RESEPI KERABU PEGAGA

in , , by Nadia Johari, 00:34:00

hai assalammualaikum

Resepi Kerabu Pegaga - Alkisahnya, nad suruh suami belikan daun pudina, sekali balik, cakapla dengan suami " mana daun pudina bang "..suami cakap " kan ada dalam tu, cuba tengok "..kita pun cakap la takda. Suami tak puas hati suruh tengok, dan dia tunjuk. 

Guysss, korang nak tau, dia tunjuk daun apa, dia tunjuk daun pegaga ok..Stress kita wak. Dahla kita nak guna cepat daun pudina, sekali salah beli. Nad cakap, takkan tak cakap dengan orang jual sayur tu. Suami pergi pasar, alang-alang suruh beli sayur, beli daun pudina sekali. Dia cakap, orang jual sayur tu tunjuk daun pegaga ni adalah daun pudina. Muka kita dah berkerut ok. Takkanla orang jual sayur yang dah bertahun tak tau sayur pudian macam mana. Huh, sudahnya, satu ikat pegaga dia beli. Nak buat apa oiii..Dahla rumah ni jarang makan pegaga. Geram je rasa.

hai assalammualaikum


Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja - Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.
hai assalammualaikum


Kempen ‘Discover the World’ 2020 Dengan Citarasa Jepun, Samurai Burger Kini Kembali - McDonald's Malaysia yang melancarkan kempen tahunannya ‘Discover the World’ dengan kelazatan citarasa Jepun, membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang popular.

RESEPI PULUT PANGGANG MENGGUNAKAN SUSU F&N

in , by Nadia Johari, 06:35:00
hai assalammualaikum

Pulut Panggang Menggunakan Susu F&N - Salah satu yang digemari masa puasa, Pulut panggang. Nak buatnya memang bukan senang, tapi dah teringin kan. Tak guna santan, kita tukar guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated  Filled Milk).. Sedap juga..bawah ade cara buat dia.⁣
hai assalammualaikum

Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis, Sedap Dan Mengenyangkan - Bulan puasa ni, bila takda bazar, memang kena masak jela. Tapi haritu, nad selsema, badan tak berapa sihat, suami pulak sakit gigi, teringin nak makan bubur. Nak masak tak larat. Lepas tu ternampak pulak Kak Nina dan Kak Julia Johari post diaorang berbuka puasa dengan bubur berlauk Jim's Porridge. Ya Allah, macam tau-tau je nad teringin bubur, tengok buburnya penuh, aneka jenis lauk pulak tu. Esoknya terus nad order bubur berlauk Jim's Porridge ni, order online je senang dekat https://jimsporridge.oddle.me/en_My, terus diaorang delivery sampai rumah.
hai assalammualaikum

Resepi Roti John Yang Mudah Dan Sedap - Teringat Roti John dekat bazar, tapi tahun ni takda bazar.. Jadi buat sendiri jela.. Mudah je sebenarnya. Kelainan dekat sini nad guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk) . Roti John Legend-ary ku sedap.. Habis ye anak dan suami makan.
hai assalammualaikum

Bayar Zakat Secara Online, Mudah, Pantas Dan Selamat - Alhamdulillah sudah 17 hari kita menjalani ibadah puasa, dan kita sudah biasa menjalani kehidupan norma baharu disebabkan covid 19 ni. Apabila datangnya bulan Ramadan tidak ketinggalan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah zakat fitrah mereka sebagai tuntutan agama dan menyempurnakan rukun Islam. 

Selalunya, suami akan ke masjid bertemu dengan amil yang dilantik untuk membayar zakat. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua yang kita lakukan kena ikut SOP, jaga jarak, pakai mask, pakai hand sanitizer, dan tak boleh bersalaman. Jadi macam mana nak membayar zakat? Jangan risau, LZS telah menyediakan kemudahan dan inisiatif dalam bayaran zakat secara atas talian (online). Cara ni lebih mudah dan selamat.
hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Dengan Marrybrown Berbaloi Puasa, Jimat dan Berbaloi - Bulan puasa ni, sesekali kena gantung kuali, jadi, kita order makanan yang boleh delivery la. Senang, tunggu makanan sampai dekat rumah. Sesekali nak rehatkan badan kan..hehee. Lama dah tak makan fast food, nampak kawan-kawan post, Marrybrown ada buat promosi bulan Ramadan ni, terus nad tengok. Hah, memang murah-murah ye semua promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ni, terus cakap dengan suami, " abang, kita order jela harini, penatla nak masak. Tengok Marrybrown ada buat promosi, murah je "..suami tengok dan terus cakap " hah orderla "..isteri tersenyum riang ye..hehee..
hai assalammualaikum

Sahur Dengan Susu Lazz, Sedap Dan Kenyang Sepanjang Hari - Susu Lazz, memang susu kegemaran kami sekeluarga. Dari dulu lagi nad dah minum susu Lazz ni. Susu Lazz ni minuman berasaskan susu kambing, memang elok diambil, sebab susu ni banyak khasiat dia. Sangat sesuai  diambil untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak sampai la orang tua. Nad suka sebab susu ni ada pelbagai perisa, dan rasanya yang sangat sedap. Orang yang mengandung dan menyusukan memang elok ambil susu ni, sebab nad pun dulu minum masa mengandung, badan rasa bertenaga je. Sekarang bulan puasa, memang setiap kali sahur, nad mesti minum susu Lazz ni. Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa, minum susu Lazz ni, rasa kenyang je sepanjang hari walaupun menyusukan anak.
hai assalammualaikum


Cucur Manis Pelbagai Rupa, Asalkan Rasanya Masih Sedap - Korang ok lagi tak tu. Dah 8 hari kita berpuasa, alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan sihat kan. Semoga kita dapat teruskan puasa kita dengan penuh kesabaran dan keberkatan. Kalau sebelum ni, tak tau nak masak apa, pergi bazar jela. Tapi, sekarang takda bazar,kena masak je. Buntu memang buntu, tapi nak taknak masak. Bab lauk pauk, ok lagi, bab kuih tu, haishh rumit..hahahaa. Semalam pening tak tau buat apa, teringat cucur manis. Hah, buat cucur manis jela. Benda paling senang, bahan pun semua ada.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2