hai assalammualaikum
Resepi Sayur Campur Masak Lemak Putih - Sayur yang pelbagai ni memang membangkit selera ya, tak kisahla sayur ditumis atau berkuah. Nad dengan anak-anak memang suka makan sayur campur, sebab macam-macam sayur ada dalam tu. Nad pernah kongsi sayur campur yang bertumis sebelum ni, boleh klik sayur campur masak sos tiram, kali ni nad buat yang berkuah pulak. Sayur campur masak kuah lemak putih yang sangat sedap. Sayur campur ni contoh macam brokoli, lobak, jagung kecik, kobis, cendawan, kacang panjang tu semua.