hai assalammualaikum

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’! - Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.


Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.


Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup .
hai assalammualaikum

Wajib Pakai Sunblock, Tidak Kira Dalam Rumah Atau Luar Rumah - Haritu nad pergi buat rawatan muka di Klinik Dr Bazilah di Bangi. Masa cek muka, dia cakap nad ada jeragat sikit. Kemudian staff yang rawat nad tanya ' ada pakai sunblock tak '..nad jawab ' jarang pakai sebab muka berminyak '. Dia senyum dan cakap ' hah sepatutnya kita wajib pakai sunblock ni. Buka masa kita keluar rumah je, dalam rumah , dalam pejabat pun kena pakai sunblock. UV ni bukan sahaja dari sinaran matahari, lampu dari laptop, lampu, yang bercahaya tu juga boleh menyebabkan kulit kita rosak.

TERUNG GORENG BERLADA YANG MENYENGAT

in , by Nadia Johari, 08:31:00
hai assalammualaikum

Terung Goreng Berlada Yang Menyengat - Kali ni nak masak sayur terung berlada. Dekat rumah ni kalau takda makanan pedas tak sah ye. Mesti ada pedas sikit, baru nak makan tu selera dan menambah je. Sayur terung ni bukanla feveret, tapi kalau dah nak tu, memang akan buat. Sayur terung ni, ad aorang makan buat ulam, ada buat sambal, ada buat lada, ada dimasukkan dalam asam pedas, macam-macam la. Nad pulak suka buat berlada dan sambal. Kali ni nad buat, terung goreng berlada.



Ikut cara masing-masing kan nak masak terung ni. Ni cara nad, cara yang mudah, senang dan cepat..ehhee.. Ada anak dua orang ni, yang ada macam-macam perangai, memang tak boleh masak lama-lama.


Bahan-bahan
- Terung
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili padi
- Cili hijau besar
- Kiub pati ikan bilis knor


Cara membuatnya
- Terung dipotong, dibasuh dan digoreng dahulu sehingga ada kehitaman. Nak bagi terung lembut, kenala goreng dahulu. Dah masak, ketepikan
- Bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili hijau besar nad akan blend kasar. Senang guna Tefal Manual Chopper  ni. Laju je dia buat kerja ye. Kisar kasar denagn elok.
- Bahan yang dikisar, kemudian ditumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis dan sedikit air.
- Kemudian masukkan garam dan gaul.
- Last sekali masukkan terung dan gaul sehingga rata.

Siap, dan dah boleh dimakan..
hai assalammualaikum

Pokok Hiasan Dan Tanaman Hijau Di Floral Production Nursery Ampang Depan Tesco Extra Ampang - Ingat tak Projek Taman Botani Sekolah Tabika anak yang nad pernah kongsikan sebelum ni. Kalau tak ingat boleh klik link ni ( Projek Taman Botani Sekolah Anak ). Projek ni memerlukan sumbangan daripada ibu bapa untuk membawa beberapa jenis tanaman. Haritu nad bawak pokok cili, pokok hiasan daun warna ungu dengan biji benih kangkung. Nak tau mana nad beli semua ni. Hah, nad beli dekat Floral Porduction Nursery Ampang. Lokasi berdekatan dengan Tesco Extra Ampang.

Memang nad dah lama perasan nursery Ampang ni masa diaorang tengah kemas, nak buka, tengah set up, bagi kedai siap. Memang duk tunggu je bila la nak buka. Sebab kalau nak cari tempat nursery pokok dekat KL ni bukan senang. Kita pulak jenis, nak hias rumah dengan pokok hijau, pokok hiasan, nak cuba tanam pokok dapur yang boleh masak. Kalau jauh, dah habis buang minyak dekat situ.


Bila dapat tau nursery dekat sebelah Tesco Extra Ampang ni dah buka, memang suka gila. Memang ngam, anak buat projek Tanam Dapur Hijau, kita pun boleh pergi tengok. Terus ajak suami pergi situ.Suami memang tak tau, jenuh fikir mana nak beli pokok untuk bawak sekolah anak. Nad pun bagitau, apa lagi terus pergi.

Masuk sini je, nad teruja habis. Paham jela, mak-mak kan, mana tak teruja bila tengok macam-macm jensi pokok ada. Bukan setakat pokok hiasan, pokok tanaman, pokok landskap, semua ada la..










Ada pokok indoor, outdoor, pokok gantung, haishh, rasa nak beli semua je..


Kerusi, pasu, tanah pun ada..

Antara servis diaorang
- Lanskap
- pembekal bunga
- Bunga segar
- Kerusi rehat
- Batu hiasan
- Pasu Seramik dan plastik
- Penyewaan pokok
- Perkhidmatan Tukang Kebun ( mingguan / Bulanan )



Haritu nad beli pokok cili, pokok hiasan dengan biji benih. Harga pun boleh tahan murah..

Senang lepas ni nak beli pokok semua. Takyah pergi jauh..Kita suka..kita suka..


Nursery pokok ni baru buka, jadi tanaman ni yang ada baru ni je. Nanti akan ada lagi ditambah pokok lain. Pasni ada rezeki sikit, bolehla beli pokok untuk dekat rumah.

Nursery ni ada 3 cawangan, Nursery SETAPAK, Nursery KLANG & yang terkini Nursery AMPANG Selangor..

So yang berdekatan dengan Ampang, tenga cari nursery pokok, boleh datang sini.

hai assalammualaikum

Sotong Goreng Kunyit Yang Mudah - Banyak kali juga buat sotong goreng kunyit ni, tapi selalunya tak pernah jadi macam mana yang dikehendaki..hahahha. Biasalah, kena try and error banyak kali, baru menjadi kan. Kalau sebelum ni, nad goreng dulu sotong dengan kunyit, tapi sotong asyik keras dan kecut je. Pernah buat sotong disapu kunyit kemudian masak sekali dengan sayur, kononnya taknak masak lama. Tapi sama juga tak menjadi. Sampaila suatu hari, teringat mak nad kalau masak sotong, mak akan masak sotong tu tanpa minyak untuk buang bau dia. Sotong kalau dimasak macam tu je dia akan keluarkan air dia.




Hah lepas nad buat macam tu, akhirnya menjadi juga sotong goreng kunyit yang lembut dan sedap..hehee..Jom la tengok bahan dan cara membuatnya.


Bahan-Bahan
- Sotong
- Bawang merah, seeloknya bawang holland tu, tapi takda, so bawang merah pun jadila..
- Sayur lobak dengan kacang panjang. Adalah hiasan sikit, berwarna gitu.
- Serbuk kunyit
- Garam



Cara membuatnya
- Masak sotong dahulu, buang bau. Dah masak, asingkan tempat lain dahulu
- Tumis bawang merah, sayur lobak dan kacang panjang.
- Masukkan garam
- Kemudian masukkan sotong dan masukka serbuk kunyit. Yup kali ni tak buat sotong digaul kunyit dan goreng. Nad masukkan kunyit lepas masukkan semua bahan.
-Gaul hingga sama rata.
- Dah agak-agak macam dah masak tu, matikan api dan siap..

nyumnyum....
hai assalammualaikum

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak - Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah. Yeah, sebagai mak nad semestinya teruja. Sebab masa ni la, dapat kenal denagn ibu bapa kanak-kanak lain dengan join aktiviti sekolah yang cikgu buat ni. Diberitahu oleh cikgu sekolah Fariza, Cikgu Ema, digroup whatsup, sekolah akan membuat gotong royong menanam pokok di Tabika. Sebenarnya, sekolah Tabika anak, terpilih untuk Pertandingan Taman Botani antara Tabika Kemas Selangor. Fuh, bangga kejap..hehee..Ni lagi tambah semangat untuk cantikkan, bersihkan sekolah Tabika anak.



Projek ni baru fasa pertama, dan akan ada lagi fasa lain. Yela, nak buat Taman Botani, nak tanam pokok kita buat satu-satu dulu. Aktiviti yang dibuat pada haritu
- Membersihkan kawasan sekolah
- Menanam pokok-pokok kebun dapur
- Membuat batas untuk menanam pokok
- mengecat batu bata

Sedihnya, pada hari berkenaan, tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Boleh dikira berapa je yang hadir. Pelajar sekolah situ, ada 30 orang, tengok macam belas je ibu bapa yang hadir bersama anak-anak. Takpela, mungkin yang tak dapat hadir, ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. KIta fikir positif..orang cakap husnudzon....


Haritu, banyak juga sumbangan pokok, barang hiasan seperti pokok serai, kunyit, bayam, botol mineral, tempurung kelapa pasir, tanah semua dibawa. Alhamdulillah, adalah sikit untuk aktiviti tanaman dapur hijau sekolah anak ni.

Nad bawak pokok cili, pokok hiasan dan biji benih kangkung.




Pagi tu, kitaorang kemas dulu kawasan yang nak tanam pokok ni semua. Selesai kemas, orang lelaki, buat batas. Orang perempuan, bubuh tanah, apa yang patut..hehee..




Paling meriah, untuk anak-anak. Hah, masa ni la diaorang dapat belajar buat tanaman mereka sendiri.
Macam biasa cikgu bagi penerangan dahulu berkenaan aktiviti kepada murid.






Lepas tu, diberi seorang-seorang untuk tanam tanaman mereka. Fariza dapat kangkung..hehe,

Harap sejukla tangan mereka, supaya tanaman ni tumbuh dengan sihat, segar dan bugar.

Tanaman dapur ni dibuat di bahgaian belakang sekolah.

Selesai tu, sambung pula di bahagian depan sekolah, untuk menghias bagi cantik.


Ni antara yang dah siap separuh..Nanti akan ada hari lain untuk aktiviti seterusnya.

Mula tu, memang tak nampak apa yang dibuat. Ni dah nampak sikit-sikit, nad pun dah godek google sikit, bolehlah lepas ni tambah lagi mana yang patut.

Cantikkan sekolah ni bagus, anak-anak dapat sekolah dalam suasana yang ceria. Nak pergi sekolah pun best je. Nak belajar pun seronok.

Parents pulak, join aktiviti ni, dapat eratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain.



Ni makanan yang disediakan cikgu, mihun sup, kuih dan tauhu bergedil.

Alhamdulillah, projek pringkat pertama Taman Botani, berjalan dengan lancar. Lepas ni, harap ramai lagi ibu bapa yang join, bantu sama-sama cantikkan sekolah Tabika anak.
hai assalammualaikum

Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba - Dah biasa dengan air bubble tea dan air buah, haritu saja tukar angin minum minuman yogurt dekat Yomie's Rice X Yogurt, the Garden Mall. Lain dari yang lain air ni, sebab dari purple rice. Biasalah, bial jumpa air baru ni, mestilah nak cuba juga kan. Air ni unik sebab dia ada purple rice tu. Masa nad tengok, ramai juga yang tengah beli.


Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba

Nad cuba rasa air signature dia, Yomie's Purple Rice Yogurt, dan lain, Straw To My Berry. Masa nak beli tu, mestilah tanya minuman apa orang selalu beli..hehee..Jadi pekerja situ cadangkan dua ni. Memandangkan anak perempuan kita suka pink, jadi ambil la strawberrry.




Mula macam takut je nak rasa..hahaa..Tapi ok je. Bila rasa memang takda rasa manis langsung. Yang strawberry ada rasa buah strawberry. Bukan perisa manis pewarna strawberry tu. Yang signature dia, memang takda rasa manis, rasa macam bubur hitam tau, tapi rasa kosong, tapi sedap..eh banyak pulak tapi nya..hehee..Boleh kenyang jugala minum air ni sebab ada purple rice tu.



Memang boleh cakap ni minuman sihat. Mana yang nak atau tengah amalkan minuman sihat , korang boleh minum air yogurt yang sihat dan lazat ni yang berasal dari Sydney, Australia.

Bagusnya air Yomie's ni, minuman yogurt yang dibuat setiap hari tanpa bahan pengawet dan pewarna dan yogurt ditapai setiap hari dan setiap kelompok hanya boleh disimpan sehingga 24 jam. Memang minuman yogurt yang segar di bandar dan menjadi pilihan untuk lebih sihat bagi mengimbangi pemakanan.



Korang kalau nak cuba Yomie's Rice x Yogurt, boleh cuba di cawangan baru mereka di Garden Mall, Mid Valley. Outlet mereka juga ada di SS15, Sri Petaling, Setapak dan Lot 10.

hai assalammualaikum

Kerjasama RMHC Dan Kelab Lions Bekerjasama Untuk Kesedaran Kanser Kanak - Kanak - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kelab Lions Antarabangsa menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi inisiatif Kesedaran Kanser Kanak-kanak, hari ini. Jalinan kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua pihak berganding bahu memenuhi keperluan pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif antara dua badan bukan kerajaan gergasi ini akan turut memberi manfaat kepada keluarga pesakit pediatrik yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Kuala Lumpur.


Kerjasama RMHC Dan Kelab Lions Bekerjasama Untuk Kesedaran Kanser Kanak - Kanak

Menerusi kerjasama strategik ini, Kelab Lions Antarabangsa menyumbang dana lebih RM150,000 bagi menaiktaraf Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Dana ini merupakan dana terkumpul hasil sumbangan pelbagai pihak sejak Oktober tahun lalu khusus bagi inisiatif ini. Ia secara langsung membolehkan keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di HCTM-UKM, termasuk pesakit kanser kanak-kanak menikmati kemudahan yang lebih selesa. Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM merupakan salah satu program teras RMHC Malaysia yang menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada keluarga pesakit pediatrik di hospital tersebut.

Kerjasama strategik ini akan berlangsung untuk tiga tahun seterusnya, dimana mulai hari ini, Kelab Lions Antarabangsa akan terus memastikan taman permainan kanak-kanak di rumah ini dapat dikekalkan dengan baik. Taman permainan kanak-kanak di rumah ini secara rasminya menjadi ‘taman angkat’ Kelab Lions International yang dikenali sebagai Lions Wonderland.


Menurut Dato’ Javern Lim Chong Hee, Gabenor Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308B1 Malaysia, “Kelab Lions Antarabangsa sentiasa mencari peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak kearah meningkatkan kehidupan pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka. Kami amat memahami saat-saat sukar yang perlu dihadapi mereka dan besarlah harapan kami agar jalinan kerjasama dengan RMHC Malaysia secara langsung membuka mata ramai pihak di luar sana tentang kanser di kalangan kanak-kanak.”

Sebagai sebuah hospital pengajar yang mempunyai kepakaran perubatan pediatrik, HCTM-UKM menerima lebih 20,000 kes pediatrik setiap tahun, sama ada pesakit dalam atau pesakit luar. Bagi tahun 2019 sahaja, HCTM-UKM menerima lebih 900 kes melibatkan kanak-kanak yang menghidap kanser. Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah yang perlu menjalani rawatan berpanjangan untuk anak mereka.

Menurut Azmir Jaafar, Presiden, RMHC Malaysia, “RMHC Malaysia komited mewujudkan impak positif kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia melalui pelbagai program utama yang dilaksanakan. Kerjasama strategik dengan Kelab Lions Antarabangsa mampu memberi manfaat yang lebih baik kepada mereka yang menggunakan kemudahan Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Semoga kerjasama ini secara langsung memupuk semangat prihatin rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha badan-badan bukan kerajaan seperti kami.”

Antara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM sejak dua bulan lalu termasuklah membaiki bumbung dan longkang air hujan serta menambah baik kawasan aktiviti luar. Ini termasuklah memperindah landskap taman permainan kanak-kanak di sini, memperbaharui dan menambah jumlah alat permainannya.



YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia dan Kelab Lions Antarabangsa. Beliau turut menggalakkan agar lebih ramai pihak di luar sana dapat tampil kehadapan melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM kini berusia 20 tahun sejak dibuka pada tahun 1999 dan merupakan yang pertama di di rantau ASEAN.

Sehingga kini terdapat dua Rumah Ronald McDonald di Malaysia. Satu lagi Rumah Ronald McDonald terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah Ronald McDonald ketiga dijangka dibuka pertengahan tahun ini di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2