hai assalammualaikum
Buffet Ramadan 2022 Di The Venue Shah Alam - Cepatnya masa berlalu, tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan tahun 2022 ni. Mulalah, tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang menarik boleh kita berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Dah berapa tahun kita tak berbuka puasa buffet ni kan. Banyak yang kita lalui sepanjang 2020 dan 2021 ni, bermula dengan Norma baharu sehingga la ke endemik. Alhamdulillah, tahun ni dapatla kita bersama-sama orang tersayang berbuka puasa di luar. Salah satu tempat yang nad nak kongsi untuk korang berbuka puasa di Buffet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam.
Tempat yang menarik dan selesa, jomlah beramai-ramai berbuka puasa di The Venue Shah Alam dengan tema Riang Ria Ramadan untuk konsep Buffet Ramadan tahun ini. Untuk tahun ini, lokasi Buffet Ramadan The Venue Shah Alam telah berubah iaitu di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam. Hah jangan salah pulak ye. Waze je Plaza Alam Sentral Shah Alam tau.