hai assalammualaikum

Nikmati Marrybrown Tom Yam Chicken Baharu Hanya Di Marrybrown - Sawadikap!!, kap kup kap! Selamat datang di perjalanan Around the World seterusnya dengan Marrybrown, kini tiba di Land of Smiles, Thailand! 

Kali ini, sempena ulang tahun mereka yang ke-40, Marrybrown  rangkaian makanan segera Halal terbesar, memperkenalkan hidangan ' sesuatu yang berbeza '. 
 hai assalammualaikum

Makan Steamboat Di Ria Steamboat & Grill Di Jalan Pandan Prima 2 Ampang - Lama betul tak makan steamboat kat kedai steamboat. Dah berapa tahun agaknya.. Huhu. Kalau dulu suka pergi Pak John Steamboat. Sejak #stayathome, kadang buat steamboat dekat rumah guna pes Oden. Tapi vibes lain, tak sama macam kat kedai. Lagipun kat rumah takda periuk steamboat, guna periuk biasa je, tu tak best.

Dan sekarang semua kedai dah boleh operasi dan dah boleh dine, dengan syarat dah cukup vaksin. Lepas bercuti di Kemensah Valley, balik tu memang penat gila. Jadi, malam tu nad memang takda mood nak masak, ajakla mr mafia makan kat luar. 

MAKAN DI MEMANG MEOW

in , by Nadia Johari, 22:17:00
 hai assalammualaikum

Makan Di Memang Meow Lotus - Haritu lepas shopping dekat Lotus Ampang, selalunya memang malas masak, jadi tengokla kedai makan mana yang dalam Lotus ni menjadi pilihan. Masa tu nad pergi ke myNews. tengok-tengok husband dah whatsup suruh pergi kedai Memang Meow. Nama kedai pun comel je, hehehe. Entah kenapa nama dia Memang Meow..huhu. 

hai assalammualaikum

Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley - Minggu lepas nad sekeluarga dan family ipar duai pergi beriadah, bermalam dan berbbq di Kemensah Valley. Ini pun rancangan daripada adik ipar. Kitaorang pun tak pernah bercuti bersama, jadi lepas Selangor Kuala Lumpur dah boleh rentas, terus adik ipar ajak pergi bercuti. Tempat ni pun dia yang cari. 

Buat masa ni, cari tempat yang dekat-dekat dulu, jauh nanti kemudian. Lagipun, orang tengah berpusu-pusu keluar selepas bertahan lama duduk di rumah. Kitaorang relaks-relaks dulu. Kitaorang pergi pun hari Jumaat, sebab waktu tak ramai orang, bermalam satu malam dan esoknya Sabtu balik. 

 hai assalammualaikum

JACK ‘n JILL Potato Chips Keluarkan Perisa Asam Pedas Ikan - Salah satu jenama makanan ringan kegemaran Malaysia JACK ‘n JILL Potato Chips melancarkan rasa edisi terhad baru yang diilhamkan oleh masakan tempatan Malaysia yang benar-benar tidak dijangka tetapi menarik - Asam Pedas Ikan. Hidangan gurih dengan rasa pedas dan masamnya terasa di setiap orang Malaysia, dan rasa zesty yang sama pasti akan menjadi kegemaran dengan rasa JACK ‘n JILL Potato Chips yang baru.
 hai assalammualaikum

Bawa Anak Melihat Haiwan Di Farm In The City - Seronok bila dengar banyak tempat bercuti dah mula beroperasi. Buat masa sekarang nad pergi yang dekat-dekat je dulu. Nak gembirakan anak-anak yang dah lama duduk rumah. Anak-anak mintak bawak pergi tengok haiwan dekat Farm In The City Seri Kembangan, sebab diaorang throwback tengok gambar masa diaorang kecik pergi FITC ni. Last pergi masa Farhanah setahun tak silap, Fariza pulak 3 tahun. 

Bila dapat tau Farm In The City dah buka, terus rancang dengan suami, nak bawak anak-anak ke sini. Sekarang anak-anak dah besar, dah kenal haiwan, mesti lagi seronok bawak ke sini. Nad dengan suami pun dah lengkap dua dose, jadi bolehla pergi jalan-jalan.
 hai assalammualaikum

Samsung Galaxy Tab A7, Tablet Pilihan Untuk PDPR Anak Dan Kerja Mommy - Sejak mula PDPR, Fariza pakai handphone nad sahaja. Laptop ada tapi sound dah rosak, jadi kalau dia cakap, mungkin cikgu tak dengar. Bila tengok dia PDPR dengan telefon kecik ni, kesian sangat. Kadang tak nampak sangat apa cikgu tunjuk, kena besarkan. Masa tu berdoa je selalu, supaya murah rezeki, boleh dapatkan sesuatu untuk anak PDPR.

Alhamdulillah, doa dimakulkan, dapat la cari gadget untuk PDPR anak. Mula fikir nak beli laptop, tapi budget nad cuma bawah RM1000. Ada juga google laptop bawah RM1000, ada je jumpa dan tengok review, tapi entah, mr mafia cakap, laptop ni janganla yang murah-murah. Lepas tu tengok la tab. Banyak jenis bawah RM1000. Dah pilih, akhirnya Samsung Galaxy Tab A7 jadi pilihan.
 hai assalammualaikum

Alhamdulillah, Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021. Disebabkan atas kesabaran semua, walaupun kadang ada juga yang merungut, akhirnya hajat korang untuk merentas negeri dah ditunaikan. Semua ni juga atas kerjasama kita, rakyat Malaysia bagi mendapatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai sasaran 90% . 

Pengumuman ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Bukan sahaja dapat merentas negeri malah dapat dapat melancong keluar negara. Kebenaran ini hanya mereka yang telah lengkap vaksin.
 hai assalammualaikum

Cara Edit Gambar Guna Picsart, Mudah Dan Senang - Ramai suka edit gambar kan, dari warna gelap boleh jadi cerah. Lepas tu edit gambar boleh tambah pokok, tambah laut, tambah apa-apa yang nak ditambah. Boleh crop background, letak dekat tempat lain. Edit nampak gambar tu jadi real, jad cantik dan tak perlu susah-susah nak buat. 

Banyak app edit sekarang, tapi nad suka pakai Picsart untuk edit gambar. Nad memang tak suka pakai banyak app, nad cuma ada lightroom dan picsart je. Video ade inshot dan capcut je. Sekarang nad nak kongsi cara nad edit satu gambar ni guna picsart.
 hai assalammualaikum

Tukar Template Blog Baru - Akhirnya tukar juga template blog baru disebabkan ada masalah loading lambat bila nak buka blog. Cuak ye bila client sendiri yang cakap " blog you tak boleh buka, lambat loading ". Sebelum-sebelum ni ok je, hari post job la tiba-tiba loading lambat. Siapa tak cuak bila client sendiri yang cakap. Cek dekat phone, buka blog memnag lambat, mintak kawan tengookan, dia pun cakap sama, lambat. Bagitau mr mafia cuba buka blog, sama lambat. Sudahnya decide, tukar je la template blog.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2