hai assalammualaikum
Jamu Tun Teja Meraikan Kejayaan Brand Ambassador Di Malam Hikayat Nusantara The Rise Of Natural Wellness Empire - Cakap pasal jamu mesti terfikir jamu pahit, tak sedap, sebab tu orang sekarang susah nak ambil jamu. Padahal, jamu ni elok untuk tubuh badan terutama bagi wanita. Kalau kita tengok, orang dulu-dulu sihat, kuat, cantik sebab amalkan jamu. Dulu nak buat jamu ni susah, perlu rebus, ambil masa, sekarang dah moden, orang makin kreatif. Maka wujudla Jamu Tun Teja, jamu moden merangkumi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan dalaman wanita. Kiranya All in One gitu. Hihi
Kisah bagaimana Jamu Tun Teja terhasil diceritakan sendiri oleh pengasasnya iaitu Hazira Azihan Abd Wahab, dimana pada masa itu beliau caesar untuk kali kedua di Australia dan tak boleh bangun disebabkan kesakitan yang di alami semasa tempoh berpantang dan memerlukan sokongan 24 jam. Pada masa itu juga, di sana, tiada kelengkapan yang cukup. Beliau telah mencuba pelbagai produk untuk pulihkn sakitnya tapi semua tidak berhasil.