hai assalammualaikum
Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur - McDonald's merupakan pilihan ramai untuk makan sambil lepak santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Sekarang, McDonald's bukan sahaja untuk duduk santai dan makan, malah boleh meraikan harijadi dan pelbagai majlis. Bila pergi McDonald's wajib pesan set yang ada sekali kentang goreng atau 'Fries". Kentang goreng ni boleh makan di mana-mana atau tuang dalam dulang, lepas tu makan ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. 'Fries' ni la kegemaran anak-anak nad sekarang.
Ada banyak cara makan kentang goreng ni kan, ada makan begitu sahaja, ada makan dengan sos, ada juga makan dengan aiskrim. Disebabkan kentang goreng ni, McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki di hadapan McDonald's Bukit Bintang.