hai assalammualaikum

Best Juga Pakai One Minute Miracle Foundation Dan Mascara Ni - Haritu, balik kampung, nad lupa bawa foundation. Makeup-makeup ni memang selalu bawa ke mana-mana ye, tapi entah macam mana boleh terlupa pulak haritu. Masa tu juga, kakak ajak keluar. Apa lagi, pakai rembat foundation dia la..hahaa. Dia cakap foundation dia pakai ni best, tutup segala jerawat dia. Nad pun cubala. Bila pakai, memang best, terus glowing muka.

 hai assalammualaikum

TapauSab Event : 32 Helai Baju Hanya RM10 Di Jalan Jalan Japan, Harga Giler!! - Korang percaya tak, nad dapat 32 helai baju dengan hanya RM10 sahaja? Yeszaaa, ni betul tau, bukan main-main. Tapi, boleh dapat baju sebanyak ni dengan harga ni hanya pada hari TapauSab event sahaja. TapauSab Event Jalan Jalan Japan hanya ada sebulan sekali sahaja iaitu pada hujung bulan hari Sabtu. Macam nad pergi hari Sabtu lepas dekat Jalan Jalan Japan One City. 

 hai assalammualaikum

Ibu Jari Kaki Suami Kene Cengkam, Sakit Bukan Main - Dah lama suami ngadu, ibu jari sakit. Bila tengok, taula sebab apa. Ibu jari kaki dia kene cengkam. Boleh tau rupa bila kene cengkam, kuku menekan isi di tepi jari. Bila kena memang sakit sangat, apa pun tak dapat buat. Semua serba tak kena. Mula dia boleh tahan lagi, tapi lama-lama tak boleh tahan. Terus dia ajak pergi klinik.

BANYAK CARA RUPANYA POTONG CILI KERING

by Nadia Johari, 02:46:00

hai assalammualaikum

Banyak Cara Rupanya Potong Cili Kering - Ingatkan potong cili kering ni satu cara je, cuma gunting ikut suka kita je, sebab cili keringa kan direbus dan diblender, rupanya ada banyak cara potong cili kering ni. Nad tau pun dekat twitetr, dan komen dekat situ rata-rata ada yang potong menyerong, potong biasa..hehee.

Hah ni gambar nad dapat dari twitter. Nampak tak, ada potong belah dua, biasa,serong dan asal boleh. Ingat semua orang potong sama je, rupanya banyak cara tu. 

hai assalammualaikum

Unplan Trip: Berendam di Hot Spring Sg Klah - Ya, ni percutian tanpa dirancang. Selalunya kalau percutian tanpa dirancang ni, elok je, best je..hahaha. Kalau yang plan tu, sampai ke sudah tak perginya. Hah, entry sebelum ni nad ada cerita makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah. Lepas makan, baru best nak pergi berendam dalam air. 

Perjalanan dari Nasi Bamboo ke Hot Spring Sg Klah dalam setengah jam juga la. Masuk dari kawasan kebun, rumah orang, barulah sampai ke Hot Spring Sg Klah ni.
hai assalammualaikum

Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke? - Unplan trip, Ahad lepas, kakak ajak pergi Hot Spring Sg Klah, sebab dia belum pernah lagi pergi situ. Kakak whatsup mr mafia dan bagitau pasal trip ke Sg Klah ni. Fikir punya fikir, okla, pergi, sebab dah lama tak pergi berendam ni. Tengok orang lain pergi mandi manda dekat sungai, kita pun nak mandi manda juga la. 

Jadi, Ahad lepas on terus pergi Hot Spring Sg Klah. Tapi sebelum berendam, perut kena isi dulu. Tempat wajib pergi dan makan ialah di Nasi Bamboo Sg Klah. Ramai dah datang sini, jadi kita pun nak cuba rasa sedap ke tak.
hai assalammualaikum

Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) D'Aura Untuk Kecantikan - Sebut minyak kelapa dara, mesti semua orang tau banyak kebaikannya untuk tubuh badan dan kulit kita. Salah satu jenama yang nad pernah ambil minyak kelapa dara semasa mengandung ialah D'Aura. Produk yang nad ambil ialah minyak kelapa dara softgel dalam bentuk kapsul. Banyak produk D'Aura ni, dan baru-baru ni D'Aura, jenama minyak kelapa dara No 1 di Malaysia telah mengeluarkan satu produk AVCO ( Aromatic Virgin Coconut Oil ) untuk kegunaan luaran sahaja, tak perlu minum atau makan dan sesuai untuk seisi keluarga. Bila tau produk ni untuk luaran sahaja, nad teruja nak mencubanya.
hai assalammualaikum

PG Mall 916 Gold Cultural day, Health And beauty Dan Pembayaran Menggunakan E Wallet - Nad tau ramai sekarang lebih senang membeli barang secara online. Tak perlu nak beratur, tak perlu keluar dan bazir masa semua. Masa tengah nak masak, kemas rumah, masih boleh memilih barang dan membeli..hehee. Ni la orang cakap semua di hujung jari, gunakan sebaik mungkin.
hai assalammualaikum

Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020 Dan Hari Malaysia

" Beb, nak lepak mana? Jom Mekdi "
" Sayang, kita makan Mekdi nak "
" Ayah, ibu, dah lama kita tak makan Mekdi "


Ni la ayat yang diguna bila kita dah buntu nak makan apa, tiba-tiba teringat McDonald's Malaysia. Ya, restoran quick service yang cukup sinonim untuk seisi keluarga, tak kira usia, tua atau muda mahupun pangkat. Makan santai bersama keluarga atau rakan-rakan, tempat yang selesa untuk berkumpul. Sambut harijadi atau buat event dekat McDonald's pun best. Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's Malaysia, eh rasanya banyak yang jadi favourite hehe..
hai assalammualaikum

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Para Ibu Boleh Cuba -  Teringat nad masa lahirkan anak pertama, pengalaman pertama menjadi ibu, gembira bila anak depan mata. Masa mengandung, memang niat nak susukan anak sampai 2 tahun. Bila lahir je anak pertama, terus excited bagi susu badan.  Ingatkan, lepas lahirkan anak, susu ni memang sentiasa ada, penuh, cukup untuk baby, tapi, rupanya, tak!! Sebelum-sebelum tu pernah nampak kakak susukan anak diaorang, tengok macam senang je, tapi rupanya menyusukan anak ni struggle ya, susu badan nad sikit.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2