hai assalammualaikum

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang Hadiah RM20 000 - Siapa tak suka kerepk Pringles, semua orang suka kan. Snek Pringles menjadi makanan ketika berpesta dan keramaian. Menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai perisa dari masam, biasa dan pedas. Dengan rangup dia, bila makan krup krap krup karp dan tidak berminyak.

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang Hadiah RM20 000

Dengarnya, Pringles ada keluarkan perisa baru, tapi misteri. Boleh didapati dengan waktu terhad sahaja mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Perisa Msiteri ni didatangkan dalam botol putih dan korang kena meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut. Dah macam detektif dah..hehee. Masa ni la cabar diri korang, mana tau betul tekaan korang perisa tu. Kalau betul, bukan balik tangan kosong tapi seorang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai RM20 000..perghh!!!



Cara Menyertai Peraduan " Meneka Perisa Misteri "

- Beli mana-manan 2 tin kerepek Pringles ( jangan lupa simpan bukti pembelian )
- Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. Teka Perisa Misteri dan maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
- Sertai peraduan untuk memenangi hadiah wang tunai RM20 000


Jangan risau, diaorang ada bagi klu/petunjuk untuk peraduan ni setiap 2 minggu di halamn facebook mereka. ada 4 petunjuk untuk dikumpulkan. Jadi kena tengok facebook Pringles ni ye.


Kini Pringles ada 8 perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Peraduan Misteri ni mesti lagi menyeronokkan sebab boleh meneka bersmaa rakan dan keluarga. Kalau menang semua boleh kongsi hadiah tu..hehee. Tak dpaat pun , boleh eratkan ikatan dan berseronok sama-sama kan. Syok main teka-teka ni.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles , layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html . Selamat meneka.


hai assalammualaikum

Minnature Malaysia : Galeri Miniatur " Mini Stories Of Malaysia " Di JUMPA @ Sungei Wang Yang Menakjubkan Mesti Dikunjungi - Haritu, nad pergi ke pembukaan Minnature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Tingkat 1. Tengok sendiri depan mata, pergh, speechless dengan hasil diaorang buat. Semuanya adalah sangat kecil  tapi pembuatannya sangat halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal. Nad habiskan banyak masa juga tengok galeri miniatur ni, kagum sangat..hehee. Rasa nak bawak balik je semua model mini ni. Comel sangat..
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung - Tak sangka sekejap ja lagi bulan Ramadan bakal tiba. Banyak dah hotel dan tempat makanan terbuka siap sedai untuk menyambut bulan Ramadan dengan promosi buffet yang mereka sediakan. Salah satu tempat berbuka puasa yang korang boleh cuba adalah di Rempah @ Furama Bukit Bintang tingkat 3.


Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung

Sempena Bulan Ramadan bakal tiba ni, Furama Bukit Bintang menyediakan buffet maskaan tempatan Malaysia yang lazat untuk dinikmati bersama-sama di REMPAH @ Furama Bukit bintang. Bertemakan ' selera Kampung ', pihak Furama ini telah memutuskan untuk menyediakan buffet yang kontemporari termasuk teh bubble kegemaran semau orang, atau dikenali sebagai ' boba '. Perisa termasuk Boba sirap Bandung, kurma susu Boba, teh tarik Boba, Cendol Boba, dan susu kegemaran sepanjang masa & gula Melaka Boba dan coklat Boba.


Untuk menjadikan berbuka puasa dengan rakan-rakan dan keluarga yang lebih bermakna, Furama Bukit bintang juga menganjurkan Kejohanan permainan tradisional di mana peserta berpeluang untuk memenangi penginapan 3 hari 2 malam. Selain itu, Terdapat juga upacara pencahayaan ' Pelita '. Menarik kan.



Makanan yang terdapat di sini menonjolkan hidangan Melayu yang asli daripada pembuka selera asas  iaitu ' ulam ', sambal dan ' Kerabu ' bersama ' nasi hujan panas ', ' kambing tumis hitam ala Mamak ', ' udang sambal Berpetai ' dan banyak lagi.

Satu lagi mesti mempunyai semasa berbuka puasa adalah bubur lambuk, bersama-sama dengan ' lemang ', ' rendang ', dan ' sup berempah ayam & ekor '.


Tak ketinggalan kambing bakar..aummm..Selain kambing ada juga ayam, ikan, kupang dan juga sate.


Selaras dengan tema masakan Melayu asli, terdapat juga pelbagai pilihan pencuci mulut tempatan seperti kuih bakar Kemboja, kuih Talam Pandan, kuih Kasui, kuih Bingka ubi, kuih bengkang, kuih Talam Medong, pulut panggang, Badak Berendam, lompat Tikam, kacang ais dan Pengat durian,

Ada juga makanan barat seperti pelbagai jenis salad, sup cendawan, kentang lenyek dan sayur-sayuran yang berdaging, termasuk yang pelbagai.

Harga Buffet Ramadan Furama Bukit Bintang

' Selera Kampung ' yang TERAWAL adalah bermula 1 Mei 2020 pada hujung minggu sahaja (Jumaat, Sabtu dan Ahad) berharga dari:
1.RM68nett/pax (pembelian sebelum 30 April 2020)
2. RM98nett/orang (harga biasa dewasa)
3.RM55 nett/pax (warga tua di atas 55 tahun)
4. RM45nett/orang (kanak-kanak 4-12 tahun)

Tempahan untuk majlis persendirian hendaklah dibuat satu (1) minggu lebih awal dengan sekurang-kurangnya 50 orang.

Rempah @ Furama terletak di aras 3 bersebelahan dengan kolam renang. Tempat duduk di tepi kolam renang disediakan atas permintaan bagi mereka yang menggemari suasana malam yang tenang.

Untuk tempahan, sila hubungi 03 2788 8983. Boleh layari https://www.furama.com/bukitbintang/promotions untuk promosi yang paling dikemaskini.

UNIQLO and JW ANDERSON 2020 Spring/Summer Collection to Launch on March 27 Includes Long-Awaited Kids Line

Global apparel retailer UNIQLO today announces that it will launch its 2020 Spring/Summer UNIQLO and JW ANDERSON collection on Friday, March 27. Developed once again with leading London-based fashion brand JW ANDERSON, the latest collaboration is themed “British Country Style” and includes a long-awaited line for kids. The collection combines the functionality and details of LifeWear with Jonathan Anderson’s playful take on such traditional British patterns as gingham checks and patchworks to add fun to spring and summer. This marks the very first time for the designer to create a kids’ line.



The traditionally inspired collection includes numerous new items in JW ANDERSON’s signature bold hues. Men’s pocketable parkas are updated with in-trend anorak styling, for a genderless look. For women, the line features patchwork dresses and skirts, tote bags with large gingham patterns.

Designs and details for the kids’ line are essentially the same as for adults, only in commensurately smaller sizes. There are also linen blend blouses inspired by vintage sailing apparel. Regular fit shirts incorporate stitched panels for an additional styling touch. All items for kids coordinate easily with adult outfits to make family outings more fun.

The range will be available globally and all UNIQLO stores will stock some items from the collection, while the full lineup will be accessible through Fahrenheit 88 and at https://www.uniqlo.com/my/

hai assalammualaikum

Aktiviti Mewarna, Melukis Asah Kreativiti Anak - Fariza dari usia setahun dah mula minat dengan buku, pensel dan melukis. Banyak perkembangan Fariza nad pernah kongsikan dalam blog ni.
Boleh baca : Pen Dan kertas Permainan Dia
                     Lukisan Pertama Fariza 

Bila dia dah suka dengan buku, pensel dan mewarna ni, nad terus galakkan dia dengan pelabagi jenis buku dan buku mewarna. Siap beli pensel warna lagi. Sekarang ni memang banyak buku dalam rumah ni. Ajar anak ni kena balance, bukan sahaja bagi permainan, buku pun kena bagi. Takdela dalam fikiran dia main je kan.


Sekarang, adik pulak ikut jejak kakak dia. Kakak adalah mentor..hehehe. Apa kakak buat adik mesti nak buat juga. Hati mommy senang. Diaorang boleh luangkan amsa berjam-jam lamanya.

Aktiviti mewarna, melukis ni sebenarnya bukan aktiviti suka-suka, tapi aktiviti ni dapat asah kreativiti anak. Memang banyak cara membentuk kreativiti anak ni, dan mewarna ni la salah satu contohnya.

Dengan mewarna, melukis ni,anak-anak bebas membuat apa sahaja dalam fikiran mereka. Macam nad, suka bagi diaornag warna sendiri, tak kisahla tiba-tiba, pokok warna ungu ke, muka warna hitam ke, biarkan dulu diaorang buat. Bagi diaorang enjoy. Lepas dalam beberapa hari, baru nad kenalkan warna dekat mereka dan bagitau lukisan tu perlu warna apa dan apa.

Cara ni bagi diaorang kenal satu-satu dahulu. Aktiviti ni boleh kembangkan imaginasi mereka melalui lorekan dalam kertas..

Diaorang ni kalau dah mewarna memang fokus. Macam kakak, bagila satu buku, kalau boleh, nak habiskan satu buku dalam satu hari..aiyarrkk..hahaa..

Pada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay. Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan.

Dengan mewarna ni jugala anak-anak dapat idea dan dan bereksperimen dengan garisan, bentuk ,tekstur.

Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi.

Saat ni jugala mommy akan dapat bonding time dengan anak-anak. Duduk bersama dan berborak mengenai warna, mengenai lukisan dan bercerita.

hai assalammualaikum

Royale Palace Skyview Lokasi Menarik Untuk Majlis Perkahwinan Dan Majlis Korporat - Kepada bakal pengantin atau pengusaha produk, yang tercari-cari lokasi sesuai untuk mengadakan majlis, lengkap dengan pelbagai kemudahan, dan mempunyai pemandangan yang cantik, nad cadangkan salah satu tempat iaitu di Royale Palace Skyview. Tempat ni di dalam bangunan Skytech Tower 2 Cyberjaya di tingkat 10. Korang mesti terpegun dengan tempat dia ni, terutama kepada bakal pengantin di luar sana.



Royale Palace Skyview Lokasi Menarik Untuk Majlis Perkahwinan Dan Majlis Korporat

Hari Ahad haritu, nad datang untuk melihat sendiri lokasi Royale Palace Skyview ni. Sampai je di tingkat 10, terus terpegun dengan hiasan dan dekorasi yang dibuat. Penuh dengan bunga-bungaan, lampu, memang terlalu cantik dan indah. Nad bayangkan, ini adalah majlis perkahwinan nad, aduh, memang tersenyum sepanjang masa. Majlis perkahwinan yang akan menjadi kenangan indah buat bakal pengantin..hehee.






Susunan untuk meja makan raja sehari, meja makan tetamu, semua dihias dengan cantik. Tempat pun luas dan nampak mewah. Royale Palace Skyview ni mampu menempatkan 300 pax kapasiti dalam satu masa. Dewan ni boleh diubah mengikut citarasa pelanggan mahukan.

Yela, Royale Palace Skyview ni bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, malah majlis pertunangan, majlis harijadi, cukur jambul ke, atau majlis korporat, majlis pelancaran produk..hah semua boleh.





Istimewanya tempat ni, mempunyai bahagian luar dengan pemandangan yang sangat cantik. Tengokla, nampak seperti taman siap dengan air terjun dengan panorama yang sangat indah. Bila duduk sini, akan rasa berangin je..best sangat..

Tempat itu juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu petang dan hujung minggu. Ruang acara ini juga sesuai untuk mereka yang mencari ruang dengan kawasan luar, dengan pemandangan yang memukau terutama pada waktu matahari terbenam. Jadi, pelanggan boleh memilih untuk inddor atau outdoor atau kedua-duanya sekali.

Lokasi ni banyak kemudahan, antaranya
- Laluan kerusi roda
- 10 tingkat tempat letak kereta
- Bilik persalinan dan Holding room
- Rooftop dan Garden area
- Surau (tahap 1)
- Basic decorations and Sound system
- Ballroom dengan hawa dingin
- Kawasan merokok yang ditetapkan




Ni merupakan package yang Royale Palace Skyview Tawarkan:
- Basic Package
- Full Package
- Dome Package
- Corporate Package
- Grand Hall Nikah Package
- Rental Hall (for Nikah only)
- Full Nikah Package









Antara hidangan makanan yang disediakan semasa majlis perkahwinan. Semua nampak sedap belaka.

Kalau korang nak tau, Royale Palace telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ Ventures Sdn Bhd. Tempat pertama mereka berada di Seksyen U6 Shah Alam dan Royala Palace Skyview di Cyberjaya ni baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad lepas.

Royale Palace Skyview beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang, 5 hari seminggu, Selasa hingga Ahad.



Pada sesiapa yang ingin mengadakan majlis, tidak kira majlis perkahwinan atau korporat atau pelancaran produk, atau apa sahaja, anda boleh hubungi mereka
Royale Palace Skyview
Alamat : Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Contact No. : 019-3316728 (Rashman), 016-4450538 (Pogy)

Waze : Skytech Tower 2

Website : www.royale-palace.com
Instagram : Royal Palace
Instagram : Royale Palace Cyberjaya
Facebook : Royale Palace Cyberjaya

IKAN SIAKAP GORENG BERKUAH TOMYAM

in , by Nadia Johari, 08:08:00
hai assalammualaikum

Ikan Siakap Goreng Berkuah Tomyam - Ikan Siakap ni kalau nak makan selalunya pergi ke kedai. Jarang membelinya.. Haritu, pergi pasar,  mungkin dah lama tak beli ikan siakap ni,  suami pun beli. Selalunya ikan siakap ni, akan digoreng sampai garing,  lepas tu dituang kuah. Kebanyakan iakn siakap orang buat stim, masak 3 rasa dan sambal. Tapi nad tiba-tiba datang kreatifnya,  buat kuah tomyam.


Kalau masak takda sayur tak sah ye. Lagi kena ada sayur jagung tu,  anak-anak suka. Ikan siakap yang manis dimandikan dengan kuah tomyam.. Aumm.. Sedap.. Ni cara nad buat ikan siakap goreng berkuah tomyam.

Bahan-bahan
- Seekor ikan siakap
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- seinci halia
- beberapa ulas daun limau purut
- cili padi 5 biji
- tiga sudu sos cili
- satu kiub tomyam knorr
- sayur jagung, cendawan dan kacang panjang
- air sedikit
- garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan siakap sehingga garing,  kemudian angkat dan letakkan di atas pinggan.
- Untuk buat kuahnya pula
- Tumis bawang merah dan bawang putih, halia dan cili padi yang telah dihiris.  Tumis sehingga naik bau
- Masukkan 3 sudu sos cili. Gaul sehingga rata.
- Masukkan satu kiub tomyam knorr dan gaul.
- Letakkan sedikit air.
- Kemudian letakka garam dan gula
- Masukkan sayur jagung, cendawan dan kacang panjang.
- Gaul sehingga masak..
- Akhir sekali,  kuah dah masak bolehla tuang ke atas ikan.. Siapp..


Selamat mencuba..
hai assalammualaikum

Minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus Beri Tenaga Sepanjang Hari - Jenama SeraiMas ni memang dah lama di pasaran dan nad tau ramai kenal dengan jenama ini. Keluarga nad sendiri  pernah mengambil salah satu produk mereka. Sekarang, nad sendiri amalkan minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus untuk kesihatan tubuh badan dan tenaga sepanjang hari.
hai assalammualaikum

CTOS SecureID, Lindungi Data Peribadi Dari Penipuan:Perkhidmatan Pemantauan Dark Web Dan Perlindungan Takaful  - Bila tiba-tiba data peribadi korang kena scam, mau tak bercelaru hidup. Sekarang ni, banyak kes melibatkan pencurian dan penipuan identiti data kita oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebab tu, sebagai pengguna, harus mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan data peribadi kita atau kad kredit digunakan sesuka hati. Bagi mengelakkan penyalahgunaan data pengguna CTOS telah melancarkan CTOS SecureID. Ia merupakan cara selamat melindungi data peribadi dan kredit pengguna dari scammer.

CTOS SecureID Lindungi Data Peribadi

Apa CTOS SecureID?

Perlindungan dari penipuan,pemantauan kredit dan perlindungan takaful

CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang semakin meningkat, di samping membantu memantau kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung seumpanya dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Aisa tenggara.

CTOS SecureID Lindungi Data Peribadi Anda


CTOS SecureID, Melindungi Data Peribadi Dari Penipuan 

Pelancaran Perkhidmatan Pemantauan Dark Web Dan Perlindungan Takaful

Disebabkan banyaknya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosail menggunakan berbilang paltform, maka pencurian identiti dan data boleh terjadi melalui pelbagai cara. Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang orang ramai.

Dengan adanya CTOS SecureID ni, ia dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web.

Bagaiman Dark Web Monitoring berfungsi


Pengguna akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit, seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini, pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.

Perlindungan Takaful

Selain itu, perlindungan Takaful sehingga RM20 000 yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.

Pelancaran telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amiruddin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data System Sdn Bhd ( CTOS ), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, turut menampilkan Kapten CTOS, bintang TV dan filem popular tanahair iaitu Hisyam Hamid..

Kapten CTOS SecureID, Hisyam Hamid


Kapten CTOS, segak bergaya, asal ada masalah data, dia sedia datang membantu..hehee..Hisyam Hamid akan melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang melalui satu kempen khas.

 Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS

Jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, " Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar denagn misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman. "

CTOS SecureID Fraud Protection and Credit Monitoring

Cara Melanggan dan Harga

Mesti korang tertanya, macam mana nak buat CTOS SecureID ni dan berapa harga dia? meh nak bagitau, harga hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran.

Harga CTOS SecureID

Pelanggan CTOS SecureID turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun.

Download CTOS SecureID App

Lindungi Data Peribadi dengan CTOS SecureID

Untuk maklumat lanjut dan nak melanggan CTOS SecureID ni boleh layari https://www.ctoscredit.com.my.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2