hai assalammualaikum
Kerang Masak Sambal Hijau - Masa start PKPB, barang dapur pulak habis time tu. Tapi kitaorang tak panic buying, mr mafia pergi pasar dua hari lepas PKPB. Masa tu dia kat apasar tak ramai orang, jadi ikan, ayam, semua barang basah banyak lagi. yela, buat apa nak panic buying, dah cakap keperluan sentiasa ada. Masa tu terus la dia beli macam-macam. Bukan setakat ikan dan ayam, lala dan kerang pun dia beli. Mr mafia tau isterinya suka makan kerang, jadi dia belila, walaupun kerang tu mahal gila. Lepastu, jenuhla nak fikir menu apa dengan kerang ni. Nad pernah buat kerabu kerang ala thai je, takkan nak buat lagi kan. Lepas tu kerang masak sambal, jadi fikir punya fikir buatla kerang sambal hijau.