hai assalammualaikum

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat/Glue Ni, Beli Di Mr DIY, Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh - Lepas kucing mr mafia hilang bertahun dulu, memang kitaorang tak bela kucing dah. Adalah sebabnya kenapa, kitaorang tak bersedia lagi nak bela kucing. Sejak kucing takda, tikus, cicak mula la bermaharajalela di rumah ni. Asal ada makanan, adalah binatang ni. 

Yang cicak pulak, cicak moden mungkin, jenis makan nasi, lauk yang dibuang. Kalau pergi dapur nak buang ke, tiba-tiba ada je cicak tu bertempiaran lari. Dekat-dekat dinding nad letak periuk nasi pun ada. Sebab tu makanan, senduk ke apa ke, memang nad tak biarkan dekat luar. Takut cicak ni la, dia makan ke apa kan. Tak pasal-pasal kena penyakit kang.
 hai assalammualaikum

The Pink Stuff, The Miracle Cleaning Paste - Benda ni dah lama viral, tapi nad baru nak cuba. Nampak ramai retweet cleaning paste The Pink Stuff ni, katanya boleh hilangkan kekotoran dengan mudah tanpa perlu sental yang kuat. Jadi kita pun nak cubala, boleh ke hilangkan sikit kotoran belakang bontot periuk kita tu..hehee. Hah terus beli dekat shopee.

The Pink Stuff ni ada banyak jenis, ada jneis cleaning paste macam nad  beli ni, ada jenis spray, jenis cecair, ikutla korang nak yang mana untuk kegunaan apa. Macam and sebab nak guna untuk bontot kuali je, jadi beli yang cleaning paste ni.

BIG TAS' TEA PANDAN INDAH

in , by Nadia Johari, 08:58:00
 hai assalammualaikum

Big Tas' Tea Pandan Indah - Haritu kawan nad, Sally ada whatsup, tunjuk tempat makan baru dekat Pandan Indah. Tengok menu macam menarik, jadi kitaorang geng Ampang, geng cafe hunting (nad, sally dan cici) pun rancang pergi 31 Disember 2021. Jadi sempena menutup tirai 2021, kitaorang terjah makan di Big Tas' Tea Pandan Indah. 

Nak pergi ke kedai ni, ikut jela maps yang diberi. Lokasi memang mudah cari, tapi masalah dekat sini ialah parking. Pusing banyak kali juga nak cari parking, last-last kitaorang parking dekat Hospital Pantai Ampang, tapi kene bayar la. 
 hai assalammualaikum

Bayar Zakat Melalui Penolakan Akaun Simpanan Secara Automatik Melalui Bank Bank Muamalat - Ingat lagi, masa tanya dekat suami 
"abang., abang dah bayar zakat belum". 
Dengan cepatnya dia jawab " Dah ". 
Bayar dengan apa ? aku mencelah.
Dia jawab " online je ".

Mudah kan sekarang, semua ikut peredaran zaman, dari manual, ke teknologi lebih canggih. Hanya bayar secara online sahaja dah selesai. Dekat mana-mana pun boleh bayar zakat, memang sangat menjimatkan masa dan tenaga.
 hai assalammualaikum

Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil - Bila dah namanya perempuan, memang suka tengok benda-benda comel untuk dekorasi, pinggan mangkuk, barang dapur, cadar, pokok, eh semuala. Dapat tau, ada satu kedai kelengkapan rumah, HOHM buka dekat Pavillion Bukit Jalil, jadi hari Sabtu pun kitaorang pergi. Sambil jalan-jalan la nak tengok apa yang ada dekat situ. 

Lagipun sekarang nad tengah proses untuk kemas bilik anak, boleh la tengok barang apa sesuai untuk bilik diaorang. Mana tau ada yang berkenan kan. Bestnya ada sale sebab pembukaan besar-besaran, jadi masa ni la kita serbu..hehee. HOHM ni berada di tingkat 4 Pavillion Bukit Jalil.

hai assalammualaikum

Bonnisan Himalaya Galakkan Pertumbuhan Yang Sihat Dan Tingkatkan Selera Makan Anak - Bila dah jadi ibu, kesihatan anak-anak menjadi perkara utama. Bila anak sakit, kembung perut, sakit perut, dengan anak-anak meragam, memang tak tenang rasa. Lagi satu bila anak susah makan, memang tak senang duduk.

Pernah alami situasi, bila suap makananan dekat anak, anak tolak. Lepas tu dia pilih sendiri makanan mana dia suka. Kebanyakan anak-anak ni tak suka sayur, nasi, makanan yang penting untuk tumbesaran mereka. Nad rasa bukan nad je pernah lalui anak susah makan, ramai dekat luar sana anak yang "picky eater" ni kan. 

 hai assalammualaikum

Pengalaman Banjir Teruk Pertama Berlaku Di Meru Klang - Benda yang tak pernah terfikir akan berlaku, terjadi dekat keluarga sendiri. Selama 3 hari hujan turun tak berhenti, pastinya akan menyebabkan banjir di setiap kawasan yang terdedah. Tapi tak terfikir banjir menjadi teruk daripada biasa. Memang pengalaman banjir yang tak dapat dilupakan untuk akhir tahun, Disember 2021.

Meru Klang memang akan banjir kalau hujan turun, tapi selalunya terjadi dekat jalan tertentu, dan macam rumah mak ayah nad, akan banjir dekat tepi-tepi sahaja, dan kalau dekat jalan laluan tu banjir sampai buku lali sahaja. Tapi kali ni, tak sangka, banjir sampai seluruh tempat Meru Klang, Kampung Budiman. 
hai

Top 10 Fitness Gifts for Him This Christmas 2021 - Everyone deserves to be spoiled once in a while and this coming Christmas is the perfect opportunity for you to spoil your loved one. If you are struggling to find the perfect fitness gifts for the gym-goer or fitness freak boyfriend or crush, we are here to help you.

We have compiled ten top Muscle Metabolix (MMX) fitness gifts for your perfect other half this Christmas. Best of all, every MMX product is Halal certified by the Islamic Services of America, a body recognised by JAKIM. So, time for some shopping and make it the most memorable Christmas of all time.
hai assalamualaikum

Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my - Ada tak antara korang kat sini yang nak cari kilang printing baju murah? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia? 

Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?
hai assalammualaikum

"Experience Penang" : Banyak Tempat Menarik Di Pulau Pinang Boleh Dikunjungi - Bila dah boleh melancong, banyak destinasi yang nak dituju untuk merehatkan diri selepas lama duduk berkurung di rumah. Salah satu destinasi pelancongan yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia,iaitu Pulau Pinang sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia. Sekarang banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang korang boleh kunjungi tau.

Kempen yang bakal dilancarkan "Experience Penang" bertujuan untuk memacu pengunjung domestik dan antarabangsa ke Pulau Pinang dengan pengalaman berharga dan menampilkan lokasi di seluruh pulau dan tanah besar yang pasti memuaskan hati semua orang. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2