hai assalammualaikum

Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya - Lagi beberapa bulan nak sambut Bulan Ramadan. Banyak hotel telah memperkenalkan menu berbuka untuk bulan puasa nanti. Masing-masing ada tema masing-masing. The Everly Hotel Putrajaya pun tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Buffet Ramadan mereka. Tempat yang sangat menari untuk korang berbuka puasa bersama orang tersayang. Makanan yang dihidangkan adalah makanan Melayu dan Thailand.



Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya

Tema Rasa Dua Sempadan, para chef di The Everly Hotel Putrajaya memasak hidangan bufet yang sempurna dengan menggabungkan rasa Melayu tempatan dengan masakan asli Thai! Jadi kalau rindu dengan makan Thai, boleh datang ke sini. Memang dari lauk pauk melayu , somtam, toyam, Thai Basil sehingga pencuci mulut, lengkap semuanya.


Antara masakan Melayu, nasi putih bersama lauk yang sedap. Ada ayam goreng, daging kicap, udang, paru sambal, ikan keli masak lemak, ketam masak nyonya dan banyak lagi.


Ikan Bakar dan ikan kukus yang sedap. Cepat je Ikan kukus habis.


Wajib ada mestilah Kambing Panggang Jitra.





Makasan Thailand, Tom Yum Goong, Thai Basil, Rice somtam, Banana crispy dan banyak lagi. Bila nampak kerang, pergh nad terus ambil. Lama tak makan kentang..hehee..





Ada juga satay, nasi impit, ketupat.





Lain makanan yang ada..







Bahagian pencuci mulut, ada kuih, kek, air batu campur, aiskrim dan coklat ar terjun..sedap semuanya.


Harga Buffet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya

Mesti korang nak tau harga dia kan.
The Early Bird
Dewasa : RM 78
Kanak-kanak : RM 39

Harga Early Bird boleh dibuat bermula sekrang sehingga 30 Mac 2020.

Normal Price
Dewasa: RM 98
Kanak-kanak: RM49




Buffet bermula dari 6.30 malam dan seterusnya. Semasa makan, akan ada live yang akan menceriakan suasana dengan lagu klasik Ramadan dan Raya.

Everly Hotel Putrajaya juga menganjurkan majlis-majlis peribadi untuk Makan Malam Buka Puasa di Bilik Banquet mereka.

Untuk tempahan boleh call/whatsup 017 209 4619 atau email ke sales.tep@theeverlygroup.com. Mereka juga ada buat special promotion untuk Ramadan room packages. Korang boleh call 03-88922929 atau email ke reservation.tep@theeverlygroup.com.
hai assalammualaikum

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2021/2022 - Sebelum ni tengok kawan-kawan media sosial, sibuk buat pendaftaran anak bagi kemasukan tahun 1. Masa mula-mula dibuat secara online, tengok ramai yang kata susah, website tak lancar, banyak kena isi dan macam-macam lagi la. Masa tu pun kita dah risau macam mana la masa nak isikan Fariza nanti. Pejam celik, eh dah sampai masa kita pulak kene daftra untuk Fariza kemasukan tahun 1 untuk tahun 2022.

Fariza sekarang 5 tahun, jadi dia lahir 2015. Untuk daftar tahun 1, dia akan masuk pada 2022. Jadi memnag dah kene daftar sekarang la. Orang cakap dafatr cepat-cepat, takut sekolah kita nak tu dah penuh. Dah susah nanti nak pilih sekolah mana. Nak senang pilih sekolah yang berdekatan la kan.


Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan tahun 2021 dan 2022 bermula 1 Mac sehingga 30 April 2020. Nad dah buat hari Isnin. Buat waktu pagi, alhamdulillah lancar je isi. Ingatkan susah isinya, okla takde la macam tak tau apa kan. Cuma kene isi bab kesihatan anak, tu memang kene refer buku pink dia la. Jenuh juga yang tu, tapi ada je panduan dia bagi.

Sebelum isi-isi maklumat penting, mestilah daftar dahulu. Pergi ke link public.moe.gov.my kemudian daftar dengan nombor kad pengenalan dan pasword. Kena ingat pasword ye kang tak boleh buka.

Dah masuk tekan bahagian pendaftaran sekolah tahun 1


Kemudian isilah maklumt yang dia nak tu.
- Maklumat ibu bapa
- Maklumat prasekolah
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi

Murid yang layak
- Kanak-kanak yang didaftarkan adalah warganegara Malaysia dan mempunyai tarikh lahir
* 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 ( Untuk kemasukan ke sesi persekolahan 2021 )
* 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 ( Untuk kemasukan ke sesi persekolah 2022 )

Dah siap isi, boleh diprint dan dihantar ke sekolah yang berkenaan. Ibu bapa hendaklah membawa cetakan borang permohonan untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran dalam masa 14 hari.

Antara borang yang perlu dibawa
- cetakan borang permohonan
- surat beranak
- bil utiliti ( bil TNB/Air/Telekom )
- kad pengenalan ibu bapa
- surat nikah
- laporan doktor
- borang persetujuan perkhidmatan kesihatan

Dah setel semua..lega..tinggal nak ke sekolah je..
hai assalammualaikum

Mondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020 - Terima kasih Mondelez Malaysia kerana menjemput nad untuk hadir sama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia 2020 pada 9 March 2020. Mungkin tak terlewat untuk nad mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua para wanita dil luar sana. Mondelēz International (Malaysia) syarikat snek kegemaran semua menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mendidik dan mengalakkan pemakanan seimbang yang sihat untuk wanita. Aktiviti ini telah diadakan di office mereka di First Avenue Petaling.

Mondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Kalau korang nak tau, Mondelez International Malaysia adalah syarikat yang mengeluarkan snek seperti Oreo, Cdbury, Chipsmore, Jacobs dan banyak lagi. Syarikat Snek Kegemaran Malaysia, selama beberapa generasi, telah dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kualiti, keselamatan dan rasa mereka. Walaupun mereka mengeluarkan snek yang dikatakan tidak sihat, tapi, bagi mereka sendiri, mereka menyediakan snek yang betul, untuk masa yang betul dan membuatnya dengan cara yang betul. Maksudnya, jika makan dengan cara betul, ok je makan snek tu. Tak semua snek tak bagus.

Jadi, sempena Hari Wanita Sedunia 2020 ni, Mondelez International Malaysia, menganjurkan sesi pendidikan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Sesi ini, yang dikenali sebagai Health Eating Responsibilities (HER), adalah inisiatif yang diperkenalkan MOH dan advokasi nutrisi keseluruhan untuk wanita yang merangkumi topik mengenai pemakanan yang sihat dan manfaatnya untuk membimbing wanita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Macam nad kata tadi, walaupun mereka mengeluarkan makanan snek, tapi mereka juga menitikberatkan tentang pemakanan sihat, dan Mondelez Malaysia merupakan syarikat pertama yang menganjurkan ceramah seperti ini di Malaysia.


Raja Zalina Raja Safran; Ketua, Hal Ehwal Korporat & Kerajaan, Mondelēz International Malaysia & Singapura

Sebagai seorang wanita yang membuat pelbagai kerja, jika kita tak jaga cara pemakanan kita, kita akan mudah sakit. Jadi, pentingnya bagi seorang wanita untuk bijak membahagikan waktu dan sentiasa menjaga kesihatan, dengan mengambil pemakanan yang betul.


Ceramah Health Eating Responsibilities ( HER ) ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Zaiza Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan.

Kebiasaan makan harian bukan sahaja memberi kesan kepada berat badan kita, tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti kerja, tahap kecergasan, tenaga, fokus, malah penampilan anda dan banyak masalah kesihatan yang tidak dijangka.

Bermula dengan makan keseimbangan, sederhana dan pelbagai nutrien kaya makanan setiap hari sebagai salah satu kunci untuk menjadi sihat. Dengan menjadi sihat, wanita boleh menjadi lebih yakin, mereka boleh menjadi lebih produktif di tempat kerja. Makanan ni sangat penting lagi-lagi wanita hamil.



Adakah wanita di Malaysia ni sihat?
Kalau tengok dalam gamabr ada jawapannya..
-34.7% wanita berumur 15-49 tahun adalah Anemia ( NHMS 2015 )
- 48.9% berusia 18 tahun, berat badan berlebihan dan obesiti ( NHMS 2015 )
- 52.2% wanita berusia 18 tahun dan ke atas ada penyakit kolesterol yang tinggi dalam darah ( NHMS 2015 )
- 1 out of 3 wanita mengandung adalah anemia ( NHMS 2016 )

dan banyak lagi. Pergh menakutkan.


Hah, nampak dekat gambar, makanan yang kita suka makan. Minuman berkafein, akan hipster dan viral. Asal ada orang post mesti kita nak cuba kan. Makan bergula dan mengemukkan. Makanan ni sebolehnya kita jauhkan. Kalau nak makan boleh tapi bukan  setiap hari atau kerap. Mungkin sebulan sekali ke demi kesihatan kita ye.

Rutin pemakanan yang sihat ni perlu dilakukan dari awal lagi. Sebelum kita hamil dan sebelum kita monopause. Mikro nutrien dalam badan perlulah mencukupi dalam badan seperti vitamin dan mineral dari semasa ke semasa.




Perlu mengambil banyak makanan yang kaya dengan Iron, Kalsium, Iodin. Iodin sangat penting terutama kepada ibu yang berpantang. Jika kekurangan iodin dalam badan, boleh menjejaskan IQ baby terjejas dan ibu berpantang boleh mengalami depression. Yela, masa berpantang kan penat, jadi perlu mengambil makanan yang sihat, yang betul untuk tenaga dan kesihatan tubuh badan.


6 Tip Gaya Hidup Sihat Untuk Wanita
- Amalkan #sukusukuseparuh Pinggan sihat Malaysia
- Cuba untuk mencapai berat badan optimum untuk ketinggian anda.
- Merancang kehamilan anda.
- Berhenti merokok.
- Buat aktiviti fizikal setiap hari.
- Menguruskan tekanan anda.

Banyak input berkenaan pemakanan pada haritu dan nad dah kongsi dengan korang dekat sini. Jadi, fikir-fikir kan ye..hehee..




Selepas ceramah, kami membuat checking kesihatan. Dah lama tak cek, dan alhamdulillah, semua normal ye..Walaupun berat rendah, tapi masih ok lagi..ehhee

Jadi, wanita-wanita semua, kalau nak kekal sihat dan bertenaga mestila jaga pemkanan kita setiap hari. Mengambil makanan yang betul dapat mengurangkan penyakit dan menjadi lebih produktif dalam membuat seusatu kerja.

Jangan lupa untuk cek status kesihatan anda, Weight and body mass index categories (BMI), Tahap hemoglobin (HB), Tahap Tekanan Darah dan Gula darah Darah;

Mengamalkan gaya hidup sihat, makan lebih banyak makanan nutrien, gunakan plat sihat Malaysia untuk merancang makanan sehari-hari, bertujuan untuk mempunyai julat berat normal dan berkongsi pengetahuan dan sokongan terhadap pemakanan yang sihat di kalangan keluarga dan rakan-rakan.


Jom amalkan makanan diet seimbang. Makan snek boleh, tapi dengan cara yang betul.
hai assalammualaikum

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang Hadiah RM20 000 - Siapa tak suka kerepk Pringles, semua orang suka kan. Snek Pringles menjadi makanan ketika berpesta dan keramaian. Menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai perisa dari masam, biasa dan pedas. Dengan rangup dia, bila makan krup krap krup karp dan tidak berminyak.

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang Hadiah RM20 000

Dengarnya, Pringles ada keluarkan perisa baru, tapi misteri. Boleh didapati dengan waktu terhad sahaja mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Perisa Msiteri ni didatangkan dalam botol putih dan korang kena meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut. Dah macam detektif dah..hehee. Masa ni la cabar diri korang, mana tau betul tekaan korang perisa tu. Kalau betul, bukan balik tangan kosong tapi seorang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai RM20 000..perghh!!!



Cara Menyertai Peraduan " Meneka Perisa Misteri "

- Beli mana-manan 2 tin kerepek Pringles ( jangan lupa simpan bukti pembelian )
- Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. Teka Perisa Misteri dan maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
- Sertai peraduan untuk memenangi hadiah wang tunai RM20 000


Jangan risau, diaorang ada bagi klu/petunjuk untuk peraduan ni setiap 2 minggu di halamn facebook mereka. ada 4 petunjuk untuk dikumpulkan. Jadi kena tengok facebook Pringles ni ye.


Kini Pringles ada 8 perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Peraduan Misteri ni mesti lagi menyeronokkan sebab boleh meneka bersmaa rakan dan keluarga. Kalau menang semua boleh kongsi hadiah tu..hehee. Tak dpaat pun , boleh eratkan ikatan dan berseronok sama-sama kan. Syok main teka-teka ni.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles , layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html . Selamat meneka.


hai assalammualaikum

Minnature Malaysia : Galeri Miniatur " Mini Stories Of Malaysia " Di JUMPA @ Sungei Wang Yang Menakjubkan Mesti Dikunjungi - Haritu, nad pergi ke pembukaan Minnature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Tingkat 1. Tengok sendiri depan mata, pergh, speechless dengan hasil diaorang buat. Semuanya adalah sangat kecil  tapi pembuatannya sangat halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal. Nad habiskan banyak masa juga tengok galeri miniatur ni, kagum sangat..hehee. Rasa nak bawak balik je semua model mini ni. Comel sangat..
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung - Tak sangka sekejap ja lagi bulan Ramadan bakal tiba. Banyak dah hotel dan tempat makanan terbuka siap sedai untuk menyambut bulan Ramadan dengan promosi buffet yang mereka sediakan. Salah satu tempat berbuka puasa yang korang boleh cuba adalah di Rempah @ Furama Bukit Bintang tingkat 3.


Buffet Ramadan Spices @ Furama Bukit Bintang Selera Kampung

Sempena Bulan Ramadan bakal tiba ni, Furama Bukit Bintang menyediakan buffet maskaan tempatan Malaysia yang lazat untuk dinikmati bersama-sama di REMPAH @ Furama Bukit bintang. Bertemakan ' selera Kampung ', pihak Furama ini telah memutuskan untuk menyediakan buffet yang kontemporari termasuk teh bubble kegemaran semau orang, atau dikenali sebagai ' boba '. Perisa termasuk Boba sirap Bandung, kurma susu Boba, teh tarik Boba, Cendol Boba, dan susu kegemaran sepanjang masa & gula Melaka Boba dan coklat Boba.


Untuk menjadikan berbuka puasa dengan rakan-rakan dan keluarga yang lebih bermakna, Furama Bukit bintang juga menganjurkan Kejohanan permainan tradisional di mana peserta berpeluang untuk memenangi penginapan 3 hari 2 malam. Selain itu, Terdapat juga upacara pencahayaan ' Pelita '. Menarik kan.



Makanan yang terdapat di sini menonjolkan hidangan Melayu yang asli daripada pembuka selera asas  iaitu ' ulam ', sambal dan ' Kerabu ' bersama ' nasi hujan panas ', ' kambing tumis hitam ala Mamak ', ' udang sambal Berpetai ' dan banyak lagi.

Satu lagi mesti mempunyai semasa berbuka puasa adalah bubur lambuk, bersama-sama dengan ' lemang ', ' rendang ', dan ' sup berempah ayam & ekor '.


Tak ketinggalan kambing bakar..aummm..Selain kambing ada juga ayam, ikan, kupang dan juga sate.


Selaras dengan tema masakan Melayu asli, terdapat juga pelbagai pilihan pencuci mulut tempatan seperti kuih bakar Kemboja, kuih Talam Pandan, kuih Kasui, kuih Bingka ubi, kuih bengkang, kuih Talam Medong, pulut panggang, Badak Berendam, lompat Tikam, kacang ais dan Pengat durian,

Ada juga makanan barat seperti pelbagai jenis salad, sup cendawan, kentang lenyek dan sayur-sayuran yang berdaging, termasuk yang pelbagai.

Harga Buffet Ramadan Furama Bukit Bintang

' Selera Kampung ' yang TERAWAL adalah bermula 1 Mei 2020 pada hujung minggu sahaja (Jumaat, Sabtu dan Ahad) berharga dari:
1.RM68nett/pax (pembelian sebelum 30 April 2020)
2. RM98nett/orang (harga biasa dewasa)
3.RM55 nett/pax (warga tua di atas 55 tahun)
4. RM45nett/orang (kanak-kanak 4-12 tahun)

Tempahan untuk majlis persendirian hendaklah dibuat satu (1) minggu lebih awal dengan sekurang-kurangnya 50 orang.

Rempah @ Furama terletak di aras 3 bersebelahan dengan kolam renang. Tempat duduk di tepi kolam renang disediakan atas permintaan bagi mereka yang menggemari suasana malam yang tenang.

Untuk tempahan, sila hubungi 03 2788 8983. Boleh layari https://www.furama.com/bukitbintang/promotions untuk promosi yang paling dikemaskini.

UNIQLO and JW ANDERSON 2020 Spring/Summer Collection to Launch on March 27 Includes Long-Awaited Kids Line

Global apparel retailer UNIQLO today announces that it will launch its 2020 Spring/Summer UNIQLO and JW ANDERSON collection on Friday, March 27. Developed once again with leading London-based fashion brand JW ANDERSON, the latest collaboration is themed “British Country Style” and includes a long-awaited line for kids. The collection combines the functionality and details of LifeWear with Jonathan Anderson’s playful take on such traditional British patterns as gingham checks and patchworks to add fun to spring and summer. This marks the very first time for the designer to create a kids’ line.



The traditionally inspired collection includes numerous new items in JW ANDERSON’s signature bold hues. Men’s pocketable parkas are updated with in-trend anorak styling, for a genderless look. For women, the line features patchwork dresses and skirts, tote bags with large gingham patterns.

Designs and details for the kids’ line are essentially the same as for adults, only in commensurately smaller sizes. There are also linen blend blouses inspired by vintage sailing apparel. Regular fit shirts incorporate stitched panels for an additional styling touch. All items for kids coordinate easily with adult outfits to make family outings more fun.

The range will be available globally and all UNIQLO stores will stock some items from the collection, while the full lineup will be accessible through Fahrenheit 88 and at https://www.uniqlo.com/my/

hai assalammualaikum

Aktiviti Mewarna, Melukis Asah Kreativiti Anak - Fariza dari usia setahun dah mula minat dengan buku, pensel dan melukis. Banyak perkembangan Fariza nad pernah kongsikan dalam blog ni.
Boleh baca : Pen Dan kertas Permainan Dia
                     Lukisan Pertama Fariza 

Bila dia dah suka dengan buku, pensel dan mewarna ni, nad terus galakkan dia dengan pelabagi jenis buku dan buku mewarna. Siap beli pensel warna lagi. Sekarang ni memang banyak buku dalam rumah ni. Ajar anak ni kena balance, bukan sahaja bagi permainan, buku pun kena bagi. Takdela dalam fikiran dia main je kan.


Sekarang, adik pulak ikut jejak kakak dia. Kakak adalah mentor..hehehe. Apa kakak buat adik mesti nak buat juga. Hati mommy senang. Diaorang boleh luangkan amsa berjam-jam lamanya.

Aktiviti mewarna, melukis ni sebenarnya bukan aktiviti suka-suka, tapi aktiviti ni dapat asah kreativiti anak. Memang banyak cara membentuk kreativiti anak ni, dan mewarna ni la salah satu contohnya.

Dengan mewarna, melukis ni,anak-anak bebas membuat apa sahaja dalam fikiran mereka. Macam nad, suka bagi diaornag warna sendiri, tak kisahla tiba-tiba, pokok warna ungu ke, muka warna hitam ke, biarkan dulu diaorang buat. Bagi diaorang enjoy. Lepas dalam beberapa hari, baru nad kenalkan warna dekat mereka dan bagitau lukisan tu perlu warna apa dan apa.

Cara ni bagi diaorang kenal satu-satu dahulu. Aktiviti ni boleh kembangkan imaginasi mereka melalui lorekan dalam kertas..

Diaorang ni kalau dah mewarna memang fokus. Macam kakak, bagila satu buku, kalau boleh, nak habiskan satu buku dalam satu hari..aiyarrkk..hahaa..

Pada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay. Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan.

Dengan mewarna ni jugala anak-anak dapat idea dan dan bereksperimen dengan garisan, bentuk ,tekstur.

Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi.

Saat ni jugala mommy akan dapat bonding time dengan anak-anak. Duduk bersama dan berborak mengenai warna, mengenai lukisan dan bercerita.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2