hai assalammualaikum
Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley - Minggu lepas nad sekeluarga dan family ipar duai pergi beriadah, bermalam dan berbbq di Kemensah Valley. Ini pun rancangan daripada adik ipar. Kitaorang pun tak pernah bercuti bersama, jadi lepas Selangor Kuala Lumpur dah boleh rentas, terus adik ipar ajak pergi bercuti. Tempat ni pun dia yang cari.
Buat masa ni, cari tempat yang dekat-dekat dulu, jauh nanti kemudian. Lagipun, orang tengah berpusu-pusu keluar selepas bertahan lama duduk di rumah. Kitaorang relaks-relaks dulu. Kitaorang pergi pun hari Jumaat, sebab waktu tak ramai orang, bermalam satu malam dan esoknya Sabtu balik.