hai assalammualaikum

Buat Rawatan Muka 4 in 1 Whitening Laser Di Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras - Haritu nad buat rawatan laser muka dekat Renoraclinic. Pertama kali nak buat rawatan laser ni, tu pun sebab tengok bekas jerawat makin menjadi-jadi ye, taknak hilang pulak bekas jerawat ni. Kulit muka nad ni jenis sensitif, salah sikit guna produk atau tak jaga dengan betul, mula la buat hal. Jadi kali ni kita cuba buat laser. Orang cakap laser ni lagi bagus kan. 

Disebabkan pertama kali nad buat laser muka ni, buka sembarangan tempat nad pergi. Kalau diikutkan, banyak tempat rawatan laser ni, tapi nad pilih Aesthetic Clinic yang betul-betul bagus dan elok, ada doktor dan bukan aesthetic biasa. Macam Renoraclinic ni, sebelum pergi nad google dulu, tengok website dan media sosial dia yang lain. Tengok rawatan apa yang dibuat dekat sini.
 hai assalammualaikum

Durioo+ - Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik - Sebagai ibu, mestilah ambik berat apa cerita yang anak-anak tonton . Kita ni kalau boleh nak bagi anak-anak tonton cerita yang ada nilai-nilai Islamik. Hah, ni nad nak kongsi, ada satu platform penstriman, dipanggil Durioo+ platform animasi buat kanak-kanak muslim di seluruh dunia, yang menekankan nilai-nilai islamik di dalamnya. Menarik, boleh la bagi anak-anak nad tengok.

Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. 
 hai assalammualaikum

Healife Pusat Rawatan Kesihatan Menggunakan Perubatan Moden Dan Tradisional - Healife yang ditubuhkan pada 2019, merupakan pusat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menggunakan perubatan moden dengan perubatan tradisional mengikut keperluan pesakit. Pusat ini mempunyai proses dan jenis perubatan yang unik untuk pelbagai rawatan penyakit.

Healife, pusat kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang ada di Malaysia terletak di Menara Olympia Kuala Lumpur, dan mempunyai 2 cawangan lain lagi di Abu Dhabi dan 1 cawangan bakal di buka di Qatar. 
 hai assalammualaikum

Jom Iftar Together -Gather Buffet Ramadan Di Bangi Golf Resort - Sebelum munculnya covid, Bangi Gold Resort memang tempat wajib nad pergi untuk berbuka puasa. Semenjak pandemik, 2 tahun rasanya tak dapat berbuka di Bangi Golf Resort. Alhamdulillah, tahun ni, 2022, dapat jejak semula ke Bangi Golf Resort untuk mengajak korang semua berbuka puasa together-gather di sini dengan membawa semangat " Balik Kampung". 

Teruja, seronok semua ada, sebab, nad rindu dengan makanan Bangi Golf Resort. Jangan risau, bab SOP semua, sebab Bangi Golf  terus mematuhi dan melaksanakan prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk kekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan bufet.

JAGUNG CHEESE VIRAL

in , by Nadia Johari, 11:51:00
 hai assalammualaikum

Jagung Cheese Viral - Baru-baru ni nad nampak kat tiktok, makanan viral, jagung cheese viral. Lokasi pulak dekat area Meru, kampung nad. Memang nad tau la dekat mana sebab dah kampung kan, tapi masalahnya sekarang nad ada dekat KL, jadi nak balik tu tak tau bila. Sudahnya kita tengok jela orang post dan rasa. Kita tunggu dulu, kot-kot ada muncul dekat area kawasan kita ni kan..heehhe. Tengok orang sanggup beratur nak rasa. Biasalah, kalau dah viral, orang lain pun rasa. 

Chesse, siapa tak suka cheese, nad pun suka, tapi cheese yang dicairkan bila makan tu cheese tu panjang. Yang jagung cheese viral ni, cheese parut yang diletak banyak sebagai topping dekat jagung tu. Jadi nak tau macam mana rasa bila tambah cheese parut ni dengan jagung tu. 

TAMAT PERSEKOLAHAN FARIZA DI SEKOLAH TADIKA

in , by Nadia Johari, 22:21:00
 hai assalammualaikum

Akhir Persekolahan Fariza - Ingat lagi pertama kali Fariza masuk sekolah tadika, berani dan tak takut. Suka sangat dia ke sekolah. Masuk 6 tahun, masih sekolah tadika yang sama. Makin berani berkawan, bergaul dan serba serbi boleh. Tiba-tiba halangan datang bila ada covid, tak datang sekolah dan hanya belajar di rumah. Sedih pun ye sebab tak banyak aktiviti dia dapat buat. Walaupun dalam keadaan covid, alhamdulillah, dapat juga dia tamatkan persekolahan tadika dia, yeah!!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk darjah satu bulan March 2022. Selalu masuk sekolah bulan January, tapi disebabkan covid sekolah dilanjutkan, maka masuk persekolahan baru pun jadi lambat. Mommy daddy dah kena fikir untuk cari baju masuk sekolah rendah dan sekolah KAFA pulak lepas ni. Mommy never semula..hahhaa.
 hai assalammualaikum

Roti MyNEWS Sweetheart Choco Bun, Bentuk Hati, Comel Betul - Kalau masuk myNEWS, mesti pergi ke roti dia. Suka sangat dengan roti myNEWS, sebab lembut gila. Baru-baru ni ada pulak roti bentuk hati, comel betul, bukan tu je, roti mochi sweet potato bun pun ada. Nad ni kalau nampak roti baru myNEWS memang akan beli dan cuba.

Hah, ni la roti Sweetheart Choco Bun dan Mochi Sweet Potato Bun. Harga kedua-dua roti RM3.90. Kalu roti unik macam ni memang kene beli lebih ye, paham-paham jela, anak lagi, suami lagi..ahhaha. Diaorang pun rasa.
 hai assalammualaikum

Klinik Pergigian Elaina Desa Pandan - Haritu tengah layan Tiktok, nampak pulak content Klinik Pergigian Elaina ni. Menarik tengok dalam dia, terutama sekali bahagian kanak-kanak punya.Lepas tu tengok lagi content yang lain, ada tunjuk lokasi. Eh, dekat dengan rumah kita la, terus screenshot, takut lupa nanti. Pulak tu masa tengok Tiktok tu Fariza ada sekali, terus dia beria ajak pergi ke klinik sini, sebab dia teruja tengok. 

Tapi, nad kata nanti la dulu, sampaila satu hari gigi depan dia tiba-tiba goyang dan nak patah. Dulu nad kecik-kecik, patahla sendiri, tapi bila masuk anak ni, tak berani nak patahkan. Beria dia nak pergi Klinik Pergigian Elaina ni, dengan gigi dah goyang , ngadu susah nak makan, tak sabar di anak patahkan gigi depan. Berani betul anak aku sorang ni, orang lain selalu tolak nak pergi Klinik Gigi tau..hahaha.
 hai assalammualaikum

Wawawax Lancarkan Produk Baharu, Wawawax Body Scrub - Baru-baru ni nad dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran produk baharu Wawawax di Glasshouse Glenmarie Shah Alam. Wawawax  jenama yang dipercayai untuk waxing sejak 2016, produk keluaran bumiputera dan Wawawax Cold Wax Hair Removal merupakan produk pertama mereka yang laris dan dikenali semua. Bagi melengkapkan penjagaan diri, maka terciptalah produk baharu mereka ini iaitu Body Scrub.

Nad pasti ramai tau kebaikan body scrub ni. Sesekali kita perlu scrub badan kita ni bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan ingrown hair yang disebabkan waxing atau bercukur. Selain itu body scrub ni memastikan kulit licin, lembut dan lembab serta membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik. 
hai assalammualaikum

Garam SASA Garam No 1 Di Timur Tengah Kini Di  Malaysia - Selepas lebih 50 tahun menguasai 80 peratus pasaran di Timur Tengah   SASA Garam Laut Merah (Garam SASA) yang menjadi  pilihan nombor satu pengguna di sana kini berada di pasaran tempatan.

Garam SASA adalah garam halal berkualiti tinggi di dunia. Dikeluarkan oleh Saudi Automatic Salt Refinery,  Jeddah, Arab Saudi.

Perniagaan itu diasaskan oleh Bin Afif pada 1960 diproses secara tradisional dan dimodenkan secara berperingkat sehingga berjaya mendapat pengiktirafan Pensijilan ISO 22000, Food Safety dan Halal.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2