Tunai Rakyat, RM30 kredit E-Wallet yang diberikan oleh kerajaan. Antara E-Wallet yang ada Touch N Go, Grabpay dan Boost. Syarat mereka yang boleh tebus ialah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun. Masa tengok facebook, instagram dan twitter, masing-masing dah cuba tebus. Ada yang dapat terus ada yang lambat. Nad pulak masa tu baru baik demam, nampak diaorang semua buat, nad pun terus buat.




Tak baca share yang dikongsikan orang berkenaan RM30 E Wallet ni, haritu nad buat sampai dua e wallet. Nad buat dekat Boost dan Grabpay. Lepas tu biol pergi buat status. Tiba-tiba, semua komen, " bukan satu e-wallet je ke? "..Nad terus terbeliak biji mata..hahhaa..weii rupanya buat salah satu e wallet je. Ingatkan boleh semua..hahaa..tu la tak baca info segala. Mana taknya baru demam baik..hahaa..




Tapi salah satu nad buat tu, Boost yang terpilih untuk nad dapatkan RM30 kredit E Wallet percuma ni. Ok la juga dari tak dapat apa langsung kan. Grab nad takdapat sebab dia dah cakap nad dah dapat dekat e wallet yang lain. Touch N Go nad tak buat sebab dah rapai buat dan system dia down sahaja. Tapi memnag tak boleh pun kan, sebab dah dapat dekat Boost..hahaa..Batak kau kan nad.

ETunai Rakyat, RM30 Kredit E-Wallet : Belanjakan Dengan Berhemah

Dapat dekat Boost, nad boleh belanjakan dekat banyak tempat, tapi nad pilih belanjakn dekat KK Mart. Lagipun dekat dengan rumah nad. Dapat RM30 nampak macam sikit, orang cakap macam-macam, takpela. Dah dibagi tu mehla kita ambil dan belanjakan dengan berhemah. Fikir punya fikir, kira punya kira, baik beli biskut.


Nah dapat banyak ni. Bolehlah untuk dua minggu. Tapi macam ni pun dapat sebulan...hahaa..makan time lapar, tengah tengok tv ke. Buat kudap-kudapan ke kan. Dari beli benda yang sekejap je habis.

Korang dah guna.. Beli ape je tu.


hai assalammualaikum

Mandi Manda Di Air Terjun Kalumpang Bersama Keluarga - Lama sangat tak bercuti dengan keluarga. Bukan senang ye adik beradik nak ajak bercuti, sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing. Selalu berkumpul dengan rumah kampung je, tapi cuti Raya Cina haritu, kitaorang adik beradik rancang pergi beruti. Alhamdulillah, Raya Cina masa tu semua on, kecuali adik, tak dapat ikut sebab kerja. Tempat kerja dia memang susah dapat cuti, kerja supervisor dekat pasaraya NSK..huhu. Bila yang lain ok je, tetap teruskan rancangan pergi bercuti. Kakak plan pergi air terjun Kalumpang je. Kami yang lain semua ok je.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2