hai assalammualaikum

Sarapan Sandwich Sedap, Isi Padat, Puas Makan - Akhirnya dapat juga makan sadwich yang sepupu nad buat ni. Dia jual juga sandwich ni, jadi nad pun beli nak rasa. Selalu nampak sepupu nad ni post sandwich dia dekat whatsup story. Terliur tengok tau, sebab sandwich dia buat, isi padat, memang puas kalau makan. Tapi tu la terpaksa telan air liur sebab masa tu tak dapat balik lagi. Hah, bila dah dapat balik kampung, baru dapat rasa. Itu pun mak yang orderkan..hehee.

Nad memang suka makan sandwich. Selalu kalau pergi myNews, mesti cari sandwich, tapi biasalah, sandwich kat kedai takda sayur, isi je. Kalau orang jual ni, hah siap ada sayur, isi banyak. Tengok sepupu buat tu yang nak cuba rasa, sebab nampak sedap.
 hai assalammualaikum

Waterpark Di Kampung : Sewa Kolam Renang Saiz Besar Untuk Anak - Anak - Siapa kata kat kampung takda waterpark..hehehe. Walaupun hanya kolam renang satu jenis je, tapi tu cukup buat anak-anak gembira. Bukan kolam renang yang biru tu, ni kolam renang yang besar siap ada gelongsor macam dekat waterpark. Cukupla muat untuk 13 orang kanak-kanak yang kecil-kecil dan sedang kecil..hahaa. Siapa yang besar, takdanya masuk, takut pecah.

Plan adik nak sewa pelampung kolam renang ni, sebab nad baru dapat balik kampung, jadi bila semua dah berkumpul, adik nak la bagi budak-budak ni gembira. Nak bercuti satu keluarga dekat luar, masing-masing masih sibuk. Jadi plan lain, kita buat suasana bercuti, berenang seperti di waterpark di kampung sahaja. 
 hai assalammualaikum

Dulu Kerja Makan Gaji, Kini Buat RM9 Juta Sebulan Jual Produk Orang Lain - Kalau dulu-dulu, berniaga kena buka kedai atau buat jualan langsung jumpa orang sana sini berjemur bawah matahari bagi flyers dan bisnes kad. Tu pun belum tentu orang nak tengok flyers yang kita bagi.

Tapi kini zaman dah berubah, banyak perniagaan telah beralih ke atas talian (online) melalui social media dan website. Perubahan ini juga telah membuka peluang kepada ramai orang untuk menceburi perniagaan sebab banyak syarikat sekarang ni menawarkan peluang perniagaan bersama mereka tanpa perlu keluarkan modal dan tanpa perlu pegang stok produk. Lagi-lagi Zaman social media ketika ni membuka banyak peluang kepada kita nak jana pendapatan tambahan.
 hai assalammualaikum

Kasih Ibu Pada Anaknya Yang Dah Lama Tak Balik Kampung - Permintaan seorang anak, bila dapat balik kampung, nak makan makanan raya yang dibuat ibunya sendiri. Bayangkan dah berapa kali raya terlepas, pastinya makanan raya dirindui. Air tangan ibu adalah yang paling sedap.. Hehehe.

Pesan si anak ' mak, diah nak balik ni, tolong masakkan makanan raya'. Mulanya nak buat kejutan taknak bagitau balik bila, tapi maknya nak masak, mestila nak tau anaknya balik bila...hahaha. Sudahnya kena la juga bagitau balik bila. Tapi tak bagitau si ayah bila nak balik, buat kejutan dekat ayah jela.. Hehehe.
 hai assalammualaikum

Nikmati Marrybrown Tom Yam Chicken Baharu Hanya Di Marrybrown - Sawadikap!!, kap kup kap! Selamat datang di perjalanan Around the World seterusnya dengan Marrybrown, kini tiba di Land of Smiles, Thailand! 

Kali ini, sempena ulang tahun mereka yang ke-40, Marrybrown  rangkaian makanan segera Halal terbesar, memperkenalkan hidangan ' sesuatu yang berbeza '. 
 hai assalammualaikum

Makan Steamboat Di Ria Steamboat & Grill Di Jalan Pandan Prima 2 Ampang - Lama betul tak makan steamboat kat kedai steamboat. Dah berapa tahun agaknya.. Huhu. Kalau dulu suka pergi Pak John Steamboat. Sejak #stayathome, kadang buat steamboat dekat rumah guna pes Oden. Tapi vibes lain, tak sama macam kat kedai. Lagipun kat rumah takda periuk steamboat, guna periuk biasa je, tu tak best.

Dan sekarang semua kedai dah boleh operasi dan dah boleh dine, dengan syarat dah cukup vaksin. Lepas bercuti di Kemensah Valley, balik tu memang penat gila. Jadi, malam tu nad memang takda mood nak masak, ajakla mr mafia makan kat luar. 

MAKAN DI MEMANG MEOW

in , by Nadia Johari, 22:17:00
 hai assalammualaikum

Makan Di Memang Meow Lotus - Haritu lepas shopping dekat Lotus Ampang, selalunya memang malas masak, jadi tengokla kedai makan mana yang dalam Lotus ni menjadi pilihan. Masa tu nad pergi ke myNews. tengok-tengok husband dah whatsup suruh pergi kedai Memang Meow. Nama kedai pun comel je, hehehe. Entah kenapa nama dia Memang Meow..huhu. 

hai assalammualaikum

Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley - Minggu lepas nad sekeluarga dan family ipar duai pergi beriadah, bermalam dan berbbq di Kemensah Valley. Ini pun rancangan daripada adik ipar. Kitaorang pun tak pernah bercuti bersama, jadi lepas Selangor Kuala Lumpur dah boleh rentas, terus adik ipar ajak pergi bercuti. Tempat ni pun dia yang cari. 

Buat masa ni, cari tempat yang dekat-dekat dulu, jauh nanti kemudian. Lagipun, orang tengah berpusu-pusu keluar selepas bertahan lama duduk di rumah. Kitaorang relaks-relaks dulu. Kitaorang pergi pun hari Jumaat, sebab waktu tak ramai orang, bermalam satu malam dan esoknya Sabtu balik. 

 hai assalammualaikum

JACK ‘n JILL Potato Chips Keluarkan Perisa Asam Pedas Ikan - Salah satu jenama makanan ringan kegemaran Malaysia JACK ‘n JILL Potato Chips melancarkan rasa edisi terhad baru yang diilhamkan oleh masakan tempatan Malaysia yang benar-benar tidak dijangka tetapi menarik - Asam Pedas Ikan. Hidangan gurih dengan rasa pedas dan masamnya terasa di setiap orang Malaysia, dan rasa zesty yang sama pasti akan menjadi kegemaran dengan rasa JACK ‘n JILL Potato Chips yang baru.
 hai assalammualaikum

Bawa Anak Melihat Haiwan Di Farm In The City - Seronok bila dengar banyak tempat bercuti dah mula beroperasi. Buat masa sekarang nad pergi yang dekat-dekat je dulu. Nak gembirakan anak-anak yang dah lama duduk rumah. Anak-anak mintak bawak pergi tengok haiwan dekat Farm In The City Seri Kembangan, sebab diaorang throwback tengok gambar masa diaorang kecik pergi FITC ni. Last pergi masa Farhanah setahun tak silap, Fariza pulak 3 tahun. 

Bila dapat tau Farm In The City dah buka, terus rancang dengan suami, nak bawak anak-anak ke sini. Sekarang anak-anak dah besar, dah kenal haiwan, mesti lagi seronok bawak ke sini. Nad dengan suami pun dah lengkap dua dose, jadi bolehla pergi jalan-jalan.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2