hai assalammualaikum

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak - Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah. Yeah, sebagai mak nad semestinya teruja. Sebab masa ni la, dapat kenal denagn ibu bapa kanak-kanak lain dengan join aktiviti sekolah yang cikgu buat ni. Diberitahu oleh cikgu sekolah Fariza, Cikgu Ema, digroup whatsup, sekolah akan membuat gotong royong menanam pokok di Tabika. Sebenarnya, sekolah Tabika anak, terpilih untuk Pertandingan Taman Botani antara Tabika Kemas Selangor. Fuh, bangga kejap..hehee..Ni lagi tambah semangat untuk cantikkan, bersihkan sekolah Tabika anak.



Projek ni baru fasa pertama, dan akan ada lagi fasa lain. Yela, nak buat Taman Botani, nak tanam pokok kita buat satu-satu dulu. Aktiviti yang dibuat pada haritu
- Membersihkan kawasan sekolah
- Menanam pokok-pokok kebun dapur
- Membuat batas untuk menanam pokok
- mengecat batu bata

Sedihnya, pada hari berkenaan, tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Boleh dikira berapa je yang hadir. Pelajar sekolah situ, ada 30 orang, tengok macam belas je ibu bapa yang hadir bersama anak-anak. Takpela, mungkin yang tak dapat hadir, ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. KIta fikir positif..orang cakap husnudzon....


Haritu, banyak juga sumbangan pokok, barang hiasan seperti pokok serai, kunyit, bayam, botol mineral, tempurung kelapa pasir, tanah semua dibawa. Alhamdulillah, adalah sikit untuk aktiviti tanaman dapur hijau sekolah anak ni.

Nad bawak pokok cili, pokok hiasan dan biji benih kangkung.




Pagi tu, kitaorang kemas dulu kawasan yang nak tanam pokok ni semua. Selesai kemas, orang lelaki, buat batas. Orang perempuan, bubuh tanah, apa yang patut..hehee..




Paling meriah, untuk anak-anak. Hah, masa ni la diaorang dapat belajar buat tanaman mereka sendiri.
Macam biasa cikgu bagi penerangan dahulu berkenaan aktiviti kepada murid.






Lepas tu, diberi seorang-seorang untuk tanam tanaman mereka. Fariza dapat kangkung..hehe,

Harap sejukla tangan mereka, supaya tanaman ni tumbuh dengan sihat, segar dan bugar.

Tanaman dapur ni dibuat di bahgaian belakang sekolah.

Selesai tu, sambung pula di bahagian depan sekolah, untuk menghias bagi cantik.


Ni antara yang dah siap separuh..Nanti akan ada hari lain untuk aktiviti seterusnya.

Mula tu, memang tak nampak apa yang dibuat. Ni dah nampak sikit-sikit, nad pun dah godek google sikit, bolehlah lepas ni tambah lagi mana yang patut.

Cantikkan sekolah ni bagus, anak-anak dapat sekolah dalam suasana yang ceria. Nak pergi sekolah pun best je. Nak belajar pun seronok.

Parents pulak, join aktiviti ni, dapat eratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain.



Ni makanan yang disediakan cikgu, mihun sup, kuih dan tauhu bergedil.

Alhamdulillah, projek pringkat pertama Taman Botani, berjalan dengan lancar. Lepas ni, harap ramai lagi ibu bapa yang join, bantu sama-sama cantikkan sekolah Tabika anak.
hai assalammualaikum

Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba - Dah biasa dengan air bubble tea dan air buah, haritu saja tukar angin minum minuman yogurt dekat Yomie's Rice X Yogurt, the Garden Mall. Lain dari yang lain air ni, sebab dari purple rice. Biasalah, bial jumpa air baru ni, mestilah nak cuba juga kan. Air ni unik sebab dia ada purple rice tu. Masa nad tengok, ramai juga yang tengah beli.


Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba

Nad cuba rasa air signature dia, Yomie's Purple Rice Yogurt, dan lain, Straw To My Berry. Masa nak beli tu, mestilah tanya minuman apa orang selalu beli..hehee..Jadi pekerja situ cadangkan dua ni. Memandangkan anak perempuan kita suka pink, jadi ambil la strawberrry.




Mula macam takut je nak rasa..hahaa..Tapi ok je. Bila rasa memang takda rasa manis langsung. Yang strawberry ada rasa buah strawberry. Bukan perisa manis pewarna strawberry tu. Yang signature dia, memang takda rasa manis, rasa macam bubur hitam tau, tapi rasa kosong, tapi sedap..eh banyak pulak tapi nya..hehee..Boleh kenyang jugala minum air ni sebab ada purple rice tu.



Memang boleh cakap ni minuman sihat. Mana yang nak atau tengah amalkan minuman sihat , korang boleh minum air yogurt yang sihat dan lazat ni yang berasal dari Sydney, Australia.

Bagusnya air Yomie's ni, minuman yogurt yang dibuat setiap hari tanpa bahan pengawet dan pewarna dan yogurt ditapai setiap hari dan setiap kelompok hanya boleh disimpan sehingga 24 jam. Memang minuman yogurt yang segar di bandar dan menjadi pilihan untuk lebih sihat bagi mengimbangi pemakanan.



Korang kalau nak cuba Yomie's Rice x Yogurt, boleh cuba di cawangan baru mereka di Garden Mall, Mid Valley. Outlet mereka juga ada di SS15, Sri Petaling, Setapak dan Lot 10.

hai assalammualaikum

Kerjasama RMHC Dan Kelab Lions Bekerjasama Untuk Kesedaran Kanser Kanak - Kanak - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kelab Lions Antarabangsa menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi inisiatif Kesedaran Kanser Kanak-kanak, hari ini. Jalinan kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua pihak berganding bahu memenuhi keperluan pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif antara dua badan bukan kerajaan gergasi ini akan turut memberi manfaat kepada keluarga pesakit pediatrik yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Kuala Lumpur.


Kerjasama RMHC Dan Kelab Lions Bekerjasama Untuk Kesedaran Kanser Kanak - Kanak

Menerusi kerjasama strategik ini, Kelab Lions Antarabangsa menyumbang dana lebih RM150,000 bagi menaiktaraf Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Dana ini merupakan dana terkumpul hasil sumbangan pelbagai pihak sejak Oktober tahun lalu khusus bagi inisiatif ini. Ia secara langsung membolehkan keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di HCTM-UKM, termasuk pesakit kanser kanak-kanak menikmati kemudahan yang lebih selesa. Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM merupakan salah satu program teras RMHC Malaysia yang menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada keluarga pesakit pediatrik di hospital tersebut.

Kerjasama strategik ini akan berlangsung untuk tiga tahun seterusnya, dimana mulai hari ini, Kelab Lions Antarabangsa akan terus memastikan taman permainan kanak-kanak di rumah ini dapat dikekalkan dengan baik. Taman permainan kanak-kanak di rumah ini secara rasminya menjadi ‘taman angkat’ Kelab Lions International yang dikenali sebagai Lions Wonderland.


Menurut Dato’ Javern Lim Chong Hee, Gabenor Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308B1 Malaysia, “Kelab Lions Antarabangsa sentiasa mencari peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak kearah meningkatkan kehidupan pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka. Kami amat memahami saat-saat sukar yang perlu dihadapi mereka dan besarlah harapan kami agar jalinan kerjasama dengan RMHC Malaysia secara langsung membuka mata ramai pihak di luar sana tentang kanser di kalangan kanak-kanak.”

Sebagai sebuah hospital pengajar yang mempunyai kepakaran perubatan pediatrik, HCTM-UKM menerima lebih 20,000 kes pediatrik setiap tahun, sama ada pesakit dalam atau pesakit luar. Bagi tahun 2019 sahaja, HCTM-UKM menerima lebih 900 kes melibatkan kanak-kanak yang menghidap kanser. Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah yang perlu menjalani rawatan berpanjangan untuk anak mereka.

Menurut Azmir Jaafar, Presiden, RMHC Malaysia, “RMHC Malaysia komited mewujudkan impak positif kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia melalui pelbagai program utama yang dilaksanakan. Kerjasama strategik dengan Kelab Lions Antarabangsa mampu memberi manfaat yang lebih baik kepada mereka yang menggunakan kemudahan Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Semoga kerjasama ini secara langsung memupuk semangat prihatin rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha badan-badan bukan kerajaan seperti kami.”

Antara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM sejak dua bulan lalu termasuklah membaiki bumbung dan longkang air hujan serta menambah baik kawasan aktiviti luar. Ini termasuklah memperindah landskap taman permainan kanak-kanak di sini, memperbaharui dan menambah jumlah alat permainannya.



YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia dan Kelab Lions Antarabangsa. Beliau turut menggalakkan agar lebih ramai pihak di luar sana dapat tampil kehadapan melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM kini berusia 20 tahun sejak dibuka pada tahun 1999 dan merupakan yang pertama di di rantau ASEAN.

Sehingga kini terdapat dua Rumah Ronald McDonald di Malaysia. Satu lagi Rumah Ronald McDonald terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah Ronald McDonald ketiga dijangka dibuka pertengahan tahun ini di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
hai assalammualaikum

Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Menggunakan Tepung dan Prego Buddies - Pagi tadi nad buat sarapan jemput-jemput untuk keluarga. Jemput-jemput atau cucur ikab bilis orang panggil, tapi jemput nad tak letak ikan bilis, sebab anak-anak tak suka. Sepatutnya masak jemput-jemput ni tepung, ikan bilis dan bawang merah kecik. Nad pernah buat, tapi budak-budak buang bawang dengan ikan bilis, sudahnya buat ikan jemput-jemput kosong..hahaa. Sebelum ni, viral kan jemput-jemput rangup di luar lembut di dalam dengan tambahan satu bahan iaitu nasi yang diblender. Tapi nad ubah nasi tu, nad letak prego buddies punya produk..hahaa. Menjadi juga weii..Rangup di luar, lembut di dalam..hehee..





Jemput-jemput kosong sarapan nad pagi tadi. Hanya dua bahan penting iaitu tepung gandum dan pasta prego buddies. Korang pernah nampak produk Prego Buddies ala pasta yang untuk budak-budak, tapi bukan budak-budak je makan, ornag besar pun boleh. Cuma, prego buddies ni dia ada bentuk, tu sebab budak suka. Lagipun dia daripada sayuran.




Hah ni la dia prego buddies tu. Ada lebih, jadi nad pun buat campurkan dalam jemput-jemput ni. Ok jom tengok bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
- 5 sudu besar Tepung gandum. Nad tak guna cawan sebab keluarga kecil je kan, pakai sudu besar je la.
- Prego buddies 1 1/2 sudu besar
- Garam
- Air

Diingatkan nad punya kosong, nak sedap tambahla ikan bilis, bawang merah, kentang ke, eh apa-apa la. Sayur ke.




Cara membuatnya
- Rebus prego buddies. Dah masak, toskan dan blender pasta prego buddies tu.
- Ambil 5 sudu besar tepung gandum masukkan dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan pasta prego buddies yang telah diblender ke dalam tepung.
- Tambahkan sedikit garam
- Masukkan air , jangan sampai cair ya. Kacau sampai sebati
- Panaskan minyak dan goreng jemput-jemput. Bentukkan bulat, atau leper..hahaa..Sebab tau takkan bulat punya.
- Nampak garing dan dah masak, boleh angkat.

Ok selamat mencuba. Biar memasak ni kena fikri di lua rkotak ye..kreatif..hahaa..
hai assalammualaikum

Tidur Lena Dengan Bantal Lembut Das Abdul Global, Bantal Hotel 7 Bintang - Nad ni memang susah sangat nak tidur lena. Kadang mudah terjaga-jaga. Bila tidur tak lena tu, mula la kepala sakit, badan sakit, tengkuk sakit, semua sakitla. Bangun tidur je mesti dalam keadaan yang lesu. Salah satu buat tidur tak lena ialah bantal yang nad pakai. Dah lama sangat bantal yang nad pakai sekarang, takda rasa empuk, keras je. Memang selalu fikir, kalaulah ada bantal macam kat hotel tu dekat rumah, bantal yang lembut, baring je terus tidur lena..mesti best gila. Bangun pagi terus cergas nak buat kerja..hehee..

Suatu hari, kawan nad bagitau berkenaan bantal Das Abdul Global. Bila tengok gambar ada seorang lelaki pegang bantal, terus nad cakap dalam hati " eh ni gambar dekat billboard jalan lebuhraya yang aku selalu lalu "..memang selalu nampak billboard tu, pernah terdetik nak usha dekat google pasal bantal ni, sebab tengok dia peluk bantal tu nampak best je, nampak lembut dan empuk betul bantal tu. Setiap kali nampak mesti aku cakap dalam hati " Kalau la dapat bantal ni, mesti aku tidur lena 2 hari terus"..hahaha..Lepas kawan bagitau, terus nak terjah website dia dan nad ada kongsi dengan korang berkenaan Das Abdul Global ni di blog. Lepas tu terus nad dapatkan bantal ni..hahaa..

Akhirnya, nad dapat juga bantal lembut, bantal yang bertaraf hotel 7 bintang ni weiii..suka gilaa..Masa sampai tu, dah dapat agak ni bantal Das Abdul Global, sebab pegang je dah rasa lembut..hehee. Ingatkan kecil sederhana je bantal dia, rupanya besar juga..


Tidur Lena dengan Bantal Lembut Das Abdul Global, Seperti Berada Di Hotel

Lepas dapat, malam tu jugala kita pakai..Hey tak boleh tangguh-tangguh wak..Kita nak tidur lena..nak rasa sendiri, betul ke lembut, betul ke best bantal ni. Letak je kepala, Allahuakbar, selesanya..sedapnyaaaa..Terus macam suasana sekeliling tu seperti di hotel..hahaha. Nad rasa tenang je bila letak kepala dekat bantal DAG ni. Terus rasa nak terlelap. Sleep Like A King katanyaa..




Sekali betul la, tidur sampai terbabas esok paginya kau. Nad salahkan bantal ni sebab buat nad terlajak..haha..tu la selesa sangat. Bangun pagi, badan, kepala, leher semua tak sakit sangat, sebab, tidur tanpa gangguan. Bantal DAG ni memang memberi kepuasan kita ketika tidur. Memang rasa puas sangat, lena selena-lenanya..Setiap malam, mimpi indah dan memang rasa nikmat tidur sebenarnya.

Nad ni menyusukan anak, jadi, bila susukan anak, baring dekat bantal DAS ni, selesa gila. Paham-paham jela bila menyusukan anak, kalau guna bantal biasa, memang sakit. Dah tukar dengan bantal DAG, menyusukan anak pun takda masalah. Tak rasa tengah nyusukan anak, sebab mata dah lena betul..hahaa. Pada masa sama, bantal ni dapat betulkan postur tulang belakang kita.


Mesti korang akan cakap , “Eleh! Bantal je pun? Ada beza ke bantal jenis A dan bantal jenis B?

Nad sendiri pernah cakap macam tu, tapi bila nad guna sendiri bantal Das Abdul ni, memang lain sangat dengan bantal lain. Menyesal pulak dapatkan satu je..Lepas ni nak tambah lagi. Dah berebut dengan anak dah..hahaha...Tak rasa menyesal pun keluarkan duit beli bantal ni.

Bantal Das Abdul Global ni bukan ada satu jenis je tau tapi ada banyak jenis, iaitu White Duck Down Feather, Memory Foam ( M3 ), Bantal Cong Codei, Bantal Kapok ( Organic ), Bantal Microfibre ( M3 ), Bantal H- Class Pro, Bantal H - Classic, dan Bantal Polyester Helix DAG ( PHD ). Nak lebih details, korang boleh tengok di https://www.dasabdulglobal.com/produk/ apa perbezaan setiap bantal.

Dalam banyak-banyak bantal nad pilih yang H-Classic sebab bantal ni hot selling dan harganya yang murah.



Antara kelebihan H- Classic
- Bersifat Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang ada asma.
- Lembut dan Gebu - Bantal ni dibuat dengan material Polyester (Fiber) Hollowfill iaitu bahan yang empuk.
- Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu.
- Selesa dan tidak panas
- Mudah untuk dicuci & dijaga.
- Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.
- Paling best, boleh dibasuh menggunakan washing machine.


Bila ada bantal DAG ni, tak tidur hotel pun takpa, sebab dah ada bantal hotel ni dekat rumah, feeling dia bila letakkan kepala dekat bantal ni dah macam tiba-tiba je kau kat hotel..hahaa.. Lembut, empukkkk dan rasa syiokkknyaa nak tido dan golek golek kat katil tu especially bila weekends dan boleh tidur lama sikit kann?.

Lagipun bantal ni tak memerlukan special care, walaupun cuci dengan mesin basuh akan kelihatan seperti biasa..Bantal DAG ni memang berkualiti dan standard serta setanding kualiti bantal di hotel 4 atau lima bintang. Memang sesuai dengan tekstur kepala dan bahu kita ketika tidur.

Selain daripada menjual pelbagai jenis bantal hotel dengan jenis material dan kelembutan yang berbeza, DAG juga mempunyai variasi kelengkapan bilik tidur yang lain seperti tilam, sarung bantal, selimut dan lain-lain.

Jadi lepas ni
Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel
( Bantal DAG Memberikan Kepuasan, Keselesaan, Kebersihaan, Kemewahan, Kenikmatan Setiap Malam Seperti Bermalam Di Hotel 7 Bintang )

Kalau korang baca review nad, terasa nak membelinya, korang boleh dapatkan bantal ni di:
Das Abdul Global Sdn. Bhd. |
No.3a, Jalan 6/11, Kawasan Perindustrian Bandar Rinching, Bandar Rinching Seksyen 6, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Call Us +60 19-900 0815
Call Us +603 87276210
Email: admin@dasabdulglobal.com
Website: https://www.dasabdulglobal.com/
Facebook: https://www.facebook.com/dasabdulglobal/
Instagram: https://www.instagram.com/dasabdulglobalofficial/

ANAK TERTELAN DUIT SYILING, MOMMY TRAUMA

in , by Nadia Johari, 08:09:00
hai assalammualaikum


Anak Tertelan Duit Syiling,  Mommy Trauma - Macam biasa sebelum tidur,  nad akan suruh anak-anak kemas apa yang diaorang sepahkan dan diaorang memang akan ikut perintah ya.  Nad pulak akan siap-siapkan tempat tidur untuk kitaorang tidur. Tengah siap-siapkan nak tidur,  sekali terjadi satu perkara yang membuatkan bukan nad terkejut dan trauma ye. Nad pasti semua ibu-ibu akan alami perasaan ni.


Nak dijadikan cerita,  kakak Fariza kemas duit syiling dan masukkan dalam tabung. Ada 20 sen je. Nad tengah ajar anak simpan duit dalam tabung. Tabung tu pulak letak dekat almari buku khas dia. Lama dah tabung tu ada. Entah mungkin semalam kakak atau adik yang buka tabung tu. 

Kemudian dia letak dekat sebelah dia untuk kemas yang lain. Masa tu memang nad tak tengok sangat adik Farhanah buat apa. Selalunya dia tolong kakaknya kemas.

Benda ni nad tak jangka jadi,  sebab selama ni,  tak kira kakak atau adik masa kecik sampai sekarang tak pernah la nak makan duit atau masukkan  benda dalam mulut.

Entah macam mana,  semalam, tengah kemas tempat tidur sekali terdengar tabung dicampak. Terus nad paling dan nak marah. Tapi nampak muka adik tertelan sesuatu. Adik dengan muka nak muntah. Paham kan bila tertelan,  sesuatu tersekat dekat leher,  mesti nak muntah untuk keluarkan.

Terus nad lari dekat adik,  jerit ' Adikk!!!! '..terus nad tepuk kuat-kuat.. Ye sekuat yang mungkin keluarkan benda yang tersekat kat mulut adik..

Allahuakbar,  takut takyah cakap la. Takut sangat. Nad tepuk, tepuk, pulpp.. Sekali hunyi duit syiling jatuh..

Nad terkejut habis.. Adikkk.. Biar betul.. Duit.. Adik ni kenapa buat macam tu.. Nasib tak jadi apa-apa. Nad tau adik paham,  mommy marah. Dia nangis sekuatnya.  Takut sebab tertelan dan mungkin takut sebab mommy marah..

Adikkkkk.. Mommy trauma dah ni. Ya Allah,  nasib duit syiling tu keluar dik.. Apa mommy nak buat kalau tersangkut. Mommy pun dah ikut nangis.  Peluk adik sekuatnyaa.. Kakak tengok pun sedih..

Terus kakak pesan kat adik ' adik,  jangan buat macam tu lagi. Duit tak boleh makan '...


Sampai harini nad risau dan trauma. Semua duit nad simpan tempat lain. Nad fikir,  tabung yang kakak masukkan duit takda penutupnya, sebab kakak lupa tutup. Tu adik,  pergi ambik tabung,  pastu dia nampak duit,  konon nak main2 goncang ke muka sekali masuk mulut. Tak pun dia buat tabung tu macam cawan,  buat-buat macam minum nak bagi duit kena muka,  kemudian masuj mulut..

Tapi malas fikir sangat,  sebab memang trauma gila. Duit kot.. Duit syiling weii.. Ya Allah... Mujur mommy nampak...mommy dah trauma..

Kita ingat anak dah besar, paham dah,  tapi umur macam ni pun kene ambil langkah berjaga, lagi-lagi duit syiling.

AYAM MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP

in , by Nadia Johari, 19:47:00
hai assalammualaikum

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap - Nad tau ramai dah pakar masak ayam masak lemak cili padi ni. setiap orang masak ada pelbagai cara. Yang penting rasa kena, warna kuning menawan dan pedas yang sedap. Kalau masak lemak cili api ni sedapnya masak ayam, kalau masak lain, orang dalam rumah ni kurang makan. Nad pernah kongsi resepi ayam masak lemak kuning, lain sikit dari masak lemak cili api, korang boleh cuba.


Ayam masak lemak cili api ni memnag kene pedas sikit, sebab mr mafia suka makan pedas. Kalau tak pedas memnag dia tak makan. Kuah pulak kena pekat. Ok jom tengok bahan-bahannya



Bahan-bahan
- Ayam ikut berapa orang makan
- Bawang merah 3 biji
- Cili padi 4 biji
- Satu biji cili besar hijau
- Serbuk kunyit / kunyit hidup
- Serai sebatang
- Garam dan gula
- Air

Cara membuatnya
- Tumbuk ke semua bahan bawang merah, cili padi dan cili hijau besar. Kalau guna kunyit hidup, tumbuk sekali. Kalau serbuk hah, nanti kemudian kita masukkan.
- Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan santan dan air separuh kuali.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak.
- Pastikan kuah masih banyak, jangan sampai kering.
- Masukkan serbuk kunyit supaya kuah nampak kuning dan serai untuk beri bau yang sedap.
- Masukkan garam dan gula
- Biarkan sehingga masak..

Ok siap..yummy..boleh buat sambal belacan sekali..gabungan yang mantap..aummm

SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

in , by Nadia Johari, 13:10:00
hai assalammualaikum


Sayur Kangkung Goreng Belacan - Sayur kangkung ni nad selalu masak tumis, berlada, masak senang-senang je. Kali ni, nad nak masak sayur kangkung goreng belacan. Belacan pun dah tinggal sikit jadi kita habiskan masak dengan sayur kangkung ni.



Bahan-bahannya
- Sayur kangkung satu ikat.
- Bawang merah 2 biji
- Bawnag putih 2 ulas
- Cili padi 3 biji, nak bagi rasa pedas. Ikut korang kalau nak lagi pedas boleh tambah
- Cili hijau besar satu batang
- ikan bilis
- Belacan sikit
- Garam dan gula
- Air sedikit



Cara membuatnya
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau ikan bilis dan belacan. Rupa dia macam dalam gambar di atas.
- Tumiskan bahan ditumbuk tu sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit air , garam dan gula
- Masukkan kangkung dan gaul sehingga masak

Masak jangan lelama, jangan sampai sayur lembik. Mak kita yang cakap..hehehee..Ok korang selamat menjamu selera..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2