hai assalammualaikum

Rawatan Batuk Dan Selsema Menggunakan Essential Oil Young Living - Paling risau bila anak-anak batuk dan selsema. Lagi-lagi kalau baby, semestinya rasa tak selesa dan susah nak tidur. Macam nad, kalau anak-anak start batuk je, terus sapu essential oil R.C dan Lemon ni, kalau boleh taknak bagi diaorang demam. Lepas tu nad akan diffuse Thieves dan Frankincense. Lepas tu nad buat dilute, Thieves, lemon dan Peppermint untuk imun anak. Kalau dulu, nad selalu guna minyak balm baby, sekarang guna essential oil young living je.

Nad tau masih ada yang belum tau berkenaan Essential Oil Young Living ni. Bagi nadni adalah minyak power yang boleh digunakan seisi keluarga. Banyak kegunaannya. Pernah guna Frankincense untuk luka anak. Ada nad share dekat entry ( Guna Frankincense YL Untuk Pulihkan Luka ).Korang boleh baca.
 hai assalammualaikum

Telefilem Nafsu Mental Di Astro Citra - Setiap hari Sabtu nad memang tak lepaskan cerita telefilem di Astro Citra. Setiap hari sabtu cerita telefilem di Astro Citra memang best-best, dan nad akan tunggu jam 9 malam. Sebelum bersiaran, astro akan tunjukkan sikit tayangan perdana dia, macam trailer la. Setiap kali tengok tayangan perdana, buat lagi tak sabar nak tengok cerita tu. Sabtu ni, telefilem yang bertajuk Nafsu Mental akan disiarkan. 

Tengok tajuk, macam cerita berkenaan orang yang gila nafsu. Maksudnya suka dengan perempuan tu atau rogol ke apa kan. Bila tengok tayangan perdana dia, perempuan tu kene culik tak tau hidup ke tak, dengan seorang lelaki. Jadi tak dapat agak sangat cerita dia. So memang tunggu hari Sabtu nak tengok.
 hai

Top 5 Best Selling Fitness Weight Gainer / Mass Gainer in Malaysia - Many struggle for real, not only to lose weight, but to gain weight as well. Having tried to increase their calories intake with plates after plates of high carbohydrate foods and supplements, some would just end up without any significant improvements or becomes obese due to imbalanced nutrition.
 hai assalammualaikum

Sabun Candy Viral Menarik Tapi Bahaya Pada Kanak-Kanak Kecil - Makin lama orang makin kreatif. Sabun basuh baju pun boleh jadi menarik dibuat dalam bentuk candy dengan warna yang pelbagai. dengan kekreatifan ni, ada baiknya dan ada buruknya. Baiknya, memudahkan mak-mak untuk mencuci baju tanpa perlu sukat serbuk baju atau cecair yang selalu digunakan. Buruknya, sabun candy viral ni bahaya pada kanak-kanak kecil.

Tengok pada warnanya memang dah menarik perhatian. Siapa tak suka dengan warna yang colourful, warna warni macam ni. Dikatakan setiap warna ni mewakili haruman yang berbeza seperti lavender, chanel, rose, fruity dan macam-macam lagi. Setakat ni nad tak terjebak lagi membelinya. 
hai assalammualaikum

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat/Glue Ni, Beli Di Mr DIY, Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh - Lepas kucing mr mafia hilang bertahun dulu, memang kitaorang tak bela kucing dah. Adalah sebabnya kenapa, kitaorang tak bersedia lagi nak bela kucing. Sejak kucing takda, tikus, cicak mula la bermaharajalela di rumah ni. Asal ada makanan, adalah binatang ni. 

Yang cicak pulak, cicak moden mungkin, jenis makan nasi, lauk yang dibuang. Kalau pergi dapur nak buang ke, tiba-tiba ada je cicak tu bertempiaran lari. Dekat-dekat dinding nad letak periuk nasi pun ada. Sebab tu makanan, senduk ke apa ke, memang nad tak biarkan dekat luar. Takut cicak ni la, dia makan ke apa kan. Tak pasal-pasal kena penyakit kang.
 hai assalammualaikum

The Pink Stuff, The Miracle Cleaning Paste - Benda ni dah lama viral, tapi nad baru nak cuba. Nampak ramai retweet cleaning paste The Pink Stuff ni, katanya boleh hilangkan kekotoran dengan mudah tanpa perlu sental yang kuat. Jadi kita pun nak cubala, boleh ke hilangkan sikit kotoran belakang bontot periuk kita tu..hehee. Hah terus beli dekat shopee.

The Pink Stuff ni ada banyak jenis, ada jneis cleaning paste macam nad  beli ni, ada jenis spray, jenis cecair, ikutla korang nak yang mana untuk kegunaan apa. Macam and sebab nak guna untuk bontot kuali je, jadi beli yang cleaning paste ni.

BIG TAS' TEA PANDAN INDAH

in , by Nadia Johari, 08:58:00
 hai assalammualaikum

Big Tas' Tea Pandan Indah - Haritu kawan nad, Sally ada whatsup, tunjuk tempat makan baru dekat Pandan Indah. Tengok menu macam menarik, jadi kitaorang geng Ampang, geng cafe hunting (nad, sally dan cici) pun rancang pergi 31 Disember 2021. Jadi sempena menutup tirai 2021, kitaorang terjah makan di Big Tas' Tea Pandan Indah. 

Nak pergi ke kedai ni, ikut jela maps yang diberi. Lokasi memang mudah cari, tapi masalah dekat sini ialah parking. Pusing banyak kali juga nak cari parking, last-last kitaorang parking dekat Hospital Pantai Ampang, tapi kene bayar la. 
 hai assalammualaikum

Bayar Zakat Melalui Penolakan Akaun Simpanan Secara Automatik Melalui Bank Bank Muamalat - Ingat lagi, masa tanya dekat suami 
"abang., abang dah bayar zakat belum". 
Dengan cepatnya dia jawab " Dah ". 
Bayar dengan apa ? aku mencelah.
Dia jawab " online je ".

Mudah kan sekarang, semua ikut peredaran zaman, dari manual, ke teknologi lebih canggih. Hanya bayar secara online sahaja dah selesai. Dekat mana-mana pun boleh bayar zakat, memang sangat menjimatkan masa dan tenaga.
 hai assalammualaikum

Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil - Bila dah namanya perempuan, memang suka tengok benda-benda comel untuk dekorasi, pinggan mangkuk, barang dapur, cadar, pokok, eh semuala. Dapat tau, ada satu kedai kelengkapan rumah, HOHM buka dekat Pavillion Bukit Jalil, jadi hari Sabtu pun kitaorang pergi. Sambil jalan-jalan la nak tengok apa yang ada dekat situ. 

Lagipun sekarang nad tengah proses untuk kemas bilik anak, boleh la tengok barang apa sesuai untuk bilik diaorang. Mana tau ada yang berkenan kan. Bestnya ada sale sebab pembukaan besar-besaran, jadi masa ni la kita serbu..hehee. HOHM ni berada di tingkat 4 Pavillion Bukit Jalil.

hai assalammualaikum

Bonnisan Himalaya Galakkan Pertumbuhan Yang Sihat Dan Tingkatkan Selera Makan Anak - Bila dah jadi ibu, kesihatan anak-anak menjadi perkara utama. Bila anak sakit, kembung perut, sakit perut, dengan anak-anak meragam, memang tak tenang rasa. Lagi satu bila anak susah makan, memang tak senang duduk.

Pernah alami situasi, bila suap makananan dekat anak, anak tolak. Lepas tu dia pilih sendiri makanan mana dia suka. Kebanyakan anak-anak ni tak suka sayur, nasi, makanan yang penting untuk tumbesaran mereka. Nad rasa bukan nad je pernah lalui anak susah makan, ramai dekat luar sana anak yang "picky eater" ni kan. 

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2